Menu Ekspres:
Sunday, 31 August 2008
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1429H
Saturday, 30 August 2008
Merdeka, Merdeka..!
Friday, 29 August 2008
Peristiwa Falak - Detik Kemerdekaan Malaysia
Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).
Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah (DMW) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa sejenis alat digelar astrolabe kepunyaan Syeikh Abdullah Fahim ada disimpan di bilik pengetua sekolah tersebut dan dikatakan bahawa Syeikh Abdullah Fahim biasa menggunakan alat astrolabe ini bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya buruj-buruj bintang.
Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.
Pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.
Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29 Rabi'ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu itu.
Apa yang lebih menarik lagi ialah Buruj Libra (Dacing) dan Buruj Kapal Layar yang kelihatan dengan jelas di angkasa. Tidak diketahui sama ada pemilihan dua tarikh tersebut oleh Syeikh Abdullah Fahim mempunyai kaitan rapat dengan politik Malaysia pada waktu itu atau di masa kini di mana Buruj Dacing tampak sangat sinonim dengan lambang Barisan Nasional manakala Buruj Kapal Layar berbetulan pula dengan lambang Parti Perikatan yang menang majoriti dalam pilihan raya 1955 bagi mencapai hasrat kemerdekaan dalam tempoh empat tahun (1959), namun kemerdekaan telah berjaya dicapai lebih awal lagi iaitu dalam masa dua tahun sahaja.
Pada 16 September 1963; Malaya, Singapura, Sarawak, dan Sabah (dikenali dengan Borneo Utara) telah bersetuju untuk membentuk negara Malaysia. Brunei, yang turut menyatakan hasrat untuk menyertai persekutuan Malaysia telah membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir. Namun, tidak ramai di antara kita yang menyedari rahsia di sebaliknya apabila permasyhuran Malaysia pada hari itu telah dimeterai oleh peristiwa falak seumpama "mata rantai yang mengikat antara keduanya". Banda raya Kuala Lumpur turut diisytiharkan sebagai ibu kota negara Malaysia dengan lokasinya yang berada di pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang
Walaupun peristiwa falak mempunyai beberapa hubungan yang berkait dengan sejarah negara, ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan bukannya suatu kuasa kosmik yang luar biasa. Maksud di sini ialah peristiwa falak menjadi titik-tolak bagi meraikan hari yang bersejarah secara kesederhanaan di mana kita boleh jadikannya sebagai satu iktibar bahawa perjalanan alam ini telah diatur sedemikian rupa oleh Allah Ta'ala dan mempunyai erti yang amat besar bagi orang-orang yang mahu merenunginya. Dalam disiplin ukur tanah, sesuatu ukuran lot sempadan tanah adalah diukur dan diikat dengan posisi kedudukan matahari bagi menentukan arah utara, selatan, timur dan barat bahkan juga arah kiblat. Ini secara langsung menunjukkan bahawa peristiwa falak tidak sahaja `mengikat' sesuatu hari yang diraikan itu, bahkan ia turut sama mengikat kedudukan kita di atas muka bumi ini atau dalam erti kata lain ialah "darinya juga kita akan dikembalikan". Kita tidak dapat lari ke mana-mana di alam ini kerana kita sebenarnya telah diikat rapi oleh masa dan ruang. Peristiwa falak adalah masa dan ruang itu.
Nor Azam Mat Noor, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Sumber : Utusan Malaysia, 31 Ogos 2004
Friday, 22 August 2008
Mencapai Kejayaan Emas
Apakah rahsianya?...
"I have so many races, so much to do in every race, I have to keep 100 per cent focused. No matter how good, you have to force it outof your head," -Michael Phelps
Maksudnya adalah:
-100% fokus
-Jangan fikir diri kita sudah bagus (penting ni)
-Bersaing dengan diri sendiri, dan bukan orang lain!
Walaupun kita tak masuk Olimpik, tapi, strategi Phelps adalah sesuatu yang kita juga perlu miliki!
"When someone says you can't do something, it shows that anything is possible. When you put your mind to a certain thing, it can happen. The biggest thing is nothing is impossible. All it takes is an imagination."-Michael Phelps
Moga perkongsian coretan ringkas kali ini dapat sedikit sebanyak memberi inspirasi kejayaan emas buat kita semua. InsyaAllah.
Thursday, 14 August 2008
Inspirasi Perjuangan
President Theodore Roosevelt
Tuesday, 12 August 2008
Syaaban: Ada Apakah Padanya?
Assalamualaikum Warahmatullah. PENGENALAN Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan. Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan. |
Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:
01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.
02. Keperkasaan dan ketinggian.
03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ran pahala yang besar daripada Allah Taala.
04. Kasih-sayang dan kemesraan.
05. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.
ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN
01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.
ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN
Memperbanyakkan puasa sunat.
Saidatina Aisyah berkata:Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Saidatina Aisyah berkata:
Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Melazimi Berzikir dan Berdoa
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah. (Riwayat Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.(Riwayat at-Tarmizi).
Saidatina Aisyah berkata:
Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
(Riwayat Muslim).
Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.(Surah an-Nur: ayat 31).
KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN
Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat Baihaqi).
Berkata Imam Shafie:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.
Berkata Imam Ghazali:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.
MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN
Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:
Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.
Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.
PENUTUP
Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.
‘Memberi dan Berbakti’
Wallahaulam.
Sumber: www.iLuvislam.com
Tuesday, 5 August 2008
Set Soalan Pengukuhan 3/08
Arahan: Tandakan ( / ) atau ( X ) pada pernyataan-pernyataan di bawah. Selamat menjawab 1) menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu adalah satu ciri perkembangan imperialisme ( ) 2) Perancis dan Jerman silih berganti menjajah Filipina ( ) 3) Asia Tenggara strategik kerana terletak di petempatan yang padat ( ) 4) keperluan bahan mentah dan pasaran baru untuk Revolusi Perindustrian di Eropah menjadi pemangkin kepada imperialisme Barat ( ) 5) keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan, menjadi sebab utama kuasa Barat bersaing sesama mereka ( ) 6) Sebarkan tamadun dan agama’ adalah slogan Barat menghalalkan dasar imperialismenya ( ) 7) Pengenalan system birokrasi Barat menggantikan sistem beraja tempatan adalah sebahagian dasar imperialisme Barat ( ) 8) Barangay yang diketuai golongan Datu adalah sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Burma ( ) 9) Raja dibantu oleh Hllutaw dan Wui adalah amalan sistem pemerintahan beraja semasa Dinasti Konbaung di Burma ( ) 10) Empat Pembesar Pusat merupakan sistem pentadbiran kerajaan Melaka yang menjadi ikutan kebanyakkan negeri Melayu sebelum kedatangan Portugis ( ) 11) Sistem Majlis Mesyuarat tertinggi dan Kabinet Menteri diperkenalkan sebagai usaha pemodenan Siam di bawah pemerintahan Raja Mongkut ( ) 12) Kerjasama Jepun dan China menewaskan Rusia turut mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara ( ) 13) Membangunkan bidang pendidikan adalah perjuangan utama nasionalisme, Raden Adjeng Kartini dan Pertubuhan Muhammadiyah ( ) 14) ‘Isu kasut’ telah mempercepatkan gerakan nasionalisme tahap pertama di Vietnam ( ) 15) Gerakan nasionalisme bermatlamat menentang kuasa raja berkuasa mutlak dan monopoli pedagang Cina ( ) 16) Pilihanraya Hong Lim menyaksikan Barisan Sosialis yang berfahaman Komunis tewas kepada parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew ( ) 17) Clandestine Communist Organization (CCO) berhasrat menjadikan Sarawak sebagai sebuah negara Republik Komunis ( ) 18) Sukarno melancarkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan slogan ‘Ganyang Malaysia ( ) 19) Tuntutan terhadap Sabah merupakan sebab Presiden Macapagal menentang gagasan pembentukan Malaysia ( ) 20) Donald Stephen ialah pemimpin parti USNO ( ) |
Set Soalan Pengukuhan 2/08: Esei
Sila jawab soalan di bawah dengan fakta, huraian dan contoh yang munasabah.Skema jawapan akan ditampal pada hari Isnin depan (11/8/08). Anda dialu-alukan menghantar jawapan anda untuk semakan guru. Selamat menjawab. |
Sunday, 3 August 2008
Mengingati Peristiwa Berdarah Muslim Bosnia
Dia seperti beribu-ribu wanita Muslim lain, dipaksa keluar dari bandar itu selepas ia dikuasai pihak Serb pada 11 Julai 1995. Sejak itu, dia tidak pernah melihat ahli keluarganya.
Ikrar Kemenangan
IKRAR KEMENANGAN SPM SEJARAH 2008M Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Kami berikrar… Sesungguhnya kami, hanya menuntut ilmu keranaMu, Demi mengharapkan redhoMu, Mengharapkan ehsan dan keberkatan dariMu. Sesungguhnya kami, berazam untuk menggapai kecemerlangan, Tidak akan berundur, tetapi.. akan terus mara berjuang.. Sesungguhnya kami, tidak akan pulang… Melainkan, membawa ‘A1’ dalam genggaman… Sesungguhnya SEJARAH, adalah sangaattt senang, ‘A’… tidak menjadi masalah buat kami… Kami akan tersenyum dan terus tersenyum memburunya.. Sesungguhnya kami, tidak akan malas dan lemah, Akan tetapi, terus kuat dan gagah perkasa. Sesungguhnya kami, tidak akan mudah merasa puas Akan tetapi, akan terus gigih berusaha, dan berusaha tanpa jemu. Ya ALLAH! Bantulah perkenankan kemenangan kami.. Kerana kejayaan ini ..adalah demi ummah, dan Izzah agamaMu. Ya ALLAH! Jadilah saksi ikrar kami.. Kerana hanya kepadaMu, kami berserah diri. Takbir 1x |
(Nota: Ikrar ini akan dibaca oleh penghulu Pui Sejarah SPM '08, saudara Aizat sebelum dan selepas kelas untuk mendorong motivasi murid mecapai kejayaan)