Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

MEE REBUS MY BFF

Hari ini JY ingin nak makan Mee Rebus. Mee Rebus lagi. Dalam posting saya sebelum-sebelum ini, saya kata 'leceh nak buat mee rebus ni'. Tetapi saya teringat satu resepi Mee Rebus pemberian BFF saya.Saya rasa resepi dia mudah dan sedap Saya called BFF saya untuk semak semula bahan-bahan yang diperlukan  dan cara membuatnya.. Pada saya bahan-bahan mee rebus sama :Mee kuning, taugeh,tauhu, cili hijau, cili merah, daun sup, daun bawang telur rebus, terpulang kepada cita rasa masing-masing.Yang berbeza ialah kuahnya. 
Jom kita ikuti bahan dan cara memasak Kuah MEE REBUS MY BFF (dengan kebenaran beliau terlebih dahulu):
Tumis cili boh sahaja dengan garam. Banyak mana cili , ikut rasa kepedasan masing-masing. Tumis hingga garing, Kemudian, masukkan stok tulang ayam/daging hingga didih. Nak buat stok daging sahaja pun boleh. Kalau daging sahaja, keluar kan daging bila dah lembut dan hiris nipis. Boleh masuk sekali ke dalam kuah stok tadi atau sebagai hiasan/'garnish' mee rebus nanti.Didihkan kuah tadi. Sudah tu,masukkan pula 2 atau 3 senduk kuah, sos tomato. Kacau. Last sekali masukkan 5 hingg 6 'smashed' (lenyek/ blended) ubi kentang rebus. Saya guna 'russet' potatoes sebab ia cepat empuk. Kacau rata hingga kuah mendidih. Api biar perlahan. Jangan lupa rasa garamnya,


MEE REBUS MY BFF
Itulah imej mee rebus saya  masak sebentar tadi.  Saya tak sempat nak hias dengan bawang gorenglah, telur rebus lah, cili merah lah ,  dsbnya ......sebab kelaparan :)
Ini betul Mee Rebus tulen, bukan Mee Kari. 
Mee Kari ada serbuk kari!!!

Bila dah sedia nak makan,  JY kata "Apasal kuahnya merah-merah"
Saya: Ini lah mee rebus
JY: Bukan kuah mee rebus putih?
Saya: lah.....itu Mee Sup!!

Salah faham , salah faham ;-)

Mee Rebus (pantai timur)=Mee Sup (orang Melaka)
Mee Kari (pantai timur)   =Mee Rebus (orang Melaka)


Apa-apa pun, nampak En Abang JY makan bertambah. Oh, sudah tentu,ada iringan hirisan cili padi sama kicap.
Terima kasih my BFF. Semoga Allah SWT memberkati. 


SINGGANG TENGKUJUH





Musim banjir, Musim tengkujuh. Apa lauk yang sesuai kalau tidak singgang ikan. Saya masak singgang  tenggiri. Mudah masak lauk ini. Ringkas. Main campak-canpak aje bahan. Singgang perlukan

2 atau 3 keping ikan tenggiri
2 btg serai dititik
5 keping asam gelugor
1 biji cili hijau (belah 2)
1 biji cili  merah (belah 2) saya tak guna sebab stok tak de
1 biji bawang besar hiris tebal
beberap cili api diketuk
4 ulas bawang putih diketuk
1/2 " halia, dititik
1/2" kunyit hidup, hiris dan titik
1/2" lengkuas, diketuk
air secukupnya
garam secukup rasa

Dalam periuk, masukkan bawang besar, serai, lengkuas,halia, bawang putih, kunyit, air. Kacau rata masak hingga didih. Masukkan ikan dan asam gelugur.Masak dengan api sederhana hingga ikan masak. .Tambah cili merah,cili hijau, dan  cili api dan garam,. Boleh juga masuk sedikit gula. Masak sekejap.
Ringkas, bukan?

Singgang popular di Pantai Timur. Ikan yang selalu digunakan ialah ikan tongkol/akan aye. Bukan semua  gemar singgang, Alasannya,  macam masakan orang sakit, Memang betul,singgang pembuka selera untuk orang demam. JY sangat suka singgang. Boleh dihirup kuahnya macam sup.
Jom, masak singgang!



RESEPI AGAR-AGAR ROTI

Resepi ini sebenarnya saya ambil daripada laman-laman resepi di google. Ambil sana sini dan ubahsuai, Mudah membuatnya. 

Ambil 4 keping roti, Kulit tepinya nak dibuang boleh, tak dibuang tak mengapa. Kalau dibuang, bancuhan nampak putih, kalau tidak , bancuhan ke 'cokelatan 'sikit .Hi Hi...
 Carik-carikkan roti tadi, koyak-koyakkan. Masuk ke dalam mangkuk. Tuangkan lebih kurang 1/2 cawan susu cair ke atas roti. Rendam roti hingga kembang. Kemudian ambil sebiji telur, pukul-pukul telur sebentar dan masukkan ke dalam rendaman roti tadi. Biarkan hingga betul-betul kembang.
Sementara itu rebus 1/2 paket agar-agar tali dengan 5 cawan air. (boleh juga guna agar-agar serbuk) Rebus hingga agar-agar hancur, Bila dah hancur, masukkan sesenduk dua gula. (ikut rasa kemanisan masing-masing). Bubuh setitik esen vanilla atau  sehelai daun pandan. Rebus hingga gula larut. Jangan lupa juga sediakan pewarna untuk kita buat pelangi. Sediakan juga mangkuk-mangkuk untuk bancuhan yang akan diwarnakan nanti.
Beralih kepada rendaman roti tadi. Kalau suka boleh tambah 2  sudu besar susu pekat. Kalau nak rasa manis agar-agar nanti.Rendaman roti tadi diblend. Blend, blend, blend sampai bancuhan halus tak ada 'residue' atau hampas roti. Bancuhan bersatu. Kalau ada sisa-sisa roti yang tak hancur, elok ditapis, Ambil yang 'pure,' tak ada hampas roti. Masukkan bancuhan yang telah diblend.(dan ditapis) ke dalam periuk agar-aga tadi . Kacau, kacau, kacau hingga  bancuhan agar-agar dan roti menggelegak. Sudah itu, asingkan agar-agar tadi ke dalam tiga mangkuk. Tak semesti tiga, dua boleh, empat boleh. Ikut kreativiti kita. Setiap satu mangkuk, titiskan setitik pewarna. Satu bancuhan merah, yang lain hijau ke, kuning ke.....warna ikut kita. Ambil acuan agar-agar atau loyang. Tuangkan satu warna bancuhan diikuti dengan bancuhan warna lain. Tak perlu tunggu agar-agar keras. Habis semua, ketepikan sebelum disejukkan dalam 'fridge'

Dengan mengikut cara yang  sama, kita boleh ganti warna pelangi dengan milo.Jadilah dia agar-agar roti milo. ha ha.......senangkan.

Pn MM@Nanie....bolehlah mencuba agar-agar roti ni ye......jangan terlebih air, jadi puding agar-agar...



AGAR-AGAR ROTI PELANGI

Ada beberapa keping roti dalam freezer.
Selalu buat agar-agar roti milo berbagai design..
Biar jari-jari berjalan
Jalan-jalan cari resepi 
Pilih resepi yang mudah, tak banyak 'cerita'

Jalan punya jalan, di 'taman agar-agar roti'
Lalu terjumpalah beberapa laman yang memberi ilham.
Semua memberi cara membuat yang sama, mengguna bahan yang sama.
Tetapi saya ubahsuai,
Tak guna susu manis, hanya susu cair'
tak buang 'kulit' roti 
(ambil semua, jangan membazir)
Fotonya pun
Cam comel je, cam senang je....

Lalu ini lah hasilnya.
Oooops terlebih air pula.
Jadilah puding agar-agar roti pelangi.
Rasa?
Manis? Tawar? Manis buah?
Juri yang baru balik opis rasa...
Okey, sedap....
rajin alang buat agar-agar.


Puding agar-agar roti ku
Terima kasih kepada penyumbang di En Google


NASI GORENG UDANG

Masih lagi hendak berkongsi mengenai 'food, glorious food'. Tetapi cerita makanan saya selalu yang mudah dan senang. Kali ini saya nak kongsi masak nasi goreng udang. Selalu bila nak masak nasi goreng saya ikut cara 'turun temurun', goreng  hirisan bawang, perencah ikan bilis ke, udang ke........dan seterusnya nasi yang telah dileraikan. Kali ini saya cuba alternatif lain. Nasi Goreng Udang saya kali ini ikut salah satu resepi dalam, Myresepi.com dengan pengubahsuaian.

NASI UDANG GORENG, SEDAP DAN MUDAH
Sumber: Myresepi.com
 Ini bahan-bahan yang saya sediakan. Banyaknya bahan ikut masing-masing. Ini untuk seorang.
 Hi Hi


Cara memasak:
1. Lerai-leraikan nasi, jangan ada yang berketul. Saya tambah garam halus. Gaul rata bersama nasi.   Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan goreng telur dahulu. Hancur-hancurkan. Angkat dan letakkan  di atas nasi. Ketepikan dulu.
3. Dalam kuali yang sama, panaskan minyak sikit dan goreng udang  yang telah dilumur dengan sedikit garam. Goreng sampai keluar air udangnya. Angkat dan letakkan atas nasi tadi. Ketepikan dulu.
4. Dalam kuali yang sama, tambah sedikit minyak, panaskan dan goreng hirisan bawang. Bila naik bau dan garing sedikit, masukkan hirisan  cili.. Ikut kita nak cili merah ke bersama cili hijau (beri warna pada nasi). Nak masuk hirisan cili api ke. Atapun masuk cili giling. Itu cita rasa masing-masing. Goreng sampai garing sedikit.
5.  Pastu, masukkan sayur...sawi ke, mixed vege ke...ikutlah. Gaul rata. Nak masuk kicap sikit pun boleh (nak lembutkan sayur)
6.  :Kemudian masukkan nasi tadi bersama-sama telur dan udang yang telah kita sekalikan tadi.
7.  Terus menggoreng dan gaul rata. Saya tak masuk perasa nasi goreng (seperti yang dicadangkan dalam Myresepi.com).  Gaul sekejap dan terus tutup api. Jangan lupa rasa garam, ye.
8. Siapa untuk hidangan. Tabur hirisan daun sup, jika suka.


Mudahkan masak nasi goreng.......

Impressive Burger Making Skills!



Hebat ! Banyak guna telur tetapi dah cuci belum telur-telur tu, abang burger?

Pucuk Paku n tempeh

Salam sejahtera semua.
Setiap hari hujan.
Kalau tak pagi, petang atau malam.
Pokok-pokok tak perlu siram.
Kain di jemuran...
Jemur pagi waktu matahari terik,
Tiba-tiba..cuaca berubah
Hujan...
Meluru ke luar, cepat-cepat,
nanti kain yang sudah kering ,
basah semula.
Musim hujan, tentu banyak banyak sayur pucuk paku
(di pasar le).
Mari kita masak gulai pucuk paku,
Lama tak makan gulai pucuk paku dengan perencah udang.
RM2.00 seikat. Hmmm...
Tempeh dari Tjg Malim pun ada.
Moh kita goreng tempeh, campur kentang dan ikan bilis
Kita buat sambal goreng cili hidup.
Cili hidup, merah dan besar aje harap,
tapi tak pedas pun!.

Gulai pucuk paku dan sambal goreng tempeh(+ kentang n ikan bilis)
Bagi mereka tak suka lauk-lauk tadi,
kita beli aje ikan goreng kunyit.
(sebenarnya, malas nak menyiang ikan!!)
Gulai pucuk paku kalau tak habis
Esok pagi kita keringkan (macam rendang)
makan dengan nasi goreng..
Sedaaaaap.
Cuba try!


Sarapan: cucur jagung tin

Semalam dah masak bubur jagung untuk minum petang. Apakata kita buat pula cucur jagung untuk sarapan pagi ini. Ada jagung tin Adabi, tepung, ada ikan bilis, bawang merah, cili merah. Cukuplah.

Mudah buatnya. Sukatan main agak aje. Kalau ada daun bawang lagi naik colour cucur.  Makanlah dengan sos tomato campur sos cili.
Oh yes, hari ini birthday si dia, cucu nek lang, si bujang, di Melaka. Dia suka cucur stau cengkodok tepung begitu saje. Happy birthday to you. Selamat menyambut harijadi ke 10 tahun. Dah besar dah cucu nek lang.Semoga sihat dan dipanjangkan umur serta murah rezki. Ameen. Ingat apa pesan nek lang, ye. Nanti kita buat cengkodok sama-sama ye. Tok Lang nak rasa nasi goreng encik iddin , boleh? Kak Nana pun kirim ucapan 'Happy Birthday Iddin'

bersama tok lang bersihkan basikal tak  lipat

Raya AidilAdha: Bila Nek Lang masak

Dia jarang masak. Kalau masak pun yang simple , yang basic, yang tak banyak kerenah dan leceh nak itu dan ini. Kadang-kadang, dia blogwalking until dapatkan ilham nak masak apa hari itu. Ada juga buka buku resepi.  Ada masa dia malas masak. Tapau aje dari warung. Atau makan di kedai aje.

Jadi bila masak sesuatu yang special, riuhlah sekampung. Raya AidilAdha yang baru lalu, dia telah ditugaskan untuk masak. Nak masak apa? Nasi Bukhari!!!. Alahai, itulah satu-satu masakan special yang dia tahu. Raya AidilAdha kan disambut sederhana sahaja. Maka tak ada ketupat, tak ada rendang. Jadi Nasi Bukhari jadi pilihan.

"Nek Lang kena bangun pagi-pagilah, macam mamim nak masak nasi bukhari' kata si Iman.
"No. balik solat baru masak", jawab dia.
You see, Mummy si Iman inilah yang selalu bertungkuslumus didapur pagi-pagi raya untuk masak hidangan istimewa.raya. Kali ni dia relaks. Ada pengganti.

Tapi breakfast (late onem after solat sunat Raya) nak makan apa? Takkan nak tunggu yengahari?

So, pagi-pagi. 4.00 pagi. semasa  yang lain masih sedap berselimut, dia telah bangun untuk menjalankan tugas.Malam sebelumnya dia telah siap bahan-bahan Nasi Bukhari.

Mulalah dia masak. Buka tingkap di dapur untuk keluarkan bau harum bukhari. Lebih kurang jam 5.30 siap masak. Bila MsHart bangun, dia bersuara" Wah, bau wangi. First time Ati tak bangun pagi Raya untuk masak!'

Rupanya news dia masak dah sampai kepada  mereka yang terdekat. Bila Nek Lang masak, satu yang luar jangkaan.  Maka riuhlah di rumah BC pagi Raya Aidil Adha semalam, macam Raya Aidil Fitri!!!
 Nak rasa air tangan Nek Lang. Terasa malu pula diri ini!

 Nasi Bukhari resepi A passion for food
 Lauk Ayam Bukhari
 Jemput makan, pelawa Iddin
  Penyeri meja, kek pelangi, special request from MsHart, Chocolate Chips, fav budak-budak,
Siapa yang buat kalau bukan Ngah, . Yang merah dalam gelas tu, Jelly Kelapa,  teka siapa buat??? Yang hujung tu chocolate cupcakes, pemberian orang. Ada juga Norli SIL Mshart beri ketupat, kuah lodeh serta rendang ayam dan sambal tumis udang.

 Maka 'menjadi' lah raya AidilAdha kami tahun ini.
Kepada yang menjadi 'tester' masakan raya ini, terima kasih. Alhamdulillah...


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1433H

Roti tampal, roti berinti

Roti tampal
mudah buatnya
dadar dalam kuali adunan hirisan bawang (nak cili / sardin pun sedap) bersama telur
kemudian tampal roti pada dadar telur bawang tadi
Ambil masa tak sampai 5 minit, siap, terus makan panas-panas.
Nak makan bersama sos tomato pun sedap/
Roti berinti
berinti kacang merah.
Siapa yang buatnya kalau bukan peminat buat roti di rumah BC
mengambil masa juga nak dapat roti berinti kacang merah
Ada seni membuatnya, kalau tidak tak jadi macam ni.
Nampak sedapkan?
Ini rupanya roti kacang merah
Lembut dan manis.
Sedap.
Kalau rajin dan berminat semua jadi, 'kan?


Dah siap dah

Apa yang dah siap ye?

Eee, hebatnya bangunan ini. Dah siap dah!

Letaknya di seberang jambatan dekat  bangunan Aeon Pringgit


Inilah dia Apartment Yayasan Melaka,
atau Apartment Pelajar di Jalan Tun Ali.
Bangunan yang didirikan di 'depan' mata (saya agak 2008) telah siap untuk disewa
Ia memberi kemudahan tempat tinggal pelajar-pelajar
UITM Kampus Bandaraya Melaka serta  pelajar-pelajar IPT yang lain.
Satu lagi mercu tanda Bandaraya Melaka
Ikon baru mencerminkan kepesatan pembangunan di negeri Hang Tuah.
 Bila saya terpandang aje bangunan ini teringat saya negara jiran kita!
Eh. saya berada di sana ke?
Yang ini pun dah siap
ROTI......ROTI
panas, panas
Fresh from the oven!!!!
Kakak saya yang minat baking, baking
buat roti bun berinti kelapa.
Untuk siapa???
Ada lah makcik dan kakcik order
Lain kali buat roti berinti kacang merah pula ye, kak N?
Ngah, buat roti manis, ada 'orang' tu minta.
Hai sebenarnya kakak saya ini kerja-kerja hobi dia ikut musim.
Sekarang musim buat roti
Jangan marah ye Nek Ngah,
Nek Ngah memang serba boleh

Hujan lebat di Melaka sekarang.
Apa macam?
Musim hujan dah tiba....
Dah siap payung??

Mee + Betik

Hidangan petang/malam  ini

Mee Mamak Cik Yah
senang rupanya buat mee mamak .
Selalu order 'mee mamak satu'
(jangan selalu, jaga kolestrol)
sekarang tak payah beli.
goreng aje  sendiri.
Terima kasih Cik Yah.

Agar-agar betik/papaya bondaku
Resepi arwah mak.
Resepi kitarsemula lebihan betik
Yang penatnya,
bila dah masak,harus dikacau-kacau
hingga hanpir sejuk.
Kalau tidak isi betik
(yang telah dilenyek, hancur)
terbenam .

.Dah jadi agar-agar betik berlapis pula!

Berjimatlah

Dari  restoren D'Cawan

Kalau suami tiada di rumah

Mee Bandung Muar                         RM3.50  (untuk makan petang)
Seekor ikan kerisi  saiz S                 RM 3.50  (untuk makan tengahari bersama nasi)
Setengah keping ikan tenggiri         RM 3.00  (tak jadi makan, simpan dalam fridge)
RM10.00????
Dalam hati.....eee..mahalnya. Tiba-tiba terbayang mereka yang berkeluarga besar... dan pendapatan tak seberapa.

Esok pagi......ikan tenggiri ku jadikan bahan Nasi Goreng Ikan.


Dari  D'Oasis pula
Nasi Dagang                                            RM5.00           (untuk brunch, breakfast lewat)
Singgang Ikan tongkol (ikan aye)           RM10.00          (kesukaan JY)
Gulai Ikan Patin                                       RM10.00         (saya suka ikan patin)

Wow!! RM25.00!!
Yang habisnya, nasi dagang, ikan patin sekeping, and the rest masuk fridge. Sebab? Ada orang tu bawa balik kari kepala ikan lagi!  Kari kepala ikan mengatasi singgang!!

Nasi Dagang Oasis, best tau

Untuk makan tengahari hari ini, saya nak masak mee sup, guna mee lidi. Mee lidi ialah mee kering yang tak menggunakan kapur.
.Bahan-bahan dah siap, blog dulu!
Untuk makluman  Cawan dan Oasis, dua buah restoren di Kuantan, hampir dengan rumah saya.

Lempeng Pekak Kak Rose

Anda suka lempeng (awas, bukan lempang!).. Ada macam-macam resepi membuat lempeng. Ada lempeng pisang, lempen kelapa (orang di Pahang  kata 'lempeng nyiur'), lempeng biasa-biasa . Pernah tak  anda dengar Lempeng Pekak ?
Lempeng Pekak KakRose.

Nampak memang simple 'as easy as ABC'. Kak Rose pun tak tahu mengapa  'pekak' .
Untuk sarapan pagi Jumaat, saya tak sabar-sabar nak buat lempeng yang mudah ini.
Tetapi ukuran cawan saya ialah cawan periuk nasi untuk 2 orang itu, Cawan kecil dan comel. Jadi satu cawan comel tepung gandum di tambah air satu cawan setengah, sedikit garam. Tengoklah adunan tak pekat dan tak cair.Putar atau kacau hingga adunan sebati. Biarkan lebih kurang 10 min. Sambil tunggu ia sebati dan mengembang, buatlah sambal tumis ikan bilis. (Sedap dimakan dengan sambal tumis) Sudah masak sambil tumis, panaskan kuali leper. Lenserkan minyak masak pada kuali, biarkan ia  panas sebentar. Lalu ambil satu senduk adunan tepung dan lenser  atas kuali panas tadi. Bulatkan biar sama rata.Bila dia ada'bubble' dan tepi keras,, terbalikkan. Nampak dah kuning keemasan  , lipat dua atau biarkan dia sekeping-sekeping.Nah...dah siap Lempeng Pekak Kak Rose . Untuk sukatan cawan comel tu, dapatlah 3 keping.


Makan 2 keping dah kenyang, tak pekak pun!
Oh, saya jumpa Kak Rose  di 'rumah'  KakJee.
Terima kasih Kak Rose.





Paprik ke Kari

Hari ini rasa-rasa nak makan nasi paprik, kata JY.  Sebenarnya, JY sedang beransur pulih daripada 'bencana badan' (pinjam istilah Prof MKI dalam ceramah Motivasi pagi  Ahad yang lalu).
.
.
Okey....bahan-bahan  untuk paprik ada kecuali serai,daun limau purut, buncis,cili api, sos tiram.
Sementara dia  ke T***s M***a untuk dapatkan bahan tersebut, saya pun siap-siaplah bahan yang ada...potong kecil daging ayam, bersihkan udang,hiris bawang besar, ketuk bawang putih, hiris karet, bunga kubis, buah tomato. Siap sedia sos tomato, sos cili. Bakar belacan.Nasi paprik sedap kalau ada sambal belacan. Masak nasi.

...tunggu.....

Balik aje dia...nampak ada kari kepala ikan dan masak lemak putih daun turi. Bahan-bahan yang disenaraikan ada juga (ada tambahan sayur lain lagi yang tak ada dalam senarai). Roti canai segera pun ada.
.
.
'Nampak kari kepala ikan, teringin pula. Simpan ajelah bahan-bahan paprik tu, Esok masak'.
SYMP...... mereka di jabatan kerajaan taulah..SYMP apa dia.
Selamat masak :)
.
.
.
.
Memang sedap  kari kepala ikan Pak Sheikh. Menyengat sedapnya. Itu sebab lauk ini popular di warung beliau. Lebih sedap daripada paprik. Tapi saya tak boleh masak sesedap masakan Siti anak Pak Sheikh. Tak pandai. Masak lemak turinya pun sedap. Oh,..sambal belacan mesti ada.
.
.
Esok breakfast roti canai dengan kari. Kepala ikan dah habis. Tinggal kuah aje.
Kari kalau simpan bermalam, sedaaaap!!!!
.
Paprik? Esok aje lah. InsyaAllah, khuatir tukar menu lagi.

Bila tiba Hari Raya

Ada ketupat

Ada kuih raya  (air sarsi 'oren.ais krim soda'Long Chan' kini popular di Melaka)

Ada lauk pauk special Hari Raya

Sesi bergambar raya. Ada 'missing' people

Sempat ke Muar, nak rasa masak asam pedas orang Muor di Jalan Joned


Antara saudara mara yang  datang beraya, datang dari KL

Tidak ketinggalan kawan-kawan, calon-calon UPSR!!!

serta jiran tetangga, tunggu 'order' lah tu.

 Rakan sepejabat pun turut merayakan. Antaranya

Saya belum ke mana-mana lagi, 
  tunggu nak raya pusingan ke dua di bulan Syawal.

Bagaimana dengan hari raya anda?


Sambal belacan binjai

Musim buah binjai datang lagi. Di Pasar Besar Melaka, harga sekilo binjai, RM10.00. Ada yang masam,ada yang manis.Yang masam kita boleh buat sambal belacan. Yang manis, boleh dimakan begitu sahaja,

Untuk buat sambal belacan binjai, cuma bakar belacan (saya guna belacan Melaka lah), Kemudian tumbuk dengan beberapa biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing), masukkan sedikit gula pasir.(garam tak masuk sebab belacan dah masin).Bila dah lumat, masukkan isi buah binjai. yang telah dibuang kulit..Tumbuk sambil lenyek-lenyek binjai bersama sambal. Gaul rata. 


Ada cara lain buat sambal binjai ni. 
Hiris beberap keping binjai. Jangan buang kulit. Jerukkan.Bila  jeruk binjai sedia dimakan, tumbuk cili (merah atau cili padi)bersama belacan bakar. . Ambil beberap keping binjai jeruk. Letak atas pinggan. Tabur sedikit gula. Sambal belacan letak di samping jeruk tadi.
Bila nak makan 'colet ' sambal tadi dengan binjai jeruk.
 Sudah tentu makan dengan nasi putih. Sedap lagi kalau ada ulam!

Masalah!!!
Buah binjai elok di 'sambal' kan cepat-cepat!
Buah binjai berbau 'harum'menyusuk hidung (macam durian juga!!!)
Kalau simpan dalam peti ais, satu peti boleh berbau.

Macam mana?
Sambal belacan binjai pembuka selera!



Pijau cili

 Sambal belacan cili api, satu kemestian masa makan nasi.
Tangan kiri pegang cili. Tangan kanan pegang pisau. Cili dibelah dua, dan dikuis-kuiskan bijinya.
Mengapa buang biji? Tahu-tahulah kalau banyak sangat bijinya , mana lah tau tersangkut dalam usus. Lain pula ceritanya. 
Pegang cili,Tentukan akan terasa pijau (sebutann Melaka untuk 'pijar').Tak pe sikit aje. Selalu akan reda cepat panasnya.

Jam 1.00 pm. Tangan kiri mula terasa hangat, panas bagai dicucuk jarum.
Oh, tidak! Tangan kiri dah pijau. Panas amat-amat. Tak pernah rasa pijau begini. Mula gelabah. Tak selesa.
Kipas, tiup..tak turun kepanasan.
Rendam dalam beras. Nak sejuk. Tak juga reda.
Rendam dengan air batu. Waktu rendam tu okeylah sejuk. Bila keluar.....panas semula.
Balut tangan kiri dengan tuala basah. Tak  juga hilang.
Sapu dengan minyak masak. Tak berkesan. Masih panas.
Cari  lotion. Sapu pada tangan. Pun tak reda.
Mulalah tangan terkapai-kapai menahan sakit, sambil mohon pertolonganNya.
Apa kata rendam dalam air panas. Hai, berrtambah panas.Tak boleh tahan, Nak menangis pun ada.

Cuba google cari penyelesain. Tentu ada petua!
Ha, macam-macam petua untuk mereda atau menghilangkan pijau cili,  timbul.
Cuba yang ini.Sapu gula, gesek-gesekkan ke seluruh tangan, juga antara celah-celah jari. Kemudian bilas dengan air bersih. Okey, cuba.....Tak mujarab.
Cari lagi.....sapu, lumur, gesek-gesek  dengan garam halus, biarkan sebentar. Kemudian baru cuci bersih.
Aduh! Pedihnya!!!
Tapi....Alhamdulillah, berkesan.....pijau cili mulai reda,,,, hilang.
Rupanya kena cuba setiap satu petua untuk mendapatkan mana satu yang sesuai untuk kulit tangan kita.

3 jam saya merana tangan kiri pijau dek nak buang biji cili api.
 Sambal belacan punya pasal!!!
Lain kali terpaksa guna sarung tangan kalau pegang cili (cili api)

Agaknya apa hubungan garam dengan asid cili yang boleh melegakan rasa pijau, ye?

Buah cempedak di luar pagar

Betul ni!
Bila balik dari Tesco pagi tadi, saya ternampak satu beg plastik tersangkut di luar pagar. Apa benda lah ni, Siapalah yang sangkut beg ni di sini.

Bila dibuka beg plastik, ada 3 biji buah cempedak. Siapalah yang beri ni. Tentu salah seorang sahabat kakak.
Baunya .....menawan. Tak boleh bawa masuk rumah, nanti habis satu rumah berbau cempedak.

 Nak buat cempedak gorenglah petang nanti.

Baru sebentar tadi, rajinkan diri, ambil buah cempedak yang paling kecil.
Pakai sarung tangan (yang pakai buang), untuk elakkan tangan kena getah cempedak.
Sapu minyak masak pada pisau
Apalagi, kena 'bedah' lah cempedak mini . Buahnya pun mini-mini.

Bancur adunan tepung beras, sedikit serbuk kunyit serta secubit garam.  Rendam tenggelamkan kesemua butir-butir buah cempedak mini.

Dua pusingan goreng, dapatlah gorengan cempedak.

Tapi saya tak boleh makan banyak, nanti perut jadi sebu!
Selain daripada digoreng, apa lagi kita boleh buat dengan buah cempedak?

Apa-apa pun, terima kasih kepada penyumbang rahsia....... semoga diberkati!
.

Terkini.
Sebentar tadi Mr Sor (babak Iddin) talipon
Mr Sor : Lang, dapat tak  buah cempedak  sangkut di luar pagar ?
Me : Ada.
Mr Sor : Kawan Sor beri. Ada berapa biji?
Me : Ingatkan kawan nek Ngah beri.  Ada 3. Sebiji dah alang goreng.
Mr Sor : Cantik tak isinya?
Me: Cantik.......Barulah tahu siapa yang beri.
Misteri penyumbang rahsia selesai sudah.
(Halalkan ya Mr Sor)



Gulai Ikan kering tumis darat

Sudah lama saya tak ke dapur, maksudnya tak masak!
Pagi tadi terasa nak makan gulai ikan kering tumis darat. Pernah sekali masak tapi tak berapa menjadi.
Kenapa 'tumis darat'? Agaknya lah, setelah masak bahan tumis, baru dicurahkan ke dalam adunan  geng ikan kering dan sayur-sayur .

Berpandu 1 Hari 1 Resepi , (my rujukan untuk ilham nak masak apa) saya teliti bahan-bahannya. Okeylah, saya ubahsuai dengan apa yang ada dalam fridge.

Buka fridge. Ada lagi beberapa keping ikan talang, lobak merah pun ada, tomato ada, rempah kari ikan ada, begitu juga serbuk cili. (Cubaan pertama saya tak masuk serbuk cili, Sebab itu rasanya tak pedas) Santan kotak. mujur ada sekotak. Bawang kecil tak ada, ganti dengan bawang besar. Bawang putih, ada.  Daun kari, ambil dari sudut laman. Nanas, ada. Kalau ada terung bulat dan kacang panjang lagi lengkaplah gulai ini.  Halba tumis atau halba campur pun tak ada.

Cara membuat mudah.  Ambil 1/4 sahaja nanas.Potong kecil.1/2 batang lobak merah. Juga dipotong kecil, nak panjang ke nak bulat, ikut suka.  Potong 4 sebiji tomato.  semua bahan iaitu ikan talang, sayur-sayuran tadi, 3 sudu makan rempah ikan, 1 sudu serbuk cil( nak pedas masuk lebih), santan (saya masukkan satu kotak saiz kecil), masukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
Bawang merah dan bawang putih dihiris. Tumis dalam kuali. Jangan  lupa daun kari. Tumis bersama.Minyak biar lebih sikit.

Sudah naik wanginya, tuangkan bahan tumis ke dalam gulai ikan tadi. Tutup periuk dan biarkan sebentar.

Bila nak hidang, kata Chef Hanieliza kacau perlahan gulai supaya minyak dan bahan tumis kelihatan seperti pecah minyak.

Barulah sedap gulai ikan kering tumis darat saya!Terasa masin, manis, masam, pedas.
Gambar...tak pula saya shoot!
.