Showing posts with label KJ. Show all posts

default

PUAD ZAKARSHI KRITIK KJ

on Sunday, August 2, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

𝐊𝐉, 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐑𝐈𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐈𝐍𝐈. 

Oleh: Mohd Puad Zarkashi

Semalam, posting saya ada sentuh sikit pasal KJ. 

Akibatnya terdapat beberapa komen terhadap KJ. Elok saya perjelaskan.

Ini bukan nasihat saya kepada KJ. Saya tidak layak menasihati beliau. Kalau nasihat pun belum tentu dia dengar

Sebab itu saya kata ini adalah kritikan. Maaf kerana tulis panjang sikit. 

Tidak ada salahnya saya mengulas komen KJ terhadap Najib bila dia dihukum bersalah. 

Jangan anggap ini sebagai perang sama sendiri atau perpecahan.

Ini politik terbuka. KJ suka politik terbuka. KJ kata ini cita rasa orang muda sekarang.

Tetapi jangan pula orang yang membuat komen awal dikatakan OK, manakala yang membalas komen dianggap pemecah belah.

Perbezaan pendapat OK, tetapi jangan berpecah sampai hilang kuasa. Perang Mahathir - Muhyiddin menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Perang Anwar - Azmin juga menyebabkan PKR kehilangan kuasa dan jawatan Menteri. Anwar pula gagal lagi jadi PM.

Ada tiga isu yang saya mahu sentuh terhadap komen KJ itu.

Pertama, walaupun KJ membuat kenyataan menyakitkan hati, Najib membalasnya dengan ucapan terima kasih tetapi sindiran tajam. 

Dia tidak menghentam KJ. Dia mengucap tahniah kepada KJ kerana bekerja kuat setiap hari sehingga tumbangnya kerajaan PH.

Sebab itu menurut Najib, KJ dapat ganjaran kerana dilantik Menteri oleh Muhyiddin.

Tetapi apakah KJ faham sindiran tajam dan pedas dari Najib itu.

Sejak BN kalah, KJ senyap menghilangkan diri. Dia jarang mengkritik pembohongan PH meggunakan fb dan twitter beliau.

Kelibat KJ juga jarang nampak. Sedangkan Najib pusing seluruh negara menggunakan platform Bossku untuk jumpa akar umbi.

KJ ada?

Kedua, KJ kata jangan taksub kepada individu. Kita kena move on. 

Sebenarnya rakyat tidak taksub kepada Najib sebagai individu. 

Mereka taksub kepada perjuangannya dan jasanya. Dia penunai janji. Mereka juga taksub kepada kesabaran dan kegigihannya. 

Najib sudah tidak ada apa apa lagi untuk ditawarkan. Dia bukan Perdana Menteri. Dia bukan ada syarikat perniagaan yang besar.

Dia banyak hutang. Hutang ikat jamin, hutang LHDN sampai RM1.69 Bilion.

Ramai kawan kawan rapat lari meninggalkan dia. Tetapi rakyat biasa dan anak muda tidak lari. Mereka mengerumuni Najib diketika dia sudah tidak ada apa apa.

Itu tanda baik. Itu tanda mereka taksub kepada perjuangan Najib. Mereka ingat jasa Najib. Mereka melihat kebangkitan Najib setelah dilanyak begitu teruk.

Cuba KJ bandingkan dengan diri sendiri. Setelah tidak lagi menjadi Menteri. Tidak ada jawatan dan tidak ada apa yang ditawarkan apakah rakyat masih mengerumuni beliau

Mereka suka KJ dulu mungkin kerana taksub kepada penampilannya. Taksub kepada stokin merah yang dipakai bukan kerana perjuangannya. Populariti begitu cepat hilang.

Itu taksub individu namanya. Itu patut ditolak. Ia tidak menambah apa apa kepada parti walaupun KJ jadi Ketua Pemuda dua penggal.

Ketiga, KJ kata jangan heret parti dengan keputusan Mahkamah. Ini tuduhan kedua KJ kepada Najib. 

Dulu apabila Najib mula didakw, KJ kata jangan jadikan UMNO sebagai perisai dan pembela. 

Ia pantas dijawab oleh Najib bahawa dia tidak akan menggunakan parti untuk membelanya. Dia letak jawatan Presiden UMNO. Dia ke Mahkamah tanpa menganjur demonstrasi.

Kini KJ bangkitkan isu yang sama. Tahukah KJ, bila PH tumbang, ada usaha oleh Ketua Ketua Bahagian supaya kes Najib digugurkan. Najib menolak dan mahu terus melawan di Mahkamah.

Justeru, taksub rakyat kepada Najib adalah taksub kepada perjuangannya. Itu melahirkan teman sejati. Teman dalam “Perjuangan”.

Apakah KJ ada teman sejati seperti itu. Akan sampai masanya, bila tiada jawatan dan kuasa kita akan ditinggalkan keseorangan.

Sebab itu jangan jadi pemimpin populis. Parti tidak untung apa apa.

Semoga Najib tabah dan Istiqamah. Kepada KJ, “Jangan hanya tahu erti mewarisi kepimpinan. tetapi tidak tahu erti mewarisi perjuangan”. 

Maafkan saya. Selamat menyambut Raya Qurban. 

Link: https://www.editormalaysia.com/15946/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kj-bacalah-kritikan-saya-ini-puad-zarkashi

default

TERGAMAM MENTERI KENA BALUN DENGAN KHAIRY JAMALUDDIN BENTANG RUU SST

on Friday, August 10, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




RUU  yang  pertama dibentang kerajaan PH tak  melalui  Parlimen Select Comittee seperti mana mengikut prosedur . 

Jelas ia dilakukan tergesa-gesa bagi hapuskan GST .

Kata Malaysia Baharu  kenapa habis  semua peraturan bulldoze !!

Syabas YB KJ balun kerajaan Pakatun ni ...



 

default

VIDEO : KHAIRY BIDAS KERAJAAN PH GUNA ISU HUTANG NEGARA MENYALAHKAN KERAJAAN DAHULU

on Thursday, July 26, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





1. Isu hutang negara perlu diperjelaskan untuk mengelakkan kerajaan harini berada dalam premis palsu dengan sikap menyalahkan kerajaan terdahulu.
2. Persoalan pengiraan menteri kewangan yang tidak menggunakan piawaian antarabangsa seperti Moodys dengan melonggokkan pengiraan hutang kerajaan bersama hutang jaminan kerajaan/Government guaranteed debt iaitu contigent liability dan leased payment untuk projek projek pembangunan kerajaan tanpa penerangan yang jelas.
3. Persoalan penjelasan yang mengelirukan oleh YB PM mengenai angka hutang RM300 Billion yang mana tidak dinafikan namun mengingatkan bahawa hutang mestilah didatangkan dengan KDNK, dan mengingatkan bahawa kenyataan YB PM bahawa rekod beliau hanyalah 27% adalah tidak benar kerana berdasarkan rekod kewangan negara, pada tahun 1986, rekod nisbah tertinggi hutang dan KDNK adalah pada nisbah 103% dan ini perlu dibetulkan.
4. Mengenai istilah hutang dalam Trillion yang tak pernah didengari oleh YB PM ketika zaman beliau menjadi PM dulu, YB KJ juga mengingatkan bahwa di zaman YB PM dulu KDNK kita juga tak pernah mencecah Trilion, hanyalah RM400 Billion, berbanding KDNK sekarang iaitu lebih 1 Trillion.
5. Atas semangat "janji boleh dimungkiri", janji manifesto yang diharap untuk tidak dilaksanakan, yang pertamanya adalah GST. Kerajaan harini sudah sedar bahawa penghapusan GST tidak menurunkan harga barang apabila GST kadar sifar diperkenalkan,harga barang tidak jatuh dan menyedari bahawa GST memberi impak yang sangat minima kepada harga barang dan diakui sendiri oleh menteri KPDNKKHEP.
6. Menteri kewangan juga telah mengaku didalam parlimen bahawa GST adalah lebih baik transparent dan cekap berbanding SST memenuhi aspirasi Competency, Accountability and Transparency,CAT, oleh Pakatan Harapan. Jadi mengapakah GST harus dihapuskan?
7. Maka atas sebab sistem GST adalah lebih effisen dan telus, YB KJ juga telah mencadangkan GST dikekalkan dengan mengurangkan kadar peratusan GST kepada satu peratusan yang akan memberi kutipan yang sama dengan kutipan RM23 Billion yang dijangkakan, dan juga menambahkan bilangan barangan ke dalam negatif list untuk menyamai jumlah barangan CPI di dalam sistem SST.
8.Atas semangat "janji boleh dimungkiri" juga, janji diharap tidak dilaksanakan, yang kedua adalah penangguhan pembayaran PTPTN. Mekanisma ini dilihat memberi kesan negatif kepada PTPTN untuk menampung pembiayaan pinjaman pelajaran pelajar baru.
9. Statistik menunjukkan apabila diperkenalkan mekanisma senarai hitam, kutipan PTPTN telah meningkat dari 3 tahun sebelumnya. Maka adalah diharap kerajaan tidak meneruskan mekanisma penangguhan pembayaran kerana apabila PTPTN tidak cukup duit, PTPTN terpaksa meminjam dari institusi kewangan yang akan mengenakan faedah 5-6% kepada PTPTN, manakala PTPTN hanya mengenakan kadar ujrah 1% dan beza faedah tersebut ianya akan ditanggung oleh PTPTN yang mana sebenarnya adalah sebahagian daripada contigent liabilties dalam bentuk hutang jaminan kerajaan/Guaranteed Government.
10. Kesimpulannya, diatas semangat "manifesto bukan janji atau kitab suci", YB KJ merayu agar kerajaan tidak menjalankan janji-janji populis manifesto kerana terpaksa dan akhiry melaksanakan sesuatu yang memudaratkan kita seperti menjadi negara pertama kembali menghapuskan GST dan juga menggadai masa depan anak-anak muda yang akan menjadi peminjam baru pada masa hadapan.
Sebaliknya kerajaan seharusnya mendatangkan strategi menaikkan gaji, menjana ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan bukannya menjadi a Goverment of excuses, Government of cancelation.
Get your priorities right!


SUMBER : FB  KHAIRUL AZRI 


default

PADU ! YB KJ TIBAI HINGGA MENTERI TERKEDU JAWAB ISU MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN (CEP)

on Tuesday, July 24, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Dewan Rakyat hari ini panas dengan isu yang cukup penting dalam negara  yang iaitu kewujudan Council Of Eminent Person (CEP) oleh kerajaan Pakatan Harapan 


Ia dilihat bukan sahaja memberi nasihat malah  lebih berkuasa daripada Menteri - Menteri kerajaan hinggakan rundingan dengan negara asing di China pun dihantar Pengerusi CEP .

Ke mana pergi Menteri Luar , Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri lain ?? 

Seolah-olah  Menteri sedia ada sekarang   tidak langsung  berwibawa !

Kerajaan yang ada sekarang tidak menghormati separation of power dan rule of law !! 


Meminjam kata-kata Ahli Parlimen Ketereh  ,

" ini menandakan sudah ada unsur-unsur autokratik dan diktator sudah mula tersemai dalam kerajaan Pakatan Harapan  di mana One Man Show sudah mula pun berlaku  " 



 





default

PERUBAHAN BESAR DALAM UMNO MAMPU KEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT

on Friday, June 29, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments





 Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin berharap semua perwakilan di seluruh negara menggunakan pemilihan parti pada kali ini, sebagai peluang untuk membawa perubahan besar di dalam parti sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata pemilihan kali ini sangat penting kerana ia bukan sahaja dinantikan oleh anggota UMNO sendiri, malah seluruh rakyat kini memberikan tumpuan dan mahu melihat sesuatu yang berbeza berlaku di peringkat kepimpinan parti itu.
“Rakyat nak lihat kami dapat buat perubahan besar dan dapat memilih kepimpinan UMNO yang dapat mengembalikan kepercayaan rakyat,” katanya kepada pemberita di Dewan 2020 di sini, hari ini.
Beliau berkata UMNO juga berhadapan cabaran yang sangat besar dan paling utama adalah untuk mengubah pemikiran, budaya dan perlu dilihat sebagai parti yang berhemah, sentiasa bersama rakyat, tidak sombong atau angkuh serta berhujah berteraskan ilmu.
Dalam pada itu Khairy berkata beliau selama ini telah menjadi seorang pengikut parti yang setia dan kini masa untuknya tampil bagi membawa transformasi besar yang dikehendaki rakyat sebelum mereka dapat memberi semula kepercayaan kepada UMNO.
Pada pemilihan kali ini yang bakal berlangsung esok, Khairy bakal berhadapan dengan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.







default

6 BAHAGIAN P.PINANG MENYOKONG YB KJ SEBAGAI PRESIDEN UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Siapa kata Ketua Bahagian tidak menyokong YB KJ calon 02 Presiden UMNO ?  Semalam di P.Pinang  calon muda ini mendapat sokongan  Ketua Bahagian secara terbuka . 

Antaranya Ketua Bahagian dari Permatang Pauh , Kepala Batas ,  Bukit Gelugor dan Nibong Tebal .

Pulau Pinang merupakan negeri yang cukup kerap dilawati  YB KJ  dan beliau cukup popular dikalangan pemimpin Bahagian hingga ke akar umbi . 


Walaupun YB KJ bukanlah calon favourite oleh penganalisis untuk Pemilihan UMNO kali ini, tetapi tiada yang mustahil jika gelombang perubahan mahu dilakukan akar umbi . 




default

KJ DAPAT MANDAT RANGKA STRUKTUR PARTI UMNO & BN UNTUK WAJAH BARU

on Wednesday, May 23, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hari ini MT UMNO telah membuat keputusan semua jawatan dalam parti dipertandingkan oleh sesiapa sahaja berkelayakan .
Ini jelas bertepatan hasrat akar umbi UMNO termasuk  Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin .
Akar umbi UMNO mahukan perubahan. Mereka  sememangnya mahukan UMNO yang baharu yang bukan lagi dikongkong atau mengikut telunjuk secara membabi buta pemimpin atasan.
Malah  KHAIRY JAMALUDDIN dilantik MT UMNO ketuai jawatankuasa struktur semula UMNO dan BN . Cadangan oleh beliau perlu dikemukakan kepada MT dalam masa sebulan iaitu bermakna sebelum Mesyuarat Bahagian seluruh negara pada 30 Jun . 
Hasil cadangan jawatankuasa struktur semula  cukup penting bagi mempastikan  parti UMNO dan BN terus kekal untuk dipilih rakyat semula di PRU15. 
UMNO dan BN juga perlu  keluar dari zon selesa dengan memahami mereka kini berada di blok pembangkang dan tidak oleh bergantung kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan untuk meraih undi . 
Strategi pemikiran di luar kotak yang bertepatan arus politik semasa perlu digarap dan dijadikan kerangka untuk mengstruktur semula UMNO dan BN . 
Mengenai soal pemilihan , DS Zahid dan DS Hishamuddin kini dilihat  hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab bagi memulihkan parti terlebih dahulu hingga ke mesyuarat Bahagian selesai pemilihan . 
Amanah mereka kepada KJ cukup besar dan bukan sahaja merangka struktur UMNO dan BN yang baru tetapi lebih dari itu .  

Terima kasih DS Zahid & DS Hisham ...




Semua jawatan dalam UMNO terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden serta ketua-ketua bagi kepimpinan sayap parti, kata Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, tidak timbul soal tidak ada pertandingan bagi jawatan-jawatan tertentu dalam pemilihan UMNO.
“Saya bersama Datuk Seri Hishammuddin secara berlapang dada dan berfikiran terbuka mahu supaya jawatan ini ditandingi oleh sesiapa sahaja yang berkelayakan dan mengikut peraturan yang telah ditentukan.”
“Kami juga telah diberi pertanggungjawaban dan amanat untuk menyelesaikan beberapa permasalahan dan isu-isu yang sedang dihadapi sekarang ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di Menara Dato’ Onn hari ini.
Jelasnya, MT juga telah mengambil keputusan supaya ahli-ahlinya diberikan tanggungjawab untuk menjaga bahagian-bahagian tertentu dengan turun ke bawah bertemu kepimpinan di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan di bahagian berkenaan.
“Jawatankuasa bertindak ini akan dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa dan beliau akan melakukan penyelarasan terhadap aktiviti ini.”
Kemudiannya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memaklumkan bahawa tarikh persidangan tahunan Cawangan dan Pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bermula Sabtu, 19 Mei 2018 sehingga Ahad, 10 Jun 2018 sementara di peringkat bahagian pada Sabtu, 30 Jun 2018.
Katanya, ahli-ahli UMNO yang ingin bertanding boleh mendaftar secara ‘online’ bermula 1 Jun 2018 (Jumaat) dan pencalonan akan ditutup pada 17 Jun 2018 (Ahad), jam 5.00 petang bagi semua peringkat pemilihan MT, bahagian dan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
Jelasnya lagi Jawatankuasa pemilihan yang dibentuk di peringkat bahagian juga akan berfungsi di semua peringkat pemilihan sepanjang proses pemilihan berlangsung. – MediaUMNO

default

HANYA 4 JAM WAKTU TERBAIK JAWAB ISU , JIKA TIDAK FITNAH TERSEBAR

on Sunday, November 5, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata jika tempoh itu gagal dimanfaatkan, parti dianggap tewas dalam pertarungan di medan media sosial, sekali gus memerlukan usaha lebih keras untuk menangani isu dibangkitkan pembangkang.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, tindakan pantas tentera siber perlu kerana dalam persekitaran hari ini, penyebaran maklumat berlaku dalam kadar segera.

"Kita mesti cepat. Kitaran berita dalam media sosial bukan lagi 12 atau 24 jam, sebaliknya ia berterusan. Oleh itu kita hanya ada maksimum empat jam untuk memberi maklum balas kepada sesuatu isu.
"Jika tidak, isu itu akan diletakkan mengikut sudut pandangan rakyat atau netizen dan jika nak kejar semula untuk memperbaiki persepsi itu, ia sudah terlambat.

"Tempoh kitaran sesuatu isu sangat pendek dan jika tidak dapat dijelaskan dalam tempoh tiga atau empat jam, kita ketinggalan dan tewas dalam isu itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Media Sosial UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini yang dihadiri lebih 3,000 ahli UMNO.
Khairy yakin jentera parti dapat membentuk persepsi positif terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika setiap individu berperanan dalam medan perang media sosial.
Jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah PRU pertama yang menyaksikan medan sosial menjadi wadah penting menentukan pola pengundian, beliau berkata, PRU-14 bakal membawa perubahan sangat besar kerana lebih ramai rakyat menggunakan media sosial dalam komunikasi harian.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan jentera parti supaya tidak membuat serangan peribadi terhadap pihak lawan kerana pendekatan itu tidak disenangi rakyat dan mampu mencetuskan simpati rakyat kepada lawan.
"Kita juga mestilah informatif dalam menjelaskan dasar dan pendekatan kerajaan selain tidak mudah melenting jika dikecam.
"'Be cool'... jika kita mudah melenting, ia akan menjadi kecaman kedua," katanya.

default

MAJLIS PEGUAM TAK KISAH MAKAN DUIT SOROS , TAK ADA HARGA DIRI

on Tuesday, November 8, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





sikap tidak kisah Majlis Peguam berhubung isu menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki hartawan Amerika Syarikat, George Soros, memperlihatkan organisasi itu seolah-olah tiada harga diri dan tidak bertanggungjawab.

 Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Majlis Peguam sepatutnya lebih tahu bahawa OSF merupakan satu organisasi yang bertujuan mengubah masyarakat dan mempunyai agenda memecahbelahkan institusi negara yang menjadi sasaran seperti Malaysia melalui penyaluran dana-dana itu.

 “Apabila mereka memberi kenyataan begitu, seolah-olah mereka tidak kisah dengan apa yang akan terjadi kepada negara dengan campur tangan asing asalkan agenda politik mereka dapat dibiayai. 

“Mana boleh mereka kata tidak kisah terima dana daripada organisasi seperti itu, di mana sikap mereka sebagai rakyat yang sayangkan negara?” katanya kepada pemberita selepas Seminar Belia Menentang Keganasan, di sini hari ini. Majlis Peguam hari ini berkata, organisasi itu tidak kisah walaupun menerima dana daripada OSF yang dikaitkan dengan Soros. -

default

TUGAS BERAT KHAIRY JAMALUDDIN & PEMUDA UMNO PASTIKAN SOKONGAN BELIA DENGAN BN

on Monday, September 26, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Pergerakan Pemuda UMNO mempunyai tanggungjawab dan tugas besar bagi memastikan soko­ngan belia tidak bera­lih arah sekali gus me­nyer­tai parti baharu yang ditubuhkan bekas pemimpin UMNO menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, parti baharu yang ditubuhkan bertujuan menentang Barisan Nasional (BN) dianggap serius dan memerlukan Pemuda untuk melipatgandakan usaha bagi memastikan BN terus menjadi pilihan.

“Pemuda memandang serius dan tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu ini. Saya berpesan kepada semua pemim­pin Pemuda bahawa kita mempunyai tugas besar untuk memastikan sokongan sedia ada tidak beralih kepada parti baharu.

 “Saya sering ingat­kan pada setiap per­temuan dengan pe­mim­pin Pemuda ba­hawa mereka kini menggalas tanggungjawab untuk memastikan UMNO dan BN kekal menjadi pilihan belia termasuk di Sabah,” kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan. Beliau berkata demikian kepa­da pemberita selepas majlis penyerahan replika cek peruntukan Hari Sukan Negara (HSN) 2016 pe­ringkat Sabah di sini hari ini.

Pada majlis itu, Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan peruntukan kira-kira RM2.7 juta kepada 2,985 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) bagi menjayakan HSN 2016.

Khamis lalu, bekas Naib Presi­den UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengesahkan beliau akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada di Sabah yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Dalam pada itu, Khairy turut berharap, generasi muda terutama di Sabah terus rasional melihat kepada kestabilan politik yang dibawa oleh BN terutama ketika UMNO berada di negeri ini. -

default

KEPUTUSAN TEPAT , KHAIRY SERAH PEN DRIVE PENYELEWENGAN FAM KEPADA SPRM @KhairyKJ

on Saturday, September 3, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengakui tidak diberitahu siapa individu yang menyerahkan pemacu pena (pendrive) yang didakwa mengandungi penyelewengan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Tunku Mahkota Johor, (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim.

Khairy berkata, beliau sebaliknya hanya menerima pendrive tersebut dan membaca isi kandungannya seperti yang diminta oleh Tunku Ismail dalam pertemuan mereka di Istana Bukit Pelangi, Johor, Jumaat lalu.

"Saya tak tahu siapa yang serahkan pendrive itu kepada TMJ. TMJ tak beritahu. Beliau mahu lindungi sumbernya juga.

"Saya pun tak tahu siapa yang bagi dokumen itu kepada TMJ. Sudah pasti, kalau betul ada rasuah, mereka tak akan dedahkan siapa ‘whistleblower’ itu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan pemacu pena yang didakwa mempunyai bukti rasuah dan ketirisan dalam FAM di Ibu Pejabat SPRM di sini, Jumaat.

Menurut Khairy, Tunku Ismail juga tidak menyatakan atau menetapkan apa yang perlu beliau lakukan dengan pendrive yang telah diserahkan kepadanya.

"Beliau kata tidak mahu memegangnya lagi dan meminta saya membacanya serta melakukan apa yang perlu dilakukan.

"Saya telah membacanya, ia satu laporan yang besar dan mengambil masa untuk membacanya. Saya fikir ia mengenai kepentingan awam dan ketelusan sebab orang ramai menganggap ia mengandungi rasuah, jadi biar SPRM sahkan sama ada terdapat bukti mengenainya," katanya.

Khairy bagaimanapun berpandangan, keputusannya menyerahkan pendrive itu kepada SPRM sebagai satu tindakan yang tepat.

default

PENGAKUAN MAHATHIR TUNJUKKAN LAPORAN POLIS KHAIRUL AZWAN HARUN BERASAS @Azwanbro

on Wednesday, August 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kepada  orang UMNO  yang menghentam Azwan Bro kerana  membuat laporan polis terhadap 3 Tan Sri pengawai tinggi kerajaan  sebelum ini mesti terkejut  sekarang.

Ini kerana pengakuan Tun Mahathir sendiri mengesahkan bahawa 3 pegawai tinggi kerajaan yang  dituduh bersubahat telah dikhianati .  Malah jika mereka tidak dikhianati , nasib PM sudah tidak seperti sekarang digulingkan oleh mereka ini secara tidak demokratik .



Dalam masa yang sama mengulas tentang keputusan pihak polis itu , Azwanbro menyifatkan tindakan tersebut adalah tanggungjawab beliau untuk mempertahankan kepimpinan negara dan juga presiden parti.

"Ia merupakan hak rakyat Malaysia untuk meminta bantuan polis sekiranya timbul ancaman.

"Namun, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis dan Ketua Polis Negara atas kerjasama (yang ditunjukkan)," katanya.


Persoalan siapa yang mengkhianati gerakan jahat gulingkan PM ini ? Sewajarnya pihak POLIS perlu membuka semula kertas siasatan terhadap laporan polis oleh Azwan Bro berdasarkan kepada pengakuan terbaru Tun Mahathir . 





KUALA LUMPUR -  Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak, 'dikhianati' seorang daripada mereka.

Dr Mahathir berkata, jika pegawai terbabit iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak dikhianati, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berdepan tindakan undang-undang.

 "Saya fikir, Zeti tidak bersalah, begitu juga Abu Kassim dan Abdul Gani namun mereka dikhianati oleh salah seorang dalam kalangan mereka. "Jika tidak, Najib sudah berdepan dengan tindakan sekarang," katanya dalam sidang media di sini, pada Ahad.

Yang turut hadir, Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Dr Mahathir berkata demikian susulan tuduhan mengatakan beliau bersubahat dengan tiga pegawai terbabit untuk menjatuhkan Najib.

"Semua tidak benar sama sekali. Saya berharap kami boleh lakukan. Memang saya berharap," katanya.




Bagaimanapun, ketika diminta mendedahkan siapakah pengkhianat itu dan individu yang beliau maksudkan itu, Dr Mahathir dengan pantas berkata, ia hanya khabar angin saja. Beliau turut melahirkan kebimbangan berdepan tindakan undang-undang jika terus memperkatakan hal berkenaan. "Ini semua hanya khabar angin, saya tidak cakap.

Saya tidak mahu mereka menyaman saya kerana saya tidak mempunyai wang yang banyak seperti Najib miliki," katanya. Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mendakwa Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim bersubahat dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Khairul Azwan mendakwa ia berdasarkan kepada komen bersama antara Dr Mahathir dengan Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim mengenai laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dengan media antarabangsa di Jakarta, Indonesia.

Komen berkenaan dijangka dikongsikan bersama trio terbabit ketika sidang media khas, akan dirakam dan klip video itu akan dihantar kepada Dr Mahathir. Khairul Azwan berpendapat laporan polis yang dibuatnya tempoh hari terhadap tiga individu terbabit adalah faktor yang menyebabkan rancangan mereka gagal. - sumber-

default

KHAIRY BANGKIT SEMANGAT AHLI UNTUK LAWAN HABIS-HABISAN DENGAN PUAK KELUAR PARTI

on Wednesday, August 3, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Tidak kira siapakah mereka, kita mesti berani berdepan dengan mereka." Itu kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin yang mahu ahli UMNO berani beberapa individu yang bukan calang-calang orangnya keluar parti UMNO dan menentang mereka secara habis-habisan.

"Ini adalah cabaran langsung, dan kita tidak boleh leka sebaliknya bangkit untuk berdepan dengan mereka bagi mempertahankan dan meneruskan perjuangan parti,”tegasnya.

Beliau jelas merujuk kepada sebilangan bekas pemimpin UMNO yang keluar parti dan akan menubuhkan parti baru serta bergabung dengan pembangkang.

Serentak dengan itu Khairy menekankan perlunya warga UMNO terus menunjukkan perpaduan dan sentiasa bersama dengan kepimpinan negara walapun isu-isu baharu meletup dengan mengetengah agenda tersirat pihak-pihak tertentu.

"Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan. Siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat seolah-olah berbentuk tuduhan tanpa diiringi bukti dan fakta. Kita berhadapan dengan tahap bias dan prejudis yang tinggi.

"Inilah masa kita guna akal dan perlu menunjukkan kebersamaan bersama dan berdiri teguh di belakang Presiden Umno untuk menegakkan kebenaran dan keadilan," katanya.

Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan demikiian katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya 2016 di Putrajaya Isnin malam.

Beliau berpendapat  aspek mentaliti untuk berjaya, keberanian dan kesamaan perlu diterapkan di dalam hati dan minda anggota UMNO bagi memastikan parti itu dan Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah negara ini buat selama-lamanya.

Khairy berkata ketiga-tiga aspek itu perlu diberi perhatian bagi menghadapi pelbagai dugaan dan kontroversi melibatkan nama baik negara mahupun presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun sokongan terhadap UMNO dan BN belum 100 peratus pulih, beliau menyifatkan keyakinan serta mentaliti untuk berjaya itu amat penting bagi mendapatkan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Inilah kunci kejayaan kita. Kita perlu ada 'mentaliti untuk berjaya'. Ada kalanya kita sedang melalui masa sukar tetapi kita perlu ada keyakinan diri sekiranya mahu menang dalam PRU14.

"Kalau kita sendiri tidak yakin, bagaimanakah orang luar boleh yakin bahawa UMNO mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut menyentuh beberapa strategi dalam menghadapi PRU14, antaranya mendekati masyarakat bandar agar mereka tidak terpengaruh dengan sentimen-sentimen negatif yang dibawa pihak pembangkang.

"Pertarungan hari ini adalah antara servis (perkhidmatan) berlawan sentimen. UMNO sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Putrajaya tetapi ada kalanya, sentimen yang dimainkan oleh pihak lawan selalunya terpahat dengan mudah di hati dan minda pengundi.

"Kita berdepan gelombang tsunami dari bandar ke luar bandar. Oleh itu, kita perlu ada corak perang saraf yang lebih cerdik dan canggih bagi menghadapi perkara-perkara yang kita tidak nampak. Carilah bagaimana untuk atasi sentimen negatif dalam PRU14," katanya.

default

MAHATHIR TERPAKSA TUBUH PARTI BARU SEBAB TAK YAKIN PEMBANGKANG LAWAN BN @KhairyKJ

on Sunday, July 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Pandangan Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin memang pedas untuk penyokong2 tegar Mahathir dan pembangkang. 

 Hinggakan seorang negarawan berusia 90 tahun diheret keluar daripada persaraan politik untuk menubuhkan parti sendiri menunjukkan  betapa  teruk dan tenatnya parti pembangkang seperti PAN - PKR - DAP .  Lebih memedihkan selepas kekalahan besar di PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar - Sg Besar kepada BN . 

Manakan tidak pelbagai fitnah , taktik kotor dilakukan sudah lebih setahun  termasuk mendapat bantuan luar media asing seperti WSJ dan Sarawak Report , ia masih lagi gagal untuk menjatuhkan PM dan kerajaan BN . 

Tetapi ada juga pandangan menyatakan Mahathir tubuhkan parti baru ini sebab senang untuk meneruskan legasinya Muhkriz untuk menjadi Perdana Menteri . Jika masuk ke dalam parti pembangkang amat sukar bersaing serta puak ini bukan mahu jadi pengikut tetapi jadi ketua. 

Perkara pokoknya . apa yang dibuat Mahathir dan konco-konconya sekarangi ni   termasuk beberapa bekas pemimpin yang dulu hidup senang kaya berjawatan tinggi kerana UMNO , ia adalah keranan TAMAKKAN  KUASA bukan perjuangan . 

  






Pemuda Umno melihat hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu, sebagai tanda ketidakyakinan beliau terhadap parti-parti pembangkang sedia ada.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kegagalan parti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, menyebabkan Mahathir terpaksa menubuhkan parti baharu dan tidak boleh bergantung harap kepada parti pembangkang yang lain.

"Kalau beliau yakin dengan rakan-rakan pembangkang beliau yang baharu ini iaitu DAP, PKR dan Amanah, tak perlu beliau tubuhkan parti baharu.

"Ini bagi saya satu tamparan buat DAP, PKR dan Amanah sampai negarawan usia 90 tahun terpaksa keluar daripada persaraan dunia politik untuk tubuhkan parti sendiri," kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Gadong, dekat sini hari ini, yang dihadiri kira-kira 15,000 tetamu.

default

NGA KOR MING DIDESAK MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM - @razlanrafii

on Tuesday, July 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



300 Pemuda UMNO dan NGO pro Bumiputera menghantar memorandum bantahan kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri. Perhimpunan di depan Ibu Pejabat DAP Malaysia itu diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayan Persekutuan Mohd Razlan Rafii dan Ketua Pemuda UMNO Selangor Zainuri Zakaria.




 "Kami mendesak Nga Kor Ming memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini,"kata Razlan. Menurutnya mereka memberi tempoh sehingga habis sambutan hari raya Aidilfitri. Untuk rekod, akhir Syawal adalah pada 3 Ogos depan.

 Sementara itu, Zainuri memberitahu perhimpunan pada Selasa itu hanya melibatkan sebahagian kecil Pemuda UMNO. "Penghinaan Nga Kor Ming itu memang mengguris hati umat Islam kerana ini (pemberian duit raya) merupakan tradisi yang kita amalkan sejak kecil lagi.

 "Jangan hendak membezakan angpau orang Cina dan duit raya orang Melayu, kita tak pernah sentuh tradisi kaum lain... Nga Kor Ming ini bermain dengan api. "Kita tidak boleh bertolak ansur, jangan rasa beliau kebal tindakan undang-undang... kesabaran kita ada batasnya," ujar beliau. Zainuri meminta polis cepat bertindak terhadap sesiapa saja yang 'bermain dengan api'.

 Pengerusi DAP Perak itu sebelum ini memuat naik karikatur menghina Aidilfitri itu memaparkan dua orang kanak-kanak yang meminta derma dari seorang lelaki bagi menggantikan amalan pemberian duit raya.

Malah, seorang lagi watak kanak-kanak didalam karikatur berkenaan digambarkan "meminta dedak" berbanding mahu duit raya ataupun derma di hari raya. Bukan itu saja, Kor Ming juga sehari sebelum Aidilfitri turut memuat naik gambar ucapan Aidilfitrinya di akaun Facebook yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat.

 Gambar ucapan itu dimuat naik pada pukul 11.30 malam raya dengan tulisan: In God We Trust, video Aidilfitri: We serve to bless others, we are from the people, by the people & for the people. Selamat Hari Raya!

 Bagaimanapun fanpage beliau kemudiannya 'hilang' di alam maya dipercayai dinyahaktif oleh beliau sendiri. Sehingga kini beliau masih enggan memohon maaf terhadap perbuatan tersebut.-12/7/20

default

PEMUDA UMNO MAHU KERAJAAN HENTI DANA KE YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA @azwanbro

on Friday, June 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Dalam satu move yang tidak disangka-sangka tengah hari Khamis, Pemuda UMNO memanggil sidang media yang dilakukan oleh orang nombor duanya Khairul Azwan Harun mendesak kerajaan menghentikan segera bantuan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.
Menurut Khairul Azwan, Pemuda UMNO memandang serius tindakan Tun Mahathir Mohamad memperalatkan Yayasan Kepimpinan Perdana sebagai salah satu platform untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
"Pemuda mengecam tindakan Tun Mahathir memburukkan kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri kerana bertentangan dengan Perlembagaan serta sistem demokrasi.
"Justeru, Pemuda mahukan bantuan kerajaan kepada Tun Mahathir dan Yayasan Kepimpinan Perdana dihentikan segera...bantuan termasuk kewangan, harta tetap termasuk bantuan penggajian kakitangan sedia ada hendaklah dihentikan segera," kata beliau.
Yayasan Kepimpinan Perdana mempunyai 22 kakitangan yang dibayar gaji oleh kerajaan.
Jelas Khairul Azwan, beliau akan mengutus surat kepada Perdana Menteri untuk memberitahu pendirian Pemuda UMNO itu secepat mungkin dan membangkitkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang.
"Kita sedia maklum Yayasan ini juga menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat, tapi hari ini saya mendesak supaya dana yang berasal dari kerajaan dihentikan," katanya.
Difahamkan, Mahathir sering menjadikan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya ini sebagai tempat untuk mengadakan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin pembangkang bagi menggulingkan Najib.
Sementara itu, Khairul Azwan mahu Tun Mahathir menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat termasuk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Beliau sendiri yang menjadikan kedua-dua pilihanraya itu sebagai referundum kepada Najib. Rakyat sudah bersuara dan mereka yang memilih Najib lebih ramai dari yang sebelum ini. Tun Mahathir sebagainya menghormati keputusan ini dan berehat,"kata beliau ketika menjawab soalan wartawan.
"Saya nak tanya beliau sekarang berkempen hendak jatuhkan Najib mewakili parti mana...? atau itu hanya agenda peribadinya, kerana jika agenda parti... parti mana? adakah beliau ahli PAN, kerana beliau tolong kempen calon PAN tempoh hari?
"Jika sebaliknya atas kepentingan peribadi saya serah pada rakyat untuk menilai... kalau beliau benar-benar ikhlas hendak memperjuangkan agenda PAN atau DAP molek beliau bertanding dalam pilihanraya umum akan datang dan menjadi ketua pembangkang mewakili PAN atau DAP,"katanya

default

KHAIRY SOKONG PENDIRIAN TPM , BELIA TAK MINAT KERJA SEKTOR LADANG & PEMBINAAN @Zahid_Hamidi

on Monday, February 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Isu angka 1.5 juta tenaga asing Bangladesh  terus menjadi isu hangat dan pendirian TPM DS Zahid Hamidi hari ini  bahawa belia Malaysia tidak berminat kerja sektor ladang dan binaan memang tepat. 

Malah ia turut disokong oleh  Menteri Belia sendiri YB Khairy Jamaluddin  yang menerangkan mengapa tenaga kerja asing diperlukan terutama sektor pembinaan .

Jika gaji buruh tinggi dengan menggunakan pekerja tempatan maka harga rumah pun akan lebih tinggi . 

Tweet KJ turut disokong pengikutnya yang bersetuju bahawa kerja di supermaket pun rakyat kita tak nak apatah lagi kerja di sektor pembinaan . 








Isu 1.5 juta pekerja Bangladesh…jangan salahkan saya,kata TPM Zahid



Melihat kepada berjuta jumlah pekerja asing yang ada permit dan tanpa izin yang sudah ada di negara ini memang ada pihak yang kecut perut mengenangkan keputusan kerajaan nak benarkan bawa masuk 1.5 juta dari Bangladesh.
Ada yang kata boleh ‘ banjir’ Malaysia dibuatnya.
Tidak kurang yang desak kerajaan timbang semula keputusan itu.
Soalnya apakah kerajaan pakai hentam main semberono nak luluskan kemasukan pekerja asing serentak seramai itu?
Lojik akal kata tak mungkin kerajaan tidak fikir masak-masak hal itu.
Ini disahkan melalui penjelasan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai mengulas isu berkenaan Sabtu.
Kerajaan memutuskan benar baw amasuk 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat selama tiga tahun.
Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Shah Alam,beliau meminta rakyat tidak salahkan kerajaan sebaliknya memahami isu sebenar disebalik keputusan berkenaan.
Kata Zahid soal kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh itu diluluskan atas permintaan para majikan sendiri yang mungkin gulong tikar kerana tiada tenaga kerja…dan bukan atas kehendak kerajaan atau kerana nak kutip levi.
Majikan-majikan kata syarikat mereka tidak boleh berfungsi tanpa tenaga kerja yang mencukupi.
Katanya kerajaan mendengar permintaan para majikan dan hendak memenuhi keperluan mereka saja.
“Jangan salahkan saya,jangan salahkan kerajaan,jangan salahkan Kementerian Dalam Negeri,jangan salahkan Kementerian Sumber Manusia,”katanya.
Timbalan Perdana Menteri kata ini kerana rakyat Malaysia tidak mahu berkerja dalam sektor dimana pekerja Bangladesh kerja.
Beliau bertanya ,“Berapa ramai yang mahu kerja dalam sector perladangan.Bedrapa ramai yang nak kerja dibawah panas dan hujan dalam sektor pembinaan.Berapa ramai nak kerja dalam keadaan kotir,bahaya dan sulit ..tak ada.”
Zahid juga nafi kerajaan hendak hadkan peluang kerja kepada rakyat negara ini menerusi keputusan ambil pelkerja Bangladesh itu.- 13/2/2016




default

KERAJAAN PERLU TOLAK TOL PLUS NAIK 5 % , INI AKU JANJI BN - @KhairyKJ

on Thursday, December 17, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau dan menteri Kabinet lain akan bersuara untuk meminta kerajaan supaya tidak menaikkan kadar tol Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS).
Ketua Pemuda UMNO itu berkata, beliau akan menyatakan perkara itu apabila permohonan PLUS untuk menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus itu dibincang dalam mesyuarat Kabinet.

“Bagi saya, jika sampai ke Kabinet nanti, saya akan cakap benda yang sama. Ini Aku Janji (Barisan Nasional) bahawa kita tidak akan naikkan kadar tol. Jika perkara ini sampai ke Kabinet nanti, saya dan rakan lain (menteri) akan bersuara bahawa kita sudah buat keputusan tol PLUS ini tak sepatutnya naik,” katanya pada sidang media program Bual Bicara Empat Legend pada Selasa, lapor Berita Harian.

Khairy berkata, kerajaan boleh tolak permohonan PLUS walaupun kenaikan itu sudah termaktub dalam perjanjian tetapi kerajaan perlu membayar pampasan kepada PLUS.

“Dalam perjanjian antara PLUS dan kerajaan, tahun depan memang sudah tiba mereka (PLUS) naikkan kadar tol. Ini sudah termaktub dalam perjanjian dan kita juga semua tahu, PLUS berhak minta kerajaan selaraskan semula kadar tol mereka.

“Tetapi, bagi saya walaupun perkara ini belum diputuskan dalam Kabinet, kerajaan boleh tolak… tolak maksudnya kerajaan kena bayar pampasan tetapi kita janji kerajaan (ketika ini) tak akan membebankan rakyat,” katanya
Dalam ucapan dasar di Perhimpunan Pemuda sempena Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda berkata, beliau akan menentang sebarang kenaikan harga yang membebankan rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.