Showing posts with label running. Show all posts
Showing posts with label running. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

masih gear satu utk E-day preps.


Akhirnya, aku berjaya menghabiskan dara half marathon, 21km @ SCKLM 2011 with a sub-3 timing! yippeedoo~
kalau nak compare dengan timing orang2 yg dah biasa lari dan tidak mempunyai berat badan berlebihan, aku memang agak ke belakang. Tapi, for a first timer, that is my PB (Personal Best)! weehoo.

Gun time: 2:52:58
Net time: 2:51:49
Split 1:    1:15:33
Rank: 366 out of 955 21K Women Open category.

Im no longer half marathon virgin! woohoo~

Next half marathon will be... I hope Penang bridge International marathon. Sudah daftar..tinggal nak angkat bontot and pergi jer. hehehe~ :D

Im so glad of my performance walaupun masa tu kaki sangat2 buat hal. Terpaksa pujuk kaki jgn jalan, larilah sayang, lari...jgn berhenti.. huhu~

I would like to thank Mr Other Half, my running family: Adination of Runners, Shah Alam and everyone that has been supporting me in this. I cant thank u enuff :D

Ok...........
next is E-day preps update.
(masih di gear satu..harap2 tak jadi fiance-zilla, aku nih)

Makanan/Minuman: Abah kata nak buat nasi Arab + kambing. Tau tau, bapak aku memang bercita-cita tinggi sikit. Anak sulung katakan. Siap kata nak buat rewang tu, sebab katanya, tak buat rewang kat blok utk kahwin, kita buat time tunang. Aku? ok aje, asal abah belanja. (Tapi belanja2 pun kene hulur gak beb kan? )

Jemput-jemput-an: Jemputan, hanyalah family-family terdekat sahaja. Maaflah.. korang datang aku nye kenduri aje nanti ek. soweee..tak buat besar2.. segan lah. takot pon ye gak..

Doorgift: Memula aku nak kasi muffin aje. Sekali abah cakap, nak bagi surah Yassin. OK. Dua benda berbeza tu dan agak-agak macam mana lah nak campurkan... Abah kata tambah lagi satu barang. OK. Apa tah barang nak tambah? Tasbih lah kut? Apa lagi yg sekufu dengan surah yassin tapi tak memerlukan bajet da bomb? hm...
Surah Yassin nih of cos laa takleh letak dlm paperbag. takot orang tak nampak dan tersepah-sepahkan. So, i decided to put it in a clear plastic bag, so that people know it is surah Yassin..

Attire: Planning gwa nak pakai kebaya kaler plum and gold. Al-kisahnya kebaya nih aku beli utk pakai sesaje waktu badan dah start slim down dulu sebagai motivasi. simpan punya simpan tak pakai2 gak. yelah, kebaya nih bukan jiwa gwa. gwa jiwa mau rock. kalau kenduri kahwin tu klau bole gwa nak blasah pakai jeans and tshirt je kalau bole. tapi, nanti konfem kene sepuk ngan abah gwa. jadi gwa kensel. mesti pakai baju kurung lah. hehe~

Kasut tunang: Ada, ada.. (gedik kan!) dah beli kat Agape Boutique. :) kaler camel brown, gittew... rupa? nanti tengok. hiks.

Photog: InsyaAllah menggunakan khidmat kawan baik. :) Maceh Abang Umph. I lebbiu ketat-ketat.

Venue: Rumah gwa.. :D

Barang hantaran & such: Barang hantaran gwa dah beli dah. Tinggal nak belikan mamat tu kasut, seluar dan shirt satu. Macam cantik pakai baju melayu pada hari pertunangan, tapi..hmmm.. tah lah. aku rasa aku suka simple tapi indah je kut - pakai seluar cotton pants ngan shirt lengan panjang berlipat. KELAS, details mak~ :P
Rasanya gubahan hantaran, DIY bersama rakan dan adik beradik lah kut?
konsep dan tema: mungkin fresh flower moden minimalis, ruby+grey (kelas! hamek kauuuu~ :P ) InsyaAllah hujung minggu nih aku nak try testing DIY satu. :)

macam biasa, planning memang berdegau-degau. buatnya lom lagi..hohohoho.. harap2 jadi arh..

Utk dia:-
-Sampin [settle]
-Baju & Seluar [baju dah, seluar pending]
-Kasut kelije [pending]
-Sirih junjung [pending]
-Makanan (cheese tart kot? :P ) [pending]
-Phiten Rakuwa Necklace & Cincin [setel dedua]
-Solid State Drive(SSD) hard disk [setel]
(nih yg dia paling tunggu2. Siap dah pakai dah letak dlm pc. maklumlah, nak kahwin dengan gamer kene laa kasi barang2 utk gamer. Nyiaaampahhh~ :P )

Utk makcik nih:-
-Cincin & such [setel]
-Sirih junjung [pending]
-Altec Lansing Ipod dock/boombox (dah pakai dan suka sangatttt!) [setel]
-Adidas Sequence 4, customized running shoes (nih yg paling aku tunggu2...homaigod..bila nak siap nih weiii...hope dapat siap laa tepat pada masanya..) [pending]
-Makanan (maybe cupcake or nak stick-candy-apekenama-tatau-kat Pavilion-ada jual) [pending]

ok. i think that's all for now. :D huuuu~

Thursday, June 23, 2011

HM in my mind~

tahu lagi sebulan tepat lg nak E-day...

tapi, memang takleh fikir lg sekarang.

yg aku fikir hanyalah, SCKLM.

Ahad nih banyak jalan KL tutup tau pagi2 sbb SCKLM, so sila awal2 rancang perjalanan anda ok.  :)

tak sabar.  :)

(lagi eksaited SCKLM dari E-day preps, camno? ooopsss :P  )

Thursday, June 16, 2011

lagi 10 hari.

HMV @ Standard Chartered KL Marathon.

i'm all excited. heeee. :P

selepas tu tinggal kurang sebulan utk prepare E-day. ihiks.

watch this space for the fast and furious E-day preps. OMG! apa satu pun tak siap lagi nih ha~

fiancee-zilla. ado ke? :P

Friday, May 20, 2011

bukan entry pasal kawen. tapi emosi x berapa setabil.

Dah dekat sebulan rasanya aku off-training. Nih semua gara-gara aku injured. Mengikut dokter, dia kata ligamen problem.
Dan dah dekat sebulan aku x lari, or gym or buat apa2 aktiviti yg bole mengeluarkan peluh yg agak banyak.

Selama off training ni, eksesais hanya naik tangga 8 tingkat. Tu pun dalam 3 ke 4 kali out of 5 hari. Tu je lah aktiviti yg pump heart rate aku smpi 80% at most. Tu pon, setakat 3 minit je.

Sedeh sangat rasa. Tatau mcm mana nak cakap. Setiap kali rasa kesakitan tu, setiap kali tu rasa nak menitik air mata sebab terlalu rindukan running. Setiap kali rasa sakit tu, setiap kali tu aku rasa aku dah x bnyk masa utk training for my first half marathon.

Mungkin Allah nak duga aku.

Bawah meja aku ada satu bagpack penuh peralatan sukan. Baju, tights, kasut new balance 870 yg aku baru beli haritu. Warna oren lagi, cantik. Ada ipod, arm band, water bottle, sport socks, waist pouch utk letak benda2..lagi, ada heart rate monitor chest strap, brand Polar. Bila aku tersepak beg tu, aku rasa seperti diingatkan kepada kegagalan.

Rasa sedeh sgt tak bole join rakan2 training. Sedeh sgt sgt.

Geng training pon best2. Ada kak Zyra yg sgt baik slalu tumpangkan aku gi training, Aunty Justiffa, umur 50 selambe layan running lg dan suka bawa makanan utk kitorg bagi post run fuel, ada Edan yg pernah tegur postur aku time running, ada Faizal yg time training main senyum je kat aku, tp time dlm fb, kemain lg borak mesra mcm kwn dah lama. Ada gak Amin Kecik yg jadi marshal dan bagi air masa first time aku layan 14k dulu. Fira n Rinaz yg same saiz lebih kurang aku kot, tp layan running gak dan sentiasa motivate aku. oh ada Topek yg cakap "so sweet" bila aku tunjuk hand grip water bottle aku. Aku reply: "so sweet?! So gay man...!" Haha... sorry topek, lawak kasar...

Banyak lah sgt orang dlm tu yg best2.

Yeah. I miss running.

I promise myself to have a second check up next week eventho it does not being adviced by the doctor. Well, juz wanna see how long i have to rest and what can i consume to speed up my recovery.

Hujung bulan ni aku akan ke Hatyai. Mula-mula utk running event. Sebab injured ni, jgn kan kata 13k, 4k pon belum tentu. So i will go as supporters to all my frens. Kak zyra suh tunggu. I will, i will. Insyaallah. Hope aku tak tertido kak tunggu akak habis 6 jam full marathon. Huhu..

K la. Stress. Esok FFIL ajak breakfast. There will be me, bf, ffil and bf's lil sis. Aku cuak der....... first time nih dow.. arghhh..apa nk borak haa?

Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, April 21, 2011

berat makcik turun 2 kilo lagi.

HOORAY!!!  ;D

berkat lari 30K seminggu nih. yes yes.. up lagi dan lagi. minggu nih susah skit nak capai.
isnin demam, selasa, rest, rabu ujan.
tinggal khamis, jumaat, sabtu, ahad.
sabtu nak berjalan-jalan pula, nak cari cincin risik. hiks. ofismet ajak datang majlis tunang dia. member poen ajak gi kahwin adik dia. susah skit nak slot in long run sebab takot penat sgt nanti, kesian buayafren aku.

ahad pulak, nak pergi pesta buku ngan adik aku.  ;D

so yeah. pack weekend again.  ;D
hope aku dapat log at least 20km this week.

Friday, April 15, 2011

sesalan aku hanya, untukmu sayang~

menyesal aku tak start running pada usia lebih awal.
menyesal aku tak jaga makan, amalkan hidup sihat, lebih awal.
menyesal aku selalu nak turn to comfort foods apabila aku ada problem atau lonely.
menyesal, kali seribu.

bila aku dah start lari, baru aku tahu, seronok rupanya berlari nih.
tak susah sebenarnya nk jaga kesihatan.
dan utk kaum perempuan, tak susah sebenarnya utk kurus.

kalau aku start dari awal, tentu aku tak obes macam dulu.
kalau aku start dari awal, sure aku dah berdesup aje lari, tak tertinggal di belakang.
kalau aku start dari awal, sure aku enjoy life dengan lebih bermakna.

there is only one to thank.
thank you Allah, for giving this opportunity.

Thursday, April 14, 2011

makan mileage, jom...! ;D

bukan entri kahwin mawin..

malam tadi lari 14km beb around Shah Alam. hoho..walaupun aku selow mcm siput, tapi takpe aku puas ati dan rasa nak wat lagi dan lagi. grup ANR Shah alam pon sempoi dan supportive. walaupun siputs dan habiskan run dlm masa 2 jam, dorang sanggup tunggu sampai sudah. thanks lah! i love u ols..!

so far aku rasa aku bole improve timing lagi. semalam tu sbb dengan tatau jalannya, dan takde langsung org yg pace ngan aku. kereta pon banyak, kene sgt berhati2. lalu plak tengah bandar ngan traffic light nya, kene gak tggu kereta clear baru lintas. aku pon first time baru nk coba-coba lebih dari mileage yg aku biasa. tapi habis lah jugak kan? hokei sgt laa tu..  ;D

takpe, next time aku dah tahu route. aku akan teruskan sampai berjaya. skang pace 8, aku target pace 6 by end of year. kene buat some speedword / speedplay lagi so that bole bukak jantung aku bagi besar. (literally)

sebab habis pon lambat, lantas aku pon minta encik teman tapi mesra a.k.a. Mr. T.o.H utk amik dan anto balik rumah. terima kasih atas pengorbananmu. aku hargai sgt sgt sgt kali sejuta, ok!  ;D love u lah~ ;)

Tuesday, March 15, 2011

taking a break.

bukan taking a break between us yeah. tulung..minta simpang.

tetiba bapak dia minta ubah tarikh. nak buat cuti sekolah bulan 12. ahmat dahsyat sekali emo ku karena aku dah book dewan haritu kan. jadinya, aku cakap aku OK, tapi, ada syaratnya.

syaratnya: aku minta ayah dia cari dewan yg abah juga setuju. yg lain, bole susun nanti.

abah aku agak kurang setuju dewan jauh dari rumah aku. haritu aje aku dah kene marah sebab dia tak setuju aku nak book dewan TTDI.

ayah dia plak nak buat time cuti sekolah. semua sedara dia kat penang boleh turun, senang.

habis tu cane ni?

tah lah.
aku berserah.
kalau dapat dewan, aku setuju. tak dapat dewan, aku membantah lah usul tersebut.

still, dewan taman tasik ampang hilir tu aku book dulu.
yg lain, ada duit bole jalan, takde hal kut.
lagipon bukan banyak beza pon. bulan 12 dan bulan 1. hmm...

dan yg buat aku agak sedih adalah, aku memang takde sen gila babas tahap cipan.
duit simpan dah guna duit tu ini dah guna. semuanya utk wedding.
tak ke nangis?
bulan nih, aku mkn roti, oat dan lauk yg agak sedikit. limit perbelanjaan aku sehari adalah RM7.
tu pon tak campur transport tu.
ada lah seminggu kot terpaksa naik bas, dah takleh naik teksi.

kalau aku tahu nak ubah tarikh, takde lah aku haritu book dewannnn.

(geram sikit)

haih...kerja agak challenging dengan developments after developments. omg.
tah lah. pening.
period plak tu.

so, aku pon take a break sekejap minggu nih dari tanya2 emel wedding vendors.

skang, aku malas nak bukak b2b blog, aku bukak runners blog plak. since, i will be doin my first half marathon this june, jadi, aku nak bersedia tu dulu. lain2, tengok kendian.

penat ya rabbi. quarter marathon last weekend. half marathon, tatau laa camne gaya.

oh btw, update terbaru adalah.
1) beg kertas utk VIP gift time sanding dah dibel. bole? awal maut. cuma tinggal riben dan wrapping paper cantik utk melengkapkannya.

2) dewan sudah book. dah bayar deposit dan sebulan sebelum kahwin kene bayar balance, utk melengkapkannya. cewah gitew..!