Kuih Muih Arab


Kelmarin ke kedai roti arab, ternampak beberapa jenis kuih muih untuk hidangan berbuka, jadi saya membeli beberapa jenis untuk mencuba, semuanya manis-manis dan kebanyakan intinya adalah cheese...

Puding Caramel Bulan Puasa



Ini gambar terbaru cream caramel bulan puasa, resepinya ada disini...

Sosej Roti Arab

Resepi ni serupa macam resepi sosej roll tapi kali ini saya menggunakan roti arab sebagai ganti roti sandwich..

Bahan-bahan:
Beberpa keping roti arab dipotong ~ gambar roti arab ada di sini..
Sosej ~ direbus
Breadcrumbs
Tepung gandum ~ bancuh dgn air sebagai gam utk roti
Telur
Minyak utk menggoreng.


Cara penyediaan:
1. Ambil roti dan letakkan sosej. Kemudian gulung dan sapukan bancuhan tepung gandum dihujung roti utk melekatkannya.
2. Selepas tu celupkan roti tadi ke dalam telur dan golekkan roti ke dalam breadcrumbs dan goreng roti tadi sehingga kuning keemasan.
3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Popia Basah Sempoi

Inilah pertama kali saya mencuba popia basah. Maklumlah berpuasa di Abu Dhabi ni tiada siapa yg menjual, jadi nak makan buat lah sendiri..

Bahan-bahan untuk kulit:
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
Sedikit garam garam

Cara penyediaan:
1. Gaul kesemua bahan dan perap 1 jam.
2. Kemudian, ambil non stick pan dan panaskan dengan menggunakan api sederhana.
3. Ambil sejemput tepung tadi dan oleskan pada kuali tu dgn gerakan dari luar kedalam. Buat pusingan satu arah sahaja.
4. Biar kering dan angkat, tidak perlu diterbalikkan.

Bahan-bahan inti:
1 btg carrot ~ disagat/hiris halus
1 mangkuk kobis yg telah dihiris halus
2 mangkuk taugeh
1 biji bwg besar ~ mayang
2 sudu besar udang kering dikisar
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukupnya.

Cara penyediaan:

Tumis bwg besar dan udang kering.Kemudian masukkan carrot & kobis. Masak sehingga sayur layu. Akhir sekali masukkan taugeh dan matikan api. Angkat dan tapis supaya kuah sayur tadi keluar.

Bahan-bahan untuk sos:
2 labu bawang besar ~ di mayam kasar dan digoreng
2 ulas bawang putih ~ belah 2 dan digoreng
5-6 tangakai cili kering ~ di rebus, tapis dan digoreng
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
1 sudu tepung jagung ~ bancuh dgn 1/4 cawan air
1 sudu besar gula merah (saya guna brown sugar)
Gula dan garam secukupnya.

Cara penyediaan:
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering yg telah digoreng tadi.
2. Di dalam kuali/periuk, masukkan bahan kisar, cili sos, sos tiram, gula merah dan sedikit air.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung. Ini bertujuan untuk memekatkan sos.
4. Perisakan dgn garam dan gula.

Bahan sampingan:
Kacang tanah ~ disangai, buang kulit dan ditumbuk.
Bawang goreng.

Cara menghidang:
Ambil kulit popia. Sapukan rata dgn sambal di seluruh permukaan. Kemudian taburkan kacang tumbuk dan bawang goreng. Kemudian bubuhlah inti sayur dan gulung. Sedia dihidang..

Kuih Cara Manis


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya

Cara membuat:
~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Solok Lada Arab


Hari ni buat solok lada tapi saya dah ubah suai resepi asal dgn menokok tambah bahan2nya..
Bahan-bahan:
6 biji cili hijau ~ dibelah tengah, jgn sampai putus dan rendam dgn air garam lebih kurang 5minit
3 ekor ikan kembung (mentah) ~ ambil isinya dan ditumbuk, jgn terlalu lumat
1 biji bawang besar ~ ditumbuk
1 ulas bawang putih ~ ditumbuk
5 biji cili api (nak pedas tambah lagi) ~ ditumbuk
1 mangkuk kelapa parut ~ ditumbuk, jgn terlalu lumat
1 cawan santan pekat
Sedikit daun ketumbar ~ dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:
1. Gaulkan kesemua bahan yang telah ditumbuk tadi dengan daun ketumbar, garam dan gula sehingga sebati semua bahan ~ sudah jadi inti solok.
2. Sumbatkan inti solok ke dalam cili yang dibelah sehingga penuh. Buat sampai habis.
3. Susun cili solok itu di dalam periuk. Pastikan inti solok di bahagian atas.
4. Tuang santan pekat ke dalam periuk secara perlahan-perlahan.
5. Tutupkan periuk dan dimasak di atas api yang sederhana.
6. Bila dah kering santannya bolehlah diangkat.

Sedia dihidangkan..

* Resepi asal menggunakan lada hitam dan daun ketumbar tidak digunakan.

Roti Jala Dendang Perantau


Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
secubit garam
2 sudu besar minyak

Cara membuatnya:
Campurkan semua badan-bahan di atas, kacau sehingga sebati kemudian tapis untuk elakkan adunan berketul
Panaskan pan non stick dan lenserkan dgn sedikit minyak
Tuangkan adunan ke dalam acuan roti jala dan tebarkanlah di atas pan sehingga penuh
Bila dah masak, lipatkan menjadi segitiga dan angkat
Hidangkan bersama kari ayam/daging.

Untuk resepi kari ikan boleh di dapati disini...

Nota: Jika adunan tidak dpt turun dgn lancar melalui lubang acuan kena tambahkan lagi sedikit air.

Gulai Jantung Pisang Abu Dhabi

Bahan-bahan:
Jantung pisang
Santan ~ secukupnya
2 batang serai, dititik
1 keping asam keping(gelugor)
Sedikit serbuk kunyit
Garam, gula dan stok ikan bilis (jika suka)
Bahan dikisar:
1 biji bawang besar
4-5 batang cili api ~ nak pedas tambah lagi
Sedikit ikan bilis
1 cm belacan
Cara penyediaan:
1. Potong jantung pisang, cuci dan rebus hingga 3/4 lembut, toskan dan bilas dgn air sejuk.
2. Dalam periuk, masukkan jantung pisang tadi, serai titik, bahan2 dikisar, asam keping, serbuk kunyit dan santan.
3. Letak atas dapur dan masak hingga mendidih. Kacau selalu dengan menggunakan api sederhana.
4. Kemudian perisakan dgn garam, gula dan stok ikan bilis (jika suka).
5. Kacau seketika dan bolehlah diangkat.
Sedia dihidang.

Pisang Goreng

Dalam bulan puasa ni kekadang tekak tu meragam jugaklah nk makan macam2kan..ari ni terasa lah pulak nak makan goreng pisang..kat Abu Dhabi ni manalah nak dapat mcm2 pisang yg boleh digoreng mcm kt m'sia tu.. beli pisang berangan yg baru nk kuning2 tu, pisang tulah yg dijadikan pisang goreng..pisang ni taklah manis bila digoreng tapi blhlah. Kalau makan dengan madu ke, sirap gula atau ais krim barulah sedap....
Bahan-bahan:
Pisang
2 cawan tepung beras
1 biji telur
Garam
kunyit
Sedikit air kapur
Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Bancuhkan tepung, telur, garam, kunyit, air kapur dengan air sehingga cukup cair.
2. Panaskan minyak yg banyak dalam kuali sehingga cukup panas.
3. Celupkan pisang dalam adunan bancuhan tepung dan masukkan dalam kuali.
4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
5. Bila dah nampak agak garing angkat dan toskan.

Sedia dihidang..

Popia Goreng

Bahan-bahan:
Bahan kulit popia ~ secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn 3 sudu besar sebagai gam kulit popia.
Bahan untuk inti:
Udang ~ dipotong dadu
2 cawan taugeh
1 batang carrot ~ disagat/potong halus
1 mangkuk kobis ~ dimayam
1 labu bawang besar ~ dimayam
3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yg ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang, bawang besar dan carrot, kacau rata.
3. Masukkan kobis, garam dan gula. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun ke dalam mangkuk.
5. Bubuh inti popia ditengah kulit popia dan gulungkan sehingga hujung dan gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
7. Bila telah kekuningan bolehlah angkat dan toskan minyak.

Sedia dihidang...

Karipap

Bahan-bahan:
Bahan Doh:

1kg tepung gandum
125gm butter
1/4 cawan minyak masak
1 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 1/4 cawan air
Cara penyediaan:
1. Panaskan butter bersama minyak masak sehingga butter cair.
2. Di dlm satu bekas campurkan tepung, telur, butter&minyak yg telah dicairkan, garam dan gula.
3. Gaul dengan hujung jari sehingga campuran menjadi peroi.
4. Curahkan air sedikit demi sedikit sambil tangan kanan terus menguli adunan. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Bulat-bulatkan mengikut saiz pilihan. Gelek nipis dan isikan inti. Kelim kemas dan goreng.
Inti:
Bahan-bahan:
1 kg kentang ~ dipotong dadu (direbus sehingga empuk)
1/2 kg daging ~ dicincang
5 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 tangkai daun kari
2-3 sudu serbuk kari daging ~ dibancuh dgn sedikit air
Sedikit air
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga garing.
3. Masukkan daging dan biarkan sehingga daging masak.
4. Masukkan kentang, garam, sedikit gula dan air. Masakkan seketika sehingga air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan dan sedia utk membuat karipap.

Apam Balik Tak Balik Puasa Kat KL


Ni gambar apam balik yg baru dibuat di Abu Dhabi ni, resepinya ada disini....

Chara Berlauk


Hari ni buat kuih cara berlauk tapi intinya saya buat mcm inti karipap aje, cuma ditambahkan dgn sedikit capsicum..
Bahan Inti:
1 cawan daging kisar
3 biji ubi kentang ~ dipotong dadu
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
Setengah biji capsicum ~ dihiris
2 sudu rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan rempah kari dan daging. Kacau hingga kering airnya. Campur kentang dan bawang besar. Masak sehingga kentang empuk. Kemudian masukkan pula lada benggala. Tambah garam dan gula secukup rasa, angkat dan biar sejuk.
Bahan Cara:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
Pewarna kuning
1 sudu kecil garam
Cara penyediaan:
1. Bancuh tepung gandum bersama santan, telur, pewarna kuning dan garam. Kacau rata2 hingga adunan tidak bergentel (tapis jika perlu).
2. Panaskan acuan cara di atas api perlahan. Lengser dengan sedikit minyak masak.
3. Tuang adunan ke dalam acuan sehingga memenuhi empat-perlima bahagian.
4. Sudukan daging di tengah-tengahnya.
5. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak.
6. Angkat dan sedia dihidang.

Kembung Sumbat

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung ~ dibelah belakang, buangkan tulang dan keluarkan isinya
1/2 biji kelapa parut
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
1 batang serai ~ dihiris dan ditumbuk
5 biji cili api ~ ditumbuk
1 biji cili merah ~ dihiris
Sedikit daun kesum ~ dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan:
1. Isi ikan yg telah dikeluarkan tadi, ditumbuk dengan kelapa hingga lumat.
2. Kemudian gaulkan isi ikan dengan bahan2 yg telah ditumbuk & dihiris. Tambahlah garam dan gula secukupnya.
3. Sumbatkan bahan-bahan yg telah digaul besama isi ikan & kelapa tadi ke dalam ikan.
4. Kemudian lumurkan ikan dengan garam & kunyit.
5. Panaskan minyak & goreng ikan sehingga garing. Sedia untuk dihidang..

Tumis Bawang

Dlm bulan puasa ni saya membuat pes bawang utk memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak. Bila dah ada pes ni tak perlulah nak mengupas, menumbuk dan menumis bawang yg selalunya mengambil masa. Ni caranya...
Bahan-bahannya mudah je, bawang putih dan bawang merah diblenderkan. Kemudian tumislah sehingga garing. Bila dh sejuk, masukkan ke dlm peti ais.Bila nak masak, cuma letak je pes bawang dlm kuali dan bolehlah letakkan ape2 bahan yg hendak dimasak..

Kuih Lapis Pandan

Bahan-bahan:
A
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
B
Perisa pandan ~ boleh juga menggunakan jus pandan
Pewarna hijau
Cara penyediaan:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan perasa pandan dan pewarna hijau dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan hijau dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan hijau dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan bolehlah dipotong.
Sedia untuk dihidangkan.

Salad Mee Hoon

Kali ini saya cuba membuat resepi mee hoon salad..selalunya mee hoon ni kita akan buat mee hoon goreng atau buat mee hoon sup..sesekali tukarlah pulak selera..
Bahan-bahan:
200gm mee hoon ~ rendam dan direbus, toskan
1 keping salmon ~ dibakar dan dipecah2kan isinya ( kalau tak ada salmon, boleh digantikan dgn ayam/daging
1 batang karot ~ dipotong memanjang
1 biji timun ~ dipotong memanjang
6 helai lattuce ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 biji tomato ~ dibuang biji dan dihiris

Bahan sos:
3-4 sudu minyak zaitun
4 biji cili api ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
3 sudu jus lemon ~ nk masam blh ditambah lagi
Garam, gula dan serbuk lada hitam ~ secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Masukkan mee hoon, salmon dan bahan-bahan salad ke dalam mangkuk.
2. Letaklah sos salad dan digaulkan rata.
Sedia untuk dihidang..
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.