RUANGAN KELUARGA KITA

Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga tapi kini ianya menjadi aset penting untuk aku membuat contengan-contengan disini..

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Aku Kebosanan

salam...
Dah lama aku x update blog, nak wat blog walking lagi la xde mood.. sejak dapat kerja baru, suasana baru, kawan2 baru aku dah xde masa nk jenguk blog..kalau dulu pepagi je smpai opis mesti jenguk blog sendri dulu.. la ni..xde byk masa..keje..keje..dan keje lagi..
 nanti aku sambung lagi la.... Bye..tata..titi..tutu

Monday, December 27, 2010

Ipoh-Perai dan Perai -Ipoh

Pertama-tama sekali aku nak hebahkan bahawa today is Our 8th anniversary.. happy anniversary sayang, Semoga alam rumah tangga kita sentiasa di berkati dan di rahmati oleh Nya.

Rupanya dh sebulan aku duk kat perai ni..huhuhu.. ulang alik dari ipoh hujung minggu duk jenguk anak2 dan suami.. jenguk suami yg penting tu...hahaha..
Tapi betul la kata org dulu2 yg pompuan ni blajar setinggi mana pun akan ke ceruk dapur jugak.. aku setuju3x..
Balik ipoh je.. bayangkan aku kena siapkan keje rumah yg seminggu tertunggak dalam masa dua hari je..itupun tolak waktu makan, tido dan waktu dlm bilik air sebenarnya cuma tinggal beberapa jam je aku luangkan masa utk famili aku.. kesian depa.. takpe la .. ni pun untuk masa depan kami bersama jugak..
Apa2 hal pun hidup adalah perjuangan dan perjalanan hidup kita harus diteruskan.. sabar, tabah, don't give up dan jgn putus asa.(hii sama la tu...)..harap aku tabahkan hati dan dapat menepis dugaan hidup yg mencabar.. Cabaran yg paling kuat untuk aku tepis skrg ni adalah godaan dari makhluk yg bernama manusia.. Ya Allah kuatkan la imanku..huhuhu..

Monday, November 1, 2010

wee tolang aku wee


Aku tak tahu mcm mana nak kabarkan masalah aku kali ni.. aku sedih, susah hati, runsing.. risau, berduka cita dan macam-macam lagi yg aku rasa ketika ini.. aku keliru, seperti aku ni sedang  berilusina dan mcm2 lagi   Jika aku luahkannya  pada suami aku, dia pun tak boleh tolong, dia mana pernah ditimpa masalah seperti aku ni..  kalau aku pi tanya kat kaunter pertanyaan, mesti derang cakap aku ni dah tak betul, nak tepon rumah kebajikan minta bantuan, bantuan mcm mana yg depa nak bagi.. nak luahkan pada mak ayah aku? Mesti depa fikir aku dah tak siuman.. nak tepon 999, lagi la derang marah..
Habis pada siapa dan di mana lagi aku patut ceritakan, luahkan, dan kongsikan   masalah aku ni..

Nasib baik la aku ada ruangan contengan aku disini..
Nak tahu apa masalah aku?? Sila scroll ke bawah lagi..
































Ini la masalah aku, yang aku maksudkan tu…
Macam tak percaya je…


Masalah ni timbul sejak aku amalkan cara pemakanan seperti ni..


maksud aku.. aku ni kuat melantak!!!  Melantak je memanjang!!!

Dulu aku bukannya jenis manusia  yang mcm ni .. aku slalu  amalkan gaya hidup yang sihat terutamayan pemakanan yang sihat seperti member aku yang bawah ni.. (dan tak lupa nak mention yg aku ni lawa skitttt je lagi dari dia ni.. kih..kih… kah…kah… kuh…kuh..)


Seterusnya, aku nak kongsikan senarai makanan kegemaran aku:


 
  • Ice cream yang bertingkat-tingkat dan MESTI berwarna-warni punyer.. dan dgn pelbagai perisa (satu perisa je, tak main aaahhh…)













 
  • Kentang goreng yang enak skali jika di cicah ngan sos cili/tomato sebelum dimasukkan ke mulut untuk dikunyah .. tapi rasanya lebih  enak  jika di cicah dgn budu atau belacan atau pun cencaluk jika ingin merasai kelainannya


  • Brownies yang dilimpahi dgn coklat lembab dan di tabor dgn pelbagai jenis  kekacang..
tips: kalau kekacang tu di goreng terlebih hangus  terlebih dahulu lagi kaw-kaw rasa dier.. biar sama colour cam coklat tu


  • Mayonis yang dimanupulasikan untuk pelbagai kegunaan.. salah satu caranya ialah ia di gaul dgn nasi putih terlebih dahulu sebelum dimakan..















Last skali aku nak kongsikan tentang cita-cita dan impian aku selepas hari ni (yang mungkin akan terlaksana tapi kemungkinan besarnya LIAT skit nak menjadi.. )

Jeng-jeng,… aku nak jadi seperti bekas nenek tiri bapak sedera sebelah mak mertua abang angkat member aku tadi tu.. (gambar di bawah ni..)


Sekian..

Saturday, October 30, 2010

Blackout kejap!!!



Issskkk... !! Fed up betul la...!!!! Tensennya !! Boringnya!! benci je rasanya bila jadi camni.. Ada ke patut perkara camni boleh terjadi kat aku yang penyayang dan murah hati ni.. ada ke patut????







Aku benci bila aku tgh berkobar-kobar nak update blog aku ni tapi takde idea pulak yg nak terbang masuk dalam kepala otak aku ni...
.






Black out kejap otak aku ni!!!!!!










Friday, October 29, 2010

Not In the Mood..


Hari ni aku betul2 xde mood..
Pasal apa??
Keta aku wat hal lagi ler..
Bosan.. bosan... dan bosan lagi..
Sebelum ni aku pernah gak MEMBEBEL DI PAGI HARI pasal keta aku ni jugak..
Hari ni pun sama tapi masalah yang berbeza

aarrrrrrrggggg... aku rasa cam nak menganas je....

Monday, October 11, 2010

Ulasan: 21 Pesanan Isteri Untuk Suami (Bahagian satu)




Ulasan: 21 Pesanan Isteri Untuk Suami





Hari ni memandangkan aku takde keje dan gatal nak menulis, aku nak buat beberapa ulasan serta komen2 yg menarik tentang hal ni.  The original artikel yang berkenaan iaitu 21 Pesanan Isteri Untuk Suami ni aku amik dari PakarHowTo.Com. yang aku rasa perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu kerna aku tahu kita ni insan biasa dan bukannya 100% perfect seperti jugak diri aku sendiri!!

Perlu dingatkan komen aku disini tiada kaitannya dgn sesapa.. so don’t take it seriously sebab setiap mahkluk dijadikan berbeza cara dan tingkah laku. Buat permulaan aku akan siarkan 10 ulasan yg terfikir oleh aku untuk dikomen, selebihnyanya nanti aku sambung di entry yg berikutnya.

1.   Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
Komen aku: Betul!!.. betul..!!! bukannya aku sorang yg buat hutang tu!!!! Untuk para isteri kalau boleh kita sama2 amalkan "hutangmu, hutangmu sorang ,tapi hutangku hutangmu jua..." wakaka..wakaka.. Tapi sebenarnya dalam realiti of life ni kita sebagai suami isteri kena sama2 membantu.. itu aku tak nafikan.. kalau aku pentingkan diri sendiri, dah lama aku kaya,slim dan comel dan kiut miut...haa..... haaa.. haaa(ada kaitan ke????)

2.    Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
Komen aku: aku setuju sgt2.. kadang2 dah penat bercakap dan ingatkan  benda yg sama, masalahnya tak pernah ada improvement.. so, bila dah jadi macam tu mula la kata kita ni kaum bini suka membebel.,


3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
Komen aku: Mesti la terasa hati bila suami wat macam tu…..

4.  Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.
Komen aku: Secara peribadinya aku boleh katakan no komen.. as far as I know we' re still enjoying our s** life and still having fun with it.. tak tahu la org lain yer.. tapi aku setuju sgt2 bab ni sebab kebanyakkan wanita di Malaysia sekarang sumernya berkerjaya dan sikap moody serta penat tu dah jadi lumrah.. so kaum suami kena la bertimbang rasa.

5.  Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada  suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Komen aku: Bab ni aku mmg tabik spring kat suami aku… ayang mmg bertimbang rasa dan mmg seorang suami yg bertanggung jawab dalam hal bab menjaga anak2 kita.. thank Q sayang…. Mmmuuuuaaaahhhhhhh!!..(Cuma ika nak katakan kat sini, ika bukannya ambil kesempatan yer…)

6.  Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
Komen aku: Alhamdullilah suami aku mmg bertoleransi, kalau aku buat keje kat dapur, dia mmg tak duk diam.. ada je keje yg dia buat, sapu sampah ke, melayan kerenah anak ke, atau kemas mana2 bahagian dlm rumah yang patut.. Cuma sekali sekala bila ada rancangan TV yg menarik perhatian dia, terpaku la sekejap depan tv tu.. tapi tak pe..  small matter je….

7.  Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!
Komen aku: Nasib baik suami aku tak kuat makan dan aku sebaliknya.. hiiii.... kalau bab ni, macam aku je yg tak boleh dipecayai.. hiiii… hiii
Kalau bersantap dirumah, normally kami makan bersama satu keluarga.. tapi semenjak dua menjak ni, kecerdikkan  anak bongsu aku yg umur 5 bulan ni dah semakin bertambah, so kadang2 kami terpaksa makan berasingan.. biasanya suami akan makan dulu bersama anak2 yg lain .. tapi lauk untuk aku mesti ada punyer.. siap aku boleh makan untuk 2 org sekali gus..hiii… haaaaaa..huuuu

8.  Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri Cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
Komen aku: Bab ni aku suka sebab aku laki bini mmg sehati sejiwa.. kami mmg amalkan ‘Family first” dan suami aku ni mmg jenis family man.. kemana-mana pegi pun mesti nak satu famili begitu jugak tentang bila nak ajak tetamu datang.. mmg kami bersiap sedia dari segi mental dan physical.. tetapi biasanya tetamu yg datang tu ahli keluarga sendiri dan sebenarnya rumah kami amat jarang sekali tetamu datang berkunjung!!!! Sebabnya… maybe kami jarang jemput org datang kerumah, maklumla anak2 masih kecil…(alasan biasa…)


9.   Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Komen aku: Dalam hal ni, kami tak boleh sakat meyakat.. kalau dia kata aku gemuk, aku boleh kutuk dia tu lidi!!! Haaaa…… tapi setakat ni, suami aku tak pernah komen tentang size body aku.. dia tahu aku berkorban nyawa untuk mengandungkan dan  lahirkan zuriat kami..  dan ini adalah hasilnya!!!! Cuma aku je yg slalu mengeluh tak puas hati berada dalam SAIZ ni…

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?
Komen aku: hiiiii… aku nak cakap No komen.. 
p/s: ayang .. kalau ayang terbaca artikel ni, ayang faham2 sendiri la ye….  Tapi bab ayat “masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?” tu ika muskil…. Rasanya kadang2 kentut tu boleh buat bahan gurauan dan ketawa.. betul ke?? Satu lagi ika sentiasa teringat dan terbayang cara ayang seronok2 nak test kekuatan volume dan bunyi kentut tu..hiiiii.. Siap cari dinding dan lantai simen.. kah…kah.. kah… Kenangan indah kita tu!!!!

Thursday, September 30, 2010

Nota minggu ini pada rakan2 blogger

Kepada rakan2 blogger lain yang sudi singgah dan sudi 'terjah' mana2 tempat yang patut aku ucapkan tima kasih daun keladi, lain kali singgah lagi dan 'terjah' lagi..

memang 2-3 hari ni aku cuma memblog walking hanya dengan merangkak je sebabnya aku bz meng'update' blog aku ni.. aku dah jemu tgk template yang lama tu.. tapi alhamdullilah dah settle dah.. cuma nak tambah mana2 yg patut je.. tu pun nasib baik kepala otak aku ni masih ingat jugak skit2 mcm mana nak meng'edit' code HTML tu .. yg banyak2 editing part tu aku skodeng mana2 blog2 otai2 kita yg sudi kongsikan tutorial bersama.. tima kasih.. tima kasih..

Ini pesanan yg aku tinggalkan sejak 2-3 hari yang lalu:



Template blog aku kali, aku rasa kali yg ke berbelas-belas kali yg aku try and error then baru aku decide nak guna kan ianya kali ni..

Skali lagi aku ucapkan tima kasih pada blogger2 yg sudi singgah kat sini .. lepas2 ni aku taknak merangkak lagi, aku nak berlari pulak masa wat blog walking .. so pada2 sapa yg nak aku skodeng blog mereka sila la tinggalkan jejak anda dimana-mana yang patut...(dan jgn lupa 'terjah' mana2 tempat yang patut yer...).. Insay allah aku pun takkan lupa nak skodeng kat tempat korang pulak..




Friday, September 24, 2010

Wedding of Fairy Tales

Pagi ni, buka2 facebook je, aku terpikat tgk tajuk ni "Wedding of the Fairy Tales" video yg di uploadkan oleh salah sorang dari kawan aku.. aku pun bukak ler... jeng... jeng....
Ni haaa....perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin...anak gadis Allahyarham SM Nasimudin, pengasas empayar perniagaan NAZA Group.

Korang layan je la video ni dulu..



Seperti kata blogger MamaGee dlm blog beliau yg aku baca jugak pagi ni

"{ade nk bg pendapat...tp..takut plak jadi ISU nnti..so takpelah...layannnzzz jelah ..Hik3... }
Harap2nyaa perkahwinan ni BERKEKALAN ke akhir hayat...Kalo tak RUGI byk tu..."
aku pun bersetuju sgt dgn kata2 beliau.
So pada pendapat aku biarlah majlis kahwin kita sendiri yang dah berlalu tu tak SUPER DUPER macam tu tapi yang penting  majlis kawin kita tu mendapat KEBERKATAN dari Nya dan sumernya telah berjalan dengan lancar dan selamat.. (mcm aku ni.. anak dah masuk 4 dah...)  dan semoga jodoh kita berpanjangan sehingga ke akhir hayat..

P/S : aku masih sayangkan laki aku walaupun hantaran yang dia bagi dulu tu, takdelah GEMPAK cam org lain.. hi...
Tapi agak2nyer ler,  kalau aku pun byk duit cam dia tu masa nak kawin hari tu , aku wat wedding of the year jugak ke????? Maybe tak kuttt... sebab aku ni jenis yg kedekut nak membazir... hiiii... bertuah ler laki aku ekkk!!!

Thursday, September 23, 2010

Kobis dan kesannya pada wanita


Aku sebenarnya dah banyak kali terbaca tentang kaitan sayur kobis dan wanita ni tapi aku amik tak endah je la.. Walaupun ianya dikaitkan dengan penyakit keputihan dikalangan wanita tapi jika dikaji dari positivenya, byk juga kebaikan memakan sayur kobis ni. Malahan masa aku dlm pantang bersalin pun aku amalkan sayur kobis ni jugak walaupun ada cakap2 belakang yang mengatakan sayur kobis ni sejuk la…, angin la.. dan macam2 lagi tapi bagi aku selagi aku boleh makan dan tak mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan aku aku makan jugak.. lagipun bagi aku sebagai wanita yang berkerja, 8-9 jam sehari dan 5 hari seminggu, aku rasa sayur kobis ni la favourite aku untuk dibeli dan disimpan dlm peti ais, sebb ianya tahan lama dan boleh dipotong sesuka hati dan dimasak pada bila2 masa saja yang diperlukan Malahan nak campur sayur kobis ni dlm masakan apa2 pun boleh especially mee goreng ataupun nasi goreng.
Lagi satu sayur kobis ni aku suka ianya di goreng dengan kicap, kadang campur ngan tougeh  dan carrot skali. Macam photo di bawah ni.


Satu lagi menu sempoi kobis ni aku buat mcm sup sayur campur digandingkan dengan carrot dan dipecahkan telur didalam sup tu… senang aku nak suap kat mulut2 anak2 aku.. Semalam aku baru je masak lemas sayur kobis campur ngan kacang panjang buat santapan malam kami sekelurga.

Apa2 pun terpulang la kepada empunyer diri masing2 sama ada nak makan ke tak sayur kobis ni.. aku cuma nak sertakan sekali di sini artikel yang berkaitan tentang keputihan dan kobis..

Aku pasti ramai perempuan tahu makna KEPUTIHAN. Keputihan kebiasaannya dialami oleh kebanyakan perempuan samada belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin. Masalah keputihan ini juga turut dialami oleh sebahagian daripada lelaki. Namun begitu, di sini lady hanya akan huraikan untuk perempuan sahaja. Keputihan adalah sesuatu yang keluar daripada kemaluan perempuan yang berwarna putih seperti putih telur.

Keputihan sebenarnya adalah protein yang dikeluarkan oleh badan melalui vagina perempuan. Ia merupakan lumrah bagi perempuan. Ia tidak akan mendatangkan masalah jika kuantiti keputihan tersebut adalah sedikit. Namun begitu, jika ia dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak, ia akan menggalakkan jangkitan bakteria berlaku di vagina. Dan menyebabkan masalah keputihan akan menjadi lebih rumit serta akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan serta menyebabkan vagina akan menjadi gatal.

Protein yang dikeluarkan oleh dinding vagina merupakan protein yang penting untuk keperluan badan manusia. Disebabkan memakan kobis, protein tersebut dirangsang untuk dikeluarkan dari badan oleh vagina wanita dan badan akan kekurangan protein. Selain daripada vagina menjadi gatal dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, keputihan juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berat badan semakin menyusut serta sukar untuk berlaku penambahan berat badan.

Di dalam vagina perempuan terdapat beberapa jenis bakteria dan kulat yang saling membantu menstabilkan pH vagina supaya sentiasa berada dalam keadaan berasid (3.8 to 4.5). Candida albicans merupakan contoh kulat yang didapati secara semulajadi dalam vagina perempuan. Walau bagaimanapun jika terdapat pengeluaran protein (keputihan) yang banyak, ia akan merangsang pertumbuhan Candida albicans serta mikroorganisma lain dan menyebabkan penyakit lain yang lebih kronik andai dibiarkan dan boleh merosakkan pundi kencing, rahim dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan serta penyakit lain yang lebih kronik.

Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama mengelakkan memakan makanan yang menjadi penyebab utama masalah keputihan. Dan andai keputihan terlalu banyak, pilihlah pencuci vagina yang bersesuaian untuk mengelakkan bakteria/ kulat dibunuh dengan kadar yang tidak seimbang yang boleh menyebabkan jangkitan berlaku dengan lebih teruk.

Friday, September 3, 2010

Weight Loss Made Easy

Orang kata, lose weight, look sexy!! Betul ke??? Weight Loss Made easy??? eeee betul ke?

4 bulan lepas figure aku macam ni , siap rajin exercise lagi tu.. kalau pompuan kat bawah ni boleh naikkan satu kaki , aku siap boleh naikkan dua-dua kaki lagi... hiiii

 Ntah bila la pulak aku nak kembali jadi cam ni

Sakarang ni kalau aku pegi exercise, begini la agaknya rupa aku dalam outfit senaman..?? Ye ke?? ataupun aku patut besarkan skit mana2 bahagian yang patut


Pastu mesti aku ada masalah untuk memilih exercise yang sesuai untuk aku

Tapi nasib baik suami aku ni baik, tak pernah pun dia komplain pasal bentuk badan aku.. Kalau dia berani cakap sepatah pasal body aku, aku siap nak sound kat dia, pastikan dia jadi macam mamat kat bawah ni dulu, then baru boleh kutuk-kutuk diri aku yang lemah dan ayu ni...

Boleh katakan setiap hari aku guna benda kat bawah ni dirumah untuk memastikan aku sentiasa anggun di depan suami yang tercinta, tapi yang menghairankan aku jarum dia ni tak pernah turun, naik lagi adalah.. apa masalah benda ni ekk?? rosak ke??

Dulu aku rajin exercise macam member-member aku yang kat bawah ni tapi sejak beranak baby  yang ke empat ni, aku dah takde mood!! Malas tahap cipan dah!!!

 Ni kawan-kawan aku yang lain lak
Ni pun ramai lagi kekawan aku.. (berbohong sungguh aku ni....)


 Dulu masa aku rajin exercise aku suka wat exercise macam ni, nak dapatkan flat tummy katakan..

kadang-kadang tu ada gak macam ni

Aku ni memang jenis kaki pemakan, sumer benda aku boleh sapu bersih.. mana yang orang kata tak sedap, bagi aku sedappp jer.. Tak caya tengok menu makanan aku untuk supper saja ni.., blom tengok menu dinner ngan lunch aku lagi tuuuu...




So macam mana la aku nak DIET!!!!

Wednesday, September 1, 2010

Old Introduction to my blog

Aku bercadang nak tukar layout blog aku ni sambil ubah, trim  dan edit apa2 yang patut tapi sayang la plak nak edit benda2 ni.. so baik aku simpan wat kenangan aku.

Semoga blog aku ini akan menjadi tatapan untuk anak-anak aku suatu hari nanti



My lifestream. Stay updated with me.

Dedikasi

Blog ini pada asalnya hanyalah untuk tatapan kita sekeluarga.
Khas Untuk Suami Tersayang : Badri Bin Mohd Zin berserta anak-anak yang amat ibu kasihi : Intan Nurliyana Binti Badri, Mohamad Nasrul Danish Bin Badri, Intan Nursyazwani Binti Badri dan Mohamad Akhil Danish Bin Badri.

Last updated on: July 2010

About My Blog

Alhamdullilah setelah bersusah payah aku godek2 internet ni dan pelbagai try and error yang dah aku buat akhirnya siap la jugak blog keluarga kami ini. Blog ini pada asalnya adalah bertujuan untuk tatapan kami sekeluarga dan mungkin juga beberapa makhluk yang aku benarkan untuk access bersama. Blog ini juga bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa mahupun untuk meninggikan diri sendiri walaupun aku tahu sememangnya aku juga termasuk dalam golongan-golongan wanita yang tinggi, langsing dan slim.."Perasaan..." (Tapi itu dulu..). Kini aku jadi lebih rendah dari yg sepatutnya kerana tubuh badanku kini sedang melebar... heee..heeeee

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Artikel-artikel disini ditulis oleh aku sendiri dan ianya ditulis dengan gaya lengok penulisan aku sendiri.. so ikut suka hati aku la nak tulis macam mana pun.. Aku bukanlah penulis yang berbakat sebab seingat aku, semasa menjadi pelajar sekolah, subjeck bahasa melayu la yang paling buat aku mengantuk, takut, gerun dan asyik rasa nak ponteng je kalau boleh (tapi tak boleh.. nanti cikgu marah!!) especially bila tiba turn kena wat karangan.. Otak aku mesti cramp punyer.....



Terbaru di blog aku ni, aku muatkan juga koleksi resepi , lagu dan cerita pilihan mengikut selera anak tekak, anak telinga dan anak mata aku dan juga koleksi petua sejagat untuk kegunaan sekeluarga (di bawah headline PILIHANKU) .. Ni sumer bukan 100% original dari aku. Kalau tak, dah lama aku jadi mak dukun tak yah susah2 gi sepital. Di harapkan blog aku ni dapat memberi sedikit hiburan, manfaat dan juga mengurangkan rasa boring tahap cipan kepada semua yang membaca.

My Profile

My Photo
atikah_ar (IkaAR)
Ipoh, Perak, Malaysia
I love 'love', speed and power.. Married to a loving and sweetest man and mother to two lovely princess and two handsome and brave little superheroes.
View my complete profile

My Family's Members




My Family Tickers

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

MY FAVORITE VIDEO :Wonder Girl-Nobody

The Best Photo of This Week

The Best Photo of This Week
Ibu dan Akhil
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

Artikel di sini hanya kompilasi tulisan dan luahan hati sendiri. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Terima Kasih..

Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker