Showing posts with label Melancong. Show all posts
Showing posts with label Melancong. Show all posts

Saturday, May 23, 2015

SHORT TRIP PERCUBAAN UNTUK ISKANDAR

Assalamualaikum ...

Menyepi lagi! Haih, tenggelam timbul betul blogger picisan nan sorang nie. Blog dah bersawang sikit, barulah nak menjelmakan diri. Tabiat baru aku sebagai blogger. Hiks! Dah on blog. tak tahu plak nak menaip hape. Buntu kejap. Urat perut banyak putus masa bersalinkan Iskandar tu memanjang buntu. Eh, Ada kena mengena ke? Confuse aku apa kaitan buntu dengan czer plak kan. 

Nak cerita apa ye? Owh, cerita yang masih segar dari ladang bebiri. Last 2 weeks aku pergi Melaka. Short trip. Bukan sesaje jenjalan tapi acara serampang dua mata. Berjalan-jalan dan memenuhi jemputan kenduri. Kawan hasben jemput ke majlis tahlil dekat Melaka on Sunday. Rumah kawan hasben tu dekat Bukit Katil. And hari Sabtu plak ada juga kenduri tahlil dekat Pedas, N9 ... kawan hasben juga yang jemput. Nampak sangat aku kekurangan kawan-kawan. hukhukhuk. Memandangkan kenduri di Pedas hari Sabtu dan kenduri kat Melaka tu hari Ahad, so hasben cakap baik kita stay semalam kat Melaka. Pedas dengan Melaka kan dah tak jauh mana pun. Dari kenduri di Pedas tu terus ke Melaka and check in hotel. Eh sukelah sangat hati ni. Sejak mengandung mana ada jenjalan. Nak-nak tido hotel, takde langsung. Ibarat pucuk dicita ulam datang mencurah-curah!

Anggaplah short trip ni sebagai percubaan bawa Iskandar jenjalan jauh sikit dari rumah wan dia kek Seremban tu. Dan percubaan Iskandar tidur hotel. Risau juga nak bawa Iskandar ke kenduri atau expo atau shopping complex bagai. Sebab Iskandar tak suka tempat yang havoc semacam. Nanti dia punya cranky pun mendatang. Semput terus mommy time tu kalau anak cranky! Ingat lagi masa pergi expo baby dekat Dewan MPS Seremban ... bukan main meragam dia. Pujuk-pujuk pun tak jalan. Naik haus aku memujuk. Sama juga masa bawa gi expo baby di SACC Shah Alam, meragam jugak. Jenuh memujuk. Sambil pujuk anak, sambil urut dada. Nak naikkan tahap kesabaran ke langit ketujuh.

Masa dekat kenduri di Pedas, Iskandar sangatlah behave. Iskandar macam tahu je Babah dia nak borang dengan kengkawan yang jarang-jarang sangat jumpa tu kan. Baik je dia. Bila dah bosan sangat duduk, berdukung ... bila aku dah lenguh dukung, aku bagi plak hasben dukung. Lantaklah menyembang ngan kawan sambil dukung anak ... hahahah, harap ada feel lah berceirita ye sayang. Sampailah Iskandar dah bosan dan ngantuk baru dia buat perangai. Itupun kejap je. Aku tepuk-tepuk sikit montot dia, terus tido. Alhamdulillah, baiknya anak soleh mommy nie. Lepas kenduri dekat Pedas terus kita orang shot ke Melaka, check in hotel kat sana. Nasib hotel best, book through agoda. Itupun last minute. Dapat juga rege murah dan berbaloi-baloi.

Dah masuk bilik hotel, mandikan Iskandar ... dah mandi, sejuk-sejuk Iskandar asyik nak lelap je. Walhal dalam kereta dah tido. Mentang-mentanglah tilam empuk ... bilik sejuk dengan aircond, lepas susu je nak tido. Iskandar tido kejap je, sebab 8.30pm tu kitaorang keluar pi cari makan. Lapar. Walaupun lauk pauk kenduri sedap sangat., tapi aku tak boleh makan banyak. Semuanya lauk pauk adalah species berapi. Daging masak lemak cili api, perut masak lemak cili api dengan rebung, rendang daging berapi, masak lemak cili api telur itik dan yang tak berapi cuma ayam goreng je. Yang lain semua berapi dan meletops! Malam tu kitaorang pergi cari asam pedas. Datang Melaka tak merasa asam pedas macam tak best. Yang kesian kat Iskandarlah, tidur dari hotel kena kejut ... masuk kereta tido balik pastu sampai kedai terus tak bangun dah. Penat sangat. Kenalah makan sambil baringkan Iskandar. Dah ada anak nie, nak makan pun tak boleh feel sangat, cukup sekadar kenyang dah le. Tempat makan asam pedas nie nanti aku story ye, dah lupa. Nanti aku tanya hasben sebab dia yang simpan segala gambar. Aku masa tu sibuk dok tepuk2 montot Iskandar. Sekarang nie, bab ambil gambar semua serah dekat hasben, sib baik hasben sporting.

Alhamdulillah, Iskandar berjaya untuk percubaan short trip ke Melaka ni. Dan juga berjaya behave sangat dekat kenduri tahlil kawan-kawan hasben. Tak meragam sangat la. So selesa la babahnya borak gaya orang bujang. Ketawa berdekah-dekah! Iskandar yang pandang pun confuse ... apakah ini kehidupan? Jumpa orang yang ketawa besar-besar sampai nampak anak tekak?

Next trip, akan berlakunya percubaan trip Iskandar ke utara. Trip yang memakan masa 5-6 jam dalam kereta. Iskandar dah 2 kali melalui trip utara selatan, tapi masa tu baru umur 7 hari. So, kebanyakan masa memang tido ajelah sementara nak tunggu sampai ke rumah aku di aloq staq sana. Trip kedua masa balik dari utara ke Putrajaya, keadaan masih terkawal sebab Iskandar juga masih banyak tido dalam kereta. So, mommy ngan babah bercintan cintun la macam orang baru akad nikah kekdahnye ;p! Now, Iskandar dah cerdik ... dan pandai buat perangai dalam kereta. Umur 5 bulan nanti akan berlaku trip ke aloq star ... harap2 Iskandar behave hingga langit ketujuh hendaknya. Janganlah nak cranky tak menentu ye anak soleh mommy nie.

Nanti aku akan update hotel yang best aku lepak kat Melaka hari tu. Bagi aku dan berdasarkan kemampuan aku, hotel nie menarik juga la. Paling best tilam dan bantal dia yang empuk sangat. Rasa taknak balik pun ada ... kihkihkih ....

Ada masa aku update lagi ye ... ;p


Love, mommy Iskandar.

Wednesday, August 28, 2013

OVERSEA

Assalamualaikum ...




Semua orang ada impian nak melawat negara luar. Nak luaskan pemandangan dan pengalaman hidup. Tapi sebenarnya bukan semua orang berpeluang untuk berbuat demikian. Semuanya ada kekangan. Kekangan kewangan, kekangan masa ... dan lain-lain kekangan yang sewaktu dengannya.

Macam aku, memang dari dulu mempunyai impian nak ke oversea. Nak merasai musim sejuk ... nak main gelungsur salji tu, nak rasa musim bunga ... nak tengok bunga yang cun-cun kat sana. Nak juga merasai musim luruh. Semua musimlah yang ada. Walaupun aku tahu, dok Malaysia nie lagi untung sebab banyak musim. Musim durian, musim hujan, musim panas, musim kemarau ... musim rambutan ... bla bla bla.


Sekarang nie aku sedang merancang ... merancang nak pergi Australia tak pun New Zealand. Pergi jalan-jalan bukannya shopping pun. So, aku bagi masa pada diri sendiri dan keluarga aku nanti tempoh 1-2 tahun untuk kumpul duit. Kenalah kumpul duit sakan kan ... Ini cuma salah satu impian hidup aku. Nak juga merasai pengalaman macam abang aku yang boleh travel ke luarnegara. Best je tengok dia. Dah la pi oversea ditaja. Tak perlu kuar duit sendiri dengan banyaknye. 

Jadi tetamu Allah pun impian aku juga ... aku rasa impian semua orang juga, Tapi yang nie kenalah penuhkan ilmu di dada dulu. Bukan sebarang tempat, tempat mulia nie. Jadi kena betul-betullah. Aku selalu cakap ngan si teman, "saya nak pergi menunaikan haji dengan awak suatu masa nanti ....!". Ini impian hidup aku dengan dia. Harap-harap adalah rezeki kami nanti ;)




#tetiba petang2 nie cerita pasai oversea ... mulalah nak berangan. hu hu





CK : Kenapa dorang nie semakin2 menjadi2 busuk hati .... sedihnye aku ;(

Monday, January 28, 2013

MUZIUM KAPAL SELAM, PANTAI KLEBANG MELAKA

Assalamualaikum ....




Hye ... u'olls!!


Hari nie aku nak bawa korang jenjalan. Jenjalan dalam blog ajelah. Nak melawat Muzium Kapal Selam dekat Pantai Klebang Melaka. Masa aku pergi Melaka untuk celebrate birthday aku bulan September 2012, muzium kapal selam nie tak dibuka pun untuk orang ramai. Penat je pergi ... dah la panas! hu hu


Bila aku buka laman web Perbadanan Muzium Melaka, barulah tahu bahawasanya, kerja-kerja baikpulih Kapal Selam SMD Quessant Melaka nie telah siap dilaksanakan pada 10 September 2012. Tapi hanya dibuka kepada pelawat bermula pada 1 Disember 2012. Kiranya baru nak masuk 2 bulanlah ia dibuka untuk orang awam.


Kat sini aku cuma nak tunjuk gambar ajelah ... luaran sahaja ... gambar dalam kapal selam non hado. Ini pun si teman yang snap semua gambar. Kapal yang bapak besar nie nampak cam cantiklah pulak dalam gambar. Ke cantik sebab tangan yang mengambil gambar ini? he he he kalau si teman baca mahu kembang kuncup kesayangan aku sorang nie.

Pandangan yang tak berapa jauh .... di tanah lapang sana!!


Ekor kapal selam dengan kipasnye yang macam bunga je ...


Tangga untuk masuk dalam kapal selam! Confuse ... boleh masuk ke tak sebenarnye ni??


Ramai orang sedang menjakunkan diri melawat kapal selam ini .... besaq habak hang ...


Pandangan hadapan .... dah tak rupa kapal selam dah.


Notis board! he he he


Untuk masuk ke muzium ini, harga tiket adalah RM1.00 bagi dewasa dan RM0.50 bagi kanak-kanak. Murah! Berpatutan ... 


 Waktu Lawatan

9.00 pagi hingga 5.00 petang - Isnin hingga Khamis

9.00 pagi hingga 6.30 petang - Jumaat/ Sabtu dan Ahad

Untuk keterangan lanjut mengenai muzium ini, korang call la kat no. nie ye .. 06-282 6526



Cuti  ganti Thaipusam nie boleh la bawa anak-anak melawat muzium, biar celik sejarah sket ... he he he!!






CK : Masih lagi entry autopublish ... =) ! Lamanya aku diperbatasan!! he he he