Wahai dikau sekeping hati
Semangat waja perlu dicari
Walau penuh onak berduri
Tuhan ada menjadi saksi
Ketahuilah dikau sekeping hati
Bebanan itu jgn dicari
Andai diberi jangan kau lari
Kerana kau mampu menghadapi
Sekeping hati yang kusayangi
Luahan rasamu aku dengari
Jgn kau risau aku x pergi
Meninggalkanmu bersedih bersendiri
Meski sekarang aku x berdaya
Meski air mata masih menjadi teman yg setia
Hati kecilku masih berusaha
Akan ku bangun satu ketika
Air mata akan kuseka
Mengejarmu di hadapan sana
Kusambut bebanan dgn hati waja...
No comments:
Post a Comment