Memaparkan catatan dengan label Homemade. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Homemade. Papar semua catatan

Ikan Pekasam Beras ResepiRaidah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung2 blog resepiraidah. Sudah terlalu lama resepiraidah tidak mengemaskini blog ini...Untuk pembukaan tahun 2016 ini, resepiraidah akan menunjukkan cara untuk membuat pekasam ikan beras. Resepiraidah menggunakan ikan laut, kerana di Abu Dhabi tidak ada ikan sungai atau darat yang sesuai seperti di Malaysia..

Bahan-bahan:


  • Ikan sungai(air tawar)/darat
  • Garam secukupnya ~ dalam 3 sudu besar
  • Beras ~ digoreng sehingga kekuningan(sukatan saya gunakan, beras 1 pot rice cooker untuk ikan sebanyak 12 ekor sebesar 2 ke 3 jari)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit


Cara penyediaan:

  1. Ikan disiang, gaul air garam dan asam. Kemudian basuh bersih dan toskan.
  2. Ambil garam(anggaran secukupnya, agak2 padan dgn jumlah ikan) gaul dengan ikan dan serbuk kunyit(kalau tak nak letak kunyit pun tak apa). Perap semalaman ikan tadi.
  3. Setelah semalaman, garam yang diperap sudah sebati dengan ikan. Kemudian gaulkan ikan dengan beras yang telah digoreng/sangai dan ditumbuk. Sekiranya ikan tidak melekat dengan beras, basahkan ikan dgn sedikit air dan salut semula dgn beras. 
  4. Buat ikan sehingga habis dan simpan/susun di dalam bekas. Perap selama seminggu sebelum sedia untuk digoreng.

** Ada yang meletakkan asam keping atau asam jawa. Tapi saya hanya menggunakan garam dan beras sahaja. 


Beras yang telah digoreng sehingga kekuningan


Beras yang telah ditumbuk/blend~jgn terlalu halus

Ikan yang telah digaul garam kunyit semalaman

Ikan yang telah siap dibalut dengan beras dan sedia untuk diperap

Pes Cili Dan Pes Bawang (Homemade)

Semenjak ada anak kecil ni, saya memang sentiasa menyediakan pes cili dan pes bawang. Tujuannya adalah utk memudahkan kerja memasak. Tak perlu lagi nak menunggu lama utk menumis cili ataupun bawang. Maka bolehlah saya menumpukan lebih perhatian kepada sikecil dan juga abg2nya...

Bahan-bahan:

100 gm cili kering (bergantung kpd kepedasan cili yg diperlukan) ~ potong kecil dan direbus, basuh dan toskan
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan dihiris
300 bawang putih ~ belah 2
Sedikit garam dan gula
1/2 liter atau secukupnya minyak.

Cara saya menyediakan:

1. Panaskan minyak, goreng bawnag putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan goreng sehingga bawang agak layu.
3. Masukkan pula cili yang telah direbus tadi dan goreng sehingga cili tersebut masak dan airnya kering. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Kemudian kisar semua bahan yg telah digoreng tadi bersama minyak gorengan.
5. Kemudian goreng semula bahan yg telah dikisar dgn menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Tambahkan sedikit garam dan juga gula. Sedia untuk digunakan.


Bawang putih, bawang merah dan cili yg dipotong sedang digoreng..


Bahan yang telah dikisar dan digoreng semula..



Pes cili yg sedia untuk digunakan..



PES BAWANG

Bahan-bahan:

1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara saya menyediakan:

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.

Mee Kuning (Homemade)

Bila membuat mee, anak2 suka dan rajinlah nak menolong. Biasalah anak2 rajin menolong tu sebab nak main dengan tepung yang sebenarnya. Masing2 mulalah ambil sedikit doh yg telah siap untuk dijadikan mainan. Dalam main2 tu, mereka ni tolong juga ibunya pusing mesin mee. Kalau tidak penatlah ibu buat sorang2. Resepi mee kuning saya cari dari myresipi.

Bahan-bahan:

500 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil air kapur
Sedikit kunyit
Sedikit garam
Air**
**Sukatan untuk air ~ 1 biji telur + air = 220ml . Kemudian campurkan air kapur, garam dan kunyit.
Sedikit tepung untuk taburan
Minyak secukupnya.

Cara penyediaan:

Uli tepung dgn tangan:
1. Ayak tepung ke dalam mangkuk, buat lubang ditengahnya.
2. Masukkan campuran/bancuhan air tadi ke dalam lubang tepung yg dibuat tadi.
3. Uli sehingga sebati dan doh menjadi kenyal.
Menggunakan mixer (saya guna yg ini):
~
Masukkan tepung ke dalam mixer. Campurkan bancuhan air dan 'on' kan mixer dan uli sehingga menjadi doh.
**Doh mee agak kering dan keras.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
5. Ambil 1 bebola, leperkan sedikit kemudian masukkan ke dalam mesin (gunakan no 1)
6. Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin.
7. Kemudian pilih ketebalan yg dikehendaki (saya gunakan no 4) untuk menggelek terakhir sebelum dimasukkan ke bahagian mee.
8. Sapukan sedikit tepung diatasnya sebelum dimasukkan ke bahagian juraian mee supaya mee tidak melekat.
9. Ulangi membuat sehingga semua doh habis.
10. Setelah habis membuat mee, panaskan periuk. Setelah air mendidih, masukkan mee dan rebus/celur sekejap saja. Lebih kurang 2-3 minit.(Rebus/celur mee sedikit2, jgn letak semua sekali).
11. Tapis mee dan cuci dgn air paip. Toskan.
12. Kemudian gaul mee dgn sedikit minyak untuk mengelakkan daripada melekat. Bolehlah digunakan untuk membuat pelbagai masakan mee.

Masukkan tepung dan bahan2 lain ke dalam mixer dan ulikan hingga menjadi doh.

Mesin doh dengan menggunakan mesin mee bermula dari no 1 dan no 4 sebelum dibuat mee.

Masukkan ke tpt mesen juraian mee untuk dijadikan mee.

Setelah mee siap, rebus mee.

Mee yang telah siap direbus dan digaul dengan sedikit minyak.

Telur Masin (Homemade)

Bila di perantauan ni, banyak makanan kena buat sendiri..Macam telur masin, bila rasa teringin nak makan rajinlah membuatnya..Biasanya telur masin yg saya buat, dalam masa 15 hari bolehlah direbus. Guna telur ayam je, mana nak cari telur itik..

Bahan-bahan:

6 biji telur
Garam kasar ~ dalam 1/2 - 1 cawan
Air ~ dalam 1/2 liter
Cara saya menyediakan:

1. Bersihkan/basuh telur (saya guna span bahagian yg kasar)
2. Didihkan air, masukkan garam dan kacau sehingga garam larut. Saya akan tambah garam sedikit demi sedikit sehingga garam tidak lagi larut. Jadi airnya betul2 masin.
3. Angkat dan biarkan sehingga sejuk.
4. Masukkan air ke dalam bekas yang sesuai (balang plastik/kaca) dan masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dan tutup bekas. (simpan kat luar, bukan dlm peti ais)
5. Selepas 2 ke 3 minggu, bolehlah telur direbus. Bergantung kepada kadar kemasinan air garam yang disediakan.

Telur masin yang telah direbus..

Homemade Rempah Kabsa

Saya rasa di Malaysia tidak ada kedai yang menjual rempah kabsa, jadi saya telah mencari di internet apakah bahan2nya. Disini saya ceritakan cara mudah untuk membuatnya. Rempah ratus yang digunakan adalah rempah ratus yg biasa kita gunakan dlm masakan kita juga. (Klik pada gambar untuk melihat bahan2 dengan lebih jelas)

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.

Rempah kabsa yang telah siap dikisar

Tumis Bawang

Dlm bulan puasa ni saya membuat pes bawang utk memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak. Bila dah ada pes ni tak perlulah nak mengupas, menumbuk dan menumis bawang yg selalunya mengambil masa. Ni caranya...
Bahan-bahannya mudah je, bawang putih dan bawang merah diblenderkan. Kemudian tumislah sehingga garing. Bila dh sejuk, masukkan ke dlm peti ais.Bila nak masak, cuma letak je pes bawang dlm kuali dan bolehlah letakkan ape2 bahan yg hendak dimasak..

Ikan Kembung Pekasam Abu Dhabi


Kalau dh ddk kat perantuan ni mana nak cari ikan2 pekasam ni..so bila sesekali teringin nak makan tu kenalah try membuatnya..ikan darat tak ada kat sini sebagai gantinya i tukarkan kepada ikan kembung yg kecil..hasilnya boleh tahan juga, menjadi..tak payahlah nak tunggu blk m'sia..
Bahan-bahan:
10 ekor ikan kembung (kalau kat m'sia tu gunalah ikan darat atau sungai seperti lampam,sepat, talapia dsbnya)
1 gengam garam kasar @ secukupnya
50g asam keping/gelugur @ secukupnya
Serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Bersihkan dengan air dan tuskan hingga betul-betul kering.
2. Gaulkan ikan dengan garam, asam keping dan serbuk kunyit.
3. Selitkan 2 atau 3 keping asam gelugur ke dalam perut setiap seekor ikan.
4. Susun ikan di dalam bekas bertutup. Tutup kemas-kemas. Biar selama 2-3 malam.
5. Selepas tu bolehlah disimpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
Cara masak:
1. Boleh terus digoreng atau dibasuh sedikit bagi mengurangkan kemasaman/kemasiman ikan pekasam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasam dengan api perlahan sehingga masak dan garing.
3. Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan.
4. Kalau suka lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris (cili api atau cili merah).
5. Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau (jika suka).

6. Sedia untuk hidangkan.

* Lebih sedap dimakan bersama sambal belacan dan ulam..

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.