Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Friday, March 28

Permulaan Mungkin.

Assalamualaikum. Bismillah.

Rasa janggal sangat menaip sekarang. Serius! Rasa lama sangat tak jenguk blog ni. Macam-macam perasaan. Kadang rasa nak tutup je blog, tapi sayang. Sebab di sini banyaknya permulaan. Banyaknya pembelajaran dan pengorbanan untuk blog ini.

Banyak kisah. Banyak kenalan dan kenangan dari sini. Jadi nak dipadamkan dan dibuang agak susah. Banyak perkara yang aku lupa tentang berblogging ni. Rasa akan mula dari zero balik, back to basic orang kata.

Dulu berblogging sebab nak jugak berblog, nak jugak kongsi 1001 cerita dalam masa 24jam, nak jugak mempunyai ramai kenalan.(ramai orang kenal), side income, kejar readers, traffic. Dan pelbagai lagi perkara lagho yang aku dan rakan lain terkinja-kinja kan.

Itu dulu....Dulu...

Zaman dah berubah sekarang. Ramai yang jugak stop berblogging. Ada lagi yang masih gigih update blog. Memang respek habis sebab boleh istiqomah update blog. 

Rindu? Memang rindu sangat zaman berblogging ni. Masa itu rasa macam tempat lain lah. Bloggers tumbuh macam cendawan. Sekarang dah kurang, sebab aku rasa dah takde website ping entry macam dulu-dulu. Sekarang hanya facebook. Hanya update status dan kejar like pulak. Gitu? Selfie...

Aku rasa cukup lah sekadar entry pendek ni. InsyaAllah banyak nak kena diperbetulkan dalam entry2 sebelum ini. Terima kasih tak terhingga pada yang masih datang baca, tinggalkan komen dan nasihat. Segala itu saya terima secara positif. Ilmu tu semua. Terima kasih atas teguran. Akan diperbaiki pada masa hadapan. Kalau diri ini masih lagi nak menaip.

Jika Allah izinkan, kita akan bertemu di entry seterusnya yea. Lupa dah tagline aku apa dekat blog nie.

Thursday, January 31

Tahun 2013 yang mencabar iman.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Hari ini diberi kesempatan untuk membuat 1 entry yang 'biasa-biasa' je. Sebab ramai yang tanya mana menyepi. So hari ini semua orang akan tahu, kalau semua singgah ke blog hamba yang tidak seberapa inilah.

Agak lama dan tidak pernah selama ini tinggalkan blog. Tak berupdate. Facebook dan laman sosial lain pun sama juga. Ditinggalkan dan diabaikan. Bukan sengaja, tapi disengajakan. HeHe.

Diri ini terlalu sibuk, macam-macam dugaan berlaku. Maklumlah hari yang dinanti-nantikan makin dekat, tinggal beberapa bulan lagi. Bila makin dekat makin banyak dugaan Allah beri. Kadang-kadang rasa putus asa, tapi pada siapa kita nak mengadu kan kalau bukan Dia?  Dan bila kita mengadu pada Dia, Dia akan turunkan kita sahabat-sahabat yang boleh bagi semangat dan kata-kata nasihat.  Alhamdulillah. Terima kasih pada yang memberi sokongan.

Baru sekarang dapat lihat siapa yang kita boleh panggil sahabat kan? Bukan mudah nak dapat.

Jadi kemungkinan blog ini akan ditinggalkan lebih lama lagi, tidak tahu berapa lama. Minta jasa baik yang membaca blog ini agar mendoakan urusan saya semua dipermudahkan dan dilapangkan yea. Diberi kesihatan yang baik. Semenjak dua ni selalu sangat tak sihat.





Semoga kita semua tabah menghadapi ujian dariNya. Setiap orang akan di uji. Bila di uji Allah itu tandanya Allah sayang pada kita. Kena ingat tu. 

Allah berfirman :
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." 

- [Al-Baqarah 2:155]

Walau macam mana pun kita kena selalu bersabar dan perbanyakkan berzikir. Wallahualam.
p/s : setakat itu jelah rasanya. terima kasih semua.

Saturday, March 24

Nak menang baucar buku RM 5,300??Jom!


Assalamualaikum. Alhamdulillah, dapat berpeluang lagi untuk update blog hari ini.
 
Pesta buku melanda lagi Kuala Lumpur! Mesti korang tahu terbitan buku-buku dari PTS bukan? memang banyak buku terbitan PTS yang menarik-menarik korang boleh dapat. Jadi bagi sesiapa yang memang ulat buku, minat mengumpul buku-buku agama. Boleh la singgah ke booth PTS di pesta buku nanti.

Nak tengok buku terbitan PTS? Jom kita tengok buku-buku terbitan PTS :
 







Dan bermacam-macam lagi. Dengan baucar buku yang korang dapat bolehlah beli bermacam-macam buku ilmiah. Dapat jugak menambah ilmu pengetahuan bukan?

Jadi bagi sesiapa yang teringin untuk pergi ke sana nanti, cubalah untuk singgah SINI! Mana tau rezeki anda kan? Tidak perlu berbelanja lebih, sebab dah dapat baucar yang sebegitu banyak.

Jumpa korang di sana nanti yea! InsyaAllah.

p/s : jom kita kumpul buku sebanyak mungkin!

Sunday, February 12

Sehari bersama THE DENTIST. (part 2)

Assalamualaikum dan selamat pagi.


Sepertimana yang hangpa tau semua, aku akan mula bergelar budak gigi besi tak lama lagi. Jangan main gila, gigi besi weh.  Braces la sebenarnya kan. So semalam macam biasa kena pergi jumpa dentist lagi.  Kalau tak appointment nya sabtu lepas, tapi terpaksa di tangguhkan ke semalam atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

Jadi pertemuan pada kali ini, ingatkan kena cabut gigi. Tapi belum lagi! Aku baru jek mendapat surat dari dentist tu, sebab aku kata dekat dia nak buat scalling dan cabut dekat luar. Sebab mahal kalau buat dekat klinik swasta ni.  Jadi dia pun bagi surat tu dekat aku, dapat jek surat aku pun baca.

Nampaknya memang 4 batang gigi aku kena cabut. Cukup menyeramkan bulu roma tengkuk. 4 batang? dulu pernah sebatang kena cabut, demamnya tak ingat.  Inikan 4 batang? Rasanya aku kena minta maaf dekat bos, sebab aku akan cuti lama. Sorry bos, bukan sengaja.

Jadi semalam bukan aku dapat surat jek, tapi semalam bermulah besi didalam mulut aku. Dentist tu pakaikan bracket dekat gigi aku. Dekat gigi tengah atas dan bawah.





So, dentist nie pakaikan aku bracket 4 ketul dulu. Supaya aku terbiasa dengan besi di dalam mulut. Semalam masa nak pasang bracket tu ade rasa takut jugak la.  Naseb baik takde kesakitan.  Memang rasa rimas bila ada besi dalam mulut korang. Rasa macam ada tulang ikan sangkut dalam mulut. Nak buang tak boleh. Nak taknak kenalah hadap.

Jadi setelah selesai kami di pasang besi di mulut, kami pun berangkat pulang.  Tapi sebelum balik tu, niat nak makan kfc,mcd ke dan makanan2 lain la. Tapi dentist tu dah pesan :

" Jangan makan kacang, kunyah ais dan coklat. Kalau kacang tu kena hancurkan "

Ais dan kacang tu aku macam tak kesah sangat. Tapi coklat tu aku tak boleh nak terima! COKELAT kot. Dah memang feberet.  Takkan 2 tahun tak boleh makan coklat? Kempunan. Tapi coklat cair boleh kot aku rasa.

Jadi kami mengambil keputusan untuk makan steamboat saje.  Makan dekat Johnny's Steamboat. Nak makan benda-benda yang lembut saje. Nak dijadikan cerita, belum sempat aku menjamah, bracket dekat gigi aku tercabut! Serius. (Lupa lak nak snap gambaq)

Aku agak terkejut jugak, belum mula makan tapi dah tercabut. Tapi bukan semua tercabut, blah bawah seketul jek yang tercabut. Tapi dengan selamber perot lapaqnya, kami pun makan dalam keadaan ketakutan.  Masing-masing kunyah perlahan-lahan, macam bayi baru belajar makan.

Yelah! tak biasa weh.  Takut bracket tu tercabut.

Then makan punya makan, tak dapat nak habiskan sebab kami rasa sungguh tak selesa. Dan cik puan pulak, seperatornya terputus.  Kawan aku ni tak pakai bracket sampai 4 ketul, dia pakai 2 ketul jek dekat gigi bawah, dan dekat atas pakai seperators.

Inilah dia seperators. Tapi ini bukan gigi dia lah, aku amik contoh dari guggle ni.  Seperators di pasang untuk menjarakkan gigi, sebab gigi terlalu rapat dan padat menyebabkan susah nak pasang braces nanti. Jadi dentist pasangkan dulu separators ni supaya giginya akan jadi jarang-jarang.




Dan seperators ini lah yang terputus! Jadi kami pun segera berlari ke dentist semula, nasib baik kami masih lagi dalam bangunan yang sama. Kalau dah keluar dari tempat tu, nak patah balik memang payah.

Sampai je dekat klinik, dentist tu dah tau. Ini mesti bracket tercabut. Senyum yang tak berapa manis inilah dapat diberikan. Then, dentist pun pasang semula bracket yang baru.  Dan masalahnya bracket baru dia pasangkan tu, terbesar sedikit dari yang lain. Macam marah dekat aku jek dentist ni.

So, pipi blah kiri aku rasa lain macam sikit, sebab bracket nye terlebih besar.  Nak taknak kena hadap.

Jadi sekian sudah cerita seorang budak yang bakal bergelar gigi besi.  Tak sangka 1 hari nanti aku akan pakai jugak besi ni dekat gigi.

p/s : alhamdulillah,bangun pagi tadi tak rasa jangal macam semalam. Nak pergi cari COKELAT jugak!

Sunday, January 22

Sehari bersama THE DENTIST.

Assalamualaikum semua.

Ini kisah semalam, hajat yang memang lama sudah ingin aku lakukan.  Pada tahun ini insyaAllah termakbul.  Pada tahun lepas, aku dah survey beberapa klinik dan rasanya ini yang terbaik, sebab tak perlu nak bayar duit muka tinggi-tinggi.  Memang kebanyakkan klinik boleh bayar secara beransur-ansur, tapi bayar muka around RM1400-1600. Mana nak dapat, mungkin kalau yang banyak menyimpan.  Rasanye mampulah. Selidik punya selidik, akhirnya jumpa klinik di Times Square, KL. Nama kliniknye White Smile. Klinik tuh berada di tingkat 7, kliniknye colour pink.

Jadi aku punye appointment stat on 11 am, sampai-sampai jek memang kitorang jek yang ada di situ.  Doktor pun dah ready.  Nama doktor tu Dr. Reuben, he is chinese.  Ada lagi doktor lain, tapi yang lain maybe tengah bercuti or buat kerja lain. Masa sampai je dekat situ, aku memang agak nervous, yelah dari kecik memang takut jumpa doktor gigi. Sebab depa ni selalunya garang semacam.  Dulu masa kecik aku ade kes kena marah dengan doktor gigi, sebab tu sampai ke sekarang still ade takut-takut.

Then, bila doktor tu dah ready, nama aku pun dipanggil.  Tertelan ayaq liur kejap bila dipanggil tuh.  Naseb baik doktornya agak friendly.

" How are you today? " tanya doktor tu.
" I'm fine doc..but a little bit nervous! " 

Aku balas gitu sambil tersengih-sengih melihat pisau-pisau yang ada.

Doktor tu senyum jek tengok gelagat aku.  Dia tanya dan explain macam-macam untuk menyakinkan aku supaya jangan takut. Tak sakit.  Ala, semua doktor akan cakap macam tu dekat patient dia, tak sakit. tak sakit.  Bila gigi kena cabut, aku yang merana.

Kemudian, doc kata kena check dulu struktur gigi aku nie macam mana. Jadi datanglah pembantu dia untuk menolong.  Kebanyakkan pembantu dia dekat situ ialah perempuan..ok..Semua malay. Jatuh kejap saham aku bila depa dapat tengok gigi aku yang 'cun' ni.

" 7 left, 8 right...Middle..Scaling..dan bla..bla..bla..Cabut! "

Tetibe aku terkedu kejap dengar doktor kata CABUT!.  Doktor kata gigi aku kena cabut, tapi dia tak bagitau lagi berapa gigi kena cabut.  Sebab kalau tak cabut, gigi susah nak tersusun, sebab ruang dah penuh.  Muka aku berubah dah masa tu.

Next step, doc kata untuk dia bagitau details lagi.  Dia akan amik struktur gigi aku, X-ray dan bergambar. So, dari situ dia akan bagitau braces yang sesuai, gigi mana yang patut cabut dan sebagainya.

Selesai saja semua session, aku pun rasa lega sikit. Sebab dah tau serba sedikit apa masalah gigi aku nie. Untuk sesi ini aku just kena bayar RM330.  Then, untuk jumpa doctor bagi next session lagi 2 minggu, kena bayar lagi RM380.  Pada next session ni mungkin gigi aku akan di cabut.  Harap-harap tak lebih dari 1.  Sebelum aku pegi jumpa doktor untuk kali ke-2 ni, kena pegi buat Scaling dulu, sebabnya kebanyakkan scaling di klinik swasta memang mahal.  Jadi nasihat aku untuk korang, pegilah buat scaling or cabut gigi di klinik goverment.  Dapat murah.

Nasihat aku untuk korang yang tengah survey-survey tempat buat braces tu kan:
  1. Survey sebanyak tempat yang boleh, kalau boleh cari tempat yang dekat-dekat dulu.
  2. Ikot kemampuan braces mana yang korang mampu nak bayar. Metal or Seramic.
  3. Tanya tentang bayar muka, bayar bulan-bulan macam mana.
  4. Tanya klinik tu pakai brand braces dari negara mana.  If korea, u better don't go.
  5. Kalau boleh pilih dekat dengan rumah dan senang korang nak pergi, sebab nanti tiap-tiap bulan korang mesti kena pergi 'dating' dengan doktor.
  6. Pilih klinik yang suasananya menyenangkan korang, bukan yang memberikan tekanan pada korang.  Sebab kalau tekanan, korang nak datang selalu pun tak happy.  Biaq mahal sedikit janji enviroment nye menyenangkan hati.
  7. Buat cepat-cepat, sebabnya makin lama harga makin naik.
Rasanya cukuplah setakat itu nasihat aku pada korang.  Think smart ok.  Kalau yang bawah umor tu, cepat-cepat pegi buat dekat klinik gov, sebab dapat murah sangat-sangat.

Sekian. Terima kasih.

p/s : korang ada pengalaman pakai braces?jom share.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, January 1

Permulaan di 01.01.2012. Tahun Baru!

Alhamdulillah. Masih lagi mempunyai peluang untuk menulis di blog ini. Masih lagi diberi masa oleh Allah. Syukur. Korang pun kena bersyukur selalu sebab still lagi dapat bernafas pada tahun baru 2012 ini.  Masih lagi diberi masa untuk bertaubat dan melakukan apa yang sepatutnya diperintahkan.

Macam mana dengan sambutan tahun baru korang? Harap tidaklah melakukan perkara yang lara yea. Perkara yang melalaikan kita. Ingat lagi pada entry aku yang lepas? Sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan Shah Alam tu. Jom tengok video ni.  Memang best.  Dari mula sebelum maghrib sampailah ke lewat malam, aku tak rasa macam berada di Shah Alam. Sebab terlalu ramai orang yang berkopiah dan bertudung labuh. Alhamdulillah, nak dekat 80ribu jemaah yang datang.  Syukur sangat sebab Allah gerakkan hati nak pergi majlis macam nie.  Harap lepas nie akan menjadi 1 majlis yang wajib ada di Selangor! dan semua negeri.

Jom tengok video semalam, masa Zizan main gitar. Ustaz Azhar pun pandai goreng gitar weh! Mula-mula tu ustaz macam malu-malu, tapi bila dia goreng..cewahh.




Cara Ustaz Azhar berdakwah, memang berkesan. Terbaik pendekatan yang dia buat, boleh tarik ramai anak muda. Pakcik sebelah aku semalam, siap tak percaya ramai yang muda-muda.

Okeh, cukup la setakat tu.  Kalau korang nak tau, macam-macam soalan pelik diajukan ke Ustaz. Ade yang tanye meter kereta Ustaz bawak laju, traffic light langgar lampu merah masa pukul 12 malam pun ada, ambil wuduk bogel pun ada, dan yang nak jadi menantu Ustaz pun ada!!

Korang search lah dekat youtube.  Banyak video tentang semalam.

Permulaan hari yang baik untuk 1.1.2012 ini, sebabnya macam dapat semangat lain untuk berubah. Insyallah. Harap dapat berubah.

Jadi wishlist aku yang pertama dapat ditunaikan sudah.  Jarang sekali awal-awal tahun aku akan dapt tunaikan hajat. Ternyata tahun nie cepat tertunai. Alhamdulillah. Nak tengok?


Terima kasih atas jasa baik ibu aku yang mengajar buat cookies nie. Saje nak belajar buat. Nanti boleh buatkan untuk isteri tersayang. Betul tak?  Kesedapan sesuatu makanan tuh, mesti susah nak buat.  Cookies nie senang jek nampak, remeh sikit.  Tapi bila dah start mengunyah, memang susah nak stop!

Yang penting disini, walau apa pun yang korang lakukan, buatlah dengan ikhlas. Insyallah, keberkatan tu ada.  Bila hati ikhlas buat sesuatu, korang rasa tenang dan suka buat benda tu.  Kalau hati tak ikhlas, buat apapun tak menjadi. Betul tak?

Jadi, sempenan tahun baru nie kan.  Mana yang ada simpan azam untuk buat bisnes ke, atau kerja yang lebih baik ke.  Just terus buat! Jangan tangguh-tangguh.  Dah ada niat tuh, teruskan langkah dan jangan berhenti.  Setiap permulaan yang kita buat tuh, mesti buat sampai habis!!

Goodluck for 2012!.  Rasa tahun ni lebih banyak cabaran.

p/s : nak rasa tak cookies aku nie kengkawan?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, December 26

Seminar Kuasai Potensi Diri (SKPD). Anda Bila Lagi?

Assalamualaikum semua.


Kenal dengan sapa brader di atas nie? Korang mesti pernah tengok lah dekat television, paper dan pelbagai majalah lagi bukan?.  Pernah korang terlintas di fikiran nak join seminar yang dia buat, mesti ada kan.?  Apa yang boleh aku cakap, jangan percaya sangat pada apa yang aku nak cakap sebab korang kena pergi sendiri dan rasa. (mesti macam pelik nape aku cakap gini kan? sebab kalau korang tak rasa sendiri, korang takkan tau dan takkan belajar sampai bila-bila).

Sebelum nie aku rasa just tengok-tengok je dekat paper.  Apelah yang brader nie duk letak jari dekat kepala kan, memang tak sangka yang 1 hari akan tergerak jugak hati aku nak pegi seminar dia.  Makin lama tengok makin ramai yang berjaya bila dah join seminar dia nie. Maksud aku full seminar la, dari mula ikut sampai habis.  Sape taknak berjaya dan kaya kan dalam hidup nie?  Bukan bermaksud ko cari harta dunia sampai naik lupa, bukan.  Tujuan korang cari harta dunia, untuk tolong orang-orang yang miskin, jalankan kewajipan tu.  Sebab harta tu kita memang tak boleh bawa ke sana besok, tapi kita boleh tinggalkan.  Faham tak?

Jom, tengok sapa yang dah berjaya :



Ini adalah antara orang-orang yang dah berjaya.  Ramai lagi sebenarnya. Memang ramai yang nak berjaya sebenarnya tapi taknak buat bersungguh-sungguh untuk berjaya.  Taknak mulakan langkah pun. Selalu berfikir jek bukan? (aku pun macam tuh jugak.) Fikir sampai ke sudah..

Jadi langkah yang pertama aku ambil ialah pergi ke Seminar nie.  Saja nak tengok 'kick' nye macam mana kan. Jadi aku pun pergi lah ber'dua'.  Masing-masing dah lemau bekerja makan gaji jek kan. Jadi masih belum terlambat untuk melakukan yang luar biasa.  Sampai jek dekat sana, pendaftaran pukul 8.30pagi, tapi tengok dekat pintu utama dewan orang dah berebut nak masuk. Kitorang baru nak mendaftar.  Selesai jek daftar, kitorang diberi tag dan masuk ke dewan.  Bila penuh dewan tuh, aku tak terkira lah berapa ramai yang datang. Memang ramai!!

Seminar nie bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30. Bila korang berada di dalam dewan tuh, memang tak rasa lah waktu tuh berlalu.  Tau-tau dah nak habis.  Nampak sangat keseronokan nya kan?  Bukan apa, sebab ilmu-ilmu macam nie tak diajar di sekolah-sekolah.  Jangan malu dan jangan segan untuk mencari ilmu.  Sebab dengan ilmu jugak kita boleh berjaya. Diikuti dengan tindakan kita.  Kalau korang still macam tak endah jek apa yang aku cakap, macam tak percaya kan.  Terpulang.  Yang nak mengubah hidup kita, bukan orang lain. Tapi kita sendiri.


Inilah dia Seminar Kuasai Potensi Diri.  Rahsia Kaya dan Kejayaan. Dalam seminar ini Doktor Azizan ade bagi tips-tips macam mana kita nak berjaya dan tahu kebolehan kita sendiri. Dan macam mana nak mulakan langkah.  Memang banyak memotivasikan.  Insyallah lepas nie aku akan ikuti seminar yang IMKK pulak. (3 hari). Dari IMKK nie pulak lah terhasilnya orang yang berjaya. Kiranya macam nie, basicnya ialah dari SKPD nie, dan seterusnya IMKK.  Kalau korang nak tau lagi seminar-seminar lain yang dibuat oleh Doktor Azizan. Boleh la ke website nie :


Hanya anda yang boleh merubah hidup anda. Dan bukan orang lain. Sampai bila korang nak hidup biasa-biasa jek? hutang makin banyak, barang makin naik.  Taknak ke hidup yang luarbiasa? atau lebih selesa lagi? Semua orang nak bukan?  tapi kena ada tindakan.  Dan kalau korang nak tau step-step tuh, mesti pergi sendiri rasa Seminar nie!

Semoga ilmu yang korang dapat tuh boleh dimanfaatkan pada agama dan bangsa kita sendiri.  Serius korang takkan rasa menyesal.  Bukan korang masuk-masuk terus kaya dan berjaya, tapi dari sini kita boleh belajar macam mana nak kaya dan berjaya.

Semoga korang tergerak hati untuk pergi yea.

p/s : korang jangan jeles, ktorang semua dapat jumpa geng BOBOI tadi. Cuba korang tanya Afdlin Shauki tuh dari mana dia dapat nama BOBOI?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, November 7

Bila dapat bercuti hari ISNIN..

Salam semua dan selamat tengahari..

Rasanya macam best je dapat cuti hari isnin bukan?.  Bukan selalu dapat cuti hari isnin,  dan kebanyakkan orang memang tak suka yea hari isnin. Permulaan hari pada setiap minggu sepatutnya lebih bersemangat, tapi ini jadi sebaliknya kan.  Sebab hari isnin segala macam kerja ada,  cuti 2 hari tuh macam cuti 2 bulan.  Kerja berlambak-lambak.

Dan macam biasa la korang bila dah dapat cuti 2 hari, baru 2 hari pun bila nak mula kerja balik dah malas kan.  Kebiasaan memang la yang mula tuh mesti malas,  tapi untunglah pada siapa yang dapat cuti 2 hari tu tanpa gangguan.  Ada yang Sabtu dan Ahad pun kerja,  rasa hari isnin tuh dorang dah tak rasa sangat dah kot.

Well, memang seronok sangat sebenarnya dapat cuti ISNIN nie!  Kalau korang tak percaya cuba tengok dekat facebook, wall kawan-kawan korang mesti ada yang cakap best hari ISNIN nie sebab cuti.

Nie aku selitkan sikit dekat korang macam mana muka masing-masing bila ISNIN tak cuti.







Betul tak macam nie perasaan korang bila ISNIN tak cuti? Ada orang asal hari isnin jek MC terus, itu lagi hebat penangannye tu.  Hari ISNIN je sakit. Normal la tu kan.  Nanti kalau hari ISNIN cuti, tak suka pulok SELASA.  Tak mungkin jadi kot macam tu.

Sekian..

p/s : kalau hari Isnin tu dibuat kerja half-day je pun ok jugak kan?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, October 15

Trip to Universal Studio Singapore ( Part 2 )

Salam semua..

Ini kisah hari kedua kami berada di Singapore.  Sebuah negara yang aku rasa boleh puji tahap kebersihan dia.  Sayang aku tak tangkap gambar sungai-sungai dan longkang dekat Singapore.  Walaupun airnya kotor sama macam dekat sini,  tapi korang nak cari sampah tu memang susah!!  Plastik ke tin minuman ke,  memang payah nak nampak bertaburan didalam sungai.  

Gua teringin sebenarnya nak tengok Sungai Gombak dengan Sungai Klang bersih.

Okeh, setelah seharian suntuk berjalan pada hari pertama.  Kami kembali berjalan semula pada hari kedua.  

Pada hari kedua ni, plan kami nak pegi tengok tempat-tempat menarik seperti Merlion Park,  Marina Sands dan nak naik Singapore Boat Quay.

Jadi pagi-pagi tu kami breakfast dulu dekat food court area Paya Lebar tu,  nama tempatnya Enak-Enak.  Memang boleh tahan Enaknya!.  Memang ramai makan dekat situ,  aku rasa memang port orang islam makan dekat situ.  Dan memang banyak choice bhaaiiii.




- Amacam breakfast guwa? Namanye Lontong nie.  Serius terliur! -

- Yang ini special punye.  Murtabak Singapore!!.. Serius kenyang makan wey. Harga $5 saje -

Lepas breakfast kami teruskan perjalanan ke Raffles Place.  Just amik MRT dari Paya Lebar then turun ke Raffles Place.  Dari situ boleh lah jenguk-jenguk pemandangan yang indah dekat situ.
- Ini adalah stesen MRT nya -

Serius turun dekat sini tempatnya memang cantik,  lepas tu udara nye. Fuhh.. Takde pencemaran wey.  Macam tak percaya bila berada ditengah-tengah bandar tapi takde bau asap.


Then dari stesen tadi, kami berjalan kaki sehingga Fullerton Hotel.  Sampailah ke Sungai Singapore nie.  Cantik kan pemandangannya?


Inilah Boat Quay yang kami naik.  Memang sempoi, boleh terlelap korang dibuat nya.  Tips aku kalau korang naik boat nie, cari yang bawaknya orang-orang tua.  Sebab dorang bawak slow jek,  layan jek. Fuhhh..

Dari boat nie dia akan bawak korang pusing semua tempat yang menarik lah.  Contoh macam Merlion Park, Singapore Clock Tower, Marina Sands dan Singapore Flyer.  Dia pusing ke semua tempat tu mengambil masa dalam 45minit lah.  Korang boleh bergambar puas-puas.

- Merlion Park -
Orang kata kalau pegi Singapore tu mesti kena singgah sini.  Kalau tak singgah tu maknanye korang tak cukup syarat korang pegi Singapore. hehe.
- Singapore Flyer-

Dekat kawasan nie ada F1 punye trek.  Nanti aku bagi gambar dari Marina Sands yea.

- The Marina Sands -

Amacam? Kapal atas hotel?  Tak teringin korang nak naik? Korang pernah tengok kan yang swimming pool macam infiniti tu. Meh aku tunjuk gambar sikit.

Ha, swimming pool nie la.  Nampak macam airnye turun sampai ke bawah kan?  Gambar ini bukan aku yang snap,  sebabnya pada hari aku pergi tu pihak hotel dah tak bagi visitor masuk dekat kawasan pool nie.  Just untuk customer hotel sahaja.  Jadi aku boleh tengok dari jauh jek..Cedih.

- Tiket untuk naik ke Skypark Marina Sands-

Akhirnya aku berjaya naik jugak ke atas tu.  Naik berdua jelah.hehe.  Yang lain takmau,  bagi aku dah alang-alang sampai.  Bila lagi nak naik atas kan?  Kalau korang nak beli tiketnye di Tower 3 dekat basement.  Harga tiket $20!.  Lepas tu korang akan naik lif khas sampai ke atas.  Tingkat 57.  Aku naik lif tu sampai atas less than 1minute!  Memang laju bukan?

Yang ini adalah pemandangan dari atas, yang ada kaler-kaler tu adalah tempat duduk untuk penonton yang tengok F1.  Dekat situ la treknya.  Yang bangunan bentuk macam bunga tu adalah muzium kalau tak silap aku.
Inilah dia gambar swimming pool tu dari side lain.  Tengok dari jauh jelah kan.  (tangan sapelahh buat semak dalam pic nie!).  Tak banyak gambar aku dapat tangkap dekat atas nie,  sebab kebetulan sampai je dekat atas bateri kamera pun habis!  Hampeh.

That's all pengalaman kami 2 hari disana,  lepas pegi Marina Sands nie kami pegi ke Chinatown pulak beli cenderahati yang tak seberapa nak ada.

Amacam korang?  Rasa nak pegi tak.  Serius best dekat sini.  Aku pelik napa udara dan tempatnya bersih.  Plus, korang lepak mana-mana pun susah nak jumpa putung rokok!  Sebab depa merokok ada tempat khas, dan minded orang dekat sini memang tersangat lain.

Korang lepak mamak pun tak payah susah-susah nak tutup mulut sebab tak tahan asap rokok,  dekat sini takde orang merokok dekat mamak!  Kalau merokok dekat tempat yang salah,memang akan kena saman.  Sebab tu udaranya bersih.

Merantau ke tempat orang nie kadang-kadang ada benda kita boleh belajar dan take positif.

p/s : dekat sinie takde mat rempit..hehehe

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, October 13

Trip to Universal Studio Singapore ( PART 1 )

Salam semua.

Goshhh..Agak lama jugak aku tak mengupdatekan blog nie,  minta maaf pada semua readers yea.  Bukan sengaja, tapi memang sangat-sangat takde masa. ( Alasan yang sama je aku bagi kan? ).  Biasalah mencari sesuap nasi,  mesti la sibuk sikit.

Lagipun sekarang macam dah terlalu ramai blogger,  banyak pesaingan.  Cari jek tajuk yang hangat,  mesti nanti keluar sampai 50 blogger yang menceritakan benda yang sama.  Am i rite?  So mesti korang akan baca blog yang menarik isinya dan pandai nak olah ayat-ayat dalam tu kan?  Takpun blog yang dah biasa korang singgah.

The point is sekarang kena rajin update dan selalu update isu-isu semasa or perkara yang orang jarang akan cerita dekat blog. Aku tak buleh membebel banyak sangat ni,  nanti lari tajuk.

Sekarang nak kejar masa je...Masa tak lari sebenarnya,  tapi kita yang duk terkejar-kejar..

Ini nak habaq mai kat hangpa semua..

Weekend lepas, akhirnya aku dapat jugak jejakkan kaki ke Universal Studio Singapore (USS).  Walaupun keadaan poket yang agak sesak masa tu,  tapi alhamdulillah dapat jugak pegi.  Nasib baik flight, hotel dan tiket USS semua dah bayar awal.  So, ada lah masa nak simpan duit untuk buat aktiviti lain.

Kami bertolak hari Sabtu pagi.  Pepagi buta sebelum subuh dah terpacak dekat lcct tu.  Yelah kena awal sejam dari flight kan?  Flight pkul 6.15 pagi.  Sampai ke Changi Airport around pukul 7.15 jugak.  Tapi cepat terlebih.. Aku rasa pilot tu dah melanggar had laju tu..Sampai cepat sangat..

Anyway, tersengih-sengih aku melihat gelagat orang baru 1st time naik flight..  Ntah-ntah aku dulu pun lagi terok kot..

Then,  tiba je di Changi Airport tu kami terus amik MRT sampai ke Paya Lebar. Ada lah dalam 5 stesen ke Paya Lebar.  Bagusnya MRT dekat Singapore ni,  korang boleh tau korang berada di mana dan stesen tu berakhir dimana.  Sebab bila kita tiba jek 1 stesen akan ada lampu merah menyala dekat map MRT tu sendiri.  Jadi korang takyah nak tanya orang sekarang stesen mana.  Senang bukan?

Sampai je di Paya Lebar,  kami beramai-ramai jalan kaki sampai ke hotel.  Lebih kurang 1km jugak la berjalan.  Dengan mengantuk dan kelaparannya masing-masing.  Kenapa di Paya Lebar kami stay?  sebab dekat sini banyak stall yang menyediakan makanan halal untuk orang Islam.  Memang banyak sangat,  so korang tak perlu risau yea.  Cakap jek nak makan apa.

Lepas dah letak beg masing-masing dekat hotel then kami terus gerak ke USS.  Takde rehat pun, lepak kejap untuk makan je,  lepas tu teros gerak ke USS.  Sebab takut nanti tak cukup sehari nak pusing USS tu.


Akhirnya kami sampai ke sini.  Biasa lah tempat sekali ni jek pegi kan, so dekat sini jek dah habis masa 30 minit hanya untuk bergambar.  Dah macam-macam posing dah kami buat neh.


Jadi aku macam biasa la,  suka snap picture randomly.  So, bagi sesiapa yang tak rasa teringin nak pegi tu,  lepas tengok gambar-gambar ni mesti nak pegi kan?

- Ini dah dekat pintu masuk ke USS -



Ini tempat pertama korang akan jumpa selepas dari pintu masuk.  Best jugak dekat sini, jalan-jalan naik bot.  Tapi akan basah la nanti!!


This is the 2nd place. Nie ada tayangan 4D bhaii..  Memang best, rasa macam real!..  Tapi nanti korang agak pening sikit lah.  Kerusi nya goyang-goyang sekali wey..hehe


Dekat sini memang best wey.  Ada lakonan macam dalam cerita Waterworld.  Korang pernah tengok kan?  Ini bukan 3D ke hape,  tapi orang berlakon betul-betul.  Memang best, ada masa-masanye show nie.  Rezki korang la kalau dapat tengok.


Dekat sini tak banyak yang menarik, cuma ada Canopy Flyer jek.  Korang patut try!!..Agak rasa macam nak fly jugak la. Tapi belum extreme lagi yang nie, but can make u scream laa!!..


Kembali ke zaman mesir. Yup selepas the lost world tadi, tiba masa untuk zaman Firaun pulok. Dekat dalam ni takde banyak yang menarik.  Tapi yang 1 nie jelah yang membuat anda rasa nak muntah jugak la.  Rollercoaster!!  Untuk rollercoaster tu aku takde gambar sebabnye rollercoaster tu ada di dalam,  dan bila korang naik rollercoaster tu memang tak nampak pape.  Sebab dia bergerak dalam gelap!!  Tapi serius...memang mengeletar lah lutut hangpa..sebab kena kejar dengan mumia jahat dalam, cerita The Mummy tu.


Next is Battlestar Galatica.  Rollercoaster paling seraammmm di USS!  Ada 2 rollercoaster nya,  1 colour merah then kaler biru.  Yang rasa korang boleh nak naik is colour Merah,  sebabnya korang still boleh duduk macam rollercoaster biasa,  tapi yang colour Biru tu kaki korang agak tergantung-gantung di udara!!..  Tapi kedua-duanya pun aku tak naik,  tak sanggup. Takot nanti aku tak boleh dah nak teruskan perjalanan. hehe.

Lepas dari tempat ini, ada bangunan-bangunan di New York la lebih kurang.  Nanti aku akan view gambar-gambarnye pada last entry tentang USS nie.  Rasanye memang tak cukup sehari pusing USS nie.  Better korang datang sinie sehari awal,  then baru jalan-jalan di USS.  Kalau buat macam kami,  memang longlai la semua.  Lupa nak habaq mai,  tiket nak masuk sini RM140. (Around that laa..kalau tak silap).

Kalau korang nak masuk ke sinie dari MRT Harbour Front, korang boleh naik shuttle bas $2 jek.  Atau by train monorel yang kecik dari VivoCity Mall.  Kalau korang rajin,  jalan kaki pun buleh,  agak jauh la jugak.  Tapi USS dah sediakan laluan pejalan kaki dan pakai escalator.  Senang bukan?

And last picture untuk tatapan bos aku, kalau la dia baca blog aku nie kan.  

- Harap semua majikan dapat buat award macam nie,  barulah semua bersemangat nak bekerja -

Sekian, terima kasih.  Dah habis ke?  Belum lagi.. Ada part 2, pada hari ke-2 kemana pulak kami pergi yea?  Tunggu ok.  Next entry.

p/s : korang nak pegi tak?  aku buleh jadi guide. haha

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, April 7

Sawang dan Labah-labah!

Grrr.  Boleh tahan jugak sejuk lab opis aku nie.  Nak menaip pun mengigil dah nie,  takpe blog pun pasai aku gagahkan jugak jari jemari nie menaari.  Agak tidak terjaga dah blog kesayangan aku nie termasuk lah tuannya sendiri.  Rambut dah makin panjang,  kepala berat dah nie.  Rugilah sapa tak dapat tengok rambut gua time-time macam nie. Haha.

Aku ingat bila dah ade laptop depan mata nie,  boleh lah nak mengupdatekan blog hari-hari.  Tapi takdan jugak.  Gara-gara kerja yang melampau.  Gaji kasi up sikit takpe jugak.  Boleh gak buat modal beli Hand-phone baru,  sekarang pakai nokia cikai jek.  Lepak kedai mamak hari tu,  tengok budak sebelah gua rase dalam umoq 9 tahun kot dah pakai smartphone!  Siap jari tu lagi laju dari korang wey.  Advance betui budak sekarang nie.  Jangan HP kemana,  buku kemana..sudah la.

Bila tengok berbudak sekarang nie,  membuat gua teringat masa kanak-kanak dulu la. ( sekarang muda lagi).  Dulu masa kanak-kanak hingusan macam tu mane nak kenai handphone kan,  masa tuh just kenal dengan telefon pondok kuning tuh.  Berderet-deret brader yang sangap nak call awek-awek depa,  kita tengok jelah dari jauh sambil makan aiskrim 20sen.  Aiskrim Malaysia rasenye di panggil masa tu.

Masa tulah popular dengan spider ( labah-labah ),  berentap dengan labah-labah masing-masing.  Sanggup la redah semak semata nak cari depa nie.  Bukan senang wey,  dah lah binatang tuh lompat jauh-jauh.  Kalau dapat tangkap stok yang berkilau-kilau,  cantik sikit mesti simpan  buat pameran untuk kawan-kawan yang lain.  Simpan dalam balang, siap sekali dengan daun makanannye semua.  Bela labah-labah!

 Rindukan sangat zaman tu,  sekarang susah nak cari berbudak yang ade buat 'projek' macam tuh lagi.  Sekarang penuh gadget jek dekat tangan dorang,  tak handphone mesti psp.  Bagi aku dorang sebenarnya rugi tak layan benda-benda macam tuh.  Sebab 'projek' macam tuh buatkan korang ramai kawan baru dan lebih femes jugak lah.  Kalau ade psp tuh dah tentu duduk rumah jek ngadap benda tuh kan?

Dah la, setakat nie jek entry aku.  Nak ceritakan pasai zaman kanak-kanak nanti lain kali yea.  Gua nak cepat nie,  bila time sejuk nie korang paham-paham jelah....  'Tangki' penuh.  Pesanan aku pada sesiapa yang sudi membaca blog aku berulang-ulang kali tuh time kaseh yea,  walaupun aku tak update.  Insyallah pasni akan cuba untuk update selalu.  Rasa nak tukar selera blog nie pulak la.  Ehem..

Sekian..Untuk awal bulan April...

p/s : eh, aku punye ipod touch nie takde sapa nak beli ke? gua turun lagi harga jadi 700. ade bran?

p/s lagi : semalam gua dengar-dengar result Man Utd 1 - 0 Chelsea?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Wednesday, November 24

Silent for A Moment...

Assalamualaikum...



Sorry...



Doakan aku dapat kembali yea...

Thanks...








Assalamualaikum...






Thursday, September 23

TAIWAN : Al - kisahnye di Tainan. (part 2)

Salam..
Kehangatan raya terasa lagi tak?  Masih lagi kedengaran lagu-lagu raya di radio,  dan kebanyakkan orang dah hilang kot mud raya tuh.  Yelah,  dah stat kerja, ngadap customer yang banyak kerenah,  yang student plak dah stat hadap assignment2 yang sememangnya berlambak macam jualan murah kan??  Rileks kawan-kawan, takde masalah yang tak dpat diselesaikan.

Korang ingat kan aku penah cite pasal Taiwan dulu?  Pengalaman aku berada di sana selama 10 hari.  Cakap pasal 10 hari nie aku teringat iklan Adibah Noor bawak teksi tuh. ( Susah sangat nak cari Video nie..ada sapa-sapa boleh tolong? ).

Berbalik pada cerita Taiwan tadi,  nie al kisah yang ke-2.  Dah habis bulan puasa pun,  aku baru nak sambung cerita.  Takpe, janji aku nak cerita juga kat korang yea?

Biasa la kan,  bila duduk negara orang nie susah nak membiasakan diri tuh.  Dari kau biase hadap macam-macam makanan Malaysia,  tiba-tiba sampai kat sane korang tak jumpa Sambal belacan, Tempoyak, Budu,  Ikan keli goreng sambal dan macam - macam lagi.  Hanya yang terkenal sane,  Tauhu Bakar!


( dorang kate rase sedap..tapi baunye tidak menyelerakan sungguh! )

Setiap pasar malam ade kot,  tapi tauhu nye bukan macam kat Malaysia.  Bau macam hanyir tuh dah takde kan?  Tapi kat sane,  baunye amat lah meloyakan.  Serius korang pun tak sanggup.


Aku rase korang tau nie ape kan?  Kedai TEH!!.  Untuk pengetahuan korang,  dekat sane orangnye memang 'hantu TEH'.  Sepanjang jalan korang boleh tengok kedai Teh  berlambak-lambak macam kedai mamak kat key ell.  Kat sane,  TEH tuh dorang akan buat macam-macam perisa la yang tak boleh diterima tekak aku.  Siap ada yang bubuh 'float' lagi kat atas! TEH tuh pula rasenya macam TEH CINA.



Nape aku tunjuk gambar COKE dan CARREFOUR nie?  Sebabnye kalau korang nak tau,  dekat sane dorang panggil COKE tuh KELE dan CARREFOUR tuh CHELIFOR.  Lebih kurang macam tuh la bunyinye,  aku pun tak berapa nak pandai sebut lagi.  Bagi aku duduk sebulan sane,  maybe balik sini aku akan jadi Sensei pada korang.  Ok tak?


Ni adalah antara satu-satunya motor kapcai yang aku jumpe dekat Tainan.  Susah betul nak cari,  kalau kat Malaysia bersepah je kan?  Tapi kat sane, 1000 dalam 1 kot?  Yang selebihnya ialah Skuter.  Rasenye kalau racing nie,  memang motor Kapcai nie jelah yang menang.

Kebanyakkan dorang kat sane suka makan dekat luar,  mungkin sebab dorang takde masa nak masak di rumah.  So, makan luar la hari-hari.  Aku nak makan sembarangan tak buleh, so menghadap jelah rezki yang diberi Allah.  Ape lagi kalau bukan SEAFOOD? JAPANESE FOOD?  Jum aku kongsi sedikit gambar dengan korang :


( Shasimi dan Wasabi )
- Serius mula-mula tengok macam tak lalu,  tapi guwa bedal gak -
- Wasabi tuh buat penyedapnye -


- Guwa tak tau name ikan nie hape..mula-mula ingat ikan KEMBUNG..tapi bukan -
- Ikan nie penuh dengan Telornye Saje!  Isinye sikit sangat -

Aku rase cukup la setakat tuh penceritaan nya.  Baru 10 hari jek,  aku tak sempat nak 'godek' habis Tainan tuh.  Pusing paling jauh pun aku pegi 7-Eleven.  Jadi ade gambar-gambar yang aku nak kongsi dengan korang.  Jum tengok?


( Kereta Polis..menarik tak? )


( Masa nie dekat Dataran Merdeka Tainan )


 ( Mase snap gambar nie rase nak curi jek kipas nie..Seronok tengok benda tuh duk pusing )
( Nampak tak amoi sorang tuh? Haaaa..Jeng!Jeng!Jeng! )


( Ingat masa nie nak tangkap dia keluar warna..Sekali tak sempat..Nampak kan hijau tuh? )

Dan yang nie kan, korang cuba Translate apa yang dia cuba bagi tau??


( Nampak jek nie, guwa cepat-cepat snap! )

Korang Translate sekarang, dan sila sebutkan dalam hati saje yea?  Ni sajelah yang aku dapat share dengan korang pasal Taiwan.  Sebenarnye banyak benda yang menarik lagi di sana,  tapi apakan daya aku pergi sane bukan untuk bercuti.  Rase-rase korang nak pegi tak?  Nanti aku boleh temankan?

p/s : sapa nak ikot pasni?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"