Rentetan daripada WW semalam, dah tengok? Kalau belum, leh kelik SINI.
Puan eeiyss tengah sedih! wawawawa
Kejadian pilu itu terjadi selasa witu ( 26 Jun 2012 ) , begini kisahnya...
Sebelum itu, puan eeiyss nak gitau, puan eeiyss jugak ada perasaan (sama macam tajuk, jadi sila membaca dengan 'aqal, bukan emosi... chewah!) hehe (^___^)
Kenapa puan eeiyss sekat entri ni dari keluaq pada hari kejadian? Sebab puan eeiyss tanak meluahkan dengan emosi, tapi hati cuma terlebih sensitif. Perkara itu perkara kecil sahaja. Sungguh! Memang sangat kecil sahaja, tetapi memberi kesan ke atas sekeping hati yang manja ini.. wuwuwuuw (T___T)
Pagi yang ceria membawa cahaya, tetapi menjadi suram dipanah kehitaman... (tedia keluaq dah ayat berbunga.. hehe)
Sebenaqnya, puan eeiyss mai qeja dengan penuh ceria pagi tu walaupun terlewat, terkaluit dan sewaktu dengannya. Punch pukui8 tepat. hohoho
Tiba waktu makan, kami semua makan pagi2. Tengahari, tak keluaq makan dah. Keluaq petang ja beli cucuq pulak. Kejadian tu PAGI tu. PAGI... PAGI... PAGI...
Tengah-tengah sedap menikmati makanan, seorang teman opis ada bagitau pasai baju tshirt yang penolong pengarah kasi untuk bahagian admin, semua dah dapat baju tu, ada lebihan, bagi la kat bahagian admin. Tapi dalam nama-nama yang ada tu... (bukan ramaipun bahagian admin opis kami, seorang kewangan dan selebihnya kami-kami termasuk saya... berjumlah 4orang sahaja) , semua dapat kecuali nama saya.
Sekali lagi teman opis menelefon penolong pengarah, bertanyakan tentang baju puan eeiyss... jawab penolong pengarah itu...
"TIADA SAIZ UNTUK IS"
Allah... Allah... besaq sangatkah saya? kecik sangatkah saya?
huhu
Saiz saya sama sebagaimana kawan-kawan saya...
sedih!
Bukan sebab baju sangat, tapi, seolah memang dipinggirkan dan tidak dihiraukan... seolah-olah saya tidak wujud dan tidak pernah membuat sebarang kerja... seolah-olah saya tidak layak mendapat baju... seolah-olah saya sangat kerdillllll... halimunan... tidak penting... tidak patut bekerja di opis ini lagi...
(Itu emosi bodoh saya yang tidak keruan tika itu)
Apa yang saya lakukan tika itu? Menguyah dengan lemah, menjerit dalam hati!
"TOLONG! TOLONG! TINGGALKAN SAYA SENDIRIAN! SAYA PERLUKAN MASA BERSENDIRIAN! JANGAN TEGUR SAYA! dan Alangkah baiknya jika saya tidak mengetahui tentang baju itu. Bagilah sesama anda waktu saya tiada di opis. Saya takmau tau! wawawawawawa"
Tapi mereka membahagikan sejurus selepas makan itu... saya terpinggir... saya terasing... saya... saya... dan saya! mereka teman baikku! wawawawawawawa (T___T)
Dalam hati yang lara, puan eeiyss bukak akaun fb dan taipkan di sana...
sengaja puan eeiyss letakkan tanda senyuman itu... sebagai pengubat hati yang lara....
Puan eeiyss menghabiskan satu hari di opis dengan hati yang bersangkar lara...
Tidak habis setakat itu, puan eeiyss jadi sangat sensitif jika mereka masih bercakap mengenai baju ataupun mereka menegur puan eeiyss untuk tersenyum, rasa nak nangis! ( macam budak2 pulak.. haha!)
Jam punch bunyi je pukui5... Teruih punch, tunggu incik arif ( panggilan manja untuk incik hubby tapi sebenaqnya terbawak2 masa duk panggil dia waktu kerja sekali sekitar 2008 dulu ) datang amik, nek keta, muka cuba tidak dikelatkan. Konon-konon macho... Tapi bila dia bukak mulut tanya...
" Hari ni ok kat opis?"
Terus berubah mud yang sengaja dikawal-kawal.
" Tak!" ( Jawab dengan muka nak teyak )
Dia tanya lagi, " Awat punch lewat ka? "
" Dak, tepat kui8..." Jawab takdak perasaan. Dia senyum, puan eeiyss sikit lagi nak kuaq ayaq mata. ( anak manja! hehe )
" Pastu pasaipa? kena marah dengan bos ka?"
"Dak!" Pastu teruih puan eeiyss ceta sampai qeyau kaw2 punya... haha! dari opis sampai jalan nak masuk umah baru benti... tediaaaaa! ( Pasai baju ja pun! )
Incik arif a.k.a hubby tercinta hanya dengaq. Sangat membantu emosi puan eeiyss.. lega dapat ceta... Memang dia ada kata, " Xpa, nanti kita beli baju macam tu jugak..." puan eeiyss senyum... " xmo...xmo....xmo... nak baju depa gak!
"Nanti kot, penolong pengarah bagi la...."
"xmo amik.. xmo... xmo dan... cemusss!" Habis sekadar itu... sensitif tahap tertinggi dari puan eeiyss dah dapat diturunkan dengan cermat oleh incik hubby (^___^) tengs.. muah!
Sampai rumah, tengok siMerah tersenyum... hilang semua gundah. Hilang semua lara, main-main dengan dia, manakala incik hubby sibuk kat dapuq... masak mee goreng bollywood lagi... hehehhe.. beliau yang rajin... ohohohohohooiii
Kenyang makan, malam tu bersembang ngan incik hubby till midnite.. dia dengaq ja.. siMerah kasi ruang kat kami dengan tiduq seawal pukui8... (^____^)
xpa.... Allah ada rencana yang lebih hebat, la tahzan... jangan nak ngengada... (^___^)
tengs sebab sudi baca...100% emosi telah hampir pulih.. alhamdulillah
...hanya kerana sehelai baju free