Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan

Khamis, 23 November 2017

Apam Pisang



Assalamualaikum

Hai hai teman2 setia Damai Qalbu..kak doakan semuanya dalam kesihatan yang baik dan mood yang ceria selalu..Kala moody, makan makan dan terus makan.Dhumokss la kalau cenggitu..
Haipp..hehee

Kali ni kak nak bg korang terliur dengan apam pisang ni...terliurr kee? haahaa..apapun terima kasih kepada sudi yang singgah sini.Terliur ke tidak, terserah yang sudi tatap pic2 apam ni ye.

Tapi nak kabo terus terang, tak nak simpan dalam hati.Nanti BERNANAH bahaya😝.kikii.
Apam yang kak buat ni memang lembut sesangat extra gebus.Kena cuba kalau nak tahu juga..Kalau tak, manakan dapat buat laporan lembut ke idak, gebus ke idak.

So cepat2 beli pisang ye.Resepi leh roger kat bawah tu.Kak guna blender je.Lajuss je  dan terus leh kukus dan boleh terus makan.Panas2 memang sedap tak ingat..
Apam Pisang

Bahan:
10 sisir pisang (saya guna pisang abu saiz kecil)
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1/2 sk garam
2 cawan tepung gandum*
1 sk baking powder double action*
1 sk soda bikarbonat* (*ayak bersama)

Cara:
Panas dan didihkan air dalam kukusan.

Pisang, telur, gula, minyak dan garam dikisar menggunakan blender.

Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder ayak bersama.

Satukan bahan kisar dan bahan kering yang telah di ayak.Gaul sebati.

Panaskan acuan sebentar.Sapu dengan minyak masak.

Masukkan 1/2 adunan ke dalam acuan.Kukus selama 15 minit.Angkat.
Ulang sehingga habis.




Rabu, 15 November 2017

APAM PISANG TANPA TELUR




Assalamualaikum semua..

Chakkk cilubb bhaa..kak R menjelma lagi kat sini..heheee.Pic apam pisang ni dah lama kak update dalam ni sebenarnya.Tapi aisshhh, berat betul jari jemari nak menaip barisan perkataan.ni la kisahnya bila tangguh-tangguh, lama2 kuar M nya.

Apam pisang ni selamat ku try dan ku jamah.Suka cuba mana2 resepi yang belum pernah di cuba.Kali ni try resepi apam pisang tak guna telur dari Kak Amie, cikgu yang rajin masak2 kat dapur..kan kan Kak Amie.Terima kasih untuk resepi yang telah disumbangkan.Moga jadi amal jariyah mu.


APAM PISANG TANPA TELUR

Bahan:
1 cawan pisang lemak manis, lecek halus
(saya guna pisang tanduk)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
2 biji pisang lemak manis, potong nipis utk hiasan



Cara:
Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat 
.
Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastordan secubit garam.

Masukkan minyak jagung dan gaul rata.

Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan.Bubuh setengan acuan.

Jika suka bubuh hirisan pisang sebagai hiasan.

Kukus selama 15 minit.Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sikit iaitu lebih kurang 1/2 jam.








Selasa, 31 Mac 2015

APAM PISANG KUKUS


Assalamualaikum..
Tayang apam pisang ....tapi gambo 2 minggu lalu..apam dah habis pun..hihiiii.Suka makan kuih apam macam ni..sebelum2 ni pun pernah buat, resepi mana pun lupa...Kali ni guna pisang tanduk yang masak..sayang kalau tak dibuat apa2..
Mekaseh kepada penyumbang resepi, ada pisang masak lagi, boleh cobe laagi...
Jumpa laagi...

APAM PISANG KUKUS
Resepi;Resipidiyana
Sumber;Suzana

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas sederhana besar [saya guna pisang tanduk, agak2 je]
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan/ minyak masak/minyak jagung
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
Secubit garam

Cara membuatnya
1.Tepung gandum diayak dengan baking powder.Ketepikan.
2.Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3.Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4.Kemudian masukkan tepung, gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega.Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.



Rabu, 4 Mac 2015

APAM SNOW WHITE



Assalamualaikum..
Dah banyak kali buat apam ni sebenarnya.Rasanya masa mula2 berblog dulu saya dah buat N3 pasal apam ni, tp check2 balik dah tak ada, kemungkinan besar terdelete.Hurmmm.. tgk gambar2 kat Damai Qalbu yang lepas2 pun dah banyak yang hilang..Banyaknya keroje kalau nak tepek balik..

Semudah ABC kan buat apam ni....mentelahan ada nasi lebih je, idea mesti ke resepi apam ni..hasilnya pun berbaloi2, dapatlah kunyah banyak ketul.Kalau buat sebelah petang, boleh terus buat juadah sarapan esok paginya...Terlangsung jimat dari segi kos masa..heheee.

Apapun bagi saya apam ni memang the best..kenyal2 lembut, lagi lemak berbanding yang tak bubuh nasi...Resepi saya rujuk dari Kak Badaria..Tapi yang mula2 kenalkan apam ni pada saya ialah Kak Ayu Jalinan Rasa..Mekasih banyak2 eeiiii..Jumpa laagi.

APAM SNOW WHITE
Sumber; Badaria

Bahan-bahan
cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir [saya kurangkan]
1 paket mauripan/ ibu roti [11 gm]
2 cawan nasi
3 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih tambah sedikit garam

Cara [olahan dari kak Badaria]
1.Masukkan semua bahan di atas kecuali nasi dan air ke dalam bekas.Gaul rata dan ketepikan sebentar.
2.Kisar nasi dengan air sehingga ia betul2 hancur.
3.Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi ke dalam bekas tepung dan sebatikan.
4.Perapkan adunan selama sejam.Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/ tuala bersih.
5.Panaskan periuk kukus.Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus.Kukus dalam 3-5 minit.
6.Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan.Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda.
7.Kukus selama 10 hingga 15 minit dengan api yang sederhana kuat





Rabu, 12 Jun 2013

AMBON MELAYU

Assalamualaikum...
Nak share resepi ambon a.k.a apam yang sedap hari ni, tapi kena buat tapainya dulu.Kalau ada nasi lebih, cubalah buat tapainya dulu dan simpan 2 hari pada suhu biasa.Kalau terlebih hari peram nasi tu pun tak apa, tak busuk pun..

Apam yang dibuat menggunakan tapai lagi sedap berbanding apam yang tak menggunakan tapai..kenyal dan lemak saya rasa.Time nak  mengukus saya buat 2 versi, sebahagian saya sapukan minyak pada acuan terlebih dahulu, sebahagian lagi saya tak sapukan minyak pada acuan.Result yang saya dapat, apam yang merekah terhasil dari acuan yang saya tidak sapukan dengan minyak..tapi sebenarnya saya tak pasti adakah itu semua mitosnya..



Jika dilihat pada pic resepi di buku asal, ambon tersebut sememangnya merekah riang dan tidak perlu sapukan minyak pada acuan ketika mahu mengukus.Tapi bagi saya semua tu adalah menjadi cerita yang kedua, cerita yang pertama, ambon ni tetap SEDAP sekalipun tak merekah..itu yang penting..he heee..

AMBON MELAYU
Sumber:Buku KUIH -Local Pastry

Bahan A (tapai)
400 gm nasi
4 1/2 sudu kecil yis- saya guna mauripan
2 sudu besar gula

Bahan B
250 gm tepung beras
75 gm tepung gandum
200 gm tapai
1 sudu kecil serbuk penaik berganda  (Baking Powder double action)

Bahan C (sirap)
210 gm gula 
210 gm air

Bahan D
250 gm air suam
1 1/2 sudu kecil eno
1 sudu kecil serbuk penaik berganda- (Baking Powder double action)
Pewarna merah secukupnya

Cara:
1.Satukan bahan A, biarkan selama 2 hari.
2.Masakkan bahan C sehingga gula larut.
3.Ayak tepung dan baking powder di bahagian B, satukan kesemua bahan di bahagian B tersebut dan ulikan menjadi doh.
4.Tuangkan sirap ke dalamnya.Terus menguli untuk seketika.Ketepikan selama 20 minit.
5.Tuangkan air suam dan sedikit pewarna merah dari bahan D.Satukan.Masukkan ENO dan serbuk penaik berganda.Satukan.Masukkan bahan A.Satukan.
6.Tuangkan adunan ke dalam acuan cawan.Kukus di dalam pengukus selama 25 minit.

Selasa, 5 Mac 2013

APAM BERAS


Assalamualaikum..
Selamat malam dan beristirehat.
Lama sudah saya tidak mengapam..Tapi bila tengah gian nak mengapam je, boleh katakan hampir setiap bulan mesti  buat apam, lagipun hubby memang suka kuih muih macam ni.

Bercerita tentang apam beras ni, memang dan berulang2 kali membuatnya, tapi versi yang tak ada serbuk ENO.Hari tu nampak kak Hazila buat apam ni, terbaca diapunya resepi yang menggunakan ENO, teringin pulaklah nak buat juga, sebab nampak apamnya mekar2 tersenyum riang..kata kak Hazila, bikin stress je kalau apam yang dibuat tak senyum/merekah..Ingatkan saya sorang je yang rasa macam tu kak..heheeee..


Sebelum2 ni biasanya ikut resepi ni je.Asal ada nasi yang lebih2 je akan diolah buat apam beras ni.Cuma yang tak ada ENO ni sedia maklum tak tersenyum girang...tapi still sedap, rasa tetap sama dan tak ada beza.Jadinya TQ kepada kak Hazila, sebab menemukan saya kepada resepi apam beras yang merekah..

APAM BERAS
Sumber:Hazila

Bahan-bahan:
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (saya kurangkan)
1 3/4 cawan air
1 sudu kecil yis segera
1 paket kecil ENO
Acuan 
Sedikit minyak masak (untuk sapu di acuan)

Cara:
1.Kisar nasi dengan air hingga halus.Kemudian masukkan tepung beras, yis dan gula.Kisar hingga sebati.
2.Perap adunan lebih kurang 3-4 jam.Kemudian masukkan serbuk ENO dan kacau perlahan-lahan hingga sebati dan biarkan seketika.
3.Panaskan kukusan dengan api besar.Tutup tudung periuk dengan tuala dapur.
4.Sapukan sedikit minyak masak dalam acuan apam supaya senang untuk keluarkan apam nanti.
5.Tuang adunan apam ke dalam acuan 3/4 penuh.Letakkan di dalam periuk pengukus.
6.Setkan masa selama 15 minit, jangan buka penutup periuk sebelum 15 minit habis.
7.Selepas 15 minit, buka penutup pengukus, keluarkan apam dan biarkan ia sejuk sebentar sebelum keluarkan dari acuan.
8.Apam beras sedap dimakan bersama kelapa parut yang dikukus sebentar dan perasakan dengan garam halus.

Isnin, 26 November 2012

APAM PISANG KUKUS



Assalamualaikum...
Selamat bersiaran dan ketemu lagi di sini alhamdulillah...Selamat beristirehat dan menyambung tugasan di pagi isnin keesokan hari insyaAllah...Mudah-mudahan hari esok dan seterusnya membawa keberkatan buat kita semua.Amin.


Hari ni berkesempatan mengN3kan menu Apam Pisang Kukus..Tertarik dengan apam pisang kukus yang telah Naz buat hari tu, gebu dan montok jew.Kebetulannya ada beberapa ulas pisang yang sudah mula terbiar tak dijamah.Tanpa berlengah terus saya adunkan apam pisang ni..Enak sangat, lembut saje dikunyah.Alhamdulillah, tertarik sudah dengan resepi ni, insyaAllah boleh dibuat resepi ulangan.Respinya di bawah ye.

APAM PISANG KUKUS
Source:Resipi Pilihan Diana

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) -sy guna 6 biji  pisang berangan 
3/4 cawan mentega | dicairkan dan disejukkan (saya guna minyak masak)
4 biji telur (saya guna 3 biji telur gred A)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (saya guna 3/4 cawan gula perang)
Secubit garam

Cara-cara:
1.Tepung gandum diayak dengan baking powder.Ketepikan.
2.Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3.Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4.Kemudian masukkan tepung.Gaul rata dan kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega atau minyak.Kukus selam 45 minit menggunakan api yang sederhana. (saya guna acuan kecil dan kukus selam 15-20 minit).

Nota:Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke atas permukaan kuih.




Rabu, 14 November 2012

APAM POLKADOT inti coklat, enak sangat...


Assalamualaikum..
Alhamdulillah..kita sudah berada di dalam tahun baru 1434 Hijrah.Bermulalah kita hari ini dengan diary/catatan baru, insyaAllah amalan baik kita diiringi dengan semangat dan tekad yang serba baru...Mudah-mudahan azam yang diimpikan untuk permulaan tahun baru dan seterusnya menjanjikan kebahagian dan kerahmatan buat kita, Amiiin...

Entry kali ini tentang apam polkadot yang sememangnya top sebagai juadah kudapan di majlis2 tertentu mahupun di mana-mana sahaja.Pernah buat dahulu buat versi Lady Bird tetapi menggunakan resepi Shelly Myr.Kali ni berminat dengan koleksi apam polkadot  kak mamasya.Nampak gebu & comel...Resepinya diambil dari kak Masriyah yang merupakan rakan Fp mamasya.Tq buat kakak berdua kerana sudi share resepinya untuk dicuba.

Untuk intinya saya gunakan chocholate filling.Memang sedap apam ni, tak cukup nganga sekali saya makan errrr..nak nganga banyak kali je..aduhai, hancusss diet yang tak berapa nak diet ni..hihi.Layan ajelah apam yang sedap ni..

APAM POLKADOT
Resepi:Fp Masriyah
Sumber:Mamasya

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallet
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour | ayak  terlebih dahulu
Jem strawberry (untuk mudah masukkan inti jem ke dalam plastik, sedikit hujung/ muncung)-saya guna chocholate filling
Pewarna yang disukai

Cara:
1.Panaskan pengukus.
2.Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallet hingga kembang dan berwarna putih dalam 8-10 minit sahaja.
3.Masukkan susu segar, gaul sebati.
4.Masukkan tepung, sebatikan.
5.Bahagikan adunan kepada  3 bahagian mengikut warna yang disukai.Isikan adunan ke dalam beg plastik untuk memudahkan mengisi dalam acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dalam acuan.(Boleh guna acuan lompang atau tart).
6.Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukkan sedikit jem strawberry (sy guna filling coklat), dan masukkan lagi adunan ke atas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot dot ke atas adunan yang penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.(Balut tutup kukusan)