Skip to main content

Teori konspirasi politik Neo-Ketuanan Melayu

Salam.
Dah lama benar tak update blog ni, almaklumlah sekrang praktikal, hujung minggu buat part time. Kesudahnya memang jarang melayari internet.

Kalu warga KL perasan kt sekitar KL tu sekarang penuh dengan bendera2 dan poster parti BN dan PR. Demam pilihan raya yang dijangka akan berlaku pada mac atau april kian terasa.

Dalam pada tu aku perasan kawan2 terdekat aku dah mula ada kesedran nak ambil tahu pasal politik. Mereka mula view utube dan tonton video2 Anwar. Aku kira PRU kali ni undi mereka mungkin untuk PR.

Pelbagai cerita aku dengar, gosip tentang politik. Bermula dari ideologi, manifesto hinggalah kepada peribadi seseorang pemimpin. Dan tentunya aku dengar dari kedua2 belah pihak. Yang penykong kerjaaan dan yang menyokong pembangkang.


Paling menarik ialah satu teori yang dikemukakan oleh 'Brother'. 'Brother' merupakan gelaran yang diberikan oleh kawan2 aku kepada seorang kawan aku ni. tentulah sebab dia lebih tua dari kami, hehe. Antara teori yang dikemukakan ialah :
  • Kejatuhan Anwar adlah dirancang bersama Mahathir. Mereka pura2 tak sefahaman
  • Tujuan mereka 'berlakon' berseteru adalah supaya kuasa politik sentiasa di tangan Melayu sebab itu Anwar ketua pembangkang.
  • Ini juga supaya Umno kekal lama memerintah dan memastikan pembangkang tak naik2 (Anwar kan org Umno asalnya)
  • BN sebenarnya boleh menang lebih kerusi pada pru yg lalu tetapi sengaja 'kalah' kpd negeri kepada pembangkang untuk meredakan kemarahan rakyat kerana dikhuatiri jika mereka kekal menang besar rakyat akan membuat revolusi.
  • Kerusi Lembah Pantai sengaja 'dimenangkan' untuk anak Anwar



Agak2 logik tak teori ni? hehehe

Comments