Sunday, September 29, 2013

DARI PULAU PINANG KE JOHOR BAHRU

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Salam bertemu kembali, setelah seminggu menyepi. Sepanjang minggu lepas Mrhubby ada urusan kerja di utara dan selatan. Seperti biasa, suri rumah ini sangat excited nak tumpang dua kaki. Lagipun bila nak berjalan jauh, Mrhubby selalu ajak temankan, maklumlah memandu sorang-sorang tentu cukup meletihkan. Berdua kan lebih baik, ada teman bersembang,

Jom jalan-jalan ke Pulau Pinang dan Johor Bahru. Destinasi pertama adalah Pulau Pinang. Malam pertama kami menginap di The Kristal Suites Penang, yang terletak di Bayan Lepas. Apartment ni cukup selesa dan luas. Kalau pergi satu family memang best, tapi bila berdua je, terasa sunyi pula tinggal apartment yang besar ni. Tambahan bila tinggal sorang-sorang bila Mr hubby keluar berseminar.

 DSC_0242DSC_0235 DSC_0237DSC_0238

 

Jadi malam kedua kami berpindah ke  Flamingo Hotel By The Beach, Penang. Memang best menginap di sini, hotel terletak di tepi pantai di batu Ferringhi, view pun cantik. Ummiross ni kurang gemar menonton TV kecuali rancangan tertentu, jadi bila ada beranda yang mengadap laut tu, seronoklah dapat mengisi masa santai sorang-sorang dengan membaca apa-apa yang patut, tenang rasanya sambil ditiup angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Sambil-sambil tu boleh juga mengadap lappy. Kan seronok dapat merehatkan diri sekali-sekala, gantung dulu periuk belanga buat seketika. Kalau mengantuk, tarik je selimut, memang lena tidur dalam sejuk-sejuk tu.

DSC_0307 DSC_0245 DSC_0247 DSC_0358 

 

Sehari suntuk Mr Hubby berseminar. Sebelah petang dan malam baru dapat jalan-jalan. Takpe..isteri ‘metalic’ memang sabar menunggu. Pulau Pinang memang dekat dihati kami. Kami pernah tinggal di sana dalam 6 tahun gitu. Masa tu anak-anak ummiross masih kecil lagi. Jadi bila ke sana, ada je tempat-tempat yang nostalgic yang nak dijejaki. Teringin pula nak tengok suasana di sekolah yang ummiross pernah mengajar dahulu, iaitu Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Balik Pulau. Masa tu ummiross baru grad dari USM, mengajar subjek Kimia bagi pelajar aliran teknik dan subjek Sains bagi pelajar aliran vokasional.  Memang jauh berbeza, dah bertukar nama rupanya, dah jadi Kolej Vokasional Balik Pulau. Sekolah ni antara sekolah yang ummiross suka mengajar, anak-anak murid ummiross kat sini semua baik-baik belaka. takde yang terlebih nakal.

 IMG_8688

 

Plan kami nak singgah tengok rumah kami di BJ Court Condominium, tapi hari dah malam, tak sedaplah pula mengganggu penyewa. Tengok dari jauh je lah. Lama juga condo kami ni disewa oleh KAMDAR untuk staf mereka. Hanya baru awal tahun ni, bertukar penyewa lain. Alhamdulillah sepanjang disewa oleh KAMDAR, duit sewa bulanan tidak pernah bermasalah. Harap-harap penyewa baru ni pun ok juga.

IMG_1036_BJ_COURT_BKT_JAMBUL_small_view swimming_pool_s_small_view 
Gambar Ehsan Mr Google.
Teringat dulu-dulu, selalu bawa anak-anak mandi di kolam yang terletak di tingkat atas sekali. Hasilnya, kedua-dua anak ummiross pandai berenang, ummiross je yang tak pandai-pandai.

Jalan-jalan tentu lagi meriah kalau dapat makan-makan, apatah lagi kalau dapat merasa makanan atau menu masyarakat setempat. Layan je random photos ni ye, sessi jalan-jalan cari makan di Pulau Mutiara.

Singgah makan durian di Balik Pulau, durian balik Pulau dah abih musim, tak kesahlah kan, asalkan durian..

IMG_8689 

 

Makan-makan di Queensbay. Ada Laksa Buyong..laksa penang yang dimasak dalam buyong katanya, rojak buah, jagung bakaq…macam-macam ada. Masa duduk Penang dulu, ada laksa Penang di Bayan Baru yang sedap sangat pada selera ummiross, Mrhubby selalu belikan bila balik dari kerja, sekarang entah ada lagi ke tidak.

IMG_8692IMG_8716IMG_8693 

 

Pasembor di Padang Kota Lama, Penang (Espalanade), perghhhh!!, berselera, jangan lupa order coconut shake juga.

 IMG_8708IMG_8707IMG_8712IMG_8713

 

Nasi kandar haruslah dicari, lauk telur ikan plus sotong, peberet ni!!

IMG_8722

 

Jeruk Madu Pak Ali, sedapnya..krup-krap..krup-krap..dah nak abih dah.

IMG_8721IMG_8736

 

Hari Khamis. selepas makan tengahari, kami bertolak ke Johor. Perjalanan dari utara ke selatan yang jauh memang meletihkan. Nak hilangkan mengantuk, singgah di Hentian R & R Macap, minum kopi di Agro Fama, pekena roti bakar sekali. Lepas minum kopi ni memang terus tak mengantuk sampailah ke Johor, barulah senang co-pilot nak memerhatikan pilot agar tak terlelap.

IMG_8726IMG_8725

 

Sampai di Johor Bahru dalam pukul 10 malam, sebelum check in di Hotel Sri Malaysia, kami singgah makan nasi ayam penyet.

IMG_8727

 

Lama juga Mrhubby keluar, selain dari merasmikan majlis, Mrhubby juga turut serta dalam sessi perbincangan. So pandai-pandailah ummiross makan kat hotel. Malam baru dapat keluar jalan-jalan cari makan. Singgahlah kami kat Restoran Singgah Selalu, Danga Bay. Makan nasi lauk tomyam, brocoli goreng udang ke apa, lupa namanya dan telur dadar, boleh ‘tahan’ juga harganya, tapi takpelah janji sedap.

IMG_8732 IMG_8730IMG_8731 

 

Sekejap je kami di JB, hari Jumaat pagi dah nak balik ke Putrajaya. Kami singgah breakfast di Medan Selera  Larkin, makan Kacang Pool Haji . Olala!!, sedap!.

IMG_8733IMG_8734

Nasib baik hari seterusnya dah cuti..Sabtu dan Ahad, dapatlah juga Mrhubby berehat sebelum masuk bekerja semula. Ummiross..hehe, hari-hari boleh rehat.

ps: Semasa di Johor teringat pula kat rakan blogger Kakzakie dan NzA, bilalah dapat jumpa ye, masa mencemburui kita :)

Monday, September 23, 2013

RATNA DEWI GOLD LINE SIRI 4

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Sepanjang minggu ni ummiross akan berkelana dari utara ke selatan. Ummiross tinggalkan ‘kedai’ dengan stok kain Ratna Dewi Gold Line terkini yang cun-melecun, memang meletop!. Selamat menjamu mata, jika ada yang berkenan cepat-cepatlah order ye.

 

TERBUKA UNTUK JUALAN RUNCIT DAN DISKAUN HEBAT UNTUK YANG INGIN BERNIAGA KAIN BATIK SECARA KECIL-KECILAN.

Kepada yang berminat sila hubungi:

ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016-8784 960

(WARNA GAMBAR MUNGKIN SEDIKIT  BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN)

Jenis:Ratna Dewi Gold Line.
Material : Cotton
Ukuran : +-( 2m-belum berjahit)
Harga runcit : RM28 sehelai
Saranan : Sesuai bukan sahaja untuk sarung, tapi boleh juga dibuat baju atau kain yang dipadankan dengan baju kurung atau blouse dan lain-lain.

 

                                                               RD232

IMG_8455 IMG_8465IMG_0595 

                                                         

                                                   RD233-out of stock

IMG_8475 IMG_8484 IMG_8487

 

                                                             RD234

IMG_8503IMG_8492  IMG_8497

 

                                                              RD235

IMG_8513IMG_8505 IMG_8510

 

                                                              RD236

IMG_8521 IMG_8527 IMG_8530

Thursday, September 19, 2013

UK KAMI DATANG

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Jom hari ni kita jalan-jalan ke United Kingdom. Hari tu catatan perjalanan kami terhenti di Brugge. UK adalah destinasi terakhir kami dalam Trip Eropah 7 Buah Negara, sebelum berangkat semula ke Perancis.

 1hb-3hb Jun, 2013

Seawal 6 pagi, kami mula bergerak secara berkonvoi menuju ke Calais (perjalanan 1 jam dari Brugge) untuk menaiki feri ke UK. Cuaca awal pagi yang sejuk membuatkan kami menggigil walaupun sudah berbaju tebal. Kami tiba di Calais Seaport lebih kurang pukul 7 pagi dan suasana masih lengang. Tiket feri telah diurus oleh pihak Trip Kekawan. Tak lama menunggu, kami mula melalui proses imigresen dan kastam.

20130601_062510 

 

Feri bertolak pukul 7.45 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 90 minit. Sambil merenung laut yang luas terbentang, bolehlah membuka bekalan dan menghirup secawan kopi, atau boleh juga cuci mata atau cuci poket membeli souvenir di kedai dalam feri.

IMG_770820130601_075836

 

Setiba di Dover Seaport kami terus ke Folkestone, perkampungan nelayan British. Pemandangan yang cantik di sini, tentu sekali ingin diabadikan dalam album pengembaraan kami di bumi Eropah.

DSC_0148  

DSC_0132

DSC_0174

DSC_0155 

DSC_0182