Showing posts with label Hujung Minggu. Show all posts
Showing posts with label Hujung Minggu. Show all posts

Friday, March 18, 2016

KARNIVAL KELULUT PUTRAJAYA 2016

Assalamualaikum ...


Esok Sabtu, dah cuti lagi. Kalau korang takda plan nak ke mana-mana, jomlah memeriahkan Karnival Kelulut dekat Taman Botani Putrajaya ni. Last week dah layan Hot Air Balloon kat Putrajayakan? Kali ni layan karnival kelulut pulak. Penghujung cuti sekolah ni, masih sempat bawa anak-anak jenjalan!! Dan anak-anak pun boleh kenali spesies kelulut  sekali ..... bestkan!







Aku pun Inshaallah akan pergi juga kot. Nak tengok demo masakan sekali. Pastu sesambil la bawa anak soleh menikmati kawasan taman. Almaklumlah, budak comel  tu dah boleh berjalan ... memang enjoi sket la bawa dia jenjalan.

Ada juga acara untuk kanak-kanak. So, takdelah anak korang boring kat sana nanti. Lepas dah penat nak balik tu nanti boleh beli madu kelulut. Ada jugak buah tangankan .....

Sumber info : FB PPj




p/s : aku busy giler dengan keje bertimbun. so blog terabai adalah perkara biasa ;(

Sunday, January 18, 2015

DIALOG SUAMI ISTERI

Assalamualaikum ...

Bukan dialog 18sx ke hape ye. Walaupun namanye dialog suami isteri. Sejak aku dah hujung ngandung nie aku dah jarang sangat nak pillow talk. Hasben dok leka layan aku merengek cari posisi tido yang selesa. Terpaksalah dia layan dan terpaksa juga dia bersengkang mata untuk aku. Ini bukan kes mengada, memang sakit sungguh time nak tido. Ibu mengandung je yang tau .... kan kan kan.

Semalam aku dah kabor, hasben keje. So, 6.30pm baru dia balik. Kira seharianlah tak bertentang mata jauh sekali nak minta dia urut sana sini. Kira seharian juga aku kena layan diri sendiri. Sakit sana sini pun sendiri. Sesekali je dok wassap hasben cakap susah nak bangun la. Lenguh kaki la. Kebas la. Takleh la wassap all the time kan, mengganggu keje plak,. Haihs bini sapa la nie kan. Sib baik hasben call-call juga tanya dok buat apa. Hah, dia pun risau kot aku sakit nak terberanak. Aku nak berry-berry pun dia tak bagi aku teran sangat .... katanya risau terberanak dalam toilet kang. Siap pesan suh bawa hp masuk toilet. Wakakaka ... nampak lawak, tapi hasben cakap untuk keselamatan better bawa! Yelah, dua-dua kan pestime nak jadi mommy and babah ... nebes, cuak dan fikir macam-macam tu semua ada dalam kepala. 

Bila hasben balik keje semalam, aku tak terus masak untuk dinner pun. Amek kesempatan borak-borak dulu. Sehari tak jumpa. Rindu plak. Eh, ngades tau! hiks hiks hiks. Aku setakat buat nescafe o panas dengan roti eskrem. Dah tu sambil layan drama Asam Pedas Untuk Dia. Pestime tengok drama nie. Macam best. Hasben pun layan juga. Tengok pun dah tengah-tengah jalan, so tak faham sangat jalan cerita dia. Tapi takpa nanti aku boleh layan kat tonton je. Dalam drama nie, ada sorang awek .. pi minta kerja jadi orang gaji rumah Haji Marzuki. Nak jadi oang gaji pun kena ada test. Awek nie kena masak asam pedas dengan bahan yang disediakan oleh isteri Haji Marzuki. Masa dok layan awek nie masak, tetiba terpacul dialog suami isteri neh ...


Wifey : Pelakon sekarang nie cantik-cantik ... dah la cantik dorang kebanyakannya pandai masak.

Hasben : Eh, bukan pelakon pun pandai masak juga ... tak semestinya pelakon je. Tengok isteri hubby contohnya pandai masak. Isteri hubby bukan pelakon pun ... cuma dia pelakon depan suami dia je. Takdelah masuk tv.....hahahahaha

Wifey : Looor orang cakap pasal pelakon la ... ye la muka cantik pandai masak, kira kelebihan la...

Hasben : Aish, isteri hubby walau takdelah cantik macam pelakon tapi dia tahu masak kira ok la ... Tak semua pelakon cantik la. Kadang hubby dok kat office teringat apa lakonan isteri hubby kat rumah. Buat hubby gelak dan senyum sensorang....Isteri hubby pun pandai gak berlakon. 

Wifey : Blueeeeeewwwwwweeeeeekkkk .....



Stress!! Kalau layan hasben aku borak camtulah. Dia suka sangat nak nyakat. Aku layan je. Kadang dia pun stress ngan aku sebab bila dia cakap ape-ape dalam keadaan serius aku buat lawak. Then untuk cover balik aku selalu cakap,  "isterikan penghibur hati suami ... nanti bila saya takda awak pasti rindukan saya!". Terus muka hasben aku berubah .... haks haks!

Yelah, masa ada ni lah kita nak hargai. Nak buat lawak. Nak buat itu. Nak buat ini. Semasa ada ja. Jadi gunalah ruang dan peluang yang Allah swt bagi.



p/s : Roda-roda kehidupan. Asam garam rumah tangga. Bangun pagi ni terus ngadap blog. Breakfast tak buat pun. Buntu nak masak apa!

Friday, May 23, 2014

RED BULL AIR RACE DI PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...


Dah suam acara ni ... dah habis pun baru nak update. Aku kan jenis update blog ikut suka hati aku. Takde kesinambungan langsung. Main taram je mana dan kan. Sabtu Ahad baru ni ada Red Bull Air Race di Presint 4 dan 5, Putrajaya. Gigih aku dan hasben ke sana. Tak pernah tengok race kapal terobangkan. So, mari kita saksikan ia. Julung-julung kali diadakan di Malaysia. Kat Putrajaya pulak tu. Tumpang bangga sekejap.

Ingatkan pergi hari Sabtu je layan air race tu. Aku dah kabor, untuk final race ni hari Ahad macam malas je nak pergi. Sebabnya aku pergi office. Ada keja. Malas aku nak ngomel panjang. Gambar dah lama terperam. Meh kita share sikit dulu. Ada banyak lagi gambar yang belum sempat nak edit. Kemudian-kemudianlah. Aku ni busy, tak sabar nak habeskan bulan Mei. June nanti harap-harap tak busy macam sekarang. Semput achik tau!


Masa aku dah hasben sampai, dorang ni tengah sibuk nak alihkan banner kat tepi tasik nie. Untuk first entry Redbull kita layan suasana yang ada dulu. Aku ni kan spesies suka tengok orang bila pi event. Seronok pulak tengok gelagat orang nie.


Siap ada yang bawa tikar macam berpiknik pun ada. Bentang tikar. Lepak ramai-ramai anak beranak. Omputih ni sibuk je bincang apa ntah, pasai Redbull kot. Tak pun dia mesti cakap, cantik betul Putrajaya! ekekeke. Tengok si baby sampai tertidur di bahu ayahnye. Dah la panas. ... sian baby! 


Suasana. Orang ramai. Bangunan 4 sekawan.


Inilah acaranye! Red Bull Air Race. Bersambung di entry akan datang. ta ta ti ti tu tu .....




p/s : Seronok tapi panas dan berlengas