
08 October 2012
05 October 2012
PENAWAR BARAH ( CANCER )
Mula-mula bacalah ayat-ayat ini sebanyak 7 X ke air zam-zam atau air biasa (paling baik air Rx) dan minyak zaitun. Banyak mana air? cukup2 untuk minum seminggu (3 cawan sehari) juga cukup2 mandi seminggu (bilasan terakhir). Minyak zaitun pulak mencukupi untuk disapu di tempat sakit selama 21 hari.
1. al Fatihah
2. al Baqarah (ayat 1-5)
3. al Baqarah (ayat 164-165)
4. al Baqarah (ayat 255-257)
5. al Baqarah (ayat 285-286)
6. al Imran (ayat 1-5)
7. al Imran (ayat 18)
8. al Imran (ayat 26-27)
9. al Araaf (ayat 54-56)
10. al Araaf (ayat 117-119)
11. Yunus (ayat 80-82)
12. Thaha (ayat 65-69)
13. al Mukminun (ayat 115-118)
14. al Hasyr (ayat 21-24)
15. as Shafaat (ayat 1-15)
16. ar rahman (ayat 31-33)
17. al Mulk (ayat 3-4)
18. al Qalam (ayat 51-52)
19. al Jin (ayat 3)
20. al kafiruun
21. al Falaq
22. an Naas
Jika leukimia, sapulah minyak pada tulang belakang kaki kanan dan kiri.
Jika breast cancer / kanser rahim/ kanser paru2 memadailah sapu minyak di bahagian luaran saja. Kemudian bacalah doa barah - ( surah al Qalam ayat
1-2 )
N3 ini dipetik dari Cik Google...untuk dikongsi dengan umum.
25 June 2011
63 PETUA BAHAGIA DR FADZILAH KAMSAH
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah
11 June 2011
6 PESANAN KEPADA WANITA YANG PERLU KITA AMALKAN UNTUK MENDAPAT KEJAYAAN HIDUP DIDUNIA DAN DIAKHIRAT
1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal( kan ) solat. Bagi wanita sebaik-baik tempat solat adalah di rumah dan di bilik yang tetap. Ganjaran bagi mereka yang menjaga solatnya di awal waktu sangat besar. Dikatakan barangsiapa dapat menjaga solatnya dan bersedia mengambil wuduk sebelu azan di azankan Allah akan bangkitkan muka kita iakhirat kelak dengan muka bercahaya seperti matahari, dan sekiranya mengambil wuduk semasa azan diazankan mukanya akan bercahaya seperti bulan purnama dan berwuduk selepas azan diazankan maka mukanya akan bercahaya seperti bintang... MasyaAllah.Sembahyang juga merupakan anak kunci ke Syurga
2. Baca Al Quran setiap hari kerana Al Quran adalah Nur untuk kehidupan kita dan bekalan di akhirat. Al Quran juga adalah peneman di dalam kubur dan pemberi syafaat di akhirat kelak. Cubalah sedaya upaya untuk khatam 2 kali setahun . Jika tidak mampu lapangkanlah masa sekurang-kurangnya 1 juz sehari, jika tidak mampu juga bacalah sekurang-kurangnya 10 ayat. InsyaAllah...
3. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Baca lah hadith2 berkaitan fadhilat amal dan bermuzakarahlah. Dengan membaca hadith ini akan melembutkan hati kita mudah-mudahan akan memudahkan agama masuk dalam diri kita dan dapat kita mengamalkan dengan sempurna.Rumah2 yang diperdengarkan hadith akan bercahaya seperti bintang2 dan syaitan akan keluar dari rumah kita, malaikat pula akan masuk dan rumah kita akan jadi sumber hidayah untuk jiran -jiran di sekeliling kita.
4. Mendidik anak secara Islam mengikut sunnah Rasulullah.... Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa mudah kerana doa adalah senjata kita sebagai orang mukmin. Ajarkan lah anak-anak kita doa2 mudah iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya. Ceritakan juga kepada anak2 kita kisah-kisah Rasulullah. Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara - Cinta kepada nabi,Cinta kepada ahli keluarga dan bacalah Al -Quran.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.Didikdan bimbinglah anak-anak kita juga dalam kesederhanaan. Hiduplah dalam sederahana jangan sampai hamba dunia. Belilah benda yang bermanafaat. Mereka yang hidup dalam kesederhanaan akan terselamatdari kesusahan dan kerisauan.
6. Galak dan doronglah suami untuk bermujahadah menegakkan Agama Allah. Menegakkan agama Allah ini bukan sahaja dengan peperangan pada zaman Rasululllah juga adalah melalui tutur kata, akhlak dan galakkan untuk mengamalkan cara hidup Islam.Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
02 June 2011
TALAM DUA MUKA - PERNAH DENGAR PERIBAHASA INI...
Pernah dengar peribahasa ini.... entah mengapa ada sesuatu yang membuat Ku ingin menulis N3 ini...Ia tiada maksud apa-apa, hanya untuk mengingatkan diri sendiri...
Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia ada. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai.
Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Kenapa dikata merbahaya? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali.
Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Dalam dunia akhir zaman semakin banyak manusia seperti ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan.Bila di depan kita mereka menceritakan keburukan orang lain, sudah pastinya apabila bersama orang lain mereka akan menceritakan keburukan kita. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari. MasyaAllah taubatlah….Munafik kata Allah…
Manusia talam dua muka ini sebenarnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita. Talam dua muka ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.
Talam dua muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan. Berhati-hatilah mungkin tanpa sedar kita atau kawan kita adalah mereka….
Tetapi harus ingat, kita juga perlu bersangka baik dengan sesama manusia, rakan atau keluarga, kerana sekiranya kita berbuat baik sesame insan InsyaAllah ada ganjarannya dan mudah-mudahan Allah lindungi kita dari mereka yang bertalam dua muka atau beribu-ribu muka…
28 January 2011
MAKANAN SESUAI UNTUK KESIHATAN - MENGURANGKAN KOLESTROL.
1. SOYA
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia dapat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak "jahat" (LDL) dan meningkatkan kadar lemak "baik" (HDL).
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengann zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
5. IKAN TUNA
Tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.
8. KISMIS
Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
9. OAT
Kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU
Jambu batu mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai
Terima kasih Mr Google - carian maklumat
HIDUP KITA UMPAMA RODA.... SENTIASA BERPUTAR...
"Hidup ini umpama roda, kadangkala kita berada di atas, dan kadangkala kita berada di bawah". Ia merupakan perumpamaan tentang kehidupan manusia.
Sepanjang kita hidup di muka bumi ini, adakah kehidupan kita sememangnya ceria dan gembira setiap hari tanpa pernah berduka atau berduka saja tanpa pernah gembira??
Muhasabah diri kita.....
Sebenarnya hidup kita ni tidak selalunya indah, ceria, gembira.. Ibarat roda.... setiap kejadian ada hikmahnya.... walaupun perkara itu baik , indah , gembira dan sebagainya tetapi kita perlu ingat bahawa kita hanya makhluk dalam sekelip mata sahaja Allah akan menukarnya....Allah berkuasa ke atas kita....bila kita dalam keadaan susah biasanya barulah kita ingatkan Allah, memohon dan berdoa....Betulkah tindakan kita ini ????....
Mengapa tidak dalam keadaan senang dan gembira kita juga wajib mengingati Allah dengan bersyukur , berzikir dan sebagainya.....
Itulah kehidupan. Untuk mengharungi kehidupan, pelbagai rasa kita alami, susah, perit, duka, sakit, senang, gembira, ceria, sedih dan pelbagai lagi. Semakin bertambah usia kehidupan kita, semakin matang lah diri kita.
Apa-apa yang telah berlaku ke atas kita adakalanya membahagiakan, adakala ianya menyakitkan, ada yang membawa keuntungan dan adakalanya membawa kerugian.
Namun setiap keburukkan dan kerugian yang berlaku pasti ada kebaikkan yang tersembunyi. Jadi jangan sekali-kali mengelabah apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini kepada kita.
Kadang-kadang kita akan dapat melihat kebaikkan yang tersirat serta-merta, kadang-kadang setelah sekian lama, baru kita akan sedar dan dapat mengetahui kebaikannya. Itu adalah lumrah alam.
Yang paling penting, apabila kita menerima kesusahan dan musibah kita hendaklah menerimanya dengan sabar, jangan cepat melatah, kerana dalam keburukkan ada kebaikkan yang tersembunyi, dalam keuntungan ada kerugian yang tersembunyi.
Jadikan setiap apa yang berlaku bukan sahaja pada diri anda, tetapi pada juga diri orang lain sebagai satu pengajaran positif dalam hidup kita, kerana selagi kita hidup, kita mesti belajar, samada daripada pengalaman sendiri, persekitaran dan orang yang berada disekeliling kita,kerana kita tidak tahu bagaimana nasib kita hari esok..
Hari ini kita gembira, belum tentu esok kita masih bergembira. Jadi..sediakan diri kita untuk menempuh kehidupan dengan penuh kematangan, kecekalan dan kesabaran, Kerana kehidupan kita umpama roda, jadi kita hendaklah bersedia untuk berada di mana-mana saja posisi kehidupan dan menghadapinya dengan tabah
08 January 2011
TIGA JENIS JODOH DAN PENDAFTARAN HUZAIFAH
berkenalan, berpegangan tangan, buat MAKSIAT, mengandung lalu bernikah.
2.Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu diBomoh dan diSIHIRkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.
3.Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.
31 December 2010
MARI MUHASABAH DIRI
Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...
Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengorak
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...
Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...
Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...
Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..
Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.
Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita.
29 December 2010
HATI YANG SEJAHTERA
HATI YANG SEJAHTERA adalah hati yang
....... kenal Allah swt dan takut kepadanya.
....... Meletakkan Allah dan Rasulnya ditempat yang tertinggi dalam kehidupan harian, secara konsisten.
......dekat dengan Allah dan menjadikan kehidupannya berpaksikan mencari keredhaan Allah.
......bebas daripada pengaruh amarah, syahwat dan syaitan.
......dipandu oleh nilai-nilai murni, dan dapat memandu kepada kebaikan yang lain
......sentiasa tawaduk dan merendah diri
......ghairah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan sangat benci segala bentuk kejahatan, walaupun sekecil mana sekalipun.
Muhasabahlah diri kita, di manakah kita sebenarnya...sejahterakah kita atau masih perlu memperbetulkan diri yang belum bersih...
CERIA DI PAGI HARI
Pemikiran yang ceria menjadikan diri sangat positif dan produktif.
Bagaimana mahu bangun dengan ceria setiap hari?
Pertamanya , dengan berniat untuk ceria sebelum tidur.
Tidur yang dalam keadaan berwudhu’ dan berniat untuk tidur adalah tidur terbaik berbanding dengan tidur yang tidak disengajakan terutamanya jika tidur ketika menonton televisyen.
Tidur begitu, tatkala otak sedang memproses apa yang ditonton sebenarnya tidur yang tidak membantu kerehatan tubuh sebaliknya sangat meletihkan dan diri boleh bangun dalam keadaan yang sangat negatif.
Fikiran yang negatif pula menjadikan keseluruhan hari dilalui dengan keadaan tak tentu hala dan berserabut. Emosi menjadi negatif dan diri langsung tidak produktif.
Sekiranya berterusan berkeadaan begini, maka diri akan menjadi tidak bersemangat, negatif dan sel-sel tubuh menua dengan pantas.
keduanya untuk mendapatkan hari yang ceria ialah berniat atau betulkan kembali niat ketika bangun dari tidur.
Setelah membaca doa kesyukuran tatkala membuka kembali mata, maka muhasabah apa yang ada dalam hati,. betulkan serta merta sekiranay apa yang ada dalam hati negatif,..
Berniat kembali untuk menjadi positif dan ceria.
senyum selebarnya dan bayangkan dalam minda yang anda akan lalui hari itu dengan ceria sekali,..
Nampakkan dengan jelas dalam minda, yang diri anda sedang tersenyum tatkala mandi, memakai baju, bersarapan, memasuki kereta untuk ke tempat kerja, sepanjang perjalanana ke tempat kerja dan seterusnya sehinggalah habis rutin harian anda,..
Bayangkan juga dalam minda anda yang anda sedang tersenyum dan rasakan dalam diri yang dan rasa hebat dan ceria ketika berbual dengan pasangan dan anak-anak sebelum ke tempat kerja dan nampakkan juga dengan jelas dalam minda anda, diri anda sedang berbual atau bercakap dengan bos atau rakan sepejabat anda dan bayangkan perasaan anda rasa sangat hebat ketika itu.
Hasilnya anda akan jadi sangat hebat,.. yakinlah.
ketiganya, untuk mendapatkan diri yang ceria setiap hari ialah berniat ketika sedang mandi,..nyatakan niat anda pada air dan biarkan air itu merakamkan niat anda pada seluruh tubuh tatkala tubuh disirami air.
Air dan minyak zaitun adalah perakam tenaga yang sangat hebat.
semoga hari anda adalah hari yang sentiasa ceria dan hebat.
27 September 2010
ADAB MAKAN
Hari ini duduk di kantin sewaktu murid-murid sedang rehat. Sebenarnya Ku ni jarang turun ke kantin.... Lebih sepuluh tahun Ku tidak makan di kantin waktu rehat persekolahan... entah tak tau mengapa.
Ku lebih suka minum di bilik guru, samaada membuat air panas sendiri di sekolah atau membawa bekal di rumah. biasanya Ku akan makan apa-apa sahaja ala kadar seaadar mengalas perut...
Tapi hari ini bila bila berada di kantin untuk seketika, Ku lihat berbagai kerenah anak murid Ku makan, ada yang makan berdiri, ada yang makan dengan tangan kiri dan macam-macam...lalu Ku terpanggil untuk menulis N3 berkaitan adab makan yang perlu kita amalkan...
Adab akan ni bagi kami dalam jemaah adalah lebih teliti , tetapi hari ini Ku nak menulis yang ringkas sahaja yang perlu di amalkan oleh kita sebagai orang Islam.... Ingatlah adab-adab dala kehidupan kita adalah sumber keberkatan hidup.
TENTANG ADAB MAKAN
1. Sumber Yang Halal - pastikan makanan itu dari sumber yang halal. Yakni sumber untuk mendapatkan rezeki itu hendaklah yang halal. Kalau curi duit kawan contohnya untuk beli makanan yang halal, hasilnya tidak halal juga...
2. Basuh Tangan Sebelum Makan - Maklumlah tangan kita akan kotor selepas melakukan sesuatu. Seeloknya basuhlah tangan sehingga pergelangan tangan , kerana ia ada fadhilatnya...
3. Berdoa - Mulakan dengan membaca doa, atau sekurang-kurangnya dengan membaca Bismillah. Doa makan adalah seperti berikut:
4. Makan Untuk Apa - niatkan makan supaya ada kekuatan untuk beribadah kepada Allah swt... bukan semata-mata hendak kenyang.
4. Makan dengan Tangan Kanan- Ketika makan, disunatkan makan dilakukan menggunakan tangan kanan. Kekanan dalam semua perkara merupakan amalan terpuji, bahkan ia merupakan amalan orang-orang yang soleh; bertaqwa kepada Allah SWT.
Maka hendaklah makan menggunakan tangan kanannya. Ini kerana, Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya ( maksud hadis)
5. Tidak makan atau minum dengan berdiri kerana ia menandakan kurang adab.
6. Nabi SAW mempunyai cara-caranya tersendiri ketika makan dan minum. Nabi SAW apabila makan, baginda pasti akan menggunakan tiga jarinya.
7. Tidak Mencela Makanan -Kadang-kadang, ketika kita makan, ada makanan yang kita tidak selera. Ataupun, mungkin faktor makanan tersebut tidak sedap dan sebagainya kita mencela atau mengatakan kurang sedap... elakkan.
8. Tidak Makan Terlalu Banyak - Makan yang terlalu banyak adalah punca penyakit dan nabi tidak suka makan terlalu banyak.
Maksudnya hadis :
“Orang kafir makan dengan tujuh perut, walhal orang mukmin itu makan dengan satu perut sahaja".
9. Cara Duduk Ketika Makan- Nabi SAW amat menjaga cara dan kaedah duduk. Nabi SAW tidak pernah makan dalam keadaan bersandarMAKAN BERJEMAAH
10. Makan Berkumpulan atau Berjemaah - Ia merupakan tuntutan kerana, berjemaah mewujudkan saling bantu membantu. Apabila wujud seorang yang susah, pasti dengan berjemaah, seorang kawan yang lain pasti akan membantu. Apabila keadaan ini berlaku, sebarang kesulitan dapat diselesaikan dengan baik.
11.Tidak Menggunakan Bekas dari Emas dan Perak -Bukan sekadar kurang adab, malahan merupakan satu dosa, apabila seseorang itu minum dan makan dengan menggunakan bekas daripada emas dan perak.
BAGAIMANA BERSAING DENGAN DIRI SENDIRI
16 September 2010
HARI OZON ANTARABANGSA -16 september 2010.
Hari Ozon Antarabangsa di sambut pada 16 September setiap tahun oleh negara-negara ahli Protokol montereal Mengenai Bahan Pemusnah Ozon di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Tujuan sambutan ini adalah untuk memberi kesedaran awam tentang betapa pentingnya untuk melindungi lapisan ozon daripada ancaman Bahan Pemusnah Ozon ( BPO) seperti ( CFC ) klorofluorokarbon.
- Sebenarnya kita sebagai rakyat Malaysia kurang mendapat pendedahan tentang Hari Ozon Sedunia ni...
Pulangnya Ku dari ziarah Hari Raya , Ku terserempak dengan sebuah kereta MPV yang menyahut seruan kempen Hari Ozon sedunia.... Uhhh penuh dengan sticker....sayangnya Ku tak dapat ambil gambar kerana Kamera Ku hantar servis sebab terjatuh pada malam Hari Raya pertama tu... maka tiada gambarlah sepanjang syawal ni....
Allah berkuasa, makhluk tidak berkuasa.....
16 SEPTEMBER - PENUBUHAN MALAYSIA
DI KALA KITA MERAIKAN HARI MALAYSIA, SEMUGA SEMANGAT PERPADUAN YANG DIKONGSI BERSAMA INI AKAN TERUS MENJADIKAN MALAYSIA PALING ISTIMEWA.
08 September 2010
ESOK HARIRAYA.....
Salam aidilfitri.... tentu semua umat Islam sedang sibuk menantikan Syawal yang akan menjelang esok...
Semuga Syawal yang bakal menjelang, akan mendatangkan keberkatan dan kerahmatan untuk kita... Malam aidilfiri adalah malam untuk beramal dan malam kemenangan...Bangunlah untuk membuat Qiamullail sebagaimana kita menantikan LailatulQadar....
Berdoalah kita agar dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Bagi golongan arifbillah, pada ketika ini mereka teresak-esak menangis mengenangkan bulan yang sangat mereka cintai akan melabuhkan tirainya. Adakah kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang masih ada?
Semoga Allah SWT merahmati, mengampunkan dosa kita,dan dijauhkan kita dari azab api neraka. Semoga peluang yang masih ada untuk beribadah digunakan dengan sepenuhnya.
01 September 2010
SAMBUTLAH AIDILFITRI SECARA SEDERHANA MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.
1. Bertakbir
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah.
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185
2. Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri
Lazimnya kita mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
3. Meneruskan qiamullail
Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat sunat taubat, soat sunat hajat, solat tahajjud, solat istiharah dan solat sunat tasbih.
4. Mandi pada pagi hari raya
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:
“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i,
5. Makan sebelum solat Aidilfitri.
Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:
“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” – Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.
Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya.
6. Memakai pakaian yang indah
Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:
“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.
7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:
“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.
8. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.
Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:
“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka.
9. Tempat perlaksanaan solat hari raya
Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:
“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).”
10. Mengerjakan Solat Aidilfitri
Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
11. Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama.
Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah.Mereka yang berpuasa enam ganjarannya iaitu seolah-olah berpuasa setahun.
PENUTUP
Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.
dipetik dari fadhilat ramadhan dan aidilfitri .
28 August 2010
BULAN MENJADI DUA - PLANET MARIKH MENGHAMPIRI BULAN
Saat paling penting dalam sejarah Astronomi dunia pada 27 Ogos 2010 . Fenomena bulan yang menjadi 2 pada tarikh 27 Ogos 2010 sebenarnya berlaku kerana Marikh berada dekat dengan bumi dan kelihatan bumi mempunyai 2 bulan. Fenomena ini hanya akan berlaku sekali lagi pada 2287.
Itulah planet Marikh, planet ke-4 di dalam sistem suria kita dan berada pada kedudukan Istiqbal dengan Bumi.Planet marikh bergerak menghampiri bumi. Kali terakhir berlaku ialah pada akhir 2007.
Istiqbal merupakan satu keadaan di mana planet-planet yang berada di dalam orbit yang lebih jauh daripada Bumi, berada pada kedudukan sederet relatif kepada Bumi dan Matahari. Di dalam kes ini, Marikh-Bumi-Matahari akan berada pada satu garisan yang hampir lurus. Ini bermaknanya, sebaik sahaja matahari terbenam, Marikh akan terbit.
Pusingan planet Marikh (atau juga dikenali sebagai planet Merah) bagi setiap kedudukan istiqbal ialah setiap 26 bulan.
Ketika ini, Marikh akan berada paling hampir dengan Bumi, dan kita akan dapat melihat ciri-ciri permukaannya dengan begitu jelas dan mudah.
Namun, disebabkan orbit Marikh dan Bumi tidak seragam jauhnya daripada Matahari, maka jarak Marikh-Bumi bagi setiap kejadian istiqbal berbeza-beza. Jika anda masih ingat, tahun 2003 yang mana ketika itu Marikh berada pada jarak yang paling hampir dengan Bumi jika dibandingkan dengan kedudukan istiqbal yang lain.
Kali ini, Marikh tidaklah berada amat hampir tetapi mencukupi untuknya bersinar dengan cerah dan menarik perhatian kita. Kiraan falak menunjukkan kecerahan hampir menyamai kecerahan bintang paling cerah di langit, iaitu bintang Sirius.
Maknanya, orang yang hidup pada hari ni mustahil untuk tengoknya semula dalam satu kehidupan yang sama.
Subhanallah... Allah Maha kuasa, makhluk tidak berkuasa... Allah menjadikan sesuatu tanpa izin makhluk... terasa kerdil dan takut dengan segala perubahan dunia...Ya Allah ampuni dosa Ku, SuamiKu, kedua ibu bapaKu, anak2Ku dan sekalian orang Islam....
18 August 2010
CERITA MERDEKA


Di sebuah kampung, Bukit Rusa, tinggal seorang budak lelaki berama Adam.
Apa yang dilakukannya sepanjang hari hanyalah bermain. Tatkala budak-budak lain membantu mengahalau burung-burung dari sawah padi, Adam berfikir sendirian, " Mereka sudah melakukannya bolehlah aku berenang di sungai '.
Apabila masa menuai, Adam akan turut serta .Hanya kerana dia boleh makan sebanyak mana yang dia mahu. " Mereka semua tidak bijak macam aku,"fikirnya." Lebih banyak mereka kutip, lebih berat lah bakul2 mereka..,"
Bakulnya tidak pernah penuh sebagaimana penuh perutnya itu...
Malah , apabila sesuatu harus dilakukan, Adam sentiasa mencari alasan. 'Tentu ada seseorang yang membuatnya. mengapa harus aku?"
Kemudian pada satu malam yang kelam dan suram, ibu Adam jatuh sakit. Dengan suara yang lemah, dia menyuruh Adam memanggil bomoh dari kampung berhampiran.
Adam dapat merasakan kegerunan yang memuncak. Dalam keberaniannya yang ditunjuk-tunjuk itu, satu-satunya yang paling ditakuti oleh Adam adalah kegelapan. Dan jalan ke kampung sebelah adalah melalui hutan tebal dan gelap.
Namun, apakah dia mempunyai pilihan?
Lalu Adam memulakan perjalanannya. Pada mulanya perlahan, tetapi semakin pantas langkahnya seiring dengan malam yang semakin gelap, segelap dakwat hitam. malah, sang bintang bagai menyembunyikan diri mereka pada malam itu...
Tidak lama kemudian, Adam menyedari bahawa dia telah sesat. Bunyi-bunyi yang aneh dari hutan belantara di sekeliling menambahkan lagi ketakutqn yang teramat dalam dalam dirinya.
Tiba-tiba, dia nampak sesuatu - kelipan lampu menmbusi kegelapan malam. Ia datangnya dari sebuah rumah usang milik Pak Su, salah seorang penduduk kampung.
Adam berasa lega. Tetapi lebih daripada itu, ia berasa curiga - Pak Su buta !
Berjalan ke arah Pak Su, Adam bertanya, " kenapa Pak Su perlukan lampu sedangkan Pak Su tidak boleh nampak ?"
Orang tua itu tersenyum, seraya berkata. inilah yang kamu harus buat kalau kamu menjadi sebahagian daripada kampung ini - kamu saling tolong menolong. Aku tidak menyalakan lampu ini agar aku boleh menengok."
" Aku menyalakan lampu ini supaya orang yang celik seperti kamu boleh melihat ".
Cerita yang dipetik dari IKLAN MAYBANK sempena SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN yang disiarkan di AKHBAR BERITA HARIAN.