Thursday, December 17, 2009

Tentatif

Malam esok, family ayah aina dari msia dah fly dtg sini. Sabtu pagi dah mulakan aktiviti kami. hihi. Arap2 semua ye berjalan lancar. Moga2 aina dah sihat time tu. yelah sekarang ni sejuk la sgt, nama pun winter kan. Ayah aina start cuti winter tahun ni lewat sikit, 30 dec gitu. Tapi tak kisah la kan, cuti tahunankan ade lagi, so leh pulun abik je..Antara tentatif yangdibuat utk 2minggu family di sini adalah spt berikut, nanti depa dah sampai sini, leh la tukar2 maner yg patut ikut suara majoriti..hihi

12/19(Sabtu) Holiday [FREE] Hard-off Tsurugamine, Hard-off route 16, Costco, Hard-off Nagatsuda, Dinner at Tenya

12/20(Ahad) Holiday Baybridge, Skywalk or Uminohotaru, makan sushi

12/21(Isnin) Holiday {FAR} Disneyland or DisneySea

12/22(Selasa) [WORK]

12/23(Rabu) Holiday {FAR} Fujisan, nemba, cave etc

12/24(Khamis) [WORK]

12/25(Jumaat) Holiday Yokohama, Minato mirai, PC depot,Nishimatsuya, Autobacs, B-kids

12/26(Sabtu) Holiday {FAR} Tokyo: Odaiba, Ginza, Akihabara, Tokyo tower, Asakusa, Shinjuku, Shibuya

12/27(Ahad) Holiday [FREE] Shonandai, Hard-off Route 45

12/28(Isnin) Holiday {FAR} Odawara castle/Machida ( shinkansen)

12/29(Selasa) Holiday [FREE] Upgarage, 100yen shop at bike shop etc

12/30(Rabu) Holiday {FAR} Hakone, onsen etc

12/31(Khamis) Holiday [FREE] Fireworks ( ade ker) , shopping

01/01(Jumaat) Holiday [FREE]shopping, solat jumat @ masjid jamek

01/02(Sabtu) Holiday Strawberry farm ( jika nak)

01/03(Ahad) Holiday **Fly back**

4 januari 2010, ayah aina masih cuti lg...yeah..Okla salam maalhijrah 1431 untuk semua. Moga2 semua ye terus cemerlang di dunia dan akhirat serta sentiasa di redha Allah swt.Aminn

Wednesday, December 16, 2009

Mikan Gari @ Oimatsuda IC

Ahad lepas, 13 December kami pergi Mikan gari kat Oimatsuda..Per lagi melantakla limau makan sampai lebamm..muhahahaha..Kami bawe balik dalam 7kg limau..petik jgn tak petik ayah aina..hahahaha..1kg limau tu hanya 130yen shaja..sempat gak ibu aina petik 2 ketul brokoli. 2 ketul besar tu 50yen..muahaha. Banyak pun sayur lain gak, tapi kami pergi hari penutup, dah agak lewat tu, byk dah sayur2 abis dicabut..ape pun tetap puas hati.

First time pun pergi mikangari ni. Ni pun dapat tiket murah dari company ayah aina, 300yen sorg so boleh makan kat ladang tu berapa banyak yang mampu sampai lebam. Tapi kami tak larat nak mkn byk2 kat ladang tu, sejukkkkkk sgt....mungkin sebab tu kot aina demam, sejukk sgt...gomen ne aina chan..Ape pun aina tetap paling gembira di hari yang sejuk itu.Memang mkn sampai lebam, ni kat rumah nk banyak lg, ingat nak buat ape2 ke yang patut, tp since aina demam ni, emm nangis je..so terbantut sikit aktiviti..

Okla layan jelah gmbr2 kat bawah ni. Nanti sambung lagi, aina dah rengek nangis je kat ayah aina tu..komen2 akan di balas kemudian yek..hihi






Pastu, kami gi singgah Up Garage sat ( kedai kereta ayah aina - ntah bile ayah aina ade kedai kereta ntah..) hahahaha..Kami lepak tido dalam kereta je cam biasa. Pastu singgah hardoff, daiso dan kedai utk beli brg2 keperluan rumah sat. Balik sampai rumah dah pukul7 malam. Penat tp seronot sgt. Sorry to puan jannah, InsyaALLAH next time ye.

Summary dan dot dot dot (setelah kian lama menyepi)

Siang bertukar malam, bulan bertukar bulan, musim pun dah bertukar...rumahku ini yang tak bertukar N3..muahaha..sekarang pun dah masuk fuyu(winter), sejukkk..
Gambar2 dalam pc pun semua dah basi2. Ape2 nk buat, asyik masuk draft je. Tak berpeluang nak coretkan kenangan di sini..Aina pun last friday dah 1tahun 3 bulan. Fuhh kejap je rasa, cepat betui si aina nih membesar. Sekarang aina demam selsema. Bru balik dari klinik td, alhamdulilla selsema biasa, bukan influenza dan seangkatan dgnnya...Ganbatte ne aina chan, sian je tgk, lemah je die. nak peluk je..skrg pun gilir ngan ayah aina..per lg, nak rehatkan diri depan pc sat.hihi..
Firstly, meh cerita raya hr haji tu, raya kat embassy Malaysia, tokyo.. Seronot sgt jumpa kawan2. Lepak2 bual2. Takde ambik gmbar, tumpang camera org je. Kami bergmbar kat rumah je..Thank you ros gmbr2 kt fb tu. Alahai sedihh je pas ros call td..sob3x..

Secondly, dah masuk December ni, sungguhla busy ya amat..penuh ngan tentatif, setiap weeknd FULL..muahaha..5 December kami join Badminton Tournament di Yamanashi University. Kami bukan la pandai pun main badminton ni, lebih2 lg ibu aina..Tapi dah family2 yokohama dai yang teror2 tu mengajak, per lagi, jommm..hihi..dalam pkui615 pg kami bertolak dari rumah, naik keretala kan. sampai Yamanashi dai dalam pukul10. Cuaca yang sejuk, hujan pulak..fuhhh sejukkkkk..dan kami balik dgn pingat perak (wanita) dan gangsa (lelaki). Kami balik smpai rumah dalam 11 malam. Sorry to kak shaz, tak dapat nak dtg rumah akak.. InsyaALLAh lain kali ye.


Jumaat lepas 11 December, aina shafeeyah kami pun dah 1 tahun 3 bulan. Sorry takde N3 aina utk bulan ni..hihi tak sempat. InsyaALLAh next year yek..hihi. SAbtu lepas, kami kemas rumah..Sebulan pun tak abis kemas2 lg..hahaha..sebab ye family ayah aina dah nak sampai sabtu nih..Minggu ni pun sibuk kemas men'clear'kan ape yang patut kat ruang tamu ni. hihi.

Sunday, November 22, 2009

Tachikawa Showa Kinen Koen

Minggu ini, suhu di sini sangat la sejuk. Tiba2 Khamis lepas suhu turun 7 darjah celcius. Serius sejuk ya amat. Cam dah winter la pulak. hihi. Memang nak masuk winter pun kan december ni. Semalam cuaca alhamdulilla cerah dan agak panas, dalam 15 celcius gitu. Memang dah lama nak pergi showa kinen koen ni, cuma cuaca tak menentu sahaja. hari ni pun mendung dan hujan.
Maka, seawal 8 pg , kami dah bertolak dari rumah. Alhamdulilla pukul 10 lebih dah sampai sana. Ok sangat sebab dapat sampai agak awal, sebab menjelang tengahari, punya ramai umat manusia yang sampai. Aina Shafeeyah la yang paling happy la sangat, berjalan ke sana ke mari, kutip2 daun kering, dan cepat je nak masuk mulut. haiyakk, aina2 tu bukan makanan.. Tapi banyak daun2 yg dah gugur dan pokok2 yang dah hampir nak botak. Takpela nasib baik tahun ni sempat nak tgk2 daun2 ni..suka2.. Jom kite layan gambar2 semalam.
p/s : To mak ani, ibu aina dah upload gmbar aina byk2 nih, sorry la smlm tgk sekeping je yek..hihi..


Align CenterAyah aina siap tanggal jaket, panas katenya. Yelah punya la banyak sgt berjalan, maner tak berpeluh pakai jaket kan. Luas sangat koen ni, dan memang best dapat jalan2, ngan cuaca yang tak panas, tak sejuk sangat. Berlari2 ibu aina ni duk kejar si aina tu. Aina sangat la gembira, berjalan sahaja ke sana ke mari. Aina pun sempat tanggal jaket gak. Ibu aina je malas.. lagi pun cam still rase sejuk je.hihi
Ni kali ke-3, kami sampai ke sini. First time dlu, idanuar yang bawe kami, janji ngan kak ayindin. Then, time pregnant aina, time hanami tahun lepas. Bila jalan2 kat sini, teringat pulak time jumpa kawan2 ramai time tu, best sgt. Hanami tahun ni tak ramai sgt yang dpt join, arap2 tahun depan, leh la berkumpul ramai.



Ni pulak daun momiji/maple. Suka sangat tgk daun merah ni..Cantikkan. Teringin pulak nak tengok lighthing, tapi tak tau la bile. Tengok gambar puan ros kite tu, cantik2 je gambarye..Suka2





Ni pulak sebahagian pokok2 di Japanese Garden. Suka sangat tengok pokok2 kat garden ni yang comey2 di tanam di dalam pasu.
Setelah penat berjalan, kami berehat untuk makan dan solat. Bermain2 ngan aina di padang yang amat luas. Ada gambar dalam camera comel ibu aina, tapi tak sempat nak pindah gambar ke pc lg. Takpela, sessi berlari2 ngan aina je pun. Setelah penat, kami pun bertolak pulang. Tetapi jalan agak sesak sedikit. Lama gak dalam kete. Aina masuk je kereta, tido sampai rumah. kepenatan ya amat la tu. Ibu aina pun tertido gak. Gomen ne ayah aina. Then petang tu, kami join main badminton ngan family2 yokodai. Penat sgt semalam, tp happy. Esok pun ayah aina cuti lagi, takde plan ape2 pun.

Monday, November 16, 2009

Our Weekend

Sebelum cerita hujung minggu kami, jumaat lepas agak sejuk. Walaupun sejuk tetapla bawe si aina kuar jalan2 sbb dah 2 hari tak kuar rumah sebab hujan. Si kecik punya la seronot tp..samuiiiiiii/sejukk..ibu aina takdela nak pakai jaketkan. hahaha..kesejukan den.. Gi jalan2 sat, singgah post office dan rosen beli brg dapur..Pastu cepat2la balik..sejukkk, tgn pun sejukk la sgt..aina pun, tp maintain lg jalan2 sana sini. tengokla gambar bawa tu..Pastu petang pas mgbrib....dalam pukul5 ( dah awai la mgbribkan sekrg), pergi bawe aina amik injection. Hujan la pulak sikit...gendung jelah peluk aina jalan kaki, dekat pun kan klinik tu..pe lagi menjerit la si kecik..oo ayah aina sampai dari ofis tepat pd masaye turn aina nak kena cucuk...pastu cepatla balik hujan sikit..adoii...lenguh pinggang gak gendung anak dara tu. .fuhh alhamdulilla aina tak berat sgt ye aina...ni pun dah buat ibu aina ni semput...ayah aina naik motor la kan ( sbb dari kejekan)..hihi..klu leh tumpang dah tumpang dah..
Sabtu lak hujan. So planning nak jalan2 terbantut la.kemas rumah jelah. Pas magbrib gi jmput kawan chinese malaysian nak balik malaysia lak. Kawan ayah aina di Tohoku Dai dlu..Tgk la aksi si aina( baju merah tu), die siap dlu, pastu tak sabar nak kuar la tu..bising je mulut tu, cakap ape..ntah la..

Jeng..jeng..jeng..amboi dapat toy bru lg..dari hardOff la kan..murah2 je ayah aina kate. Per lagi..belila kerusi tu..so kenala sediakan table lak kan.nasib baik dah ade..Aksi bawah ni pulak aksi si kecik ni masak2 hari ni..semua brg2 kat dapur tu, nak bawe main ..main la aina shafeeyah..main masak2 anak dara tu..masak ape tu anak oii...seronottt ye..kehkeh

beli2 sikit2 lama2 jadi bukit..penuhla ruang tamu ngan mainan kamu ni aina shafeeyah..semua beli kat hardoff je..ayah aina kate hardoff je mampu..tgkla sebahagian dari mainan aina tu...dalam bakul2 tu dah penuh tak muat..kehkehkeh..murah2 ape salah ye belikan...ayah aina mmg kaki hardoff dan kaki kereta..used item hunter..hihi.kebetulan semua baju2 aina pakai dalam entry hari ni semua nya dari hardoff..200yen satu je..murahkan..utk baju sejuk2,tebal2 ni mmg murah2..lg pun pakai sekejapkan, budak2 cepat besar..baju pun cantik2 dan murah lg..per lagi, belila ayah aina kate

ptg ahad lak join kelas meroti ngan jannah sensei...cheese curry onion ngan sweet potato pan...cheese curry tu mmg sedap..kena buat nih sndiri..arigatou jannah sensei..dan arigatou to kak hani hantar balik sampai lalaport. Then ayah aina jemput kat situ..aina pun baik je ngan ayah aina yek...yokatta ne..shumatsu tanoshikatta...yeyeye..mata kondo ye ayah aina ne..

Wednesday, November 11, 2009

Jom Meroti..

Dah lama nak letak entry ni. Dah lama gak dalam draft..hahahaha..sekarang adela sebulan sekali ke gitu gi kelas kat rumah Jannah sensei utk meroti..saje2 belajar meroti guna tangan. Sensei Jannah pun memamg pro giler meroti...nampak mudah je die buat, kena den buat, mahu lenguh tangan bebb...almaklum la selalu tu ade assistant (breadmaker) itu yang bekerja..hahaha...so saper berminat leh la join yek...leh lawat di sini http://puchi-happie.jugem.jp/
So far ayah aina pun okay je nak menghantar ye. Okla tu kan, seronot la ibu aina nih...hihi..
So far ade la gak try2 buat kt rumah kan..hahaha..nnti leh letak entry buat roti ni sndiri kat rumah..hahaha..semalam ade la buat sweet pumpkin tu( roti bertoncang atas tu). Tapi haru yg nak buat toncang tu..kehkehkeh..hr tu kat kelas senang tu Sensei Jannah tunjukkan..kehkehkeh..takpe2 nnti kite story...Bile di kelas berpasang-pasangan buat, seronot la meroti sambil berbual2..hahahah..bile di rumah, mahu lenguh gak la uli sorg2, tp kdg2 tu seronot gak..hhahahaha...weeknd ni nak gi kelas meroti lagi..yeyeye.tapi mungkin kali ni kena balik naik densha(train) kot..hahha..tkpela, janji ayah aina dah tolong hantar..arigatou..uishh lama sungguh den tak naik densha..so bile lg yek..best tu..hihi..

Aina - 1 tahun 2 bulan

Hari ini Aina Shafeeyah kami sudah 1 tahun 2 bulan. Smoga anak ibu sorg ni membesar ngan sihat, solehah, dan berjaya di dunia dan akhirat..aminn..Sungguh cepat masa berlalu. Aina pun sudah besar. Sudah lama ibu aina tak aktif menjadi blogger. hihi..apekan daya, susah sungguh nak menghadap pc ketika bersama2 aina. Now? Aina is sleeping. Bermaharajalela sat nak update blog..takde ape pun, pasal aina ni la. Family pun asyik tanye pasal aina. Takpela hari ni update gambar dlu yek, kemudian nnti kite story mory lak..hihi..So bawah ni gambar terbaru ahad lepas. Hari ini tak abik lg gmbar si kecik tu. Time ni kat koen kat garage off, machida..ape lg, sessi menunggu ayah aina lepak2 di kedai kereta ye..ape2 shj pasal kereta tu, mmg minat ayah aina, so layan jelah yek. Ni pun bru balik dari Costco Machida tu, so lalu garage Off, singgah la sat..Gambar bawah ni pulak time aina 1tahun 1 bulan..hahaha..sebulan yang lepas la yek.Kat maner tu? hahahaha. Ni pulak kat Up Garage ( kedai kereta gak)..hihihi ..Sementara menunggu lepak la main ngan aina. Nasib baik dah ade aina, so bertemanla gak. Dulu time tkde aina dan time pregnant, duduk dalam kereta tido, tak pun bawe buku..hahahaha..bace2 sampai la tertido..hihi..HOOHOHO..tu gambar aina tu? itu adalah gambar aina geram..Alahai aina, klu geram, tak suka bile ditegur/dimarah, mula la buat aksi geram gengam tgn dan ketap gigi gitu..aduhai, marah2 pun buat gak..ape la aina ni..burukk tauu!!!

Ni pulak bile yek..hahahaha..tak ingat dah..minggu lepas kot. Time ni sejuk sikit dah..pelik skrg..kdg2 sejukk sgt cam winter je..hahahaha, kdg2 biasa je cuaca cam autumn tu..hari ni hujan dr mlm td, tp tkdela sejuk sgt.hihihi. Skrg pun hari2 kena kuar bawah aina main2 kat bawah rumah ni, sian aina dalam rumah je kan..Klu hujan cam hari ni, tak dpt la nak main2 kat luar rumah..

Ni pulak gelagat si kecik ni bersolat. Kami nak solat, dia pun came la cibuk nak solat. hahahaha...saperla ajar duk nongeng2 gitu nak oiii..takde saper la ibu, caye ikut je..sekrang klu dengar je azan kat pc nih, si aina.."ha ha" sambil 2 tangan lepas kat telinga/kepala..ini kess tengok ayah die solat la tu..InsyaALLAh moga2 jd anak yang solehah di dunia dan akhirat ye..aminn
Alamak, bru nak update N3 lain2, si kecik sudah bgn la..tkpe2,satu entry dlu, nnti kite story lg yek..papaii..

Thursday, October 22, 2009

Aina - jom jalan2

Amboi raya dah abis, entry den ni masih tak tukar2 yek. Ape nak buat?? hahaha..terima la seada ye..sangat la byk ye entry nak update, tapi hanya tinggal gitu je. cerita pun dah basi..so kite update betui2 terbaru ye cerita..hahahaha..klu free nnti la kuarkan cerita basi tu..hihi..yolah tu

Sekarang cuaca pun dah makin sejuk. Autumn sudah tiba.best best. Cuaca yang tak sejuk sgt, tak panas ni, nyaman sekali. Kami memamg suka sgt spring dan autumn.hihi. Dah 2 hari tak bawe aina jalan2 gi pejabar pos, gi shopping sayur2, koen ke dll. ( janji dpt kuar rumahkan). Sebabye aina tak sihat sangat. Isnin hari tu tak sihat pun tp tetap bawe kuar, seronot je si kecik tu. Pastu demam dah, selsema. Dan sekarang alhamdulilla sihat dah, cuma selsema je lg. Demam nak besar la tu..hihi..

Makanya, hari ini meh kite layan si kecik aina shafeeyah berjalan2 tadi. Dan balik terus update blog..hahaha. Amboii dah pandai melaram dah si dara kenit ni. Kite siap kate jom, die dah happy dah tepuk2 tgn. Kate aina tukar baju, pandai pulak angkat2 baju nak buka...hahaha..oo pahamm dahh yekk..pas siap tunggu depan pintu..aalahaii aina oo aina..hihi


Ni pulak antara video yang sempat di rakamm..Hai aina seronot sgt la yek dapat jalan2 tu..Tak naik stroller?? hahaha..uishh mesti la naik stroller.nak gi abik stroller la tu kat dalam kereta. Maka lepas jelah si aina tu berjalan. Kena la bawe stroller, nanti senang nak gantung sayur2, buah2 dan segala mak nenek.hihihi. okla aina pun sudah tidur tu, saya sudah boleh masak..daa

Friday, October 02, 2009

Aidilfitri 2009

Raya tahun ni camner? hahaha...sungguh penat gak la..yelah bayangkan kami balik msia dalam 10 hari, time raye lak tu..hihihi..gambar raya? tak banyak pun abik..busy ngan si aina je..Pastu pada kawan2 yang tak sempat jumpa, sorry sgt..Pada kawan2 yang tak tau kami balik pun kami minta maaf ye...ade yg tahu pun melalui blog ini, facebook dan YM...sorry..tel rumah pun dah lama potong..huhu

Meh kite imbas kembali..

18 sept - Kami bertolak dari rumah dalam pkui 530 pg. Alhamdulilla kami selamat sampai di Malaysia dalam pukul 5ptg. Kami solat semua dlu, bru gi abik beg2..sbb confirm la tak sempat nnti, nak berbuka lagi..Pastu balik family Abg kat Klang dlu. So far aina alhamdulilla, cuma menangis tb2 time take off tu kejap..pastu tido dalam bassinet..tp dah tak muat la kaki ye yang panjang tu..tp lena gak la..bile jaga sibuk nak mainn je..hihi..yg si ayah seronot layan movie..hihi

19 sept - Tengahari kami bertolak balik rumah ibu ayah di seremban untuk elak kesesakan. Sampai R&R seremban, hohoho..dah mula la jam sikit..nasib baik nak exit seremban. Then singgah PusaT Zakat bayar zakat pendapatan Abg. Balik singgah rumah, solat zohor sat, terus kuar gi cuci gambar untuk setahun itu, konon nak singgah bazar ramadhan, tapi byk dah tutup, yelah esokkan raye..So malam tu ade takbir raye la kat rumah kami cam biasa..tp tulah sekeping gambar pun tak abik..mmg balik ni terlupa sikit pasal camera.

20 sept - Pas solat raye, siap2 gi jumpa mak abah sekejap, pastu terus balik Klang. Kalut ye bateri hp adik out...hahaha..saya ingatkan charger tgl kat Klang, rupa ye dalam backpack abg..hahaha..kalut cari public phone..kehkehkeh..pastu beraya la kami di Klang..Opss...HAPPY BIRTHDAY TO AYAH AINA...genap dah 30 thn..semoga panjang umur, murah rezeki, sihat2 slalu, serta jadi suami dan ayah yang soleh di dunia dan di akhirat..aminn..terima kasih ye abg..

21 sept -Dalam pkui 8 pg kami gerak balik ke seremban semula. Family klang beraya di Seremban. Kemudian kami bertolak ke Melaka dan Johor dan sampai semula ke seremban dalam pkui1 pg..penatt oo...panas la sgt..on the way ke johor dan balik seremban, hujan..sejukkk pulak..aina dah demam sikit malam tu..merengek je nangis sampai 3 pg kot..alahaii..

22 sept - Aina demam dan selsema sikit dah..tapi pg tu kuar kejap gi beraya 2 buah rumah sedara, Tengahari terus balik sebab aina makin panas...Konon nak gi beli barang2 nak bawe balik, tapi cancel. suhu aina pun dah 38.9 gitu. Lap2 badan aina, bungkus kepala, pastu kami 3 beranak pengsan...hahaha penat sgt la tu..ptg tu aina dah reda sikit, Alhamdulilla..

23 sept - Tengahari kami bertolak balik ke Klang semua. Petang tu ade jamuan hari jadi aina dan sepupu ye, ameem..Thank you maklang bb hadiah kek yang sedap itu.

24 sept - Kami beli brg2 nak bawe balik kat Tesco..hahaha..main abik masuk troli je..hahahaha..Lewat petang kami gerak balik ke Seremban. Malam tu, kami tinggal kat rumah Paklang dan Maklang kat TTJ, rumah ibu penuhh..hahahaha..

25 Sept - Pagi2 kami pergi Tabung Haji, tapi ya ALLAh punya la ramai org..hohoho. Sbb ade kawan nak dtg, shopping kejap kat Giant ampangan tu aje. Pastu gerak balik. Thank you sha dtg lawat kami..suka2..besar2 dah anak2 sha..hai bile la leh jumpa lagi..rajin2 tau klu jd sambung phD nnti..Thank you fida sbb datang gak..alahaii naper tak call, klu sempat leh jumpa sha kan..tulah nak surprise la sgt tu..hahahaha..ape pun thank you pada yang sudi dtg jumpa kami. Pas solat jumaat, kami pergi Tabung Haji, nasib la guard perasan muka den ngan si aina ni dah dtg pg td..so dapatla ke kaunter terus..hahaha..alhamdulilla..Pastu singgah Senawang, beli brg lagi kejap je. kemudian terus balik rumah, tlg ape yg patut, yelah pas magbrib ade kenduri Aqiqah Aizat, anak kakyongku dan jamuan raye..alahaii...sekeping gambar pun kami tak abik gak..sob sob sob..paham2 jelah kenduri kan...penatt ooo..thank you ina dan ita sudi dtg, tu pun mmg kelam kabut...

26 sept - kemas2 barang dan kami balik Klang semua. Malam kuar kejap gi jumpa kawan2 kat shah alam.

27 sept - pagi tu, kami abik brg2 kat rumah kak nurul..thank you akak..pastu balik packing brg2..pas magbrib gerak ke KLIA. Jumpa kak ayin dan bb baru kat airport je..thank you kak ayin sbb sudi dtg jumpa kami. emir pun dah big boy dah.

28 Sept - Alhamdulilla, kami selamat sampai di Narita, then bas dah siap tggu untuk gi abik kereta kami. Allhamdulilla kami selmat sampai di rumah pkul10++. Petang tu kami 3 beranak tido kepenatan. Then Aina sambung tido lagi dari 8mlm-8 pg esok tu.siang tu pun aina byk tido lg.qadha tak cukup tido time kat msia kot.hihi. Jom layan serba sedikit gambar2 kami..

Family di Seremban
Family di Klang
Ape yang tak sempat buat...hahaha..banyak oo..tak sempat jumpa kawan2 yg nak jumpa, check up diri sndiri, check up aina, shopping tudung dll, makan ape yang nak mkn (malas nak senarai, buat terkilan je..huhu) dann mcm2 lg la tak sempat.. takpela, tkde rezeki..sob sob..sedihh tauu..tkpela..tutup mata jelag

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kami ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, mohon maaf ye kepada semua. Semoga raya tahun ni lebih di berkati Ilahi ..Kami balik raya di Malaysia tahun ni..macam la thn2 lepas ibu aina bukan kat msia, tp kurang seronot sikit sbb kurang sihat time tu..Paling tak leh lupa 2thn lepas, pagi raya kena tahan wad sampai 3 hr raya, ayah aina kat nihon la kan..haa abikk ko, raya la kat wad..keh keh keh...Doa tahun ni beraya semua ye sihat2 sahaja, semua ye selamat..doa2kan yek..insyaALLAh aminn..

Kami balik jumaat ni 18 sept 2009 flight 1030pg dr narita, dan balik ke nihon ni 27 sept 2009, flight 1130mlm..kejap je yek..hihi..jd la kan.. ape2 pun doa byk2 kami semua selamat pergi dan balik dengan sihat walafiat ye..aminn..

Pagi jumaat pas je solat subuh, siap2 la gerak naik kereta ke narita airport. Tinggal kereta kat sana je. Sekarang masih sibuk asing2 barang2 nak bawe balik ngan bantuan si kecil aina nih..abih semua die tolong kemas sekali..hihihi.. haaii sejak 2 minggu ni jarang jalan2 blog kawan2..sorry ye.. ape2 pun terima kasih yg sudi bg kad raya ni..

Dari Kak Ina/Hana

Dari kak Nor
Dari kak mizan

Friday, September 11, 2009

Happy Birthday Cayang Aina Shafeeyah!!!

Allah Selamatkan Aina,
Allah selamatkan Aina,
Allah selamatkan Aina Shafeeyah,
Allah selamatkan Ainaaaa...

Yeah, Saya dah setahun daaa...hihihi..
Semoga anak ibu sorang ni jadi anak yang solehah di dunia dan akhirat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat2 slalu...aminn..insyaALLAH...opss kek darurat..ingatkan malas nak buat kek, tp sian pulak kat aina nih.so buat simple jelah, versi hitam putihh je, sebb takde pewarna kat rumah nih..kehkehkeh..layan jelah yek...

Salah satu dialog kami semalam;

ayah : Besar dah anak ayah sorang ni, alahaii cepat je kan..
ibu : Aina setahun, abg dah 30 tahun. Aina 10 tahun, Abg dah 40 thn..makin tua dah kite ni..
ayah : betui la..nanti aina 20tahun, kalau abg panjang umur dah 50 tahun..sempat ke nak timbang cucu lak? sempat ke tgk aina kawin?
ibu : kehkehkeh..golak besauu den..amboii anak bru setahun dah pikir cucu...kuikui

ingat matikan sunat, tapi lawak pun ade....adoii..jauh ye pikir..doa moga panjang umur, sihat2 walafiat, murah rezeki.

Gambar bawah ni dari 0 bulan hingga la 12bulan..layann..
Ni pulak antara wajah2 aina shafeeyah selama setahun..hihihi..