Monday, December 9, 2019

Kenangan naik bas KL-Kuantan

10 Tips naik bas bersama 3orang anak

Hi korang, ni cerita Isnin lepas.
Ahad buat keputusan nak balik kampung suami tanpa suami. Gigih pertama.
Gigih kedua bersama 3orang anak hero ku.
Jom kita teruskan penceritaannya.


1. Beli tiket di RED BUS 

Berbaloi bila tengok ada banyak promosi di redbus untuk kita beli tiket di situ.
Tengok gambar atas yang ada 2jenis penolakan. Jimat RM8. Oklah kan..boleh beli jajan kat TBS.
Kemudian, cara uya akan pilih timing yang anak akan tidur. Pagi2 dah bersiap awal. Dalam bas pasti sambung tidur. Senang kerja bonda. Rujuk point no 6. Sebelum dan selepas.

2. Sampai AWAL

Sila smpai di Terminal Bersepadu Selatan lebih awal. Kurang kesesakan di pagi Jumaat tu. Ini kerana 30min sebelum berlepas kita dah kena turun ke bawah. Jika lambat, bas akan gerak on time. Sampai je di TBS, terus Ke kaunter untuk print pass masuk dengan tunjuk APPS Red Bus tu. Kemudian, Beli sesiap makanan dalam bas. Pahamlah bawak anak2. Kang time tu gak dia lapor. Mana ada jualan atas bas kan.
 Dah sampai awal. Marilah kita posing se dua buat kenangan.


3. Bawa barang yang penting

Ini penting sebab kita solo. Selalu ada hubs kuat angkat beg semua. Tapi ni kita dan anak². Maka barang² suma limited. Cam kes uya. 1beg dah minta anak buah bawakkan ke kampung terlebih dahulu. So bawak untuk 2hari 1malam di rumah ipar sahaja.


4. Lumur Lavender dan Tranquil EO

Ini mesti. Sebab kita yang kena menjaga emosi mereka. Jika tak, haru biru la kan. Kebanyakannya, uya akan guna calming EO. Sekali maknya kena oiling tau! Gambar di point 6 menceritakan senangnya omak dia. Nak tanya lebih lanjut, WA UYa

5. Tanya untuk Misi ke Toilet

Ini memang sokmo tanya. Naik muak mereka. Sebab dah tak sabar nak naik bas. Bukan apa risau betul atas bas tu gak nk membuang kecil atau besar.  So selang 10min memang akan tanya.


6. Pakai SeatBelt

Pahamlah keadaan bas bila dibawa kan. Anak² tak tahu keadaannya. So siap2 ingatkan pakai seatbelt. Sebab diorang dah biasa pakai carseat. Kena buckle up!. So redha.


7. Bercarrier si kecil

Sebabkan kita risau tertidur dan terlepas dari pelukan, si kecil tu Raafid uya pakai carrier. Kena buckle up jugak. Risau betul terlepas hoii..
Gambar bawah ni masa buka bagi dia renggangkan badan sikit.


8. Bila bas berhenti, tanya pasal membuang

Ni penting, sebab takut dah sampai Kuantan nk terkucil. So sesiap buang. So take turna untuk ke toilet.

 9. Ajar anak untuk jaga barang² mereka 

Ini contoh uya bagi iaitu selipar. Kang merata mereka letak, kita gak terbongkok³ cari. So suruh mereka letak di tempat letak barang tu. Nampak ringkas, tapi menyenangkan.

10. BERJAYA UNTUK PERTAMA KALI

Kami berjaya! Janji perut penuh. Semua berjalan dengan lancar. Next trip ke mana kita...?!eceh


Love You!

No comments: