2/21/13

Malaysia gagal menjaga kedaulatan negara ; Filipina sila bawa tentera kamu keluar dari Tanah berdaulat Malaysia




21 Februari 2013

Kerajaan Malaysia lemah dan SAMM gesa Manila segera tarik pasukan tentera keluar dari kawasan kedaulatan Malaysia.

Saya dan teman -teman SAMM baru pulang dari Sabah dalam siri lawatan kerja 4 hari (14 - 15 Febuari) di sana. Kesempatan berada di Sabah telah memberi peluang memerhatikan kejadian ' Penalukan Tentera Filipina' di Lahad Datu secara dekat.

Apa yang berlaku dari saksi hidup yang ditemui menyatakan sekitar 400 - 500 tentera lengkap berseragam dan antaranya jelas berseragam tentera Filipina bersama perbagai senjata dari peralatan separa berat seperti M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol.

Persoalan penting bagaimana 400 - 500 orang lengkap bersenjata dan berpakaian tentera boleh mendarat di Pantai Malaysia melalui Tanjung Labian dan berjalan dan menakluki Kampung Tunduo. Menurut saksi semua berlaku secara aman dan tanpa berselindung.

Semua juga seperti terancang di mana secara teratur kemudian pasukan keselamatan negara datang dan membuat operasi mengeluar dan 'menasihatkan' penduduk kampung berpindah ke kawasan selamat.

Tidak ada apa berlaku kecuali sekatan jalan raya tentera dilakukan. Amat 'pelik sekali' apabila pasukan tentera bersenjata negara jiran masuk ke dalam negara tetapi kita boleh berunding sahaja. Tidak akan ada pihak akan menyalahkan negara ini jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negara.

Satu lagi persoalan bukankah perairan negara di kawasan tersebut telah dilengkapi sistem pertahanan paling mahal yang terkait trajedi pembunuhan warga Monggolia. Mana perginya scorpene, kapal selam canggih negara tersebut ?

atau adakah ini antara perkara yang dibincangkan apabila Najib Ketua Regim Bn berkunjung ke Filipina baru - baru ini ?

Banyak yang misteri, untuk terus menjadikannya misteri wartawan Al jazeera dan beberapa aktivis muda dari Sabah dutahan konon kerana menghampiri kawasan konflik. Tentera asing dibiarkan dan mengatakan keadaan aman tetapi wartawan dan aktivis tempatan ditahan. Amat Pelik ! 

SAMM menyimpulkan perkara ini kepada dua kemungkinan:

  • Regim lemah, gagal selesai masalah persempadanan dan ini hasil malapetaka pemberian Kad Pengenalan.
    • sememangnya Filipina menuntut Sabah sebagai tanah kedaulatanya antara asasnya ialah sejarah Kesultanan Sulu yang menguasai sebahagian besar Sabah dan pusat Kesultanan berada di bawah tanah kedaulatan Filipina kini. Regim ini juga terlalu lemah dan terlalu mengambil mudah isu persempadanan negara, isu tuntutan Sabah masih banyak tidak diselesaikan dan diselindungkan. Tahukah kita Kuala Lumpur masih membayar USD 5,000 setahun kepada Manila dan bagi mereka yang terlibat mendesak tuntutan Sabah menganggap ia bayaran sewaan Kuala Lumpur terhadap Sabah. Keadaan menjadi lebih parah apabila terlalu banyak dan tanpa kawalan pemberian Kad Pengenalan kepada warga Filipina khususnya keturunan Sulu kerana untuk memenangkan Barisan Nasinal di sana.
  •  Kejadian ini mengingatkan kita dengan Rusuhan Sabah 1986 yang terjadi kerana kekalahan mengejut Parti Berjaya kepada PBS yang baru ditubuhkan menjelang dalam PRU ke 1985. Berjaya yang menjadi sekutu Umno dalam Bn telah mencipta huru - hara menggunakan pendatang asing bagi merampas semula Sabah. Persoalanya kini mungkinkah operasi ketenteraan yang sengaja dibiarkan dan dilindungi di Sabah ke arah persedian untuk Bn mencipta semula keadaan ke arah rusuhan 1986 kerana maklumat jelas Bn akan kehilangan Sabah dalam PRU ke 13.
Apa pun dengan kejadian ini ternyata secara jelas BN gagal menjaga kedaulatan negara. SAMM juga menggesa Manila untuk mengambil tanggungjawab menarik semula pasukan tentera dari negaranya keluar dari tanah berdaulat Malaysia.

SAMM menggesa Regim Bn supaya berhenti bermain api sandiwara, mencipta ugutan demi ugutan demi menyelamatkan nyawa akhir mereka. Bn perlu sedar mereka bermain strategi politik risiko tinggi kepada masa depan negara yang akhirnya Bn sendiri gagal kawal.

Malah menurut  Philippine Daily Inquirer juga memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada.

Kepada pasukan keselamatan (tentera dan polis) kami yakin kamu punya maklumat lengkap dan bertindaklah dengan bijak bukan sekadar mengikut telunjuk regim hujung usia. 

SAMM akan ke kedutaan Filipina danjuga menghantar nota kepada seketeriat ASEAN berikutan perkembangan ini yang bukan sahaja mampu membawa negara tetapi zon ASEAN yang aman ini ke kancah konflik berpanjangan.


Sekian


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia



Sumber : chegubard.blogspot.com

2/5/13

Apa Dibimbangi Terhadap Musa Telah Terjadi

Mula-mula lagi saya telah mengsyaki sesuatu yang tidak baik kepada bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan bila dia secara tiba-tiba menunjukkan minat kepada Pakatan Rakyat dan dalam masa sama mengkritik bekas pasukannya.
Musa: Tektik tak menjadi.
Asas kesangsian saya mudah, Musa ialah polis, polis merupakan peribadi yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sangat menghormati pasukan mereka. Setiap dari mereka akan bersumpah taat setia dan memegang piagam perkhidmatan. Piagam itu mereka akan genggam hatta hingga ke saat akhir hayatnya. Ada orang kata kalau dia polis jangan dipercayai ketegasannya dalam jawatan baik dia ayah, abang, adik, isteri atau suami kita.

Saya pernah menonton sebuah filem Barat mengenai ketinggian peribadi seorang tentera. Tentera ini sangat menghormati kepada ikrar dan sumpah setia perkhidmatannya. Dia sangat menghormati kepada ketua dan sedia berkorban untuk negara atas arahan bosnya. Kerana semangat tentera itu sudah 'menjelirat' ke dalam darahnya, hingga ke saat beliau hendak menghebuskan nafas terakhirnya dia masih angkat tangan, (tabik) kepada ketuanya yang menziarahi dia saat di sakaratumaut itu.

Nah.. begitu juga dengan polis, apa lagi orang seperti Musa Hasan, bekas IGP. Orang yang bertaraf sepertinya tidak mungkin akan terbalik ketaatanya kepada kerajaannya dengan begitu mudah kalau tanpa ada sebab musabab besar. Apa lagi kenaikannya menjawat jawatan itu dengan melangkau beberapa orang pegawai senior lain lagilah dia perlu berdisiplin. Dalam kata lain kenaikan Musa menjadi IGP kerana ada sebab bersebab tentulah dia berterima kasih banyak kepada 'rekmendor'nya.

Jadi apabila dia menunjukkan angin kepada Pakatan Rakyat menyebabkan saya berburuk sangka mengira ada sebab bersebab dan ada undang di sebalik batu. Saya mengambil pedoman bidalan orang tua-tua; tempuan tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada. Justeru apabila Musa menunjukkan baik hati dan buang tabiat ingin berbudi dengan Pakatan Rakyat tertentu ia ada motif tersirat.

Lantaran itu sebaik saya mengetahui dia sedang merisik untuk menyertai PAS, saya terus menembaknya awal-awal lagi. Saya memberi ingatan kepada PAS agar tidak mudah terpesona dan tertawan dengan perubahan fiil perangai Musa Hasan. Gara-gara itu menyebabkan Musa terpaksa menafikan dan PAS juga terpaksa membuat penelitian semula terhadap sikap ganjil Musa.

Wahasilnya dia tidak jadi mengisi borang PAS. Terima kasih kepada tokoh veteran Umno yang memecahkan maklumat ini kepada saya. Mungkin kalau maklumat ini tidak terpecah awal boleh jadi Musa kini sudah pun berada dalam PAS, dan telah pun hadir ke muktamar PAS di Kota Bharu yang lalu.

Apabila beliau gagal untuk menyusup di dalam PAS dan memecah belah kepaduan PAS dengan parti Pakatan Rakyat khasnya PKR, beliau membuat tektik dan strategi lain. Musa memang seorang hebat dan tidak tahu malu muka. Seorang tali barut yang bagus. Bayaran atau pun benefit yang bakal diperolehinya kalau misinya berjaya mungkin dapat membayar segala malu aid dan maruahnnya yang tergadai kerana aksi itu.

Selepas gagal mengetuk pintu PAS dia berjinak-jinak pula dengan Anwar Ibrahim. Langkah pertama dia menarik balik saman ke atas Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Anwar di dalam satu laporan polis menuduh dia terlibat dalam menyembunyikan maklumat bersama Ghani Petail. Penarikan balikan saman itu mengejutkan bukan saja Anwar tetapi orang ramai juga. Apa lagi ianya bukan atas kehendak Anwar.

Semua orang naik bingung dan mula merasakan Musa seorang yang baik dan lebih diharapkan dia akan membantu perjuangan Anwar kononnya atas rasa insaf kerana menyusahkan Anwar sewaktu era reformasi dulu. Mereka yang berhati lembut mulai merasa lunak dengan Musa dan suka sangat kalau dia berbalik hati memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.  Kehadiran Musa itu akan disambut dengan pulut kuning dan ayam panggang.

Keberanian diambil oleh bekas Pengarah Siasatan Jenayah,  Fauzi Shaari dijadikan ukuran bagaimana hati nurani Musa terbuka dan menginsafi apa yang berlaku. Begitulah selalunya rakyat bersangkat baik kepada penjawat awam, walaupun rekod penjawat awam itu cemar dan buruk dan menyakitikan hati mereka sewaktu memegang kuasa.

Sebenarnya beberapa bulan sebelum Musa cuba menjinak diri dengan PAS sudah ditaburkan propoganda kononnya Musa seorang yang kuat bersembahyang. Nama ayahnya Hassan Azhaari digunakan untuk mernunjukkan akan ketinggian budi dan akhlak bekas IGP ini. Saya sudah hairan kenapa nama Musa tiba-tiba dijaja dengan sebegitu rupa. Belum pernah selama beliau berkhidmat di dalam pasukan polis nama baik dan maruah ayahnya ditimbulkan bersama namanya. Rupa-rupanya ada muslihat di sebaliknya.

Seperti kata tadi selepas gagal menjinakkan PAS dia cuba menjinakkan Anwar pula. Anwar juga mulanya sudah mulai termakan dengan perangkap Musa dan mulai hendak jinak dengan Musa Hasan. Begitulah Anwar seorang yang tidak tahu berdendam dan pemafaat serta redha atas takdir yang berlaku mudah bersangka baik. Dia tidak tahu implikasi di sebalik bersangka baik sebab itu dia selalu kena main dalam manis oleh konspirator yang hendak menjatuh dan memusnahkan kerjaya politiknya.

Ketika saya berjumpa dengannya di mahkamah, dengan bangga Anwar bercerita kepada saya yang Musa telah berubah hati dan bersedia membantu Pakatan Rakyat. Kononnya Musa akan mendedah berberapa tembelang polis dan kerajaan yang masih menjadi msiteri sebelum ini. Cara Anwar bercerita hari itu beliau yakin sangat dengan madah berhelah Musa itu.

"You tahu Musa Hassan pun telah mula berubah," begitulah Anwar membuka cerita. Saya tahu dia mahu menarik perhatian saya. Saat itu kami kebetulan sedang minum di kantin kompleks mahkamah selepas rihat pendengaran bicara satu kesnya. Meja kami berdekatan dan dia datang berdiri di meja kami.

"Dia dah tarik saman ke atas saya," sambungnya lagi dengan wajah ceria. Saya tidak memberi respon pantas dan hanya mendengar saja.

Entah macam mana hati saya mendidih dengan tiba-tiba apabila mendengar nama Musa Hasan yang terus disebut-sebutnya itu lantas bekata; "saya ingat Pak Sheikh jangan percayakan Musa, dia ada udang di sebaoik batu. Dia nak kenakan Pak Sheikh saja," kata saya. Anwar tercenggang dan mengenyitkan kening macam Ziana Zain seakan tidak percaya dengan apa yang saya katakan.

"Jangan mudah percaya Pak Sheikh, dia ada motif," tekan saya lagi dengan lebih tegas. Adik Anwar, Rosli yang berdiri di sampng kami terus menyampuk; "aku dah kata dah...," Rosli bersetuju dengan pandangan saya dan dia terus meninggalkan saya bercacangan dengan Anwar. Mungkin Rosli berbulu dengan sikap dan perangai abangnya yang mudah kesian dan percayakan orang itu.

"Tetapi... ok la...," Anwar sambung lagi sekaan kurang senang dan cuba menyenangkan saya. "Itu...pun bersama kita," tingkah lagi Anwar sambil memberi isyarat kepada bekas Ketua Pendakwa yang mengendalikan kes liwat II nya dulu dan kini telah bertindak membelanya pula. Anwar mengambil contoh pendakwa itu terhadap apa yang berlaku ke atas Musa Hasan.

Bila saya menunjukkan kejengkilan kepada Musa, Anwar jadi serba salah hari itu untuk menceritakan perubahan Musa. Dia tidak senang dengan gelagat saya. Hari itu juga dia menyebut, Musa ada hendak berjumpa dengannya. "Dia nak jumpa saya, tetapi saya suruh jumpa orang lain dululah..." ceritanya menyebabkan saya sekali lagi menegaskan; "lebih baik you jangan layan, bahaya."

Saya tidak tahu apakah Anwar jumpa Musa atau tidak. Tetapi dari makluman dalaman saya dapat tahu Anwar tidak berjumpa dengan Musa. Musa terus juga hasratnya hendak jumpa dengan Anwar. Dia  meminta bantuan bekas seorang pegawai polis tetapi Anwar tetap tidak mahu berjumpa. Mungkin Anwar menemui petanda baru bahawa tujuan Musa berbaik dengannya itu adalah tektik untuk memecahkan hubungannya dengan rakan dalam Pakatan dan membuat onar dalam PKR.

Dan, Musa Hasan ternyata frust dengan dua kegagalan itu; menyertai PAS dan berbaik dengan Anwar. Rasa kecewa Musa ini jelas sekali apabila beliau telah meralatkan semula kritikan beliau ke atas polis yang agak lantang sebelum ini dengan mengatakan jangan salah anggap sikap vokalnya kepada polis. Sebelum ini, sewaktu hendak berbaik dengan Anwar bukan main lagi dia mengkritik kepimpinan polis yang kononnya berlaku penyalahgunakan kuasa.

Penjelamaan beliau dalam majlis Bicara Mahathir, di Karangkraf beberapa minggu lalu pula menjelaskan siapa dia Musa sebenarnya. Kehadiran itu menunjukkan keakraban dia dengan Mahathir dan masih melaksanakan misi atas kehendak Mahathir? Dia masih belum berubah dan apa yang cuba dilakukan sebelum ini adalah strategi dan sandiwara semata-mata.

Terbaru tuduhan Musa kononnya Pakatan Rajkyat akan menghidupkan semula akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Apa tujuan dan motifnya. Tuduhan itu jelas berniat jahat ke atas Anwar Ibrahim. Dia mahu agar orang Melayu marah kepada Anwar. Tuduhan itu menjelaskan betapa busuk pahitnya hati Musa Hasan.

Dia ini sanggup melakukan saja untuk survivenya. Kalau dia tahu asal usul dan perjuangan menentang ISA dia tidak akan buat tuduhan itu. Dia tidak akan tergamak untuk bercakap bohong dan menyatakan sesuatu yang semua tahu. Siapakah yang memperjuangkan untuk memansuhkan ISA. Apakah Umno dan Mahathir atau pun Anwar dan Pakatan Rakyat?

'Debek' dan 'ngor' sangatlah sebagai bekas IGP tidak mengetahui sejarah mengenai ISA dan perjuangan menentang akta berkenaan. Jadi sekali lagi tindakan dan fitnah Musa itu menggambarkan rupa dirinya sebenar. Dalam banyak hal saya nampak Musa sama mempunyai watak dan bentuk hati seperti Mahathir. Suka melempar batu sembunyi tangan dan mengamalkan politik kotor tanpa mengira masa dan ketika. Yang penting semua itu akan memuaskan hatinya.

Bila mengenangkan kecelaruan Musa hari ini saya merasa bahagia kerana apa yang saya bimbangi terhadapnya tidak sempat menjadi kenyataan. Musa gagal untuk memecah belahkan PAS, Anwar dan Pakatan Rakyat dengan menjadi tali barut atau pun musang berbulu ayam dalam mana-mana parti Pakatan Rakyat.


Sumber : MSO

pendidikan adalah sejenis produk untuk dijual



Pendidikan adalah perniagaan yang tak ada istilah rugi... semuanya untung, untung dan untung saja..
sama macam ah long kasi pinjam duit... lu ingat ah long2 tu kasi sebab nak rugi ke?
Pikir maaaa ... pikirr.. akai ada kan?
selagi ada kaitan dengan wang ringgit, itu namanya perniagaan....
Yang takde kaitan dengan perniagaan tu barulah yg percuma



Perhatian tertumpu pada gaya 'kamikaze' Dr M hadapi isu perbalahan & penyingkiran Najib


Situasi merbahaya nampaknya berada di masa depan parti yang memerintah, UMNO yang sedang 
terdesak untuk memulihkan keadaan bagi memenangi pilihanraya yang diramal sebahagian rakyat akan dimenangi oleh pembangkang dan sebahagian lagi meramal tidak mungkin akan berlaku.Perhatian tertumpu pada gaya 'kamikaze' Dr M hadapi isu perbalahan & penyingkiran Najib Sumber politik memberitahu Malaysia Chronicle bahawa bahagian UMNO di tiga negeri, Johor, Terengganu dan Perak telah mula mengatur strategi untuk menyingkirkan Najib Razak yang bergelumang dengan 
skandal untuk meletak jawatan sebagai PM dan juga 
presiden UMNO.
Bukti terbaru menunjukkan perbalahan dalaman menjadi semakin serius apabila khabar rusuhan kaum telah mula disebarkan oleh blogger pro-UMNO.

Sambil menyelam minum air

Satu lagi khabar yang menggerunkan adalah amaran yang diberi oleh pemimpin yang berkait rapat dengan UMNO seperti Ibrahim Ali dan 
Sharizat Jalil yang menakut-nakutkan rakyat dengan khabar bahawa rusuhan kaum seperi kejadian 13 May 1969 yang telah meninggalkan ramai cedera dan ratusan mati akan berulang.
Pada rusuhan 1969, pemuda Melayu dihasut oleh pemimpin UMNO untuk menyerang etnik Cina dengan hasutan ‘menyelam sambil minum air’.
Matlamat utama adalah untuk menggantikan perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dengan 
Abdul Razak Hussein, yang ironinya adalah bapa Najib. Kedua adalah untuk memberi pemimpin UMNO 
kuasa politik mutlak dan dominasi ekonomi dengan menuduh orang Cina membuli orang Melayu dan cuba menghapuskan hak-hak mereka.
Dalam keadaan UMNO yang mengetuai BN sedang bergelumang dengan skandal seperti seks dan pembunuhan, pemengang kuasa UMNO berkemungkinan besar akan cuba melakukan apa sahaja 
dalam usaha mencengkam kuasa kerajaan pusat termasuk menjadikan Najib dan isterinya 
Rosmah Mansur sebagai kambing hitam.
Panglima-panglima yang jahat ini akan memulakan keadaan huru-hara yang akan memaksa 
TPM Muhyiddin Yassin menangguhkan PRU ke-13 dan berkemungkinan juga akan mengisytiharkan 
darurat sehingga BN yang memerintah Malaysia sejak tahun 1957 mempunyai peluang yang lebih baik 
untuk menang.

Tiga senario

Itu merupakan senario yang paling teruk diantara tiga senario yang berkemungkinan akan berlaku kerana ia akan menjadikan Malaysia negara yang tidak berpemerintah. Negara ini, yang merupakan kedua termoden di Asia Tenggara selepas Singapura akan menjadi sebaris negara yang bergolak seperti Afrika dimana rebutan dan rampasan kuasa serta pemerintahan tentera adalah sesuatu yang biasa berlaku. Kita bernasib baik kerana ini merupakan senario yang tidak mungkin sekali berlaku.
Ada peluang yang lebih baik bagi bekas Menteri Mahathir Mohamad, si tukang karut dalam UMNO untuk menjadi dalang dibelakang Muhyiddin, memaksa kepimpinan bertukar dengan memaksa Najib meletak jawatan dan kemudian menerajui UMNO dalam pilihanraya dengan mengharapkan perjuangan pro-Melayu Muhyiddin untuk meraih undi.

Dengan cara ini, Mahathir akan mengelakkan diri dari dipertanggungjawabkan atas rusuhan berdarah 
dan juga menyebabkan kerugian pelaburan negara dan juga keluarganya yang bernilai berbillion ringgit termasuk kepentingan perniaggan menjadi sia-sia.
Senario ketiga pula ialah, Mahathir mungkin tidak akan berbuat apa-apa pun. Walaupun dia telah 
memberi lampu hijau kepada Muhyiddin untuk melakukan apa sahaja untuk menaikkan kemarahan Najib, 
dia sebenarnya belum lagi memberi kata putus. Jika selepas berusaha keras, tetapi Mahathir masih berpendapat pertukaran di saat-saat akhir akan memusnahkan politik UMNO, dia akan membiarkan 
sahaja Najib menerajui UMNO-BN dalam pilihanraya ke-13 nanti dan mengharapkan yang terbaik.

Guna samseng jolok sarang tebuan

“Mahathir merupakan pejuang kamikaze. Dia tidak memerlukan
 undang-undang darurat jika mahu melaksanakan sesuatu. Lihatlah bagaimana dia menggantikan UMNO lama dengan yang baru. Bagaimana dia memenjarakan Anwar Ibrahim, memperkecil-kecilkan Abdullah Badawi,” pemerhati politik veteran memberitahu Malaysia Chronicle.
“Namun, pilihan menangguhkan PRU ke-13 dan mengisytiharkan undang-undang darurat bukanlah sesuatu yang terbaik baginya. Panglima UMNO tahu bahawa perkara ini berlaku, mereka akan dipenjarakan dan lebih dibenci. 
Bertaruh di peti undi adalah pilihan terbaik. Lagipun, mereka telah menipu daftar undi dengan 
banyak dan memiliki kekayaan yang melimpah-ruah diluar negara, jadi lebih baik mereka berlawan di mahkamah jika pemerintah yang baru mahu mendakwa mereka kerana merompak.”
“Tidak boleh disangkal lagi jika Mahathir cuba menukar PM untuk menaikkan semangat dalam UMNO sebelum bertarung dalam PRU ke-13. Dia sememangnya paling suka akan pertaruhan lebih dari ahli 
yang lain. Dia sanggup menang besar dengan mempertaruhkan imej pro- Melayu Muhyiddin.
Untuk melakukan itu, dia akan menaikkan sentimen Melayu. Selama ini hanya retorik sahaja yang kedengaran. Sekarang kita sudah mendengar tentang rusuhan kaum. Sudah pasti apa yang berlaku seterusnya adalah insiden sebenar. Sumber dalaman memberitahu ada kemungkinan mereka akan memulakan pergaduhan kecil disana sini untuk menyatukan orang Melayu dan mereka akan boleh
 melakukan ini dengan bantuan samseng UMNO, Cina dan India.”

Dilema bagi UMNO

Sekarang, semua menumpukan perhatian pada sambungan pendedaham, Deepak Jaikishan, bekas teman akrab Rosmah 
dan juga Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara. Kedua-dua
 lelaki ini disyaki menjadi ‘pembunuh upahan’ bahagian 
Muhyiddin-Mahathir. Mereka telahpun melepaskan sasaran 
pertama pada Najib dan Rosmah.
Deepak tidak berselindung dalam menuduh Najib menerima jutaan ringgit bagi membolehkan kontrak ketenteraan yang menguntungkan sekutu politiknya, ketua wanita Selangor. Lebih buruk lagi, Deepak memeranjatkan negara apabila dia mendedahkan Rosmah dan Najib juga telah meminta bantuan 
daripadanya untuk menerbalikkan akuan bersumpah kontroversi yang telah melibatkan nama mereka 
dalam pembunuhan Altantuya Shaariibu serta rasuah Scorpene.
Juga mengambil peluang, Musa Hassan yang melepaskan sasaran dengan mendedahkan 
sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri,Hishammuddin Hussien sebagai sering campur tangan 
dalam urusan polis, dan mempengaruhi hasil siasatan.
Bagi pemerhati UMNO, Deepak dan Musa telah memusnahkan peluang terakhir UMNO. 
Ini ibarat saingan Najib dalam UMNO memberinya kata dua, “Adakah kamu masih mahu untuk
 memegang kuasa dengan setelah semua ini didedahkan? Nak lagi?”
Ia tidaklah seperti menikam dari belakang seperti yang disangka orang luar. Pemimpin UMNO 
sedang berada dalam dilema. Ya, mereka sedang bergaduh sesama sendiri kerana berebut kerusi 
dalam PRU ke-13 nanti. Ya, mereka tidak senang akan senarai ‘boleh menang’ Najib tetapi dia 
juga kurang memberi bekerjasama kepada mereka. Tidak hairanlah jika musuhnya juga turut serta
 dalam percubaan menjatuhkannya sebelum pilihanraya kerana keputusan pengundi tidak boleh diagak. 
Akhir sekali, Najib merupakan orang yang paling tidak boleh diharapkan untuk memimpin BN bagi menuju kemenangan dalam PRU ke-13. Ini menyebabkan ramai ahli UMNO mahu Muhyiddin untuk 
menggantikannya. Bagi mereka, UMNO tidak boleh tumbang bersama Najib,” seorang lagi pemerhati memberitahu Malaysia Chronicle.

Najib mungkin akan letak jawatan sebelum PRU ke-13

Sehingga kini, Najib dan Rosmah hanya berdiam diri. Sebagai seorang PM, Najib sepatutnya lebih berkuasa. Ada cakap-cakap bahawa para penasihatnya sedang sibuk merancang strategi untuk melawan tetapi jika diikutkan sifat Najib yang tidak begitu bijak, kemungkinan dia akan menyediakan perangkap yang akan memenjarakan musuh-musuh politiknya tidak mungkin berlaku.
Walaupun dia merupakan anak sulung bekas presiden UMNO yang diagungkan, atau pernah menjadi menteri pertahanan dan juga boleh mengawal polis melalui sepupunya Hishamuddin, Najib tidak mampu mampu mengawal jentera kerajaan dan institusi-institusinya. Kedua-dua dia dan isterinya tidak 
popular akibat skandal dan sikap yang boros jika mereka berbalah dengan Mahathir dan Muhyiddin. 
Mereka pasti akan kalah.
Lebih agresif dari suaminya, Rosmah telah mengugut untuk mendedahkan rahsia gelap dan
 menggemparkan para musuhnya. Ini merupakan perkembangan yang jika benar-benar berlaku 
akan menamatkan riwayat UMNO. Seperti pepatah menyebut, Hell hath no fury like a woman scorned! (Kemarahan wanita ibarat api neraka!)
Walau bagaimanapun, siapa yang mempunyai wang yang paling banyak dan sanggup 
memanipulasi kesudahannya, akan menang dalam UMNO. Orang itu semestinya Mahathir, 
yang didakwa memiliki sebanyak US $44 bilion diserata dunia.
Setakat ini, situasi dalam UMNO sedang kacau bilau dan Mahathri masih lagi belum membuat 
keputusan. Tetapi bagi mereka yang berkuasa dalam UMNO, Najib terpaksa juga meletakkan 
jawatan dalam beberapa minggu lagi untuk memberi laluan kepada PRU ke-13, yang akan dijangka akan diadakan dalam 30 ke 60 hari lagi.
Malaysia Chronicle 

Sumber : Rakyat Marhaen