Beautiful Friends

Tuesday, May 30, 2017

Salam 4 Ramadhan..

Alhamdulillah..

Rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun pernah gambar dicilok.. walaupun ada yang markup harga gila-gila.. walaupun ada yang komplen upah memasak lauk-pauk kami mahal.. syukur.. masih ada yang percaya dengan air tangan kami.


Tambah syukur bila Cik Asben yang selama ini diketahui hanya pandai mengolah 'instruction' di hujung jari.. betah sudah bermain asap.. bermain api.. demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

Anak-anak pula jika suatu ketika dulu yang hanya kenal The Avenues.. 360 Mall.. Oriental Cuisine.. gradually in the learning process mengukur jalan di Jaya Jusco.. The Curve.. Pavilion.. atau mungkin KLCC (jika ada kesempatan).

Ini semua tempoh peralihan yang kami terpaksa lalui setelah hampir 10 tahun berkampung di Tanah Negara Berdengung.

Jika dulu (sekarang pun sebenarnya) anak-anak jadi bahan ketawa kerana sebutan perkataan yang agak pelik.. naive in the history of local heroes.. bab ejaan karangan Bahasa Malaysia yang kurang tepat (Ibu sendiri tidak terkecuali).. kami akur dan kami cuba perbaiki.

There's a saying..
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Kami yakin dengan ketentuan Allah. There's must be a very good reason kami dipanggil pulang ke Tanah Malaya. Dan September 15 tahun ini.. insya'Allah cukup sudah kami 2 tahun pulang ke tanah air.

Namun hidup harus diteruskan. Dengan kepandaian yang tidak seberapa.. kami akur. Kami yakin.. rezeki Allah itu luas asal sahaja ada yang sudi berusaha.


Buat teman-teman.. doakan usaha kami ini barakah.. doakan kesejahteraan keluarga kami dan semoga segala yang kami usahakan ini turut sama memberi menfaat kepada yang lain jua.

Insya'Allah.

Assalamualaikum.
Salam 4 Ramadhan

Friday, May 19, 2017

Sup daging salai (resepi)

Assalamualaikum all..

As promised..

Bahan-bahan
- daging salai
- bawang merah
- bawang putih
- halia

- Aksesori (terpulang pada masing-masing)


Cara-caranya
- tumiskan bawang merah, bawang putih and halia hingga naik bau.
- then masukkan air.
- pada yang suka sup yang sedikit 'keras' boleh jugak guna sup bunjut.
- bila air sudah mengelegak, masukkan daging salai.
- perasakan dengan garam etc.
- masak hingga daging sedikit lembut (ikut suka hati la).
- as for the rest, terpulanglah pada kreativiti masing-masing

P/s; To me..
- In cooking, the is no such thing as 'cara ko salah.. cara mak aku jer yang betul'. Semuanya terpulang pada 'air tangan' masing-masing. I cook and I simplify.


Happy cooking..

Sup daging salai..

Assalamualaikum all..



Kisah nyer..
Minggu ni anak-anak mula nak mid-year exam. Thus.. seboleh-bolehnya Ibu try masak untuk dia orang. Elakkan makan kat luar. Simple reason.. takmo ada yang tersalah makan etc. Tambahan dengan sekarang ni cuaca tak menentu. Last week.. Si Manja kena perging. Mujur tak melarat berhari-hari. Itu pun sebab dia makan something dari pasar malam. Habis jer makan terus perut rasa memulas. Sampaikan terpaksa ponteng kelas tuisyen.

Tapi sebenanrnya.. pada Ibu masak ni tak berat mana. Ikut apa yang ada dalam fridge. And tambah senang sebab Ibu memang berjual daging salai. So kira lauk emergency jugak la tu.

P/s; Daging salai ni macam-macam boleh masak. Bukan setakat nak buat masak lemak cili api sahaja. Senang-senang Ibu paste resepi sup daging salai.

Ilal liqa'..

Thursday, May 18, 2017

Mentally Stress..

Assalamualaikum all...


Kalau nak dikirakan.. dah nak masuk dua bulan jugak otak ni stress dengan macam-macam hal. Lepas satu.. satu hal pulak. Tapi tu la nama nyer kita masih 'hidup'. Dah 'six feet under ground' nanti.. lain pulak la hal nyer kan.

Mental stress ni memang lain dari physically stress. Badan penat mungkin boleh rehat.. but so unlikely.. me bila otak dah stress.. memang one thing for sure.. mula tak boleh nak focus.. thus.. cakap pun mula la cepat nak naik angin. Asyik ada aje yang tak kena.

Like one of my lady friend was telling me.. 'dugaan tu datang dengan pelbagai cara.. banyakkan bersyukur dan ucap alhamdulillah'.

Tapi hari ni memang kira rezeki la sangat. Cik Asben nak belanja kita bunga. Actually dia memang tau.. me having the tendency memang suka dengan fresh flowers.. or.. kut ter-rajin sangat tu.. mula la nak berziarah ke Sungai Buloh. Apa lagi kalau bukan pi carik mini plant ke.. succulent plant ke.. apa-apa yang patut la kan.

Whatever la kan.. niat dia baik. Nak pujuk bini dia yang tengah otak celaru ni.

P/s ; kita doa yang baik-baik sahajalah kan.

Wednesday, May 17, 2017

Apesal la SELFISH sangat?

Assalamualaikum all..

 

Penat nak tulis panjang-panjang. It has been a longggggg and a very lethargic day.

Rasa nyer korang faham kan apa yang nak disampaikan di sini kan kannn.

P/s; jangan jadi selfish sangat.. hari kita entah macam mana pulak nanti..

Monday, May 15, 2017

DUIT HARAM..

Assalamualaikum,

Tergerak hati untuk menegur. Saya tidak justify pada sesiapa.. ambil saja iktibar 'TO WHOM IT MAY CONCERN'.

- Bukak warong tepi jalan.. tanpa ada pengawasan khusus.. jauh sekali dari CCTV etc. Tapi ingat Allah maha melihat.
- Dealing dengan CASH $$$.. kekadang bisa buat kita lupa mana yang haram.. mana yang halal.
- Dalam keadaan diri terhimpit dengan pelbagai masalah.. $$$ depan mata.. mungkin sahaja itu solusi paling senang buat masa itu.


:: tapi ada kita terfikir.. $$$ itu mungkin jadi makan minum ya'ni bakal jadi darah daging kita atau sesiapa yang related..
:: pernah kita terfikir.. kenapa rezeki kita sentiasa 'tersekat' sedangkan $$$ tutttttt selonggok dalam poket.
:: kenapa doa kita tak pernah Allah makbulkan walhal solat tunggang terbalik plus reciting Quran bila saja masa terluang.

- Tak kasihan kah dengan anak isteri keluarga yang membesar dari $$$ tuttttt.
- Tak kasihan kah dengan majikan yang keluar modal saban hari ditambah dengan ikhlas membayar GAJI kita.
- Tak kasihan kah kita mencantas rezeki dari Si Polan yang saban hari bangun seawal sebelum suboh demi mencari rezeki yag halal tapi akhirnya kita cantas demi kesenangan sementara kita.

** Jujurlah dengan AMANAH yang telah kita janji untul pikul.. dengan tanggungjawab yang telah majikan berikan pada kita.

DON'T YOU HAVE ANY SHAME OR DIGNITY FOR OWN SELF?

P/s; Jika dengan luahan ini.. lebih ramai yang 'unfren' saya sebab terasa.. dipersilakan. Sedangkan baru sahaja saya menegur 'SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH MANUSIA YANG TIDAK MENYUSAHKAN MANUSIA YANG LAIN'.. hatta gamaknya Bonda saya telah dihentam teruk.. well.. anda dipersilakan berbuat demikian.

Copy paste dari FB Ibu.. harap pada sesiapa yang masih bergelumang dan berbuat dosa seperti yang dimaksudkan.. bertaubatlah.


Noktah.

Monday, May 8, 2017

Bawaklah bertaubat..

Assalamualaikum all..


Sebenarnya gambar ni cerita lama dah ni.. Sept 2016. Jiran terkantoi masa tengah best dok kuis-kuis sampah masuk dalam kawasan rumah Ibu. Tapi yang paling best tu sebab 'masih dalam ber-telekung' pulak tu. Thus Ibu kongsikan cerita tersebut di FB dengan maksud janganlah kita jadi seperti si Penjual Ikan (Selfish). Ko nak masuk syurga tapi sampah ko yang berterabur depan rumah tu.. ko kuis-kuis masuk kawasan rumah jiran.

Why am I so confident kata itu bukan sampah Ibu.. sebab Ibu tak minum pun susu cap teko.. anak-anak Ibu tak makan pun biskut tiger susu tu. But.. seafdhal nyer.. the solution should be.. one of us kutip sampah tu.. ikat elok-elok then buang dalam tong sampah.

Tapi Ibu tetap takmo ngaku itu sampah Ibu sebab Ibu tak buang sampah berterabur macam 'some people'. Sampah kami dimasukkan dalam plastik kecik-kecik then dikumpulkan dalam plastik hitam so pekerja yang kutip sampah tu tak perlu guna extra tenaga untuk kutip 1-1. Sekali harung jer angkat plastik yang hitam tu.

Then hari ni.. ada pulak yang datang ngadu kata ada orang dalam telekung lepas isyak dok kuis-kuis sampah masuk kawasan rumah Ibu. Ingatkan insaf dah lepas terkantoi pagi lepas suboh tu. Rupa-rupanya.. masih jugak dengan perangai tutttttt tu.

Ibu yang sebetulnya dah sampai ke tahap muak nak baik sangat. Sampah jiran.. plastik-plastik sampah yang dah membuak-buak keluar dari tong sampah.. then bila ada saki-baki sampah berterabur.. Ibu jugak yang mengemaskan. Ranting-ranting bunga kertas yang berduri tu.. ko tak pack elok-elok dalam plastik (main boh jer atas penutup tongs sampah).. thus takda la pekerja tu nak 'melayan' sampah ko.. Ibu jugak yang mengemaskan. Tong sampah ko terbalik etc.. Ibu jugak yang pi kutip. Ishhhhh.. banyak sangat la nak diceritakan 'kebaikan' Ibu kat sini.

Tapi at one point.. Ibu pun dah jadik malas. Naik jemu nak mengemaskan sampah ko. And bila hari ni.. ada orang datang ngadu.. ko masih dengan perangai lama.. masih dalam ber-telekung kuis-kuis sampah sepak masuk dalam kawasan rumah rumah lain.. berdesing jugak la telinga ni.

Kawasan perumahan ni kawasan perumahan lama. Semua orang kenal with each other. Ko tak kenal Ibu tapi ko kenal Omak or at least orang akan kata 'tu anak nyer si tutttt yang dulu dok oversea tu'. Uishhhh muluttttt. Then bila orang ngadu Ibu tak campur masyarakat.. well.. inilah sebabnya.

Penat dengan perangai some people yang konon lagak baik acah-acah masuk syurga tapi tang SAMPAH.. buat peil macam tu.

Lagi pun.. Ibu tak minat nak sembang tepi pagar ni. Pada Ibu.. ada masa.. and even banyak masa.. LESS KNOWING IS BETTER.

Ni konon datang nak menjemput kenduri.. tahlil.. etc.. at last segala cerita zaman Firaun ko baraikan. Janda tu.. Cina gila tu.. semua tak pasal-pasal Ibu tumpang dengar.

Bila Ibu mintak diri.. bagi alasan itu ini.. tak lama lepas tu ada jer nanti ngata kata Ibu ni tak campur masarakat.

Sampaikan Ibu tak pi berjemaah kat masjid pun jadi bahan.

Adeihhhhh..

Okey.. penat dah membebel. Banyak betul dosa korang tumpang baca Ibu membebel hari ni. Tapi inilah sebenarnya luahan hati Ibu. Dengan harapan korang yang baik hati.. waras berfikir.. iman penuh di dada.. janganlah buat macam 'some people' tu.

Hiduplah dengan bertimbang rasa.. hormat-menghormati antara satu sama lain. Tak rugi pun..

Okey.. penat balik niaga pun tak habis lagi ni. Nak luruskan pinggang jap.. then kut la dapat mimpi indah dalam 30 minit.. before we hit for dapur again.

P/s; Janji tau.. jangan buat peil macam 'some people' tu. Tak baik buat orang marah..


Ilal liqa'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...