Memaparkan catatan dengan label Perlembagaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perlembagaan. Papar semua catatan

Isnin, 15 Julai 2013

Berapa Lama Nak Simpan Tunggul Kayu Bernama Soi Lek Ni?

Norma politik Malaysia, selain menjadikan anggota Dewan Rakyat sebagai Orang Kurang Upaya dan tunggul-tunggul kayu pak pacak, ahli politik Malaysia juga suka menyimpan barang antikuiti di kalangan mereka. Bukan apa, manalah tahu, kot-kot kalau di gosok akan keluarlah Jin Toncet yang mampu mengabulkan tiga permintaan. Cuma, tunggulan kayu bertaraf ankuiti yang di simpan oleh ahli politik Malaysia, tak mampu mengabulkan permintaan tetapi mengabihkan boreh. Itulah perumpamaan yang setimpal dengan Chua Soi Lek.

Kita maklumlah, Soi Lek itu cina bangsanya, sudah tentulah beliau akan perjuangkan apasaja berkenaan cina. Tapi wajarkah Soi Lek selaku tunggulan kayu bertaraf antikuiti dalam BN hanya bersuara mengenai hak dan kepentingan cinabeng? Apakah suara beliau masih ada nilai dan mempunyai kuasa magik menarik semula sokongan cinabeng kepada BN? Sampai kiamatlah dok menunggu si Jin Toncet tu nak kabulkan permintaan BN. 

Kalau terlalu banyak sangat diberikan kepada cinabeng, apa yang tinggal kepada yang lain? Inilah persoalan dan cabaran utama yang perlu segala tunggulan kayu antikuiti dalam lingkungan politik Malaysia perlu menjawabnya dan mendepaninya. Kita tak mahu lagi sok-sek, sok-sek mengenai cina sahaja. Teruk sangat ke Cina Malaysia ini sehinggakan semuanya hendak diberikan kepada mereka dan untuk kesenangan mereka sahaja? Sedangkan, Cina Malaysia begitu berbangga dan sentiasa mendabik dada; bahawa mereka mampu berjaya tanpa sokongan dan bantuan kerajaan. 

Sudah terlalu banyak toleransi dan tolak-ansur yang diberikan kepada komuniti Cina di Malaysia. Tapi mereka berterusan berlagak sombong dan angkuh kerana sokongan dan dokongan ahli-ahli politik yang menjadi tunggulan kayu bertaraf antikuiti. Kononnya, mampu melembutkan hati cina Malaysia. Sedangkan majoriti Cina Malaysia sudah kerasukan para dewata sembahan mereka dan hasutan perkauman DAP yang tak pernah diberikan hukuman setimpal. 

Berat sungguh mulut tunggul-tunggul kayu bertaraf antikuiti di Dewan Rakyat yang nampaknya semakin enggan membuka mulut. Mungkin kerana Jin Toncet dalam lampu ajaib Aladdin berada dalam mulut mereka. Jadi mereka bimbang Jin Toncet kabulkan permintaan rakyat pula. 

Ahad, 14 Julai 2013

Satu Kerugian Besar Bagi BN Dalam Isu Akta Hasutan.

Dengarkata, Akta Hasutan di pinda bagi memberi laluan kepada satu Akta lain. Jaminan diberikan bahawa perlindungan kepada empat perkara utama yang dilindungi dalam Akta Hasutan dikekalkan dalam akta baru. Tapi itu bukan isu yang ambe nak menulisnya mengenainya. Ambe nak memberikan pendapat ambe mengenai kesan dan impak kepada BN dalam isu Akta Hasutan. 

Di dalam Perlembagaan jelas menyebutkan Akta Hasutan bagi mencegah kritikan tak berasas kepada status Islam agama persekutuan, institusi Raja-raja berperlembagaan, bahasa Kebangsaan dan hak Istimewa Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak. Akta Hasutan ialah suatu akta perlindungan kepada Perlembagaan. Memindanya atau melakukan apa saja terhadap Akta Hasutan membawa natijah membuang perlindungan kepada Perlembagaan. 

Malah, apabila pindaan di buat ke atas Akta Hasutan, secara tidak langsung peruntukan Perlembagaan 'terpinda' melalui jalan belakang. Dan ini amat merbahayakan. Tanpa disedari satu Konvensyen Perlembagaan baru muncul. Yakni, boleh meminda peruntukan Perlembagaan melalui pindaan kepada akta yang berkaitan. Amalan ini mengatasi pula peruntukan spefisik mengenai pindaan Perlembagaan yang termaktub di dalam Perlembagaan. Ibarat kata pepatah, Keluar Mulur Harimau , Masuk Mulut Naga. 

Walaupun Tony Puah meminta bukti kadar jenayah naik mendadak kerana pemansuhan akta-akta pencegahan dan perlindungan, itu tak bermakna tiada kaitan di antara pemansuhan akta-akta berkenaan dengan kenaikan kadar jenayah. Malah apa yang Tony Pua kata adalah bercanggah dengan apa yang di dakwa oleh Gobind Singh Deo yang beriya-iya mendakwa, kadar jenayah naik bila 2,600 orang penjenayah tegar dibebaskan apabila akta darurat dimansuhkan. Mereka, DAP PKR , jugalah yang mendesak semua akta pencegahan dimansuhkan. Kenapa kini mereka bersikap hipokrit pula?

Adalah merbahaya amalan menjadikan perundangan sebagai 'Cip Tukarganti' bagi mencapai motif-motif politikal. Perundangan berfungsi sebagai peraturan yang mengatur dan mengawal penyalahgunaan kebebasan dan hak individu dengan individu, Serta hubungan di antara kerajaan dengan rakyat. Jika ini dijadikan sebagai 'Cip Tukarganti' dalam manover politikal bagi mencapai apajua motif politikal, perundangan akan kehilangan kedaulatannya. 

Seharusnya kesemua 222 anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta semua anggota-anggota Dewan Perundangan di peringkat negeri-negeri menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan menghormati kedaulatan undang-undang. Dan bukan menjadikan perundangan sebagai bahan komoditi untuk ditukar ganti dalam pasaran ekuiti kuasa politik. Itu sudah lebih la brader , takkan nak menjadikan negara sebagai sebuah negara anarki (tanpa kedaulatan undang-undang) ? ..... ..... ..... ......


Rabu, 26 Jun 2013

Membantah Titah Yang DI Pertuan Agong Adalah Tindakan Political Defiance DAP-PKR,



Apabila Yang Di Pertuan Agong (YDPA) bertitah dalam Parlimen semalam, di atas kapasiti fungsi dan tugas-tugas rasmi di bawah Perkara 53, Bab 1, Bahagian IV Perlembagaan, titah itu adalah arahan rasmi daripada seorang Ketua Utama Negara. Konvensyen Perlembagaan (amalan-amalan kebiasaan dan kelaziman yang diterimapakai tapi tak bertulis) tidak pernah mengatakan titah YDPA perlu diperbahaskan. Sebaliknya, konvensyen Perlembagaan menyebutkan, Menjunjung Titah YDPA. 

Jawatan YDPA adalah sebagai Ketua Utama Negara. YDPA adalah sebahagian penting dari Persekutuan. Tengok dan kaji Perlembagaan. Lihat bagaimana jawatan YDPA di bawah tajuk kecil 'Persekutuan' diletakkan terlebih dahulu dari semua badan-badan Persekutuan yang lain. Majlis Raja-raja adalah sebahagian penting Persekutuan. Realitinya, Persekutuan Malaysia terdiri dari badan-badan Persekutuan seperti berikut:-
  1. YDPA dan Timb YDPA;
  2. Majlis Raja-raja; 
  3. Badan Eksekutif;
  4. Badan Perundangan Persekutuan;
  5. Negeri-negeri;
  6. Badan Kehakiman;
  7. Badan Perkhidmatan Awam;
  8. Suruhanjaya-suruhanjaya;
  9. Suruhanjaya Pilihanraya. 
Jangan ikut teori A Dicey mengenai persekutuan. Kerana Malaysia mengunakan kombinasi semua model-model yang terbaik di dunia. Kita mempunyai sistem dan model tersendiri dan unik. Sistem kita ialah Raja Berperlembagaan dalam kerangka Persekutuan dalam model Parlimen Westminster. Perlembagaan kita tak sama dengan konsep Perlembagaan Di US dan konvensyen Parlimen kita tak sama macam Parlimen Westminster.

Mempertikaikan titah Ketua Utama Negara dan enggan memberikan kerjasama politikal serta patuh kepada Ketua Utama Negara, adalah tindakan Political Defiance DAP-PKR. DAP PKR perlu ingat, selaku anggota Badan Perundangan Persekutuan, semalam mereka sudah mengangkat sumpah jawatan ahli Parlimen. Antara lain disebutkan bahawa mereka akan mempertahankan Perlembagaan. YDPA adalah sebahagian Perlembagaan. Oleh itu mereka wajib patuh dan taat kepada titah YDPA selaku Ketua Utama Negara yang disebutkan di dalam Perlembagaan. 

Kita perlu waspadalah, setiapkali DAP PKR melakukan tindakan Political Defiance, itu kerana mereka mahu melemahkan kuasa-kuasa badan-badan Persekutuan lain untuk mereka menjadi lebih berkuasa dan berada di atas Perlembagaan Malaysia. Motif DAP PKR melakukan tindakan Political Defiance bukan untuk menumbangkan kezaliman dan regim diktaktor, tetapi untuk mereka menjadi sebuah regim diktaktor sepenuhnya. Adalah salah mengatakan jawatan YDPA selaku Ketua Utama Negara bagi Persekutuan adalah amalan feudalis. Ianya adalah amalan Persekutuan Raja Berpelembagaan, cara Malaysia. 

Isnin, 24 Jun 2013

198 Kaedah Political Defiance DAP PKR Untuk Tubuh Regim Anarki & Oligarki Didedahkan.







89 ahli Parlimen DAP PKR PAS lepas ini makan gaji dan elaun buta je la kan. Siap sedia lah untuk DAP PKR PAS lakukan 198 kaedah tersebut sepanjang tempoh lima tahun ini, kan. Kecuali, BN perbaiki kelemahan dan membina kumpulan sokongan yang baru. Yang sokong DAP PKR PAS dalam perkhidmatan awam tu, elok BN pecat sahaja.

Khamis, 13 Jun 2013

MEDIA SOSIAL: Najib Mahu Kawalan Positif & Penguatkuasaan Undang-undang Sedia Ada.



KUALA-LUMPUR: DS Najib menegaskan, beliau tidak akan menguatkuasakan lesen bagi mengawal dan mendisplin portal internet. Sebaliknya, beliau mahu melaksanakan apa yang beliau namakan sebagai Kawalan Positif. Keharmonian Negara, akan dipertahankan melalui penguatkuasaan perundangan sedia ada; sebagai tindakan ke atas mana-mana pihak yang mengapikan kebencian dan sentimen perkauman atau memperlekehkan monarki; dan yang melakukan subversif ke atas demokrasi berparlimen. Beliau mahu mengujudkan suasana harmoni melalui kesedaran tanggungjawab, nilai dan prinsip dalam penulisan di media sosial. Beliau mahu masyarakat menjadi matang dan tidak menyalahgunakan media sosial.

Kawalan Positif.

Ambe amat mengalu-alukan kenyataan DS Najib tersebut. Cuma ambe kurang faham mengenai kaedah dan cara yang di sebut Kawalan Positif. Bagaimana hendak mengawal unsur-unsur negatif dengan positif? Kerana mengikut hukum alam keduanya saling menarik di antara satu sama lain. Dalam matematik pun, bila angka negatif di tambah dengan angka positif, hasilnya adalah negatif. Adakah penasihat DS Najib sekali lagi gagal memahami hukum alam dan logik mudah? Bunyi macam bagus, tapi adakah ianya praktikal dan strategi yang betul?

Penguatkuasaan Perundangan. 

Sejauhmanakah keberkesanaan penguatkuasaan perundangan sedia ada?
Sebelum ini, kita mempunyai ISA dan perundangan darurat, tapi ianya dimansuhkan. Seperti mana yang semua ketahui, mencegah itu lebih baik dari merawat. Akta-kata pencegahan sudah tiada. Yang ada hanya 'Akta' Merawat Luka di hati, yang tak berkesan langsung. Adakah sistem pendakwaan Pejabat Peguam Negara sudah benar-benar berkesan dan efektif ;dalam mendakwa sepantas kilat ; mana-mana pihak yang meniupkan kebencian, sentimen perkauman, memperlekehkan monarki dan menghasut subversif terhadap demokrasi Parlimen?

Pada hari ini kita lihat dan dengar, pihak berkenaan di tahan, di soal siasat dan kemudiannya dilepaskan, Malah ada majistret yang enggan mengeluarkan perintah reman lanjutan. Rakyat tak lupa bagaimana mereka dikecewakan oleh Pejabat Peguam Negara, semasa membuat beribu-ribu laporan polis ke atas perhimpunan BERSIH. Sehingga ke hari ini, masih tiada pendakwaan. Rakyat juga tak lupa mengenai kes SUARAM, yang sehingga ke hari ini. masih lagi tiada pendakwaan daripada Pejabat Peguam Negara. Adakah ini bentuk Kawalan Positif yang dimaksudkan?

Kematangan dan Tidak Menyalahguna Media Sosial. 

Penasihat DS Najib tak boleh mengharap puak anarkis DAP cinabeng dan PKR menjadi matang. Puak sosialis seperti dua puak itu, sentiasa agresif dan melanggar perundangan. Puak sosialis mempromosikan sifat dan sikap anti harmonis dan anarkis. Mereka takkan mengalah dalam tindakan mereka. Mereka anggap mereka adalah agen perubahan (revolusioner) yang tahu segala dan betul belaka. Manakala, pada kepercayaan mereka, puak reaksioner (kerajaan) adalah lembik dan bodoh.

Tak Belajar Dari Sejarah. 

Penasihat DS Najib pada kali ini, memang jelas tak belajar apa-apa dari sejarah negara. Semenjak selepas perang dunia kedua (1945-1948), semua unsur negatif dikalahkan melalui siri peperangan. Kemudian, barulah timbul keamanan dan keharmonian. Di kawal ketat dengan akta-akta pencegahan (Kuasa-kuasa Darurat). Keamanan dan kemakmuran negara selama 21 tahun di bawah Tun Mahahtir, adalah hasil dua darurat. Pihak komunis dan sosialis di tewaskan dan dikalahkan melalui tindakan darurat.

Pada 1969, puak sosialis dan ektrimis (pemberontakan sivil cinabeng) ditumpaskan melalui tindakan darurat. Selama pentadbiran Tun Dr Mahathir, penguatkuasaan undang-undang adalah amat tegas. Tiada kompromi. Kesemua unsur negatif ditundukkan dan dilumpuhkan serta-merta. Sentimen perkauman dan agama benar-benar dipelihara. Kepimpinan Tun Dr Mahahtir dihormati kerana beliau tegas dan no bullshit. Malah, beliau di anggap diktakor dan kuku besi. Realitinya, beliau dihormati dan mana ada cinabeng berani angkat muka.

Kesimpulan.

Kita tak boleh nak nafikan sejarah negara ini, yang menyaksikan pemberontakan sivil dan bersenjata dari kaum cinabeng sejak 1945 - 1969.  Kaum cinabeng kekal dengan dendam kesumat mereka terhadap Melayu. Puak sosialis dan komunis tetap dalam dendam mereka kepada Melayu. Api dendam mereka tak pernah terpadam. Sebab itulah selama ini kita tak pernah tengok pun sekolah vernakular di tutup. Kita menyaksikan bagaimana sejak 1969, puak cinabeng mengamalkan diskriminasi kaum dan rasisma secara pasif-aktif.

Kita tak pernah tengok pun, sebarang usaha dan komitmen, daripada kepimpinan cinabeng, membawa masyarakat cinabeng hidup bersama kaum lain. Mereka tetap menjadi eksklusif. Mereka masih kental dengan jatidiri kecinaan mereka. Mereka tetap tidak mahu mengalah. Mereka tetap enggan melupakan dendam mereka. Mereka tetap mahu Melayu ikut cakap mereka. Mereka tetap tidak menghormati Perlembagaan dan raja-raja Melayu. Mereka tak pernah berubah sikap dan mentaliti kecinaan mereka selama berdekad-dekad.

Menghukum mereka dengan tegas dan mentadbir mereka dengan kepimpinan No-Bullshit , adalah jawapan terbaik. Tak perlu berperang dengan mereka. Cuma, kekalkan ketegasan dan mendidik semula generasi baru cinabeng Malaysia. Amat perlu mendidik semula generasi baru cinabeng. Mereka menjadi suparasis kerana pendidikan di sekolah cinabeng. Jika mereka enggan berubah, mereka perlu di paksa berubah. Paling tidak, mereka perlu di paksa mentaati perundangan negara.  Amat perlu menundukkan pemimpin DAP cinabeng rasis dan anarkis PKR.

Kembalikan semula ISA dan akta pencegahan serta kuasa-kuasa darurat.

Jumaat, 24 Mei 2013

SPR TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS.


Bertemu dengan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar merupakan pengalaman yang tak boleh dilupakan. Beliau seorang yang mudah mesra. Jelas nampak kewibawaan dan pengalaman beliau sebagai orang paling mustahak dalam sebuah Suruhanjaya yang memikul amanah berat dan kepercayaan rakyat. Kata-kata beliau jelas mempaparkan kejujurannya. Pemikirannya kritis dan seorang yang benar-benar menghormati kedaulatan negara. Sifat kebapaan beliau amat jelas terserlah. 

"SPR telahpun membuat laporan polis minggu lepas. Semua bukti-bukti mengenai fitnah-mehnah ke atas SPR telah diperincikan di dalam polis repot tersebut" Katanya sebagai memulakan perbualan santai. 

Apabila di tanya kenapa SPR kelihatan begitu berlembut dengan karenah puak pembangkang, beliau berkata SPR perlu menghormati proses undang-undang negara. SPR tak perlu melatah menurutnya. Sebaliknya SPR akan terus menerus memberikan penerangan yang betul dan tepat kepada masyarakat. Beliau turut melahirkan kekesalan beliau ke atas anak-anak muda yang diperalatkan oleh puak pembangkang. Beliau mengatakan:-
"Saya tak fikir setiap mereka yang pergi berdemonstrasi baju hitam itu baca undang-undang pilihanraya. Tapi disebabkan oleh fitnah, mereka percaya apa sahaja dan menggunakan cybertroober yang tidak bertanggungjawab ini, yang saya panggil sebagai ‘pasukan penyebar fitnah’ ini, berterusan." 
Anak-anak muda ini tak faham ini semua..diracuni fikiran mereka dengan maklumat yang palsu..fitnah.
Berkenaan kempen Black 505, Beliau berkata:-
"Terlalu banyak maklumat-maklumat yang tak betul yang dituduh, yang disebar, yang dicanang oleh mereka yang tak bertanggungjawab semata-mata untuk mengelirukan rakyat generasi muda yang tidak faham, yang tidak ada masa nak membaca undang-undang pilihanraya, yang ada memupuk semangat perasaan benci.."
Mewujudkan satu budaya benci, budaya tidak menghormati undang-undang, tidak menghormati keluhuran perlembagaan dan tidak mahu menerima keputusan pilihanraya yang telah diputuskan oleh rakyat melalui proses demokrasi yang sah.
Rakyat telahpun membuat keputusan dan mereka menolak keputusan pilihanraya. Kawasan yang menang mereka terima, kawasan yang kalah mereka menolak. Ini satu budaya double standard yang sungguh tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.
Dan apabila menang, cepat-cepat mereka angkat sumpah..dan apabila mereka kalah mereka pergi ke jalan raya membantah."
Ini adalah satu budaya politik di bawah sistem demokrasi yang kalau tidak dibendung, kalau kita tidak sama-sama membetulkan pemikiran yang serong ini di kalangan rakyat terutama sekali generasi muda kita yang telah diperalatkan ini, maka masalah akan jadi bertambah besar.
SPR akan terus bertanggungjawab menjalankan pilihanraya..tetapi negara, masyarakat dan kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan akan tercabar. Ini perkara yang pihak-pihak yang berwajib patut fikir secara serius.
Jangan kita benar mereka yang nak mengambil kesempatan ini, yang tolak undang-undang, mengenepikan undang-undang negara ini.
Mengenai laporan polis seorang pemuda Kuantan, Pahang yang mendakwa boleh mengundi dua kali, beliau mengulas:-
Daftar pemilih lah peringkat di mana kita menyekat orang daripada mengundi dua kali.
Polis kena menyiasat aduan dia, macam mana dia boleh masuk undi dua kali..nama dia telah dipotong, kenapa petugas-petugas SPR begitu tidak patuh kepada arahan dan undang-undang sehinggakan beri pula dia kertas undi walhal nama dia telah dipotong.
Kenapa agen-agen dalam bilik mengundi itu semuanya senyap berdiam diri macam kena pukau..budak ini dapat masuk mengundi mengundi dua kali, nama dipotong pun diberikan kertas undi.
Dan dia dapat kertas undi, dia pun terus keluar pergi meninggalkan tempat mengundi dia kata. Dia tak mengundi pun kali kedua, dia bawa keluar kertas undi katanya nak tunjuk yang kononnya boleh mengundi dua kali.
Seksyen 3 bawah akta kesalahan pilihanraya
Orang yang sudah mengundi sekali, dia tidak berhak mengundi sekali lagi.
Tanpa kuasa yang sewajarnya membawa keluar dari tempat mengundi mana-mana kertas undi atau didapati memiliki mana-mana kertas undi di luar sesuatu tempat mengundi.
Apabila disabit kesalahan, ia akan dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjara atau didenda kedua-duanya sekali dan tidak boleh didaftar atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau tidak boleh mengundi dalam mana-mana pilihanraya dalam tempoh lima tahun dari sabitan itu.
Budak di Kuantan ini telah diperalatkan. Dan dia ini sudah menjadi mangsa ataupun menjadi orang yang bersalah di bawah akta kesalahan pilihanraya. Bukan saya kata, dia yang membuat aduan polis.
Polis akan menyiasat sedalam-dalamnya, apabila polis ada kesnya maka polis akan dakwa dia pula yang dia ini sudah menipu hendak mengundi dua kali.
Dan dia juga telah mengaku sendiri melalui aduan polis itu yang dia telah membawa keluar kertas undi.
Kita serah kepada polis menyiasat sedalam-dalamnya. Tapi SPR akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam penyiasatan ini sebab ini satu kes (yang) bagi saya satu kes perundangan yang bagus untuk mendedahkan bahawasanya ada orang cuba nak menipu (atau) nak membuat cerita.
Samada benar atau tidak kata-kata dia, tapi secara dasarnya ia tak masuk akal. 
Memang betul kata Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, puak pembangkang memang banyak menyebarkan fitnah-mehnah yang tak masuk akal. Manakala kecenderungan kebanyakan masyarakat kita ialah mudah percaya khabar angin. 

Rabu, 22 Mei 2013

ADAKAN SEMULA PILIHANRAYA PARLIMEN KUANTAN & DUN TANJUNG LUMPUR- DAP PKR MENIPU.


Heboh pasal satu kes unik dan agak tak masuk akal apabila seorang pemuda berusia 23 tahun, Mohd Fadhli Khaharruddin tampil dengan dakwaan kononnya dia dibenarkan mengundi dua kali di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Kuantan, Pahang. 

Laporan polis mengenai kes itu telah di buat pada hari pengundian 5 Mei 2013 lepas dan semalam 21 Mei 2013 pemuda itu tampil dalam sidang akhbar bersama pemimpin PKR & PAS.

Dalam PRU-13, kerusi Parlimen Kuantan dimenangi oleh Fuziah Salleh dari PKR sementara DUN Tanjung Lumpur tempat di mana pemuda tersebut mengundi turut tersenarai sebagai pengundi pula berjaya dirampas dari BN dan dimenangi calon PAS, Rosli Abdul Jabbar.

Dalam sidang akhbar semalam pemuda itu mendakwa tindakannya cuba mengundi dua kali dilakukan secara spontan dan tanpa perancangan setelah dakwat kekal yang dicalitkan pada jarinya luntur.

"Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama," dakwanya.

"Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan," kata pemuda itu semasa sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur.

Ada sesiapa percaya? Entah bagaimana Fadhli berjaya melepasi tapisan nama oleh ejen tempat mengundi yang terdiri dari PKR, PAS dan BN cukup mencabar minda kita untuk mencari jawapannya. 

Setiap pemilih berdaftar yang hadir untuk mengundi namanya akan disebut kuat supaya ejen parti yang bertanding melakukan pemerikasaan seterusnya memotong namanya sebagai telah mengundi.

Nak dikatakan ketiga-tiga ejen itu berkonspirasi, tidak logik. Atau kesemua ejen tempat mengundi dari pelbagai parti politik itu tidur nyenyak dan gagal melaksanakan amanah yang digalas, pun agak keterlaluan.

Pemuda itu mungkin ikhlas membuat dakwaan tersebut tapi dilihat pada kecenderungannya bersama-sama pemimpin PKR dan PAS dalam 'mendedahkan' perkara tersebut, sudah sah kalau tak PKR tentu saja PAS yang disokongnya. Kalau dia penyokong BN dah tentu calon BN yang kalah di Parlimen Kuantan dan DUN Tanjung Lumpur yang dicarinya, tak gitu?

Dari sudut lain, misal katalah memang berlaku perkara yang di dakwa, jika benar begitu maknanya kemenangan Fuziah di Parlimen Kuantan dan Rosli di DUN Tanjung Lumpur boleh dipersoal dan dipertikaikan.

Maka suka atau tidak, eloklah pengundian semula dilakukan untuk kawasan Parlimen Kuantan dan DUN Tanjung Lumpur, bukan begitu?. 

Sekali lagi, andai benar wujud pengundian dua kali oleh individu yang sama, elok juga kalau kemenangan PR di kawasan-kawasan lain yang melibatkan calon PKR dan PAS di siasat sama seterusnya pengundian semula dilaksanakan bagi memastikan ketelusan.

Manalah tahu kot kegagalan BN menguasai majoriti dua pertiga Parlimen tempohari mempunyai unsur sebegini.


Selasa, 21 Mei 2013

LEBIH BAIK BERGULING ATAS KATIL DARI GULINGKAN KERAJAAN.


PAS, DAP Dah Tolak, Anwar bila lagi?


Sabtu lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Dalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.

Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut. Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP, tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak.

Ini kerana, jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara. Sekali gus, ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas.

Dalam pada itu, dua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP telah menyatakan keterlibatan mereka membantu polis untuk menjalankan siasatan konspirasi tersebut. Tetapi, Anwar Ibrahim masih belum mengambil apa-apa tindakan ataupun pendirian berkenaan perkara ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Menurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan
huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?

Itu adalah gopoh.

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook.

Lim Kit Siang dalam satu temubual dengan Radio Australia juga menolak sebarang bentuk kacau bilau ala Arab Spring dan apa juga bentuk kacau ganggu seumpamanya.

Nampaknya, hanya Anwar yang memang bercita-cita untuk mewujudkan kekacauan dalam negara yang nyata menjadi salah satu agendanya apabila gagal dalam pilihan raya. Mungkin itu merupakan cara beliau untuk menunjukkan protes sehingga menggadaikan keselamatan dan masa depan negara.

Sedarlah bahawa rakyat tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan konspirasi sebegini. Negara yang mengalami konspirasi sebegini tidak pernah aman dan kekal mundur tanpa ada sebarang pembangunan dan itu adalah satu kerugian besar buat negara.

Untuk sedarkan Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang mustahil, namun masih belum terlewat untuk anak-anak muda yang terikut-ikut cara demonstrasi Anwar ini untuk berfikir dengan lebih waras. Jangan sampai terlewat untuk membetulkan keadaan sehingga negara kita berada dalam keadaan yang terumbang-ambing.

Sabtu, 26 Januari 2013

#BMP231 - HILANG FOKUS PENYEBAB UTAMA BAHASA MELAYU GAGAL DIMARTABATKAN,


TAN SRI ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN 

Mengenali Tan Sri Abdul Aziz adalah satu anugerah Allah Ta'ala
 tak ternilai. Tan Sri Abdul Aziz (TSAA) adalah Arkib Hidup negara dan perundangan negara. Sebut sajalah mana-mana peristiwa sejarah, pasti TSAA tak kedekut ilmu dan pengalaman menceritakannya tanpa sebarang prejudis sedikit pun.

Beberapa minit bersama TSAA mampu mengubah seluruh hidup. 
Walaupun sudah berumur hampir 80 tahun , tujuh tahun lebih muda daripada Tun Dr Mahathir, pemikirannya masih tajam dan daya ingatannya begitu fokus dalam satu-satu topik. 

Ideanya jelas. Pertuturannya mudah difahami.
Segala yang disampaikan olehnya secara bersahaja mampu di cerna dengan mudah.

Cukup mudah untuk bersetuju dengan apa yang dituturkan oleh TSAA.

Menyentuh mengenai Artikel 152 dan 153 Perlembagaan, TSAA menceritakan latarbelakang kewujudan kedua artikel itu. Sambil menyentuh mengenai kejayaan Sukarno menyatupadukan Indonesia melalui satu Bahasa satu Bangsa. 

Mengejutkan kerana kewujudan Artikel 152 dan 153 Perlembagaan sememangnya dipersetujui oleh pemimpin MCA dan MIC. Tak sempat nak bertanya kepada TSAA mengenai pendirian LKY mengenai artikel 153 semasa kemasukan Singapura ke dalam Malaysia. Mungkin di artikel lain pula akan dijelaskan mengenainya.

TSAA cukup mengagumi Dato' Onn Jaafar kerana menurut TSAA Dato' Onn berjaya membongkar pelan tindakan British dalam Malayan Union. Kejayaan itu menyebabkan pihak British gagal dalam usahanya untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan British.

Bila di tanya mengenai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mengenai artikel 153, TSAA menjawab dengan mudah "FOKUS TAKDE, KITA ASIK SIBUK MERAYAU MERATA"

Kata-kata TSAA ada kebenarannya.
Masalah sebenar ialah orang Melayu Hilang Fokus.

Bukan salah UMNO semata-mata kerana orang Melayu sendiri mudah hilang fokus. Sepertimana yang sering Tun Dr Mahathir katakan "MELAYU MUDAH LUPA".

Melayu mudah berharap kepada orang lain untuk menjayakan sesuatu. Sepatutnya orang Melayu sendiri berkumpul ramai-ramai menjadi kuat dan menyempurnakan sendiri kuatkuasa hak-hak mereka di dalam Artikel 153. Bukan hanya mengharapkan mana-mana pihak untuk melakukannya. 

TSAA ada menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana pihak mengenai Artikel 153. 

Menurut TSAA, kewujudan Artikel 153 bukan bersifat Rasis dan Perkauman tapi ianya mengenai persetujuan semua etnik mengenai 'Apa yang Melayu ada dan Tak ada" bila dibandingkan dengan etnik lain. 

Kekeliruan mengenai Artikel 153 yang di cipta oleh DAP PKR PAS adalah gimik politik semata-mata tanpa mengambilkira REALITI SEBENAR. 

Agak-agak anda, berani tak puak bangang DAP PKR PAS menyahut DEBAT AWAM MENGENAI ARTIKEL 153?

Selasa, 27 November 2012

EMPAYAR MELAYU ISLAM BERSATU BERHIMPUN !

 

ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAHI WA BARAKATUH kepada semua perwakilan Empayar Melayu Islam Bersatu termasuklah pemerhati, perisik , pelobi, pembodexs tegar, broker kuasa dan penjual 'ubat-ubatan' termasuklah sekelian tok bomoh serta ahlul nujum, jika ada. Syukurlah kerana Empayar Melayu Islam Bersatu masih mampu berhimpun secara beramai-ramai. Masih ada lagi diizinkan Allah Ta'ala menyebut nama Melayu bersekali dengan identiti Islamnya. Sudah 66 tahun Empayar Melayu Islam Bersatu menjadi pemerintah adil dan saksama di bumi bertuah ini. Kebangkitan kali kedua. Tak sesialah pengorbanan tok nenek moyang terdahulu. Bersusah payah mempertahankan hak-hak dan mengumpul harta untuk ditinggalkan kepada anak cucu di kemudian hari. Berbaloilah segala pengorbanan nyawa dan darah para pejuang terdahulu mahu memastikan Empayar Melayu Islam Bersatu terus relevan dan ada sehingga ke akhir zaman. Insya Allahu Ta'ala, Empayar Melayu Islam pada kali ini mampu bertahan melampaui seratus tahun yang mendatang. Biarlah pada kali ini Empayar Melayu Islam Bersatu mampu bertahan selama berabad-abad.

Hari ini sehinggalah 1hb Disember, Empayar Melayu Islam Bersatu akan berhimpun sebelum menghadapi PRU 13. Perwakilan Empayar Melayu Islam Bersatu akan bersuara. Dan suara mereka adalah suara akar umbi rakyat jelata. Hasrat mereka dalah hasrat rakyat jelata. Impian mereka adalah impian rakyat jelata. Harapan mereka adalah harapan rakyat jelata.

Empayar Melayu Islam Bersatu adalah pewaris segala daulah-daulah Islamiyyah terdahulu. Pewaris perjuangan mempertahankan dan mendaulatkan Tauhid. Penjaga kepada keturunan bangsa Melayu Islam. Memelihara warisan Tauhid turun temurun. Empayar Melayu Islam Bersatu ini mempunyai aura keramatnya tersendiri yakni kelebihan yang dikurniakan kepada Melayu Islam kerana mahu bersatupadu.

Pesan Hamba yang fakir ini kepada perwakilan empayar Melayu Islam Bersatu , bulatkan permuafakatan, nekadkan tekad dan perkasakanlah apa yang sepatutnya. Teruskanlah tradisi membela umat Melayu Islam, teruskan perjuangan mempertahankan kedaulatan Empayar Melayu Islam Bersatu, teruskan memelihara keturunan bangsa Melayu Islam Bersatu dan memperkasakan warisan Tauhid empayar Melayu Islam Bersatu waima di keji, di cela, di perlekehkan, di caci, di umpat keji, di fitnah dan di benci oleh para pengkhianat dan musuh empayar Melayu Islam Bersatu. 

Teruskanlah perjuangan di bidang Politik bagi mengekalkan kuasa pemerintahan dan menjadi kerajaan yang disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan. Tanpa Kuasa Politik keturunan bangsa Melayu Islam Bersatu akan diperkotak-katikkan oleh musuh dan para pengkhianat. Jangan biarkan lagi keturunan bangsa Melayu Islam Bersatu di jajah dan terjajah. Kekalkan kemerdekaan dan kebebasan umat Melayu Islam Bersatu.

Teruskanlah perjuangan di bidang Pendidikan berimbang di antara ilmu agama dan ilmu dunia agar anak-anak keturunan bangsa Melayu Islam Bersatu berilmu dan memanafaatkan ilmu mereka untuk kebaikan. Martabatkan Bahasa Melayu menjadi Bahasa Lingua Fanca dan bahasa Ilmu seperti dahulukala. Hidupkan kembali aksara-aksara lontara, Rencong dan Jawi.

Teruskanlah perjuangan di bidang Sosial & Budaya agar warisan kebudayaan dan taraf sosial umat Melayu Islam Bersatu mampu bersaing dan mendapat kemuliaan serta berada di tempat yang teratas dalam hirarki sosial.

Teruskanlah perjuangan di bidang Ekonomi agar umat Melayu Islam Bersatu tidak jatuh miskin dan keluar dari kemiskinan. Agar Kuasa Beli umat Melayu Islam Bersatu tidak lagi dimanipulasi dan di tipu oleh para peniaga. Agar kekayaan dan kemewahan turut dirasai oleh semua umat Melayu Islam Bersatu. Biarlah kekayaan generasi pada hari ini mampu diwarisi sehingga seratus generasi akan datang.

Teruskanlah perjuangan di bidang Agama melaksanakan dan memperkasakan bidang-bidang mualamat dan ibadah menurut sepatutnya. Mempertahankan dan sentiasa memelihara Tauhid. Melaksanakan semua ajaran-ajaran di dalam Al Quran dan hadis. Menjadi 'Khairatun Ummah' yang amat perkasa. Membinasakan segala penyelewengan agama. Menjadikan Islam sebagai Agama yang dihormati dan disenangi. Mengekalkan Islam sebagai Agama Persekutuan melalui polisi dan tauladan pada peribadi pemimpin dan cara berkerajaan yang baik.

Kepada para pejuang dan perwakilan Empayar Melayu Islam Bersatu, MAJULAH DAN TERUS MAJU dan Hamba ucapkan jutaan terimkasih di atas segala pengorbanan anda selama ini. Lakukanlah pengorbanan dua hala dan rakyat akan menyenangi anda serta sanggup mempertaruhkan nyawa dan hartabenda mereka untuk mempertahankan empayar Melayu Islam Bersatu.


Jumaat, 16 November 2012

BILA PAKATAM AHZAB SAMAN BERMAKNA APA YANG ANDA TULIS ITU BETUL.

RIUH RENDAH MENGENAI TINDAKAN DESPERADO PAKATAM AHZAB MENYAMAN PARA BLOGER PRO UMNO/BN YANG SENTIASA MENDEDAHKAN PENYELEWENGAN PAKATAM AHZAB. PALING KUAT MELATAH IALAH KALIPIAH LIM GUAN NENENG aka LIM GOING END KERANA BELIAU BUKAN SEORANG YANG MENGHORMATI HAK KEBEBASAN BERSUARA YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA. BELIAU DI DAKWA SEBAGAI SEORANG YANG AMAT TAKUTKAN  KRITIKAN.
Riuh rendah mengenai perkabaran bahawa seorang bloger tersohor dari Utara dalam tim UMB di bawah Tun Faisal bakal menyertai PKR (Dulu lah dan sekarang tak tahulah). Beliau melakukannya kerana mahu menyelamatkan maruah beliau. Selain itu beliau mahu menyelesaikan kes saman terhadap beliau. Menurut kutipan-kutipan maklumat dari blog-blog grup rasmi pro UMNO lain, beliau telah meminta bantuan perlindungan dan bantuan-bantuan lain untuk menghadapi saman tersebut tetapi dikatakan semua permintaan di tolak mentah-mentah. Sebab-musababnya tiada diketahui secara terperinci. Tapi bukan soal itu yang hendak dikupaskan pada kali ini. Pemfailan saman terhadap bloger tak mesra Pakatam Ahzab hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan. Ada la juga beberapa motif-motif lain yang tersembunyi yang Hamba takkan tuliskan di sini.

Persoalan yang hendak dikupaskan pada kali ini ialah mengenai pra-persediaan kepada mana-mana bloger yang tidak mesra pakatam ahzab bila di saman oleh pakatam ahzab, 

PERTAMA, bila Pakatam Ahzab menyaman anda bermakna tulisan anda adalah betul dan benar. Bagi menyekat maklumat benar dan tepat, Pakatam ahzab akan menyalahgunakan prosiding mahkamah. Tindakan prosiding saman membuktikan DAP cukup gentar dan takutkan kritikan serta kemaraan pejuang-pejuang siber dan alam maya yang tak mesra Pakatam Ahzab.Menyerlahkan lagi sikap hipokrasi para pemimpin DAP yang selama ini mengutuk, mencela serta menghina BN terutama UMNO. Pemimpin DAP sememangnya tidak berhemah langsung dan bersikap kebudakan. Tidak matang berpolitik. 

KEDUA, semasa anda menerima salinan Saman & Penyata Tuntutan daripada mana-mana penghantar saman, jangan terima penyerahan tersebut. Sebaliknya anda biarkan saja serahan Saman dan Penyata Tuntutan itu disempurnakan penyerahannya melalui iklan-iklan di suratkhabar sahaja. Ini akan memakan kos tinggi kepada Pakatam Ahzab.

KETIGA, anda tunggu sahaja PENGHAKIMAN INGKAR KEHADIRAN dan jangan menerima penyerahan PERINTAH tersebut.Pada peringkat ini anda failkan Saman Gantirugi terhadap Pakatam Ahzab kerana menyalahgunakan prosiding mahkamah. Termasuklah memasukkan Permohonan menyekat perlaksanaan Perintah Mahkamah dan mengenepikan Penghakiman Ingkar kehadiran. Proses ini akan memakan masa berbulan-bulan lamanya.

KEEMPAT, anda perlu menghantar NOTIS TUNTUTAN kepada Pakatam ahzab. Sebarang surat-menyurat kepada peguam mereka hendaklah di tulis TANPA PREJUDIS.

KELIMA, buat terjal je dengan Saman Pakatam Ahzab ni. Lawan saja dalam mahkamah dan biarkan mereka hadir ke dalam mahkamah untuk memberikan keterangan secara langsung. Semasa mereka hadir di mahkamah, ambil gambar mereka dan sebarkan.Panggil wartawan hadir.

SELAMAT MENCUBA.
JANGAN TAKUT MAHKAMAH.
MAHKAMAH DAN PARA HAKIM BUKAN MUSUH ANDA.

Isnin, 12 November 2012

BILA CUKAI PINTU DIBAZIRKAN PAKATAM AHZAB SELANGOR UNTUK KEMPEN "ZON BERSIH' & "ZON HIJAU' YANG KARUT.

SALAH SATU CONTOH DI MANA AHLI POLITIK MENJADI TERLALU BODOH DAN EGOIS UNTUK MENGAKUI KEBODOHAN MEREKA SENDIRI DALAM BERPOLITIK.


Malaysia memang menghadapi masalah mempunyai terlalu ramai ahli-ahli politik yang dungu, bodoh dan egois dalam berpolitik. Terlalu sedikit di antara mereka yang mempunyai kecerdasan minda dan jauh sekali mempunyai impak positif kepada rakyat. Kebanyakannya adalah pemusnah dan bukan pembina. 

Ahli politik sepatutnya berkhidmat kepada rakyat dan sentiasa bermanis mulut dan berhati baik waima berlakun sekalipun. 


Mesti pandai berlakon dalam serba serbi. Sebab itulah di pertengahan kerjaya mereka, mereka menghidap pelbagai jenis penyakit pelupa dan mudah nyanyuk serta cepat melatah.

Di penghujung pula mereka selalunya meninggal kerana penyakit-penyakit kronik. Akhirnya mereka hanya di kenang di atas kejahatan yang mereka lakukan. 

Begitulah yang bakal menimpa pemimpin pakatam ahzab. 

Ehh kepada pemimpin UMNO /BN pula? Mereka bukan ahli politik tapi mereka adalah pentadbir-pentadbir yang kadangkala nampak bijak dan selalunya kurang bijak. Tapi dalam situasi di mana kita alami kekurangan akut dalam kepimpinan bijaksana, maka pentadbir-pentadbir yang ada dalam BN adalah pilihan yang terbaik. Sebab kita tak mempunyai pilihan lain. 

Sejak pakatam ahzab tergugat dengan kempen 1 Malaysia yang dilancarkan beberapa tahun lalu, pakatam ahzab turut mengambil pendekatan yang sama melalui kempen ZON HIJAU dan ZON BERSIH. Papaniklan yang membawa mesej-mesej di bawah sedar kepada rakyat. Tapi setakat itulah sahaja kepandaian yang ada pada pakatam ahzab yakni bermain dengan perkataan-perkataan sahaja dan idea-idea yang bertaraf cerita dongeng sang pari-pari.

Bagi pakatam ahzab tindakan mereka adalah betul kerana pentadbir-pentadbir BN melakukan perkara yang sama dalam kempen 1 Malaysia. Di dalam perlumbaan kempen-kempen bersifat bodoh dan bangang ke tahap membingungkan akhirnya Dana Awam menjadi mangsa.

Papan iklan yang dinaikkan oleh Pakatam Ahzab di bawah ini sudah tentulah di bawah kelolaan dan kendalian PBT yang ada. Pada logika akal kita dapat membayangkan perbelanjaan dan kos papan iklan ini di ambil dari kantung perbendaharaan PBT-PBT yang ada. Salah satu sumber utama PBT ialah kutipan Cukai Pintu. 
PEMBAZIRAN NYATA YANG DILAKUKAN PAKATAM AHZAB DI SELANGOR KE ATAS CUKAI-CUKAI PINTU.
Tujuan Cukai Pintu di kutip adalah untuk membiayai segala kos dan perbelanjaan penyelenggaraan harta awam dan perkhidmatan bermutu tinggi kepada rakyat. Malangnya kini Cukai Pintu di anggap wang mak bapak Pakatam Ahzab yang boleh dibelanjakan mengikut sesuka hati mereka.

Apa manafaatnya papan iklan tersebut kepada rakyat? Rakyat tak buta huruf dan rakyat tak boleh manafaatkan papan iklan itu untuk kerja-kerja membersih longkang-longkang dan pengutipan sampah sarap. Pembaziran yang berlaku pula tidak boleh di jana kembali pula. Apa yang boleh dijanakan melalui papan-papan iklan yang tolol seperti itu?

ZON HIJAU - kempen Himpunan Hijau ke Putrajaya.

ZON BERSIH - Kempen lapan tuntutan BERSIH. 

Belum lagi termasuk pelbagai kos dan perbelanjaan yang dibelanjakan oleh Pakatam Ahzab bagi memacakkan bendera-bendera bangang mereka di merata tempat. 

Perlumbaan-perlumbaan seperti inilah yang banyak merugikan rakyat jelata dan membazirkan Dana Awam.

Perkhidmatan yang sepatutnya dinaik taraf dan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik akhirya dibazirkan kepada kempen-kempen tolol kerana ketololan dan keegoan ahli politik sendiri. 

Selagi kita memberikan ruang, peluang dan kuasa kepada kelompok ahli politik tolol dan egois ini selagi itulah kita takkan mampu maju ke hadapan. 

Perlukah anda menaruh harapan kepada mereka yang tolol dan egois seperti kelompok Pakatam Ahzab ?




DEWAN ULAMA PAS TERPAKSA BERKECUALI KERANA TAKUTKAN DAP.

AKU NI KETUA DEWA ULAM PAS ......

Dewan Ulama PAS kin boleh di gelar Dewan Ular Dalam Semak PAS. Tidak layak lagi ahli-ahli dalam Dewan Ulama PAS bergelar ulama kerana mereka tidak berani mempertahankan akidah sebanyak dua kali. Bila Ketua Dewa Ulam PAS menyerahkan penafsiran kenyataan kebebasan beragama oleh Nurul Izzah kepada orangramai pada kali ini, itulah petanda kesemua fitnah mehnah mereka berbalik semula kepada mereka.Ini kali kedua Dewa Ulam PAS gagal mempertahankan akidah Islam kerana takutkan DAP dan PKR. 
Pas serah kepada orang ramai
Oleh RADHUAN HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 11 Nov. - Dewan Ulama Pas hari ini menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung orang Melayu perlu diberi  kebebasan memilih agama.
Ketuanya, Datuk Harun Taib percaya rakyat sudah tahu menilai kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Selain itu, beliau berkata, terserah kepada pertimbangan Nurul Izzah sama ada perlu menarik balik kenyataannya yang penuh kontroversi itu atau tidak.
Tegasnya, hanya Nurul Izzah sendiri yang tahu menilai keperluan untuk menarik balik kenyataan itu atau pun sebaliknya memandangkan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih mengetahui ketepatan sebenar fakta yang diluahkannya.
Jelas Harun, sekiranya Nurul Izzah rasa bersalah atas kesilapan kenyataan yang dinyatakannya tempoh hari, Naib Presiden PKR itu sewajarnya menarik balik kenyataan tersebut bagi mengelak timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121112/dn_03/Pas-serah-kepada-orang-ramai#ixzz2Byxw92DK 
Makin teruk lah pakatam ahzb berpolitik. Berpolitik menuju ke alam barzakh saja.

PAS semakin tak berani nak menengur sekutu mereka samada DAP atau PKR. Budaya seperti ini tidak membantu keseimbangan kuasa politik. Peranan PAS cuma jadi pak angguk sahaja. Tapi kita hendak persalahkan siapa?

Pada 2008 sebahagian besar daripada kita sendiri yang memilih Pakatam Ahzab.

Kerajaan BN yang ada sekarang ini pun terlalu lemah semangat nak ambil sebarang tindakan tegas terhadap perlanggaran perundangan. Kalau ada pun tindakan di ambil ianya dilakukan dengan terlalu berhati-hati. Mereka mejadi terlalu konfiden dalam serba serbi. Dan ini amat merbahayakan kedudukan dan peluang BN untuk menang besar pada PRU 13.

Sebenarnya pada masakini rakyat tidak lagi mampu nak berharap kepada mana-mana parti politik yang sedang menggila mencari pengaruh undi sahaja. 

Kita cuma boleh berharap agar ahli politik cepat sedar dan insaf. 


Ahad, 11 November 2012

MENGEJUTKAN! SETIAP 3 ORANG RAKYAT MALAYSIA SEORANG ADALAH PENGGUNA FESBUK@NajibRazak


Ada beberapa perkara yang anda sebagai pengguna fesbuk perlu tahu dan ambil tahu. Hamba menemui  dengan beberapa malumat yang amat mengejutkan. Pengguna fesbuk di Malaysia adalah yang tertinggi sekali di dunia. Seorang rakyat Malaysia menggunakan fesbuk selama 9 jam sehari! Dan seorang pengguna Malaysia purata mempunyai seramai 233 orang kawan. Seramai 10 juta rakyat Malaysia adalah pengguna fesbuk menjadikan Malaysia di antara 20 buah negara yang paling ramai pengguna fesbuk.Bermakna setiap seorang dari tiga orang rakyat Malaysia adalah pengguna fesbuk! Sesuatu yang amat menakjubkan! Kepada ahli politik yang masih skeptikal mengenai keberkesanan media sosial seperti fesbuk fakta-fakta ini mampu membuka seluas-luasnya minda dan kepala hotak bebal mereka. 

Seperti yang kita ketahui, fesbuk telah membuka dua pejabat urusannya di Asia. Satu di jepun dan satu lagi? Di Malaysia! Di mana? Pejabat fesbuk terletak di Neo Damansara . Pejabat PKR juga bertempat di Damasara tidak jauh dari Neo Damansara.

The Curve Damansara sudah tentu menjadi tempat mereka lepak pada setiap hujung minggu.

Jadi tidak hairanlah kenapa ramai sahabat maya pro BN/UMNO sentiasa menghadapi kebocoran maklumat peribadi kerana kemungkinan besar ada di antara sahabat maya Pakatam Ahzab turut bekerja di situ atau mempunyai rakan taulan yang bekerja di situ. Kita sendiri tidak tahu bagaimana pemantauan oleh SKMM dan SSM ke atas syarikat-syarikat berkenaan. 



Pada 19hb Febuari 2010, fesbuk telah membeli keseluruhan ekuiti sebuah syarikat tempatan OCTAZEN SOLUTIONS. Kenapa? Menurut sumber maklumat TechCrunch (blog) OCTAZEN SOLUTIONS ialah sebuah syarikat tempatan yang begiat cergas dalam kejuruteraan pengumpulan data-data maklumat peribadi melalui media sosial dan emel. Kepakaran mereka mengumpul dan menskrap maklumat2 peribadi pengguna media sosial dari emel serta menerobos masuk ke dalam akaun-akaun pengguna di media sosial tanpa disedari oleh pemilik laman media sosial sudah amat terkenal. Kegiatan ini dikenali sebagai 'Informations and data scrappers". 
“Facebook just bought the web’s most talented and creative scrapers that have gotten around everyones rate limits and detection systems.” Said another person we spoke with this evening who is knowledgeable of Octazen’s product, 
“Facebook is so sanctimonious about protecting their own user data through Facebook Connect, but Octazen has been scraping user data for years off terms of service and then reselling it.”
One example – Octazen will sometimes collect and store user credentials directly, and sign into large social networks and other sites as if they were the user, say multiple sources. Then they’ll download the address book and social graph. A percentage of your friends on that service might be users of the service (now Facebook) paying Octazen, and you’ll be asked to friend them. But there’s a big question about what happens to the rest of the data as well, and if Octazen is storing a shadow social network in violation of terms of service to recommend user connections down the road. And they may look deeper at data than they should – at email header information, for example, to get a better understanding of who you communicate with the most.
But the most unnerving part of Octazen, say our sources, is the fact that they are very, very good at scraping data at scale without being detected. They may hit a service using lots of different IP addresses, for example, and remain undetected. Octazen could, they say, scrape very public sites like Twitter, where the social graph is on each profile, in a way that Twitter wouldn’t know it’s happening.
In 2007, for example, People were buying and running Octazen scripts to scrape contacts in a very sketchy way: So we use this toolkit from Octazen to scrape contact lists off of various sites. Our ever eager users (ab)used this feature so much that hotmail blocked us.” The poster found a way to access Hotmail’s API instead of just scraping to get the data, and Octazen responded, saying “Very nice indeed”
Produk OCTAZEN SOLUTIONS ialah seperti yang dinyatakan oleh da sumber di atas yakni melakukan kerja-kerja mengaut data-data pengguna tanpa fesbuk sedari. OCTAZEN SOLUTIONS juga menjual produk tersebut yakni Skrip Octazen

Jika diperhatikan maklumat di atas jelas lah kenapa BN boleh kalah teruk pada 2008! Kerana kesemua data pengguna internet di Malaysia sudah di korek dan di skrap mengguna Skrip Octazen. Termasuklah segala kandungan emel-emel kepada jentera-jentera pilihanraya.


Juga tidak hairanlah data-data maklumat pengguna-pengguna fesbuk yang pro UMNO/BN sentiasa bocor kerana pihak Pakatam Ahzab lebih 'advanced' dan maju dari mana-mana grup sahabat maya pro UMNO/BN dalam bab membeli toolkit dan sebagainya bagi mengorek data-data peribadi dan maklumat peribadi.

Kita juga ingin tahulah apa pegawai-pegawai SKMM dan SSM akan lakukan tindakan selepas ini? 

Mengambil dan mengskrap data-data maklumat peribadi adalah satu kesalahan jenayah siber dan tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka yang melakukannya. Ini adalah peluang terbaik bagi SKMM dan SSM mengambil tindakan ke atas penyangak-penyangak siber yang selama ini bekerja bagi pihak Pakatam Ahzab. Perlu dilakukan segera agar dapat memastikan kemenangan BN pada PRU 13 nanti!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...