Perjuangan Yang Belum Selesai
Hari ini cukuplah 3 tahun kita ber PMkan PakLah. Sudah 3 tahun... 3 tahun yg kita rasakan sentiasa panjang. Semakin hari semakin sesak bernafas. Itu dan ini semakin naik. Tak lupa juga kenaikan keuntungan berkali ganda syarikat 'tertentu'. Negara jiran dan negara lain pun dah naik tocang dengan kita.
Yg turun hanyalah harga diri kita sebagai warga Malaysia. Entah kemana perginya semangat Malaysia Boleh yg baik tu. Yg boleh, kita mengutuk orang tua, memaki, hina, kurang ajar pada pempinpin lama, tak menghargai, tak menghormati, tak bersyukur. Ada juga yg kata boleh menjerit, bergaduh dan entah apa lagi macam orang terkena sawan babi.
Mungkin, ini Islam Had-ari². Entah kemana Islam yg di bawa nabi. Yg sepatutnya kita cari. Tak salah kalau kita katakan yg dicari bukan Ghazali, bukan Maliki, tapi harta dan populariti. 40 penyamun di belakang menjerit, terpekik terlolong. Kalau dikata semakin baik sokongannya, tidak pula disedari. Semakin buruk dan hodoh sikap mereka dan ketua mereka, itu semakin hari semakin pasti. Dulu, bercahaya berseri wajah mereka, kini, perhatikan sendiri...
Yg ditanya bukan peribadi. Yg dipersoalkan bukan peribadi. Cuba fahamkan semula, lihat dan baca. Kan itu untuk kita semua? Adakah salah mempersoalkan kegoyahan kepimpinan sekarang? Adalah salah untuk mempersoalkan dasar yg ada yg tidak mesra pengundi?
Atau mungkin mereka anggap kita ini terlalu bodoh. Atau sememangnya kita ini dapat pemimpin yg sangat bodoh? Entahlah, tak siapa tahu, siapa sebenarnya yg bodoh. Ya tuhan, jauhkan kami dari kebodohan dan kedangkalan pemimpin ini. Kami, generasi yg bangun dari usaha Tun, tak ingin sekali diperbodohkan. Jauh sekali menjadi bodoh...
Kini, dah 3 tahun dia pergi. Tapi... Dia akan tetap kembali. Bila dirasakan sesuatu perlu diteguri. Perjuangannya, memang belum selesai. Ingatkan sudah boleh berehat, beribadat menunggu Ilahi, rupanya, ada lagi tugas yg perlu disudahi. Amanah orang ramai dan amanah Allah, jangan dilanggari. Kelak, Tun dan kita gigit jari...
Tun... Terima Kasih... Kerana kau belum berhenti untuk meneruskan perjuanganmu.

Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjayaDr. Mahathir Mohamad
Mei 1996