Monday, May 17, 2010

Aina dan adik aina

Duk pikir nak update N3 hr ni, jumpa gambar aina ni. Ni ayah aina la yang abik. Ayah aina mmg rajin sikit nak abik gmbar2 si kenit tu. Konon nak ajar pakai selipar, tp aina tak pandai sangat lagi. So ajar pakai dalam rumah je. Duk jalan2 kat hardoff jumpa selipar tu, cantik dan murah, sesuai la ngan saiz kaki aina..layan jelah..;)

Tengokla tu, penuh bag kat badan. Ngan back bag ye, ngan sling bag ye. Tu baru 2, kang klu main2, gantung lg kat tgn kanan dan kiri semua bag..hihi. Hari2 mmg suka main bag, abis semua mainan nak masuk dalam bag2 tu. then bile tak muat, duk marah2, nangis2, guling2..aduhh..tulah hari2 aina oo aina.

Aina sekarang mmg dah macam2 perangai. Ayah aina kate aina mengada2, nangis mengada takde sebab.. memang pung..hari2 ade je tak kena nak nangis, nak guling2..buat sesuatu klu tak dpt tu mula la nak nangis, hihi. kadang2 kami duk tanye aina naper? nak ape? naper la nangis sampai guling2..lagi la kuat aina nangis, kih kih. takpela setiap budak nak membesar tak sama. Mungkin nih cara aina nak tunjukkan perasaanye klu tak suka atau geram.
Yang lawak ye, klu waktu ayah aina keje, aina duk nangis2 tu, ibu aina dah pujuk tak jalan, peluk pun aina duk lentik2, tendang2..ibu aina biar je aina nangis, ibu duduk je tgk atau pun buat tak tau je..hahaha..pelik je nnti aina diam sndiri, pastu leh datang ngan senyum2 tunjuk mainan..hahaha..kan ngada2 tu..isk isk..tp td nangis mcm org sakit kena pukul je..ayah aina pun kdg2 tu biar2 kite buat tak tau je..hahaha..;p

Aina pun dah setahun 8 bulan, macam2 la perangai nak tunjukkan. minggu lepas, penat la asyik nak ikat je rambut, atau sepit rambut depan tu, yelah dah panjang..
skrg susah la pulak nak ikat rambut die, sbb taknak duduk diam..klu pakai sepit, aina asyik buka, pastu suruh sepit lg...tu jelah..aduhh ponat2..hihi..maka, tanye la aina nak gunting rambut tak? nakk..ok set..selamatt gunting dah,walaupun senget sikit..hihi..

Untuk mak ani, ni la gambar terbaru aina...kuruss jee kan..kadang2 makan byk, kadang2 taknak mkn..beras thai tau lak tak suka, beras jepun laju je makan. Kerana aina, kena la rajin masak beras jepun..huhuhu. Makan byk pun tak naik2 pun badan tu..hahahaha..hr2 timbang, aik tak naik2 pung..takpela janji aina sihat2 , aktif..dah ibu ayah aina dlu pun kecik2 masing2 keringgg je..hihi ;)
Hari Sabtu pagi lepas pulak ada check up bb kali ke-4. Ni kali terakhir check up 2 minggu sekali, lepas ni sebulan sekali je..
Alhamdulilla baby semua genki. Doktor kate bb dah 8cm. Alhamdulilla.
13 weeks 5 days

Semua okay je, cuma doktor pesan kena balik msia paling lewat 32 minggu...time aina dlu doktor tak kisah pulak. time tu balik 33 minggu..konon kali nih nak balik 34 minggu ke..hihi..Flight MAS leh balik selewat2 ye 36 minggu..Moga2 semua ye dipermudahkann..insyaALLAh amin

Friday, May 14, 2010

Amalan Ibu Mengandung

Banyak amalan kerohanian untuk ibu mengandung. Tetapi sejauh manakah kita mendidik zuriat kurnian ALLAH swt kepada kita seusia dalam kandungan lagi dalam melahirkan umat Muhammad SAW yang beriman dan bertakwa. Ini adalah peringatan untuk diriku sendiri.
Antara doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung adalah seperti berikut ;

" Ya ALLAH peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya ALLAH rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya ALLAH, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya ALLAH jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya ALLAH panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca AL-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi ALLAH tuhan semesta alam..

Serta memperbanyakkan membaca Al- Quran dan antara Surah Amalan ketika Mengandung ialah ;
(1) Surah Al Fatihah - Untuk terang hati dan kuat ingatan
(2) Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan mempunyai anak yang sabar dan taat
(3) Surah Luqman - Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
(4) Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
(5) Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
(6) Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
(7) Surah Al Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Banyak lagi amalan2 lain dalam mendidik rohani anak dalam kandungan agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Yang penting adalah amal, adanya ilmu kalau tidak diamalkan hanya sia-sia sahaja..
Dan ini semua adalah peringatan untuk diriku sendiri yang masih jahil ini..

Thursday, May 13, 2010

- Yang Terindah -

Dah selesai pun Akasia Adamaya. Hari2 setiap malam isnin-khamis duk layan adamaya ni ngan ayah aina dan aina sekali lah..hihi. Lewat sikit la dapat tgk banding orang2 kat msia tu, tapi mesti tonton setiap hari untuk episod terbaru..Kebetulan ayah aina dah buka lagu nih td, post jelah kat blog nih..nak komen lebih2 tak pandai, tp suka tgk adamaya tu berlakon ....so sweet..;p dan amani yang tersangatla cumell itu.. hihi ..layan..;)



Artist - Dakmie
Lagu - Yang Terindah
Chord Author - Azizie


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

BBQ Yokohama @ Minamioosawa

Maaf ye, ni cerita yang dah basi..saje nak upload sikit gambar BBQ masa cuti golden week hari tu. Thank you to idanuar yang membuat cadangan untuk berBBQ.. tak sangka pulak dapat sambutan yang meriah di saat2 akhir..Ramai jugak warga2 Malaysia di yokohama, ni pun masih ramai yang tak dapat join..Jom layan jelah beberapa keping gambar yang ade.

Kami gerak dari rumah pukul7 gitu, gi ambil mariam kat sagamino eki dan gi rumah idanuar. Penganjur kenala gerak awai kan, nak book tempat yang sesuai..hihi..tp malangye tempat yang dijanji teramatlah penuh, nasibbaik la idanuar dah survey byk tempat, alhamdulilla..;)
Antara yang hadir. Semua ceria dan gembira..:)
Awai2 je excited nak bakar, pastu hampeh..hihi
Semua sibuk bual2, makan,2 membakar, bermain..hihi..Ade gak sessi game bingo, saje je buat utk memeriahkan suasana..Konon ye nak buat sukaneka ke utk kanak2 tp keadaan sekeliling tidak memuaskan..
Sempat gak bermandi-mandi sebelum pulang di sungai yang teramat dingin itu..Kami? Oh tidak..tidak sanggup utk masuk ke dalam air yg dingin seperti ais itu..hihi
Akhir sekali layan gambar kami je dengan sekecil, Aina Shafeeyah..

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Ibu

Kad Ucapan Hari Ibu dari Ros. Thank you so much my frenz..
Tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua pengunjung blog ini..
Semoga menjadi ibu yang mithali dalam mendidik anak2 menjadi hamba Allah swt yang beriman dan bertakwa di dunia dan di akhirat. InsyaALLAH amin..

Alhamdulilla

Alhamdulilla syukur, itu sahaja yang mampu dilafazkan di sini. Walaupun sudah lama berita ini, baru sekarang mampu dikongsikan di sini. Maaf lama tak update blog ( ada ke org datang melawat kat sini? kihkih). Alhamdulilla bila dah 3 bulan ni, semua yang tak larat tak larat tu, beransur berkurang..Pregnant kali ni sama je ngan aina dulu, sakit yg amat kat pinggang dan tempat jahitan operation dan sedikit bleeding. Cuma masa aina, bleeding tu sampai 3 bulan, kali nih sebulan je. Sakit jahitan kat perut dan pinggang tu yang tak tahan sgt, lebih2 kalau berdiri lama..alhamdulilla semua beransur kurang..

Sudah 3 kali gi check up. Kali ni check up di Yoshikata Sanfujinka je. Sebabye semua hospital dekat2 sini tak nak terima kalau tak bersalin sini..Boleh gitu? emm ape nak buat, kami hanya warga alien je kat bumi Jepun nih ;p

InsyaALLAH kali nih pun akan balik bersalin di Malaysia. Tinggal la ayah aina di sini lagi. huhu. Rase tidak sanggup nak pisah2 nih, tp bile dipikir2 itu ini, insyaALLAH akan balik bersalin di Malaysia sahaja. Kali ni kali ke4 kami terpisah jauh Malaysia - Jepun sejak kawin. Ayah aina pun memang dah cakap awal2, kalau pregnant, bersalin nanti kat Seremban je (sama macam aina dlu gak)..huhuhu ;p Moga2 semua dipermudahkan..insyaALLAH aminn ;)

7weeks 5days

9weeks 6days - adik aina 2cm

11weeks 5days - adik aina 4cm

Kalau tengok saiz adik aina ni kecik je, tp perutku sudah membesar. Dah mula pakai seluar orang mengandung pung...hihi..orang kate 2nd pregnancy nih, perut mmg mudah mengembang..hihi. InsyaALLAH sabtu ni ade check up kali ke-4..Tak sabar pulak nak tengok perkembangan baby nih. Pasni check up sebulan sekali je pulak..yeah..Tapi ade hikmah gak check up kat Yoshikata nih, sebab leh gi check up hari sabtu, tak perlu la ayah aina ambil cuti cam dlu masa mengandungkan aina tu..alhamdulilla

Okla nanti sambung lagi, nak gi buat sarapan dan masak bentou, sat gi ayah aina bangun nak gi kerja..