sayang sayang saya :')

Showing posts with label highlight news. Show all posts
Showing posts with label highlight news. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

orang lain tulis, aku nak tulis jugak! HAHA!

semalam semua orang pun tahu lah. Terengganu kesayangan ramai dah menang Piala FA. tahniah! i bangga tau nyah. selama ni tak pernah pernah aku tengok, minat dan teruja pasal bola bola nih. semalam pun time tengah match, aku tak tengok sangat pun. tengok time adik lelaki dan encik bapak aku bising-bising je. kalau tak bising aku baca blog Hanis Zalikha je. dan Maria Elena jugak.

situasi kat rumah aku, aku, encik bapak semestinya la sokong Terengganu. manakala puan emak, Kelantan la dah beliau orang jati Kelantan. and adik lelaki aku, dia redha je mana mana team yang menang sebab aku tengok time Kelantan nak sumbat gol, dia WOOOOOOO-ing. time Terengganu nak sumbat gol, dia AHHHHHH-ing. maknanya dia sokong dua dua la kan? haha

malam lepas game tuh, merendek bersama encik bapak dan saksikan kemeriahan kat bandar Kuala Terengganu. berarak la, macam biasa. haha

lepas tu lepas tu. ada je fan page yang di create oleh ntah sape lah. bunyi macam ni

Kami sokong daudsu diberikan pangkat Datuk

Kami suka daudsu jaring gol sendiri

Thank you daudsu anda pahlawan

korang ni tak baik tau. kesian daudsu. dia comel ape? :p


pape pun semua player semalam ganteng ganteng nyah suke! nyah suke!


UPDATE!

daripada FB page KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM

AL-FATIHAH: Pihak pentadbir mendapat maklum bahawa empat org penyokong kita yg dalam perjalanan pulang dari Bukit Jalil, KL ke Kelantan telah terlibat dlm satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Kuala Krai - Gua Musang dan telah kembali ke kehadrat Ilahi. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. Amin. Al-Fatihah

Wednesday, March 16, 2011

proses kejam memasak kucing

yang ni info dah lama,tahun lepas punya.
agak basi la kot tapi takpelah..
untuk pengetahuan kan.hee

Seluruh dunia dihebohkan dengan berita tentang proses memasak kucing untuk disajikan di salah satu restoran di Guangzhou, China. Sekarang ini, foto tentang proses memasak sup kucing dengan cara merebus kucing secara hidup-hidup sudah tersebar luas di internet.

Ada pelbagai teknik untuk memasak kucing ini. Ada yang memukul dulu kucing itu sehingga mati dan ada pula yang direbus hidup-hidup. Menurut sumber, orang China memang suka makan daging kucing kerana dianggap bagus untuk kesihatan dan dipercayai boleh menyeimbangkan unsur “Yin” dan “Yang” dalam tubuh manusia.

Berikut dipaparkan proses – proses membuat sup Kucing di China dan Taiwan:








Melihat berbagai jenis makanan yang tak normal dihidangkan di China dan Taiwan, ini mungkin disebabkan oleh kerana orang-orang disana sangat obses dengan kesihatan, umur panjang dan keseimbangan unsur “Yin” dan “Yang” dalam tubuh, sehingga segala jenis benda dimakan.

hurmmm..makan la...makan la...
-_-

sumber dicilok dari sini: AKUISLAM

Friday, February 11, 2011

Top 7 Tempat Pembuangan Bayi

seperti yang kita sedia maklum,kisah pembuangan bayi ni memang dah lama bertakhta dalam dada-dada akhbar kan?
entah bila la akan setel.
mana-mana pergi pun takkan pernah habis kisah buang bayi ni.
sampai dalam forum untuk subjek Wacana Pendidikan aku pun,lecture dah taknak dengar topik buang bayi ni.
baiklah kita stretttttt tu de poinggggg!

kat bawah ni adalah senarai top 7 tempat pembuangan bayi di Malaysia kita yang tercinta dan tersayang ever ni.

#1 : kawasan perumahan


(kenapa?kenapa?kenapa?)


#2 : Masjid



#3 : Tempat pembuangan sampah


(cukuplah gambar bayi dibuang.sayu dan sedih untuk menatapnya)


#4 : Tepi jalan


(semoga kita dijauhkan dari dosa membunuh makhluk comel ciptaanNya ni)


#5 : Sungai


(terlalu comel untuk dibuang)


#6 : Semak


(boleh bayang tak makhluk yang comel ni dicampak dalam semak?please tolong jangan bayang!)


#7 : Tandas


(teramat comel untuk dibundlekan)



(adik bongsu aku semasa kelahirannya)


sanggupkah anda melihat bayi-bayi sekalian yang lahir ke dunia tapi tidak diberi kesempatan untuk hidup dan membesar comel secomel-comelnya seperti ini?
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


eh eh eh silap taruk gambar sendiri.awwwww3 malu.
baiklah semula semula.


sanggupkah anda melihat bayi-bayi sekalian yang lahir ke dunia tapi tidak diberi kesempatan untuk hidup dan membesar comel secomel-comelnya seperti ini?



tanya aku?aku tak sanggup..
serahkan kepada mereka yang memerlukan.
atau cara yang paling berkesan,jauhi sebarang tindakan yang menyebabkan keberterusan gejala ini.tepuk dada tanyalah iman,jangan tanya selera ya kawan kawan.

idea asal entry : dekat sini

credit gambar : encik google yang hensem

p/s: Valentine dah dekat.mungkin lambakan bayi yang dibuang akan bertambah. koranggggg Valentine haram okay!

Thursday, December 23, 2010

20 ciri-ciri lelaki hot

walaupun aku sedar diri bahawa aku bukan perempuan hot untuk layak menulis tentang ciri-ciri lelaki hot,ahhh tak kira aku nak tulis jugak.

1. lelaki yang pandai masak
~ disebabkan aku kurang tahu memasak,maka aku pandang lelaki pandai memasak sebagai lelaki yang hot. owh lelaki pandai masak i like like you.


2. lelaki yang pandai main alat muzik
~ generally, aku bagi ciri ni sebab aku suka sama mereka yang nampak ber-attitude tu.awwww3 sukenye i. tapi tak bermakna mereka yang suka berhabis duit pergi jamming hingga abaikan benda lain itu hot.


3. lelaki lucu bukan lucah
~ ditegaskan lagi sekali,lucu dan bukan lucah yer. pandai buat kelakar, lawak yang kreatif dan menjadi, then tiada unsur kelucahan melampau dalam lawak mereka tersebut.
(lelaki dalam gambar tidak hot ya)


4. lelaki pembersih dan wangi
~ lelaki yang pembersih maksudnya kuku-kuku tidak hitam, rambut tidak busuk dan baju-bajuan sentiasa wangi serta tidak hapak. jenis rambut lelaki tidak menjadi masalah bagi aku asalkan tidak panjang seperti perempuan dan botak licin serta dread-lock. owh lelaki botak sungguh tidak hot! (sangat okay untuk rambut yang di dalam gambar.hehe)


5. lelaki tulen dan tidak lembut
~ yang ni semestinya lah kan. lelaki sifat asalnya keras dan aku cukup tidak boleh terima jika mereka lembut berdonat.lembut hati i suke,huhu


6. lelaki sederhana
~ tidak berlebihan ketika berdandan diri maknanya tidak perlu berlebih-lebihan ketika nak keluar. juga ketika berbelanja,tapi bukan kedekut ya.
(nak letak gambar Brett Anderson band Suede boleh?hot apa dia.hehe)


7. lelaki yang body tidak ketul-ketul
~ lelaki hot pada mata aku tidak semestinya mempunyai body ketul-ketul. obviously sebab aku geli bila terbayangkan mereka-mereka yang masuk pertandingan bina badan.minyak-minyak mak geli nokss.


8. lelaki yang reti pujuk perempuan bila merajuk
~ owh lelaki jenis ini,anda sangat menawan kalbu saya lah. maknanya mereka juga tidak hati kering dan sangat cool ketika memujuk.hehe


9. lelaki yang tidak gatal mengorat perempuan di jalanan
~ anda ingat hot sangat ke buat bunyi tikus kemudian sengih-sengih sambil mintak nombor telipon. anda tak hot yer.


10. lelaki yang tidak mudah berputus asa dan ada cara tersendiri untuk dapatkan sesuatu.
~ aku bagi contoh macam Taylor Lautner a.k.a Jacob dalam filem Twilight lah.yang part dia nak rebut Bella dari Edward tu. hot kan dia? cakap hot cepat!


okay aku bagi sepuluh je. lagi sepuluh korang boleh cari kat Google.hahahahaha

sila terjah kat sini yer CIRI PEREMPUAN HOT DI MATA ENCIK APIH EL NINO

Friday, December 17, 2010

hey dunia! BEN ASHAARI datang rumah karangan aku!

tengok tajuk sangat tak boleh belah kan?
haha

apa? apa? apa?
korang tak percaya?



nah amik kau!
bukan setakat datang rumah karangan aku ni,tapi beliau siap jadi follower aku kot!

owh terima kaseh abang besar abang besar!
anda buat saya senyum dan sengih untuk sepanjang bulan.

hahahahahaha

kepada sapa-sapa yang belum kenal dengan abang besar ni,
sila berbuat demikian dengan segera ke sini BEN ASHAARI

Tuesday, December 14, 2010

Anak temani mayat ibu lebih dua hari

SIBU 14 Dis. - Seorang budak perempuan berusia empat tahun ditemui terbaring di sisi mayat ibunya yang telah mula membengkak dan berbau dipercayai mati dibunuh lebih dua hari.

Mangsa, Magdeline Chadon, 36, dari Kapit ditemui pada pukul 1 petang tadi di rumah sewanya di Jalan Hua Kiew dengan kecederaan di belakang leher dan telinga kanan dengan ulat telah mengerumuni luka tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, kejadian disedari tuan rumah yang mengunjungi rumah tersebut dan terdengar tangisan kanak-kanak sedangkan rumah berkunci dan lampu masih menyala.

''Tuan rumah ini bertindak memecah masuk dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan terbaring lemah tak bermaya di sisi mayat ibunya," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, tuan rumah yang terperanjat dengan keadaan itu bertindak segera dengan menghubungi polis.

Katanya, mangsa telah empat bulan bercerai dan jirannya mendakwa terdengar pertengkaran apabila bekas suaminya mengunjungi rumah tersebut.

Sehubungan itu, katanya, polis menahan seorang pengawal keselamatan pukul 4.30 petang ini bagi membantu siasatan.

Mangsa dan anaknya itu, kata Shafie, dihantar ke Hospital Umum Sibu. Malah kanak-kanak tersebut dipercayai berlapar ketika menemani mayat ibunya.

''Kanak-kanak tersebut muntah ketika cuba diberi makanan dan doktor percaya ibunya telah meninggal lebih dua hari. Malah kanak-kanak itu enggan bercakap seolah-olah berada dalam trauma," katanya lagi.

Polis katanya, mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan sedang mencari motif pembunuhan tersebut.

Keadaan kanak-kanak malang itu, katanya, telah dimaklumkan kepada jabatan kebajikan untuk tindakan.

p/s: di-expose oleh encik bapak pagi tadi time tengah breakfast.

sumber: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Tuesday, November 9, 2010

SETAN FACEBOOK (2010)

tadi ber-BW.
terjumpa satu info pasal movie ni.
movie ni Indonesia punya.
macam sedap je kan.huhu
tapi sayang aku agak ketinggalan.
da terlepas dh pun tarikh tayangan dia.hahahha
takpela.layankan jerla trailer dia.



ini serba sedikit sinopsis cerita dia.
dalam bahasa indon,bahasa yang aku kurang paham.huhu

Farah, di usia 19 tahun, termasuk tipe gadis yang energik dan spontanitas, juga untuk urusan identitas yang sudah dianggap over-narsis oleh teman-teman dekatnya. Cici, sahabatnya dan Nauvam pacarnya sudah seringkali mengingatkan Farah agar tidak terlalu obsesi dengan status di Facebook. Kadar aktifitas Farah sudah melebihi porsinya, kadang di tempat yang tak semestinya dan di waktu yang tak seharusnya, ia terus saja mengupdate status Facebook nya. Apapun yang ada di benaknya tak pernah terlewat sekalipun. Teror pun dimulai ketika Farah di undang untuk mengkonfirmasikan profil seseorang bernama Mira Anindhita, sosok asing yang di kemudian hari membawa bencana buat Farah dan teman-temannya. Beruntung, Farah tak pernah menggubris untuk mengkonfirmasi. Namun, beberapa temannya satu per satu yang juga di-undang mendadak mati mengenaskan

Sunday, November 7, 2010

off Batu Belah Batu Bertangkup,PGL & Shin Chan!

time ber-BW tadi terjumpa satu belog ni.
lawak gile
sila klik gambar untuk tumbesaran yang sehat :)





nak lagi?jom kunjungi Your Profile,Your Story
(tekan link)

Saturday, November 6, 2010

Blackberry diharamkan kat Malaysia?


Blackberry ialah sebuah lagi model telefon mudah alih dari Kanada.

Setakat ini
Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah pun mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry di negara mereka kerana aspek keselamatan negara mereka dikatakan boleh terancam disebabkan penggunaan Blackberry. Pada ketika ini kerajaan Algeria sedang menimbangkan untuk mengharamkan penggunaan Blackberry di negara mereka.

Kenapa kerajaan negara tersebut mengharamkan pengunaan Blackberry?

1. Semua telefon mudah alih menggunakan “local provider” tetapi tidak bagi
Blackberry yang mempunyai “server” sendiri di negara ia dicipta. Kanada. Jadi segala bentuk perbualan, teks mesej, e-mel dan lain-lain lagi akan dapat diketahui oleh negara luar. Perkara ini akan mengancam keselamatan negara sekiranya terdapat perbincangan yang berkaitan dengan negara dibincangkan dalam talian telefon menggunakan blackberry.

2. Jika terdapat benda yang tidak elok pada laman web tersebut sehingga
menimbulkan keraguan kerajaan mereka akan blok tetapi dengan penggunaan BlackBerry mereka tidak dapat berbuat demikian kerana semua data akan dimasukkan ke server syarikat BlackBerry sendiri jadi mereka tidak bley blok laman web tersebut. Berbanding telefon bimbit yang lain menggunakan local provider untuk mengakses.

3. Lebih ditakuti oleh mereka ialah komunikasi antara pengebom berani mati, dengan menggunakan telefon bimbit ini mereka tidak boleh mengesan perbualan tersebut.

Itulah sebab utama mengapa sesetengah negara mengharamkan penggunaan Blackberry dan mengatakan ianya mengancam keselamatan negara. Negara kita Malaysia tidak mengharamkan penjualan dan penggunaan Blackberry kerana ia dikatakan tidak mengancam keselamatan negara kita.

Sunday, October 24, 2010

Sultan Ismail Petra kena cekup



ini diambil dari i love kelantan



Kejutan di pagi Isnin.

Kalau pun, benar-benar pihak polis melakukan Latihan,
tapi kenapa perlu Sultan Kelantan yang tengah gering sebagai objek latihan ?

...ALLAH maha Adil, kalaupun tidak menghormati baginda Sultan, hormatlah baginda Sultan yang tengah Gering.

Terkilan dengan " operasi " polis Malaysia.

Saturday, October 23, 2010

kontroversi betul!

malas ulas banyak,takot tersilap cakap pulak.
entry ini bukan niat mau timbulkan kemarahan mana2 pihak yer.

tapi kenyataan2 nih memang panasssssss
benci bebenoe yer pada kelantan?

kawan-kawan mari pakat kita kelih!




Thursday, October 14, 2010

salam takziah..

tadi Tiekah MK text aku.ajak ke kampus untuk Pesta Konvo.owh,jahanam lagi pitis i kan ika?
takpelah..release tension la konon.esaimen segala dah setel.
balik je terus tido.awal gile.pukul 10 kot tido.haha
so sekarang bangun solat isyak.dan bersiar2 ke blog yang dalam blog list.

jalan ke sana,jumpa cerita pasal penyokong bola sepak Kelantan yang meninggal kes kena pukul ngan penyokong Selangor..haiya,mana tamadun mereka?mana hilang rasa perikemanusiaan mereka?siap boleh bangga lagi boleh jadi kaki pukul mati.hebat ke?sendiri tanggung..
aku amik kesempatan ni untuk ucapkan takziah kepada keluarga dan kaum kerabat Allahyarham.Al-Fatihah~~~

tinggal lagi berapa minggu sebelum aku balik kampung.muka macam biasa la,muka teruja nak jumpe anak-beranak nanti.suke~~~~~~~
doakan aku selamat dari segala bala bencana dan semoga perjalanan aku pulang ke rumah nanti selamat.
(di kesempatan ini jugak aku nak ucap takziah juga buat keluarga dan kaum kerabat mangsa tragedi 10/10/10..Al-Fatihah~~~)