Ni apa ceritanya kat sini?

Showing posts with label tempatan. Show all posts
Showing posts with label tempatan. Show all posts

Datuk Aziz Sattar meninggal dunia

No comments:
PELAKON veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.
PELAKON veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat
penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Aziz Sattar meninggal dunia 

Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 

[Gempar] Kedah dilanda musim bunga!

No comments:
Potensi jadi satu destinasi pelancongan baru negeri.
Potensi jadi satu destinasi pelancongan baru negeri. 

Kedah dilanda musim bunga! 

ALOR SETAR - Selepas dilanda musim kemarau, Kedah kini dilanda musim bunga. Suasana indah ini bagaikan berada di Korea dilimpahi guguran bunga Sakura, berwarna putih dan merah jambu. 

Penduduk negeri ini dilihat tidak melepaskan peluang merakamkan saat indah itu apabila bunga-bunga yang jatuh berguguran menutupi permukaan tanah bagaikan hamparan permaidani. 

Misteri pokok petai 'menangis' pada waktu malam

No comments:
Kedudukan pokok petai yang menjadi tumpuan orang ramai bermula dari jam 12 malam ke atas untuk menyaksikan keanehan yang berlaku.
Kedudukan pokok petai yang menjadi tumpuan orang ramai bermula
dari jam 12 malam ke atas untuk menyaksikan keanehan yang berlaku. 

Misteri pokok petai 'menangis' 

PASIR MAS - Sebatang pokok petai yang didakwa mengeluarkan bunyi seakan-akan tangisan kanak-kanak menggemparkan lebih 300 penduduk di Kampung Binjai, Bunut Susu di sini. 

Pokok setinggi 10 meter itu yang terletak di laluan utama kampung berkenaan turut didakwa mengeluarkan air seolah-olah air mata. 

Guru sekolah denda murid jadi ‘lembu’ kerana tak siap kerja rumah

2 comments:
MUHAMMAD Nasvinder Muhammad Amit (kanan) dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith yang dihukum secara melampau oleh guru Bahasa Inggeris di SJKC Khai Meng, Sungkai, Perak, baru-baru ini.
MUHAMMAD Nasvinder Muhammad Amit (kanan) dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith
yang dihukum secara melampau oleh guru Bahasa Inggeris di SJKC Khai Meng,
Sungkai, Perak, baru-baru ini. 

Guru paksa murid makan rumput 

SUNGKAI - Hanya kerana gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberi, dua murid tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat sini dilayan seperti seekor lembu apabila digantung loceng di leher dan dipaksa memakan rumput oleh seorang guru sekolah itu, Khamis lalu. 

Guru lelaki berusia 26 tahun yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris itu bukan sahaja menggelarkan Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10 tahun sebagai ‘lembu’ malah turut mengugut akan memuat naik gambar mereka yang diambil menggunakan telefon bimbit di laman sosial Facebook. 

Empat lembu 'naik' Proton Wira

No comments:
Orang ramai memerhatikan empat lembu curi yang disuntik pelali sebelum disumbat dalam sebuah kereta Proton Wira yang ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas, Kulim, Kedah, semalam.
Orang ramai memerhatikan empat lembu curi yang disuntik pelali
sebelum disumbat dalam sebuah kereta Proton Wira yang
ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas, Kulim, Kedah, semalam. 

Cubaan curi empat lembu gagal 

KULIM - Cubaan dua lelaki untuk mencuri empat ekor lembu dengan cara membius sebelum menyumbat kesemua haiwan itu di dalam sebuah kereta semalam, tidak berjaya selepas kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas di sini kerana rosak. 

Kesemua lembu itu disumbatkan di dalam kereta jenis Proton Wira berkenaan yang telah diubah suai di ruang tempat duduk penumpang belakang. 

Pahang juara Piala Malaysia 2013

No comments:
Matias Conti menjulang trofi Piala Malaysia, bersama rakan sepasukan skuad negeri Pahang, yang bergelar juara selepas menewaskan Kelantan 1-0. (Gambar dari Facebook)
Matias Conti menjulang trofi Piala Malaysia, bersama rakan sepasukan
skuad negeri Pahang, yang bergelar juara selepas menewaskan
Kelantan 1-0. (Gambar dari Facebook) 

Tok Gajah tamat kemarau 21 tahun 

PAHANG menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam ini. 
   
Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil. 
 

Subhanallah... Siak surau temui ajal ketika sujud

2 comments:
Jemaah surau sedang melihat keadaan jasad Roslan yang masih bersujud ketika meninggal.
Jemaah surau sedang melihat keadaan jasad Roslan yang masih bersujud ketika 
meninggal. 

Siak meninggal dalam keadaan bersujud 

SHAH ALAM - Pengguna media sosial semalam, digemparkan dengan kisah seorang ahli jawatankuasa yang juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi yang meninggal dunia dalam keadaan bersujud di surau berkenaan. 

HyppTV ditawarkan untuk pengguna Streamyx

No comments:

Pengguna Streamyx boleh akses HyppTV 

Telekom Malaysia Bhd (TM) memperluaskan jangkauan perkhidmatan televisyen protokol internet (IPTV), HyppTV, dengan membuka perkhidmatan itu kepada pengguna Streamyx. 

Pengerusinya, Datuk Sri Dr Halim Shafie, berkata HyppTV yang sebelum ini hanya boleh diakses menerusi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi, kini boleh dinikmati di mana saja di seluruh negara menerusi Streamyx dan pada peranti pelbagai skrin. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...