PAMERAN DAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA KOMODITI MALAYSIA MALAYSIA INTERNATIONAL COMMODITY CONFERENCE AND SHOWCASE (MICCOS) 2013 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) buat kali kelima akan menganjurkan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (MICCOS) 2013 pada 24 hingga 27 Oktober 2013 (Khamis-Ahad) bertempat di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS), Selangor, Malaysia . MICCOS merupakan acara perdana bagi industri komoditi negara yang merangkumi sektor sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, kenaf, tembakau dan sagu. Acara dwi tahunan ini akan menemukan penggiat utama sektor komoditi meliputi pekebun kecil, pengilang, usahawan, pengeksport dan agensi-agensi serta persatuan industri yang bertanggungjawab dalam pembangunan sektor komoditi. MICCOS 2013 yang bertemakan “Komoditi Mampan Menjamin Masa Depan” , akan menonjolkan transformasi di sektor komoditi negara selaras dengan hasrat kerajaan bagi m...