Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
EKSPO BUKU ISLAM PAHANG
Pagi tadi kami meluangkan masa di Kuantan Parade, Kuantan meninjau buku-buku agama di Ekspo Buku Islam Pahang. Banyak jugalah penerbit buku agama tanah air mengambil bahagian, Banyak buku yang menarik dijual dengan harga special. Ada juga promosi tudung Dr Muhaya. Itu yang tersusun bertingkat ialah Al Quran khas untuk muslimah, ala tas tangan. Ada juga gerai wakaf Al Quran. Bagi sesiapa yang berhajat untuk waqaf Quran untuk sekolah tahfiz, masjid dan seumpamanya, bolehlah berbuat demikian. Bukan sahaja ada buku agama, ada juga buku-buku resepi masakan. Pada saya , browse di internet aje lah! Mungkinkah saya ke sana lagi? Ekspo akan berakhir 6 Oktober 2013 ini.
MARI GEMBIRAKAN ANAK-ANAK YATIM
Hari ini Khamis, 29 Syawal. Esok 30 Syawal.....
Sebelum Syawal tahun ini meninggalkan kita, PPP (WI) Cawangan Bukit Baru, Melaka telah mengadakan majlis Silaturrahim Aidil Fitri pada hari Rabu 4 September 2013 bersamaan 28 Syawal 1434. Majlis ini bukan sahaja bagi mengeratkan ukhwah antara ahli tetapi juga meraikan anak-anak yatim dari sebuah rumah anak yatim di Melaka. Majlis telah diadakan di laman rumah salah seorang AJK di Taman Putera. Suasana ceria, warna warni telah dipenuhi dengan penyampaian sumbangan duit raya serta persembahan kumpulan anak yatim. 'Koir' AJK turut menggembirakan tetamu. Gambar-gambar bercerita.....
Semoga hidup kita diberkati Allah dan pulang nanti di redhoi Allah SWT.....Ameeeen
Sebelum Syawal tahun ini meninggalkan kita, PPP (WI) Cawangan Bukit Baru, Melaka telah mengadakan majlis Silaturrahim Aidil Fitri pada hari Rabu 4 September 2013 bersamaan 28 Syawal 1434. Majlis ini bukan sahaja bagi mengeratkan ukhwah antara ahli tetapi juga meraikan anak-anak yatim dari sebuah rumah anak yatim di Melaka. Majlis telah diadakan di laman rumah salah seorang AJK di Taman Putera. Suasana ceria, warna warni telah dipenuhi dengan penyampaian sumbangan duit raya serta persembahan kumpulan anak yatim. 'Koir' AJK turut menggembirakan tetamu. Gambar-gambar bercerita.....
![]() |
'Selamat Hai Raya' kalau dah dapat mic! |
![]() |
Sampai dah.... |
![]() |
Sepatah dua kata daripada Pn Hjh Hapipah Hj Mahat, (Pengerusi) |
![]() |
'Balik kampung, oh oh oh'......'Aku anak kampung tiada apa-apa' alunan koir anak-anak yatim |
![]() |
'Ya hanana' dengan iringan suara Nek Ngah dan Nek Wan |
![]() |
Bila nak makan..kami lapar!! Kesiannya! |
![]() |
Penyampaian duit raya |
![]() |
Majlis bersurai dengan selawat Nabi SAW |
![]() |
Sudah pasti hidangan lazat |
MARI BERHADRAH RAYA : AKHIRNYA
Minggu terakhir Syawal 1434H. Rumah terakhir musim ini.
Di Galeri, Bukit Katil.
Atas jemputan YB Datin Seri Hjh Asmah binti Abd Rahman
isteri KM Melaka ke 10
![]() |
Galeri Bukit Katil |
![]() |
YB Datin Seri, kiri, tuan rumah yang baik hati dan pemurah |
![]() |
Persembahan hadrah raya,silaturrahim terakhir musim ini |
![]() |
Riang ria veteran ' harimau cun ' bergambar ramai, hingga jumpa lagi di tahun hadapan...In sya Allah |
![]() |
Gembira lagi bila dapat duit raya daripada tuan rumah. Peace yo!! |
![]() |
Minuma petang....lapar ni!!! |
Oh ye....lepas musim raya, musim 'orang pergi haji' pula'. Kalau 'musim haji' maka ada lah musim majlis perkahwinan. Dan Kumpulan Hadrah 'cun melecun' ini sudah pun mendapat pelawaan. Jadi, apa lagi...kena berlatihlah makcik oi........
Kami memohon keampunan Mu Ya Rabb.....
Ameen....
Okey lah....jumpa lagi!!!
HADRAH DI MASJID TANAH
HADRAH RAYA: ADA KEJUTAN
Hari ini berhadrah di rumah Pn Hjh Fatimah Abu. Di kalangan kami beliau lebih mesra dipanggil 'Mak'. Mak Timah walaupun sudah veteran tetapi masih cergas dan aktif dalam persatuan dan masjid
Dan kali ini ada kejutan. Bukan kejutan letrik, hi hi...
Mak Timah telah menjemput Pak Imam sebuah masjid berdekatan untuk membaca doa memberkati majlis. Imam ini juga merupakan pemimpin Kumpulan Hadrah Masjid tersebut. Setelah kumpulan hadrah membuat persembahan,
Pak Imam memenuhi permintaan dengan menyampaikan 2 buah nasyid 'Solatain' dan "Ya Hanana, Ya Hanana"
Kedua-dua nasyid tadi diringi oleh kumpulan hadrah kami. Sukanya hati para tetamu.
Terima kasih banyak-banyak Pak Imam. Nanti bolehlah hadrah kami membawa lagu itu pula!
Sudah tentu sebelum bersurai, makan time: Tahu Sumbat, Cucur Udang, Garlic Bread dengan Sup tulang kambing, Kway teow Goreng, keledek rebus dengan kelapa parut, Mash Potato. Ada yang tapau bawa balik.
Terima kasih kepada Mak Timah, tuan rumah. Budi baik tetap dikenang. Semoga diberkati. Ameen
![]() |
Bergambar di tangga Melaka rumah Mak Timah |
![]() |
Hjh Fatimah Abu, pandai mengaji dan berdondang sayang |
Mak Timah telah menjemput Pak Imam sebuah masjid berdekatan untuk membaca doa memberkati majlis. Imam ini juga merupakan pemimpin Kumpulan Hadrah Masjid tersebut. Setelah kumpulan hadrah membuat persembahan,
Pak Imam memenuhi permintaan dengan menyampaikan 2 buah nasyid 'Solatain' dan "Ya Hanana, Ya Hanana"
Kedua-dua nasyid tadi diringi oleh kumpulan hadrah kami. Sukanya hati para tetamu.
Terima kasih banyak-banyak Pak Imam. Nanti bolehlah hadrah kami membawa lagu itu pula!
Sudah tentu sebelum bersurai, makan time: Tahu Sumbat, Cucur Udang, Garlic Bread dengan Sup tulang kambing, Kway teow Goreng, keledek rebus dengan kelapa parut, Mash Potato. Ada yang tapau bawa balik.
Terima kasih kepada Mak Timah, tuan rumah. Budi baik tetap dikenang. Semoga diberkati. Ameen
Esok
31 Ogos 2013
gambar dari google |
JOM BERHADRAH RAYA
KHAMIS, 29 Ogos 2013. bersamaan 22 Syawal 1434H.
Kumpulan Hadrah LKPI Melaka Tengah ke rumah Puan Sri Hjh Halijah Aji di Klebang Besar..
![]() |
di 'Sri Tanjung' |
![]() |
Puan Sri Hjh Halijah mengalu-alukan kedatangan tetamu |
Seperti biasa, pukulan gendang, rebana, kompang mengiringi nasyid, lagu hari raya, nazam.
Jamuan pun best...putu mayam, lontong, rendang, mee hun goreng, kuih raya (ada lagi!!)
Bergambar ramai dengan Pn Sri.sebelum bersurai
![]() |
1,2,3...pose! Maka bergayalah mereka. |
![]() |
Posing sana |
![]() |
Posing sini |
Semoga Puan Sri dimurahkan rezeki dan perjumpaan kita diberkatiNya
Ameen.
HADRAH HARI RAYA DITERUSKAN LAGI
Hari ketiga. Mari berhadrah Raya singgah pula di rumah rakan-rakan di Bukit Baru, Paya Ikan dan Bukit Piatu.
3 beradik di Bukit Baru, Hjh, Zaleha, Hjh Rubiah, Hjh Zainun bergabung tenaga menjemput kami. 3 beradik ini hebat dalam masak memasak. Sudah tentu hidangan pun hebat. Ada Nasi Dagang, Laksa Penang, Laksa Melaka/Nyonya, bubur kacang hijau durian, air laici, Oh...lagi rancak pukulan bonggo, gendang dan rebana. Makin tarik suara penyanyi. Apa-apa pun, semoga mendapat keberkatan majlis hadrah tersebut, bertambah erat silaturrahim antara sahabat.
Kemudian ke rumah Pn Hjh Nyacik di Paya Ikan. Kebetulan ada rumah terbuka.
Akhir sekali ke rumah Kk Hjh Zaiton Dagang, di Bukit Piatu, rumah kami bertadarus pada bulan Ramadhan baru-baru ini. Kk Hjh sangat berbesar hati kami berhadrah di rumahnya. Maklum Kk Hjh sudah 83 tahun umurnya. Kehadiran kami dapat menghiburkan hati beliau dengan lagu-lagu hari raya serta nazam.
Sudah tiga hari berhadrah. Sudah 9 rumah dikunjungi. Tapak memukul gendang, rebana serta gendang sudah menebal. Masih ada rumah perlu dikunjungi....
Semoga Allah memberkati perjumpaan kami.
Kami mohon keampunan mu, Ya Allah......
3 beradik di Bukit Baru, Hjh, Zaleha, Hjh Rubiah, Hjh Zainun bergabung tenaga menjemput kami. 3 beradik ini hebat dalam masak memasak. Sudah tentu hidangan pun hebat. Ada Nasi Dagang, Laksa Penang, Laksa Melaka/Nyonya, bubur kacang hijau durian, air laici, Oh...lagi rancak pukulan bonggo, gendang dan rebana. Makin tarik suara penyanyi. Apa-apa pun, semoga mendapat keberkatan majlis hadrah tersebut, bertambah erat silaturrahim antara sahabat.
![]() |
2 beradk bersama 3 beradik |
![]() |
Hidangan nasi dagang, laksa Melaka, Laksa Penang |
![]() |
Kita pun nak nyanyi juga! |
![]() |
Hjh Nyacik no 2 dari kiri |
![]() |
Hjh Nyacik menyampaikan duit raya kepada kami |
![]() |
Kk Hjh Zaiton Dagang senyum gembira |
![]() |
Selamat ulang tahun ke 83, Kk .Mak Ton |
Sudah tiga hari berhadrah. Sudah 9 rumah dikunjungi. Tapak memukul gendang, rebana serta gendang sudah menebal. Masih ada rumah perlu dikunjungi....
Semoga Allah memberkati perjumpaan kami.
Kami mohon keampunan mu, Ya Allah......
HADRAH SILATURRAHIM
Mari Berhadrah Silaturrahim Raya diteruskan lagi.
Hari ini kita ke rumah teman-teman di Air Keroh.
Rumah Kk Hjh Wan Jamilah
![]() |
Kk Wan dikanan sekali |
Rumah Pn Hjh Zainon Ali
![]() |
Pn Hjh Zainon bersama cucu, Aisyah |
Rumah Pn. Kasinah
![]() |
Bersama Pn Kasinah, duduk di tengah-tengah |
Maka rumah mereka meriah dengan hadrah, nazam, nasyid, lagu hari raya.
Sudah itu makan lagi.
Terima kasih kepada puan rumah kerana sudi menjemput kami serta menjamu kami dengan pelbagai hidangan. Alhamdulillah, Semoga diberkati, Ameen.
Esok 3 buah rumah lagi....selagi Syawal masih ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)