Showing posts with label Melon. Show all posts
Showing posts with label Melon. Show all posts

January 21, 2011

YUBARI MELON

Mungkin ramai sudah mengenali buah rockmelon yang kulitnya berjaring atau 'net'.Ianya salah satu variety keluarga melon atau Cantaloupe.Rasanya yang manis dan isi yang padat menjadi pilihan kepada para penggemarnya.Harga bagi sebiji rockmelon selalunya bergantung kepada kualiti buah tersebut di pasaran.Ianya mungkin mencecah RM 10 per kg hingga RM 2 per kg.

Tahukah anda di Japan, Yubari Melon atau nama rasminya Yubari King Melon adalah buah melon yang termahal di pasaran.Malah mungkin tersenarai sebagai sepuluh makanan termahal di dunia.
Kadar harga biasanya antara 6000 yen 15 000 yen sebiji (atau dalam RM 180 hingga RM 450 ,jika kadar 100 yen = RM 3.00).


Harganya boleh mencecah lebih tinggi jika Yubari melon di'packing' dan dijual dalam bentuk hadiah.Mengikut sumber, harga tertinggi yang pernah terjual untuk Yubari Melon ini adalah semahal
2 000 000 yen (atau RM 60 000....tak terlebih 'zero' ke ni....dah boleh dapat sebiji kereta) untuk sepasang Yubari melon.


Bayangkan jika dijual di negara kita,ada ke orang nak beli.
Segalanya mungkin....

Read more...

November 6, 2010

MELON MyHaLAMAN

Dah lama tak update blog ni rasanya. Agak busy ditambah masalah 'broadband' internet yang sangat sangat slow,bukan main susah nak buat entry baru untuk blog.

Melon di MyHaLAMAN dah masuk minggu ke 4 dari pindah tempoh hari.Pokok dah sampai ke palang rumah hujan.Dah berbunga jantan dari minggu lepas.Sekarang menunggu bunga betina berkembang.Bila dah kembang bunga betina nanti, pendebungaan 'bantu' diperlukan memandangkan serangga debunga agak kurang datang ke MyHaLAMAN kali ini.

Gambar gambar 3 minggu seperti di bawah :

Melon dalam polibeg
Seminggu selepas pindah.
Tiga minggu lepas pindah.


Bunga jantan (kiri) dan bunga betina yang belum keluar





Selepas 4 minggu seperti di bawah

Read more...

September 19, 2010

BUMBUNG PLASTIK UV RPH.

    Sudah lama MyHalaman tidak di 'update' dengan tanaman laman fertigasi.Tiada apa di MyHalaman sepanjang 'Cuti Panjang Menanam' berkenaan.Ditambah pula kerja outstation yang menyebabkan RiverOrchAgro terpaksa menangguhkan aktiviti di MyHalaman buat sementara waktu.
    Memandangkan puasa sudah masuk ke raya,MyHalaman akan mula diaktifkan kembali.Terbiar kosong tak sedap pulak mata.Lagipun seperti satu pembaziran kerana kemudahan sudah tersedia, baik digunakan sebaiknya.Boleh juga keluarkan peluh dengan aktiviti menanam ni.
    Bermula hujung minggu ini, RiverOrchAgro sudah set up balik MyHalaman untuk menanam beberapa polibeg menggunakan kaedah fertigasi.Tanaman pilihan kali ini adalah rockmelon.Untuk rockmelon adalah baik jika ditanam di bawah rumah lindungan hujan.Ini bagi mengelak pokok mudah diserang penyakit bawaan air hujan dan melindungi pancaran UV terus ke daun pokok.Walaubagaimanapun , pokok rockmelon amat memerlukan cahaya matahari dan kepanasannya untuk pertumbuhan yang cepat.Rumah lindungan hujan juga berfungsi bagi melindungi media semaian dibasahi air hujan yang menyebabkan kepekatan baja yang diberikan ke media tanaman menjadi cair. 
    Di MyHaLAMAN, rumah lindungan separa lengkap memang sudah ada selama ini cuma bumbung nya telah ditanggalkan.Oleh kerana nak tanam rockmelon , RiverOrchAgro telah memasang kembali bumbung dengan plastik uv.Cuma untuk kali ini bumbung plastik uv dipasang seringkas mungkin dan lebih mudah ditanggalkan jika tidak diperlukan untuk tanaman yang lain.Klip pemegang plastik uv tidak digunakan untuk kali ini.Cukup hanya menggunakan klip biasa atau pun klip kertas yang agak besar.Lagipun mudah untuk menarik dan menegangkan plastik UV jika menggunakan klip biasa.

    Rumah lindungan hujan separa RiverOrchAgro dengan bumbung plastik UV seperti di bawah.


Bumbung dipasang dengan plastik UV
Di'klip' dengan klip kertas supaya mudah adjust ketegangan plastik UV.

Read more...

November 24, 2009

BACK TO FUTURE : MELON

Percubaan pertama RiverOrchAgro ialah menanam rock melon jenis F1 Glamor.Untuk percubaan batch pertama,sebanyak 20 polibag telah ditanam dengan tanaman jenis ini.Manakala untuk batch kedua,sebanyak 20 polibag untuk setiap baris telah dicuba.Ini bermakna sejumlah 40 polibag untuk batch kedua.

Gambar seperti di bawah :



































20 polibag rockmelon glamor.

















Dua baris setiap satu20 polibag.














Bunga jantan rock melon.Serangga kelulut penting untuk pendebungaan.














Buah rockmelon menunggu matang dan masa sesuai untuk dipetik.

Buah rockmelon,isi kuning oren,padat dan manis.






InsyaAllah,Riverorch akan post kan panduan penanaman rockmelon menggunakan kaedah fertigasi di post post yang akan datang.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP