Hati-hati yang berdetik..

8 Jun 2008

memory di hati..

lagu yang paling aku suka sejak kecil lagi... pertama kali dgr sewaktu aku skolah rendah di johor..

Ku cari Damai Di Hati

Mengapa kau tergamak sungguh

Memperdaya harapan ini

Tunas kasih yang aku semai

Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan cinta

Manis kata di bibir saja

Lembut lidah mengukir janji

Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap

Bila kau berubah sikap

Ku sedar siapa diri ku

Kau buat tempat berteduh

Semoga engkau bahagia

Di samping kekasih baru

Andainya engkau kecewa

Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri

Yang mencari damai di hati

Airmata basah di pipi

Tak mungkin dapat membasuh luka



memory yang dekat di hati..

mengintai wajah dari serak cahaya rembulan..

abadi kenangan terpahat di hati..

semarak kasih bersemi abadi..

ermm..

s t c d...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
terpulang...

pertemuan seribu erti..

Pertemuan seribu erti…

Ptg tadi aku dan suami mendapat pelawaan dari seorang teman lama semasa sama2 berkhidmat sbg warden dl..


C’mail dah cal bgtau anak2 nya ada dirumah, dia dah k’milah kuar skjp.
Ingtkan ada kenduri doa slamat atau apa2…bila sampai je hanya kami. Aku buka je pintu keta..terus diterpa oleh anak2 nya…ayid, udin dan izati bersalam cium tgn..akish masih tido dia atas..
Terdetik di hati..rasa terharu…sejak baby ku kenali...dah besar rupa2 nya anak2 ini..
Dah lama juga rupanya aku tidak bertemu mereka kerana setahun yg lalu aku tiada di penang. Mendengar celoteh udin dan ayid buat aku dan suami trasa spt mereka begitu dekat di hati..


Pelukan erat k’milah dan senyuman mesra c’mail begitu menyentuh hatiku…terasa spt saudara sendiri. K’milah mberitahuku sewaktu memasak didapur, c’mail sengaja menjemput kami datang semata2 kerana nak bersembang spt dulu2….kerana dah terlalu kami tak jmpa lantaran tuntutan tugas saban hari.

Terlalu banyak suka duka yg sama2 kami lalui sepanjang di Al****. Segala pengalaman manis dan pahit sepanjang kerjaya di Al**** benar2 buat kami menghargai persahabatan ini. Benarlah pendapat sesetengah org..kadang2 sahabat lebih jauh baiknya dari saudara sndiri..

Aku benar2 bangga dapat mengenali dua insan ini yang langsung tiada talian darah denganku tapi mempunyai hati yang cukup besar dan murni.
Semoga persahabatan ini kan berkekalan hingga ke akhirnya..
aku n anak2 yang menyentuh hatiku...



Jika boleh menggapai pelangi…pasti indah warna pelangi itu ku saluti ke hati kalian…

7 Jun 2008

sakit kepala..

dah 2 hari aku sakit kepala. niat di hati nak siapkan soalan ujian bulanan..tertangguh dari semalam. isnin skolah dah buka...soalan belum siap. kat luar pulak ujan lebat..kain di mesin belum bersidai..aku gagahkan jugak mengadap laptop...akhirnya terburai isi perut. muntah lagi...
salu sgt kalau sakit pala aku akan muntah...lemah rs badan. suami suruh aku tido je tapi aku tahu kl aku tido pun sakit takkan hilang...
sakit di pala buat hati aku pun sakit..pedih...
ni aku amik dr satu laman farmasi...
moga dapat kita jadikan panduan bersama..

Sakit kepala adalah gejala yang paling biasa di dalam kebanyakan penyakit. Adalah penting untuk mengenalpasti punca sakit kepala dan belajar untuk menanganinya, supaya sakit dapat dikurangkan.

Jenis-jenis Sakit Kepala

Sakit Kepala Yang Tegang
Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

Migrain
Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.

  • Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan perubahan fikiran.

  • Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.

  • Bentuk migran lain yang lebih jarang

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

Sakit Kepala Berkelompok
Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah
Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

Penigkatan Tekanan Pada Otak
Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

Keradangan Pada Selaput Otak
Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala
Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)
Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyakit Telinga
Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit
Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

Punca Toksik Dan Metabolik
Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.



Faktor-faktor Pencetus

  • Stresv Corak tidur yang berubah

  • Alkoholv Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh

  • Cahaya yang terang

  • Kelaparan

  • Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat

  • Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej

  • Kesan pengunduran dari kopi (kafein)

  • Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmasi anda

  • Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga

  • Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap


Pengendalian

  • Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya

  • Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).

  • Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).

Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.

Berjumpa dengan doktor jika

  • sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.

  • Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.

  • Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.

Tabiat Baru

  • Belajar untuk beristirehat

  • Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda.

  • Senam selalu dan jadilah bertenaga.

  • Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.

  • Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.

  • Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.

  • Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.v Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.

  • Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.
Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.







....tapi aku jarang nak ikut...

padang besar n adik ipar...

Salam…

Sakit kepala masih lum ilang..sume gara2 ladang tebu saujana mata memandang. Berpuluh kali ke padang besar, perlis…namun aku tetap alah..macam fobia lak…asyik sakit je pala ni bila melalui ladang tebu…panas membara. Tapi rini pemandangan indah sungguh…sempat la snap 2 3 keping gambar.
Ehh lupa…Welcome utk adik iparku… Slamat menjadi warga utara..hehee…leh le join kza ekk…kita konvoi balik kg malam2 nnti ikut hway grik. Sebenarnya adik ipar aku ni dah bertahun di Muar, Johor. 1 Jun yang lepas dia bertukar ke Sg Petani kerana mengikut husbandnya…
So kul 9 pagi td kami konvoi ke Padang Besar, Perlis….

comei kan...damai je..

suasana dr atas...cuti org ramai..



pilih bag yang nak dibeli..
adik ipar khusyuk pilih gelang... emas??
wajah-wajah aku....
muka ceria aku waktu nak bertolak ke pdg besar...


malas nak senyum...merajukkan sesuatu..


muka bosan menunggu terlalu lama..

hanya ini yang berkenan di hati....
monobo jenama dia....
10rm wey.....
lembut je di kaki...heheee..
ijau ...
*
*
*
*

5 Jun 2008

mybulan..

"intai cahaya Bulan, antara nampak biar kerinduan.."


salam...
tertarik dengan nick seorang teman yang jejakkan kaki ke blog ni...
monbulan namanya...

mon is bulan...n bulan is mon...

time kaseh kerana sudi luang bbrpa minit disini...
dan entry ini khas utk anda..
walau siapa pun ada...walau dimana pun anda berada...dan walau apa pun jantina anda...
semoga kesejahteraan dan keceriaan sentiasa melingkari hidup anda...



"walau dimanapun kita berada,
kita tetap menatap bulan yang sama"


i'll let u go if u say so...

.
.
.
.
.


last from me.............................
takkan lagi................................
terima kaseh............................
jaga diri.....................................




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
i'll let u go if u say so......end.

5 jun'08...3.36pm..