Baiklah, kali ni tag datangnya daripada Fariq atau nama blognya Fariqscorpio.. Sorry gak, lambat buat...eheeeeeee
Rasa macam tengah buat sesi berkenalan antara blogger2 pula..
Seperti kebanyakan daripada kamu mungkin tahu,
Bahawa Pakweku (Pippo Inzaghi) sudah tercedera di kakinya,
Oleh itu dia tidak dapat bermain selama 6 bulan...
Makanya, sekarang ni mestilah dia sedang duduk di rumah bersenang-lenang..
(okey, aku tipu, mungkin dia sedang berparti)...
Tapi, aku sangatlah terharu..
sebab dia bukak aku punya blog...
walaupun tak selalu (dah injured baru nak bukak aku nye blog)..
Tak caya? laaa betullah nih...
Lihat lahhhhhh...tu ha, dari Itali Tengok blog aku nih..
Siapa lagi dari Itali yang nak tengok blog aku ni melainkan Inzaghi sorang je..
lalalalalaaaaaaa
Motif sebenarnya aku nak bagitahu,
Kedudukan Ac Milan dalam Serie A tak tergugat dek Lazio kerana mereka pun seri..
Lazio 1-1 catania..
Juventus pun seri 1-1 FIorentina..
Walaupun Inter Milan menang besar 5-2, tapi masih berada di kedudukan ke-5,
beza 7 Mata..
Agak2 Ac Milan boleh menang Serie A tak?..hehehe.. bye bye Inter..
Aku dengar si Mourinho tu kena belasah dengan Barcelona..
Yelah, Xavi my hero ada...siap jaringkan gol lagi.. Real Madrid kena banyak gila Kad Kuning ( lebih kurang 7).. Tu lah, ko Mourinho nak sangat player ko dapat kad merah.. ha amek ko, si Ramos dapat kad merah.. Next ac milan match, Brescia!...
Pagi2 buta tadi...
Aku tengok lah Mnet Asian Music Awards 2010, korea punya nih..
yang diadakan di Macao...
Tengok rancangan ni semata2 nak 'cuci mata' je..
wawawawaw
Kumpulan 2Ne1 menang besar dengan 4 anugerah yang dimenanginya..
Album of the year, artist of the year,female group award, best music video..
kumpulan jejaka Hot korea 2pm...menang banyak gak..
Male group award,best dance performance, The Shilla Duty Free Asian Wave Award..
credit to the watermark
yang penting tengok Mamat Hot buat persembahan...lalalaal
credit to jackhklee4 youtube. video ni bukan sepenuhnya
nak tengok yang seterusnya click sini
p/s: Starworld tayang program nih, disebabkan program ni bahasa korea, mereka letaklah dua orang host nih. konon2 untuk terjemahkan apa artis2 korea tu cakap. Kiranya sambil tengok program ni, boleh dengar suara dua orang ni. Program ni ada juga cakap campur2 bahasa Inggeris.Sebenarnya dua orang host ni tak payah menyibuk dengar suara dorang pun tak apa, dorang bukan tolong terjemahkan tapi buat discussion pulak. setakat cakap 'well they saying thank u', setakat macam ni aku pun faham apa dorang cakap. Nak gila jugaklah telinga aku kena dengar dua bahasa serentak bercakap.
Malam semalam pergi tengok Ngangkung...
sebenarnya cerita lain yang aku nak tengok,
cerita lain yang aku tengok kat wayang...
haish,nak buat macam mana, kawan aku semangat Filem Melayu
(aku nak tengok Harry Potter)
Barisan pelakonnya, Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Mazlan, Eira Syazira, Azad ..
dan ramai lagi
Aku ingat kan cerita ni lawak2 bodoh yang aku tak layan tuh...
Tapi not bad lah, lawak pun memang lawak lah...
dan yang bagusnya, part seram, memang seram...
aku asyik terkejut je, sakit jantung okey..
Plot filem ni pun bagus...
Kisah orang yang suka berjudi, mintak nombor ekor kat hantu... (hantu jenis apa2 pun boleh mintak)
Akhirnya kehilangan banyak benda..
hubungan keluarga pun boleh terjejas...
ada pengajaran lah cerita nih...
Tak berapa nak tekankan sangat pasal mantera serapah..
(jampi2 dia pun lawak)
Jadi, kalau korang bosan2 tuh tak tahu nak tengok Filem apa..
Selain filem Dua Alam, korang mesti dah tengok kan..
perlawanan Ac Milan vs Sampdoria pun tak ada disiarkan secara live di Astro..
Nak tengok kat Internet melalu laman web yang diberikan oleh Zairie pun tak boleh.. (click menonton bola secara langsung)
sebab, kelajuan internet yang tidak memberangsangkan..
Jadi, hanya boleh tengok berita di internet je lah..
Agak hangin sebab seri...
kerana memberi peluang untuk pasukan lain memotong mata..
Setakat ini Ac Milan masih berada di Tangga PERTAMA dalam Serie A...
(gap between 2nd place, lazio, 4 points)
Robinho Berjaya menjaringkan gol pada minit ke 43...
tetapi masuk separuh masa kedua... Pazzini (Sampdoria) berjaya melepaskan bom ke dalam tiang gol Ac Milan..
Menyebabkan keputusan menjadi seri...
Seri sehinggalah ke akhir perlawanan..
Askar2 yang diturunkan oleh kedua2 pasukan :......
Gaya penulisan dia memang selamba...
Tapi, kalau nak buat penulisan jenis selamba, jenis2 lawak jenaka...
pastikanlah orang lain faham...
dia punya lawak, lawak doktor..habis semua istilah doktor dia guna..
Novel ni jenis info+selamba...
tapi bagi aku, Bagi Aku lah kan...tak berapa nak menjadi sangat lah..
aku teruskan baca jugak sampai habis..
sebabnya?
sebab bukan jiwang2 terlebih jiwang. sweet2 gitu.
tak melarat2
Yang menulisnya pun seorang remaja, sasarannya pun untuk remaja, jadi sesuailah untuk remaja..
Aku bukan remaja lagi..mwahahahah oh no!
Kisah Johanna yang buat kerja sambilan jadi pembantu rumah ... Dari situ bermulalah kisah Johanna dan Along serbia nih (lupa pulak nama dia haha)... Masing2 suka sama suka, tapi masing2 takut nak luahkan perasaan.. dan juga keliru dengan perasaan masing2... Johanna ni pulak sambung belajar di UK... Maka, main2 tarik talilah mereka berdua nih.. alaaa macam biasalah kan, korang pun tau lepas tu apa jadi..
Aku suka baca novel selamba macam Ahadiat Akashah(karya dia yang lama2 dulu, sekarang aku kureng sikit)
Aku suka baca novel berinformatif macam Ramlee Awang Murshid...
Jenis sastera tuh, aku teringin nak baca, sebab kawan aku ada bagi cadangan buku2 sastera yang best.... cuma, tunggu aku kerja dulu..hahah..
p/s: broadband kadang2 sangatlah 'macam siput'...oleh itu, tolonglah blog tu jangan berat penuh dengan widget, kalau guna streamix, aku memang tak kisah blog tu penuh dengan widget2 siap berlagu gitu..
oppsie, boleh pulak aku autopost tanpa sinopsis novel ni hahaha..thanx to Nick sebab bertanya..
Mamat A : Hello, Saya dari TM.saya dapat laporan ada kerosakkan streamix. Minah B : Ha?(macam kenal je suara ni) Ini Abu kan (bukan nama sebenar). Jangan nak main2 lah. Mamat A : Laaa, mana ada main2. Ini betul2 dari TM ni. pasal streamix. saya nak hantar technician nih. Ada kat rumah tak? Minah B : (Tak ada kerja betullah nak main2kan aku, aku nak bayar barang ni sibuk je) Kejap, nak bayar barang nih. Mamat A : Okey.
Minah B : Hello! (dengan kasarnya). Mamat A : Jadi cik, boleh tak saya hantar technician. Cik kat mana sekarang ni. Minah B : (ada lagi si Abu ni.sanggup dia tunggu) Saya kat shopping mall nih. Nak jumpa ke?datanglah sini. Mamat A : Ha?? Jadi tak boleh datang rumah lah ni. Technician dah ada depan rumah ni. Minah B : (Ya ampun Abu ni, nak main2 lagi) Kejap, sekarang saya tak ada buat laporan balik pasal streamix tuh, dan saya belum bagi nombor pendaftaran pun kat dorang. Mamat A : Tak buat laporan? Tapi Streamix awak ni bawah nama Carlo Ancelotti kan? Minah B : (uit, betullah pulak. bawah nama bapak aku Carlo Ancelotti) Mamat A : yang pasal nombor laporan tuh, tak payah telefon balik pun tak apa. Sekarang ni, technician dah ada depan rumah, ada orang tak kat rumah? Minah B : (Alamak, jadi ni bukan Abu lah) Chop, Jadi ni betul2 lah? Mamat A : Astaghfirullah Al azim. Bila masa pulak saya main2. Minah B : (gelak dengan malunya)sorry sorry. errrr Boleh boleh datang rumah. Ada orang kat rumah. Mamat A : Okey
Habislah semua file-file aku, drama, lagu, movie dalam laptop nih..
Sekarang Laptop ni dah okey..
Tapi terlebih 'bersih' pulak lah kannn...
Nak menangis tengok betapa bersihnya isi kandungan Laptop nih..
Maka, terpaksalah aku download apa yang patut...
Ccleaner tak ada. Penting nih. senang nak cuci 'cookies' nih.
Winamp. Macam manalah benda ni pun tak ada, mesti kena ada nanti nak tengok cerita senang. hehe. ye lah, kalau website seperti AZNV.TV tuh, perlukan Winamp ni kalau nak tengok cerita.
Lepas tu aku selalu download lagu/video kat Youtube. Jadi, kenalah download DVDVIDEOSOFT. software nih memerlukan 'Adobe air' dulu.
Dan aku downloadviikii.net plug-in untuk memudahkan tengok video kat website viikii.net itu.
Aku kena install balik Printer Canon punya software. (yelah, nanti aku nak print cam ne). Pastu aku install Adobe Photoshop (walaupun aku tak adalah berapa nak guna benda ni.cuma aku suka godek2 je)
Satu benda ni aku nak install. Dalam Laptop aku tak ada Game??? how come???Game sape aku nak cekup nak install nih.
Senang cerita...
Kerja aku ni memang tengok cerita online je kan...
Kebanyakan website aku tengok tu banyak Drama Jepun/korea.. Variety show pun ada okey...
p/s: Rupa-rupanya modem streamix aku rosak. boleh pulak kan. Tak tahu nak cakap apa dah ni. Ini pun pinjam Broadband kakak. alaaaa dia kan selalu penat jarang guna internet eheeeeeeee...
Okey, sebelum ni pun Streamix aku pernah buat hal..
dan aku tak boleh nak connect...
Lepas aku cabut plug pasang balik... On balik lepas 15 saat...biasanya akan okey balik..
Tapi kali ni punya memang dah teruk..
AKu memang tengah Angin Giler nih...
Sebab apa aku angin?
Sebab esok aku ada DUA temuduga..
dan aku tak buat homework lagi pasal company tuh..
Nak tak nak, Aku terpaksa pergi Jaya Jusco kat depan rumah aku ni..
15 minit kalau jalan kaki...
Nasib baik ada free wireless kat Jaya Jusco nih..
Aku memang tak ada masa sekarang nak blogwalking..
Hari Jumaat aku singgah blog2 korang okey..
Itu pun kalau Technician tu datang cepat...
p/s: Bukan aku sorang je ada masalah Streamix tapi jiran2 aku jugak...hmmmm
Hubungan yang melibatkan sentuhan secara fizikal..
Jika di Barat, biasanya di antara lelaki dan perempuan...
Tetapi, di negara tertentu seperti Korea,
Ada juga skinship yang melibatkan sesama jantina,
dan itu bukan bermaksud mereka adalah homoseksual...
Itu perkara biasa bagi mereka..
sebab bagi mereka itu menunjukkan mereka rapat dengan orang tersebut.. skinship sesama jantina ini melibatkan pegang tangan, raba2 sikit, peluk2,...
hahahahahah...
Dulu lah kan, masa aku gila dengan J-pop (muzik Jepun)..
Aku tahu ada istilahfan service..
Antara fan service dorang menunjukkan kemesraan terlampau sesama ahli kumpulan..
Aku tak tahulah apa yang seronoknya tengok hubungan intim lelaki dan lelaki ni
(mereka bukan gay)
Kalau mereka yang tengok anime Ouran High School Host CLub mesti faham kan..
Dan Bila aku mula menjejakkan Telinga aku dengan K-pop (muzik korea) fan service mereka sangatlah melampau..
Serius aku terkejut, kumpulan tu siap ada Sitcom melampau lagi Click Video Big Bang coffee prince Parody
taken from wild2day.org.Belongs to watermark stated
sebenarnya ada lagi teruk..
Tapi takut korang muntah je kang...
Mula2 aku ingat itu sekadar fan service sahaja..
Rupa-rupanya memang orang korea macam tuh..
Aku tahu ni pun bila tengok video Nickhkhun..
Dia tu mamat Thailand tapi belajar kat US datang Korea nak jadi artis..
Dia sendiri terkejut bila orang Korea suka peluk2... (boleh click video Nickhuhn)
Bayangkan je lah kalau lelaki Melayu yang buat macam ni..
lalalalala...
Jadi ditekankan di sini, mereka bukan gay...
cuma aksi2 mereka sahaja ke arah itu...
dah budaya mereka...
tapi dulu2 pun mereka mana ada macam ni..
bila dah moden je..
sebenarnya benda2 ni boleh merosakkan otak juga... JANGAN tengok selalu ye...amaran keras ni nasihat nampak tak ikhlas tapi ikhlas
Kalau tengok cerita Mat saleh kan dorang suka buat kembali ke masa lampau..
atau ke masa hadapan..
dan boleh betulkan kejadian yang dorang tak nak atau..
boleh tahu apa yang terjadi masa hadapan..
(macam filem back to the future tuuu)
Kenapa nak betulkan kejadian masa lampau..
sebab kejadian masa lampau yang menjadikan diri kita sekarang..
kita tak boleh lari dari realiti... u can dream u can go to fantasy world,but u have to face it, u are IN reality..
dan kenapa nak tahu masa depan..
besar kemungkinan bila kita tahu masa hadapan,
kita tak akan berusaha untuk menjadi ke arah diri masa hadapan tu..
dan bukan bermaksud jika masa depan kita baik..
jika kita tak berusaha, adakah masa depan kita akan kekal baik..
(tengok Doraemon sudah)
aku paling benci perkataan 'menyesal'..
bagi aku tak perlu menyesal sebab benda dah jadi pun..
Jadi belajarlah dari kesilapan..
kesilapan yang kita buat tu lah yang menjadikan diri kita lebih berpengalaman kan...
Jadi, tak payahlah nak buat Mesin Merentasi masa tuh..
hehehehe itu video diambil ketika pengambaran Charlie Chaplin..
untuk melihat orang ramai yang berada sekitar pengambaran Charlie Chaplin..
bacalah komen2 kat Youtube tuh kalau nak tahu lebih lanjut..
Click sini funkenstein jr youtube.
banyaklah spekulasi pasal benda nih...heheheh rasa kelakar pulak..
hehehe...
Memang tak ada kerja sungguh aku post entry nih..
Tau kan, ayat2 jiwang lelaki nak mengorat perempuan..
Yang kadang2 boleh buat perempuan tu sama ada atau (yarkk)
Comel tak?mestilah comel kan..
Ini masa hari dia nak bergraduasi daripada tadika..
Dia kena buat persembahan ala2 berlakon..
Jadi kenalah pakai dress princess gitu...
Dia jadi princess Aurora...
dan Mak nya pula nak masuk contest Facebook ni ha..
Jadi SILALAH VOTE anak buah aku ni ye...
okey okey okey...
sebab apa menang?
sebab Aku Tengok mwahahahahhaa...
barulah Milanista ada semangat nak main bola... walaupun menang dengan gol penalti
pak berahim Ibrahimovic berjaya mendapatkan penalti.. walaupun yang jatuh dulu 2 orang defender Inter.kelakar okey..
dan berjaya menjaringkan penalti dengan mantap.. sayang pak berahim
Untuk permulaan permainan ini, Ac Milan terus menyerang dan menyerang..
Materazzi dengan rambut punk itu berusaha bertahan bersama2 dengan pemain pertahanan lain..
Permainan kali ini agak agresif sampaikan Ac Milan mendapat 5 kad kuning.. mamat street fighter Abate mendapat 2 kad kuning,
menyebabkan dia say arrivedercigiuseppe meazza (ini stadium okey)... Mood Seedorf bermain dengan menghantar bola tidak tepat, shot ke laut sudah datang..
tak boleh nak buat apa kalau dia dah main macam tuh..
hanya berdoa dia keluar cepat..
dan Boateng pula masuk menggantikan Seedorf..
Darah aku memang seriau setiap kali Sneijder datang menyerang..
nasib baik ada Abbiati..
Untuk masa kedua ini, Inter banyak menyerang..
tapi, Abbiati adaaaa...
perlawanan ini tamat dengan masa tambahan 4 minit..lama okey.. Nesta pun dah terguling tak larat..
Pemain AcMilan yang lain semua bagi sokongan kat dia suruh bertahan..
siap peluk cium lagi...erkkkkkkkk Gattuso kat tepi dah jadi cheerleader suruh bertahan..
Yang penting
ROSSONERI MENANG!!!
Ac Milan masih mengekalkan kedudukan di tempat pertama..
Diikuti dengan Lazio..
(Lazio turut menang melawan Napoli. Kedua2 perlawanan ini juga menentukan siapa di tempat 2 dan 3)
Manakala Juventus kini di tempat keempat sama mata dengan Inter.
Hey Bukan aku yang nak kahwin okey...
KAWAN aku...
hahahah kang tak cakap nanti jatuh saham aku ..lalalalala
Kawan aku ni punya gembira teruja senyum sampai ke telinga.. walaupun lambat lagi dia nak kahwin
gembira sebab apa...?
Sebab Boleh SHOPPING!! yeayyyy...
hahahahhaha...
Hantaran dia buat sendiri okeyy..
gembira nak kahwin = shopping+nak buat hantaran
Disebabkan dia terlampau teruja..
Kain Baju Pengapit dia dah belikan pun...
Hahahaha..adeiiii....
Dia tanya aku nak design yang sama ke untuk dua2 belah pihak
(belah pengantin lelaki dan perempuan)
Aku jawablah aku tak kisah sebab i like kebaya heheheheh..
memang banyak baju kebaya jenis ni dalam almari, cuma tak pakai je sebab tak muat
Fuh, perlawanan untuk hari Esok..(bagi waktu Eropah)
aku jarang buat review perlawanan bola nih..
biasanya selepas perlawanan, baru aku ulas..
sebabnya, sebab aku kurang yakin dorang akan menang..
hahahahahha...
terkejut gak lah bila Mr Fariq suruh review pasal perlawanan bola nih..
biasanya orang lain suruh buat pasal drama korea ke, bahasa jepun ke..
Okey,
Perlawanan terakhir dengan Inter Milan ialah ketika Serie A musim lepas. dan Ac Milan kalah 2-0
Kini Ac Milan berada di tangga pertama, Inter pula di tangga ke-4 dengan beza 3 mata. Perlawanan ini amat penting untuk menjaga kedudukan Ac Milan supaya kukuh berada di atas kerana jarak dengan Lazio hanyalah 1 mata.
Pato, Inzaghi, Oddo mengalami kecederaan dan tidak akan turun untuk Ac Milan. Pirlo pun berkemungkinan tidak turun.
Muntari, mcdonaldMotta, D.Suazo, Maicon, W.samuel juga turut tercedera dan tidak bermain untuk Inter.
Berkemungkinan besar Ac Milan akan menggunakan serangan daripada Pak Berahim Ibrahimovic, Ronaldinho, Seedorf.
Inter pula Mungkin akan menurunkan Pandev, Sneijder, Eto, Milito untuk menyerang. (habislah macam ni campur dengan stankovic lagi. Cesar dah ada balik.)
pak berahim Ibrahimovic siap berlagak lagi tak takut dengan peminat Inter...(click baca) (yelah, dulu kan dia pemain Inter)
Aku tau dia cuak gak tuh, silap2 kena baling mercun/botol kang...
okey, ini sahaja review untuk perlawanan Ac Milan vs Inter Milan ini..
Aku buat seringkas yang mungkin..
FORZA ROSSONERI
p/s: Ac Milan vs Inter Milan 15/11/2010 pukul 330 di channel 816
Jang Geun Suk berambut panjang dalam cerita nih..
Terus jadi mamat Cun okeyyy...
Nasib baik heroin cun..kalau tak overshadow pula, nanti kesian heroin...
Drama ni mengisahkan...oh well...sama lah macam cerita drama korea yang lain..
Hahah..
Ada keluarga miskin dan kaya
Masalah kewangan
Bapak kena kejar dengan si Pemungut Hutang
Hero pula gaya berlagak. Macho
Heroin kena buli dengan hero
Tadaaaa...itulah ceritanya...hahaha
okey okey..
Kisah seorang gadis bernama Mae ri,
bapanya kena kejar dengan si Ceti2 nih..
Barangan dalam rumah dia habis kena bayar untuk hutang..
itu pun tak cukup lagi...
Nasib dia memang malang lah...
Lagi bertambah malang apabila dia berjumpa dengan Mamat rock macho tapi kusut nih..
Mamat ni dah lah kuat minum arak, tak ada rumah...
Lepas tuh, pada masa yang sama bapak perempuan ni terjumpa kawan lama..
kawan lama dia ni kaya gila..
kawan dia ni ada anak lelaki macho gaya cool...
disebabkan nak tolong bapak Mae Ri ni, kawan dia sanggup suruh kahwinkan anak lelakinya dengan Mae Ri nih..
Tapi Mae Ri tak nak kahwin... So how???...
Drama ni baru episod 2...
Lagi berabad nak habis..
Biasanya aku tunggu sampai drama tu habis kat Korea..
Baru aku tengok..
Walaupun kau duduk berjauhan denganku..
Walaupun kau sentiasa dikelilingi dengan Ratu Cantik..
Walaupun kau bersarapan Spageti, aku bersarapan nasi lemak..
Walaupun kau tua 14 tahun dariku..
Namun.....
I always loving you..and now it's been 8 years.....
Kerana kau, aku tahu Ukraine dan Romania tu negara Eropah...
Kerana kau, aku beli buku 'Mari belajar bahasa Itali'...
dan sekarang kau sudah menjaringkan 70 Gol...
Adakah kaki kau akan berhenti menyumbatkan gol begitu sahaja?..
Okey, penat pulak aku nak pikir ayat jiwang2..
haha...lalalallalaaaa....
My babyPippo Inzaghi mengalami kecederaan yang teruk pada kakinya..
Menyebabkan dia terpaksa berehat selama 6 Bulan..
Dalam bahasa Kasarnya 'Season ni hanya boleh tengok bola je lah'...
Sama ada dia akan bermain semula atau pun tak.....tak tahulah..
Doktor menyatakan dia boleh bermain semula selepas 6 bulan tu..
Tapi umur dia kan dah nak masuk 38...
Pippo, no matter what your decision is... i accept it... but it will be more exhilarating if u just marry me... i'm finished my school already... lalallalalalaaaaa....
kat laman web Ac Milan ada suruh tulis kata2 semangat apa2 je lah untuk Inzaghi..
Aku nak suruh dia masuk meminang lah, boleh?...
Dorang ni tengah buat Trend #typicalmalaymovies...
Gila best...memang lawak...
Aku gelak guling2 pukul2 adik aku, dengan batuk-batuknya ditambah dengan hidung tersumbat...
adeii,tak pasal2 mata aku jadi segar bugar tengah2 malam ni..
Perkara2 atau babak2 yang sentiasa ada dalam Filem Melayu. ataupun drama lah..
Antara ayat2 mereka yang menyatakan #typicalmalaymovies nih...
Pinggan jatuh pecah. "Mak tak sedap hati la" Pinggan jatuh je kot. Pinggan!
Bila gado, selalu nak cakap "kau bukan anak aku lagi"
ayat "YOU jangan kurang ajau dengan I"
makcik2 kampung suka mengumpat
semua mangsa rogol WAJIB mengandung coz baka subur katanyaaa!
Aku pelik lah...
Kenapa laptop sakit, Tuannya pun sakit?
hhahahah...hari tu aku baca kat blog Anna Boleyn ni ha...
Laptop dia kena virus dia pun kena sekali..
Yang paling best lepas tu laptop aku pun 'sakit',
dengan aku2 sekali join the club .... (ingat kembar apa... manusia+laptop mwahaha)
Ok lah, berbalik pada tajuk BESAR tuh.. Jay Park atau Park Jaebeom akan buat fanmeeting kat Malaysia pada 4hb Dec 2010 ini..
Di Putrajaya (picc)....
(pelik okey buat kat PICC,selalunya kat sekitar2 KL je)
Yang paling best video yang dibuat oleh Jaebeom ni berkenaan fanmeeting ini lah..
Paling comel bila dia cuba nak sebut 'Kuala lumpur' dengan 'Putrajaya'...
Haih,memang nampak benor dia sememangnya tak familiar langsung dengan Malaysia..
Tak apolah, lepas ni belajar2 lah....
sesiapa yang nak beli tiket tuh,
bolehlah pergi ke Absolutely Pop Resources (click)...
Harap2 tak adalah terjadi macam JYJ datang tu yee...
Tulah jangan asyik cakap 'dia dah tua, pergi bersara lah'...
Ha, sekali dia turun padang, amek sekali dua bijik GOL okeyyy..
Ala, ini mesti cerita Bola lagi...
hahahahah maaflah, aku betul2 tak ada mood ni sebab laptop aku kat 'kedai' lagi..
Jadi, tengah ada semangat bola nih, cepat2 aku taip...
Malam Tadi perlawananReal Madrid vs Ac Milan
(tengok tak?aku TERtidur lagi hahah)
Keputusannya ialah seri 2-2..
nasib baik aku tak tengok sebab gerenti mulut aku akan mencarut2 pasal si Mourinho itu..
aku baca review perlawanan ni pun dah sakit hati..huhuhu..
Tak apalah, Yang penting aku suka sebab SUPERPIPPO masuk masa kedua je (tukar dengan ronaldinho),
terus dia berjaya jaringkan DUA gol!!!!thats why i love u pippo mwahahahah
oklah, Ac Milan masih lagi tempat kedua bawah Real Madrid bagi kumpulan G
memang aku tak ada mood nak menaip ni sebenarnya..
my baby lappy tak ley bukak..
huhuhhuhu...
apa2 je lah..
penat nak marah,penat nak bengang...
ini aku guna abang aku punya laptop..
Apa2 pun Happy Anniversary buat kawanku yang sengal yang suka marah2 yang suka gaduh tuh...
Sudah 7 tahun pun hubungan kawanku ni bersama tunangnya..
Lama kan?..
Nak tahu apa rahsia hubungan mereka yang lama ni?
Rahsianya ialah....
hmmmmmmm...apa tadi?..
oh rahsia hubungan yang lama tu eh..
rahsianya ialah bergaduh hari2 agar dapat mengeratkan lagi hubungan...
kan kan kan....hahaha kalau dia baca ni gerenti aku kena belasah...
tak lama lagi mereka hendak disatukan... ohh so sweet...
aku pulak yang terlebih teruja bila aku pikirkan dorang bakal disatukan tuh ..
Terutama sekali bila aku pulak yang kena jadi pengapitnya...
(Bakal pengantin ni ha dah bising, suruh aku tempah baju cepat. alaaa aku beli baju siap je terus hahaha)..
Dah lah tuh, pengapit lelakinya adalah kawan aku yang Tarzan, sengal tahap cipan,
dan kalau korang tak pernah tengok pengapit perempuan bergaduh dengan pengapit lelaki,
mungkin bakal terjadi..
Aku tak tahulah kenapa nasib aku ni asyik malang.. im bring luck to others, but not myself.lalalala haha