Showing posts with label Masa Depan. Show all posts
Showing posts with label Masa Depan. Show all posts

Friday, February 6, 2015

SEMAKAN PERMOHONAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun menunggu dan entah berapa kali cabutan ... akhirnya permohonan aku mendapatkan rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) berjaya jua akhirnya. Memang rezeki anak sungguh!. Masa aku isi permohonan PPA1M, aku belum pun kahwin. Dan takda perancangan pun nak kahwin sebab masa tu aku sendiri tak pasti haluan hubungan aku dengan si dia. Taknak berharap takut kecewa lagi kan. Aku ni sensitif bab kecewa-kecewa neh. ngeh ngeh ngeh. Muka je ganas, hati macam agar-agar ... lembik!

Bila tak fikir sangat soal nikah kahwin nie, aku decided merancang kehidupan sendiri. Of course la nak sangat ada rumah sendiri masa tu. Bila Perbadanan Putrajaya buka permohonan PPA1M, aku adalah antara yang terawal hantar borang. Kalau tengok pada list masa hantar borang, aku orang yang bawah 20 no. penghantaran borang tak salah aku. Kat area Selangor ... Putrajaya ... rumah adalah mahal. Bila PPj dan Kerajaan decided buat rumah PPA1M dengan harga yang boleh dikatakan agak berbaloi, why not aku memohonkan. Dengan harapan, Inshaa Allah ada rezeki aku, memang tak ke mana. Aku pun selesa menjalani kehidupan di Putrajaya. Salah satu sebabnya, Putrajaya nie sunyi ... suasana macam kat UUM tempat aku pernah cedok ilmu selama hampir 4 tahun. Lagi satu, boleh dikatakan Putrajaya agar selamat dan bandar dia tersusun. Sebab itulah aku pernah letak azam dan impian untuk ada rumah di Putrajaya. Alhamdulillah, segalanya bakal jadi kenyataan ... walaupun sekadar mampu beli apartment! 

Untuk korang yang pernah memohon PPA1M nie bolehlah buat semakan di laman web PPA1M atau di laman web PPj. Cuma masukkan no. i/c sahaja. Hari ni dah boleh start print surat tawaran bagi pemohon yang berjaya untuk cabutan Fasa 1/Siri 5 macam aku.

Dah semak tu, kalau berjaya jangan lupa print surat makluman keputusan undian. Lepas tu hantar maklumbalas persetujuan sebelum 12 Mac 2015. Kalau tak hantar persetujuan tu, bermakna korang ni menolak tawaranlah. Kira tak berminat. 

Apartment PPA1M yang aku dapat nie akan siap dalam masa 2 tahun. Inshaa Allah. Sebelum dapat rumah nie, aku dah bincang dengan hasben nak cari rumah area Sendayan atau Seremban. Nak rumah teres sebab senang aku nak bercucuk tanam. Pernah juga merancang nak beli tanah dekat kampung mertua, senang boleh design rumah atas citarasa sendiri. Bila dah dapat rumah PPA1M nie, rasa hilang satu permasalahan dan pencarian kami. Bercucuk tanam dalam pasu lah jawabnya macam sekarang. Apapun, kami suami isteri tetap berazam nak beli rumah teres atau semi-D juga suatu masa nanti. So, apartment nie sebagai permulaan hiduplah kiranya. Kita merancang dan usaha, selebihnya Allah jua menentukan. Harap-harap diperkenankan Allah swt hendakNya, Ameen.

Korang yang mohon PPA1M jangan lupa semak ye.....Bagi yang belum memohon, permohonan bagi Fasa 2 akan mula dibuka pada 12 Februari 2015 hingga 12 Mac 2015. Jika berminat, silalah mohon ye.



p/s : Rumah sekarang makin lama makin mahal.



Sunday, February 17, 2013

FRESH FLOWER

Assalamualaikum ...






Aku ingat nak buat sendiri hantaran tunang dan kahwin nanti. Dan aku juga fikir nak guna fresh flower dekat hantaran macam adik aku hari tu. Simple tapi cantik, cuma kos tinggi sikit. Memang aku dah berkenan habis.


Tapi bila fikir balik, kalau buat hantaran guna fresh flower kena gubah last minute. Gubah awal-awal bunga layu. Semua nie buat aku pening kepala sekejap. Dah la cuti Tahun Baru Cina baru nie, aku dan si teman pergi cari kain untuk akad nikah. Nak buat hantaran. Pasal memilih warna pun dah jadi satu "cabaran". Kena usaha cari titik persamaan cepat-cepat.


Berbalik kepada hantaran yang guna fresh flower tu, aku rasa kalau betul-betul nak guna fresh flower kena pula menyusahkan adik-adik aku pergi beli. Adik mesti kena tolong kakak. he he he. Tapi adik sulung aku dah la dengan anak kecik. Dan dik aku yang kahwin hujung 2012 dah nak bersalin bulan 8 nanti. Bunting pelamin. Hebat laki ko! ha ha ha semua family kami terkejut sebab dia boleh decide nak preggy awal. Okeh, aku faham ini rezeki Allah swt. 23 tahun dah nak jadi ibu. Dalam masa yang sama dia seorang staff yang juga student part time. Bachelor. Hebatkan? Aku pun tak mampu lakukan semua tu macam adik aku. Sebab itulah dulu, masa ayah aku tanya nak keje ke nak study?? Aku pilih study terus sampai dapat degree. Aku tak suka banyak komitmen dalam satu masa. he he he he. Otak malas fikir, macam inilah.



Aku suke yang simple macam nie! Sedap mate memandang ;=)


So, sekarang nie banyak benda aku start fikir dan mula pening secara pelan-pelan. Macam nie ke persediaan mendirikan masjid?? Banyak benda nak kena fikir .... dari sekecil perkara sampai sebesar-besar perkara! Semoga dipermudahkanlah hendakNya! Amin.









CK : Aku bengang betul dengan line Maxis, meranapkan credit aku jer! Mulalah terfikir nak tukar kepada Celcom tak lama lagi. Siaplah kau Maxis ...

Sunday, December 30, 2012

ALHAMDULILLAH ... & TERIMA KASIH AWAK SERTA KELUARGA!

Assalamualaikum ....





Berkongsi kegembiraan dengan semua ;=)! 



Semalam aku sibuk buat senarai bagi majlis 2013 (In Shaa Allah, moga dipermudahkanNYA). Si teman dah suruh buat siap-siap dan letakkan anggaran bajet yang perlu. Planning nie hanya melibatkan kami berdua sahaja tanpa pengetahuan family buat masa sekarang. Nak prepare apa yang patut, then 2-3 bulan sebelum engage baru nak inform family kedua-dua pihak. Yang tahu cuma Allah, kami berdua, my BFF yg tahu cerita di sebaliknya dan korang yang baca blog aku nieh .... ngeh ngeh ngeh


Aku takdelah nak bagitahu awal-awal my family, sebab nak confirmkan betul-betul dulu. Belajar dari pengalaman lalu plus taknak lagi terluka buat 2nd time. So, aku decide biar aku dan si teman prepare apa yang patut barulah khabarkan niat suci murni kami mendirikan masjid. In Shaa Allah! Sebenar-benarnya, kami hanya merancang dan selebihnya hanya pada Maha Pencipta kami berserah.


But semalam, si teman dah up dekat wall FB dia tentang mesyuarat keluarga untuk majlis adik dia hujung Januari 2013! Aku pun like je ... tanpa ada apa-apa perasaan di sebaliknya. Dan tanpa ada apa-apa untuk aku fikirkan masa tu. Kosong.


Sebelum aku start makan malam semalam, si teman call, "saya baru habis mesyuarat pasal majlis kahwin adik saya dan majlis kita juga!"! Boleh dengar suara dia disusuli dengan senyuman dan kegembiraan. "Boleh nampak!".


What???


Dan aku pula di hujung talian ... rasa sebak dan terharu tetiba datang! Alhamdulillah ... Dia cakap bro and SIL dia dah tanya pasal masa depan dia (mean kahwin). Bila dan siapa? Siap ada pesanan, jangan buat dalam tempoh terdekat .... sebab nak settlekan dulu majlis adik dia. Family si teman semuanya dah kenal aku. Kenal tapi tidaklah serapat mana. Bila jumpa pun setakat senyum, walhal sebelum kami serius aku dah kenal family dia. Aku juga lebih kenal kawan-kawan rapat kampung dia sahaja.



Tapi, family aku tak kenal sangat dengan si teman. Mak & abang aku pernah jumpa dia. Itupun dulu-dulu punya cerita! Yang kenal cuma rapat cuma adik aku yang sulung. Itupun dulu-dulu punya cerita juga! After kami stop relationship suatu masa dulu-dulu, aku dah tak pernah story mory about him to my family. That time aku dah pasrah and redha atas apa yang berlaku atas hubungan kami. Namun, baru aku tahu ... setiap apa yang berlaku dan menimpa kami, rupanya ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Hanya Allah swt, family si teman dan kami berdua sahaja yang tahu .... mengapa dan kenapa? Dan yang lebih-lebih dan Maha Mengetahui hakikatnya cuma Allah swt.



Sebelum letak phone .... aku cakap, "Terima kasih awak!". Sambung rasa sebak, dan airmata gembira mengalir dengan sendirinya! Ya-Allah, anugerah apakah ini?? Syukur padaMu, walaupun aku tahu tersembunyi cabaran di dalamnya. Aku perlukan kekuatan mental dan jiwa sebenarnya!



Kegembiraan dan rasa terharu aku bukan kerana perkhabaran soal perbincangan majlis kami, tetapi kerana family si teman menerima aku yang In Shaa Allah akan menjadi suri hidup kepada si teman. Syukur Alhamdulillah ... restu dan izin fmly amat penting buat aku. Sebab itu yang diajar oleh mak ayah aku sejak kecil.


Namun,


Yang menjadi cabaran buat aku adalah .... "macam mana aku nak cakap dekat mak ayah aku perihal ini??"! Satu cabaran! Macam mana nak mula? Apa benda nak cerita? Reaksi mak ayah aku lagi? Penerimaan mereka? Setuju ke tidak? Kenapa dia menjadi pilihan?


Kerana aku adalah anak ayah, menjadi kesukaran aku untuk meluahkan segalanya. Setiap kali mula bersuara, airmata yang turun dulu! So, aku kena fikirkan cara yang terbaik untuk bercerita dengan mereka nanti. Tenang. Tenang. Tenang.


Pelbagai persoalan bermain di kepala aku semalam ... beserta airmata yang mengalir tanda syukur bila cerita kami mendapat respon yang baik dari fmly si teman. Selama ini, kami menyembunyikan banyak perkara. Terutama kelukaan! Biarlah kami hadap berdua. Cakap-cakap orang yang bersuara hingga menjadi fitnah. Susah senang ... yang hampir pejam celik pejam celik memakan masa hampir 8 tahun. Bertemu berpisah ... bertemu berpisah ... kasih beralih arah kembali semula. Macam-macam! Allah swt banyak memberikan kami dugaan untuk kami perbetulkan banyak kesilapan dan memberikan kami pengajaran yang tiada siapa tahu. Kenapa dan mengapa?


Dan kerana perkhabaran gembira itu, barulah aku nekad menukar status aku di FB ... kepastian itu penting buat aku. Kerana aku memberi ruang dan peluang bukan untuk suka-suka. Hidup aku bukan untuk suka-suka dalam soal hubungan kasih sayang. Tapi untuk membina jalan yang halal dan mendapat rahmat dari Allah swt.





Sesungguhnya baru kini aku faham akan hakikat Jodoh. Kenapa cepat dan kenapa lambat? Salah satunya, biar pun kita merancang sehebat mana sekalipun, perancangan Allah swt jua yang terbaik buat kita sebagai hamba. Jika kita telah membuka hati dan pemikiran kita sepenuhnya soal ijabkabul ini, In Shaa Allah jodoh itu akan datang dengan mudah. Dan moga dipermudahkanNya! 



Namun, jauh di sudut hati aku .... biarlah segalanya dalam ketentuanNya! Hanya DIA lebih tahu ... semuanya segalanya! Aku mendoakan yang terbaik ... terbaik dalam ketentuan Allah swt.



#Buat awak dan keluarga, terima kasih atas segalanya! Moga yang mudah ini dapat dipermudahkan dan dilancarkan semua. Doakan saya moga ada kekuatan dan ketabahan ... dalam menghadapi setiap perkara yang baik ini. Ameeen.




#Doakan aku! Terima kasih ....






CK : Bila kita meniatkan untuk mendirikan masjid ... sedang membeli batu-bata, simen, pasir dsbnya ... di dalamnya penuh dengan dugaan. Moga aku dan dia kuat untuk menghadapinya. Paling penting moga segalanya dipermudahkan Allah swt! Ameeen ...