Monday, August 19, 2013

Sharing shows you care!

Bismillahirrahmanirrahim

Lama x menulis. Aku suka menulis. Meluahkan apa yg kurasa. Kerana kebiasaannya aku gagal meluahkan dlm bentuk kata2. Kata2ku kadang kala tidak mencapai maksud sebenar yg ingin dikongsi bersama. 

*My bad*



Comel x kucing kat atas ni? 
Ni la kucing aku. I have adopted 8 cats. To be specific, 3 cats n 5 kittens. Da lama sgt xde kucing sendiri. Sbb da lama x duduk rumah. Kebetulan cuti raya tempoh hari aku sebat cuti sendiri, 2 minggu duduk di rumah, sempat la utk aku punyai kucing sendiri. 

Ok, tujuan sebenar aku bukak cite ttg kucing ni ialah sbb aku kurang puas hati dgn sikap segelintir manusia terhadap kucing.

"Makanan kedai tu sedap, puas hati, tp slack la, kucing kat situ mengganggu ketenangan"

"Aku bengang betul dgn kucing2 ni, berak sepah2 kat halaman rumah aku"

"Kau ni bela kucing, tiap2 hari kena bagi makan. Sehari 2-3x pulak tu. Daripada xde keje, cari keje"

Eh, braderr, sisterr, sejak bila pule bumi ni hanya kita yg boleh ade? tanah laman tu untung Allah nak bagi kita duduk tau. itu kurniaan Allah, seharusnya dikongsi. ni blom apa2, Allah da bagi tumpang, sombong pulak, tamak + kedekut pun ada, nak dia sorang je kat situ. x nak share.

ingat kucing tu manusia ke? pegi la ajar dia berak dlm tandas korang, kalo bising sgt x bagi diorg membuang kat laman. mana lagi diorg nak pegi buang kalo bukan kat tanah? untung x buang dlm rumah.

xde masalahnya pun rajinkan sikit diri tu untuk bersihkan najis kucing tu.

"xde keje, cari keje, tambah2 keje, menyusahkan diri sendiri je????"

bila org duk kata gitu, (diorg x kata kat aku, tp aku dengar diorg kata ttg org lain), aku terfikir, x kan la aku bagi kucing makan tiap2 hari, aku rebuskan ikan, kalo hujan aku ajak diorg masuk tidur dlm rumah, x kan la x dpt apa2? x kan la Allah yg Maha Melihat tu x pandang langsung? apa yg aku buat ni, sia2 ke? possible ke Allah x pandang langsung?

Lepas tu aku teringat 1 surah dlm Quran. Surah al-Zalzalah.

jom baca sikit maksud kata2 Allah ni:

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya"
(Surah al-Zalzalah, 7-8)

See?
Allah tu Maha Teliti... Allah x kan sia2kan amalan2 kita. Insyaallah ada imbalannya. Dulu aku x rasa pun buat keje2 ni adalah 1 bentuk ibadah atau amal kebaikan. Aku buat cuma sbb nak jaga kebersihan (kalo bab jadi pencacai buang najis kucing) n sbb sayang n kesian (kalo bab bagi makan), n sbb aku ada kepentingan atas diorg. (diorg ni la pendengar aku yg setia. Diorg ni, teman yg sgt setia.. mybe kucing x boleh nak bagi solution pd masalah kita, tp kucing ni makhluk Allah yg sentiasa berzikir padaNya, dgn cara yg x kita fahami. mybe sbb tu aku rase lega tiap kali luah masalah kat kucing. sbb kucing ni bersih x de dosa. tp jgn la mcm org gila sume bende nak share dgn kucing kan... ngadu la dulu pd Yang Esa... biasa bab2 luahan perasaan tu bleh laa aku bagi kucing dengar. tp kalo bab masalah2 dunia mcm isu Mesir tu x de la aku nak ckp kat dia.

So lepas aku teringat surah tu, barulah aku sedar, amalan aku tu xkan sia2. betulkan niat kita, buat sume tu utk kebaikan, sebagai nilai kemanusiaan, dan mungkin sebagai pintu membuatkan Allah redha pd kita. insyaallah ianya betul2 akan jd 1 ibadah. jgnla kita sempitkan definisi ibadah tu hanya di atas tikar sembahyang....

p/s: Skrg Mesir tengah bergolak, Hosni Mubarak plak dah dibebaskan dari penjara kelmarin. Aku sibuk ttg hal2 kemanusiaan trhadap haiwan, tp kemanusiaan trhadap umat Islam, saudara seagama yg dianiaya, lebih penting utk diambil perhatian. So usahakan la apa yg kita mampu, doa byk2, buat Qunut nazilah, doa dlm sujud akhir... krn sujud tu adalah saat di mana kita paling dekat dengan Dia. Kita akan disoal di akhirat nnt, di mana kita, saat mereka begitu memerlukan. jgnlah jadi manusia yg pentingkan diri, hanya fikir ttg anak bini, ttg kenderaan yg perlu diservis, ttg bil astro yg belum dilunaskan bayarannya, ttg baju baru yg ingin dibeli. Sahabat2, byk lagi perkara dasar yg perlu kita teliti!

Wassalam...










Monday, April 8, 2013

Aku yang berdosa

Hatiku sayu. Sebak dalam dada...
Mengapa?

Kerana serasa diri ini tidak layak dengan apa yang dimiliki.

Aku tidak pernah layak merasai kebahagiaan yang kukecapi kini.
Aku tidak pernah layak merasai nikmat2 yang berbagai variasi
Aku tidak pernah layak merasai nikmat2 di dunia ini

Seringkali Kau kurniakan apa yang kupinta,
Seringkali Kau turunkan pertolonganMu saat aku hampir binasa,
Seringkali Kau ada, saat aku patah hati hilang bicara...

Ya Robbi,
Detik ini aku terkesima
Aku cukup malu untuk lagi berdoa dan meminta
Kerana aku malu jika Kau kabulkan lagi serta merta
Kerana kutahu aku tidak selayaknya menerima
Kerana kutahu, aku insan hina
Aku hambaMu yang penuh dosa...

:(

Ikhwan? Mampukah aku menjadi seorang ikhwan?

Bismillah...

Lama tak meluah isi hati di sini. Malam ni terlintas di hati kecilku, mampukah aku mencintai Nabi dan Rasulku s.a.w. sedalam baginda mencintai aku, umatnya.

Bergenang air matanya merindui ikhwannya, sedang sahabat-sahabat yang susah senang bersama-sama ada di sisi. Ikhwan = umatnya yg tidak berada di zamannya, tetapi mengikut ajaran2nya.

Baginda menyebut-nyebut aku, umatnya, sewaktu bertarung dengan sakaratul maut.

Baginda cuba meminta daripada Allah swt agar diberikan seluruh sakit sakaratul maut aku, umatnya, kepadanya.

Di akhirat kelak, baginda mencari2 aku, umatnya, sebelum mencari-cari anak dan isterinya.

Baginda mengenangkan aku, umatnya pada masa hadapan, risau memikirkan aku, umatnya pada masa hadapan.

Aku bagaimana?

Sekerap mana aku terkenangkan baginda?

Sekerap mana aku berselawat kepadanya?

:(

Aku mahu menjadi salah seorang ikhwan itu....
Aku mahu menjadi umat yg dikasihinya...






Sunday, October 14, 2012

Hati Waja

Wahai dikau sekeping hati
Semangat waja perlu dicari
Walau penuh onak berduri
Tuhan ada menjadi saksi

Ketahuilah dikau sekeping hati
Bebanan itu jgn dicari
Andai diberi jangan kau lari
Kerana kau mampu menghadapi

Sekeping hati yang kusayangi
Luahan rasamu aku dengari
Jgn kau risau aku x pergi
Meninggalkanmu bersedih bersendiri

Meski sekarang aku x berdaya
Meski air mata masih menjadi teman yg setia
Hati kecilku masih berusaha
Akan ku bangun satu ketika
Air mata akan kuseka
Mengejarmu di hadapan sana
Kusambut bebanan dgn hati waja...