Tuesday, April 29, 2008

Housemates..soulmates...

Utk post kali nii..gatai tgn la plak nak citer pasal bdk2 umah sy..hehe, nak berkenalan dgn derang??..meh sy perkenalkan...


1.Nurhidayatul Husna bt. Johari..aka nuna..
Haa..ni la rumate aku..bercermin mata n kecik molek orgnya..manis bla senyum(credit kpd gigi nuna yg cantek..hoho..).Dia nii, kalo nak tau..biro pend. kat zqzq..kalo kat kuliah tu, dia la yg dok pi ulang alik department2 tuk cr dr. n prof...kalo bab blaja..mmg sapa xley lwn..bla bc buku..dia akan nmpk buku ja..x nmpk org len dah..hehe..peminat hindustan husna neh..abeh dia kenai suma pelakon2 hindustan..plg dia minat Arjun Rampal sbb dia kata ensem..hoho..pandai msk jugak..so mmg aku xda mslh la bla tyme masak ngan dia(giliran msk bersama)...sbbnya, dia dh rancang siap2 nak msk apa..keh3..(asek gelak ja aku neh)

2.Farhuda Zulaikha Abd Wahid aka Ika..
Yg ni plak...yg plg manja dgn aku..(jgn marah r ika..)..hehe..kalo bab menangkap gamba, dia la no satu..sbb tu byk gamba aku ngan dia...mek ni pon kecik molek cam husna gak..(lbeh kurang sama saiz la)..comey lotey sbb timbul lesung pipit bla senyum..slalu berjalan dgn aku smbil pimpin tgn n melintas jln bersama..hoho..tp oleh krn aku anak sulong, dia anak bongsu..dia lbeh yakin kalo nak lintas jln..aku slalu teragak agak dulu..so mintak maap la eh ika..slalu membantutkan niat ko bla nak melintas..dlm blaja, dia slalu wat nota..nota dia..huii..berbukit-bukit..warna warni plak tu...rajen orgnya...peminat lagu2 indon..n sgt lerr pandai msk..(pasni ramai org msk minang ko la ika..hehe..)..suma dia pandai msk..so bertuah n berbahagia la kami2 nii yg dok seumah dgn dia..


3.Amirah bt. Jamaludin..aka mirae..
Yg bercermin mata glamer ala2 datin nii..yg plg pendiam dlm ramai2 bdk umah aku..tp ada ms kalo dia nak bercerita rancak jugak..hehe..tambah2 bla citer psl muvi korea, drama korea, anime jepon n drama2 jepon..woa..akan nganga la aku n bdk2 len..sbbnya dia mmg expert bab2 industri hiburan dr korea n jepon nii..kalo dlm blaja...mira rajen wat nota cam ika gak..kdg2 dia wat nota pakai komputer, dia print..pas2 dia tampal abeh dlm umah so suma org dpt manfaat..bagus kan mira neh..lagi satu, mira nii kalo nak wat peneman mana2 dia mmg la sgt rajen..so x ssh la kalo nak ajak dia gi mana2 pon..dia jarang menolak..hehe..

4.Duratul Ain Mohd Nazri..aka dude..
Kecomelan dura xkan dpt ditandingi oleh sapa pon di zqzq neh kecuali ~~~~(kena tny dura sr nii)...dura, memandangkan dia la plg kecik..maka slalu dibuli oleh kami2 neh..(org len xmo mengaku, aku sorg je brani..hoho)..xde la, bkn buli ape..dura baek n lembut sgt so kdg2 dia sng tertipu oleh lawak2 bodoh kami..ngeh3..tp kami jugak sng tertipu oleh dura yg bermuka baek neh bla dia wat loyar burok..wuu..(so suma equal..)..dura pandai serba segi bla tyme explain apa2 yg aku x paham dlm pelajaran..dlm erti kata laen, dia jugak kamus bergerak aku..kalo aku maleh nak bkk buku..tny dura je la..(husna jugak slalu jd mangsa...muahaha)...mcm husna, dia peminat hindustan jugak..byk glerr video klip lagu hindustan kat laptop dura..so ble2 rs nak beralih angin rndu hindustan, aku slalu kaco dura..(lagik..)..

5.Nur Adila bt Kamaruddin..aka ila..
Ila adalah antara org yg aku seronok bla bab2 bercerita n bersembang..mana x nya..kami kan sama2 org kedah..so bla kami bersembang akan kluaq la loghat kedah kami yg sgt pekat..ilang cket rs rndu kat negeri jelapang tu bla sembang ngan ila..hehe..ila ni..pantas n tangkas..suma bnda dia wat cpt..bla ari dia msk..x smpai sejam dia abeh msk dah..(gabungan ila n mira sgt mantopp)..ni sorg lg peminat setia hindustan cam dura n husna...tp sbg tambahan, ila ni bkn minat hindustan ja..cita tamil pon dia ska gak..kalo mira pandai industri hiburan korea n jepon, ila plak pandai dlm bab industri hiburan bollywood..haha..bab blaja, ila rajen..org len dok cbuk2 sembang lagi abeh mkn mlm tu(tabiat burok bdk umah aku yg x dpt dielakkan..nge3)dia dah selak2 buku dah..huh..mmg tabik spring laa...


6.Miss Safiyyah Aminudin aka piah...
Si baju ijau bersama Fateh ni (bkn anak dia r..)adalah piah..dia la yg dok cbuk2 cita psl org2 kat atas td nii...ada org kenai x??ngehehe..

Saturday, April 26, 2008

Hidup berjiran..

Penah terfikir x...camne hubungan kita dengan jiran2 zaman skrang neh? Sy secara jujurnya la...jarang bertegur sapa dengan jiran2..mungkin jugak sbb dulu zaman skolah menengah menetap di asrama..sy hanya menegur skali skala bla ada kelapangan cuti skolah..tp slebehnya, sy slalunya mengabaikan kehidupan berjiran..sy take for granted apa yg terjadi kpd jiran2 sekeliling..


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (Al-Bukhari dan Muslim)

Sy sebenarnya agak terkesan dgn hadith di atas ni..ye la, mana taknya..selama sy idup ni..mak n abah yg byk menjaga kebajikan jiran2..sy sekadar menolong yg termampu..sy sdeh bla mengenangkan sy hanya mendengar mslh jiran2 dr mak..sy x pergi sdr bertanya khabar n bertegur sapa dgn mereka..even toksu yg dok sorg diri kat sebelah umah pon...hesy, sshnya bla nak mengaku kesalahan diri sdr..ye, toksu yg dok sbelah umah sy..dah la idup sorg2..anak yg sorg kat langkawi..sy hanya skali skala menjengukkan kpala di rumah toksu...sekadar menghantarkan mknn bila mak sruh..sy lpa yg toksu idup sorg..mesti dia nak ada teman utk berbual..sy plak dgn besnya...hanya sekadar tny dia sehat ke x..dah mkn lom..tu je la..


Emm..sekarang dh dok berjauhan dr msia, dah laen benua...baru sy nak sedar tanggungjawab berjiran...apa gunanya la kan..tp sy berazam..kalo blk msia nnt..sy akan cba sedaya upaya melaksanakan tggjwb tu dgn ikhlas n penuh istiqamah..yah..insyaAllah..ingatlah safiyyah..idup di dunia mesti bermasyarakat...masyarakat la yg akan tlg di ms2 kesusahan n n masyarakat jugak leh jd musuh kalo x dihandle dgn sebaeknya..sama2 la kita beringat..


GANBATE KUDASAI!!!

Friday, April 25, 2008

Di kala rndu rnduan...

Haishh..ble nak exam..ade la satu dua perkara yg akan popped up in mind..salah satu contoh..tbe2 rndu akan si dia itu..nama nya Athirah Aminudin..hehe..
~kakcik~

my darling itu:-
1.my bes fren..
2.tukang kutuk n komen me bla ada x kena mana2..

3.the most "hingaq" person on earth bla sampai tyme dia beleter..

4.my advisor in times of hardships n sadness..
5.the most annoying competitor on earth..

6.akan slalu x pueh ati ble mak beli me sumting..hahaha..jeles la tuh..

quoting her one fine day kat msia..
"kakak, ang ni kalut la.."
so aku jwb...
"ang lg kalut.."
haha..maka truk la dia dbelasah olehku slpas itu..keh3..xda ah..mana aku blasah2 org..hehe..
dialog ini xda papa significant pon..tp oleh krn x pueh atinya aku..maka aku letak jgak..hoho..
btw..i hate n love u the most kakcik..plih la mana2..surely terharu pnya la..hahaha..



~tu dia..adek sapa la??~

Thursday, April 24, 2008

Kenapa tgk filem n denga lagu dr Hollywood??

Kenapa ye?..sy ska tgk filem2 Hollywood n sy ska aktor n aktres dr sana..to name a few, Hugh Jackman, Black Jack..Jessica Alba, Gwyneth Paltrow..n ramai lg la...byk muvi2 bes dr sana..
n lagi..sy jugak sk lagu2 dr sana..Snow Patrol, Paramore, Anna Nalick..even Michael Buble..tp bla difikir fikirkan blk..apa faedahnya?apa yg sy dpt..??

gamba reese witherspoon sekadar hiasan..=p

Emm..org Islam skrang ramai yg hebat melaung laungkan semangat memboikot brg2 Denmark, US n yang terbaru dr Belanda...tp yg diboikot cuma brgn dr sana..Pepsi, Johnson n Johnson, Mcdonald..n byk lg la..cuma, apa yg mengherankan sy la..semangat tu memboikot brg2 je...filem2 n lagu2 Hollywood msh ttp hebat ditonton n didengari..n bkn sj org2 biasa cam sy menonton n mendengar produk2 sana..graduan2 Azhar yg bakal jd alim ulamak d masa dpn nnt pon sy tgk lbeh hebat menonton filem2 dr sana(xda mksd nak memboikot or mengutuk ust2..=p)

Syg seribu kali syg..kalo la org Islam ada industri perfileman yg hebat cam Hollywood sana..mesti xda mslh tuk dpt bajet membantu org2 Islam di tempat2 yg hebat diperangi Amerika skrang..eg. Palestin, Afghanistan, Iraq..etc..mesti byk filem2 yg bleh dibuat tuk menambah rasa cinta kpd Rasulullah SAW n Islam kalo wujud industri perfileman dr org Islam sdr..

Apa yg hebat sgt dgn Hollywood smpai boleh menarik ramai remaja Islam mencintai filem2 dan lagu dr sana??kehebatan sinematorafikah?lyrics yg menarik?(x mgkn..byk lyric merapu ada la)..
so sapa2 bleh bgtau apa hebatnya mereka ni...sla tampil ke depan..

Friday, April 18, 2008

Isteri Solehah..??


Erm...ni sbg panduan je eh utk kwn2 suma yg mana rasa diri adalah prmpuan..wpon suma target jauh lg utk melalui gerbang perkahwinan, tp kita amek nii sbg panduan n pedoman ye..hehe..

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal. Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami.

Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.


Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.


Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.



Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
1. Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
2. Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
3. Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.


Tuesday, April 15, 2008

Insprirational words of wisdom...


"People prefer to follow those who help them, not those who intimidate them."
C. Gene Wilkes

"Motivation will almost always beat mere talent."
Norman Augustine

"In my experience, there is only one motivation, and that is desire. No reasons or principle contain it or stand against it."
Jane Smiley

"Striving for excellence motivates you; striving for perfection is demoralizing."
Harriet Braiker

"People who are unable to motivate themselves must be content with mediocrity, no matter how impressive their other talents."
Andrew Carnegie

"Motivation is a fire from within. If someone else tries to light that fire under you, chances are it will burn very briefly."
Stephen R. Covey

"Everyone is trying to accomplish something big, not realizing that life is made up of little things."
Frank A. Clark

"Desire is the key to motivation, but it's determination and commitment to an unrelenting pursuit of your goal -- a commitment to excellence -- that will enable you to attain the success you seek."
Mario Andretti

"Be miserable. Or motivate yourself. Whatever has to be done, it's always your choice."
Wayne Dyer

"The most important thing about motivation is goal setting. You should always have a goal."
Francie Larrieu Smith

"Strong lives are motivated by dynamic purposes; lesser ones exist on wishes and inclinations."
Kenneth Hildebrand

"The mechanics of industry is easy. The real engine is the people : Their motivation and direction."
Ken Gilbert

"Motivation is like food for the brain. You cannot get enough in one sitting. It needs continual and regular top ups."
Peter Davies

"People often say that motivation doesn't last. Well, neither does bathing -- that's why we recommend it daily."
Zig Ziglar

"What motivates you to change, to take action?"
Catherine Pulsifer, from Don't Wait For Desperate Times

"You are what you think. You are what you go for. You are what you do!"
Bob Richards

"Showing enthusiasm also motivates others around you."
Catherine Pulsifer, from Having Enthusiasm

"The most important thing about motivation is goal setting. You should always have a goal."
F. L. Smith

"When we are motivated by goals that have deep meaning, by dreams that need completion, by pure love that needs expressing, then we truly live life."
Greg Anderson


Who or what inspire u the most...??

1.First and foremost..my Creator..Allah SWT.
KOCAYUSUF

2.Rasulullah SAW...
Rasulullah SAW

3.My parents..bogoshipta...














4.My adek2 n my friends..














anyone else??
hehe..ntah la...









Friday, April 11, 2008

Ummi syg..hepi besday...

10 hb 4 smlm bersamaan dgn ari khamis...my ummi menyambut hari lahernye yg ke 43..huhu, dah bertambah umur ummi....sedehnye x dpt sambut besday ummi skali..kalao la dok kat msia skang neh..wawa, besnya...

UMMI SYG...SLAMAT ARI JADI..MOGA DGN BERTAMBAH UMOR, AKAN BERTAMBAH AMALAN..syg slalu dr kakak...mmuah3...
luv u alwez...

me n my ummi d laman umah lepas cabut rumput..hehe...

Obesity???

Naah..satu tajuk yg agak boring..kalo org mula2 baca mesti ingat sy nak wat syarahan plik2 ke ape kan2??ye la..tajuk obesity dh common sgt..tp x kira nak jugak ckp psl nii..

Obesity nii..boley disebabkan oleh peningkatan pengambilan mknn scr berlebehan melebihi penggunaan tenaga(ni translate sebijik2 dr buku physio...hoho)..Maka, secara tdk lgsg sbb utama obesity adalah hyperphagia..(overeating)..

Hyperphagia ni boley disebabkan oleh:-
1.psychogenic obesity: akibat salah tabiat pemakanan cthnya, mentaliti masyarakat yg merasakan bhw bayi yg montel adalah sehat, jd memaksa anak2 mrk makan byk dr kecik..kdg2 ada jugak yg mkn sbb nak lepas tension konon2nya..haha..(haishh, nii sgt la x btol)
2.Hypothalamic abnormalities: tumor atau kerosakan di "satiety centre"(huhu, ni xtau nak translate camne..pusat kekenyangan ke??..muahaha..lawak la plak transalation die..)

Sbb2 laen yg boleh meyebabkan obesity adalah faktor genetik..ataupon pergerakan lemak yg tdk efektif...maka penyimpanan lemak pon berlebehan..

Oleh sbb nak mengurangkan risiko obesity, marilah kita sama2 bersenam utk menghapuskan lemak2 berlebehan ataupon kurangkan mkn..tambah2 tyme nak exam camnii..paham2 lerr, dh tension, makan je la kejenye...hohoho..nsb baek sy x cam2..(ye la sgt..)

ni gamba sy n kwn2 after bersenam..hehe..sronok dh lama x klua pluh..

Thursday, April 10, 2008

Tgk ini ye..brg2 persediaan tuk exam..

Exam..exam..exam..persediaannya??

1.penting neh..pen2 yg byk..
2.pemadam n pensel n pembaris


3.buku2 rujukan sbg teman tdo..hehe..
4.kopi..tuk berjaga di mlm ari..
5.ini plg penting skali..doa dan pergantungan kpd Allah SWT.




Sunday, April 6, 2008

Tazkirah pagi..

Hee..slamat pg sume..sejuknye ari nii..bkk pc then br sedar lama dh x update..rndu plak nak citer2 kat cnii..tp sbenanya xde idea pon..hesy, apelerr sapiah nii..hehe..k la, memandangkan xde idea..copy paste pon jd la..amek pengajaran ye sume..ni sy copy kat tazkirah on9..baca2 la ye..

Imam Ahmad bin Hambal merupakan seorang ahli hadith yang sangat terkenal. Semua orang tahu kan? Beliau juga merupakan ahli fiqih yang terkenal diseluruh Iraq. Beliau adalah anak murid kepada Imam Syafi’e yang mewarisi semangat mencari ilmu dan mengembara demi mencari hadith di seluruh dunia Islam.Dipendekkan cerita, ada suatu hari, Imam Ahmad terdengar bahwa di Khurasan, terdapat seorang tua yang memiliki hadith yang sampai sanadnya kpd Nabi Muhammad S.A.W. Jadi tanpa membuang masa, Imam Ahmad pun menyediakan bekalan dan bersiap-siap untuk perjalanannya menaiki unta. Perlu diingatkan disini, Khurasan dengan Baghdad jaraknya beribu-ribu kilometer. Kalau kite skang boleh la naik AirAsia ke, naik Emirates ker, tp ni naik unta. Allah. Besar kan pengorbanan ahli-ahli hadith dalam usaha mengumpulkan hadith? Moga Allah menganugerahi mereka darjat yang tinggi dan diletakkan di tempat istimewa di syugaNya.ameen.

Keyh, then Imam Ahmad pun berjalan.sampai la bekalan habis, 2 hari tak makan,then jumpe satu Bandar, nak mintak bantuan Baitul Mal, Imam Ahmad rasa malu. Jadi, Imam Ahmad bekerja dipasar selama 2 minggu sampailah dapat mengumpulkan bekalan untuk meneruskan perjalanan semula. (isyk2…kalau kita, termampukah? Allahu akbar!)Kemudian setelah hampir sebulan, sampai la juga kat tempat orang tua tu tinggal.Time tuh, org tua tu sedang memberi makan kepada seekor anjing. Imam Ahmad bagi salam, org tua tu jawap dan memandang sekilas Imam Ahmad pastuh kembali memberi makan pd anjing tu.Dia tkde la serta merta sambut Imam Ahmad.Imam Ahmad yg sgt letih pulak setia menunggu orang tua tu. (cuba kalau kite? Mau la merajuk la, itu la ini la)

Habis aje bg makan, then org tua tu ckp kat Imam Ahmad: “Mungkin dalam hati kau mengatakan aku lebih memperhatikan anjing lebih daripadamu?”“Benar.” Jawap Imam Ahmad.Orang tua itu berkata: “Dengarkanlah baik-baik. Perlu kau ketahui, aku mendengar dari Abu Zinad dari Al-A’raj dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Siapa yang memutuskan harapan orang yang datang kepadanya, Allah akan memutuskan harapannya pada hari kiamat dan tidak akan masuk syurga”.Orang tua itu berkata lagi, kat kampung tu tkde anjing.Tiba-tiba anjing tu datang kat die dalam keadaan lapar dan mengharap supaya diberi makan. “Aku tidak mahu memutuskan harapannya hanya kerana kedatanganmu.Nah, sekarang sudah jelas duduk masalahnya. Sekarang apa keperluanmu datang kepadaku”“Hadis yang kau ucapkan itu sudah memenuhi tujuanku datang kesini.” Jawab Imam Ahmad.Dan satu hadith itulah hasil perjalanan beliau yg melelahkan itu.

Herm..hebat kan org dulu2..bkn cam kite skang..nak cr ilmu pon byk alasan..maka marilah kite same2 amek manfaat dr citer nii..biar penat camne pon, menuntut ilmu adalah kewajipan sume sbg islam..so jgnlah kita berdolak dalih n mencari alasan utk ponteng kuliah samada kuliah di universiti ataupon klas2 agama..hehe..

Friday, April 4, 2008

Career options..

What wiil i be in case i'm not suitable to be a doctor?

1.lecturer..(I have the talent??..thinking mode..)
2.humanitarian..i've always wanted to be this..
3.entrepreneur..

Still, my biggest desire is to be a doctor..a great one..not one who excel only academically but also good at heart..giving the best service n medications without hoping for high payment of those..
CHAIYOK!!!..

Why should i compare myself to others??

I've always wonder..why am i not as great as other people..??why don't i have the natural talent to play a piano or a guitar?or why am i not as good at cooking like other people i know..??

All this questions have always lingered in my mind since i was in high school..for example, i am not satisfied at the fact that my friends and my sister could learn things better n faster than i did in school..but that was..sooo, sooo yesterday..(n i really mean YESTERDAY..many years ago..AGO..haha)

Now that i've grown up a little bit..i realised that it meant nothing to compare myself to others..all of us have our own weaknesses n strenghts...i have my own strenghts myself..so why should i bother if other people can do certain things better than i did..a little childish don't u think?? obviously, those things that they do better than me are their strenghts..not mine..for some reasons..

So, a little advice here..don't compare urself to other people..comparing will just make u get a step back(huh??)...making u think twice to act n moreover, it lowers ur self confidence level..
many disadvantages there haa??..so don't..don't n don't..compare urself to others..hahaha..

Tuesday, April 1, 2008

Hakikat bahagia..



Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang



Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki