Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang,
tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan
hawa nafsu.
Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai
dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan
takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.
Ini kerana mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT
dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan
bersifat marah.
Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a
bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW:
Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu
mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap
bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).
Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya
kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang
ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.
Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada
tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang
melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.
Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara
sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan,
bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.
Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka
lekas-lekaslah kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan
tenteram. Di samping itu, kita hendaklah bersifat sabar dan mudah
memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal
bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan
yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak
patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)
Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah
SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu
diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air,
maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk
(riwayat Abu Daud).”
Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah
antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci,
buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan
bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik.
Kedua, supaya kita akan dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW
seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah.
Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.
Oleh itu, kita harus memahami bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga.
Ini dijelaskan seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari
Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu
amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW
bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat
At-Tabrani).”
Islam mahukan umatnya bersatu padu, hidup bersaudara, berkasih
sayang, mengelakkan perpecahan dan permusuhan yang boleh membawa kepada
kehancuran umat Islam.
Maka bagi mengelakkan semua itu, Islam menganjurkan kita supaya
jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan
bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan
ajaran Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segeralah kamu kepada
mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan
kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi
yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang
mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang
menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan
ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang
baik. (ali-’Imran: 133-134)
credit : http://www.islamituindah.my/hindari-sifat-marah
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Thursday, May 10, 2012
Sunday, January 8, 2012
10 celaan Allah
Antara 10 celaan Allah :
1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata-mengata kerana semua jenis percakpan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnahkan hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah SAW bersabda, 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (Riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menutup seseorang dari membelanjakan sebahagian daripada hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah SAW bersabda, 'Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari' (Riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat ego membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara daripada orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Categories
- activities (20)
- aidiladha (1)
- baby (3)
- birthday (3)
- diy (2)
- doa (6)
- doodle (2)
- education (4)
- emotion (6)
- events (3)
- exercise (2)
- families (7)
- food (9)
- friends (2)
- gadget (2)
- general knowledge (20)
- home (2)
- irfan (3)
- jalan-jalan (9)
- kuih raya (1)
- love (15)
- marriage (13)
- medical (1)
- mine (23)
- mp3 (1)
- my life (18)
- organization (1)
- phd (1)
- pregnancy (2)
- ramadhan al-mubarak (1)
- random (2)
- shoes (1)
- song (18)
- sport (4)
- study (1)
- syawal (3)
- tazkirah (2)
- tv show (2)
- vacation (1)
- wedding (6)
- zikir (2)