Terkini dari teratak ❤ sїℱαℚїℝ ◝їlm◡ ツ ❤

Showing posts with label Ustaz Anas. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Anas. Show all posts
1
surat dah ada dalam peti

DIARI PENYUSUAN | Anakanda Anas Nawfal

 AMARAN : Bahasa Utara digunakan hampir di keseluruhan penceritaan

Masya Allah wa Tabarakallah


Alhamdulillah, bagi yang dah baca SINI, setiap kali #AnasNawfal bunyi ja, mama terus menyusu ikut posisi menyusu yang buku dan kawan ajaq masa mengandungkan anas tu. Lepas bagi anas diam, lepas tu bunyi dan mama bagi, anas diam lagi.

Proses berjalan lancar.

Alhamdulillah.

Bila dah bawak balik pun macam tu, sebenaqnya bila balik picit tak keluaq, risau jugak sebab memang langsung tak reti. Ada dua tukang urut yang mama amik, satu maksu nah yang biasa urut mama untuk ayong dan angah, tapi masa anas, mama topup lagi seorang under LPPKN, khas untuk urut bagi keluaq susu sama. Bila dia mai urut, dia cakap awat tersumbat, macam mana anak nak minum???

Bagi susu tepung dulu, kalau dak anak lapaq sementara proses urutan yang akan masa beberapa haritu. Memang babah pi beli susu tepung untuk sementara susu nak ada.

Alhamdulillah anas...



Mama berjaya!

Rasa nak qeyau ooooo - huhuhuhu

Malangnya gambaq macam mama kata, banyak yang hilang untuk masa-masa orientasi kita dan orientasi anas di luar rahim mama

Selepas menjalani sesi mengurut yang perghhhh tak kurang dahsyatnya. Terus rasa yakin sangat, bila nak nampak macam ni, pesan kawan pejabat, lepas menyusu direct, pam untuk kosongkan, so nanti signal sampai kat otak yang permintaan tu ada, ingat yang tu dalam otak

Dari sehari ke sehari, mama rasa mama dah selesa cuma kalau depan orang masih lagi caca merba, gelabah, takut posisi salah dan sebagainya






Alhamdulillah lagi, ada gambaq yang penuh peti ais tapi hilang, huhuhu, now mama pun buat jugak IG Private anak-anak habuan simpan gambaq-kenangan tu

Zaman dulu abadikan dalam album, zaman la banyak sangat, jenuh nak cuci, ada buat photobook sikit haritu, tu pun sikit ja, banyak dalam hard disk dan handphone ja kan, sebab tu mama buat blog jugak 💜

Kakak-kakak banyak follow babah masani sebab babah bagi ruang mama dengan anas ekslusif untuk menyusu. letih tapi bila tengok hasilnya ya Allah, hilang letih

Kalau lapaq, just shake ESP, memang sangat membantu





Belanja gambaq kakak-kakak tahun 2017 yang lalu, dan babah yang kurus masa ni, MASA NI! hahahhahahhaha



Macam biasa la masa zaman kakak-kakak,

1. Nur 'Aisya Humaira (Klik kat nama)

2. Nur Aara Imani (Klik kat nama)

Semua akan ada gambaq duk kat babah, mama pemalu sikit, tapi belanja la satu yang tak kelih muka mama dengan anas-hahhaha



Alhamdulillah, mama dapat menyusu anas sampai 1 tahun lebih, alhamdulillah. Kakak-kakakpun mama bagi minum susu masa mengepam untuk anas jugak, sebab mama tau, rasanya depa nyonyot kat mama masa tu susu tak keluaqpun sebenaqnya, sebab kurangnya ilmu pada waktu tu - huhuhuhu

Tapi jangan risau, semua mama kat dunia ni cuba yang terbaik dan pastinya semua hebat-hebat belaka, Masyaa Allah

Sekian dulu untuk malam ni

Terima kasih untuk semua yang terlibat dengan penyusuan ni, terima kasih atas ilmu, support yang tak pernah putus, terutama family dan sahabat sejati di pejabat. #TERHARU

Moga Allah kurniakan kalian rahmat yang tak pernah putus! huhu

11:49pm 11 April 2021 (Edisi #throwback)


Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

1
surat dah ada dalam peti

DIARI HAMIL | Menjelang Kelahiran part II

 Anas lahir 2017, 2020 update part 1
now 2021 - maafkan mama nak! hahahhaha

~~~

dah baca entry sebelum ni?

DIARI HAMIL part 1 | kemunculan yang ketiga
DIARI HAMIL part 2 | kencing kotor a.k.a tidak lawas
DIARI HAMIL part 3 | Demam Campak dan GDM
DIARI HAMIL part 4 | Uri Bawah dan Persiapan Bersalin

Paling latest part 1 tadi

DIARI HAMIL | Menjelang Kelahiran part I

Kalau perasan masa part 1 tu ada nota kat bawah tu, sebenarnya, yesss - mama dah lupa apa jadi! hahaahahaha

~~~

Apapun 16 Ogos 2017, mama gerak ke hospital sebab kontraksi teratur macam kakak-kakak jugak, so relax-relax ke hospital, cek bukaan dah 6cm, photostat kakak-kakak punya proses, sama ja, terus ke LR, alhamdulillah dari mula masuk sampai ke LR mudah ja urusan, semua nurse dan doktor perempuan yang urus. Bangunan baru ni, babah boleh masuk sekali, so sebelum masuk LR, sempat telan OsteMatrix dan ESP serentak. 

Sampai LR, Bilik luas dan selesa, so mama sorang dulu, tunggu betul-betul nak bersalin baru depa akan panggei babah. Macam biasa ketuban tak pecah, so doktor pecahkan, then baru babah masuk. Alhamdulillah mudah sama macam kakak-kakak, cuma kalini dengan babah, so berpeluh sakan, babah just lap muka mama dengan cekup kepala mama ja. Hentam sajala! hahhaha

Waktu sakit tu, orang sentuhpun dah sakit sebenarnya! ahhaha

Alhamdulillah Anakanda lahir pada jam ... (kejap mama carikan sijil lahir) 17 Ogos 2017

Bayi lelaki! MasyaAllah wa Tabarakallah

Babah diminta keluar bagi memberi laluan untuk mereka membersihkan bayi dan memberi laluan untuk proses seterusnya dengan mama.

Alhamdulillah!

Waktu tu phone semua tak sempat ambik, so depa mintak babah tunggu sampai depa panggil, lepas mama dah setel, tunggu babah kemain lama, nak call takdak phone, so tunggu ja la dengan perut boleh tahan lapaq.

Semua happy ja, cuma part sedihnya, gambaq anas, dari phone mama dan babah dua-dua hilang. Allahhhhh

Tu ja la memori yang ada, so down sangat. Naseb handphone babah ada jugak dapat diselamatkan. Tapi ada yang rosak, so mama letak sini yang mana selamat.


Awak diam ja, so ini KALI PERTAMA mama belajar tentang menyusu, kakak-kakak menyusu then susu takdak, mama bagi formula. Rupanya menyusu ini perlu ada ilmu yang cukup, support dari orang sekeliling, dan semua bahan untuk penyusuan mama dan ready, alhamdulillah ada rezeki untuk #UstazAnas kalini, mama yakin!

Malam tu bila babah sampai kat mama, dia cakap, depa tak bagitau, bila dia tanya sebab lama sangat, baru la depa cek dan kata mama dah kat wad, terus dia mai bawak ESP lagi, mama memang tekad guna betul-betul kalini. So sejurus ja lepas babah mai, mama dah telan semua full set shaklee bersalin, BComplex, VitaminC, OsteMatrix, ESP, alfafa ja hold dulu sampai anas betul-betul takdak kuning.

Memang energy sampai ke pagi, tak tiduq masih cargassss, alhamdulillah, pantang anas berbunyi sikit mama belajaq menyusu, nasib la anas bukan macam ayong, non stop nangis, so mama pun tak gelabah dan mama belajaq slow-slow sampai ke pagi.

Alhamdulillah, pagi tu lepas doktor cek semua, alhamdulillah takdak masalah, dah boleh keluaq, yang tu ja mama usap perut hari-hari doa, moga mudah, cepat dan selamat semuanya. Takmau dalam LR lama-lama, alhamdulillah sama ketiga-tiga.

Mama dah menggemuk nakkkk! hahahhaha


Tunggu setel surat, so sempatla selfie! wefie!





Barang yang sedia tu guna sikit saja sebab anas tak muntah macam ayong dan angah, tak sempat bermalam pun dah boleh balik, so angkut balik semua barang tu bawak balik.

OK, Jom balik!!!


Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

17.08.17
Muhammad Anas Nawfal bin Mohd Arif Fazdilah


Menyusu mama akan cerita di episod next okeh!

TQ semua!

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

0
surat dah ada dalam peti

BENDA HITAM DALAM TELINGA

Semalam waktu #UstazAnas main-main, sesekali terlihat dia menggaru-garu telinganya. Perbuatan itu diulang berkali-kali.

"Eh, gatai sebab lama tak cuci telinga ka?" mama berkira dalam hati. Sememangnya Ustaz Anas susah sikit nak dibersihkan telinganya sama ada dalam jaga mahupun lena.

Geli.

Terkekek-kekek ketawa bila kita mula pegang telinganya.

Kalini kerap benar dia menggaru-garu dan mengorek telinga dia.

Mama terus bergerak amik penyedok telinga (whatttss??? penyedok??? muahahahahah - apa daaaa orang panggil - ampunnnn - hahhahahhaha)

dimulakan dengan mencuci perkarangan telinga dengan terteleng-teleng kepala disebabkan geli, mama teruskan jugak ke bahagian lebih gelap. bila disuluh ke ruang dalamnya kelihatan sesuatu berbentuk bulat hitam memenuhi ruang lubang telinga kecil ustaz anas.

Dalam keadaan yang agak sukar, dapat juga disentuh benda hitam tu.

"Eh, takkan la t**k telinga banyak sampai mengeras?"

Mula tak sedap hati.

Ya Allah! ni BATU!!!

*Panic*

Cepat-cepat telefon babah di gerai kebab mintak balik tengok. Mama is seghiau!

Babah balik dengan segera.

Disuluh dan cubaan mengorek buang amatlah sukar. Ustaz Anas dah memberontak sebab mungkin terasa sakitnya. Batu tu agak melekat. Dalam keadaan ustaz anas yang meronta, menangis semahunya, usaha menjadi kian sukar.

Babah balik ke kebab, selesaikan urusan. Dia pulang awal dengan harapan ustaz anas dah tidur. Jadi senang nak urus dalam keadaan dia tak sedar. Pukul12.00 tengah malam dah sampai. Kalau tak boleh, mungkin akan bergerak ke kecemasan.

Ustaz Anas masih segar dan happy.

Last kami dua yang lena.

hahahhahahahahhahahahahahhahahahahahahahhahahahahhahahahahhahahahha

.

.

.

.

.

.

.

Bangun pagi tanya babah...

"Dah selesai ka?"

"Dak, babahpun lena. Letih."

Pandang memandang, kamipun mula berganti-ganti cuba keluarkan. Tapi lena jangan disangka lena, dalam pejam penuh dengan pertahanan.  

Jadi keputusannya, bawak ke klinik.

Maka bermulalah perjalanan ke klinik. Sampai di klinik, dalam sekelip mata, batu dapat dikeluarkan. Ustaz Anas qeyau la seminit 7 saat.

Inilah hasilnya


[Batu pakej sekali t**k telinga 😙]



Doktor kata, batu tu macam melekat sikit sebab bucu tajam tu. Jadi ada luka sikit, dapat antibiotik sahaja.

Fuh... angah dulu letak plastisin dalam telinga, adik dia batu terus 😑




luv,
mama

Terima kasih daun keladi... sudah baca komenla lagi... sudah komen jangan lupa like n follow belog ni... sama2 berkongsi rasa.... jazakumullahu khoir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ yang sangat disukai ♥


Get this widget here

♥klik hat sukaaa ja ♥

` (1) ~family xtvt~ (10) ~mAkaN MaLaM~ (4) ~mAkaN pEtAnG~ (3) ~maKAn TenGAHaRi~ (2) ~QeRoJe~ (3) ~sAraPaN pAGi~ (3) aadk's activity (2) aaraIMANI (16) ADNIN (8) Aidilfitri (3) aYAh (6) babah (1) bAby bOotiEs (1) baby sandals (2) banjir (1) beads (1) BeRpaNTang (1) BicAra FiLeM (3) bicara ilmu (11) bisness (2) bLOgwalKinG (1) breastfeeding (1) BuKu dan Diri Ini (2) churp2 (1) cr0ChEt (2) dari HATI (63) detox (1) episod berukhwah (1) eSELL Shaklee (1) faceBLOG (1) faCEbOOk (1) FriDaY's mOod (1) fun (6) Gigi (2) GivEAwaY (2) header blog (1) Herblax (1) Horror... (3) HPA (8) info (3) islamDANjihad (12) it's about BESdAY (7) jaLAn2 nGan CiK aBg (10) jomodershaklee (1) kaWAn2 BlogGers (3) kaWan2 TawEn (2) KDSA beseri (1) keahlian shaklee (4) KeHaMiLaN (16) kEjaDiaN2 (3) Kelahiran (2) kisah chentaku~ (14) KoLEksi HadiAH (1) lemang (1) LiRik LaGu (2) little caliphs (1) makanan bayi 6-8 bulan (1) mamamasak (1) mASakAN (17) mealshake (1) memory~ (10) miNumAn (1) misTERi (1) muhasabahdiri (1) MyCoNTESt (2) Omega Guard (1) oRiGami (1) PantangLarangShaklee (1) parenting (1) pEmAnis MuLuT (1) pencuci mulut (1) penyusuan (1) percutian (9) perkahwinan (60) PerkemBanGan Bayi (3) perMaTa Hati KaMi~ (31) pReGnanCy (1) puding (1) RagAm MyRa (28) ramadhan (3) saja2 (37) SeGmeN2 (7) sekolah (1) sembelit kanak-kanak (1) Set berpantang (2) Set Detox (1) Set Kurus (3) Set Menyusu (1) shaklee (13) shaklee perlis (3) shakleespecialpromotion (1) Shape Up Set (2) SpOnTanEOus ThuRsdAy (5) tadika (1) TAG sana sini (27) taMAn2 iLmu (4) Temuduga (1) TiPs (4) uMuM (9) unDER coNStrUctiOn (4) UniK dAN lUCu (4) Ustaz Anas (3) Vita-Lea (2) Vitamin c 500mg (1) Vitamin e (1) WorDLeSs WeDNesDay (28) YESpackShaklee (2)