Assalamualaikum ya ukhti ya akhi...^_^...
smg sentiasa berada dlm kerahmatanNya..insyaAllah...

Lama betul ana nk cr idea tuk smbung entri ni....
boring2 kat bilik ngan hujan yg renyai2 buat ana mengantuk la plak...
tuk bg hilang ngatuk ni ape salahnya ana smbung entri yg tertunggak ni kan??hehehe

ok jom layaaaan...zaaaassss...^_^




Tanda-tanda yg mendapat kebahagian & keberuntungan...

1) setiap kali ilmunya bertambah, bertambah pula tawa'dhu & kasih sygnya..
2) setiap kali amalnya bertambah, bertambah pula rasa takut & kehati-hatiannya..
3) setiap kali umurnya bertambah, berkurunglah keutamaanya & kerakusannya..
4) setiap kali hartanya bertambah, bertambah pula kedermawaannya..

DEFINISI CINTA...




i) kencederungan yg lahir dr hati yg terus menerus (kepada yg dicintai)
ii) kesedian hati menerima segala keinginan org yg dicintai..
contohnya

"KALAU AWAK CINTAKAN SAYA, AWAK BERHENTI HISAP ROKOK..OKE???"
boooleeeeehhhh keeeeee???? wahahahahha...-_-

"DEMI CINTA..AKU TINGGALKAN MAK ABAH..."
yg ni jangan ikut ya....xelok.....minta dijauhkan....

iii) megembara hati kerana mencari yg dicintai sementara lisan sentiasa menyebut2 namanya...


sebenarnye byk lg kalo nk cakap sal cinta cintun ni...
antum antuna leh fikir kan ape itu cinta.....
cinta pada manusia..cinta pada sang Pencipta..cinta pada kekasihNya...
dan macam2 lg laaaa....

rase cm semacam je la plak buat entri ni..
xlengkap je rase.....
xde mood kooot...hujan je kat sini...buat mata den makin layuuuuuuuu...
jom la tido..meh2...hehhee..


wasalamm...
camat malam ya...


by

Ada pada satu hari di sebuah dewan dimana terdapat ramai orang yang hadir, dari pemimpin teratas, orang-orang kenamaan hinggalah ibu bapa dan kawan-kawan. Kehadiran mereka semua adalah demi mengucapkan Tahniah, berkongsi kegembiraan, kesyukuran kerana nendapat Segulung ijazah. Mereka bergambar kenang-kenangan, sambil memegang ijazah dan Bunga di dada, melontar topi di awan dengan teriakan puas.

Aku: Jadinya, kenapa?


Bishop Kristian: JUBAH YANG MEREKA PAKAI ITU ADALAH PAKAIAN KAMI. Seluruh dunia telah mengenakan jubah kami dengan perasaan mereka begitu syahdu dan penuh rasa bangga. MEREKA TELAH JADI WARIS KAMI TANPA KAMI PERLU WUJUD DI HADAPAN MEREKA. Malah MEREKA BEREBUT-REBUT MELAYAKKAN DIRI KE MAJLIS ITU.


(Jauh di benak hatiku mengakui bahawa kita sedang diperbodoh-bodohkan oleh mereka. Kelihatan design jubah itu memang serupa dengan jubah mereka, hanya terdapat sedikit gubahan pada jubah yang kita kenakan bagi menyesuaikan dengan keadaan dan majlis itu.)


Aku: Jika begitu semasa saya grad nanti, saya tidak akan mengenakan jubah itu.


(walaupun begitu ia masih tidak akan dapat mengubah apa-apa pun, ia tetap sama kerana kita juga mempelajari ilmu mereka.)


Bishop Kristian: Jika mampu, silakan. INI KERANA SETIAP SEORANG YANG MENENTANG PEMAKAIAN JUBAH INI NISBAH AKAN ADA 1000 LAGI YANG AKN MEMAKAI JUBAH NI, MEREKA YANG MENGIDAMKAN MAJLIS INILAH YANG AKAN MEMPERTAHAHANKAN PEMAKAIAN JUBAH ITU SENDIRI. Kami tidak perlu risau dan membuat apa-apa pun.


(Aku cuba menyangkal)

Aku: Gereja juga yang akan rugi kerana akan lahir lebih banyak orang islam yang pandai dan boleh bersaing dengan kamu.

Bishop Kristian: SUDAH LAMA KAMI MENANTI ORANG ISLAM BERKATA SEPERTI ITU. BUKAN MUDAH, BERATUS-RATUS TAHUN KAMI MENGUSAHAKAN DAN KINI HASILNYA SEMAKIN RAMAI ORANG ISLAM MEMAKAI JUBAH KAMI DAN SEMAKIN BANYAKLAH TERLUCUTNYA JUBAH MUHAMMAD S.A.W.


Aku: Saya anda ini silap kerana semakin banyak institusi pengajian islam diwujudkan di dunia ini, Terdapat berpuluh-puluh universiti islam di kampung saya.


Bishop Kristian: Sayangnya awak tertinggal suatu ayat. DAN ISLAM YANG UMATNYA SEMAKIN HANCUR. Saya juga terlupa ingin bertanye kepada awak mengenai suatu perkara?


Aku: Apa dia?


Bishop Kristian: SEKIRANYA ILMU YANG KAMI LEPASKAN DARI DIRI KAMI ITU SUATU KEBAIKAN, MENGAPA TIDAK KAMI AJARKAN KEPADA KAUM KAMI SAHAJA DAN MEMBIARKAN KAMU MENTADBIR WILAYAH SENDIRI MENGIKUT KESUKAAN KAMU SELEPAS DIBERIKAN KEMERDEKAAN?


(Beristighfar panjang bila soalan yang membunuh ini diajukan, terkedu buat seketika, aku terdiam seribu bahasa)


Bishop Kristian: Soalan itu tidak perlu dijawab kerana LIDAH KAMU DAN HURUF-HURUFNYA TIDAK LAYAK SEBAGAI JAWAPANNYA.


(Jiranku hanya tersenyum sambil mengurut-ngurut bahuku, agar aku bertenang.)


Bishop ini hidupnya sangat sederhana, kelihatan seperti orang kampung dan tidak ternama akan tetapi dia sebenarnya memegang banyak rahsia. Amat berbeza pula dengan golongan freemason dan illuminati yang hidup berkuasa serta mewah. Adakah penampilan berkuasa dan mewah ini bertujuan mengaburi mata kita semua, agar kita semua tidak akan menyangka bahawa paderi-paderi jesuit ini sebenarnya perancang?. Manakala Bishop sebagai penasihat dan ketua? Sebuah persoalan yang aku pendamkan demi keselamatan diri. Ada sesiapa yang mampu memperjelaskan kebanyakan kata-kata jiranku (Bishop Kristian) ini yang sering berkias-kias?|


Jubah Paderi Kristian
Jubah Konvokesyen

by

Freemason
Artikel ini juga telah dipetik dari 'efairy-holywar' dan beberapa rangkaian blog lain yang pernah ditutup oleh pihak tertentu kerana memdedahkan rahsia sulit 'The Elite'.Walau bagaimanapun pendedahan ini akan terus dibuat demi menyelamatkan kesucian dan maruah Agama Islam.Mungkin ramai yang telah mengetahui perkara ini.Namun sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu!!.Ini sangat penting demi memelihara akidah anda.


Kini kita akan menyentuh berhubung sejadah.Ya, sejadah yang digunakan oleh anda untuk alas solat.Apa yang menariknya disini?
Sila perhatikan dahulu gambar/gambarajah dibawah :


Master Carpet Freemason1
Freemason - Mater Carpet


Berdasarkan gambar Master Carpet di atas, saya akan mengambil tiga cirinya ;


1) Lantai Berpetak (hitam/putih)/Checkered Floor
2) Bintang dan Bulan
3) 2 tiang yang dikenali sebagai Joachim dan Boaz.


Sekarang kita akan perhatikan pula contoh salah satu sejadah yang telah diambil.Sila perhatikan betul-betul.




Sejadah dengan 3 ciri freemason ; checkered floor,bulan dan bintang dan 2 tiang (Joachim & Boaz)




Perhatikan sejadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan iaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.




Berikut adalah contoh sejadah yang mempunyai 3 ciri freemason iaitu (GAOTU (Great Architect of the Universe), All Seeing Eye (mata) dan tiang Joachim Boaz.




Jika kita perhatikan sejadah di atas secara betul-betul dan teliti kita akan perasan 2 tiang iaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye (mata) dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye anda boleh jumpa di tengah antara 2 tiang. Cuba anda bandingkan sejadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.


Lodge Freemason
Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sejadah di atas. Dan jika anda zoom kan gambar di logde Freemason tersebut, anda akan jumpa lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.


Di sini saya tolong zoom kan gambar-gambar tersebut. Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.


Lodge Freemason (zoom in)
sekali lagi bandingkan dengan sejadah dibawah




Sejadah yang terdapat 3 ciri2 freemason iaitu : GAOTU (Great Architect of the Universe), All Seeing Eye (mata) dan tiang Joachim Boaz


inilah perancangan jahat Yahudi dan Nasrani yang ramai antara kita tidak perasan dan sedar.Mereka akan mnjadikan KITA SESAT DALAM KEADAAN BERIMAN .Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rancangan jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka selepas ini dalam kehidupan seharian.


"Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam)."
Al-Baqarah 109..




Saya akan menghuraikan beberapa istilah diatas yang berkemungkinan mengelirukan anda :


1) Freemason


- Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah.Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).Namun freemason telah tampil seolah-olah sebuah pertubuhan yang halal dan memperjuangkan kebajikan.Kini ahli mereka berada diseluruh dunia termasuk Malaysia yang rata-ratanya dianggotai oleh golongan elit.


2) Lantai Hitam & Putih/Checkered Floor


- Lantai yang digunakan dalam ritual freemasonry (berpetak hitam-putih)


3) Bulan dan Bintang


- Biasa terdapat dalam logo dan simbol yang digunakan oleh freemasonry,dan turut digunakan didalam ritual penyembahan syaitan.Bulan dan bintang turut digunakan sebagai simbolik keIslaman di kebanyakan negara termasuk Malaysia (walaupun ianya bukan logo Islam)


4) All seeing eye


- Simbolik/propoganda "The Hidden Hand/Dajjal" seperti yang tercetak dibelakang wang dollar U.S.




“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan).


WALLAHUALAM


Sumber : 'Efairy-Holywar'


by

Penat jari jemari ku yg tulus mulus ini menari-nari atas papan kekunci dek kerna tugas, tanggungjawab serta amanah seorang anak kepada ummi & abi tercinta, seorang pelajar kepada murobbi & murobbiah tersayang dan serang hamba kepada sang Pencipta yang hina ini, terus klik ke page BICARA TANPA SUARA untuk meneruskan perjalan jari-jemari yang dah sengal-sengal ni...

adeeehhh....berbunga tol ayat2 cinta ana di atas...hehehhee..skali skala ape salahnya kan nk berpuitis...=p..

Assalamualaikum ya ukhti & akhi....
semoga sentiasa berada dalam lindungan Ilahi hendaknNya..InsyaAllah..^^...

ari sabtu 23 oct..kelmarin laaa..lawatan sambil belajar adik2 syg dr MA'AHAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH atau pn lebih dikenali MATRI dtg melawat uum. Ana di minta oleh my pensyarah ana menjadi juru pandu adik2 syg ni untuk melawat seluruh uum dalam masa 1 JAAAAMMM!!...sat tol..sempat ke tak ni?? baru ingt nk ajak daki gunung puncak Wista...hehehhee...

dalam masa 1 jam lebih jugak la ana n sahabat ana membawa adik2 syg p jln2 kat dewan Canselori, Library, taman rusa dan taman2 yg tdapat kt uum ni...

Bagi ana bukan sahaja lawatan tu yang penting, bahkan ukhwah fillah antara ana ngan adik2 syg ni terjalin ngan begitu rapat skali walopon kami hanya bsama 1 jam lebih. macam2 kami becerita...taaruf itu ini..best...best...best..^_^...

Kali pertama jumpe adik2 syg ni, hati ana terus berbisk "ku inginkan anak-anak seperti mereka ya Allah" sejuk mata hati ini memadang mereka...=p...

adik2 syg ni semuanya muslimah.....comel sangat2....
terasa sgt2 ukhwah antara kami...

adik2 syg....
jaga la dirimu..
jaga la akhlakmu..
jaga la imanmu..
jaga la hatimu...

adik2 syg...
naikkan nama Islam hingga ke puncak seperti pejuang wanita ZAINAB AL-GHAZALI..^_^
teruskan perjuangan mu syg....

akak pahatkan kenangan terindah itu dalam hati akak walopon  1 JAM sahaja...
ukhwah fillah abadan abada....
love u all adik2 ku syg....^_^

ukhwah yg terjalin ini adalah krn keizinan dr NYA...
syukran ya Allah atas jalinan ikhwah yang tak terhingga ini..

bersama ngan adik-adik syg...ni kat dewan canselori...=P
kat taman rusa...rusa segan nk kuar bila tgk kami mai..hehhee..=P
dah nk balik dah....-_-...miss u all...

smg bertemu lagi adik2 syg...
wasalam....

by



RENUNGAN BERSAMA....

Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.


Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada
.

Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.




Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,




Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.




Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..

 sumber : Imtiaz Ainun


by 



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu.. 
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.. 
Orang tua yg begitu sempurna.. 
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan.. 
Saat Allah memilihmu dalam hidupku, 
Maka saat itu Dia berharap,
kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.. 
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku.. 
Ketahuilah,
aku hanya wanita biasa dengan
begitu banyak kekurangan dalam diriku, 
Aku bukanlah wanita sempurna,
seperti yang mungkin kau harapkan.. 
Maka, ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu,
Dia ingin menyempurnakan kekuranganku
dgn keberadaanmu. 


Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna.. 

Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu.. 

Karena kelak kita akan satu.. 

Aibmu adalah aibku,

dan indahmu adalah indahku, 

Kau dan aku akan menjadi 'kita'..
 


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah,
sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu,
Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
 Itulah visi pernikahan kita.. Ibadah pada-Nya ta'ala..




Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
 Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
 Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
 Maka, ketahuilah..
Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, 
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan.. 
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah.. 
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja,
karena akan selamanya aku salah.. 
Namun tatap mataku, tersenyumlah..  
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu.. 
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah.. 
Niscaya,
kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu.. 
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku.. 
Ketahuilah,
ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan.. 
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
 Kata2mu adalah titah untukku, 
Selama tak bermaksiat pada Allah,
akan ku penuhi semua perintahmu.. 
Maka kalau kau berkenan ku meminta.. 
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku… 
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita.. 
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga.. 
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah, 
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad.. 
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
 Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah,
kau mampu membentuk mereka.. 
Dengan hatimu yg penuh cinta,
kau mampu merengkuh hati mereka.. 
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


 tassneem firdaus
Daiman Fil Qalbi


by




Dalam keadaan yang sangat terdesak tetapi sangat terahsia perancangannya, Illuminati sekali lagi cuba menjalankan program teater desperado bagi merealisasikan matlamat ‘lain’.


Situasi isu Hari Membakar Al-Quran tidak lebih kepada suatu usaha terancang untuk mempromosikan bakat kepimpinan seorang pemimpin Islam tajaan Illuminati. Dalam erti kata lain, suasana tegang ini dicetuskan untuk memberi populariti kepada seorang hero palsu umat Islam.


Hero palsu ini sudah tentulah akan dinobatkan sebagai pembawa harapan-harapan pemimpin negara Islam lain untuk diketengahkan di tengah-tengah meja rundingan pemimpin dunia. Pemimpin-pemimpin negara Islam juga berharap negara-negara barat yang degil dapat mendengar kata hero palsu ini.


Individu yang dijangka menjadi sandaran besar Illuminati bagi menjalankan dasar-dasar New World Order akan datang ialah Imam Feisal bagi Masjid Ground Zero.
Lakonan ini dilihat terlalu mudah kerana umum mengetahui bahawa cadangan pembinaan Masjid Ground Zero sudah pasti akan mengundang kemarahan rakyat Amerika yang racist.


Bukti 1 : Promosi media anti-Islam terhadap Imam Feisal
Larry King yang terkenal sebagai rancangan anti-Arab dengan tiba-tiba menjemput Imam Feisal Abdul Rauf pada 8 September 2010 lepas bagi bersoal-jawab tentang pembinaan Masjid Ground Zero.
Selain itu, Imam Feisal adalah satu-satunya Imam yang mendapat publisiti meluas dari media-media massa Yahudi di Amerika seperti CNN, New York Times, Frontline dan lain-lain lagi.


Akhbar pro-zionis milik Yahudi, Washington Post juga melakukan sesuatu yang pelik iaitu memuji-muji Imam Feisal sebagai seorang pemimpin yang sangat toleran dan mementingkan perpaduan kaum. Ini berbeza dengan nada Washington Post sebelum ini yang selalu menyebarkan ideologi anti-Arab.


Pada 12 September 2010, Imam Feisal juga akan dijemput oleh ABC News bersama-sama dengan Austan Goolsbee, Pengerusi bagi White House Council of Economic Advisers.


Sebelum itu, pada 23 Ogos 2010, Imam Feisal pernah mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan kerajaan Amerika yang menceroboh negara-negara Islam Timur Tengah. Agak mencurigakan, kenyataan pedas ini dipromosikan media barat dengan luas malah tiada kecaman langsung dari mana-mana anggota ADL atau ahli-ahli kabinet Obama.


Ia tidak sama seperti Prof Ismail Faruqi yang tidak pernah mengecam melalui akhbar tetapi dibunuh bersama isterinya hanya kerana mengeluarkan idea ‘Gagasan PengIslaman Ilmu’.


Bukti 2 : Pembinaan masjid diluluskan tetapi dibiarkan menghadapi isu kemarahan rakyat
Seperkara yang membuktikan ia lakonan, Terry Jones sebagai revolusionist tidak pula mengutarakan bantahan ketika Islamic Centre of New York mengemukakan cadangan awal kepada majlis bandaraya New York dalam usaha membina masjid di Ground Zero.


Manakala Imam Feisal tiada langsung kelihatan berusaha untuk berjumpa Terry Jones sebaliknya peranan tersebut diambil sepenuhnya oleh Imam Muhammad Musri, Presiden Islamic Society of Central Florida.


Di dalam isu ini, Imam Feisal harus dipersalahkan 100 peratus kerana beliau sendiri mengetahui bahawa dengan cadangan membina masjid di kawasan Ground Zero, ia sudah pasti mengundang prasangka negatif masyarakat barat terhadap Islam.


Imam Feisal juga sudah sedia maklum bahawa masjid merupakan simbol tempat ibadat bagi umat Islam, jadi cadangan pembinaan tersebut akan membuatkan para racist barat lebih benci kepada umat Islam. Cadangan itu seolah-olah merendah-rendahkan reputasi agama Islam di mata barat.


Selain itu, Imam Feisal tidak mengendahkan tawaran Donald Trump, billionaire New York yang menawarkan untuk menanggung semua kos pembinaan masjid jika ia dipindahkan ke bahagian lain di New York. Trump cuba bersikap berkecuali dan percaya tawarannya itu boleh meredakan ketegangan kedua-dua belah pihak.
Namun, ia tetap tidak diendahkan oleh Imam Feisal.


Bukti 3 : Imam Feisal Abdul Rauf adalah sekutu Yahudi Elit
Kami bukanlah bertujuan memburuk-burukkan sesama umat Islam tetapi dewasa ini propaganda zionis dan sekutu-kutunya tidak lagi dipelopori oleh yahudi sahaja bahkan segelintir umat Islam turut bersekongkol dengan puak ini.


Terdapat seperkara yang mencurigakan tentang Imam Feisal Abdul Rauf. Pertama sekali cadangan untuk pembinaan masjid di Ground Zero adalah hasil idea beliau sendiri bukannya melalui suatu mesyuarat jawatankuasa atau mesyuarat khas bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin di New York Islamic Center.


Keduanya, Imam Feisal juga merupakan anggota rasmi bagi pertubuhan elit Yahudi Zionis iaitu Council on Foreign Relation (CFR atau disebut juga sebagai CAFFIR) yang mana organisasinya dikawal selia oleh David Rockefeller. Keanggotaan Imam Feisal di dalam CFR adalah sebagai Pengarah bagi Suruhanjaya Penasihat Agama di CFR dan Pengerusi Cordoba Initiative.


Menurut laporan Corbett Report, hasil perbualan mereka dengan Nancy Pelosi, mendedahkan bahawa dana pengurusan Cordoba Initiative bukan disumbangkan oleh umat Islam tetapi beberapa pertubuhan elit antarabangsa.


Manakala dalam Steve Watson (prisonplanet.com), Imam Feisal (yang juga boleh berbahasa Melayu) jelas seorang boneka bagi CFR dalam usaha mereka merencanakan perang akhir zaman antara Islam dan barat. Watson juga menegaskan bahawa kos pembinaan Masjid Ground Zero bernilai USD100 juta dibiayai American Society for Muslim Advancement (ASMA).


Manakala dana tabung ASMA pula adalah daripada Carnegie Corporation of New York, the Ford Foundation, Rockefeller Brothers, Rockefeller Philanthropy dan Rockefeller Brothers Fund. Kesemuanya organisasi milik Yahudi Elit Zionis.


Menurut Jerry Mazza, penulis buku State Of Shock: Poems from 9/11 on, Imam Feisal telah meletakkan umat Islam Amerika di dalam bahaya serta membuatkan mereka sentiasa dikelilingi oleh rakyat-rakyat Amerika yang marah.


Kesimpulan
Rentetan dari isu ini sejak ia digembar-gemburkan oleh media-media antarabangsa, jelas menunjukkan bahawa ‘Pesta Membakar Al-Quran’ adalah satu helah Zionis untuk menimbulkan kemarahan umat Islam serata dunia.


Bagi merangsang kemarahan masyarakat Amerika pula, Zionis melalui agen-agennya membuka ruang kelulusan mendirikan projek pembinaan Masjid Ground Zero di tempat punca tercetusnya istilah ‘pengganas’ terhadap agama Islam pada 2001 iaitu kawasan runtuhan World Trade Center.


Pertembungan kemarahan kedua-dua belah pihak ini merupakan objektif utama Illuminati. Dan selepas itu kita dapat melihat di celah-celah pertembungan dan kemarahan itu, seorang individu muslim di sebelah pihak Islam dan seorang individu non-muslim akan menjadi hero dalam meredakan ketegangan yang timbul.


Untuk semua isu di atas, ‘key person’ bagi propaganda Illuminati 11 September 2010 kali ini ialah Imam Feisal Bin Abdul Rauf.
Mudah-mudahan Allah melaknat tipu helah Illuminati yang sentiasa merancang menjatuhkan agama Islam sejak ratusan tahun dahulu.


sumber: ibnu yaacob


by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...