Saturday, December 31, 2011

.:Selamat Jalan 2011...Selamat Datang 2012:.

new year 2012 Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum...

Hampir 5 bulan ku biarkan blog ni bersawang...sampai pasword pun aku hampir2 lupa..[haish, teruk bebeno nih!]. Bukan ku sengajakan....cuma ada rutin baru yang terpaksa aku biasakan Bermula 25 Julai 2011, aku telah memulakan kehidupan berkeluarga yang lengkap...ada ayah, ada ibu & ada si anak...hihihi. Eh, bukan kata hidup sebelum ni tak lengkap...lengkap jugak...ada suami, & ada isteri yang comel & penyayang....[sila muntah ..hihi]

Raihanna...itulah nama permata hati aku & suami. Comel weii...macam mama dia! Baik sangat... jarang nangis...macam mama dia jugak...hahaha. Dia ikut ayah dia satu benda jer...tang rambut!!! Bubuh ler banyak mana minyak rambut pun, degil jugak nak tegak...apa laa nak jadi dengan rambut anak daraku itu...
Tengok...sama jer rambut orang dua beranak ni...kan?!

Kejap jer dah 5 bulan usia baby Raihanna...alhamdulillah, dia membesar dengan sempurna...tak terasa dah 5 bulan bersama dia.. Tak banyak karenah dia. Dari kecik lagi, dia cuma bangun sekali jer pada waktu malam...waktu2 lain dia tak ganggu mama & ayah dia tido...baiknya anak mama...kan?! I loikeeee!!!

So, itu laa ceritanya yang menyebabkan aku lama berdiam diri...[senang mama Rai ni, bagi alasan Rai pulak...padahal mama yang malash...hihi..]. Oooo, ada lagi satu reason...aku sibuk dengan bebudak nak SPM aritu... Sampai ke detik terakhir aku mengiringi students aku mengambil exam...tu laa pasal tak sempat nak berblog...

Ok laa, cerita tentang 2011...alhamdulillah, rasanya ia berlalu dengan baik sekali. Aku dapat mengajar di sekolah dekat dengan rumah...dapat mengajar subjek opsyen, rakan2 sekolah yang baik2 belaka...pentadbiran sekolah yang menyenangkan...& yang paling besar tahun ni DAPAT BABY RAIHANNA!!!...pencapaian dalam hidup yang terbesar tahun ini...hihi.

Harapan untuk 2012, semoga hidup aku & keluarga dilimpahi rahmat, dilindungi dari segala perkara buruk, dilimpahi rezeki yang berlipat ganda, dapat baby lagi...hihi. Tentang kerjaya, alhamdulillah...gaji dah naik, tarikh pergerakan gaji berubah dari oktober ke januari...& mudah2an pelajar2 tahun ni tak menaikkan tekanan darahku. Tahun ni tak sibuk dengan SPM...tapi PMR pulak... Mudah2an semua pelajarku berjaya & mudah menerima pelajaran yang aku ajar...aminnn..

Selamat Tahun Baru semua...(^_^)

Tuesday, August 9, 2011

Selamat Berpuasa...(^_^)


Assalamualaikum semua...
Maaf ye, lama sudah tak menjengah rumah ni....rasa macam sangat laa sibuk dengan kerja-kerja sekolah. Mana nak siapkan pelajar dengan SPM....mana nak key in markah kat SAPS lagi....yang semua tu kadang-kadang boleh bikin saya stress...huhu. Tapi alhamdulillah, walaupun stress...semuanya dapat dilakukan dengan sempurna...:))

Sedar tak sedar, dah 9 hari kita berpuasa ye... Sekejap jer masa berlalu...kan?! Ini bermakna, tinggal lagi 20~21 hari jer lagi kita dapat bersama Ramadhan. Selalu diingatkan kepada saya sejak dari kecil lagi...Ramadhan bulan mulia...perbanyakkanlah amal di bulan ini...buatlah sebaik mungkin kerana kita tak tau sama ada kita berpeluang bertemu dengan Ramadhan di tahun depan... so, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan mengaut barakah di bulan mulia ni... Semoga Ramadhan ini menjadi titik mula perubahan kita ke arah kebaikan...Aminnn.

Thursday, July 21, 2011

PTPTN vs Pinjaman Boleh Ubah KPM



Dulu...pertengahan tahun 2005, sewaktu aku baru mula melanjutkan pelajaran menerusi PKPG [Program Khas Pengsiswazahan Guru]...aku dan kawan-kawan dikejutkan dengan berita yang kami tidak layak mendapat PTPTN. Alasan yang diberikan...kami sudah bekerja, mempunyai gaji dan masih ada pendapatan yang boleh digunakan untuk menampung kehidupan. Berita itu sebenarnya sangat 'buruk' pada kami yang mana pada waktu itu gaji kami telah dipotong separuh..[memang kalau guru-guru mahu menyambung pelajaran secara sepenuh masa, kami hanya akan dibayar separuh gaji sahaja]....ye lah, kalau gaji RM1800, gaji tinggal RM900 jer...duit banyak tu laa nak bayar duit kereta, makan, minyak kenderaan dan lain2. memang sangat seksa masa tu...

Sebulan selepas masuk belajar, kami diberitahu yang Kementerian Pelajaran bersetuju memberi pinjaman pelajaran kepada kami...idea yang dicetuskan oleh YB Dato' Razali Ismail [sekarang allahyarham]. Beliau berpendapat yang kami tak sepatutnya dibebankan dengan pinjaman dari PTPTN sedangkan Kementerian mampu memberi pinjaman yang lebih baik untuk guru-guru yang sanggup keluar dari 'zon selesa'...[seperti yang diceritakan oleh En Amidin, pensyarah PKPG di IPG Kampus Dato' Razali Ismail]...tapi pada waktu itu, apa pun yang diceritakan tidak dapat menghapuskan kekecewaan kami yang tidak dapat PTPTN. Walaubagaimanapun, lebih baik dapat pinjaman KPM daripada tak dapat langsung...kan?! Dan pinjaman itu dinamakan Pinjaman Boleh Ubah...boleh ubah ke apa???...hehe...nanti aku cerita...

Proses mengisi borang pinjaman, surat perjanjian dan macam2 lagi mengambil masa yang sangat lama....dan akhirnya pinjaman itu kami terima pada hujung semester 2. Alhamdulillah... Pinjaman tu banyak meringankan bebanan kami; pelajar-pelajar matang yang ada komitmen dengan keluarga di kampung juga...ye laa, tiap-tiap minggu perlu balik kampung...kan?! Duit Pinjaman KPM tu juga saya kongsikan dengan suami sama untuk menyambung pelajaran ke peringkat master...:))

Antara butir-butir perjanjian tu ialah; pinjaman keseluruhan sebanyak RM 15,000, diberi RM 2500 setiap semester, pinjaman itu tiada cas...pinjam RM15,000, bayar pun RM 15,000. Kalau pointer baik, peminjam cuma perlu bayar 25% jer dari pinjaman tersebut. Ini bermakna, kalau pointer baik [kalau tak silap atas 2.75 kot?!] , cuma perlu bayar RM3750 sahaja.

So, belajar pun dah selesai... dan alhamdulillah pinjaman pun dah aku selesaikan. Sekarang ni baru aku rasa sangat2 bersyukur tidak mengambil pinjaman PTPTN...yang mana setiap hari ada sahaja cerita tak enak yang saya dengar & baca...dari kawan, suami, mahupun blog2 peminjam2nya...Macam suami, bertahun-tahun dia dah habis belajar...hutang PTPTN dibayar mengikut potongan gaji...jumlahnya seolah-olah tak berkurangan pun... Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah.

Sekalung terima kasih yang tak terhingga ingin saya ucapkan secara peribadinya kepada Allahyarham Dato' Razali Ismail atas keprihatinannya kepada kami. Kawan-kawan, sedekahkanlah Al Fatihah kepada allahyarham....kalau tidak, kita adalah diantara peminjam PTPTN yang tak sudah-sudah dengan masalah pengurusan yang lemah...

Monday, June 27, 2011

Cheese Dip 'Jalapeno'


Suka makan KFC Cheezy Wedges???

Selalu merungut cheese sikit???

Sayalah orangnya tu...hehehe

Saya pernah cari resepi nak buat cheese dip tu...

tapi bila saya survey harga cheese (kena letak 2 jenis cheese)...

aduyai, memang tak berbaloi membuatnya...

So saya pun teruskan rutin membeli + bersungut...huhu

Sekarang saya dah ada penyelesaiannya...

Dan saya nak kongsi dengan semua...

Rupanya dah ada serbuk cheese yang dipanggil Jalapeno..

Senang sangat nak sediakannya...

Cuma tambah air panas...& taraaa...

Dah boleh menikmatinya dengan gembira...hehe

Untuk memudahkan semua, saya berkorban masa dan tenaga

untuk menjualkannya pada sesiapa yang berminat pula...:))

Silalah hubungi saya...

Oh ya...bukan untuk chezzy wedges jer tau! Boleh letak kat sandwich...

nugget...makan ngan spagetti pun sedap!!! Cuba laa... Meh email kat saya di nizar2604@yahoo.com



Ni yang saya baru try...memang sedap!!!