Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

Pemansuhan UPSR & PMR?

Sekarang sibuk diperkatakan mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Ini lantaran system pendidikan di Negara kita yang terlalu berasaskan peperiksaan . Ini ada benarnya. Saya bersetuju bahawa memang pendidikan di Malaysia sangat berorientasikan peperiksaan. Saya pasti ramai lagi yang bersetuju. Namun persoalan yang harus dibangkitkan kini adalah mengenai tahap kesediaan negara untuk menghapuskan peperiksaan ini. Adakah kita sudah sedia? Dan mengapa hanya kini kita hendak menukar sistem pendidikan sedia ada?

Jika dilihat kepada beberapa negara Eropah, terutama di Finland, negara kita jauh lagi ketinggalan. Pertamanya, mereka menyediakan pendidikan percuma untuk semua pelajar dan ini termasuk sekolah swasta.

Semasa di prasekolah, penekanan adalah kepada mengapa mereka perlu belajar & keseronokan belajar. Mereka melakukan penilaian secara formatif atau berterusan di dalam kelas dan jika mereka gagal, maka mereka tidak boleh melangkah ke kelas seterusnya. Masuk sekolah menengah, mereka diasingkan mengikut potensi diri.Setiap sekolah pula diberikan ruang yang lebih besar untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri.

Yang paling menarik, adalah pendapatan guru jauh berbeza (sek ren - $50 per jam, sek men - $80 per jam). Kerjaya guru sangat dihormati dan bukan calang-calang orang dapat menjadi guru dan mereka hanya mempunyai 18-20 orang dalam satu kelas. Klik sini untuk membaca lebih lanjut

Persoalan kedua, mengapa kini? Saya suka menyentuh mengenai pendapat yang diberikan oleh beberapa pihak yang menyatakan bahawa sistem pendidikan kini lebih menjurus kea rah peperiksaan dan ia lebih “girls@women favoured”. Kita dapat lihat hasil daripada sistem ini yang menyebabkan ketidakseimbangan antara bilangan pelajar lelaki dan perempuan di universiti. Dan ini antara sebab juga mengapa dicadangkan agar peperiksaan ini dimansuhkan. Namun jika difikirkan kembali, sistem ini telah digunakan sejak puluhan tahun dahulu.

Sistem yang sama bukan? Tetapi dahulu tidak timbul pula masalah ini. Saya berpendapat ini merupakan masalah adaptasi. Sila klik sini untuk membaca artikel yang saya kira sangat menarik mengenai isu ini.

Apa-apa pun, saya bersetuju jika sistem berlandaskan peperiksaan ini dapat diubah namun negara perlu bersedia terlebih dahulu kerana ia melibatkan banyak pihak terutama usahasama guru dan ibu bapa, peranan sekolah yang lebih besar dan sistem penilaian yang akan digunakan. Jangan lakukan kesilapan yang sama semasa PPSMI dilaksanakan. Idea ini jika dapat dilaksanakan saya kira memang dapat meningkatkan lagi potensi diri pelajar yang pelbagai kepandaian (multiple intelligence).

Saturday, January 2, 2010

Isu Penggunaan Nama Allah

Sebelum ini saya ada menulis mengenai isu penggunaan nama Allah oleh Herald serta kaitannya dengan tauhid tiga serangkai (baca di sini). Dan seperti yang anda ketahui, Mahkamah telah memutuskan bahawa penggunaan Allah dalam Herald Tribune adalah dibenarkan.
Maka ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dan menggesa raja-raja Melayu sebagai ketua agama untuk campur tangan dan ingin membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Jadi, ingin saya berkomentar sedikit mengenai isu ini.

Pertama, keputusan ini telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi, dan kes ini difailkan di sana dan bukannya Mahkamah Syariah. Hakimnya pon bukan pula beragama Islam, jadi apa yang anda harapkan?

Kedua, penganut agama Kristian di negara lain seperti Mesir dan Indonesia telah lama menggunakan Allah dalam Bible mereka. Jika tak percaya, anda boleh ke kedai buku, dan lihat sendiri terjemahan Bible dalam bahasa Indonesia atau anda boleh lihat secara online (klik sini). Apa yang hendak dihairankan jika mereka merujuk Tuhan sebagai Allah? Bukankah Bible itupun asalnya diturunkan oleh Allah? Sepatutnya kita yang percaya dan beriman bahawa adanya kitab – Zabur, Taurat, Injil & Al-Quran sebagai pelengkap lebih memahami mengapa mereka pon menggunakan nama Allah.

Sepatutnya, jika kita dapat melihat dari sudut yang positif, bukankan ini lebih membuka ruang dakwah? Kita percaya pada Allah, mereka pun percaya pada Allah. Jadi mungkin boleh bertanya atau berdialog bertanyakan mengapa mereka percaya pada Allah, tapi pada masa sama percaya Jesus itu anak Allah, malah Jesus itu adalah Lord juga? Sedang kita percaya Nabi Isa@Jesus itu adalah rasul@utusan Allah.

Ketiga, jika benar kita bimbangkan akidah orang Islam, takut mereka terkeliru, terpedaya, terkena hasutan, diseleweng dan sebagainya oleh “orang-orang yang berniat jahat dan beragenda”, maka sepatutnya mantapkanlah diri orang-orang Islam. Apa benteng yang orang Islam patut ada? Sebelum saya akhiri penulisan saya, renungkanlah petikan ayat berikut :

Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati (Al-Baqarah:62)

* *Shabiin : orang-orang yang mengikuti syari'at Nabi-nabi zaman dahulu atau orang-orang yang menyembah bintang atau dewa-dewa.

Tuesday, December 8, 2009

Isu Tauhid Golongan Wahhabi,Sunnah wal Jamaah & Penggunaan Nama Allah

Berkira-kira juga untuk menulis mengenai isu ini. Isu ini agak berat dan memang hangat diperkatakan kebelakangan ini terutama setelah penahanan dan pendakwaan ceramah tak bertauliah oleh JAIS ke atas Dr Mohd Asri. Saya bukanlah orang yang layak dan tidak pula bertauliah, namun begitu terdapat persoalan yang ingin dirungkai, makanya saya nukilkan juga isu ini dalam blog saya. Semoga mendapat maklumbalas daripada pihak pembaca.

Saya tidaklah belajar agama sebegitu tinggi, namun saya mengetahui bahawa tauhid itu mengesakan Allah (asal kata wahid/ahad) Tuhan itu satu, tiada sekutu baginya, itulah yang difahamkan daripada kecil lagi. Sebelum ini saya tidaklah pula mengetahui mengenai Tauhid tiga serangkai (Rububiyah, Uluhiyah & Asma' wa sifat) yang diwar-warkan secara meluas baru-baru ini. Di dada akhbar berkali-kali diterangkan mengenai kaitan golongan Wahhabi dan Tauhid tiga serangkai, menyuruh rakyat agar berwaspada, menyatakan bahawa Tauhid tiga serangkai tidak disyariatkan, ia adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah, jadi mesti berwaspada dengan golongan Wahhabi ini. (Di sini saya bukan hendak membincangkan mengenai Wahhabi, cuma mengenai isu Tauhid sahaja).

Waspada 'tajdid' Wahhabi (U.Melayu)
Bahaya taklid dalam tauhid (U.Melayu)
Tauhid tiga serangkai disyariat dalam Islam?

Antara kandungannya :

Tauhid rububiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada ciptaan, pemerintahan, takdir, pentadbiran dan perbuatan-Nya serta dalam memberikan suatu kesan.Manakala tauhid uluhiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah dalam hal peribadatan tanpa mengambil seorang manusia pun bersama Allah sebagai sembahan.Tauhid Asma' dan Sifat pula didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada apa yang dinamakan dan disifatkan dengan diri-Nya, sebagaimana yang terdapat di dalam kitab-Nya atau yang didapati daripada lidah nabi-Nya yang telah menetapkan dengan apa yang telah ditetapkan bagi diri-Nya.

Apabila ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma' wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.

Kesimpulannya, pemahaman Tauhid Tiga serangkai yang dikatakan berpunca daripada golongan Wahhabi ini adalah tidak sesuai malahan menyeleweng pula daripada Ahli Sunnah wal Jamaah.

Namun begitu saya teringat pula kepada isu penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian yang dihalang keras oleh golongan Ulama dan dengan alasan berikut dalam :

Jangan kelirukan perkataan Allah

Antara kandungannya :

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menentang sebarang penerbitan bahan bacaan agama lain menggunakan perkataan Allah kerana ia boleh mengelirukan masyarakat majmuk di negara ini. 'Setelah menimbangkan maslahah dalam konteks Malaysia, PUM mengambil pendirian bersetuju bahawa perkataan 'Allah' tidak wajar digunakan bagi agama lain selain daripada Islam. Sambil merujuk kepada isu akhbar mingguan Herald Catholic yang mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya, Ahmad Zahid menegaskan, perkara itu sepatutnya tidak timbul sekiranya semua pihak prihatin dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. Mohd. Roslan seterusnya menyatakan secara khusus, perkataan Allah mempunyai partikel 'al' iaitu al-ilah yang dalam bahasa Inggeris, ia merujuk kepada The Only God.

''Justeru adakah orang bukan Islam mempunyai konsep yang sama? Sudah tentu tidak," katanya. Dalam hal ini, katanya lagi, terdapat ayat al-Quran yang menyebut, ''bila ditanya kepada mereka (yakni bukan Islam) siapakah yang menjadikan langit dan bumi? Lantas mereka menjawab, Allah." Jelas Mohd. Roslan, meskipun dalam ayat itu, orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah, ia adalah merujuk tentang Allah sebagai tuhan dalam konteks rububiyah (ketuhanan) dan bukannya uluhiyah (keesaan Allah).

OK, jadi persoalan di sini, kenapa dalam isu penggunaan nama Allah, boleh gunakan Tauhid tiga serangkai sebagai alasan untuk tidak membenarkan mereka menggunakannya, dan kemudian baru-baru ini mengatakan bahawa ia tidak selaras pula dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah ? Lebih-lebih lagi setelah isu golongan Wahhabi giat diperkatakan. Adakah agama digunakan sebagai alasan untuk membenarkan atau menidakkan sesuatu perkara? Kenapa pula ia tidak konsisten? Bukankah ini lagi mengelirukan sekian rakyat yang dahagakan ilmu? Kejap cakap macam ni, lepas tu lain pula. Tapi seperti yang saya cakapkan, siapalah saya? Orang yang tak punya tauliah. Kepada pembaca budiman yang berpengetahuan, minta pencerahan.

Friday, December 4, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa


Kebelakangan ini semakin giat dijalankan usaha untuk memartabatkan kembali Bahasa Melayu dengan motto yang tidak asing lagi “Bahasa Jiwa Bangsa”. Saya pun bukanlah seorang sasterawan negara, bahkan semasa di sekolah dahulu, ingin saya nyatakan di sini dengan perasaan kesal bahawa subjek Bahasa Melayu merupakan subjek yang begitu enteng di pandangan mata saya. Mengapa? Jawapan mudahnya kerana saya Melayu, jadi Bahasa Melayu itu seharusnya sudah sebati dengan diri, sudah secara alami dapat menguasai bahasa tersebut dan ia tidak perlu dipelajari terlalu mendalam. Di tambah pula dengan subjek-subjek lain yang dirasakan lebih penting untuk ditelaah.

Mungkin kebanyakan orang memahami bahawa Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud Bahasa dapat menyatukan satu bangsa. Dengan menggunakan Bahasa Melayu, maka kesatuan antara rakyat dapat dipupuk, jadi Bahasa kebangsaan perlu dimartabatkan. Namun bagi saya, saya memandang ungkapan tersebut dari sudut yang berbeza. Ini yang menarik dalam berbahasa. Ia subjektif, bergantung kepada persepsi penulis atau pembacanya.

Bahasa Jiwa Bangsa menunjukkan bahawa sesuatu bangsa itu amat memerlukan bahasa. Ini kerana bahasa merupakan perantara dalam berkomunikasi, dalam menyampaikan dan menyebarkan maklumat. Kita perlukan bahasa untuk memahami sesuatu perkara atau sesuatu konsep. Kesimpulannya kita perlukan bahasa untuk hidup! Apakah bahasa yang paling penting sekali? Bahasa Melayu? Bahasa Inggeris? Apa yang ada disekeliling kita merupakan bahasa yang paling penting. Lihat dunia ini dan kita akan mempelajari banyak perkara daripada “bahasa”nya. “Bahasa” alam. Cuba kita bayangkan seorang orang Melayu, Cina, India dan Arab bertemu dan masing-masing tidak mengetahui bahasa lain selain bahasa mereka sendiri. Alam inilah bahasa universal bagi mereka kerana bunga tetap difahami sebagai bunga walaupun seorang mengatakan bunga, seorang lagi hwa, pushpa ataupun zahrah. Dan memang betullah “bahasa” itu yang menyatukan kita semua.

Namun mengenai isu memartabatkan Bahasa Melayu ini, adakah wajar jika kesalahan hanya diletakkan kepada rakyat marhaen yang berkomunikasi dalam bahasa lain ataupun rojak? Hingga dikatakan merosakkan bahasa. Cuba perhatikan ayat di bawah :

“Bahasa pengaturcaraan atau bahasa kompulasi ialah teknik komunikasi piawai untuk menjelaskan arahan kepada komputer Ia merupakan satu set peraturan sintaktik (syntactic) dan semantik (semantic) yang digunakan untuk menghasilkan sebuah program komputer

Istilah penting untuk menghuraikan bahasa pengaturcaraan diambil daripada Bahasa Inggeris. Jadi di mana signifikannya penggunaan Bahasa Melayu? Dan kadangkala terma yang digunakan tidak terdapat ataupun belum ada di dalam Bahasa Melayu. Kita disuruh menggunakan Bahasa kebangsaan sedangkan bahan ilmiah banyak dalam Bahasa Inggeris. Kita harus faham bahawa kita belum lagi sampai kepada tahap yang tinggi dalam mencipta atau menginovasi ilmu. Kita pengguna atau baru pengkaji ilmu. Kita dalam tahap belajar. Saya rasa seolahnya boleh digelar bodoh sombong jika kita tidak mahu mempelajari bahasa lain untuk mendapat ilmu.

Kemudian, bagaimana pula usaha penterjemahan? Penulisan buku, novel dll? Saya belum mengkaji secara terperinci, tetapi ingin saya nyatakan di sini bahan bacaan daripada Dewan Bahasa & Pustaka agak sukar diperolehi kerana ia tiada di kedai-kedai buku terkemuka seperti di MPH, Popular, Kinokuniya ataupun Gramedia.

Bahasa …jika satu bahasa tidak menimbulkan rasa kepentingan, tidak lagi relevan bagi sesuatu bangsa, maka jiwanya akan mendapatkan bahasa yang baharu…

P/S – Standard Guru Malaysia, hmmm adakah “standard” satu perkataan Bahasa Melayu?

Monday, November 16, 2009

Interfaith dialogue?

Obama in his meeting with ASEAN leaders praised Malaysia for the role played in culturing peace within the region. He told that Malaysia should continue and improve dialogue between the West and Islamic country. (Click here for news)
Interfaith dialogue? For real? Do you have to earn any qualifications? I mean we are talking about a major issue here. The speaker will not only speak about his own religion, but other religions too. So you have to earn a qualification to speak about every other religion? And to think about just how many dialogues regarding interfaith matters have been held in Malaysia...I've never been to one apparently. What I heard from the news is that there have been restriction against such dialogue

In my humble opinion, we still don't have the capabilities esp in terms of knowledge
to host such dialogue. As I said in 1 Malaysia 1 World, how many of us understand other religion besides our own? In fact, I think that we don't know much about our own religion either. Those that do know in the other hand, always seem to have different opinions and always think that they are right and everybody else is wrong.

You can never have a balance and well coordinated dialogue with that attitude. When can everybody understand, that in a healthy debate, or dialogue, the floor is open to any opinion, supported by sound facts, not just simply forcing everyone to accept what you're saying. The key point here is facts, knowledge. By the way, Islam should never be forced on anybody. Those who understand will learn that they are the one attracted to Islam because of its beauty.And of course there are differences, and that diversity should be our strength, not our weakness.

And can you just imagine any issues that could be discussed within these various religions...Are we able to discuss about seriuos matter such as humanity? global warming issues? world peace? And lets say if these various religous figures come out front, giving quotation from The Bible, Torah, Hindu and Buddhist Scriptures and comparing it to verses from the Quran. How many of us have read their scriptures and books? Can we just ignore them and say that their book is wrong! Your scriptures have errors! The text in your scripture/books have been altered, therefore it can't be quoted and you are wrong! How can people understand if we don't understand them, how they think and what their religion is about.

My last point would be, how many of Malaysian figures that are knowledgeable about our religion can hold a conversation in English? As I was writing this sentence I was still questioning "There must be someone...there must be someone..." but nobody came to my mind. If there is anyone please inform me. It is an interfaith dialogue, to be held between the West, English speaking countries and the Islamic nations, so of course it has to be held in English right? This is so embarrassing. Someway or another, I don't think Obama is serious. Either he doesn't quite know the situation here in our country, or he is just saying it cause he knows that it aint going to happen here.

Monday, November 9, 2009

Where on earth am I?

This one day I decided that it was like a perfect day to unwind, relax my mind, and distress myself. So what other treatment would do as well as shopping err more likely WINDOW shopping hehe tight on budget laaa. OK anyway, me and my friends decided to meet up at an LRT station ( No point driving to KL anyway, hate traffic jams). So as I waited for my friends a foreigner came to me and asked “Excuse me, can you tell me how to get to KLCC?” As we Malaysians are courteous to tourists in our country (esp westerners, opppss), so I politely explained to him how to get there with a certain feeling of proudness because as I looked around there were some other tourists, so I guess that Malaysia is a great place to visit. But then again…are they really tourist? they don’t look like tourist though, they look quite comfortable here, as if it is their own home sweet home.

Anyway, my friends arrived and we head to the mall. We were hungry so went straight to the food court. We ordered our food, but apparently this guy (definitely not Malaysian nor Indonesian) couldn’t quite understand what we were saying (why did this restaurant hired them anyway?)And then, when I looked around to the other restaurants, I realized that the workers (or is it possible that they are actually the owners?) are mostly Indonesian.

Then we went pass this shop where this middle eastern couple were arguing with the owner about something. In another corner, their kids were playing and messing around with the stuffs in the shop. But anyway, we continued our mission to window shop every single shop in that mall. After a whole day and we were sure that our feet could barely move , we made our way back to the LRT station. And there was this group of Bangladeshi and that looked and stared at us. That really made us feel nervous.

When I saw the news later in the evening, an African guy raped, beat and killed this girl, the child of his girl friend. I thought ...where on earth am I? Feeling insecure at our own place, it is like we don’t belong here. Who can tell me that they are not afraid.? Don’t get me wrong here by labeling me racist or anything. Yes of course they are open to live here, to work here, to study here, but with all these cases involving them nowadays are really bugging me (not just bug actually). Oh yes, and anyway, it is not impossible that we maybe will be having US immigrants maybe?

1 Malaysia, 1 world? Hmmm..now I know….

Wednesday, October 7, 2009

Pecah & perintah, kolonalisasi, segregasi, sekularism

1Malaysia,1Rantau 1Dunia memberikan saya ide untuk membebel kali ini. Memang pada namanya, 1Malaysia tuh dah sedap dah. Baunya atau rasanya masih diragukan. Melihat iklan-iklan 1Malaysia di kaca TV nampak begitu bagus sekali. Iklan ABC, iklan derma darah, iklan pokok. Tapi apa yang dibimbangkan adalah di sebalik motto,masih menebal unsur pemisahan yang dapat diperhatikan.

Pemisahan ini bukanlah asing sangat. Mungkin jika dilihat dari sudut kekhalifahanIslam yang dipecah-pecahkan menjadi negara bangsa-negara bangsa tersendiri oleh kuasa barat yang bijak membahagi dan berkongsi.Ini yang saya lihat punca pergaduhan negara-negara berjiran seperti India-Pakistan, Iran-Iraq tidak terkecuali Malaysia-Indonesia.Ini ditambah teruk dengan perbezaan dalam kalangan orang Islam sendiri Sunni, Syiah, pelbagai mazhab, pelbagai aliran, pelbagai imam.Kalau diluaskan lagi kepada semua agama, mungkin kita dapat gambaran yang lebih luas. Jadi perselisihan tu boleh berlaku dalam aspek agama, bangsa, adat, budaya dan jika dilihat lebih lebih luas lagi, apabila perbezaan dalam agama tuh terjadi, secara automatiknya, perbezaan dalam pelbagai bidang semakin menjadi - ekonomi, politik, pendidikan dlll.

Hasilnya, jadilah seperti yang kita lihat hari ini.Dan mungkin yang paling mendatangkan efek yang besar adalah pemisahan sekolah-sekolah. SK,SRK,SJKC, SJKT. Ini bermula dari zaman British lagi. Sekarang British dah takde, tapi masih ada pemisahan di sekolah.Cuba bayangkan selama berbelas tahun belajar dan berkawan sesama agama dan bangsa sendiri, kemudian bagai dipaksa untuk bersatu di kemudiannya. Berapa ramai antara kita mempunyai kenalan atau sahabat dari bangsa dan agama yang berbeza? Saya sendiri boleh mengaku di sini, TIADA. Masa sekolah rendah dulu je ada. Entahlah, mengapa tidak 1 sekolah tapi ada kelas bahasa untuk setiap bangsa. Lagi elok jika kesemua pelajar dapat diajar mengenai agama, bangsa, bahasa dan budaya masing-masing. Melangkaui tempat ibadat, pakaian dan makanan (asek2 kalau multicultural, cerita berkisarkan ini sahaja). Oh ya, lupa pula inikan isu-isu SENSITIF.

Bagaimana kita mahu menghormati jika tidak saling mengenali? Kata tak kenal maka tak cinta kan? Saya lihat apa yang dilakukan hanya tampak diluaran. Ibarat menghias sebiji kek dengan icing, chocolate rice, strawberries dan cream, tapi keknya, tak cukup masak, tak cukup bahan, tak cukup rasa tak cukup naik (kalah Karam Singh Walia nih).Jadi bila tak tahu, tuh yang jadi salah faham. Jadi kita cuba untuk bridge the gap. Saya pon mahu mengambil inisiatif, walau takde sahabat berbangsa, agama lain, Mr Google kan ada..sama2 kita mengenali rakyat Malaysia nih sekali lagi, TAK KENAL MAKA TAK CINTA ~

Monday, October 5, 2009

The Aftermath - fikir-fikirkan...

Sudah beberapa hari bencana alam berturut melanda negara-negara sekitar kita.Taufan di Filipina dan Vietnam, tsunami di Samoa dan gempa bumi di Indonesia. Gempa di Indonesia turut dirasakan di beberapa tempat di Malaysia, dan melihat kepada paparan video yang sempat diambil semasa kejadian, memang menakutkan. Sekelip mata segala bangunan di sekitar bergoyang dan roboh menyembah bumi, memerangkap ribuan mangsa di dalamnya. Padang jarak padang tekukur, mungkin itu perumpamaan selayaknya.Serta merta membayangkan azab yang ditimpakan kepada umat-umat terdahulu, dihapuskan sekelip mata kerana ingkar. Adakah ini merupakan bencana alam atau azab dari Tuhan? ada pula yang bertanyakan. Bukankah sama sahaja?







Agak kecewa juga bila mencari video-video di dalam Youtube, dan membaca komen-komen yang diberikan. Tak habis-habis lagi rupanya isu batik, tarian, makanan dan sebagainya tuh. Sudah-sudahlah tuh. Mungkin saya pon bukan orang yang layak untuk memberikan komen. Tapi, saya masih teringat, rumah saya pernah dirompak, oleh orang Indonesia (dari percakapan dan dialek yang digunakan, sebab depa pakai mask). Sampai sekarang seriously trauma lagi. Sebab masa tu, saya sedar sebenarnya, tapi sebab takut, pura-pura tidur. Yelah, masa tu pon handset takde, line phone depa dah potong. Namun begitu, kesalahan segelintir orang tak wajar digeneralisasikan. Dah namanya kita serumpun, persamaaan dari segi agama, bahasa, budaya jadi mengapa harus bergaduh sebab perkara-perkara yang remeh. Walaumacamanapun tahniah kepada Mercy, SMART dan pelbagai agensi dari Malaysia yang menghantarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kita pon sama, hulurkan bantuan semampunya kita. Mungkin di sebalik bencana ni ada hikmahnya. Hilangkan ego di hati masing-masing.

Terlanjur bercerita mengenai bencana alam ini, bolehlah dikongsikan disini fakta mengenai gempa bumi. kita sedia maklum bahawa Indonesia, malahan negara-negara sekeliling kita berada di dalam lingkari api pasifik, di mana kawasan-kawasan tersebut terdedah kepada gunung berapi dan gempa bumi. Namun begitu, saya baharu mengetahui hari ini bahawa, Malaysia juga bukanlah terkecuali. Dalam KOSMO 5/10/09, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan( Pensyarah Jabatan Geologi, Universiti Malaya) menganggap fenomena itu tidak mustahil berlaku. Teori yang menyebut negara 'bebas gempa' perlu dikaji semula.Pencemaran alam sekitar dilihat boleh memberi kesan drastik kepada tekanan bumi dan mempercepatkan kemungkinan berlaku gempa bumi di negara ini. Jadi, memang sepatutnya apa yang terjadi dijadikan iktibar. Kita pon tak tahu bila akan tibanya waktu kesusahan kita yang boleh berlaku dalam sesaat sahaja, tambahan lagi, ia tidak mengenal pula sesiapa, jahat, baik, tua muda, kanak-kanak kalau dah terjadi, semua pon kena...


Thursday, October 1, 2009

Pasca Raya

Walaupun 1 Syawal dah berlalu, tapi kemeriahannya masih lagi terasa..sekurang-kurangnya untuk 2 minggu akan datang ni. Di televisyen pon masih ditayangkan hiburan-hiburan (saya suka menggunakan hiburan, kerana memang kebanyakan rancangan yang ditayangkan pon berbentuk hiburan semata) ala-ala raya yang dah pastinya kalau tak de nyanyi2 dan tarian, drama leleh, makanan, pakaian raya dan balik kampung, memang tak sah. Penuh hedonisme semata. Kelakar pula bila mengenangkan betapa jauh bak langit dan bumi antara bulan Ramadhan dan Syawal nih kan. Start je pkl 12 mlm raya tuh, non-stop hiburan. Don’t get me wrong, dengan beranggapan wah..tentunya si penulis blog ni langsung tak suka dengar lagu, tak tengok TV dan movies. Saya pon dengar juga lagu, tengok juga TV, movies dlll tapi there is a time and place for everything, berpada-pada lah kan, kita sendiri pon boleh menilai buruk baiknya…alahai raya….

Dan bila bercakap pasal raya nih tak sah la kalau takde rumah terbuka raya yang boleh dikatakan dapat menunjukkan betapa 1Malaysialah kita ni semua, berbilang agama dan bangsa sama-sama menjamu selera. Ternyata kehendak tekak dan perut kita ni sama je rupanya. Makanan yang menyatukan kita? Tak salah rasanya pernyataan tuh.

“Waktu makan, depan rezeki tak elok gaduh2” pesan orang2 tua kita itu ternyata dipegang teguh. Kalau macam tuh, bak kata Chedet dalam blognya, “Maybe we should have continuous festivals throughout the year” Mungkin perayaan-perayaan nih sebenarnya merupakan getaway sementara bagi semua orang untuk melupakan seketika masalah sebenar yang dihadapi, tak kiralah masalah apa – ekonomi, politik, keluarga dlll. When the party is over, startlah balik seme masalah until the next perayaan datang pulak…alahaii raya…

Oklah, walaupun raya dah berlalu, tapi saja di kesempatan ni nak share lagu raya yang pada saya besar juga ertinya walaupun takde langsung mention ‘bout kuih raya ke baju raya ke dan apa yang selalu disinonimkan dengan raya. Tapi pelik lagu nih takde keluar kat radio..kenapa ek? Kalau takde cerita pasal kuih raya, baju raya dan jumpa keluarga dan sanak saudara tak dikira sebagai lagu raya ek? Aih ape2 la, anyhow, kalau ada open house, bagitahulah, especially yang dah lama lost contact..bila lagi nak jumpa kan?

Enjoy Salam Dunia