Hai..
Kamis 4 Oktober lepas (kengkonon sempena besday si budak itam tu) kitorang saja jalan2 pegi Gold Coast Morib (GCM) ni. dah beli coupon ni lame, before kawin lagi kot? RM180. tapi pegi sebab dah lepas Ogos, kena surcharge RM70, so total RM250 la. rugi je sebab kalau book online direct kat website dorang baru RM190+. ZZzz
Nak pegi ni pun decide seminggu before tu, tetibe je macam nak pegi sebab dah lame tak g jenjalan since pregnant ni. yela asyik loya je camno? nak g kedai/soping complex pun malas tauu. keje nak melepek jek.
Nasib baik kat sana tak wat hal uwek2 ke ape. tapi loya tetap datang gak la kadang2 :p
Pegi sane ikut exit nilai-pastu banting-pastu morib. jauhla jugak. nasib ada papago, kalau tak ntah sampai ke tak kami yg buta jalan ni, huhuk.
|
ni la waterpark dia. sory ni je pict yang ada, nak tgk lagi jelas google jela eh. kui2. mandi la jugak pagi 5hb tu,takut ralat kalau tak merasa. best sebab weekdays tak ramai orang.
|
|
Dalam bilik ada tingkap ke bilik air. boley skodeng orang mandi. kahkah.
|
|
Yeay nasib dapat jacuzi yang elok. kat tripadvisor tu byk komplen jacuzi takley pakai.. sgt syok. air suam2+ade blup3+sabun2. wah kan best kalau bleh letak ni kat rumah. ;) |
|
Angin petang dan malam disana amatlah mendamaikan. angin kuattt...walaupun tak leh mandi, tapi pasirnya nye bersih tau.
ni bukti angin sangat kuat. rambut da srupe kak limah.
|
Ok, yang tak bestnye pasal GCM ni ialah pasal kebersihan bilik & makanan. kitorang dah la dapat 2 single bed, katil queen penuh katenye (eleh macamla ramai sgt cek in ari kamis tu). pastu kitorang pun gabungkan la katil tu. ya hampun, kat bawah katil kotor.. ada rambut2 & bekas kondom. yeks!!! habuk2 pun ada jugak kat lantai. sinki pun macam tak bape clean sangat, still ada stain2 skit. geli mak.
tang makanan pulak, kitorang dapat free breakfast+dinner, tapi makanan sedey terutamanya masa dinner, ada la lauk2 & steambot, lauk2 sangatla buhsan. tak de yang pedas langsung. rasa pun alahaiii.. tapi layankan jela. breakfast ok skit la..biase je macam kat hotel2 lain.
lepas cek out je laju2 pegi umah cekmot+cekmah. rinduuuuuuu. hihihi.
|
ni dia cekmot+cekmahku. hee ♥ rinduu la cepat la balik johorrr.. |
Sekian :)