Friday, January 30, 2009

Tun Mahathir bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO ? - Malaysiakini

Siapa yang sebenarnya bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO, ada yang berkata, kini pertandingan adalah tiga penjuru antara KJ, Khir Toyo dan Tun Mahathir. Adalah amat penting untuk Tun Mahathir menang dalam pertandingan ini kerana jika Tun Mahathir kalah, akan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang mantan Perdana Menteri yang dikatakan paling bijak yang pernah Malaysia miliki.

Jika kita lihat saban hari, Tun terus berkempen dengan secara direct atau indirect untuk membunuh calon-calon yang menentang anaknya (Mukhriz Mahathir yang sebenarnya mendapat tiket untuk bertanding KP UMNO Malaysia). Tun sebenar tahu bahawa Mukhriz ini tidak sehebat mana. Mukhriz sebenarnya jika dibandingkan dengan dua calon yang lain agak ketinggalan kini dan mungkin warnanya sudah kelam kerana dia sendiri tidak punya daya pemikiran yang mantap untuk berdiri atas kaki sendiri. Tanpa air liur Tun Mahathir, Mukhriz akan kekeringan dan layu sentiasa.

Jika kita baca dalam blog Che Det dalam artrikel terbaru, nampak sangat Che Det mahu melahirkan perasaan benci terhadap KJ yang beliau rasakan boleh mengugat peluang Mukhriz untuk menang dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO nanti. Tun terpaksa melakukan kerana Tun tahu Mukhriz tidak sehebat calon lain yang boleh berdiri atas kaki sendiri. Mukhriz tidak ada daya pemikiran yang bijak dan Mukhriz perlu duduk bawah ketiak Tun Mahathir untuk melahirkan idea-idea yang bijak sedikit dari idea yang datang dirinya sendiri.

Hebat juga Tun semenjak sudah pencen ini, macam -macam yang dilakukannya, keluar parti setelah dicabar oleh orang yang tidak diketahui mana asal usul dan langsung tidak di kenali, bertanding kerusi G7 dan kalah, yang tidak sepatut ditandingi kerana sebagai mantan PM dan mantan Presiden UMNO beliau telah disediakan tempat khas dalam persidangan UMNO, kenapa mahu duduk di tempat perwakilan.

Memanggil dirinya sendiri Paria apabila orang tak pernah panggil dirinya Paria. “UMNO ” buat saya macam Paria, diulang saban hari agar perkataan itu lekat dan menuduh UMNO yang panggil beliau Paria. Oleh kerana perkara itu bukan perkara yang dilakukan oleh UMNO, lalu isu mempariakan Tun lenyap begitu saja.

Sekarang Tun mahu bertanding ketua pemuda pula? Setelah menuduh dan terus melebelkan UMNO sebagai parti yang paling korup yang paling kotor dan rasuah. Beliau mungkin lupa bahawa anak beliau juga adalah ahli UMNO dan merupakan calon Ketua Pemuda UMNO yang banyak juga telah menabur budi melalui agen-agen beliau tetapi menafikan dan keyataan yang paling bodoh pernah dikeluarkan oleh anaknya adalah, jika ada agen-agen yang menghulurkan wang atas nama beliau bererti agen itu mahu meburukkan beliau. Kelakar, kalau agen itu sememangnya diketahui ramai adalah jentera kuat beliau sendiri yang menghulurkan juadah yang enak untuk perwakilan. Apakah agen ini mahu memburukkan beliau?

Dalam UMNO sekarang orang yang paling baik dan bersih ialah Mukhriz dan Tan Seri Muhyiddin Yassin. Tun mengangap orang lain semuanya tidak betul. Kalaulah Mukhriz ini hebat sangat kenapa beliau perlu seret Tun bertanding Ketua Pemuda UMNO sehingga Tun terpaksa membuat reverse saikologi dan merayu, anak saya mungkin tidak mendapat pencalonan yang cukup sebab disekat. Anak saya mungkin tidak berpeluang untuk bertanding………. sebaiknya Mukhriz masuklah gelanggang sebagai anak jantan dan sebagai pemuda yang matang dan bukan pemuda yang masih mengharapkan ikhsan dan mengharap air liur ayahnya.

Dipetik dari anaktun.blogspot

Thursday, January 29, 2009

Khir Toyo Tidak Perlu Main Sentimen Tun Razak ~ Malaysiakini

KEKALAHAN BN di Kuala Terengganu telah memberi ruang untuk mereka yang ingin bertanding merebut jawatan pada perhimpunan agung Umno Mac depan untuk bercakap bagi menjual idea sebagai modal dan daya tarik kempen. Sesetengahnya terpaksa mencari-cari dan menggali idea lama untuk memperlihatkan ada idea unik.

Ada yang pergi sendiri ke pejabat akhbar, televisyen supaya pandangan mereka dipakai, muka disiarkan dalam tv dan gambar dicetak dalam surat khabar. Sebenarnya mereka ini bukan sangat untuk membina Umno yang sudah hampir robek itu tetapi ingin menjual idea dan diri mereka.Mudah-mudahan idea yang dijual itu tertangkap oleh ahli Umno dan menjadi bahan renungan buat menilai diri empunya idea! Apa yang mereka inginkan mahu ahli Umno yang menjadi perwakilan menganggap mereka ada idea bagaimana untuk memberi bantuan kepada parti.

Salah seorang yang dikira banyak bercakap mengenai kekalahan di Terengganu itu ialah bekas MB Selangor, Mohamad Khir Toyo. Cara Khir Toyo ulas mengenai kekalahan di Kuala Terengganu dan membidas partinya seolah BN masih berkuasa di Selangor. Seolah Khir Toyo masih menjadi YAB di Selangor.

Kalau Khir terlupa ingin diberi tahu bahawa dia ialah ketua pembangkang di DUN Selangor, bukan ketua kerajaan Selangor lagi.

Antara cadangan Khir ialah supaya BN mengikut apa yang dibuat oleh Tun Razak Hussein. Katanya Tun Razak untuk memulihkan semangat dan memperbaharui Umno telah menukar simbol dari kapal layar kepada dacing, daripada nama Perikatan kepada Barisan Nasional.

Geli hati saya mendengar cadangan Khir ini. Teringat kepada penduduk kampung di pedalaman Kelantan ditahun-tahun 60-an dulu yang menukar nama-nama anak mereka kepada nama lain, untuk menghalang penyakit. Misalnya kalau kesihatan budak itu kurus, laih dan tidak gemuk (disebabkan serangan cacing kerawit), nama mereka ditukar. Daripada Mat Kossim misalnya kepada Abdul Jamal. Atau kalau perempuan daripada Mek Nab kepada Siti Rahmah.

Anihnya selepas itu ada juga menjadi, tetapi banyak yang tidak memberi kesan! Mungkin Khir mengambil ilham amalan dan kepercayaan tradisi Melayu ini. Khir memang suka bermain dengan peralatan tradisional orang Melayu. Satu masa dulu beliau memberi penyapu kepada pegawai PBT sebagai simbol atas kelemahana PBT. Akhirnya penyapu terbalik ke mukanya sendiri. Sebuah kerajaan negeri hanyut.

Pada saya cadangan Khir yang membabitkan nama Tun Razak itu tidak lain dan tidak bukan kerana ingin menarik perhatian anak Tun Razak sahaja, itu Najib Razak. Orang Melayu kalau bapanya dipuji dia akan suka. Khir mungkin mengharap Najib akan menyetujui dan menyukainya. Manalah tahu dengan suka itu akan mengalir sikit undi (pengaruh Najib) ke dalam peti undinya yang akan bertanding ketua Pemuda.

Sebenarnya Khir tidak payah mainkan sentimen Tun Razak kerana nak menagih undi dari penyokong Najib. Kalau kita ada kemampuan, wibawa dan bakat sendiri kita gunakan modal sendiri. Khir harus menjual kebolehannya sendiri untuk jadi Ketua Pemuda Umno. Misalnya Khir boleh senaraikan kejayaannya selama lapan tahun menjadi MB Selangor. Modal itu sudah cukup besar untuk Khir.

Jika dibandingkan dengan dua calon lagi, Khir sudah terlebih modal. Khir ada track recordnya sendiri sebab dia berpeluang menjadi pentadbir. Orang boleh nilai kebolehan Khir selama lapan tahun itu. Khiry Jamaluddin dan Mukriz Mahatahir dua lagi calon ketua pemuda tidak ada kesempatan itu. Khairy hanya ada keberanian berhadapan dengan sesiapa sahaja. Manakala Mukriz hanya menumpang tuah dan menggunakan air liur bapanya sahaja.

Jadi Khir yang sudah menjadi MB lapan tahun gunakanlah modal berkenaan. Usahlah memainkan nama Tun Razak kerana nak tagih simpati Najib dan kumpulan-kumpulannya. Seorang ketua pemuda di era globalisasi mesti berani untuk berhadapan dengan sesiapa saja dan sedia menjawab persoalan yang dibangkitkan apa juga mengenai diri kita. Kalau kita penakut macam mana nak jadi panglima?

Dipetik dari www.msomelayu.blogspot.com

Wednesday, January 28, 2009

Suruh bersumpah, jika tak beri duit ~ Malaysiakini

Oleh Hassan Md Hussein

ADA cerita di luar sekarang, selepas menabur duit kepada perwakilan Pemuda di Kuala Terengganu, buat perjumpaan di Kuala Ibai, kini, ada seorang calon Ketua Pergerakan Pemuda, sibuk membeli jentera-jentera kempen lawannya, supaya menyokong dirinya.

Lebih dahsyat, duit yang ditawarkan bukan sedikit. Sampai RM10,000 seorang, jika sanggup meninggalkan pilihan masing-masing. Jika masih tidak teruja dengan RM10,000, calon ini akan menawarkan RM30,000 tetapi mesti sanggup 'buka baju' atau dalam istilah Pemuda, sumpah 'bai'ah' mesti mengundi si pemberi duit.

Ketika tiada siapa mempersoalkan dari mana dia dapat begitu banyak wang untuk dilaburkan bagi tujuan mengejar jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, yang peliknya, calon yang seorang ini kononnya sering mendakwa dirinya 'orang kampung' yang faham erti kesusahan dan kemikinan tetapi dalam masa yang sama, jam tangan yang dipakainya berharga RM300,000.

Maklumlah, calon yang seorang ini, pernah dikaitkan dengan cerita pembedahan muka dan botox tetapi dinafikannya kerana menurutnya, jika dia tidak berbohonglah (baca: tidak memperbodohkan orang ramai), dia berubah wajah kerana makan banyak tempe. Kerana zat kacang soya dalamtempe itulah yang menjadikan hidung dan kulit mukanya berubah. Ramai yang tahu, calon yang seorang ini, sedang merayau ke seluruh pelusuk tanahair kerana berkempen dan membeli jentera yang menyokong dua calon lain, sibuk mengutip 'aku janji' dan sumpah baiah dengan tujuan, sesiapa yang sudah mengambil wang darinya, mestilah menyokong dan mengundinya.

Perwakilan Pemuda tentunya faham, ketika mahu membuat pilihan siapa yang layak mereka pilih. Adakah mereka mahu memilih orang yang hipokrit, bercakap soal agama, sejarah kebangkitan Islam tetapi tidak pernah bersyukur dengan anugerah Allah, malah sanggup merubah wajahnya, wajah isterinya kerana mungkin apa yang Allah bagi, tidak sesuai dan tidak cukup cantik di mata mereka berdua.

Pemuda Umno mahu berketuakan seorang yang pendirian dan kekukuhan akidahnya boleh dipersoalkan? Pemuda Umno mahu memilih mereka yang 'menjual sumpah baiah' dengan nilai RM10,000 atau RM30,000 kononnya mahu menaikkan seorang 'budak kampung' yang tidak sedar diri, sanggup berjoli ketika memegang jawatan tinggi, apabila diberi peluang suatu ketika dahulu?

Ada Perwakilan Pemuda yang sudah termakan denan janji mahu diberikan pakej percutian keluarga jika menyokong calon yang seorang ini. Malah, mungkin ada yang sudah terambil wang RM10,000 atau RM30,000 dari seorang calon ini tetapi masa masih belum terlambat untuk mereka memperbetulkan akidah masing-masing… sesungguhnya sumpah dan janji mestilah dibuat kerana Allah dan bukan kerana dibayar hanya dengan RM10,000 atau RM30,000.

Ingat, agama, akidah dan sumpah bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan. Jangan memperdagangkan agama kita dengan janji-janji palsu yang akhirnya parti Umno yang kita kasihi jahanam kerana 'adegan' pembelian yang tidak bermaruah. Wang dan habuan memang perlu tetapi janganlah sampai kita sanggup memperdagangkan agama, sumpah dan akidah hanya kerana habuan yang tidak seberapa. Ada juga calon Ketua Pemuda, sanggup menaja (baca: membiayai) kos seseorang Ketua Pemuda Bahagian yang boleh memaki hamun calon lain, dengan tujuan, memburuk-burukkan citra seseorang yang bersaing dengannya.

Kenapa begitu teruk? Kenapa sanggup 'upah' calon Exco untuk pusing ke seluruh negara hanya kerana bertujuan memperkecil-kecilkan saingan. Tidak mampukan untuk bertanding secara 'gentleman'. Kenapa perlu menggunakan strategi kotor hanya kerana mahu menang jawatan itu. Ketika ada calon, berdebat dan berdepan dengan pembangkang, ada pula calon sibuk dengan menabur janji, menabur wang dan mengutip sumpah baiah dari perwakilan. Ada pula calon yang ternyata gagal menepis serangan 'bapanya sendiri' terhadap calon BN yang sepatutnya menang di pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dahulu.

Adalah lebih baik, sebelum tewas dan ditewaskan, kedua-dua calon ini menarik diri atau Perwakilan Pemuda Umno menolak mereka berdua kerana tentulah Perwakilan Pemuda faham siapa yang penulis maksudkan dalam tulisan ini. Lebih-lebih lagi, mereka yang sudah dijanjikan dengan habuan dan pakej percutian sekeluarga, cepat-cepatlah sedar diri sebelum kita menggadaikan maruah parti, bangsa dan agama kita kepada mereka yang berniat jahat.

Bagi calon yang menjanjikan 'hujan monsun' di saat-saat akhir tempoh berkempen, strategi menyerang hendap secara perlahan-lahan, kononnya dia seorang calon low-profile sudah diketahui orang. Cukuplah bapanya seorang sahaja yang sudah dapat nikmat dari Umno kemudiannya menyerang Umno kembali, supaya legasi tidak sihat ini tidak terus dikekalkan dalam Umno.

Umno sebagai sebuah parti yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara tidak patut dihukum dengan memberi tempat kepada orang-orang yang tidak pernah belajar dari kesilapan untuk mencari peluang memperbetulkan kesilapan tersebut.

Di tangan Pemudalah segala-galanya diharapkan. Jika Pemuda tersilap, maka masa depan Umno akan gelap, lebih gelap dari mendung yang memanjang di musim tengkujuh. Jika Pemuda silap perhitungan, menyokong mereka yang mewarisi kepimpinan derhaka, tidak tahu berterima kasih atas jasa Umno terhadap mereka dan keluarga mereka, maka Umno bukan sahaja akan kalah dalam PRU 13 akan datang, malahan Umno mungkin terus pupus dari lipatan sejarah.

Begitu juga jika Pemuda memilih mereka yang tidak tahu bersyukur dengan anugerah Allah, tidak pandai menjaganya, menghina orang dengan penyapu dan tidak boleh ditegur, maka Umno yang dilahirkan di istana ini akan dikhabarkan kononnya lahir di Kelab Sultan Sulaiman. Orang ini bukan sahaja bercita-cita mahu merubah sejarah seperti merubah wajahnya malahan, dia mahu merubah segala-galanya ikut selera dia dan selera isterinya.

Monday, January 19, 2009

Tak siapa lagi percaya apa juga Khir Toyo kata ~ Malaysiakini

Surat terbuka untuk Wak Khir,

Assalamualaikum wak Khir, khabare Wak.... waras???? Kok tak waras. Salam Takziah wak kerana BN tidak dapat pertahankan kerusi Kuala Terengganu. Dengar Wak telah pergi berkempen dari rumah ke rumah, letih juga ya Wak, tak apalah Wak, janji orang muda yang akan mengundi pada pemilihan pemuda ini nampak Wak turun padang.

Sebenarnya jika Wak tidak turun padang, rasanya lagi baik kerana ia sebenarnya tidak menjatuhkan sokongan rakyat Terengganu kepada BN. Sebenarnya Wak, orang sudah hilang kepercayaan kepada Wak sebagai pemimpin, apa saja Wak cakap mereka akan mencemik. Sebagai Menteri Besar Wak tidak dapat pertahankan negeri Selangor dan sebagai Menteri Besar yang berkuasa punya banyak wang, Wak gagal untuk pertahankan kerusi Wak sehingga Wak kini jadi Ketua Pembangkang.

Sebenarnya, ramai yang tidak suka Wak jadi Ketua Pembangkang, sebab orang sudah tidak percaya apa sahaja yang keluar dari mulut Wak, itulah sebabnya Wak di desak untuk melepaskan kerusi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor. Wak cakaplah apa sahaja, rakyat sudah tidak percaya, itulah sebab pembangkang sekarang mengharapkan agar Wak menang pertandingan di pemilihan UMNO sebagai Ketua Pemuda UMNO agar senang mereka mahu menghancuirkan UMNO pula khususnya sayap pemuda.

Kalau Mukhriz atau KJ menang sukar sikit bagi pembangkang mahu hancurkan pemuda. Kalau Wak menang, mereka akan bersorak besar. Bagaimana Wak nak menegur mereka, Wak dahulu rasuah juga, malahan rasuah Wak lagi menggunung dari mereka. Mana rakyat nak dengar terguran Wak, sebab Wak juga melakukan ketika Wak jadi MB dahulu. Hari ini Wak tegur pasal Camry yg dibeli dengan duit rakyat yang bernilai RM 2.3 juta. Tapi wak sebelum ini beli mercedez dengan harga 1 juta dan jarang-jrang gunakannya.

Dalam Akhbar The New Straits Times (NST) hari ini, Setiausaha Politik Menteri Besar merangkap ADUN Seri Setia, YB Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa "Datuk Seri Dr Khir Toyo had approved the purchase of a Mercedes S350L worth almost RM1 million for his personal use with funds from Kumpulan Darul Ehsan Berhad when he was Selangor menteri besar."

Macam mana si ketam mahu menegur anaknya berjalan betul sedangkan dia juga berjalan senget.

Malaysiakini : Bloggers pro-UMNO lemah dan Penakut - SUKJ

Tidak dinafikan bloggers pro-Pakatan Rakyat(PR) lebih hebat, kreatif dan berani berbanding bloggers pro-UMNO.

Saya melihat bloggers BN khasnya UMNO yang ada pada hari ini kurang bermaya dan lebih mudah disebut 'penakut'.

Dalam blog, mereka mengaku kononnya merekalah ahli UMNO, penyokong UMNO, penyokong BN dan sebagainya tetapi apa maknanya jika hanya sekadar 'mengaku dan memberitahu' tetapi anda sebagai bloggers UMNO hanya seperti 'tikus dan ayam kena kapor'. Mati tak mahu...hidup penakut?

Cuba kita menjelajah ke laman blog-blog yang pro-UMNO. Ada sesetengah mereka ini terdiri daripada 'Datuk-Datuk' yang kononnya orang lama UMNO dan tahu semua serba serbi mengenai UMNO.

Persoalannya, kenapa bila berlangsungnya kempen PRK atau PRU golongan ini tidak memberi sokongan secara lebih 'terbuka' dan 'agresif'. Kenapa dilihat seolah-olah macam orang atas pagar sahaja. Kenapa dilihat seperti 'goyang kaki' sahaja. Tetapi jika soal mahu menyungkit kesalahan dan kelemahan pemimpin-pemimpin UMNO, merekalah no.1?

Bukan niat saya mahu menyalahkan mereka tetapi jika mereka boleh melakukan sesuatu untuk faedah dan kemenangan UMNO, kenapa perlu berdiam diri dan senyap saja. Sedangkan dalam blog-blog mereka terpampang begitu besar dan gahnya gambar-gambar seperti Dr. Mahathir, Tun Husin, Tun Razak, Tunku serta terpahat dalam blog mereka pemimpin ulung, pemimpin nombor 1 dan penuh dengan lambang-lambang UMNO.

Disebaliknya bila berlansungnya 'kempen' PRK atau PRU, kebanyakkan mereka ini menjadi 'tikus' seperti mana Saddam Hussin yang dikatakan gah dan hebat tetapi lari dalam lubang tikus takut mati kena peluru. Bloggers UMNO seperti ini adalah bloggers UMNO yang bacul.

Cuba kita lihat bagaimana semangat, kreativiti dan keberanian yang ada dikalangan blogers Pakataan Rakyat. Contohnya seperti 'Blogger Biul' enam jahanam tu(kah..kah), beliau sentiasa bersemangat menyerang BN sepanjang masa. Sedangkan usianya juga sudah tua tetapi semangatnya sentiasa muda.

Dalam politik khususnnya masa berkempen, kalau tidak menyerang pihak lawan, kalau tidak memaparkan kelemahan dan keburukkan lawan, kalau tidak membuat provokasi ke atas pihak lawan, maka ia bukanlah kempen politik.

Kini kita semua tahu bahawa jumlah pengundi-pengundi muda dalam PRU-13 akan datang dianggarkan 6 atau 7 juta orang. Mereka-mereka ini kebanyakanya mahir dan sentiasa melayari alam maya(internet). Jadi apakah perancangan dan tindakan yang mahu dilakukan oleh pihak UMNO dalam menghadapi kebangkitan golongan muda ini? Adakah pihak UMNO mahu mengwujudkan dan melahirkan lebih ramai lagi bloggers-bloggers 'tikus' atau 'Sadam Hussin' seperti yang saya nyatakan?

Sepatutnya bloggers pro-UMNO perlu bersuara lantang dan terbuka seperti contoh di bawah ini:

[Oleh: Nizam]

Bro,

Saya menerima kekalahan UMNO dengan hati yang terbuka. Tetapi perlu diingat kalau diikut daripada UNDI MELAYU, keadaannya adalah 50/50. Yang menjadi undi penentunya di KT adalah kaum Cina. Lagi sekalilah bagi saya sebenarnya yang menang di dalam Pilihanraya Kecil yang baru ini adalah DAP.

Kenapa? Kerana kaum Cina sudah mendapat apa yang mereka dapat dengan memperkudakan PAS. Jadi berikan kemenangan kepada PAS supaya PAS akan menjadi bertambah RIAK, TAKABUR dan teruskan dengan cakap besarnya kononnya UMNO telah pupus dan tidak mendapat sokongan rakyat. Lagipun bagi kaum Cina, jikalau BN tewas sekalipun di KT ianya tidak akan mengubah apa-apa.

Isyarat yang mereka berikan jelas sekali. Jika BN atau PR mahukan undi Cina, ubah dasar dan segalanya perlulah mengutamakan hak dan kepentingan mereka.

Dalam masa yang sama PAS sedang dan akan terus-menerus menjadi balaci DAP yang sudah terang lagi bersuluh mempergunakan mereka semata-mata. Selepas ini, anda semua akan melihat beberapa perubahan drastik yang melibatkan dasar yang 'favourite' kepada kaum tertentu akan berlaku. Lagi pula, NAJIB yang menjadi PM. emmmmm...faham-faham !

Jadi sekali lagi pemenangnya adalah DAP lagi.

Sumber : Suara SUKJ

Sunday, January 11, 2009

Idea gencatan Mukhriz ditertawakan ~ Malaysiakini

Dasyat betul idea yang dikeluarkan oleh anak bapak untuk mengadakan gecatan senjata. Parti politik disaran agar tidak berkempen selama 24 jam, Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mencadangkan gencatan kempen politik 24 jam bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk membela rakyat Palestin.

Mukhriz yang merupakan Penyelaras Aman Malaysia berkata, pendekatan ini seperti 'gencatan bersenjata' yang bertujuan supaya parti-parti yang bertanding mengambil langkah bertenang daripada berkempen. "Kita tidak perlu kempen selama 24 jam pada hari Khamis dan kita mengadakan aktiviti-aktiviti menyedarkan rakyat tentang kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin," kata beliau ketika ditemui pada majlis menemui pengundi di peti undi Kampung Nibong di sini, malam tadi.

Belum pernah terjadi sebegini dalam sejarah pilihan raya di mana-mana di Malaysia ini apabila parti politik diminta mengadakan gencatan senjata. Idea ini kini menjadi bahan ketawa parti pembangkang dan idea ini juga mungkin mencemarkan imej calon BN ini kerana mereka menganggap anak bapak ketandusan idea untuk melonjakkan diri di Terengganu dalam siri kempen beliau untuk kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Mukhriz elok tutup mulut kerana apa yang keluar dari mulut Mukhriz kebanyakan pelik-pelik belaka.

Sumber : anaktun.blogspot.com

KJ - PAS parti ‘dok rok cetong’ ~ Malaysiakini


Bukti ‘dok rok chetong’ ialah pas hanya makan gaji tapi tak beri apa2 kebajikan kepada rakyat.bilaBN begitu hebat bantu rakyat dibawah program “kerajaan terengganu cakna rakyat….maka dituduh bn rasuah…..tapi wakil rakyat pas makan gaji buta…tak rasuah ke?

Kalau menang di KT pun hanya wahid yang untung dapat dua gaji iaitu gaji serta elaun YB WAKAF PEMPELAM DAN YB AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGANU.JANGAN UNDI PAS KERANA BERLAKU RASUAH DAN SALAHGUNA MANDAT RAKYAT. SEBAB MEREKA HANYA TAMBAH GAJI DAN ELAUN SAJEERRRR….TAPI RAKYAT TERENGGANU MELARAT.

TAPI KEMENANGAN BN DI PR KECIL KT KALI NI TUAN2 MACAM TOK NAJIB CAKAP….” TERENGGANU ERA BARU….PENYERAHAN SEMULA WANG ROYALTI MINYAK KEPADA TERENGGANU BUKAN SAHAJA MENGERATKAN HUBUNGAN KERAJAAN PUSAT DENGAN KERAJAAN NEGERI, TETAPI JUGA ADALAH “ERA BARU” UNTUK RAKYAT DAN KERAJAAN NEGERI INI.” DALAM GANUKITA DAN RUJUK :

http://1ganukita.blogspot.com.

LAIN2 BLOG JIHAD YANG BONGKAR DAN TERJAH KELEBONGAN SERTA KEKOSONGAN PAS SI PENCURI KAYU BALAK DAN TANAH RAKYAT TERENGGANU 1999-2004 DULU……..

http://bolokwokganu.blogspot.comhttp://informasimalaysia.blogspot.comhttp://ganukitedehguanogok.blogspot.com

SOALANNYA RAKYAT DAPAT APA?

BILA KEMAJUAN TAK ADA DAN PEMBANGUNAN TAK ADA MAKA PELUANG RAKYAT CARI PITIH TAK ADA. KALAU BUAT PEMBANGUNAN DAN SEBAGAINYA MAKA RAKYAT BOLEH CARI MAKAN…DAN YB DAPAT GAJI LAH….SEBAB TU PAS NI DOK ROK CHETONG…. BERKOKOK BERDEGAR2 TAPI EKOR GELUMANG TAHI…………………BACA JUGA SANG PAS DOK ROK CHETONG NI…..DALAM:http://wiramalaysia.blogspot.com/2009/01/jangan-sokongundi-pas.html

BANYAK KES LAGI DOK ROK CHETONG NI…….

1. JUAL DIRI KEPADA DAP DAN PKR KAPIR HARBI

2. JUAL ISLAM DENGAN HARGA MURAH

3. RASUAH MASUK SYURGA DAN PAHALA KALAU UNDI PAS

4. PERINTAH TERENGGANU DULU DOK BALUN SERTA BAHANG TANAH DAN BALAK SAHAJA………………SEBAB TU DENGAR CERITA TAUKEH BALAK IAITU CINA PAS TU SOKONG PAS DAN BAGI PITIH KOT???? berapa weiiii?…..TAK RASUAH KE TU PAS CHETONG?

5.BANYAK LAGILAH… TAPI YB PAS MAKAN GAJI BUTA DAN RAKYAT DIZALIMI MACAM TALIBAN DI AFGHANISTAN…TAK INGAT KE DALAM YOUTUBE….”MASIHKAH KAU INGAT.”

6. BANYAK LAGI BUKTI PAS DOK ROK CHETONG KERANA DOK JADI KU LI ATAU HAMBA ABDI KAPIR HARBI DAP DAN PKR SAJEEERRRRR….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! TOLONG SENARAIKAN YANG LAIN2 WAHAI ADINDA2 KU!DAN BACA JUGA KJ CAKAP NIIII…….

Petikan dari malaysiakini:

Khairy: PAS parti ‘dok rok cetong’

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan PAS sebuah parti "keluk-kelek" atau tanpa pendirian apabila tidak bersedia melaksanakan hudud selepas didesak oleh rakan kongsinya DAP.

"PAS mudah menarik balik cadangan hendak melaksanakan hukum hudud apabila digertak DAP," katanya, mengulas sikap Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berhubung pelaksanaan hudud dalam satu forum di Kota Bharu yang turut disertai calon ketua Pemuda Umno itu bulan lepas.

"Adakah kita nak pilih parti yang tidak bermaruah, tidak berpendirian dan keluk-kelek itu?"

Sambil mengkritik PAS, beliau juga menyelitkan bahasa loghat dengan telor Terengganu dengan disambut hilaian hampir 200 pendengar yang terhibur dengan gayanya itu.

"Orang Terengganu kata PAS parti 'dok rok cetong' (sangat lemah)," katanya ketika berucap dalam kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu di Kampung Gelugor Raja dalam DUN Wakaf Mempelam malam tadi.

Ahli parlimen Rembau menambah, pilihanraya kecil itu tidak sama dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu.

Kawasan parlimen itu, katanya, merupakan kubu kuat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tetapi Kuala Terengganu adalah kerusi kita, BN menang kita semua akan untung.

"Kuala Terengganu kawasan yang cukup istimewa kerana ada dua timbalan menteri yang tidak pernah ada di kawasan lain," katanya.

Beliau merujuk jawatan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebelum ini sebagai timbalan menteri dalam negeri dan bekas penyandangnya allahyarham Datuk Razali Ismail sebagai timbalan menteri pelajaran.

"Kalau kerja dengan sungguh-sungguh, Wan Ahmad Farid ada peluang jadi timbalan menteri pusat (semula)," katanya.

Tambahnya, beliau mengenali bekas setiausaha Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu seorang tokoh politik muda.

Ayah Wan Ahmad Farid merupakan bekas pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, manakala ibunya pula seorang ustazah, kata Khairy yang dikenali sebagai teman dekat calon BN itu.

Menurutnya, jika BN kalah dalam pilihanraya kecil kali ini, maka tiadalah pembangunan daripada kerajaan pusat kerana kerana tiada perwakilan di peringkat pusat.

"Tetapi kalau (calon PAS) Abdul Wahid kalah pun, beliau tidak rugi apa-apa kerana beliau sudah ada jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam," katanya.

Wan Ahmad Farid berdepan dengan Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam dalam pilihanraya kecil pada 17 Januari ini.

Wednesday, January 7, 2009

KHIR TAK LAYAK KOMEN KEKECOHAN PKR KERANA DIALAH YANG SERAH SELANGOR KEPADA PEMBANGKANG ~ Malaysiakini

Oleh Mahfir Sabtu

Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata Kegagalan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunaikan janji kepada rakyat menjadi faktor pemimpin parti itu 'berpaling tadah' sekali gus hilang kepercayaan terhadap kerajaan campuran di Selangor.

Sebenarnya itulah ungkapan rakan politik Khir semasa BN jatuh kepada PKR dalam pilihan raya umum lalu yang berbunyi: "Kerana warga Selangor berpaling tadahlah dan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besarnya hingga Selangor hanyut ke tangan PKR."

Sekarang, Khir sendiri terpaksa ulang kata-kata yang pernah berlaku pada dirinya hingga menyebabkan Selangor terlepas di tangan PKR. Ketika itu, Khir tidak peduli akan nasihat rakan dari BN sendiri seperti kata Presiden MIC, S. Samy Vellu, dalam masyarakat India mahu menyambut Deepavali, ketika itulah kuil India hendak dirobohkan.

Presiden MIC itu pernah merayu pada Khir supaya membuat pertimbangan terhadap tindakan itu, tetapi katanya Khir buat tak tahu saja. Begitulah antara contoh keangkuhan Khir ketika menjadi orang berkuasa.

Walaupun parti komponen tidak bertelagah sesama sendiri, tetapi rakyat menunggu tarikh pilihan raya untuk menyingkir Khir, bukan mahu menyingkir BN. Tetapi oleh kerana Khir dalam BN, maka BN tersingkir sekali.

Orang Melayu pula melihat sikap Khir memberi anugerah penyapu kepada pegawai kerajaan kononnya sebagai simbolik telah meletakkan Khir sebagai seorang yang bukan saja angkuh, tetapi biadap pada masyarakat Melayu kerana penyapu itu adalah lambang membawa sial jika digunakan selain daripada menyapu.

Namun pada ketika itu, ada juga yang mentafsirkan pemberian penyapu itu sebagai mengenalkan dirinya sendiri sebagai penyapu yang sudah menyapu bersih mengajak pegawai kerajaan menerima penyapu itu supaya jadi macam beliau supaya turut sama sapu apa yang ada keliling mereka.

Apa pun tafiran orang ramai terhadap penyapu dengan Khir, tetapi ia telah membawa impak yang cukup kuat hingga orang Melayu tidak menyebelahi BN. Mereka terpaksa menoleh kepada parti pembangkang untuk menukar kepimpinan Selangor.

Rakyat keturunan Jawa juga yang seketurunan dengan Khir rasa cukup terhina dengan sikap Khir yang tiba-tiba menggunakan kaedah botok menukar wajahnya menjadi lebih muda dan kacak. Lebih lagi apabila gurauan Khir menjawab pertanyaan wartawan wajahnya bertukar jadi muda kerana banyak makan tempe.

Tempe yang berkait rapat dengan makanan kegemaran orang Jawa itu telah menghina orang Jawa sendiri yang menyebabkan rakan-rakan keturunan Jawa beliau pun turut berpaling tadah. Mereka sebaliknya menaruh benci dengan sikap Khir yang dikatakan sudah lupa diri dan bongkak seolah-olah beliau akan terus dapat berkuasa di Negeri Selangor.

Soal PKR bertelagah sesama sendiri itu kini menjadi tempelak Khir mengeluarkan kenyataan semata-mata mahu mencuri publisiti mempopularkan dirinya sejajar dengan hasrat beliau mencari tapak di pentas Pemuda UMNO pula untuk merangkak semula ke atas.

Sebenarnya sebelum pilihan raya umum lalu, Khir digahkan akan merebut jawatan Naib Presiden UMNO, tetapi oleh kerana sudah terkilan Selangor terlepas ke tangan pembangkang, maka beliau terpaksa turun setapak ke bawah untuk memanjat semula melalui pentas Pemuda.

Untuk menebus mukanya yang tebal selepas pilihan raya umum lalu, Khir terpaksa 'menyembah' beberapa orang dengan harga cukup mahal untuk membantu hasrat beliau menerajui Pemuda UMNO yang kononnya membawa moto no harm to start all over again.

Kalau pemuda memilih Khir untuk mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO akan datang, ertinya mata pemuda telah dikaburkan dengan satu alat yang sukar ditolak oleh mereka yang mementingkan habuan besar.

Hanya itulah sahaja kuasa yang terhimpun selama Khir jadi Menteri Besar Selangor untuk dilaburkan semula kepada rakyat bagi menebus kekalahan nyata angkara sikap angkuh dan lupa diri selama menerajui Selangor.

Beberapa kali dalam pertemuan sama ada dengan wartawan, penulis, bloggers, perwakilan, wakil perwakilan mahupun orang ramai, Khir menyatakan beliau yakin memenangi jawatan Ketua Pemuda di musim ini sebenarnya hanya untuk meyakinkan dirinya sendiri semata-mata. Malahan semua calon yang layak bertanding termasuk Mukhriz dan Khairy pun yakin menang.

Dalilnya yang masih tersimpan di sanubari perwakilan pemuda ialah tetap akan menoleh ke belakang dan membuat ukuran waras untuk memilih siapa sebenarnya pilihan untuk menjadi pemimpin mereka. Orang Melayu lazimnya akan membuat tafsiran akhir yang mana kalau pemuda pilih juga Khir sebagai ketua mereka, maka benarlah ungkapan orang Melayu akan memberi hadiah piala kemenangan kepada calon penuh dengan kontroversi kekalahan.

Untuk memberi komen apa yang berlaku dalam PKR yang sedang bertelagah sesama sendiri sekarang ini, bukan patut datang dari Khir. Biarlah orang lain kerana apa yang Khir komen itu sebenarnya samalah dengan kaedah menepuk air di dulang.

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More