Memaparkan catatan dengan label Ahmad Khalif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ahmad Khalif. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mei 2019

Permainan Blok Untuk Anak Lebih Kreatif

Hai, Assalamualaikum.

Hari ni rasa nak kongsi mainan yang Mia dan Khalif suka main. Di rumah ni memang saya sediakan satu bilik mainan untuk anak-anak supaya mereka bebas nak main apa yang mereka suka dan paling penting mereka boleh sepahkan apa yang mereka nak (huhu). Nak kemas pun senang dan ruang tamu pun sentiasa bersih. Demi anak-anak ibu sanggup bagi Master Bedroom sebagai bilik mainan. Lebih luas dan selesa. Memang kena buat bilik khas untuk mainan-mainan mereka yang hampir setiap hari bertambah. Setiap kali keluar je mesti nak beli mainan. Takpelah, ibu ayah faham dengan usia anak-anakyang masih kecil lagi ni memang sukakan mainan kan.

Boleh dikatakan semua mainan yang ada di kedai tu nak dibeli. Kadang-kadang masa di kedai suka sangaat- sangat mainan tu. Tapi bila sampai rumah dah tak dipandangnya. Memang membazirkan. Tapi ada satu mainan ni kalau dibeli memang berbaloi. Mainan nie paling tahan lama dan paling disukai iaitu  menyusun blok. Untuk memudahkan anak-anak bermaian,  saya sediakan satu kotak khas untuk blok sahaja.

Maianan blok ni memang sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak. Saya memang galakkan anak- anak main blok supaya mereka dapat asah dan tonjolkan kreativiti mereka. Selain itu, blok bagus untuk anak-anak lebih fokus dan bantu tingkatkan tenaga kognitif mereka. Kalau nak anak pandai menulis boleh selalu dedahkan anak dengan blok. Bila tengok Khalif susun blok-blok tu saya boleh nampak personiliti Khalif. Khalif paling suka susun ikut warna,suka bina rumah dan buat robot.

Mainan blok ini lebih tahan lama dan tak mudah rosak. Boleh tahan bertahun-tahun. Lagi bagus kalau beli yang berjenama sikit. Contoh macam saya pernah beli ialah LEGO. Saya beli dari zaman Mia kecil lagi. Sampailah sekarang Mia dah 8 tahun, LEGO masih elok lagi, nampak macam baru beli semalam, warna tak pudar, tak pecah. Sekarang ni, Khalif yang selalu main LEGO ni. Dalam banyak-banyak blok Khalif paling suka main LEGO. Mudah dipasang dan tak mudah terbuka. Takdelah masalah selepas dah bina blok senang roboh kan.

Bagaimana dengan ibu bapa di luar sana. Apa yang anak- anak selalu dan suka main ? Sudilah komen di bawah. Jom layan video ni. Saya ambil masa Khalif tengah main LEGO. InsyaAllah ada masa lagi saya kongsi mainan yang anak- anak saya suka main. Sekadar suka-suka untuk kongsi dengan ibu bapa diluar sana.




Selasa, 15 Disember 2015

Ahmad Khalif Dah 6 Bulan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Khalif dah 6 bulan..macam biasa asyik terlambat update..huhu..takpe "Better Late Than Never"kan kan...nak tahu apa perkembangan Khalif tak? jom nak cite :)

 

Merangkak

Khalif dah pandai merangkak..masuk je 6 bulan terus pandai merangkak...lutut dah kuat...tangan pun dah pandai menapak... nak pakaikan pampers dan baju memang susah sangat sekarang...asyik nak meniarap je. Nasib baiklah ada pants tu kan...sarung aje...dah pandai merangkak nie rajinlah datang kat ibu..kalo tak selalu menangus mintak diambik...nampak2 gaya sekarang nie pun dah start nak berdiri...

 

Kuat Merajuk

Khalif kalau merajuk lama sangat...pujuk banyak kali pun dia nangis..kadang-kadang sampai bawak tidur....Kalau dia ngamuk menyusu pun dia tak ingin...redha je lah...tak pun terpaksalah dodoi sambil berjalan....selalunya merajuk sebab ibu tak ambik, ibu tak layan...konon-konon ayah nak jadi bapak mithali nak pujuk khalif..tapi khalif tetap jugak nak ibu yg pujuk...kalau kakak tak layan pun khalif merajuk...amboi manja bebeno hero ibu nie...yang palin ibu geram kalau merajuk tu suka sangat garu telinga dan kepala sampai luka berdarah-darah...kadang-kadang terpaksa sarungkan tangan khalif..kuku khalif walaupun dah potong pendek, tetap tajam...

 

Dah Ada Gaya Menyusu Terbaru

Dulu menyusu baring je kan...sekarang menyusu sambil berdiri pun boleh..Lepas tu kalau menyusu suka tak focus. Dengar bunyi sikit stop..dengar orang bercakap stop..dengar orang berjalan pun stop.hemm...kepoci betul anak ibu yan sorang nie...

 

Dah Boleh Duduk dengan Support Di Belakang

Khalif jarang duduk diam-diam. Aktif macam kakak mia jugaklah..so kalau dia duduk tu tak boleh lagi nak duduk sendiri.Tak cukup latihan lagi...huhu...dalam kereta pun tak nak dah duduk dalam car seat...lenguh tangan ibu nak tenteramkan Khalif yang terlebih excited...

 

Dah Pandai Main Macam-Macam TOY

Main satu-satu mainan tu sekejap je..lepas tu boring terus baling...kalau bagi lagi sekali lagi jauh dia baling...kalau toy kat tangan dirampas bad mood terus. Bila dapat toy apalagi..masuk dalam mulut lah..

 

Dah Start Makan

Khalif kuat makan!!! first time aritu buatkan puree nasi...habiss!!bagi puree carrot habiss!! bagi puree kentang habisss!!!Lepas nie nak bagi pisang pulak..hopefully Khalif tak fussy macam kakak ye..bedal je semua kecuali batu dengan kayu...hihi...dont worry Khalif..ibu siap beli buku untuk buat makanan Khalif tau..Buku tu dari kakak start makan ibu simpan sampai sekarang..nanti bila-bila free boleh share isi kandungan buku tu pulak kat next entry...

 

Pandai Cemburu

Khalif pantang nampak kakak duduk atas ibu...lagi pantang kalau nampak kakak menyusu...jangan tak caya ye kakak mia masih menyusu..malah lebih dasyat dari adiknya...kalau dua-dua menyusu dapatlah kita saksikan adegan khalif menari rambut kakak...bab menyusu nie ibu memang tak pandai nak wean off..so far ibu ok lagi...adalah kadang-kadang rasa rimas..but masih terkawal lagi....nanti kakak dah pergi school tahun depan kuranglah nak menyusukan..sebab tu ibu tak risau sangat...insyaAllah masa akan buat dia sendiri nak wean off

Suka Jalan-Jalan

Pantang ibu pakai tudung. Dia dah excited mintak diambil...Khalif kalau bawak berjalan senyap..lagi-lagi kalau pakai baby wearing snug baby..kalau dulu masuk dlm tu terus tidur...sekarang takde maknanya...siap keluar-keluarkan tangan lagi..kadang-kadang meronta-ronta nak keluar...tapi memang berjasa sangat-sangat baby wearing snuggbaby nie...senang nak tidurkan khalif...menyusu pun senang...tak payah nak pakai nursing cover...kalau berdukung je memang lenguh jugak tangan...ibu sanggup berdiri dari pegang khalif sambil duduk...

ok..rasanya tu je lah perkembangan terbaru Khalif...Mana-mana yang lupa kita bawak ke entry 7 bulan lah ye...hihi...tlah..siapa suruh ibu lambat update kan..dah masuk 6 bulan setengah dah...tapi apa-apa pun ibu 7 ayah tak lupa snap picture khalif untuk kenangan..jom layan pulak gambar :)

gambar first je dah tunjuk gambar tidur :)
macam-macam gelagat tapi senyum nombor 1
Khalif with kakak Mia
More picture untuk Khalif :)

Alhamdulillah...perkembangan Khalif nampak lancar...yang penting Khalif sihat & happy...tak sabar nak tungu khalif 7 bulan pulak ..perasan tak kakak mia semakin tembam....mana taknya hari-hari makan ayam...dah pandai dukung adik..katanya MIA STRONG!!! Tapi rajin jugak buli adik...ikut moood dia lah nak pujuk ke or nak buat tak tahu je kalau adik nangis...


Isnin, 9 November 2015

Ahmad Khalif dah 5 bulan

Asslamualaikum kawan-kawan...
Alhamdulillah...29hb Oct yg lepas Khalif genap 5 bulan...kejapnya dah 5 bulan..rasa cam sekejap je..masa pregannat dulu nak hadapai 5 bulan nie macam bertahun rasanya...ok kita nak cite perkembangan khalif skang....


KHALIF DAH MENIARAP

Khalif dah boleh meniarap skang..lambat ckt dr kakak..kakak 3 bulan dah meniarap... actually masa 4 bulan dia dah meniarap tapi 1 hari sekali je..pastu langsung tak nak...tapi masuk je 5 bulan dia macam dah rajin nak meniarap..skaang nie nak pakaikan pampers pun cam dah susah sikit...letak je atas tilam terus nak pusing...takpelah.better late than never kannn..yg penting senyuman manis khalif tak penah lekang..murah dengan senyuman khalif nie...semoga rezeki khalif pun murah jugak ye...tp pantang diletak..menjeritnya macam kene cubit 100 kali...sejak pandai meniarap nie khalif dah pandai tido meniarap sendiri..dah penat2 main..ngamuk2...sekali tgk dah tido...kakak mia punya terkejut dan excited siap high five kat ibu ...tapi tulah sekarang nak tidur pandai gak ngamuk-ngamuk dulu...lawan mata lah tu..tak mau tidur..



 

KHALIF DAH PANDAI PEGANG TOY

Khalif dah pandai dah nak pegang-pegang toy, nak capai-capai barang...dulu mula-mula dia tak suka..yang dia suka tangan ibu  je...pastu dah boleh terima dah plastik-plastik tu..suka dengar bunyi plastik tu agaknya..Skang sikit-sikit dah boleh dah nak main toy yang sebenar lama-lama..Kalo pegang toy..toy terlepas bukan main meradang lg...kalo tengah pegang barang tetiba kene rampas pun bukan main kecik ati bujang nie....skang jangan harap lah kalo makan dia dok atas riba diam2..tangan tu nak mengapai je barang atas meja...solutionnya letak je dalam baby wearing...boleh lah ibu makan dengan aman...khalif memang suka pakai baby wearing...kadang-kadang ibu tengah makan tu dia boleh tertidur....kalau jalan-jalan pakai je baby wearing...memang dia tidur lena...




KHALIF PANDAI TIDUR MALAM

Khalif nie tidur malam memang nyenyak...ibu jarang lah berjaga malam...bangun pun sbb nak minum susu je....pastu tidur balik...memang sejak lahir macam tu..bangun pun lambat...9 pagi baru bangun..tapi biasalah malam-malam bangun nak susu...nasib baik susu badan..tak payah bangun bancuh susu kat dapur...kejut ibu 10 kali 1 malam pun tak pe nak...

Ibu doakan Khalif membesar dengan sihat. Ibu, ayah, Kakak Mia sayang Khalif....ok..tu jelah yang ingat tentang perkembangan Khalif...jom layan picture khalif dan kakak mia ye..

Selasa, 20 Oktober 2015

Aktiviti Cuti Maal Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah..

Alhamdulillah habis satu buku..bukak buku baru....semoga tahun nie kita diberi kekuatan untuk kumpul lebih banyak pahala lagi..insyaAllah :)

Apa aktiviti korang? 

Semalam walaupun cuti..tapi subuh2 kami suami isteri dah bangun..sarapan pagi kami heavy..nasi putih  + daging masak kunyit ...lunch pun kami makan nie..haha..nampak sangat malsa nak masak benda lain dah..resepi dr kakak ipar nie..tp kami upgrade ckt tambah kacang panjang  & kentang..memg sodapp...


Sambil2 tu kami dok practise2 snap picture cantik guna hp..baru lepas berguru dengan abg munz weekend lepas..mmg syokk..cantik woo gambo..padahal guna smartphone je..tu picture makanan tu edit guna smartphone je tu..nampak menyerlerakan makanan tu kan..jangan terliur sudah ye :)


2 picture nie nampak bestkan..nie snap masa kat class tu..yg nie guna lampu special yang selalu korang nampak kat studio tu...Khalif pun jadi prop gak...hihi..haruslahkan..baby shaklee tu...memang patut jadi model shaklee..hihi...diam pulak tu time org sibuk snap picture dia...yang bawah nie snap kat rumah..so kualitinya ada kurang sikit tapi still nampak cantik dari sebelum edit...bolehlah baru2 nak belajarkan...apa pun memang berterima kasih sangat pada abg munz sbb ajar kami...makin sonoklah nak sharing tentang kebaikan shaklee pada kengkawan..lagi best bila picture yg kita share tu hasil dari kerja kita sendiri dan cantik :)

 
Petang2 ckt bwak kakak mia n khalif jalan2 kat Giant Kota Damansara...macam biasa mia mesti nak g playground kat ctu..hambik..2 jam kat ctu..adik khalif sempat tertido..kali nie tak pakai baby wearing sbb kakak dah bg greenlight bole guna stroller dia...siap tolong tolakkan stroller..hihi...

Tu je lah aktiviti kami...aktiviti santai-santai...semoga berjumpa di entry yg baru :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...