Beautiful Friends

Showing posts with label Hobbies. Show all posts
Showing posts with label Hobbies. Show all posts

Monday, September 18, 2017

Fridge Magnet HRC - Bottle Opener

Happy Tuesday all..

Cuaca suram.. badan pun macam malas yang semacam tapi dayakan jugak buat something yang kita suka at least masa tak terbuang begitu sahaja.

Dah macam tu.. ada masa sikit ni.. kita posing-posing la sikit dengan reta yang tak seberapa. Tapi kalau dah sesak-sesak.. jual sekeping RM100 (mudah-mudahan) ada yang berkenan.


Mengumpol menda alah ni.. hobi yang kira nyer (boleh tahan) ber-duit. Well in my case.. ini join hobby dengan Cik Asben. At least.. ada la tukang support 'kewangan' kut-kut sampai masa memerlukan.

Anyways.. terpulang la pada masing-masing kan.

P/s ; Hobby is very essential to me.. tak ada hobi.. rasa macam kurang sifat jer.

Tuesday, July 4, 2017

Go GREEN for life..

Pejam celik.. pejam celik.. dah masuk Julai.. dah separuh tahun 2017.. target banyak yang tak sampai lagi.. mudah-mudahan wa'insya'Allah.

Syawal pun dah masuk hari ke 10 hari ni.. ada yang dah mula berpuasa sunat Syawal.. ada yang masih dengan raya mood.. open house sana sini.. macam-macam la kan.

Anak-anak pun dah bersekolah. Kawan-kawan anak pun dah mula ada yang bertanya.. bila korang nak buat open house (soalan dituju ke Arif, Haazem and Amsyar). Direct jugak budak-budak hari ni. Kita jawab.. insya'Allah.. ada rezeki.. sampailah nanti jemputan.

As for cerita kat warong.. not very much to tell sebab insya'Allah cuma by next Monday the 10th kami akan mula beroperasi. Hence sementara tu kita ambik la kesempatan memanjakan badan kat rumah. Kemas serba-sikit sana-sini. Belek itu ini. Things that we can't do so often when dah mula start berniaga.

And pagi ni.. turn anak angkat dalam pasu kat depan rumah ni pulak jadi sasaran. Actually.. area ni biasa nyer jadi tempat me and Cik Asben 'bergosip'.. sambil belek-belek pokok.. sambil-sambil bercerita itu ini. Cerita orang tua la ni. Tempat lain dah tak selamat sebab anak-anak suka menempel.

Well.. albeit rumah landed tapi tanah secoet pun tak ada.. tu sebab as I said 'dalam pasu'. Still.. cukup la untuk melepas hajat.







Nevertheless.. mungkin kami ni skima yang jenis orang kampung. Jenis yang suka yang hijau-hijau.. tempat untuk lepas stress. Ada masa dalam tak sedar ada jugak ter-ber-sembang dengan pokok-pokok ni sorang-sorang. Macam 'mengadu' la ni. Tak kisah la kan.. kita tak kacau orang lain pun.

In short.. Syawal kan sebulan.. Eidul fitri mubaraq..

Assalamualaikum.

Saturday, June 10, 2017

Kesayangan ku..

Ello all..

Hobby (or in my case.. hobbies) are some of many things that keeps me moving. Kalau dulu.. hobi ni jadi teman tempat menyandarkan kebosanan.. at last hobi yang satu ni jadi salah satu cabang untuk menambah teman dari serata ceruk negara di dunia plus tempat untuk menambah ilmu jugak. Manakan tidak.. banyak tempat yang selama ini Ibu tak pernah ketahui akan kewujudannya.. tak pasal-pasal Ibu terpaksa tanya dengan Cik Gugel.. merisik dengan Tok Wi.

Tapi sebenar asal cerita.. Cik Asben yang rekomen agar Ibu get a specific hobby to overcome my boredom. Maklum sahaja jika sebelum sampai ke Tanah Pasir Berdengung.. Ibu memang jenis yang tak duduk diam.. tapi bila dah sampai ke sana.. dengan tanda kawan.. dengan keluarga pun jauh.. dengan itu ini pun banyak yang tak tahu.. I need something to keep me active. 

Tapi semenjak kami pulang ke Tanah Melayu hampir dua tahun yang lepas.. semua 'anak angkat' Ibu ini hanya mampu duduk berasak-asak di dalam kotak yang Ibu seal and tanda agar tidak hilang.. atau mudah untuk di 'tayang-tayang' semula.

Namun apakan daya.. lantaran dari kekangan masa serta kesibukan menguruskan 'hal' yang bermacam-macam.. terpaksa hajat hati ditunda.. ditangguhkan.

Dalam hati terdetik jugak.. nanti kalau Ibu dah tuaaaa sangat.. apa nak dibuat dengan koleksi fridge magnets (fm) yang rasa nye beratus keping tu. Silap-silap 'dijual' jugak rasa nye.

Nota ;
Dulu anak-anak ada jugak yang berminat dengan hobi mengumpul fm ni tapi bila dah balik ke sini.. al-maklum sahaja laa..



And hari ini.. rasa nye ibu flash-back serba sedikit koleksi yang ada. Or jika ada yang berminat nak intai-intai boleh sahaja ziarah ke ;


Ilal liqa'..

Monday, February 8, 2016

Minah Bunga - Sg. Buluh here we come..

Quality time..
Tak perlu belanja besar.. setakat sepasu dua.. sekadar terapi minda.. my way of terapi minda sebenarnya..

Lokasi - Sg Buloh
Actual site - kedai bunga












Always believe in the power of greens.. orang lain.. ntah la.. tapi kalau Ibu otak dah serabut sangat.. dapat bunga.. insya'Allah.. lega la sikit..

Tambah pulak sementara Cik Asben ada masa nak melayan..


Btw.. cerita ni best jugak.. lagi best kalau dapat garden comel macam dalam movie ni..
- berangan is free babe..

Monday, December 14, 2015

PARAGLIDING.. paraglider.. parawaiting.. paracetamol.. parasites.

Paragliding..
Something yang still new to me.. but have been meaning to try for quite sometime now.

Me..
Memang sejak dari dulu memang minat benda-benda macam ni. Ntah la.. kut ada orang kata ekstrim ke.. lasak ke.. very costly ke.. sebenarnya bergantung pada individu. And Ibu rasa jangan kita bataskan sesuatu perkara tu hanya sebab kita perempuan.. kita dah taraf mak-mak orang or kita dah berumur.

Kalau ada peluang.. go for it..

Cerita Ibu.
Bila dah balik Tanah Malaya ni.. rasa macam-macam benda yang nak dibuat. 9 tahun di perantauan yang negaranya 'sedikit tertutup'.. I've missed many things in my life. And sementara Allah masih pinjamkan nyawa ni.. Ibu rasa.. its time for me to catch back those I've missed.. those I've been wanting to do.

Mula kisah..
Almost last 3 weeks.. Ibu and few good family friends went to Kelab Luncur Udara Kuala Kubu Baru. Intai-intai apa yang menarik.. and at last.. anak-anak pun sama-sama berhajat nak join. But just a bit unfortunate cubaan kami tak berhasil sebab keadaan angin yang tak berapa baik. Tambah pula musim hujan ni.. so kami terpaksa redha dengan ketentuan-Nya.

And semalam..
Alhamdulillah.. hajat Bujang Sulong and me tercapai sudah. And albeit kami tak dapat terbang lebih tinggi.. setakat 1200 kaki.. itu sudah cukup baik.

Jom.. kita layan tengok gambar and cerita serba sedikit.




Among those yang sempat naik..
Cuma kawan yang sorang ni yang selamat.. even dapat naik sampai 2300 kaki. Dah la tu.. boleh pulak dok main angin kat atas tu sampai almost setengah jam. As I said.. layan paragliding ni.. ikut rezeki.. cuaca baik.. angin cantik.. insya'Allah.


Me and my son..
Amsyar 4 kali try-outs..
Me.. 2 kali naik bukit.. tapi apakan daya.. not just our day..



Satisfaction.. can tell just dari raut senyum..



Dengan 3 take-off yang tak menjadi.. angin dah cantik tapi.. ntah la. But since Ibu dapat pilot yang cukup berpengalaman.. alhamdulillah.. walaupun waktu tu hari dah mula nak hujan.. sempat jugak Ibu merasa terbang semalam. Only thing that I can say.. almost 10 minutes being 'up there'.. subhanallah.. cantik nyer view.

And kalau kita kata tasik tu cantik.. kolam ni hebat.. ciptaan Allah tu.. lagiiiiiii hebat.


Our  very good pilot.. kita orang yang jadi tandem ni memang syukor sangat dapat Bro Yusof ni. Tapi kut tengok brother ni in good person.. serba sedikit kita dah boleh tau dia ni orang yang macam mana.. don't play-play yaa..

 
Last but not least.. Tuan Tanah yang dah safely landed..

P/s;
Ada orang tanya semalam.. pilot tu tak ada yang PEREMPUAN ke?
Faham dengan SOALAN..

My answer ;
Memang ada.. tapi dah rezeki Ibu semalam.. cuma dapat naik dengan Bro Yusof ni saja. Tapi sebenarnya.. ada jarak yang memisahkan between pilot and tandem. There is a big.. huge.. thick padded cushion between us. Thus tidak ada soal bersentuhan sebenarnya. Still.. kalau masih ada yang mempersoalkan tentang aurat.. its beyond my limited.. lack of self educate ilmu agama.

Niat Ibu.. lillahi'taala.. and HE as my mighty God tahu apa yang ada dalam hati ini.

Assalamualaikum.

Monday, April 20, 2015

Dia yang bertuah..

Rezeki..
Memang yang Ibu perasan.. tiap kali kalau ada lucky draw.. dari sekecik-kecik hadiah sampailah yang ke paling besar gedabak.. either one.. mesti ada yang jadi rezeki couple ni.

Macam tu ari M.A.K ada buat cabutan bertuah untuk ahli.. out of four.. 2 masuk poket dia orang ni.

Menang 1..

Menang lagi..

Then later..
Bila company buat cabutan bertuah untuk tutup akaun 2014.. dia orang dapat pulak join trip pi Scotland. Diulang tulis.. SCOTLAND.

Dah jadi macam tu.. tak ke bertuah tu?

Cuma untuk trip ke Scotland tu company tak membenarkan bawak anak below 21 years join the trip. Kalau ikut itinerary.. memang kurang sesuai jugak untuk anak-anak. Jadual padat ditambah pulak dengan perjalanan yang jauh dari satu tempat ke satu tempat.

Dah jadi macam tu..
Bujang kecik ditumpangkan dengan kami. Alhamdulillah.. all went well. Setakat bergaduh 'budak-budak' tu adat la kan. Lepas tu.. baik semula.. gelak-gelak balik. Tambah dengan Ibu yang dah sedia ada 3 hero.. tambah lagi sorang hero.. insya'Allah.. boleh cover lagi.

Sedia maklum ada kawan nak pi makan angin.. kita pun dengan muka kurang malu try la slot-in nak berkirim 1-2 souvenirs. Buat menambah koleksi yang dah sedia ada.

Tapi dah rezeki kan.. lain yang dikirim.. lain pulak yang mendapat. Aduhaiii.. alhamdulillah.. ala kulli haal..

Sebenarnya di sini.. ramai yang dah sedia maklum dengan hobi Ibu. Kut tak fm.. key-ring.. kut tak pun.. deco plate.. and la ni tambah pulak lagi satu penyakit.. dah terberkenan ke snow globe pulak.

Tapi kan kan.. walaupun dengan rasa sedikit rasa bersalah sebab dok mikir nanti bila balik pencen.. camana la nak ngangkut segala reta tang 'hobi' ni.. masih jugak tak insaf-insaf lagi tu.

And walaupun tak seaktif dulu.. masih lagi bergiat.. ya ampunnnn Cik Asben ku..

Okey.. jom kita layan pics.

Snow globe.. tapi tak suka yang besar gedabak..
kecik-kecik.. cute..

Sebahagian dari snow globe yang dah ada rumah baru..

Deco plate..
Yang kecik jer.. senang nak manage.. senang nak simpan..

Map fm.. an additional to the existing collection..

HRC Edinburgh.. kebetulan pulak dia orang menginap depan HR Cafe semasa di Edinburgh.
Alhamdulillah.. rezeki babe..


Dah lama pencen mengumpol benda juntai-juntai ni.. tapi dah orang bagi..
Rezeki jangan tolak babe..  


These 2 will later masuk kotak 'random magnets'..

Jajan untuk minum petang katanya..
Very the manyak syiokkkk..


Transit di Amsterdam..
sempat pulak rembat ini fm 2 keping..
Another addition to my random magnets collection..

Last but not least..
Uncle Bob datang bawak buah tangan from
Abu Dhabi..
Best !!!

Jazakum ya rabb..

Tuesday, November 25, 2014

Suka-suki..

I need a hobby..
And yes.. I have a hobby..
Benda-benda routine ada masa bosan jugak nak buat.. and dengan ada "hobi" ni boleh la divert attention sekejap.

So..
Dah tu pandai-pandai la pilih hobi.. sebab ada hobi yang can be very costly.

Me..
Sejak jejak kaki ke sini.. ni la antara hobi yang masih bertahan. Adik-adik dan kawan-kawan pun dah sedia maklum.

Ada masa Ibu beli online.. exchange dengan other collectors or kalau rezeki lebih.. kita beli masa pi ziarah tempat tu sendiri..

And baru-baru ni kebetulan ada adik yang kena pi ke Tanah Seberang. So kita ambik kesempatan berkirim apa-apa yang patut.

Meh..
Ibu nak tayang-tayang sikit la..







Except for the fm HRC.. yang lain tu kira ok la. Tapi tang HRC tu memang semua dah sedia maklum la kan. Lucky for me.. Cik Asben redha kongsi budget.. huhhh.. selamat kantung syiling weiiii..

Anyway..
My advise.. hobi.. hobi jugak. Tapi jangan sampai hobi makan diri. Jangan sebab nak ngikut orang.. kita pulak yang makan diri. After all its only a hobby..

Dah..
Nak cerita tu jer..

Ilal liqa' friends..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...