Monday, September 12, 2011

hari ahad

Ni pulak cerita hari ahad
Kena start dengan cerita hari sabtu...hemm ni kerja si Hakim..pagi sabtu dia keluar la jumpa kawan pekena roti canai n teh tarik. Pastu dia called..gini lebih kurang kami sembang2.."mama...hari ni hakim jemput kawan datang rumah" hahhh..."ehh bila tu?" saya dah kelam kabut.."kejap lagi la dalam pukul 3 macam tu" chewahh selamba nya dia..saya tengok jam masa tu dah 11.30 pagi...dan saya tengah lipat kain baju yang berlambak2 dan juga belum mandi ..tu satu ehh dua tapi yang paling penting nya dalam peti ais cuma ada ayam je...dan saya kan ke dah plan nak keluar ke 1utama semalam kan.."ehhh hakim..mama takde masak apa apa pun...esok tengahari boleh tak?" saya risau kot2 kawan kawan dia dah siap nak datang dah ni..mana lah tau kan kot kot hari ni dia orang buat operasi terjah rumah kawan kawan kan ke haru..nak jamu apa..budak lelaki pulak tu..dia orang ni memang suka makan..he he he

Nasib baik si hakim boleh di nego nego...kalau tak memang saya g beli mee mamak je lah jamu dia orang ni..hemm
So confirm la hakim jemput kawan kawan dia datang ke rumah hari ahad...ada la dalam 6 orang..ni gambar gambar dia orang..
Dia orang ni kebanyak kan nya saya dah kenal dari dia orang sekolah rendah lagi...yang baju belang hitam putih tu saya kenal dia dari tadika...he he mak dia kawan baik saya...tengok tengok sekarang masing masing dah besar bapak dah..budak budak ni ok la dengan saya..kalau jumpa mesti datang salam dan kalau saya tak perasan dia orang ada dekat dekat situ..dia orang mesti akan datang tegur saya...aiii sejuk perut mak dia orang kan..anak2 pandai hormat orang tua dan well behave pulak tu..hemm nasib baik la hakim dapat berkawan dengan budak budak macam ni...lega hati saya..

Sekarang ni dia orang semua nya dah masuk uni...kira hakim ketinggalan lah kan..lambat sikit join dia orang...ye lah dah makbapak hakim ni tak nak masukkan dia ke IPTS...nak jugak dia masuk IPTA...he he he jgn marah ya hakim...nanti bila hakim dah TUA hakim paham la kenapa...




















Hemm saya masak simple simple je...mee udang dan macaronni goreng letak cheese..ingat nak bake sikit macaronni tu..tapi malas pulak..so lepas goreng letak cheese dan tutup..hemm melting jugak cheese tu...dan di baham oleh kawan hakim...selesai jugak..cuma mee udang dan lemang tak dapat sambutan...agaknya budak budak muda sekarang dah tak suka makanan orang melayu kot...lepas lepak kat meja makan...dia orang lepak kat ruang tamu pulak..dengar dia orang sembang2 kelakar la...teringat zaman remaja saya dulu dulu bila berkumpul dengan close friends..macam ni la... cuma girls bila gelak takde la gegar rumah kan..ha ha ha




okay boys..thank you datang ke rumah aunty..next year datang lagi yaa...doa aunty you all berjaya mencapai cita cita you all dan dapat kerja yang bagus bagus ya..jaga diri masing masing..all the best to you




So pada anda jugak terima kasih kerana singgah ya..nanti datang lagi...:)

No comments: