Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru

            Selamat hari guru aku ucapkan kepada mereka yang bergelar guru..Guru atau cikgu adalah insan yang mendidik kita semua menjadi manusia yang terbaik.. Tanpa mereka , membaca, menulis , mengira , menyanyi , bersukan mungkin kita tak perolehi..Aku pun pendidik juga.. tapi mendidik anak-anak di peringkat awal..Berat tugas aku sebenarnya...aku memang bercita-cita menjadi pendidik , tapi di peringkat rendah atau menengah..tapi rezeki tak menyebelahi aku..mohon banyak kali , hanya sampai temuduga bertulis je..

             Dulu lepas spm angan-angan aku memang tinggi, kalau dapat jadi cikgu , aku nak mengajar kat sekolah kampung o pendalaman... siap cakap nak mengajar yang luar KL o Selangor..hehehe..tak tau la memang jiwa kekampungan aku ni..walaupun mak abah aku orang bandar ..

            Sekarang ni, dapat rezeki sambung belajar..Rezeki Qayyim.. Alhamdulillah...Ambik KDPM , ,, Tapi mengajar masih di area PJ la... kalau dapat mengajar jauh tak nak kot,,yelah dah berkeluarga...hehehe...
Masa single dulu boleh terjah sana sini..hehehe..

           Apa apa pun Selamat Hari Guru la aku ucapkan kepada bekas-bekas cikgu aku..especially cikgu2
SRK Sungai Way Pee Jay (1988-1993) dan SMK Seaport Kelana Jaya (1994-1998).. Aku rasa ramai yang dah jadi atok dan nenek kot...hehehe...
" Bangun " "Selamat Pagi Cikgu"-(rindu nak sebut perkataan tu, dulu monitor)-hehe-

1 ulasan:

Liza Razak berkata...

teringat cikgu yang mengajar saya dulu..best gile mase belajar kat sekolah