Kalamullah

Kalamullah
Showing posts with label Jahiliyyah. Show all posts
Showing posts with label Jahiliyyah. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

'Hikmatus Syuyukh' ataupun sebenarnya malas?



Ok.. post ni mgkin sedikit kontroversi. ia hanyalah satu pandangan penulis, dan tiada kena mengena dengan mana-mana individu lain ye.
Dan nota dahi: post ni mungkin sedikit berat. tp sikit je, hehe

Antara kata-kata yang terkenal dalam dakwah dan tarbiah adalah "Hamasatus Syabab, wa Hikmatus Syuyukh". Maksudnya, semangat pemuda, dan kebijaksanaan sheikh/orang yang 'lama'. Selalu dengar? mesti la kot, kata dah famous..

Tapi ada satu part yang rasanya kita kena faham pada kata-kata ni. kalau tak, boleh jadi kita sebenarnya tengah salah faham.

Pertamanya, para duat hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai semangat yang tinggi. SUPER TINGGI. bukan mereka yang cepat berserah, lembik, malas nak improve diri, akhirnya, menolak mas'uliyah dengan alasan, "Hikmatus Syuyukh...."

Anda rasa pelik? TIDAK. Ini fenomena yang sangat sering berlaku.

"Ana tak boleh akhi. Tak logik untuk ana buat benda tu. Jauh sangat tu. Ni kena suruh orang lain ni. "

"Anta ni semangat semangat je akhi... ana ni dah consider banyak benda, tak possible buat tu.. Hikmatus Syuyukh sikittt..."

Adakah alasan seperti ini wajar diterima...??

Cuba kita ingat kembali...

Sewaktu kita masih 'baru' dalam tarbiah, semangat kita meluap-luap. Kita rasa kita nak lakukan semua amal yang boleh. Nak sangat kerah seluruh kudrat untuk Islam.

Ada tawaran amal, sekelip mata kita jawab, "BOLEH!"
Kena menyampai, "BOLEH!"
Bawak usrah jauh, 4-5 jam travel, "BOLEH!"
Pergi program jauh super, mahal $250, "BOLEH!"

Semuanya boleh.. semuanya penuh dengan optimisma dan semangat yang membara... syurga terasa begitu hampir... sangat hampir..

umpama kisah anas bin an nahdar... yang dapat mencium bau syurga di medan Uhud... begitu 'real'..

Tapi, apa terjadi bila kita dah lama ikut tarbiah? Terasa semakin mulia dan semakin 'high-chance' masuk syurga kah, sampaikan kita semakin 'layak' menolak peluang2 amal?

Dewasa ini, semakin sering terdengar sayup-sayup alasan daripada para daie, bahawa kononnya mereka-lah orang paling busy di dunia. Mereka-lah orang paling x cukup duit. Mereka-lah orang paling pening, banyak masalah dan sebagainya.

Bila diseru untuk beramal, maka terhamburlah jutaan alasan men'justify'kan kenapa mereka tidak boleh....

Dakwah ni dah penat asyik dengar alasan para daie, tahu?

Apa jadi pada ayat Allah swt, "ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬"   ?
Firman Allah swt " وَجَـٰهِدُواْ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ" pula bagaimana?
Apakah kau dah lupa seruan "إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ "  ???

Wahai Ikhwah yang dikasihi....

Dakwah ini jalan perjuangan... Jalan Pengorbanan... Jalan Mujahadah.. Jalan Para Pencinta Syahid...

Kalau kita nak ikut dakwah... semata-mata sebab nak ikut.. supaya orang cakap kita bagus.. dan tak sanggup nak memberi, memberi dan memberi.... kita masih nak hidup seperti orang lain, ada masa banyak, hidup tak serabut, sentiasa cukup rehat dan sebagainya....

Maka barangkali kita tersilap. Kerana orang yang ikut dakwah, patutnya dalam pemikirannya, sudah bersedia untuk hidup susah. Sedia untuk tidak lagi hidup dalam kehidupan yang 'aman, tenteram, stabil'.... sebab matlamat kita akhirat, jadi apa-apa kesusahan di dunia ini terasa amat kecil dan sempit. Jiwa kita meronta-ronta untuk masuk ke syurga.. tak tahan dah duduk dunia ni.

Jiwa kita akan selalu menyanyi dengan ayat-ayat seperti " أَرَضِيتُم بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا مِنَ ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ" supaya kita tidak leka.

" نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬‌ۗ" bisik hati tiap kali berdepan dengan masalah dan kesempitan.

Semuanya kerana kita mendambakan syurga  yang abadi... janji Allah kita semat erat-erat...
 إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Semua ini hanya dapat dirasai oleh jiwa yang hidup!!!

Dialami oleh hati yang beramal. Roh yang dalam medan perang!



Terutama buat mereka yang baru pulang ke tanah air...
Antum akan merasai satu dilemma yang luar biasa... kata orang, 'adjustment period'... suasana terasa asing.. semua berbeza.. dulu seakan sangat senang beramal.. kini seolah penuh halangan.. belum diambil kira jadual pekerjaan.. tuntutan² peribadi yang lain dsb... Memang mencabar..

Pada masa itu, kita sekali lagi melihat, sama ada fikrah yang terbenam dalam diri al-akh tadi, dapat memandunya keluar daripada fitnah tersebut. Adakah kita akan terus mencabar potensi diri kita, atau kita akan redha dan mengalah... ikut sahaja lah flow yang ada... pasrah sahaja lah.

Memang......
Dakwah ni susah... kalau asyik fikir hamasatus Syabab... penat lah.. mana larat...
Impian kita memang besar, tp potensi kita sikit.. x mampu...


Inilah masanya untuk 'challenge' diri kita. Push diri kita untuk perform extra, better than expected.
Barulah ada hamasatus Syabab..

Akhir sekali.. Jangan lupa firman Allah swt...
مَآ أَنتَ بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ بِمَجۡنُونٍ۬

Jangan takut jadi gila. Jangan takut buat kerja banyak. Tak larat, penat, susah.

Jangan takut semua ni!!

Kata Allah, dengan nikmat tuhanMu, engkau ni bukan nya gila pun.


Mampukah kita memperoleh ucapan sebegitu dengan Allah swt?
Dan percayalah... Kita ni tak gila pun

Segila mana pun kerja yang kita tengah buat, super hectic, tak masuk akal etc... ianya tak gila


Dan hanya mereka yang betul-betul 'menjual' diri mereka kepada Allah swt... akan dapat merasai nikmatnya tawakkal.. nikmatnya pertolongan Allah...

Banyak kisah, sesuatu yang luar biasa, tak masuk akal dan sangat mustahil, berjaya dilakukan oleh seorang al-akh.... kerana luar biasanya pertolongan Allah swt pada mujahid² ini..

Akhir kata, Hamasatus Syabab, wa Hikmatus Syuyukh


Jangan lah kita yang baru 20-30 tahun ni, anggap diri kita dah syuyukh dan tak lagi berhamasah.. sedangkan para asatizah, walaupun menjangkau 60-70 tahun, masih lagi penuh dengan hamasah, masih lagi turun riadah bersama kita, masih lagi qiyam dan tahajjud jauh lebih lama dari kita...

Semoga Allah kurniakan kita kekuatan, agar dapat terus melangkah ke arah tujuan

Jzkk

Wallahua'lam
Doakan saya



Sunday, April 28, 2013

Pertolongan Allah



Alhamdulillah.. syukur sangat.
ternyata sekali, Dia berkuasa penuh untuk lakukan apa sahaja yang Dia inginkan
Dan pada masa ini, aku terduduk bersyukur, menghitung banyaknya nikmat dan kesenangan yang Dia berikan padaku.

Banyak kesukaran yang ALlah telah keluarkan aku daripadanya.
Masalah² yang ALlah ilhamkan penyelesaiannya.
Semoga semuanya adalah yg terbaik...

Percayakah kita, bahawa Allah sangat-sangat nakkan kebaikan pada diri kita?

Betul... seriyes nih.

Dia hanya meminta kita untuk melakukan sedikit kebaikan, dan selebihnya, dia akan bantu dan guide kita. Dia akan mudahkan, ringankan badan kita, support dan timbulkan keinginan kita.
Syarat pertama, dia mintak kita start dulu.

Kalau kita merasakan susah dalam nak buat satu² amal.. rasa liat, rasa berat, rasa x suka.
Cuba perhatikan ayat ini...


إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَلَّوۡاْ مِنكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡتَقَى ٱلۡجَمۡعَانِ إِنَّمَا ٱسۡتَزَلَّهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ بِبَعۡضِ مَا كَسَبُواْ‌ۖ وَلَقَدۡ عَفَا ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ۬ 
Sesungguhnya orang-orang yang berpaling di antaramu pada hari bertemu dua pasukan itu, hanya saja mereka digelincirkan oleh syaitan, disebabkan sebagian kesalahan yang telah mereka perbuat [di masa lampau] dan sesungguhnya Allah telah memberi ma’af kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. (3:155)

Kenapa rasa berat dan susah? sebabnya, Allah yang bagi kita rasa macam tu, Allah benarkan syaitan menggelincirkan kita dan Allah x protect kita. Sebabnya, dosa-dosa lampau yang kita lakukan... Kalau x, ALlah memang akan lindungi dan jaga kita punya lah!

Cuba tengok kisah Nabi Yusuf....


وَلَقَدۡ هَمَّتۡ بِهِۦ‌ۖ وَهَمَّ بِہَا لَوۡلَآ أَن رَّءَا بُرۡهَـٰنَ رَبِّهِۦ‌ۚ ڪَذَٲلِكَ لِنَصۡرِفَ عَنۡهُ ٱلسُّوٓءَ وَٱلۡفَحۡشَآءَ‌ۚ إِنَّهُ ۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُخۡلَصِينَ
Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud [melakukan perbuatan itu] dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud [melakukan pula] dengan wanita itu andaikata dia tiada melihat tanda [dari] Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang Ikhlas (terpilih).
(12:24)

Itulah realitinya.. Kalau kita benar-benar menjaga diri kita, tatkala kita nak buat dosa pun, Allah akan palingkan diri kita daripada berbuat kemungkaran. Hebat dan sayangnya Allah pada orang-orang yg betul ikhlas nih. Bayangkan, kita nak buat dosa, ada je benda yg ALlah datangkan untuk sukarkan kita buat dosa. Best tak kalau macam tu?

Nak tengok movie masa housemates lain xde kat rumah, tuptup, internet takde.
Nak pinjam hardisk kawan nak copy cerita korea, tiba-tiba usb drive rosak.
Nak duduk mengumpat pasal orang, tiba-tiba pening kepala dan nak tido.
Nak ponteng usrah, nak skip dauroh, tiba-tiba .... ada je benda yg jadi, kita tak boleh nak lari.

Rasulullah SAW pun, kan ada sekali nak pg ke pesta, tapi Allah takdirkan Baginda SAW tertidur di pertengahan jalan? Haa..! Itulah buktinya, kalau betul kita ni ikhlas dan Allah akui keikhlasan kita, maka pastilah Dia akan jaga dan susun hidup kita punyalah!

Inilah tandanya, ALlah sedang menolong kita.. Dia memilih kita berkali-kali, dia jaga kita, dia tolak segala perancangan buruk kita dan gantikan dengan ketentuan yang baik. Pernah jadik tak perisitwa macam ni? Haa... cuba ingat balik.. tak ke segan plus malu bila Allah dah pilih dan tolong kita macam tu, tapi kita still tak appreciate, still x all-out untuk balas kebaikan ni?
adoi.. apa la nak jadi dgn kita ni kan?

On the other side.. cuba fikir pulak..
bila kita nak buat jahat, peluang buat jahat tu macam terbukak luas-luas.
senang pulak.
Nak tengok bola, tiba-tiba roomate takde, line clear.
Nak skip kelas, tiba-tiba bilik air rosak so alasan untuk skip storng, sedapkan hati pun senang
Nak tipu mutabaah amal, tiba-tiba macam solid pulak reason yang keluar dari mulut
Nak sound sorang ikhwah sebab tak puas hati, tiba-tiba ikhwah tu buat silap, lampu hijau nak fire dia.

Pernah jadik macam ni pulak ke?
Senang je nak buat jahat.. senang dan menarik, plus ada jaminan takkan kantoi pulak nak buat jahiliyyah. ''berjahiliyyah dengan tenang dan gembira''. pernah ke?
Kalau yer...

وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسۡتَغۡنَىٰ
Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup
وَكَذَّبَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ
serta mendustakan pahala yang terbaik,

فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡعُسۡرَ
maka kelak Kami akan menyiapkan/menyenangkan baginya [jalan] yang sukar.

(92:8-10)

Astaghfirullah...

Boleh jadi, mudahnya kita berbuat jahat, berlaku fasik, jahiliyah dalam diam, adalah kerana Allah bukak jalan untuk kita jadi jahat besar-besar. Sebab kesalahan dan dosa-dosa kita. Sebab kita macam dah pilih nak jadi jahat, jadi Allah tolong kita betul² jadi jahat.

Boleh jadi.. depan manusia kita macam rahib. macam ustaz. murabbi agung. contoh qudwah bagai.
tapi belakang manusia.. kita la tokey movie
kita la raja bola
kita la mamat korea
kita la macam-macam benda lagho dan jahiliyah lain. dan kita seronok, sebab boleh buat semua benda2 ni, tanpa kantoi, senyap² je.. Hoi, ketahuilah, Allah itu maha melihat. Dia tahu apa yang dijahrkan, dan apa yang tersembunyi.

Macam mana nak betulkan semua ni?

macam awal² tadi la.. mulakan dulu langkah pertama. Start! You need to start doing things. Start the change. kayuh pedal beskal tu. The rest will get His support. Dia akan tolong yang lain. seperti firmanNya:

فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ
Adapun orang yang memberikan [hartanya di jalan Allah] dan bertakwa, 
وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ
dan membenarkan adanya pahala yang terbaik [surga],
فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡيُسۡرَىٰ
maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.
(92:5-7)


Jadi.. when you want to change, you want to improve yourself, you want to do things, stop being worried. Just plan, then START! InshaAllah, kalau betul kita sungguh², ikhlas, Dia akan berikan pertolongan. Dia akan tunjukkan jalan. Dia akan beri segala-galanya..

Percayalah

Jommmmmm
Kita beramal~~~

Wallahua'lam



Friday, April 5, 2013

Dosa Seorang Hamba



andai saja segala dosa itu bisa dilihat mata manusia...

andai saja segala dosa itu jadi bebanan yg perlu dipikul..

apakah aku kan jadi org yg paling besar bebanannya?

aku tertanya-tanya...
apakah aku ini layak utk mencium syurgaNya..
dengan dosa yg bertimbun,
dengan amanah yg tak tertanggung
dengan hak yg tak tertunai..

ramai yg aku kenal mgkin bakal memasuki syurga..
lihat sahajalah keikhlasan mereka..
lihat sahajalah taubat-taubat mereka
titisan air mata mereka
mujahadah dan kesungguhan mereka
tentu sekali Allah akan mencintai mereka
tentu sekali mereka kan bahagia di sana

tapi aku...?
aku yg masih bergelumang dgn dosa
dengan jahiliyah
dengan keinginan keinginan
dengan mainan syaitan
dimana pengakhiran ku?

aku tidak mampu bertaubat seperti mereka...
aku tidak mampu menangis seperti mereka
aku tidak mampu seikhlas seperti mereka
aku tidak mampu merendahkan diri seperti mereka

di mana pengakhiran ku nanti?

berat dan besarnya dosaku...
saban hari semakin merasa cukup
semakin sedikit muhasabah jiwa
semakin banyak menyusun strategi
walhal.. keikatan hatiku dengan Allah; entah apakah masih ada tali yg menghubungkannya..

dosa-dosa yg membunuh jiwaku
kadang tetap kuterus lakukan
walhal tanggungjawab makin bertambah

aku takut...
dihukum dengan hukuman keras; atas degil dan kotornya jiwa ini..
aku takut.. dosa ini menjadi penghalang aku
untuk berjumpa dengan kekasih yang sepatutnya menjadi obsesi hidup ini..

semoga Dia tidak melupakan insan hina dan penuh noda ini
semoga Dia terus menjaga kami
memberikan kami peluang demi peluang
membelai kami walaupun kami malas, leka dan lalai

semoga aku dpt berjumpa denganMu

wallahualam

london



Saturday, March 30, 2013

Tarbiyyah anda pelik sekiranya...



Satu tamparan kuat, barangkali teguran daripada Allah swt buat diri ini,
astaghfirullah..

Allah takdirkan aku terjumpa dengan satu ekstrak kecil daripada buku Fadhail El Fitan karangan Abu Ammar. Di dalamnya terkandung bait-bait teguran, yg cukup tegas lagi berbisa, bagi melembutkan hati-hati yg rosak diselaputi perasaan² yg cukup membunuh.

"Di antara kepelikan tarbiyah anda mampu memberi peringatan dan mengajak golongan baru dan remaja meninggalkan ria’, takbur dan menunjuk-nunjuk, mereka menganggap perkara itu sebagai bimbingan, tarbiyah dan taujih daripada anda, sedangkan mereka yang telah lama dan telah tepu, jika anda memberi peringatan yang sama dia akan menganggapnya sebagai tuduhan, dia menolak nasihat anda dan angkuh, seolah-olah Rasulullah saw tidak pernah taubat tujuh puluh kali sehari di akhir-akhir hayatnya."

Allah.....

Teringat kata² seorang Akh... Tarbiyyah kita ni bukan macam belon
makin banyak angin masuk, makin besar dan makin naik, makin tinggi dan lupa daratan

realitinya.. mmg selalu terjadi mcm ni kan?

Ah, adik tu apa tahu. aku ni lg tahu.

berani dia tegur aku.. tak berakhlak punya mutarabbi

astaghfirullah.....

Tarbiyyah sepatutnya melahirkan rijal² yg tawadhu
rendah diri
lebih sedia untuk berubah
lebih sedia untuk ditegur
lebih banyak beramal dari berkata²
fikrahnya bukan untuk diperdebat
tapi untuk diterjemahkan sbg amal,
kebenaran bukan untuk digaduh²kan
tapi untuk disepakati
biarpun ia terpaksa dipersembahkan sebelum dipersetujui
dan pintu teguran dan penambahbaikan
harus terbuka dengan selapang dada

wahai para duat
latihlah jiwamu
untuk merendah
bunuh ego dan nafsumu
takut², serbuk takabbur menghalangmu dari syurga yg diidam


Mohd Aqmin
London


Tuesday, May 15, 2012

Bergaduh...?


Selalu bergaduh tak..?

Tak kisah la bergaduh dengan siapa, dengan adik ke,
"Eh, ni kerusi abang. bangun², jangan kacau abang duduk buat kerja!"
"Hey..! Ni buku kerja sekolah abang la! kenapa adik lukis gambar rama²?"

Ataupun dengan kawan-kawan serumah:
"issh... kau ni, makan bukan nak basuh pinggan mangkuk. Plisss laa.."
"Hello... kacak dan jelitanya kau, makan sampai habis semua lauk yang ada dalam rumah ni."

Erk... Tak tarbawi ek pergaduhan ni? Okok, tukar sikit...

Bergaduh dengan anak usrah...
"Astaghfirullah.. Man.. aku dah cuba sedaya upaya man untuk tahan marah.. tapi bila kau berkelakuan macam ni, aku rasa kesal dan kecewa man.. Kau sepatutnya jadi lagi matang, ......"
"Erk.. ponteng usrah pulak dia.. Bila tanya.. macam-macam alasan keluar.. tegur, mesti berjawab.. susahnye nak bentuk dia....Ish.. tak tau nak buat apa dah ni..."

Bergaduh dengan usrah-mate....
"eee... si X ni.. tak pernah nak bekorban.. asyik² tunggu khidmat orang lain je.. Kalau dia ingat dia susah, orang lain pun susah kot! takkan la menerima je...! Mad'u kat luar sana banyak kut nakkan tarbiyyah, dia dok rilek je.... huhu.. istighfar².."
"Astaghfirullah... Dah seminggu aku tengok kau ni tak join halaqah... anak usrah kau pun, macam dah tak terjaga tarbiyyah diorang.. bila orang tanya kau marah².. kau ok tak ni sebenarnya?"

Ataupun, bergaduh dengan sesiapa sahaja.

Apa perasaan bila kita bergaduh? Marah? Rasa macam nak pukul dengan kayu/besiGeram?Apa lagi..?Tak tahan? Nak meletup?

Haa... mesti anda akan ingat macam...
"Ish.. mesti nak highlight point sabar, point kena beralah, point blablabla.. "

Hihi.. Tak, kali ni nak ajak kita sama-sama menyoroti kisah Nabi Yusuf....

Boleh rujuk surah Yusuf, dan baca dari awal sampai la ke ayat 100... Huhu.. panjang sikit la tapi, meh saya ringkaskan...(tapi kalau nak betul2 feeling memang kena baca full story la ekk... )

1-Adik beradik Nabi Yusuf nak ''hilang''kan Nabi yusuf sebab jeles Nabi Yaakub(Ayah mereka) lebih sayangkan Nabi Yusuf.
(Ha, sape yang selalu jeles dengan Naqib bahagi kasih sayang tak adil, mak ayah tak adil semua tu, sila muhasabah sekarang. Adakah anda sedang menjadi adik-beradik yusuf???)  T___T

2-Mereka meninggalkan Nabi Yusuf di sumur setelah berjaya meyakinkan Nabi Yaakub mereka akan menjaga Yusuf baik².. Tapi bila diorang balik tanpa Yusuf, dan hanya bawak baju yang ada darah palsu, dan lakonan menangis ala-ala tacing konon sedih Yusuf dimakan serigala. Nabi Yaakub dah dapat rasa diorang tipu.. Tapi apa Nabi Yaakub cakap...?

"Fasabrun Jamil.. Wallahu musta'anu ala ma tasifun.."
"Dan hanya bersabar itulah yang terbaik bagiku.. dan pada Allah-lah dimohon pertolonganNya atas apa yang kamu ceritakan..." Yusuf, (12:18)


3-Masa berlalu.. dan sekarang Nabi Yusuf dah jadi bendahara Mesir.. sebelum tu dia telah dibeli menjadi hamba, dah kena fitnah, lepas tu masuk penjara lagi...

4-adik-beradik dia datang untuk meminta bantuan makanan dalam musim kemarau... Tapi tak tau Bendahara Mesir ni, adalah Nabi Yusuf.. Bila Nabi yusuf reveal, dan bawak Nabi Yaakub semua ke istana balik, apa kata Nabi Yusuf..? Apa agak-agak, kata orang yang telah dianiaya sedemikian lama? Baginda berkata:
وَقَدۡ أَحۡسَنَ بِىٓ إِذۡ أَخۡرَجَنِى مِنَ ٱلسِّجۡنِ وَجَآءَ بِكُم مِّنَ ٱلۡبَدۡوِ مِنۢ بَعۡدِ  أَن نَّزَغَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ بَيۡنِى وَبَيۡنَ إِخۡوَتِىٓ‌ۚ إِنَّ رَبِّى لَطِيفٌ۬ لِّمَا يَشَآءُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ "

"....Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari dusun, setelah syaitan merusakkan [hubungan] antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(Yusuf, 12:100)


Ha.. Nampak tak...????

Masalah sebenar bila jadi masalah ukhuwah tu, ialah....
---->SYAITAN YANG MEROSAKKAN HUBUNGAN ANTARA KITA DAN ORANG LAIN<---
Yang jadi problem nya, syaitan lah! Dia lah yang dok cucuk itu tak kena, ini tak kena.. Dengki, jeles, geram, tak puas hati, nak lebih, tak nak beralah, kenapa dia tak buat lebih, asyik aku je kena bekorban, dia ni tahu komen je kerja taknak buat, dia ego!, dia blablablablabla....

Problem paling akar dia, SYAITAAANNNNN!!

Ee.. geram betul dengan syaitan. Suka rosakkan hubungan orang. Eeee!!

=)

Nampak tak...?

Bila anda bergaduh, ingatkan diri anda, ini adalah sebahagian daripada plot si syaitan. Memang dia nak anda rasa tak puas hati, dia nak anda bergaduh, rosak ukhuwah semua. Walhal, benda simple je...!!

Bila anda rasa marah semua, ingatkan diri anda, bukan orang tu yang bermasalah, tapi syaitan yang merosakkan hubungan antum..!!

Tengok cara pandang Nabi Yusuf.. dia tak pernah menyalahkan adik-beradik dia.. Dia tak kata setelah adik-beradikku meninggalkan aku.. Dia tak kata adik-beradikku tak berperikemanusian.. dia tak kata adik-beradikku tak considerate.. Dia tak kata semua ni.. Tapi, apa yang dia cakap..? Syaitan. Syaitan. Syaitan..!!!

Bila kita sedar, segala masalah yang terjadi, yang problem nya ialah Syaitan, maka kita akan sedar yang perasaan marah tu tak sesuai. Perasaan geram tu tak patut. Sebab diorang tu mangsa hasutan syaitan! Mangsa si penipu! Maka akan tumbuh rasa sayang... akan tumbuh rasa kasihan.. akan tumbuh rasa cinta...

Kalaulah mereka mengerti, pasti tak akan jadi macam tu.

Kalaulah mereka tak tertipu dengan syaitan, mesti tak akan ada perangai macam tu.

Maka seluruh tubuh kita akan dikuasai oleh perasaan nak tolong. Nak bantu. Nak tunjuk kebenaran. Sayang! Sayang! Sayang! Nak tarbiyyah! Nak didik mereka!!

Sebab kita nak beri mereka kekuatan, untuk melawan Syaitan.

Jadi lain kali anda rasa marah dengan orang...

Pesan Saidina Umar:
"Janganlah membantu Syaitan untuk menjatuhkan temanmu. Tapi bantulah temanmu untuk menjatuhkan syaitan"

Ingat perasaan Nabi Yusuf. Ingat syaitan ni jahat.
=)

Wallahua'lam

MA
London


Thursday, January 19, 2012

Saatnya Hatimu mengeluh..




Allah berfirman:
"Barangsiapa yang Allah berikan Hidayah, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, kamu tidak akan dapat mendatangkan seorang pemimpin pun untuk memberinya petunjuk"
(Al-Kahfi, 18:17)

Fruuuuuuuuuhhhhhhhh.........

Allah juga berfirman:
"Allah telah mengunci mati hati-hati mereka, pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ada penghadang. Dan bagi mereka azab yang sangat berat"
(Al-Baqarah, 2:7)


Zuurrrggggggkkkk.............

Itulah dia. Saatnya hatimu mengeluh, tanyakanlah padanya. "Apakah Allah sudah tidak mahu engkau mendapat petunjukNya, hinggakan tidak akan ada apa cara pun untukmu kembali segar dalam amal da'wimu. Apakah sudah tidak ada sebarang harapan untuk dirimu, hinggakan Allah telahpun menutup, mengunci mati hati, pendengaran dan penglihatanmu, sehinggakan, tidak ada lagi perkara yang bisa mengecas imanmu?

Akhi, tanyalah hatimu...!! Tanyalah ia..!! Jangan engkau biarkan ia disogok Sang Nafsu, untuk terus menggagalkan dirinya. Tanyalah ia berkali-kali, bertubi-tubi. Ingatlah, syaitan, nafsu, semuanya picisan jika nak dibandingkan dengan Ar-Rahman. Semua mereka tidak akan mampu menggugat dirimu, seandainya engkau dan Ar-Rahman kokoh hubungannya.

Pesan Ar-Rasul:
"Dalam badan ada seketul daging. Baik daging itu, maka baiknya keseluruhan badan, dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh badan itu. Ketahuilah, daging itulah hati"

Semua bertitik pada hati. Saatnya hati itu sudah dibajai dengan dunia, dengan kemewahan, dengan keseronokan, maka mungkin kah ianya mampu kuat untuk menentang kebatilan? Saat hati itu, berselubung dengan dosa yang menghitamkan, menghanyirkan, apakah ada ruang untuk cahaya menembusinya, dan menghidupkannya? Janganlah engkau salahkan apapun atas kelelahan dan kepenatanmu, seandainya masih ada Jahiliyyah yang kau seru, yang kau puja dan kau agung-agungkan, biarpun secara tersembunyi. Percayalah, semua itu, hanya lah akan menjadikan dirimu menginginkan kesenangan, membutuhkan kefasikan. Kunci kepada kekuatan keimanan, kepada kesuburan himmah, adalah tajarrud. Kebebasan. Usahlah berlari dengan rantai-rantai pemberat, ia hanya melambatkan, malah melesukan.

Dan akhi, lihatlah manusia sekelilingmu. Lihat saja kejahilan yang melanda seluruh dunia ini. Saat manusia heboh dengan amalan sia-sianya, bangga dengan dosa-dosanya, mencari-cari arah tujunya, apa kau masih punya kesempatan untuk merengek dan mengeluh? Wahai hati... Jalan ini jalan Sang pejuang, jalan mereka yang hatinya lapang dan bidang. Bukan untuk hati sejempul, yang sekali dihentak terus ghaib. Pandanglah kelilingmu... keluargamu.. Mereka membutuhkan pembawa obor, untuk menunjukkan jalan pulang. Lihat sahaja teman-temanmu, betapa ramai lagi yang karam, yang terkapai-kapai dalam lautan jahiliyyah. Tidakpun mendapat kesedaran, hidupnya punya tujuan. Masing-masing mencipta dan mereka-reka, tujuan kehidupan sendiri. Ummat sedang menderita. Apakah masih layak untuk manusia yang diberi kesedaran untuk bermain-main dengan emosi, dengan syaitan dan nafsunya sendiri??

Firman Allah SWT lagi:

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk Dia menguji kamu, siapakah yang paling baik amalannya" (Al-Mulik, 67:2)

Ya.. tempat untuk beramal, untuk berpenat lelah, untuk perah segala kudrat yang ada tuh, hanyalah antara dua penciptaan ini, dari waktu kita mula dihidupkan, hinggalah kepada waktu kita dimatikan. Itu sahajalah peluang untuk memujuk Ar-Rahim, untuk memasukkan kita kedalam syurgaNya. Itu sahajalah sebenarnya, masa yang perlukan kita memberi segalanya. Selepas itu, segalanya telah tamat. Keperitan, pada waktu itu akan terbuka ikatannya. Akan terlerai. Tamat, sekadar disitu. Dan akan tiba pula masa pembalasan. Yang sakit dan menderita, akan beroleh kenikmatan yang tidak terhingga.

Pesan Rasulullah SAW tercinta:

“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”. Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”. (Riwayat Muslim).

Lihat? Balasan Syurga nanti, akan menjadi terlalu indah, sehinggakan kesakitan dan penderitaan yang kita rasai sekarang ini, tidak akan terasa pun. Jadi, berhentilah menjadi penat, ingatlah janji-janji Allah. Kesenangan dan kemewahan, semua itu, tunggulah di syurga. Sekarang ini, berlakulah sepertinya kau panglima dalam sebuah peperangan, tiada masa untuk berpangku tangan!

Wallahua'lam






Saturday, November 12, 2011

Daie itu bukan Hakim..

 

Sukar sebenarnya sebagai seorang daie, kita ingin membersihkan jiwa kita dari sebarang bentuk perasaan. Cukup mudah kita terlanjur menilai tanpa cuba untuk membantu. Kita jadi orang yang menghakimi perbuatan seseorang, kita mula mengkritik itu dan ini. InshaAllah, kalau kritikan dan nilaian itu unsurnya untuk takwin, mungkin ianya akan membawa kemaslahatan. Tapi bagaimana kalau ada antara kritikan itu terlanjur jatuh pada nafsu? Jatuh pada ego? Jatuh pada Dzon? Jatuh pada bisikan Syaitan?


Pernah sekali, dalam satu kisah, Usamah Bin Zaid meriwayatkan,
"Rasulullah s.a.w telah mengutuskan kami dalam suatu pasukan. Kami sampai di Al-Huruqat, suatu tempat di daerah Juhainah pada waktu pagi. Aku berjumpa seorang lelaki, lelaki tersebut menyebut لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ lalu aku menikamnya. Aku menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah.
Rasulullah bertanya dengan sabdanya: Adakah kamu membunuhnya sedangkan dia telah mengucapkan kalimah syahadat لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya lelaki itu mengucap demikian kerana takutkan hayunan pedang. Rasulullah bertanya lagi: Sudahkah engkau membelah dadanya sehingga kamu tahu dia benar-benar mengucapkan Kalimah Syahadat atau tidak? Rasulullah mengulangi soalan itu kepadaku menyebabkan aku bercita-cita untuk menyerah diri pada ketika itu juga. 


Ada sebuah kisah lagi, kisah Miqdad.
Beliau telah bertanya Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, apakah pendapatmu sekiranya aku berjumpa dengan seorang lelaki dari golongan orang-orang kafir, lalu menyerangku dan memotong salah satu dari tanganku dengan pedangnya. Kemudian dia lari dariku dan berlindung di sebalik sepohon kayu, lalu berkata, aku menyerah diri kerana Allah. Adakah aku boleh membunuhnya selepas dia mengucapkan ungkapan itu? 
Rasulullah bersabda: Janganlah engkau membunuhnya. Miqdad tidak berpuas hati lalu membantah: Wahai Rasulullah! Lelaki itu telah memotong tanganku kemudian telah mengungkapkan ungkapan tersebut selepas memotongnya, adakah aku boleh membunuhnya? Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu membunuhnya, sekiranya kamu membunuh lelaki itu, sesungguhnya dia seperti kamu sebelum kamu membunuhnya dan sesungguhnya kamu sepertinya sebelum dia mengucapkan perkataan tersebut. 


Demikianlah dahsyatnya amaran Rasulullah SAW. Baginda melarang pembunuhan ke atas orang yang kononnya masuk Islam kerana takut dibunuh. Kata baginda, 'Aku tidak diutus untuk menghakimi hati manusia". SubhanaAllah.... Dan apakah kita telah membelah dada saudara kita untuk kita sewenang-wenangnya membuat penghakiman untuknya? Tidakkah kita lupa, hanya Allah-lah yang berhak menghakimi seseorang, dan Dia-lah yang Mengetahui segala isi hati. Serahkanlah semua itu kepadaNya.


Kita tidak akan tahu, mungkin sahaja sesuatu yang dilaksanakannya bukan benar-benar kerana Allah, tapi ia adalah langkah ke arah itu. Contohnya, Abu Talhah telah masuk Islam kerana ingin mengahwini Ummu Sulaim. Tapi setelah Islam benar-benar masuk ke dalam hatinya, Abu Talhah sendiri telah mendesak Khalifah untuk menerima dirinya sebagai salah seorang pejuang untuk sama-sama berjihad. Bukti dan tanda kesetiaan dan kasih kepada Allah SWT telah mendahului segala-galanya. Infiru...! Infiru...!


Maka ikhwati fillah sekalian..
Sedarlah kita bahawa kita tidak mempunyai langsung hak untuk mengadili ataupun menghakimi hati manusia. Kita harus menjadi sensitif dan menilai keadaan, tapi jangan sekali-kali menghakimi syurga dan nerakanya seseorang. Dan sentiasa berlapang dadalah, itu serendah-rendah ukhwah yang diharapkan.

Wallahua'lam










Tuesday, November 2, 2010

Ketatnya Tajarrud..



Pernah, sewaktu dahulu aku tertanya-tanya, mengapa tidak kita gunakan segala 'ghazwah' yang dilabuhkan demi menghancurkan kita, sebagai alat untuk kembali mengislahkan manusia.

Kenapa, tidak sahaja kita 'taslim'kan segala macam wahan keduniaan, hiburan?
Kenapa, tidak sahaja kita 'ibrah'kan perjuangan Naruto, kisah cinta Romeo, ukhuwwah Digimon dan sebagainya?

Kunci kepada persoalan itu, adalah tajarrud.

Islam, SEPENUHNYA.

Suci dan bersih dari segala macam bentuk kekotoran, hatta sebiji habuk sekalipun tidak tersisa diatasnya. Ibarat bayi yang bersih, ditanggalkan segala macam pakainya: tanpa sebarang litupan lain, yang tinggal hanyalah ISLAM. Inilah tajarrud. Inilah yang diajarkan Para Rasul dan Nabi, yang sewajarnya kita dalami.

Selagi mana fikrah seseorang itu masih belum kukuh dan utuh, selagi itulah, dia sebenarnya tidak mempunyai kemampuan untuk menapis segala yang disogok kepadanya. Selagi belum benar-benar jelas, selagi itulah belum ada Al-Farouq yang sibghah dalam benaknya. Selagi itulah, tajarrud itu perlu sangat ketat pengawasannya. Sangat teliti penilaiannya.

Ada yang bertanya, bagaimana jika seseorang itu ingin untuk terus bersama dalam pasukan Islam, tetapi dalam masa yang sama, masih punya rasa cinta pada dunia.
Hakikatnya, tiada jalan tengah antara Islam dan Jahiliyyah. TIDAK sama sekali. Apakah jawatan untuk memegang panji Deenullah itu murah harganya? TIDAK!!

"Allah tidak akan membiarkan orang-orang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, hingga Dia membezakan antara yang baik dan buruk."
(Ali Imran, 3:179)

Ya, Dia akan membezakan kita, siapa yang benar-benar ikhlas untukNya, dan siapa pula yang munafik dan berpura-pura dalam perjuangan ini.

Ada satu analogi yang cukup keras dan jelas dalam menerangkan hal ini.
Jika terdapat 2 pasukan bolasepak, setiap satunya berjumlah 10 orang. Andai kata anda mengaku anda ahli pasukan Islam dan anda memakai baju pasukan Islam, tetapi anda berperlakuan seperti ahli Jahiliyyah, anda bergerak sehaluan dengan Jahiliyyah, bekerjasama dengan ahli pasukan jahiliyyah, mengiyakan apa yang diserunya, maka apakah status anda? Bukankah anda telah mengurangkan jumlah pasukan Islam, di masa yang sama menambahkan jumlah pasukan Jahiliyah? Apakah anda merasakan yang Pengurus Pasukan Islam(Allah) tidak berhak untuk mengeluarkan anda dari pasukan Islam?
Its either white, or black, no shades of grey.
Lakum deenukum wa liya Deen
Ingatlah, bukan Islam yang perlukan KITA, tapi KITA yang perlukan Islam.

Tanpa tajarrud, tidak mungkin akan lahir rijal-rijal yang sejahtera iman dan taqwanya, kerana hakikatnya, tajarrud itu adalah satu hasil selepas sebatinya iman dalam jiwa. Jelasnya taqwa dalam benak. Lantas, apakah misi perjuangan KITA? bukankah buah yang kita dambakan adalah buah qaedah sulbah dari pepohon Islam yang benar? Tajarrud bagi Muslim umpama Akar bagi Pokok. Tanpa akar, matilah pokok, tanpa tajarrud, pudarlah islam.

Kalau ada yang menyoalkan, kenapa terlalu ketat? tidakkah boleh dilonggarkan?
Kalaulah Abu Dzar sanggup meletakkan mukanya diatas tanah untuk dipijak gara-gara takut akan murka Allah, gara-gara takut masih tersisa karat-karat Jahiliyyah dalam dirinya, semata-mata kerana hal yang cukup halus jika nak dibandingkan Jahiliyyah masa kini, maka apa lagi bentuk kelonggaran yang kita mahukan?

Tajarrud bukan sekadar bersih dari jahiliyyah, malah ia juga melambangkan kesucian dan kemurnian, serta kesempurnaan dan kejelasan Islam. Tanpa ada apa-apa pun yang membatasinya. 'Adil dalam melambangkan apa itu Islam yang sebenarnya.

Longgarnya tajarrud yang kita kenakan pada bawaan kita, maka semakin kaburlah definisi islam pada mereka. Dan longgarnya tajarrud yang kita kenakan pada DIRI KITA sendiri, maka semakin hanyutlah kita dalam ombak yang serba keliru dan kelabu.

Setiap tindakan kita, tanyakanlah, adakah ini untuk dakwah secara tidak langsung untukku, ataukah adakah ini untuk aku secara tidak langsung untuk dakwah.
Sibghah kah islam dalam KITA?

Saturday, June 5, 2010

Masalah, selesaikan.

Aku bersyukur.
Dalam luka ini, Allah kenalkan aku dengan rasa sakit.
Allah juga kenalkan aku dengan ubat.
Sebagai tanda harapan, selain jalan untuk mencapai keizinanNya.

Aku juga bersyukur.
Dalam konflik ini, Allah jumpakan aku dengan perasaan resah.
Allah juga jumpakan aku dengan jalan penyelesaian.
Sebagai pengajaran, untuk aku jadi hamba yang menurut perintahNya.

Ini, adalah tarbiyyah terbaik untukku.
Itu yakin hati kecil ini.
Alhamdulillah.

Friday, May 14, 2010

Syurga dan Neraka....


“Hari Akhirat yang tiada guna lagi harta dan anak pinak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan Qalbun Saleem (hati yang sejahtera)” (26 : 88-89)

Ikhwah Akhawat,

Ada sungai-sungai yang mengalir di syurga. Ia mengalir di bawah kita, bukan di tepi-tepi kita seperti di bumi. Alangkah indahnya, lebih indah dari Istana Puteri Balqis. Ada sungai susu, ada sungai arak yang murni, ada sungai madu. Tetapi, susu, arak dan madu di sana lebih lazat berbanding di sini. Juga, ada mata air yang mengalir. Indahnya pemandangan di sana. Dengan pakaian sutera halus yang hijau serta gelang yang dibuat daripada perak yang lebih hebat dari mana-mana cincin perkahwinan di dunia, kita pula akan berehat dan duduk bersandar di bantal-bantal yang empuk, permaidani-permaidani telah terhampar, dilayani oleh pelayan-pelayan yang sebaya dan sangat menarik. Tiada lagi terik matahari, tiada lagi sejuk yang melampau. Seolah-olah semuanya berkhidmat untuk kita. Kita mahukan apa sahaja, mintalah. Ia akan datang. Petik saja buah-buahan dari pohon. Subhanallah. Bidadari dan bidadara akan bercengkerama di sekeliling kita. Ya, ada biadadari khas untuk Umar al-Khattab. Berdahi besar, berkulit hitam manis, bawah matanya berwarna biru, atas matanya berwarna merah. Malah, sangat pemalu, duduk berasingan di saat-saat bidadari lain sedang bercengkerama. Kita akan hidup dengan pasangan cinta kita. Si isteri akan tinggal bersama suaminya yang terakhir ketika hidup di dunia. Bukan soalnya kita akan tinggal dengan siapa. Soalnya, ada tempatkah untuk kita di taman-taman hijau itu? Mereka akan melayan kita dengan gelas-gelas dipenuhi air. Air dari mata air bernama Salsabil. Gelas itu tidak sama dengan gelas sekarang. Kita akan makan dan minum, tapi bukan untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Kita makan dan minum, semata-mata untuk makan dan minum. Kebun-kebun milik kita, anggur-anggur adalah kepunyaan kita. Tidak perlu takut kalau terlambat ke Perang Tabuk. Kerana, tiada perkara-perkara tidak berguna di sana. Tiada cemburu, tiada marah, tiada hasad dengki, tiada kezaliman dan tiada penindasan. Yang ada hanya kenikmatan, kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan. Di sana, kita akan menikmati kelazatan nikmat-nikmat syurga. Subhanallah. Melihat wajah Allah, muka kita akan berseri-seri. Siapa yang tidak suka melihat wajah seorang Kekasih? Ahh, rindunya kita pada kampung halaman itu.

Namun…ada air mendidih dan bernanah di neraka. Itulah air kita di neraka. Pernah ambil dan belah mata lembu? Mungkin seumpama itulah air bernanah. Malah di neraka, ia lebih teruk lagi. Makanan kita pula adalah pohon-pohon berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar. Kalau sekarang terkena duri pon sudah sakit, apatah lagi saat ia menjadi makanan kita di sana. Ubun-ubun kita akan ditarik lalu dihumbankan ke dalam neraka. Lalu, kita akan memanggil rakan-rakan kita. Namun, Allah memanggil malaikat Zahbaniah untuk menyeksa kita. Astaghfirullah. Juga, ada ramai penjaga kita, yang mengintai-ngintai kita. Malaikat Malik sendiri mempelawa kita ke neraka dengan muka yang bengis. Neraka membara, kerana menahan marah. Pernah tengok orang yang terlalu marah tetapi ditahannya? Neraka marah kerana kita telah menolak kebenaran Tuannya, Kekasihnya. Api-api neraka menyala-nyala dan tersembur-sembur setinggi istana. Ahh, besarnya. Kitalah bahan bakar api neraka. Astaghfirullah. Fira’un, Abu Jahal, jin, kala jenking dan haiwan-haiwan berbisa adalah peneman kita. Abu Lahab juga ada di sana. Isterinya turut sama, membawa kayu bakar sambil di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal. Api neraka yang membakar kita itu sangat panas. Itulah Hawiyah. Tahukan kita apa itu Hawiyah? Api neraka itu akan membakar sampai ke hati, saat-saat kita terikat di tiang. Itulah Hutamah. Apakah belum pernah sampai kebenaran kepada kita? Mengapa kita masih menolak? Ahh, seksanya. Kita minta untuk dimatikan, tetapi sungguh jawapan Allah, kehidupan di neraka itu kekal abadi.

Ikhwah Akhawat, mari sini sebentar…

Untuk siapa syurga dan neraka itu? Untuk orang lain kah? Neraka itu untuk orang lain? Sungguh, syurga dan neraka juga adalah untuk orang beriman, untuk orang yang berdakwah, untuk KITA.

Ikhwah Akhawat,

Sebab itu dakwah bukan sekadar maratib dan mihwar, marhalah dan wasilah. Ia juga bukan sekadar ukhuwwah dan usrah, mahupun dakwah fardiah dan planning. Ayuh, bicaralah juga tentang Syurga dan Neraka.

Wahai diri, hambalah! Wahai akal, luruslah! Wahai hati, ikhlaslah! Wahai mata, menangislah!

WAHAI IMAN, GETARLAH!

with love,

Akhi Ammar

**dipetik dari blog Akh Ammar Roslizar


Jangan sangka disebabkan kita bergelar 'daie' dimata manusia, maka kita sudah bebas dari perhitungan akhirat.

Jangan sangka kita nie layak untuk melupakan tanggungjawab sebagai HAMBA, kerana hakikatnya status itu tidak akan hilang sampai bila-bila.

Jangan sangka diri sendiri itu mulia, disebabkan kita ini HINA, datang dari air yang hina, dan ISLAM itu yang memuliakan kita, tapi sesaat kita rasa diri sudah mulia, maka itulah saat kehinaan itu menimpa, dan kekal selamanya.

Astaghfirullah.

Mode: Muhasabah.

Tuesday, March 23, 2010

Cita-Cita



Apa cita-cita anda?

Jom kita tengok rama-rama? Nak?

Pernahkah kita melihat seekor rama-rama?
Cantik kan?
Penuh warna-warni, tesergam indah terbangnya.

Kita mesti tahukan asal rama-rama?
Dari seekor ulat beluncas.
Yang terkontot-kontot mengesot pada mulanya
Tapi, bila tiba masa terbang dengan gah.

Apa perasaan ulat beluncas gamaknya ya?
Mesti perasaan tak sabar-sabar ingin menjadi rama-rama membuak didalam dada.
Mesti rasa tertekan terpaksa hidup sebagai ulat beluncas untuk sedikit masa lagi.
Besar cita-cita sang beluncas.
Lagipun,
Tentu rasa malu, konon ulat beluncas hodoh jika nak dibandingkan dengan Sang Rama-rama.
kan?

Bukan sahaja kena hidup sedikit masa lagi sebagai ulat beluncas
Tapi terpaksa melalui proses sebagai kepompong pula.
Mesti tertekan kan?
Tak ada jalan pintas ke nak terus jadi rama-rama?
Kenapa macam-macam perlu dilalui untuk menjadi seekor Rama-rama?

Itulah dia perasaan tidak sabar-sabar.
Perasaan isti'jal, gopoh.
Perasaan ingin menggengam dunia dalam masa yang singkat.
Perasaan ingin menegakkan agama Allah dalam sekelip mata.
Perasaan ingin mendapatkan Ustadziatul alam itu secara terus.
Konon tidak perlu ada proses-proses sebelum itu.
Konon tak perlu ada individu Muslim, Baitul Muslim Mujtama' Muslim dsb.
Konon terlupa, jalan ini masih panjang.

Itulah dia, ulat beluncas yang tidak sabar.
Terlupa, tujuan dia menjadi ulat beluncas adalah untuk mencari makanan.
Buat bekalan semasa proses kepompong yang melatih kekuatan badan
Kalau waktu itu sibuk memikirkan teknik terbang, cara mengambil manisan bunga dsb,
tapi makanan untuk simpanan kepompong tiada
Nescaya semua ilmu yang diperoleh tidak ada fungsi.
Ibarat mempelajari 'programming' sewaktu zaman Neolitik dulu.
Tak kena masa. Terlalu gopoh.

Sungguh, rama-rama itu memang indah.
Pasti ia menjadi idaman setiap beluncas.
Semua ingin menjadi seperti itu.
Tapi kena ingat, kena ada proses.
Bukan satu pilihan, tapi kemestian.

Tapi
Jangan jadi seperti ulat beluncas
Yang dari awalnya sudah diracun dengan fahaman jahil
Konon dirinya burung
Tak sabar ingin terbang membelah awan
Asyik mempelajari teknik terbang dengan penuh gaya
Resah mempelajari cara Si Pipit mencari makan
Sehingga lupa, dia sebenarnya, adalah ulat beluncas
Yang kerjanya sepatut mencari makan
Untuk bekalan dalam kepompong
Supaya satu hari nanti kan muncul sebagai Rama-rama

Bukan ulat beluncas
Yang kan jadi santapan Pipit awanan.

Wednesday, February 3, 2010

Si Itik Yang Hodoh

Dengan Nama Tuhan yang telah menciptakan aku dan engkau, yang dengan kekuasaan-Nya maka terjadilah bumi yang terhampar luas, langit yg membiru dan hutan yang menghijau. Sungguh, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana Si Pencipta.

Entah kenapa diri ini dengan tidak semena terbayang akan kisah si itik hodoh. Cerita yang dicipta buat kanak-kanak, dengan kononnya bertujuankan mengajar nilai-nilai murni dari kecil. Wallahualam, apa hakikat sebenar, tapi sungguh, ada iras-iras rasanya.

Perasaan yang timbul ini bukan dari sebab fizikal yg berbeza. Bukan juga warna kulit mahupun asal kenegerian. Namun, perasaan ini timbul dek kerana ketidakmampuan diri menapak ke depan sedang perajurit sebaris maju tanpa gentar. Entah kenapa, jiwa ini seakan rasa tidak mampu, seakan rasa tidak terdaya mengejarnya. Ya Allah, tunjukkanlah aku petunjuk Al-HudaMu.

Ada juga harapan dalam benak ini, moga-moga perasaan ini kan menjadi pencetus agar kaki menderap lebih laju, tubuh beterbangan bagai helang di kayangan. Sungguh, sama seperti si itik hodoh, yang sebenarnya adalah si angsa yang cantik rupawan. Sungguh aku ingin menjadi seperti itu. Bukan cantik di mata An-Nas yang sama hina, namun mulia disisi Allag Yang Esa.

Sifat-sifat jahiliyah ternyata masih belum kukikis sepenuhnya, masih belum beharga darah ini di jalan Ad-Din. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, sungguh tiada apalah yang dapat aku lakukan tanpa keizinan-Mu. Sungguh, Muhammad SAW yang kau utuskan adalah pentarbiyah terbaik, yang menjadi qudwaduna(teladan kami). Dengan keizinanmu, berikanlah kami petunjuk, dan peliharalah kami untuk terus berbakti buat Ad-Din Mu. Aameen.