Showing posts with label suker-suker. Show all posts
Showing posts with label suker-suker. Show all posts

Awak dah besar
Alhamdulillah.. :)





Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bertinta dan mencurahkan idea di sini...
InsyaAllah... Masa sangat padat, namun dikesempatan ini ana ingin berkongsi dengan sahabat sahabiah tentang ini...


Mungkin sahabat sekalian sudah melihat gambar ini dilaman sesawang muka buku...

Jom fikir sejenak... muhasabahkan diri...
Kenapa dan mengapa...
Tepuk dada tanya iman...

Nak maklumat lebih lanjut tekan DISINI

..::nota cinta buat mu::..

Hanya untuk mu yang teristimewa..
Hanya untuk mu yang tercinta..

by~

Assalamualaikum sahabat sahabiah...
Semoga "IMAN" sahabat sekalian kian teguh dan mantop...
InsyaAllah...

Alhamdulillah.. hari ni 30 Syawal.. Hari terakhir umat Islam menyambut raya... Malam ini jugak dapat jemputan majlis rumah terbuka tapi tak sempat nak p coz sat lagi ada meeting with group mate.. maaf ya Dr Ustaz.. Bunga-bunga kesibukkan kian mekar...Begitulah jadinya apabila diri ini dinaikkan pangkat sebagai mahasisiwi di IPTA Sintok sejak 3 tahun yang lalu.. 

Allahmdulillah.. Semester terakhir ini Allah ketemukan ana dengan seorang sahabat muallaf.. Apabila bertaaruf dengannya, sudah 2 tahun dia memeluk Islam.. Alhamdulillah.. Sungguh senyuman lebar ana hadiahkan disebalik niqab.. 

InsyaAllah..walau sesibuk mana sekali pun, ana akan ambil masa selama 5 minit untuk ana cerita kan tentang sahabat istimewa ana ini...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx~ ummi call ~xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

5 minit dah habis..
InsyaAllah..tunggu sambungan yang seterusnya...

...::nota jari manis::..

Ana : Ana pun cina..bukan melayu asli...^__^

Sabahat : ohhh... \^__^/

by

"Habis nanti macam mana nak cari isteri..?"
Bab nak cari isteri ini apa susah..
Berserah sahaja kepada Allah swt..
Bila MASA sudah sampai, dapatlah..

"Bukan kita kena USAHA ke..?"
Memanglah kena usaha..
Tak akan saya nak duduk rumah tanggu orang masuk meminang pulak kan?
Tapi COUPLE is WRONG..
Baik kumpul duit, persiapkan diri dengan tanggungjawab..
Pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI..

"Nanti kena REJECT macam mana..?"
Dah nak REJECT..Nak buat apa..?
Fikir positif lah, maybe ada yang lebih baik buat kita..
Allah swt kan tahu apa yang terBAIK buat hambaNya..
Kita kenalah REDHA dengan ketentuanNya..

"Kalau dah berkenan dekat hati macam mana..?"
Lagi senang kalau macam tu, dah cukup duit dan persiapan teruslah masuk meminang or lagi bagus terus jer KAHWIN..
Tak payah nak berCOUPLE bagai, buat maksiat apa gunanya..
Sahabat-sahabat semua nak masuk SYURGA or NERAKA..?
Kalau belum cukup lagi, simpanlah dalam hati..
Cuba test berapa lama sahabat-sahabat boleh suka pada budak tu..?
Maybe perasaan korang tu just CRUSH only..

"Eleh..budget kamu baik sangat la..? Ramai je yang couple.. Boleh je aku tengok.."
Ye.. Saya tak cakap yang saya baik.. sahabat-sahabat yang menilai diri saya ni..
Macam mana sahabat-sahabat NILAI or pandang.. Itu terpulang..
Yang penting PANDANGAN Allah swt terhadap saya nanti bagaimana..?
Sebab nanti di akhirat saya yang kena soal coz why saya tak sedarkan sahabat-sahabat semua..?
Kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
Sekarang, I have DONE my job..
Nanti itu antara sahabat-sahabat dan Allah..

"Mak & ayah restu lah.."
Memanglah mak & ayah restu..
Tapi Allah restu ke tak..?
Sahabat-sahabat FIKIRlah sendiri..

Semua diberi AKAL untuk berfikir..
Saya yakin sahabat-sahabat pandai menilai apa yang baik & buruk..
Ingatlah.. Niat tidak memBENARkan cara..

Perkahwinan tu satu benda yang SUCI..
Tapi manusia yang mengotori ikatan ini..
Oleh sebab terlalu mengikut budaya barat, semua benda yang HARAM pun boleh jadi HALAL..


::..nota kuku merah berinai..::

Fikirlah wahai RAKAN..
Kita ni umat akhir zaman..
Kiamat itu PASTI..
Kenapa sahabat-sahabat tak SEDAR lagi..?
Or sahabat-sahabat tahu just buat-buat tak tahu je?

FIKIR-FIKIRKAN LAH..

from blog wan aqasyah

by

Salam Islam untuk semua..
Semoga bulan Syawal ini yag mulia ini Iman sahabat sekalian makin terus kukuh, kuat dan kebal..insyaAllah..


SubhanaAllah... Alhamdulillah.. Allahu Akhbar...


Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah. Hukumnnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannya untuk tontonan oleh para jemputan, sekali pun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat. Hal ini adalah kerana, melalui raut wajah wanita itu, sudah cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya merasa tertarik dan sebagainya. Maka untuk menutup jalan-jalan yang membolehkan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran yang lagi besar, jadi adalah lebih baik tidak meletakkan gambar tersebut... Wallahu A'alam

Kadang-kadang apabila ana melayari sesetengah laman sesawang sama ada dunia blog 
mahu pun muka buku, menjelajah lagi alam dunia yang serba serbi maya bagi manusia yang memayakan diri mereka itu, ana merasa hairan + sedih + kesian.. Muslimah yang bertudung, yang menutup aurat mahupun yang berniqab tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing..

Ya.. Ana pernah rasa teruja akan dunia maya sebegini.. Boleh menulis pelbagai perkara, pelbagai cerita, pelbagai perkongsian malah pernah meletakkan gambar sendiri.. Ana juga insan biasa.. Yang mempunyai pelbagai kelemahan dan kekurangan.. Insan yang sentiasa belajar dan terus belajar untuk memperbaiki sedikit demi sedikit untuk menjadi 'muslimah'.. Jadi antum semua semestinya kena  tahu bahawa teguran 'membina' daripada antum sekalian amatlah di alu-alukan..

Tidak salah untuk memaparkan gambar kalian tapi perlulah bertepatan dengan hukum syara'.. Jadikan gambar itu satu penanda bahawa anda adalah seorang muslimah atau perempuan dengan meletakkan gambar karton seperti ana muslim atau gambar kanak-kanak yang belum baligh. Jika ingin meletakkan gambar kalian juga, letaklah gambar yang kecil dan privatekan supaya tidak di 'copy' dengan sesuka hati oleh 'manusia' lain..

Kecuali....
Untuk tatapan kaum hawa sahaja dengan mem'private'kan dan tidak dibenarkan rijal2 melihatnya.. Jika kalian mahu rakan lama mengenali kalian, kalian hanya perlu meletakkan nama bukan meletakkan gambar kalian sebesar-besarnya dan jelas sehingga setiap butir jerawat dan parut kalian terpampang di pipi..!

ADA APA DENGANNYA?
..MUSLIMAH & GAMBAR..

Bukan tujuan ana untuk mengaibkan kalian semua. Namun kalian semua mesti faham & sangat memahami tanggungjawab sebagai seorang rakan..  Ana adalah sahabat kalian, rakan kalian, kawan kalian...! Sungguh....! Ana sayang pada kalian semua walaupun kita tidak pernah bersua muka.. 

Patutkah ana membiarkan kalian semua menerima dosa-dosa yang kalian lakukan tanpa kalian sedari? 
Patutkah ana membiarkan kalian memaparkan wajah-wajah kalian kepada orang lain?
Tak kesiankah kalian kepada bakal zauj (suami) kalian nanti?

Biar pun wajah kita bukan aurat mengikut sesetengah mazhab dan pendapat ulama', namun tatkala fitnah datang mengudang di samping itu jua terselit zina kecil (tersembunyi) berlaku, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup daripada ditatap oleh pandangan umum?

Sahabat-sahabat muslimah ku...
DUNIA TANPA SEMPADAN...tahukah kalian akan gerangan maksudnya? Ya.. Dunia tanpa had, Dunia tanpa batasan, Dunia tanpa halangan... Itu lah maksudnya.. Semakin hari semakin berkambang maju.. Saban hari mungkin berjuta-juta manusia yang menjejakkan kaki di laman sesawang kalian.. Di kalangan kalian ada yang bagus.. yang menundukkan pandangan selaras dengan firman Allah swt:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci daripada mereka. Sungguh, Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.." ~An-Nur~



Namun demikian, kita harus akui bahawa dikalangan berjuta-juta manusia yang berteduh diteratak maya kalian terdapat mereka yang hatinya yang sakit serta jiwanya yang perit jerih menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kalian walaupun kalian bertudung litup.. Kita takut dan risau ada yang sakit hati atau ada yang suka, itu akan membuatkan mereka rasa tidak bersalah malah gemar membuat bermacam-macam dengan gambar kalian..

 Seperti contoh yang ana boleh nyatakan disini.. Sahabat ana mengadu pada ana bahawa ada seorang muslimah (J) menuduh dirinya 'copy' gambar. Memang sahabat ana akui bahawa dia 'copy' gambar muslimah berniqab itu namun telah mendapt keizinan daripada pemilik gambar itu. Tapi, tiba-tiba sahabat ana ini diserang dalam inbox muka bukunya menyuruh 'delete' gambar tersebut. Padahal gambar tersebut tersangatlah ramai yang menggunakannya, bukan sahabat ana seorang sahaja.. Nasihat ana pada sahabat, gunalah gambar baby, kucing, 'love Allah' dan yang tiada kaitan dengan orang lain.. Oke..! ini adalah perkara biasa.. Bila ana melihat profil muslimah (J) di laman muka bukunya, memang beliau publishkan gambar pertunangan dan gambar perkahwinannya.. Jadi siapa-siapa saja boleh 'copy' gambar itu. Jika kalian seorang muslimah yang cemerlang dan berfikiran panjang, janganlah 'publish'kan mana-mana gambar yang sepatutnya di'privacy'kan oleh mata-mata kasar..

Maaf sekali lagi jika ada di antara kalian terasa akan kata-kata ana di atas.. Ingat sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah, seorang  rakan yang tidak menegur akan kemungkaran yang dilakukan oleh rakannya sama ada kemungkaran yang dilakukan secara sedar mahupun tidak, maka rakan yang tidak menegur perbuatan rakanya tadi akan turut serta dihumban ke dalam 'NAR' (api neraka)..

Terkini..
Berita yang ana perolehi ketika beratur untuk membayar makanan di 'cafe', ana terpandang satu tajuk besar..

DI SIHIR GUNA GAMBAR DI FACEBOOK..

Terpampang di dada akhbar semalam.. Jadi, apa kesimpulan yang kalian patut fikirkan?

Jika kita kaji tentang dunia fotography atau gambar, begitu canggih sekarang.. Bukan main maju lagi.. bukan?  Jika dahulunya hanya kamera yang perlu dicuci untuk mendapatkan gambar, kini telefon juga telah menjadi kamera. Kamera pula sangat dahsyat.. Boleh zoom sana sini.. Lebih 'instant' sesegera makanan segara yang sama kerosakan yang dibawa yakni penyakit hati..


Sungguh malangnya jika wajah kalian dipamerkan itu mengundang gejolak rasa di jiwa kepada insan bernama lelaki yang beriman akan beristighfar dan memujuk hatinya. Manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu kalian.. Mereka yang bermasalah tentang hati mula memburu kalian dengan chating, SMS, telefon, surat dan sebagainya atau yang paling bahaya menggunakan guna-guna ke atas kalian hatta mungkin mendekati kalian dengan tujuan memiliki kalian..


Dengan hanya satu kesilapan yang berkemungkinan kalian tidak terniat sedikit pun, wajah kalian terpampang besar di Internet..! Ya..! Gambar adalah bayangan realiti semata-mata. Namun mungkin jua satu fantasi.. Kadangkala lelaki tertipu juga dengan fantasi hebat Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi.. Jika itu tujuan kalian, kalian tanggung sendirilah.. Tapi jika niat kalian ingin berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, jadi nasihat ana berhati-hatilah..!


JALAN PENYELESAIAN..


Kalian sahaja yang mampu menyelesaikannya.. Bukan orang lain.. Diri kalian, kalianlah yang harus menjaganya.. Sebenarnya, apakah tujuan sebenarnya kalian bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepada kalian? Jadi, soalan ana kepada kalian, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah kalian sebesar-besar yang mungkin menutup pandangan orang terhadap kaliankah? Kerana laman sesawang muka buku, blog dan sebagainya itu adalah milik kalian.. Seharusnyalah kalian membuang gambar itu dan tidak akan meletakkanya lagi.. Atau jika kalian nak sangat letak gambar kalian maka hendaklah kalian meng'private'kan blog, muka buku atau sewaktu dengannya tapi dengan syarat haya KAUM HAWA sahaja yang boleh melihat gambar kalian..


Banyak cara yang boleh dilakukan dengan menggunakan perisian pengedit gambar.. Belajarlah daripada yang tahu.. Hindarkanlah daripada aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat.. Sekiranya niat kalian hanya berkongsi dengan rakan muslimah kalian, lakukanlah dengan cara tertutup.. Elakkanlah posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang.. Nak lebih mudah, kalian boleh kirimkan email bergambar pada rakan muslimah kalian itu..


Ya.. Isu sebegini sangatlah popular.. Ramai muslimah sekarang menyalahgunakan kemudahan ini..


Mesti ada di antara kalian yang membaca entri terdetik "Ahh..dah lapuk isu ni.. Dah selalu baca.."


Ya..memang dah lapuk.. memang dah selalu baca.. memang dah selalu dengar.. Namun, manusia kan selalu lupa..mudah lupa dan sangat pelupa.. Jika tidak, kenapa begitu ramai sekali muslimah di antara kalian leka dan alpa..? Atau hanya menganggap isu sebegini hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja..? Oleh itu, ana sebagai sahabat kalian ingin menegur kalian dan menegur diri ana sendiri juga.. Kerana kasih dan sayang ana kepada kalian wahai muslimah, terdetik di hati ingin menegur.. Sanggupkah kalian melihat rakan muslimah kita menjadi penghuni neraka? Tak sanggup kan? Begitulah jua ana..


::..nota inai dijari..::


INGAT.. wajah kalian adalah anugerah daripada Allah swt.. Anugerah Allah swt itu hanyalah layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja..


Wallahu A'alam..


by

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Syukur pada Ilahi kerana masih lagi memberi peluang kepada kita untuk menghirup oksigen tanpa meminta 1 sen bayaran sekalipun..
Syukran ya Rabb..

Assalamualaikum sahabat sahabiah....
Bagaimana sahabat sekalian hari ini? Iman sshabat-sahabat pula bagaimana? Alhamdulillah.. Moga-moga semuanya terus berada dalam istiqomah hendaknya.. InsyaAllah..

Alhamdulillah sahabat-sahabat ana selamat sampai ke destinasi yang ditujui pada jam 6 pagi tadi.. Walaupun bas mengalami sedikit kerosakan akibat kemalangan jalan raya.. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan ana dan sahabat ana yang lain..

Dapat berjumpa sahabat-sahabat yang rasanya kian lama tidak bersua muka.. Bertanya khabar, bersalam-salaman, bermaaf-maafan, mengucap ucapan raya walaupun raya dah hampir mencecah 2 minggu.. Raya sebulan..kan? ^^

Moga ukhwah kita sampai ke akhirat kelak.. InsyaAllah.. Tegurlah ana jika ana silap.. Sesungguhnya ana hanya manusia biasa seperti orang lain juga.. Ana sangat memerlukan teguran dari sahabat sekalian..

"UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA"
"SAYANG UKHTI KERANA ALLAH SWT"


::..nota jari berinai..::

Hari ni dah 3 kali call ummi... Bila call tak tau nak cakap apa.. "rindu ummi ka?"
"hmmmm..." itu saja yang mampu ana ucapkan sambil mencurah-curah air mata tumpah membasahi pipi..

Bila call ummi akan terubat hati ini.. ^__^
Doakan anakmu ini ya ummi..

p/s : abi aina?

by

Assalamualaikum sahabat-sahabiah.. salam sebelas Syawal... Alhamdulillah... Jumaat penghulu segala hari bersua lagi.. dan hari ni jua hari terakhir ana bersama si dia yang ku cintai...


Tiada apa untuk di coretkan.. cuma hati ini sudah terasa kerinduan yang teramat sangat.. Oh si dia ku cintai Ummi wa Abi... ^__^

Doakan anakanda mu ini..

..::nota hias::..

Detik-detik terakhir berada di kampung halaman.. Masak nasi ayam untuk jamuan selepas solat Jumaat sebentar saja lagi..

Mohon doa dari sahabat  sekalian supaya perjalanan kami sebuah bas selamat sampai ke destinasi pada malam ini..

p/s : beg teramat berat.. ummi paksa bawak itu ini utk jamu kawan2 kat sana.. ^^ jom terjah ke bilik ana.. *muslimin NO ENTRY..! oke!

by

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Sujud syukur kepada Mu ya Rabb... Diri ini masih lagi dapat menikmati segala2 yang ada di muka bumi Mu... 18 Ramadhan bertandang dan akan mula pergi.. Namun menjengah pula 19 Ramadhan pada ke esokkan hari.. 

Ya Rahman..sungguh cepat masa berlalu..


Sahabat2 sihat? camna dengan iman hari ni?ok kah? Semoga iman kita sentiasa kental nan kebal hari ke hari..insyaAllah..

Seperti sahabat sahabiah baca tajuk entri ana kat atas singgah sana tu adalah bertujuan untuk menambahkan follower kat blog..... 
dapat tau segmen ni bila ana ke blog sahabat and then terjumpa blog ni.. (sila clik tau ^^)

Ni lah 1st time ana try masuk segmen sebegini... Sebelum2 ni pon dah banyak kali jumpa.. Tapi hati ni payah untuk bergerak mencuba segmen sebegini.. Apabila tanya kekanda ana, dia bagi cadangan agar mencuba dahulu.. Hasilnya kita tengok kemudian nanti.. 


InsyaAllah...
Nama di beri oleh ayahanda & bonda tercinta ialah NurHidayah Bt Ali yang bermaksud Cahaya Petunjuk atau lebih dikenali sebagai Setanggi Syurga kat blog ni.. Sahabat2 sekalian tau kan, nama seseorang tu amat penting sekali terutama maksud namanya. Nama kita lah yang akan dipanggil apabila berhadapan dengan Allah di padang mahsyar kelak..

Alhamdulillah... Allah memberi diri ini menyukai sesuatu yang agak unik sebagai hobi namun ramai juga yg mempunyai hobi sama dengan ana ni iaitu photographer. Sangat banyak koleksi gambar yang di snapkan. Kamera sentiasa ada bersama tak kira hendak kemana sekali pon terutamanya pabila ke tempat2 yang memberikan diri ini tenang menikmati keindahan ciptaan yang Maha Agung..

Sahabat-sahabiah sekalian boleh ke blog yang ana gemar kunjungi terataknya & memberi motivasi kepada diri kita...DISINIDISINIDISINI dan juga SINI... oops.. lupa pula kat adik comel DISINI..


Jangan lupa tinggalkan link anda diruangan komen ya..senang ana nak follow balik..syukran..!

...nota jari manis...

Semoga segmen yang ana sertai ini sedikit sebanyak memberi kesan yang positif dalam medan dakwah di alam maya. InsyaAllah, itu lah juga tujuan nya.. Sesungguhnya gunalah kemudahan yang Allah berikan ilham kepada hamba2 Nya ini ke arah yang diredhai.. InsyaAllah sahabat2.. Semoga REDHA Allah sentiasa bersama2 kita..

JOM HABISKAN JUZUK KE 18 MALAM NI..!

by~setanggi syurga~

Alhamdulillah..
InsyaAllah..
Semuanya dengan izin dari Nya..
Tanpa keizinan dari Nya siapalah kita..

13 Ramadhan 12.47 pagi.. Bermakna sudah 12 hari kita berpuasa.. Hari makin hari, pelbagai ujian Allah berikan.. Badan terasa lemah, minda turut mengikuti jejak langkah.. Kesakitan itu adalah satu nikmat.. Jika tiada nikmat sakit maka tiadalah jua nikmat sihat...bukan??

Saat berganti minit..
Minit berganti jam..
Jam berganti hari..
Hari berganti minggu..
Minggu berganti bulan..
Bulan berganti tahun..

Dan begitulah seterusnya..

Dimanakah kita sebenarnya?
Kemanakah kita nanti?
Sudah bersediakah kita bertemu dengan Nya?
Mampukah kita?

Sebuah kapal yang berlepas dari pelabuhan dan akan kembali semula ke pelabuhan.. Setelah sampai ke pelabuhan itulah segala-galanya akan dihitungkan..

Begitulah jua kita akan dihitungkan dari segala amalan-amalan yang dibawa..

Bila ditanya kepada mereka.. Hendakkah kamu menikmati syurga Allah? Tidak kira ditanya kepada sesiapa pon.. Kepada pelajar, pekerja, kanak-kanak, remaja, perdana menteri, menteri besar... Mahupun ditanya kepada mat-mat motor, minah-minah rempit serta penagih dadah yang tangannya masih berjarum sudah tentu jawapannya YA..!!

Wahai hati manusia..! apakah bekalan yang engkau bawa untuk menikmati syurga Allah yang sangat-sangat mahal itu??

Rasulullah saw.. Seorang pemimpin negara yang tiada tandingan & bandingannya.. Selama 23 tahun dapat mengubah dunia menjadi terang bercahaya.. Bermandikan darah.. Nyawa digadai.. Hanya mahu melihat ummatnya tidak menderita.. Dengan itu, Baginda meninggalkan dua harta yang sangat-sangat bernilai.. Tanpa dua harta ini, manusia akan sesat...

AL-QURAN & AS-SUNNAH

Kata abi awat hangpa makan lebih lama dari berjumpa sang Pemberi Rezeki ini?

Sama-samalah ubatkan hati kita dengan memberikan santapan rohani yang secukupnya.. Jasad kita perlukan makanan.. Roh kita juga turut memerlukan makanan.. 

Adakah anda lupa?
Al-Quran itulah santapan rohani kita..

...nota tangan si kecil...

hari ke 13 Ramadhan..sepatutnya sudah sampai juzuk ke 13..
anda pula bagaimana?
tepuk dada, tanya iman..

13 Ramadhan 
0048 am

Holy Quran is My Name
Kitab Suci Al-Quran adalah nama ku

I am a book in elegent prints
Aku buku kitab yang dicetak dengan sangat cantik

To know my name have are some hints
Untuk tahu tentang aku ada beberapa petunjuk

Rich in cover and nicely bound
Aku di beri sampul mewah dan indah

I found in every Muslim home
Aku pasti ada disetiap rumah orang Muslim

In hearts of Muslim I am rarely found
Di dalam hati setiap Muslim aku jarang ditemui

High on a shelf, I am kept
Aki di letakkan di atas rak yang tinggi

Forgotten there, I am left
Di biarkan disana, aku ditinggal dan dilupakan

Sometimes they put me on dirty places to dispel ghost and jinn as they said
Terkadang aku diletakkan ditempat-tempat kotor, katanya untuk mengusir hantu dan jin

And forgotten there, I am left too
Dan disana juga aku dibiarkan, ditinggalkan dan dilupakan

With respect I do get of kiss after reading
Dengan penuh hormat aku banyak dicium setiap kali selesai dibaca

But,
Tapi,

My main point is what they always miss
Pelajaran dan petunjuk utama yang ada padaku selalu dilupakan

Neglecting the message inside me
Mereka mengabaikan pesan yang ada padaku

At times I am used used for phony swear
Ada kalanya aku digunakan untuk bersumpah palsu

My true case is very-very rare
Kegunaanku yang sebenarnya sangat-sangat jarang diperhatikan

A miracle I am that can change the world
Sungguh betapa ajaibnya aku bisa mengubah dunia


All one has to do is understand my word
Yang semestinya mereka lakukan adalah memahami perkataanku

So, you must read me, and learn me
jadi, seharusnya bacalah aku, dan pelajarilah aku

Look what i must told to you
Perhatikan apa yang harus aku katakan untuk mu

I have law
Aku punya hukum

I have wisdom
Aku punya kebijaksanaan

I have treasure
Aku punya sesuatu yang sangat berharga

So, much so there is no measure
Dan banyak yang aku punya yang tak bisa kau hitung

I'm your savior
Akulah sang juru penyelamatmu

I'm your guide
Akulah penuntutmu

I'm from Allah Creator of universe
Aku diturunkan dari Allah Sang Pencipta alam semesta

I was taught by our Prophet Muhammad saw and dependent with tear and blood
Aku diajarkan oleh Nabi Muhammad saw dan dipertahankannya dengan air mata dan darah

Right from wrong is my fame
Memperingatkan kebenaran adalah kemahsyuranku

So, you must read me, learn me, told everyone the contant of me.
Maka, bacalah aku, pelajarilah aku dan sampaikanlah isi yang ada padaku

Because
Kerana

Holy Quran is My name
Al-Quran Al-Karim adalah nama ku

QS 25 al-Furqan: 1-2
Must blessed is the One who revealed the statute Book to His servant, so he can serve as a warner to the whole world
Maha suci Allah yang telah menurunkan al-Furqaan (al-Quran) kepada hambaNya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.

The One to whom belongs all severeignty of the heavens and the earth. He never had son, nor does He have any partners in severeignty. He Created everything in exact measure precisely, He designed everything.
Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi dan Dia tidak mempunyai anak. dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaan (Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.

You might don't care about this send many jokes you want to, but in the name of Allah, Quran is your testimony in the last day
Kamu boleh tak pedulikan pada hal ini, silakan kirim banyak kelakar yang kamu mahu, tapi demi Allah, Qur'an adalah persaksian untuk mu di hari akhir nanti.

If you find it useful, please feel free to forward to your near and dear ones.
Jika peringatan ku berguna, sebarkan kepada semua yang kau mahu

Jazakallah..



::..nota jari..::

entri kali ni ana dapat idea apabila ana sedang menjelajah ke taratak kesukaan ana..Di sini
Dah lama dah idea ni..tp terbantut sikit...
Ana harapkan kedatangan Ramadhan kali ini kita semua dapat berhijrah ke arah yang lebih mendekatkan diri kepada Allah & dapat meng'kebal'kan iman kita untuk menampung SEBELAS bulan yang akan datang..insyaAllah...
Semoga terus istiqomah dalam membaca kalam suci Nya...
Sebulan puasa kita pastikan dapat KHATAM 30 juzuk..
Bermakna sehari 1 juzuk..
1 juzuk mengandungi sepuluh helai..
Setiap kali habis solat baca dua helai...
insyaAllah...jom Bertadarus..!!


wassalam..


by~setanggi syurga~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...