
Apa cerita Cikgu Normala ni? Dengar cerita kisah Cikgu Mala berkepit dengan suami kini menjadi perbualan hangat di Tenang...
ce citer..ce citer... Baca disini...
LABIS – Mereka-reka cerita dan menabur fitnah setiap kali berlangsung pilihan raya memang menjadi amalan parti pembangkang sejak dahulu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, taktik kotor tersebut memang cara pembangkang untuk berkempen bagi menimbulkan kebencian dan memecah-belahkan perpaduan dalam masyarakat.
“Serangan peribadi, tabur SMS (khidmat pesanan ringkas), calar kereta dan pelbagai fitnah yang sengaja direka dan dilemparkan terutamanya di hujung-hujung kempen dengan harapan tak boleh dijawab oleh orang yang punya badan.
“Kita turun tak ganggu sesiapa tapi mereka selalu timbulkan perkara yang boleh timbulkan kemarahan dan emosi bukan kepada mereka yang bertanding tetapi masyarakat yang tidak berdosa,” katanya diminta mengulas tindakan pembangkang yang menggunakan taktik kotor termasuk melakukan serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim.
Menurutnya, BN tidak diajar dengan cara berkempen sebegitu dalam 13 pilihan raya kecil sebelum ini.
Beliau mengakui agak ‘terkejut’ dengan tindakan parti pembangkang kerana ia masyarakat Labis tidak pernah berdepan dengan perkara dan cara berkempen secara demikian.
Hishammuddin berharap pihak berkuasa terutama polis supaya memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja menimbulkan kekecohan tanpa mengira bulu sama ada daripada parti kerajaan atau pembangkang.
Dalam pada itu, beliau menyeru pengundi di DUN Tenang supaya memilih calon BN kerana beliau seorang yang berpengalaman, ikhlas dan mempunyai kesungguhan untuk membantu dan berkhidmat serta menolak calon pembangkang kerana parti itu tidak bersungguh-sungguh untuk berkhidmat kepada masyarakat.
“Pertama calon BN terbaik, kedua kesinambungan wakil rakyat yang daripada BN untuk terus berjuang dan ketiga mereka (Pas) tidak bersungguh-sungguh untuk bertanding kerana hanya untuk mengurangkan majoriti,” tegasnya.
Sumber: Politik Harian
24 Jan, Lebih 1,000 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
Bantahan itu dibuat sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini bagi membentangkan Enakmen Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (Pindaan) 2011 bagi mengembalikan peruntukan sultan perlu mendapatkan nasihat Menteri Besar berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Kumpulan NGO itu yang disertai Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mula berkumpul di Dataran Shah Alam di sini sejak pukul 8 pagi sebelum berarak sejauh kira-kira satu kilometer ke bangunan SUK.
Wakil kumpulan itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyerahkan memorandum berkenaan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burung Datuk Mohd Shamsudin Lias.
Terdahulu, kumpulan NGO tersebut melafazkan ikrar taat setia kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selain mendesak supaya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan dengan serta merta.
Hadir sama dalam perhimpunan itu ialah Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin; Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansor; Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal.
Ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan itu, Ismail berkata, sidang DUN hari ini hanya merupakan mainan politik yang dicipta oleh Abdul Khalid.
''Umum mengetahui bahawa kerajaan pakatan pembangkang di Selangor tidak mempunyai undi majoriti dua pertiga dan tidak mungkin perlembagaan negeri boleh dipinda tanpa sokongan wakil rakyat BN.
''Pindaan ini juga adalah satu perbuatan sia-sia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang telah menggariskan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awm (SPA)," tegasnya.
Cadangan pindaan perlembagaan negeri timbul setelah Menteri Besar mempertikaikan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin sebagai SUK berkuatkuasa pada 1 Januari lalu yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negera, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada 27 Disember tahun lalu.
Pada hari yang sama, sekretariat akhbar Menteri Besar mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan SUK baru itu masih belum muktamad.
Ahmad Nawawi pula berkata, cadangan meminda perlembagaan negeri ini jelas menunjukkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebagai derhaka dan tidak menghormati Sultan Selangor.
"Mereka cuba menipu rakyat dengan mendakwa pindaan itu dibuat untuk mengembalikan kuasa sultan sedangkan ia hanya akan menghakis kuasa Tuanku.
''Ini adalah satu cubaan untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar supaya beliau boleh bertindak sesuka hati dalam hal pentadbiran kerajaan negeri," jelasnya.
Tambahnya, kerajaan PKR sering menipu rakyat apabila mendakwa mereka sentiasa menghormati Sultan Selangor sebagai ketua di negeri ini.
"Sampai sekarang Menteri Besar masih mempertikaikan pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK negeri walaupun selepas beliau mengangkat sumpah taat setia di hadapan Tuanku," katanya.
Sumber: Politik Harian
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan Ketua Angkatan Muda (AMK), Shamsul Iskandar sebagai seorang pelupa apabila mengatakan bahawa Ketua Pemuda Umno tidak pernah dan sering menolak cabaran debat. Baca disini.
Khairy berkata, hal ini kerana beliau pernah berdebat dengan Shamsul di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Majlis Perwakilan Pelajar, Fakulti Undang-undang Julai tahun lalu.
“Debat yang diadakan berbentuk forum terdiri beberapa orang penal termasuk beliau. Jadi kenapa saya perlu layan lagi. Semasa forum, Shamsul turut memutar belitkan fakta malah ilmu dia dalam bidang ekonomi cetek.
“Saya pernah berdebat dengan beberapa ahli pembangkang, antaranya Tony Pua, Khalid Samad, Datuk Husam Musa dan kini tiba masanya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,”katanya.
Sebelum itu Khairy mengesahkan ada menerima surat yang dihantar melalui faksimili oleh Shamsul bagi mengadakan debat berhubung 100 Hari PR dan Pelan Transformasi Ekonomi Kerajaan.
“Memang menyedihkan kerana ayat yang digunakan dalam surat itu mengambarkan mereka itu seperti kurang bertamadun kerana menggunakan perkataan yang tidak bersesuaian,”katanya. Surat dari AMK klik disini.
Khairy, Shamsul Pernah Jadi Penal
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengesahkan pernah menerima kehadiran Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai penal dalam majlis anjuran pelajarnya.
Dalam majlis itu, Khairy dan Shamsul dijemput sebagai penal dalam forum yang bertajuk ‘Cabaran Malaysia di Masa Hadapan’ yang diadakan di Pusat Aktivi Budaya (CAC) pada 27 Julai lalu.
Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Kulliyah Undang-Undang UIAM, Dr Shamrahayu A Aziz berkata, pada majlis itu yang melibatkan tiga penal, beliau sendiri menjadi moderetor.
Majlis itu juga mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 500 pelajar menghadirinya, termasuk jemputan dari luar.