Memaparkan catatan dengan label lima kupang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lima kupang. Papar semua catatan

18 Jun 2009

Lima kupang: Melayu itu makin kuat, Ameno yang makin lemah

Harussani harini dipetik Utusan sebagai berkata bahawa Melayu dan Islam semakin lemah, dan hanya akan boleh kembali kuat kalau PAS dan ameno bergabung.

Aku terfikir pak syeikh ni mau lobi jadi calon Manik Urai ka? Heh.

Aku respek ulama', dan oleh itu aku juga respek Harussani. Aku reserve komen aku pada beliau. Tapi aku cuma nak sentuh tentang Melayu dan Islam yang lemah.


28 Mei 2009

Lima Kupang: Komunis : 1Malaysia tidak bangang!

Oleh Matkeri

Zahid Hamidi sekarang dah mula nunjuk belang. Dah mula nak jadi panglima perang. Isunya? Komunis. Malam tadi dalam tivi bukan main lagi dok acah2 kata tentera kerjasama dgn polis nak lawan pengaruh komunis yang kononnya kelihatan semakin menular dalam negara.

Isu komunis ni bermula bila adanya tuntutan daripada bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk kembali ke Malaysia setelah hidup dalam buangan. Dari situlah bermulanya isu komunis ini, sampai melarat-larat ke pihak polis.

Masalahnya di sini? Kerajaan cuba sekali lagi nak kompiuskan 1Malaysia. Nak gambarkan bahawa komunis akan kembali menapak di Malaysia. Huru hara akan berlaku, Tanah Melayu akan kembali darurat, dan Jins Shamsudin bakal mengarahkan Bukit Kepong 2 selepas ini. Bekas orang Parti Komunis yang dah betobat nak balik ke Malaysia, 1Malaysia ditakutkan dengan huru hara!

Rileksla Dol! 1Malaysia sekarang sudah faham perjuangan komunis di Tanah Melayu dulu. Mereka semua adalah penduduk Tanah Melayu yang bangun menentang penjajah dengan bekompromi dengan musuh penjajah. Kebetulan pada masa itu musuh Jepun adalah China dan musuh imperialis adalah komunis, dan kebetulan China adalah komunis dan boleh bekal senjata untuk melawan senjata, maka komunis lah jadinya. Cuba pada waktu itu Empayar Khalifah masih kuat, kemungkinan besar tak akam wujud Parti Komunis. Mungkin Jihad Islamiyah. :)

Dan 1Malaysia juga dah faham bahawa PKM bukan melawan kerajaan, tetapi sebaliknya menentang penjajah British, dan selepas merdeka mereka masih meneruskan penentangan kerana merea menganggap kerajaan selepas merdeka adalah kerajaan boneka penjajah. Mereka menjadi komunis sebab musuh emperialisma pada masa itu hanyalah komunis. Walaupun 1Malaysia tidak bersetuju dengan fahaman komunis, tetapi 1Malaysia tahu bahawa yang bersungguh2 lawan penjajah buku dengan ruas bukanlah ameno, tapi komunis dan parti2 yang enggan berkompromi dengan penjajah. Ameno adalah golongan elitis yang berakar dari budak suruhan British, dilatih, diajar dengan sistem Inggeris sehingga timbul rasa taksub kepada seluruh hidup bangsa penjajah yang akhirnya, sampai sekarang, walaupun 1Malaysia sudah konfiden, 1Malaysia sudah rajin dan bersedia, ameno masih terus2an merendahkan bangsa sendiri berbanding penjajah!

Ya, terbukti 1Malaysia menolak komunis dan menerima demokrasi. 1Malaysia hanya mahukan kerajaan ameno mengiktiraf bahawa mereka yang dihalau ini juga telah berjuang melawan penjajah, buku dengan ruas, peluru dengan darah. 1Malaysia tidak menuntut ameno mengiktiraf parti komunis. 1Malaysia juga tidak mahukan fahaman itu dibenarkan dalam sebuah negara yang Bertuhan ini. 1Malaysia hanya mahukan ameno akui sejarah, akui kebenaran, dan akui fakta bahawa sedang ameno sibuk megampu penjajah dan berkowtim dalam menuntut kemerdekaan, ada golongan yang berkeras mempetahankan hak negaranya sehingga ke titisan darah yang terakhir!

1Malaysia menuntut agar sejarah ini tidak dikonfiuskan lagi demi untuk terus memperlihatkan ameno sebagai satu2nya yang berjuang menuntut kemerdekaan. 1Malaysia tahu bahawa ameno hanya berkowtim dalam mendapatkan kemerdekaan sedangkan tekanan sebenar datangnya daripada pejuang2 yang menuntut kemerdekaan mutlak. Kemerdekaan yang mana setiap tahun boleh membangkitkan semangat juang anak muda. Kemerdekaan yang boleh menjadikan rakyatnya berdiri megah dengan kekuatan menolak penjajaan. Kemerdekaan yang sebenar yang dikecapi oleh negara2 lain yang menghalau penjajah dengan peluru dan belantan.

Kerana 1Malaysia sudah muak disajikan dengan drama Bukit Kepong setiap kali sambutan kemerdekaan. Sebab 1Malaysia sudah faham, yang dilawan oleh komunis dan pejuang bukanlah rakyat Tanah Melayu yang merdeka, tetapi askar2 kepada kerajaan boneka.

1Malaysia menolak fahaman komunis. Dalam masa yang sama 1Malaysia mahukan sejarah tidak diputar belit. Kerana 1Malaysia bukan lagi bodoh seperti yang diharapkan.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

24 April 2009

Najib, Altantuya, Jambatan Bengkok, dan 30%

Mahadet tiba2 berbunyik tentang Altantuya dan Najib! Wow! Ini sudah menarik. Aku rasan inilah kali pertama mahadet bercakap secara terbuka mengenai skandal ini. Kali ni aku sangat bersetuju dengan cadangan mahadet untuk laki Rosmah membersihkan namanya daripada tuduhan rasuah dan pembabitannya dalam pembunuhan kejam, zalim, dan penuh konspirasi ke atas wanita Monggolia. Satu2nya kenyataan yang boleh membuatkan aku angkat topi pada mahadet - kalau dia ikhlas.

Tetapi, kenapa tiba2 mahadet bunyik macamtu? Aku tak tau. Sepatutnya dia bunyi macam tu SEBELUM Najib naik jadi PM, dan bukannya selepas. Sebab, kalau dilakukan sebelum, itu menunjukkan keikhlasan dan keinginan mahadet dalam memastikan bakal PM itu bersih. Tapi kalau dilakukan selepas jadi PM sedangkan perkara yang disebut dah menjadi keresahan rakyat bertahun2, pada rakyat, ada semacam bau2 blackmail... *snif snif*

Mungkin jambatan masih belum boleh dibengkokkan? ;)

Anyway, tahun ini juga kita berjaya sekali lagi menjual hak kita pada orang luar, terima kasih kepada ameno - parti yang KONSISTEN menjual negara dan bangsa tetapi menuduh pembangkang AKAN melakukannya. Laki nombo dua Rosmah baru umumkan penghapusan 30% ekuiti bumi dan lokal dalam "sub sektor" (letak sub nak bagi bunyik kecik dan tak penting?) semata2 untuk menarik minat pelabur yang dah berminat dengan kita. Utusan spin berita ni sampai berpinau. Selepas berkompromi dengan penjajah, bekerjasama dengan CIA dan perisik British waktu konfrontasi Indonesia, menyerahkan Singapura, diabaikan Pulau Pinang, "berkelamin" dengan Israel dan Amerika, dibuka tanah di Johor, dijual bahasa Melayu dengan PPSMI, sekarang mereka bakar 30% periuk nasik orang lokal (utusan tak sebut bumi, tapi lokal). Dalam masa yang sama, ameno masih menakut2kan rakyat dengan menuduh pembangkang AKAN melakukan semua ini jika mereka memerintah. Ironi.

Dan dalam tahun ini jugak, kita, rakyat Malaysia, sekali lagi dimalukan oleh Perdana Menteri kita sendiri. Kalau mahadet, kita dimalukan dengan kenyataannya tentang Anwar menumbuk mata sendiri. Zaman Paklah, kita dimalukan dengan kenyataannya bahawa DNA ada tarikh luput. Di zaman laki Rosmah pulak, kita dimalukan dengan kenyataannya yang takut nak berlawan dalam pilihanraya kecik!

Selembut2 Paklah. Semengantuk2 Paklah. Setenang2 Paklah, dia tak pernah undur kalau orang ajak lawan! Permatang Pauh yang dia sendiri tau kerat jari pun BN tak akan boleh menang, dengan selambanya dia lawan! Lepas kalah di Kuala Terengganu, dia masih lagi senteng lengan lawan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Walaupun cedera parah ditumbuk, terajang, tendang, dan dicincang lumat, tapi kalau orang ajak lawan, dia lawan! Ini baru orang kata Melayu!

Najib? Mahap kata la no. Kata tadak teloq, orang komplen kata aku ni kasaq sangat. Tapi nak kata apa lagi? Baru jadi PM dan kalah 2 kawasan, ketaq habih pala lutut. Takdan SPR umum kerusi tu kosong ka dak. Takdan orang lain nak ambik peduli tentang Penanti, dia dah awal2 angkat tangan serender. Aduuuiiii. Malu kita weh ada PM penakut macam ni! Inilah Presiden ameno yang paling penakut yang pernah rakyat Malaysia jumpak.

Sedara sedari adik kakok yang tengah membaca blog sekarang ni, cuba korang pikiaq tengok kita ni sedang berhadapan dengan apa? PM penakut, yang penuh dengan skandal, dan dikatakan dikontrol oleh bini. Cuba bayangkan jika negara luar ada bukti2 kukuh tentang penglibatannya dengan Altantuya atau skandal2 yang lain. Aku tak mencadangkan, hanya menyeru kita untuk berimaginasi sedikit. Bayangkan apa yang PM kita sanggup lakukan untuk bukti2 itu tidak dikeluarkan oleh negara2 yang mengetahui? 30% ekuiti? Aku tidak menuduh dan menghasut, cuma memberi sedikit stimulasi kepada otak kalian semua untuk berfikir.

Kita sekarang mempunyai PM penakut, dan hanya kuat bila berlindung di belakang undang2 drakonian yang ruang lingkupnya hanya di dalam Malaysia. Tanah Melayu sekarang menghadapi masa yang sangat muram. Kenapa? Kerana orang ameno yang sibuk bercakaran untuk menjatuhkan Paklah yang dikatakan lembik, tetapi tak sedar bahawa yang bakal naik itu bukan sahaja lembik, malah lunyai dan boleh dipekasamkan oleh sesiapa sahaja.

Negara makin dihancurkan satu persatu oleh ameno. Hak rakyat dicabut dan dirampas di depan mata. Hak orang Melayu diragut oleh mereka yang dikatakan satu2nya "pelindung" hak2 Melayu. Dan kita terus ditakut2kan oleh ameno bahawa semua ini AKAN dilakukan oleh pembangkang apabila mereka memerintah nanti!

Mahadet pula terus2an menggunakan pelurunya untuk memastikan Najib mengikut telunjuknya, buka memastikan Najib melakukan perubahan untuk kebaikan Malaysia.

Simpan balik tempayan kita. Mendung sekarang tidak menjanjikan hujan, sekadar memberikan peluang untuk kita bersedia berhadapan dengan kemarau yang panjang.

17 April 2009

Najib : Belum lawan dah banyak alasan!







Jadi, secara tiba2 pilihanraya menyusahkan rakyat? Laki si Rosmah dan seluruh menteri2 kabinet Ikea hari ni secara bersatu hati mengatakan bahawa pilihanraya menyusahkan rakyat dan membuang masa. Sekali dengaq macam orang takut pun ada.

Kenapa laki si Rosmah ni kata pilihanraya menyusahkan dan membuang masa? Apa pulak kaitan pilihanraya dan buat kerja urus ekonomi negara? Yang nak bertanding nanti bukannya Negara, bukannya Parlimen. Yang nak mengundi nanti cuma rakyat kat satu ADUN saja. Apa yang nak kalut sangat?

Ekonomi? Hang dok la pejabat PM nanti buat kerja. Dok kalut turun kempen buat apa? Bukan tempat Mat Yakob yang nak bertanding ni. Bukan Zeti yang nak jadi calon. Bukannya duit kempen mai dari MARA ataupun kerajaan. Buat la kerja urus ekonomi. Pasaipa nak gelabah marah2 tuduh pilihanraya ni berunsur politik?

Lagipun dengan adanya pilihanraya kecik ni secara tak langsung menggalakkan pelancongan domestik. Merancakkan ekonomi setempat. Dan dapat mempromosikan kawasan2 terpencil kepada dunia luar. Nah, apa yang nak dirisaukan dengan ekonomi?

Menyusahkan rakyat? Sapa yang suruh buat pilihanraya pada masa orang bekerja? Buatla hari cuti. Nak lagi senang, buat 1 Mei nanti - hari pekerja. Sapa pun tak susah nak lari keluaq pejabat pi mengundi. Kalau kata sesak lalulintas sebab dok buat ceramah, bagi la semua parti masuk tivi. Buat debat dalam tu. Bagi permit penyiaran untuk ceramah time tu. Bagi masuk radio. Bagi ruang dalam paper. Kurang la ceramah. Lapang la jalan. Apa masalahnya?

Membazir duit? Kurangkanlah lori dan trak FRU yang mai dok bagi gempaq orang kampung. Lagipun ni cuma ADUN, bukannya Parlimen. Tempat pun besaq kelemboi saja. Bazir banyak mana sangat?

So, apa masalahnya sekarang? Aku tak nampak masalah pun. Yang nampak ialah alasan. Dan orang penakut memang banyak cari alasan untuk tamau lawan.

Penakut ka? Sudah pasti. Sebab kalau berani, takkan mudah2 boleh jadi Perdana Menteri?

Hehehe

15 April 2009

Wahai umat Melayu, ayuh bersatu!






Hari ni bergegak gempita seluruh Tanah Melayu bilamana Utusan Malaysia memaparkan headline mengajak umat Melayu bersatu. Katanya, Melayu perlu bersatu sebab bangsa lain dah mintak macam2. Betoi atau tak bangsa lain mintak macam2, itu aku tatau, yang aku tau kalau aku tulis lebih2 pasal perkauman ni nantih, kompom tidoq Kemunting. Utusan takpa. Aku, tak bulih.

Tapi aku pun tamau nak sanggah cerita Utusan harini. Sebab aku pun setuju dengan headlinenya yang paling besaq iaitu "Melayu perlu kembali bersatu" - lebih kurang bunyiknya. Bagi aku, ya, itu adalah benar! Tepat, dan tidak terherot walau satu darjah pun. Melayu memang harus kembali bersatu!

Lihat apa dah jadi pada Bukit Gantang bila Melayu tak bersatu? Lihat apa dah jadi pada Bukit Selambau bila Melayu berpecah. Lihat apa dah jadi pada Malaysia sekarang bila Melayu dah tak bersatu hati. Sekali lagi aku ulang, tanpa ragu, tanpa sebarang keraguan, Melayu harus kembali bersatu.

Oleh itu, pakcik makcik, adik kakok, jika kalian Melayu. Jika kalian merasakan bahawa Malaysia harus terus dibangunkan. Jika kalian ingin melihat Malaysia yang lebih adil, aman, dan sejahtera, ayuh kembali bersatu! Kita kembali kuatkan semangat kita bersama bangsa2 lain di bawah payung Pakatan Rakyat!

Jika Melayu bersatu di bawah Pakatan Rakyat, Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan menjadikan ameno terus lupus di muka bumi.

Tinggalkan ameno yang terkapai2 sekarang tapi masih sempat untuk terus2an berasuah, menindas, dan memodohkan rakyat. Tinggalkan Barisan Nasional yang masih terus bongkak, sombong, dan taksub dengan kuasa yang dipinjamkan kepada mereka. Tinggalkan pemimpin2 elitis "melayu" yang bergebang tentang semangat melayu, tetapi menghantar anak2 mereka ke sekolah2 international, yang makannya bergarpu, dan menarinya ber"tanggo". Ayuh, kita bersatu untuk mencemuh perempuan2 "melayu" ameno yang perang rambutnya mengalahkan meja setboard, dan kembangnya jambul mereka mengalahkan bonggol unta! Mari kita tinggalkan anak2 pemimpin Barisan Nasional yang tidurnya bertilamkan duit, dan kerjanya merembat harta rakyat.

Ya, ayuh Melayu, kita kembali bersatu dalam Pakatan Rakyat. Kita kembali bersatu menguatkan suara jeritan, perjuangan dan kesusahan rakyat, bukan sahaja Melayu, malahan rakan2 kita Cina dan India dalam Pakatan Rakyat. Kita bina kembali negara Malaysia yang lebih baik. Kerana kita sudah bosan dengan agenda perpecahan. Kerana kita sudah bosan dengan agenda perkauman. Dan yang paling utama, kita sudah bosan bertuankan Melayu yang selepas 50 tahun, masih terus menganggap bangsa mereka mundur, sedangkan keluarga mereka terus2an senang lenang dan negara diturun temurunkan kepada sanak saudara.

Melayu, sahutlah laungan Utusan untuk bersatu. Bersatu di dalam Pakatan Rakyat. Kerana di sinilah kita akan berjumpa dengan erti kemerdekaan sebenar. Hanya di sini kita akan faham tentang perjuangan. Kerana selama ini, kita hanya disuap dan disuruh mengenang budi. Inilah masanya untuk kita kembali bersatu, bukan sahaja dengan bangsa Melayu, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia untuk menolak sistem penjajah yang terus2an digunakan oleh ameno.

Pakatan Rakyat - di sinilah bermulanya perjuangan untuk menuntut kemerdekaan sebenar! Dan di sinilah Melayu akan menjadi kuat bersama bangsa lain, untuk mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati dunia.

Bukan hanya sekadar dicemuh Monggolia...

10 April 2009

Lima Kupang: Kitar Semula Bermula dari Kabinet

kolum lima kupang
Oleh: Matkeri

Tidak dinafikan lagi bahawa laki Rosmah bakal berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pejuang Pemanasan Global, Al Gore. Ini kerana laki nombor dua Rosmah ini telah membuktikan pada seluruh rakyat Tanah Melayu bahawa dia amat prihatin dengan alam sekitar dengan memperkenalkan Teknologi Hijau melalui kementerian yang diubah nama iaitu kementerian Tenaga, Tekonlogi Hijau, dan Air (Energy, Green Technology, and Water).

Tetapi Najib tidak terhenti di situ saja. Dia tidak lagi sekadar beretorik tentang alam sekitar dengan hanya memperkenalkan nama kementerian baru yang menggambarkan semangat hijaunya. Sebagai seorang pemimpin gurkha glokal, dia terus membuktikan pada rakyat bahawa hanya dengan memperkenalkan teknologi hijau sahaja tidak menjadikannya sebagai pejuang alam sekitar. Nope. Najib terus melangkah setapak lagi dengan terus menggunakan teknologi kitar semula semasa mengumumkan barisan kabinetnya. Najib mengitar semula wakil2 rakyat dan wakil2 ameno yang telah terbukti dibuang oleh rakyat dan perwakilan ameno pada pilihan yang lalu untuk digunakan sebagai menteri dan timbalan menteri! Al Gore, inilah kawan kamu yang sejati!

"Kitar Semula Bermula dari Kabinet" - mungkin inilah motto dan slogan baru Najib bila berbicara tentang pemanasan global nanti. Apabila Najib menyertai mana2 mesyuarat atau persidangan negara2 membangun menentang pemanasan global, aku pasti Najib akan mencontohkan tindakannya sekarang kepada para deligasi negara2 lain. Betapa dia telahpun menggunakan teknik recycle ini seawal dia mengambil alih pemerintahan. "Walk the talk" kata penjajah.


Mungkin ini juga salah satu strategi Najib mengumpan pengundi muda yang rata2nya sangat peka dengan isu2 alam sekitar sekarang ini. Kerana selain daripada anti-estabilshment, anti-gomen, dan anti-ameno, orang2 muda juga dikatakan sangat anti kepada pencemaran alam sekitar. Najib bijak!

Dan aku tak menyangkal bahawa idea ini mungkin di bawa oleh bininya, RM (Rosmah Mansor). Ini kerana pattern rambut RM sebelum dan selepas menjadi "first lady" dah kelihatan sangat berbeza. Mereka yang pernah bekerja sebagai pembaca berita RTM semestinya mengetahui bilangan tin penyembur rambut yang digunakan oleh RM untuk mengembangkan rambutnya sewaktu dia belum bergelar isteri PM. Dan selepas bergelar isteri PM, rambut RM tidak sekembang dulu, sekaligus menggambarkan bahawa RM sangat peka dengan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan CFC dalam tin penyembur rambut. Sebab tu agaknya rambut RM tidak sekembang dulu.

Shahrizat yang ditongsampahkan oleh rakyat dan pengundi ditempatnya telah dikutip dan direcycle oleh Najib kali ini. Koh Tsu Koon yang bukan sahaja tewas di tempat sendiri, tetapi jugak kehilangan negeri dan partinya hampir lingkup, juga dikitar semula bagi menyelamatkan bumi daripada kesan rumah hijau. Dan yang paling mengaibkan ialah bilamana Mukhriz yang mendapat tempat tercorot dalam pertandingan merebut jawatan ketua pemuda diguna semula. Semua ini untuk mengurangkan pemanasan global. Sisa2 buangan rakyat seperti ini amat susah lupus dan tidak mereput dengan cepat. Jika dibiarkan, kemungkinan besar akan menipiskan lapisan ozon ameno!

Najib tidak mahu lapisan ozon ameno dinipiskan lagi. Sebab itu dia terpaksa mengitar semula mahadet. Mahadet perlu dikitar semula, dan tidak boleh dibuang dan ditanam seperti mana cubaan paklah dulu. Mahadet amat susah mereput, dan bahan toksid yang dikeluarkan olehnya telah merosakkan tanah ameno, dan gas yang dilepaskannya telah terbukti mencemarkan udara. Recycle. Kitar semula! Jika tidak, bumi akan cair dan ameno akan dilanda tsunami yang tidak mungkin akan dapat diselamatkan lagi.

Dengan terbentuknya kabinet baru Najib, maka selayaknyalah beliau kini digelar : Captain Planet!


19 Mac 2009

Lima kupang: Siri bercakap dengan Jin: Hello, Paklah di sini

Wawwiii. Heboh satu tanah melayu semalam bilamana ada laporan polis jumpak kertas jampi bawah meja Paklah. Dan bukan bawah meja Najib.

Bagi aku, nasib baik kertas jampi. Kalau C4 lagi kecoh!

Setakat ni, tiada pihak yang bangang sanggup mengaku bertanggungjawab. Kambing hitamnya mungkin amah cuci pejabat atas alasan marahkan Paklah sebab selalu bagi sepah2 bilik miting lepas mesyuarat. Sapa yang jumpak? Pasukan pemusnah C4, sorry, pemusnah bom. Menurut laporan akhbar, ianya adalah tugas rutin sebelum mesyuarat. Apa yang depa jumpak? Balutan kertas putih tulisan jawi yang dalamnya ada kayu. Kalau dia tak sebut kayu, aku mungkin saspek ganja. Sebab hasil mesyuarat ameno kebelakangan ni kebanyakannya tak masuk akal.

Tapi ianya bukan ganja, sebab kalau ganja, dalamnya bukan kayu, tapi daun. So, semua orang dah kecoh kata "mandrem". Sihir. Jampi.

Belum ada lagi kenyataan yang diberikan oleh Rosmah mahupun lakinya. Kalaupun ada selepas ini, harapnya Rosmah boleh menjawab dengan bijak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan kepada rakyat. Rosmah boleh jawab "tulisan jawi tu bukan tulisan tangan saya, dan kulit tu pun bukan dari rumah saya". Atau dia juga boleh menjawab dengan tenang "dalam zaman serba canggih ni, mana ada jampi2 lagi dah. Bom terus jer". Tapi, kalau Rosmah bijak, dia boleh menukarkan situasi masalah kepada peluang dengan menjawab "kertas jampi itu sebenarnya diletakkan di bawah meja untuk memberi kekuatan semangat pada Paklah untuk tidak meletakkan jawatan dan meneruskan agenda menyatukan ameno!". Tapi kalau dia betoi2 jawab macamtu, aku cadangkan korang suruh dia buat urine test pulak :)

Untuk mengelakkan aku ditangkap dan dituduh di bawah akta hasutan kerana cuba menghasut korang untuk berfikiran kritis, aku nak menjelaskan bahawa aku tak menuduh Rosmah buat kerja2 jahat macam ni. Cuma tumpuan mungkin diberikan lebih kepadanya disebabkan oleh krisis peralihan kuasa pada masa sekarang. Keengganannya untuk hadir ke majlis kawin anaknya sendiri, di samping bagaimana dia dapat bekawin dengan lakinya sekarang tidak boleh dijadikan asas untuk menghukum semua perbuatan Rosmah sebagai jahat, biadap, dan keterlaluan. Begitu jugak dengan kelakunya nak menyampaikan ucapan2 pada rakyat Malaysia setanding dengan menteri2 lain jugak tidak harus dilihat sebagai gila kuasa. Rosmah adalah seorang ibu kepada anaknya, dan seorang isteri kepada suaminya. Dia juga adalah seorang rakyat kepada negaranya, dan seorang tuan kepada jinnya hamba kepada Tuhannya.

*phewww*

Mistik, tahyul dan perkara2 ghaib dah jadi macam satu benda biasa semenjak dua menjak ni. Dulu, susah gila nak tengok orang meracau histeria, tapi sekarang ni dah siap boleh berdialog dalam tivi sampai ke tahap buku2 tulisan Tamar Jalis sekarang ni dah jadi macam komik. Nothing. Dah tak menyeramkan lagi.

Expose Mistik, Misteri Nusantara dan kadang2 dalam siri ehwal Islam kat TV3 jugak ditunjukkan perkara2 ghaib ni dengan terbuka. Itu tak kira lagi yang kat wayang, demam zombi dan puntianak masih belum kebah. Cerita Upin dan Ipin pun cuba diselitkan sekali. Kenapa?

Aku tak menolak perkara2 ghaib, sebab itu sebahagian dari aqidah aku. Cumanya aku pelik, semakin hari semakin menggila isu2 seperti ni. Harian Metro toksah cerita la. Kalau tadak orang kena pukau, kena jampi, kena sihir, bulih bengkrap paper nih. Merata hala. Dari suratkhabar, ke dalam tivi, sampai ke panggung wayang, sehingga ke dalam pemerintahan. Semua nak buat cerita alam ghaib. Seolah2 rakyat tanah melayu ni cuba nak di brainwash untuk sesuatu.

Hmm... Brainwash untuk sesuatu?

Ya, kaedahnya seolah2 seperti satu persiapan untuk membolehkan rakyat mengangguk2 mengiakan apa saja perkara2 berkaitan alam ghaib selepas ini. Lagaknya seperti jika rakyat percaya, maka ianya bukan setakat boleh dijadikan bahan cerita di luar, tetapi juga di dalam mahkamah!

Hhmmm.... Dalam mahkamah? Cerita alam ghaib? Cerita ilmu mistik? Sihir? Mandrem?

Pukau?

*heh*

Kes kertas putih bawah meja Paklah membuktikan bahawa kerajaan telah bersedia untuk menangkat perkara2 mistik ni ke tahap yang lebih tinggi. Kelihatan seolah2 seperti (aku dah kehabisan perkataan nak tulih) perkara mistik ini adalah perkara penting, perkara yang boleh mengancam keselamatan. Dan ianya bukan sekadar tahyul, tetapi adalah realiti yang terjadi bukan hanya diperingkat bawahan, tetapi sampai ke peringkat menteri atasan!

Rakyat akan semakin mula bercakap secara terbuka mengenai tahyul, mengenai mistik. Akan ada forum2 yang membincangkan perkara ini. Mungkin akan sampai ke satu tahap dialog2 terbuka dengan jin akan diadakan dari masa ke semasa yang akan membincangkan kerjasama manusia dan mereka. Dalam masa yang sama, kita jugak mungkin boleh berdagang dengan mereka untuk memulihkan kembali ekonomi dunia yang teruk meleset ni.

Dan bila ianya sudah sampai ke tahap ini, maka apa saja perkara yang membabitkan tahyul senang saja untuk digunakan sebagai hujah. Ia akan digunakan pada bila2 masa yang dirasakan sesuai. Bila dirasakan sudah tiada asas dan bukti kukuh, maka "bukti mistik" akan dijadikan alat untuk mempengaruhi rakyat. Ya, ianya mungkin tak boleh dijadikan bukti dalam mahkamah, tetapi jika dibenarkan perkara ini diceritakan dalam kamar perbicaraan, dalam keadaan rakyat yang telah dicuci otak agar taksub dengan perkara2 mistik, hasilnya sungguh superb.

Konfius? Tak faham kenapa aku sampai ke dalam mahkamah sedangkan aku bercerita tentang mandrem yang setakat ini tiada pihak yang bertanggungjawab? Apa kaitan mandrem Paklah dan kes di mahmakah?

Aku nak jawab. Memang gatal tangan aku nak jawab. Tapi melihatkan ada blogger yang kena kejar dengan polis hanya sekadar menulis tentang STD, aku terpaksa reservekan dulu jawapan aku. Lagipun jawapan tu korang akan tau sendiri. Tak lama dah.

Tunggu tiga pat bulan lagi.

Sementara tu, rajin2kanlah diri tengok siri Mind Control. Mungkin ada yang nak guna teori psikik pulak kalau tembelang mistik dah tak menjadi!

Selamat bersidang.


06 Januari 2009

Mutiara dalam tiram atau duri dalam daging?

oleh: Matkeri

Ramai yang mula memperkatakan tentang kedudukan dan masa depan BN bergantung pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Para Nostradamus politik meramalkan jika BN kalah, mesej yang jelas daripada rakyat kepada gomen sangat clear - "Tak Nak".

Dan ada juga yang menilik bahawa masa depan laki nombor dua Rosmah juga akan gelap bilamana undi sokongan kepada PAS dilihat sebagai "undi protes" proses peralihan kuasa antara Pak Lah dan lakinya sekarang, yang akhirnya merumuskan BN untuk mengatur "strateginya" semula.

Kesimpulan dari pembacaan, perborakan, dan pemikiran para Nostradamus menjurus hanya kepada dua perkara tadi. Rakyat "Tak Nak" BN, dan ianya protes orang2 ameno terhadap peralihan kuasa.

Tetapi, jika BN menang, ianya juga akan dilihat sebagai sokongan BN kepada Pak Lah masih tinggi. Ini kerana Wan Farid, seperti mana yang dileterkan oleh Mahadet sehari dua ni, merupakan orang Pak Lah nombor wahid. Sokongan pada BN di Kuala Terengganu (KT) akan ditranslatekan kepada sokongan kepada pak mentua KJ. jika ini berlaku, Mahadet terpaksa bangun dan bejalan serata Tanah Melayu untuk mengompangkan perkara sebaliknya. Dia dah tua, tak larat, dan tak akan benarkan perkara macam ni berlaku!

Mahadet sekarang semakin mengalami mimpi2 buruk. Aku kompiden bahawa "juara bangsa" yang setaraf Mugabe ini sekelumit pun masih tidak percaya yang Pak Lah akan menyerahkan kuasa pada Najib. Mukhriz yang diharapkan dapat menyekat kemaraan KJ bukanlah satu produk baru - sebaliknya hanya penjenamaan semula. Dari segi agresif, bijak, dan berani berdebat, KJ dah tinggalkan Mukhriz sepuluh tiang. Mahadet sangat tau setakat mana kebolehan anaknya.

Mahadet sekali lagi terpaksa bangun menyerang Pak Lah dengan memperlekehkan calon yang mewakili BN - mengecapnya sebagai orang Pak Lah. Dia tak mau langsung apa2 yang boleh dikaitkan dengan Pak Lah menjadi penyebab kemenangan BN. Kalau boleh, rasanya, Pak Lah pun dia tamau tengok di KT. Bencinya pada Pak Lah sangat meluap2 sekarang. Dia secara open menyerang Pak Lah secara peribadi tanpa segan silu dan berselindung. Di blog, di ceramah2 awam dan tertutup, serangan pada Pak Lah tetap menjadi main point - kalaupun tidak sindiran2 tepi.

Kesian Mahadet. Sepatutnya Mukhriz yang ambik peranan yang lebih agresif. Tapi nampaknya, seperti biasa, bapaknya terpaksa spoonfeed lagi anaknya bagi memastikan dia naik dengan mudah jika Pak Lah dijatuhkan dengan menabur benih kebencian dalam ameno.

Well, bagi aku, apa saja yang mahadet buat merupakan perkara yang menguntungkan Pakatan Rakyat. Kita sedang mengasak BN dari luar. Ameno diasak parti komponen dari dalam. Dalam masa yang sama, ameno juga diasak oleh "Ana Robbukumul 'Ala" - seorang bekas ameno yang menyerang dari luar - yang tanpa segan silu nak masuk balik ameno kalau orang yang dia benci dah tak jadi PM. BN - terutama ameno - berada dalam posisi defensif sekarang ini. Dekat2 election, mereka patut menyerang, dan bukannya bertahan. Ameno sekarang dalam keadaan yang sangat kucar kacir. Kabilah2 mula mengumpul sokongan dan menunjuk kekuatan. Dalam masa yang sama tak diberikan sokongan oleh "Robb" mereka. Aku kesian, tapi dalam keadaan tersenyum riang.

Apa2 pun, Mahadet bijak dalam menyelamatkan dirinya. Dia tau pada tahun 2004 dia akan tewas dengan sangat teruk jika masih menjadi PM - jatuh dengan kehinaan. Dia jugak tau yang ameno menuju kehancuran maka keluarlah dia dari ameno sekarang sebelum dibawa tenggelam kapal Titanic BN yang dah nak karam. Mahadet juga bijak mengecat dirinya sebagai jaguh dengan terus2an memperlekehkan kebolehan orang lain.

Samada ameno menang atau kalah di KT, concern utama Mahadet hanyalah satu : kekal relevan untuk berada di bawah suluhan lampu kamera dan terus kekal menjadi contoh pemimpin dunia ketiga - sebaris dengan Mugabe dan Obiang Nguema.

"Ana Robbukumul 'Ala!"
matkeri
http://www.jahilgoblog.net


26 Disember 2008

Kehabisan modanullazi





Satu soalan untuk orang ameno : adakah anda menyokong Hudud? Ya atau Tidak?

Aku tanya sebab kawan aku, seorang Cina berpegangan Atheis - tak pecaya Tuhan - bertanyakan soalan tu kat aku suatu ketika dulu. Aku jawab "Tak sokong, kot". Aku letak "kot", sebab aku masih reservekan lagi sangka baik terhadap mereka pada masa itu.

Dia menyimpulkan soalan tu bilamana aku terangkan bahawa Hudud adalah hukum UNTUK orang Islam. Dia dengan jelas paham kalau bukan Islam, hukumnya mengikut agama masing2. Tak timbul soal orang Budha dipotong tangan, atau orang Hindu direjam sampai mati. Dengan itu, dia bertanya balik, kenapa orang Islam dalam ameno menentang perlaksanaan hukum yang datang dari agama mereka?

"Mungkin depa pun macam hang kot. Pakai otak saja", aku jawab sambil gelak. Dia senyum sumbing.

Kemudian aku teringat balik satu ketika zaman student2 dulu berborak dengan orang kuat KMU. Aku tanya dia kenapa tak mau Hudud? Ianya membina akhlak dan saksiah dengan perlaksanaan hukum dari Allah. Jawapnya mudah. Manusia sendiri kena kawal diri masing2. Aku kata kerajaan pun kena ambik inisiatif untuk pastikan rakyatnya behave dengan memperkenalkan undang2 yang lebih baik. Dia masih mempertahankan bahawa akidah, akhlak dan tingkahlaku bukan dikawal oleh kerajaan, tapi oleh individu.

Ianya berpusing2 sekitar kerajaan atau individu. Dah macam "ayam dulu atau teloq dulu". Katanya Hudud tak perlu, hukum Hudud tak perlu sebab individu sendiri yang wajib menjaga tingkahlakunya. "Ianya mestilah datang dari jiwa yang ikhlas untuk menjaga agama", katanya bersungguh ala2 ustaz ameno beceramah di forum malam jemaat.

Berkerut dahi. Begegaq juga meja tiga pat kali ditampaq sebab tengah emosi. Last sekali aku angkat tangan give-up.

"Oklah", aku menghala ke penutup. "Kalau individu sendiri wajib jaga diri depa sendiri, dan bukannya gomen, apakata kita buang semua undang2 yang ada dan biaq depa pikiaq sendiri?", aku sudahkan statement aku. "Mana boleh buang semua undang2!", dia bingkas jawap. "Undang2 kena ada. Kalau dak huru hara". Dia jawab pandai.

"Dan kalau undang2 kena ada, apa yang membuatkan undang2 ciptaan manusia ni lebih hebat daripada Allah sampai sikit pun kita tamau cuba langsung? Hebat sangat ka kita ni?".

Aku penamat kat situ saja. Aku dah tak ingat apa yang dia counter. Aku kecewa sebab orang yang satu agama dengan aku langsung tak rasa takut untuk deny hukum yang ditulis dalam Quran. Kalau bukan Islam, aku boleh paham lagi. Kadang2 aku rasa becakap dengan kapiaq lagi senang daripada becakap dengan orang yang mengaku Islam ni.

Aku bawak cerita Hudud sebab itu yang tengah dikompangkan oleh media tajaan BN sekarang. Kita paham mengapa DAP tentang hudud, sebab itu bukan hukum yang diwajibkan ke atas mereka - dan mereka memang boleh menentang. Kita jugak paham kenapa MIC dan MCA menentang, sebab mereka boleh menentang. Tapi yang peliknya, macamana ameno jugak tergamak untuk menentang! Sedang mereka itu tanpa segan silu - walaupun dengan rambut lebih blond daripada gelang tangan, dan bulu betis lebih serabut daripada semak padang golf - mengaku mereka memperjuangkan Islam!

Sekali lagi nak tanya kepada ameno sekalian - adakah kalian menolak Hudud? Jika tidak, bilakah kalian akan melaksanakannya? Atau paling tidak, pernahkan kalian even terfikir untuk menimbangkan perlaksanaannya?

Isu sekarang nampaknya cuba memerangkap PAS sebagai menggambarkan mereka "menipu" penyokong dengan bersekongkol dengan DAP dan "enggan" melaksanakan Hudud. Tetapi yang jelas sekali, ameno langsung tidak berani untuk memperkatakan tentang pegangan mereka terhadap Hudud dengan jelas. Sekurang2nya PAS masih teguh untuk melaksanakan hukum yang diperintahkan jika dia berkuasa mutlak. Tetapi apa cerita ameno yang telah berkuasa mutlak selama ini? Jangan kata Hudud, nak pakai tudung pun malu!

Ameno sekali lagi akan dibelit dengan tali sendiri jika mereka tidak berhati2 memilih isu kali ini. Sepertimana tejerutnya mereka dengan perangkap Saiful, aku pasti mereka juga akan terjerut jika isu Hudud ini diperkotak katikkan tanpa berfikir panjang. Sepertimana orang menolak Anwar dan liwat, begitu jugalah dengan isu kali ini. Kebersungguhan PAS meluluskan Hudud di peringkat negeri Kelantan dan Terengganu sudah cukup membuktikan kepada semua siapa dalang yang menggagalkannya. Istiqamahnya PAS pada Pakatan Rakyat cukup membuktikan bahawa PAS bertindak mengikut musyawarah.

Hudud bukan lagi isu di peringkat negeri, tetapi telah menjadi beban terbukti di atas bahu ameno. Menggunakan Hudud sebagai isu pilihanraya, bagi aku, merupakan kenazakan modal di tahap gaban.

Orang Melayu di Kuala Terengganu pastinya faham tentang isu ini. Tapi bagaimana dengan orang bukan Islam di sana?

Aku rasa mereka juga lebih faham mengenai isu ini, tetapi mungkin agak pening mengapa sebuah parti yang dilihat lantang mempertahankan Melayu dan Islam menolak secara lantang hukum yang diwajibkan ke atas mereka. Hukum Allah yang diperintahkan ke atas seluruh umat Islam, termasuklah ameno.

Yang pastinya aku rasa orang Kuala Terengganu sangat bijak untuk menilai tindakan orang ameno sekarang. Jika hukum Allah - Tuhan orang ameno dan seluruh umat Islam - pun boleh mereka perkotak katikkan, apa la sangat janji manji pilihanraya kecil ni.

Renung2kan, dan... Selamat mengundi!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net/


12 Disember 2008

If you cannot convince them, confuse them!

Aku setuju bila KPN Musa Hasan menyatakan bahawa jenayah di negara kita makin menurun. Bukan setakat aku saja yang bersetuju, laki si Rosmah pun turut mengangguk betul. Walaupun statement ini disanggah hebat oleh Lim Kit Siang dalam parlimen, aku cuma mengandaikan Lim hanyalah sorang lagi rakyat Malaysia yang tak faham situasi.

Pendapat Lim dipersetujui oleh ramai orang. Kata mereka, Malaysia semakin tak selamat. Kata mereka, Malaysia dah tadak undang2 dan peraturan. Kata mereka, Polis kita makan gaji buta. Kata mereka, si Musa pun dok pulun projek bagi kat anak kroninya. Macam2 tuduhan dilemparkan bagi menyanggah kenyataan KPN bahawa jenayah di Malaysia dah menurun.

Apa pun pembangkang cakap. Apa pun Pakatan Rakyat membantah. Apa pun rakyat Malaysia nak menjuih mulut tak bersetuju dengan anggukan laki si Rosmah mengiakan statement KPN, aku tetap dan akan terus bersetuju. Ya, memang betul, kadar jenayah di Malaysia makin menurun!

Korang tak percaya? Aku percaya. Dan aku pasti benda ni boleh dan sedang berlaku. Cuma yang sedikit membezakan pendapat aku dan pendapat KPN ialah tentang perkataan "kejadian". Yang aku "YA" kan bukanlah kejadian jenayah, tetapi KADAR jenayah. Bila bercakap tentang kadar, ianya berkait terus dengan statistik. Dan bila bercakap tentang statistik, ianya berkait terus dengan angka laporan, ataupun bilangan kes yang telah selesai.

Meh kita tengok kepada angka laporan jenayah. Tanya pada diri masing2 yang pernah menjadi mangsa langgar, mangsa ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya. Berapa ramai di antara mereka yang pergi buat report polis yang akhirnya keputusan samada mereka dileter sebab tak berhati2, ataupun dikawtim untuk tak adakan kes? Berapa banyak kes2 kemalangan yang disudahi dengan "ni korang punya salah - setel la". Berapa banyak kes2 pecah rumah yang polisnya datang belenggang tengok kiri kanan dan balik senang lenang meninggalkan kita tenganga dan tertanya2? Berapa banyak yang buat laporan kemalangan, tugas polis hanya sekadar pastikan ada report untuk guna tuntut insurans?

Berapa ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang meluat nak pegi balai buat kali kedua mengadap segelintir polis yang melayan mangsa macam penjenayah besar? Yang sedaya upaya soal siasat macam kita yang buat salah? Yang sedaya upaya berdalih untuk tutup kes? Aku pasti ramai di antara kita yang berpengalaman dikhutbah polis sebab cuai tak tutup lampu pada waktu siang menyebabkan pencuri tau orang tadak kat rumah. Atau yang marah sebab tak buka lampu waktu malam menyebabkan pencuri tau orang tadak kat rumah. Yang marah sebab melawan pencuri, atau yang marah sebab tak melawan pencuri?
Sedara sedari sekalian. Ya, statistik jenayah semakin berkurang sebab semakin ramai orang meluat nak pi buat report! Statistik jenayah berkurang sebab makin kerap polis cuba tutup kes, daripada pergi menyiasat. Statistik makin berkurang bukan sebab jenayah makin kurang, tapi sebab orang cemuih bila orang pegi untuk buat report, polis tampal "keluar menyiasat" di dinding balai sampai tengah malam!
Itu satu. Masuk pulak kes2 "yang telah berjaya diselesaikan" dalam kuantiti yang banyak.

Sedara sedari sekalian. Sedarkah kita kejadian tembak menembak sekarang ni dah jadi macam cerita koboi. Semua tembak. Pendek kata, asal polis teserempak saja, pasti "didalam keadaan mencurigakan" dan kemudian disusuli "cuba menyerang polis" dan diakhiri dengan "polis menembak mati semua penjenayah untuk mempertahankan diri". Dan perasan tak bahawa setiap kali polis berbalas tembak dengan penjenayah, SEMUA mangsa ditembak mati? Kemudiannya polis akan keluarkan statement lebih kurang berbunyi "kesemua penjenayah yang telah ditembak dipercayai geng Doremon dan dengan itu 80,000 kes jenayah di sekitar Malaysia, Sabah, Sarawak dan negeri2 Selat telah dapat diselesaikan".

Kak, kak pi buat report orang pecah rumah hangkut semua barang2 dalam rumah, kak tau ka geng Doremon yang buat? Abang yang kena curi kereta proton wira pekak yang baru dibeli guna duit himpun jual coq pisang boleh confirm ka geng Doremon yang bekapaq mati tu curi kereta dia? Polis, tanpa menangkap sebarang penjenayah yang hidup untuk disoal siasat, telah merumuskan bahawa "sendiket telah dilumpuhkan" dan "kes2 samun dan rompakan telah berjaya diselesaikan".

Nah, ternyata sekalai kes2 jenayah yang telah diselesaikan meningkat dari tahun ke tahun! Polis kita memang cekap. Bunuh semua "yang dipercayai" - atas alasan mempertahankan diri - dan tutup kes2 yang berkaitan. Nak tanya kat sapa? Nak bicarakan sapa? Nak tuntut apa? Kecekapan yang tiada tandingannya!

Berbanding dengan tahun 80 dan 90, sekarang lebih banyak penjenayah yang "menyerang" polis - samada menembak polis, "menyerang", atau cuba melanggar - ditembak mati ditempat kejadian. Boleh kata SEMUA ditembak mati. SEMUA! Kot la ada yang kena tembak kat betis ka, paha ka, tangan ka dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut, tadak. MATI SEMUA! Kira semua yang dikepung haritu SEMUA penjenayah yang perlu dibunuh. Kemudian disusuli dengan sidang media yang merumuskan "beberapa kes berjaya diselesaikan". Bicara tadak, mahkamah tadak, hapa pun tadak. Tembak mati. Tutup kes. Steady! Salut pak polisi!

So, masih tak percaya lagi macamana jenayah "makin berkurang" di Malaysia? Kita dah tengok camana situasi untuk buat report jenayah dan kita dah tengok camana polis "selesaikan" kes jenayah. Jenayah telah dikurangkan dengan demotivatekan orang untuk buat report. Dikurangkan dengan mengadvicekan orang ramai untuk tidak mengadakan kes. Diselesaikan dengan "membunuh kepala sendiket". Aku percaya. Dan sampai sekarang aku masih percaya pada statement KPN dan anggukan laki si Rosmah.

Biaqla aku takut nak keluaq jalan waktu malam sebab banyaknya laporan orang kena tikam dari belakang sebab nak curi jam tangan. Biaqla aku tak boleh pejam mata rapat time tidoq sebab dok pikiaq camana nak elakkan leteran polis masa aku gi buat laporan nanti kalau kereta aku yang dipasang alat keselamatan canggih dan dirantai pada lampu jalan dicuri orang (curi kereta)(mungkin lampu jalan sekali) malam ni.
Biaqla aku jalan tertunduk2 dalam KL ni setiap kali dengaq bunyi letupan untuk nak elak peluru sesat. Dan walaupun mereka telah diishtihar oleh Transparency International sebagai yang paling korup sekali di Malaysia, biaqla, kerana aku tetap bersetuju dengan kenyataan KPN bahawa jenayah di Malaysia makin berkurang. Sebab aku paham camana dia paham.

Dan graf jenayah yang garis plotnya dilukis menjunam oleh polis juga nampaknya seiring dengan junamnya statistik keyakinan rakyat kepada pihak keselamatan ini.
Mereka sekarang cuma bergantung dengan alasan2 teknikal terhadap definasi2 jenayah. Membelitkan supaya rakyat makin keliru. "If you cannot convince them, confuse them", merupakan mantra terkini yang diratib oleh KPN sekarang. Mana dia belajar tektik dan teknik membelit ni? Entahlah, aku tak sure sangat siapa tok gurunya. Cuba selidik ke atas sikit, mungkin peguam tilam ada jawapannya.

matkeri http://www.jahilgoblog.net

04 Disember 2008

Lima kupang: Labu-labu Ekonomi

Ekonomi bertambah teruk, atau kita sebenarnya terlebih panik? Aku mula dengan persoalan ini sebab Pak Lah dengan heronya mengunjurkan ekonomi kita mengembang kepada 5.5% tahun depan berbanding dengan negara2 lain di seluruh dunia. Walaupun dengan kadar inflasi yang dah cecah 8% tahun ni, BN nampaknya sangat kompiden bahawa kita sekadar berkejaran dengan ombak yang sekadar melandai di pesisir pantai instead of terapung hanyut dilanda tsunami.

Zeti juga konfiden bahawa inflasi dapat diturunkan kepada 2%. Aku tatau samada turun sampai 2% atau sekadar kurang kepada 6%. Akauntan, sama seperti peguam, kerja mereka hanya mengkompiuskan orang. Anyway, yang pastinya, inflasi, kata Zeti, akan kurang.

Di saat blog ni ditaip, sedolar US dah sama RM3.70. Rakyat Amerika dan UK makin banyak tak mau balik rumah sebab takut kalau pi opis esok, pagaq dah kena kunci. Kilang di Penang, Kuantan dan Johor dah mula "berjimat cermat". Rata2 pengurus kanan syarikat terpaksa berhempas pulas bermain dengan figure untuk budget 2009, nak bagi nampak untung jugak - supaya telinga tak panas diperli Board of Directors. Walaupun kebanyakannya terpaksa akur untuk melaporkan kerugian yang dijangka. Tetapi BN konfiden. Bagaikan kita lansung tak terusik. Hebat!

Adakah Pak Lah kompiden dengan harga minyak yang dah turun semula ke RM1.90, rakyat akan mula start kereta untuk keluaq pi supermarket tengah malam bagi menyahut kempen Jualan Jimat Malaysia sekaligus dapat merancakkan kembali ekonomi negara? Apakah Zeti kompiden dengan mengurangkan potongan KWSP daripada 11% kepada 8%, rakyat Malaysia tahun depan akan sekonyong2 membeli rumah dan kereta dengan lebihan limanampuloh ringgit yang mereka dapat balik sekaligus dapat menembak angka ekonomi 5% yang disasarkan?

Atau adakah gomen rasa mak ayah yang dibenarkan untuk membayar bayaran tambahan PIBG tahun depan secara berperingkat akan menggunakan lebihan seringgit dua yang tersimpan itu untuk membeli saham sekaligus menyelamatkan syarikat senaraian awam?

Pelbagai "pakej ransangan" diperkenalkan oleh gomen, tetapi mereka masih lagi tidak mahu mengakui bahawa ekonomi Malaysia juga adalah senasib dengan negara2 lain. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan rakyat berbelanja sakan, tapi nampaknya gagal menunjukkan kesan. Rakyat belajar dari krisis ekonomi 99 bilamana "Bapak Ekonomi" orang ameno, Mahadet, menyuruh rakyat berbelanja sakan dengan menggunakan kad kredit. Akibatnya peratusan orang muda yang menanggung hutang menyesakkan kembali kerajaan sehingga ke tahap terpaksa memperkenalkan AKPK untuk mengelakkan "pemuda muflis".

Rakyat tidak mahu terbeban sekali lagi dengan perangkap berbelanja sakan. Tambahan lagi kebanyakan dari mereka adalah terdiri dari golongan yang baru "grad" daripada AKPK. Walaupun duit KWSP boleh dikeluarkan dengan guna alasan "bayar rumah", walaupun duit Tabung Haji boleh keluar guna ATM Bank Islam, dan aku pasti, walaupun mereka dapat jimat daripada potongan KWSP, rakyat tak akan berbelanja sakan. Mereka tidak akan dibodohkan buat kali kedua. Dalam membaca berita pembuangan pekerja di seluruh dunia, nasib mereka juga tidak lebih dari orang lain. Jika esok lusa mereka dibuang kerja pulak, ke mana mereka nak menganga?

Kerajaan harus mencari pendekatan baru. Menyuruh orang terjun ke lubang biawak buat kali kedua bukanlah satu tindakan yang bijak. Ianya mungkin boleh dipraktikkan pada penyokong BN, tapi setelah majoriti mereka berkurang dengan drastiknya, trik itu akan sekadar hanya membuang masa.

Masa sekarang bukanlah masa untuk berseronok dan berbelanja sakan. Masa sekarang bukanlah masa yang boleh kita tersenyum gembira sedangkan realitinya ramai syarikat yang gulung tikar dan buang pekerja. Masa sekarang bukanlah masanya untuk membodohkan rakyat untuk terus menghabiskan duit gaji demi mastikan ekonomi bergerak untuk membayar gaji pak mak menteri!

Cukuplah dengan jumlah rakyat Malaysia yang muflis pada usia muda hasil daripada "kebijakan Mahadet" dulu menjadi pengajaran pada kita semua. Janganlah hendaknya sepuluh dua puluh tahun lagi, ramai pulak yang terpaksa bekerja selepas pencen dek kerana wang KWSPnya menyusut kerana ghairah berbelanja setahun dua ini. Ekonomi harus dilihat dari segi pengurusan yang telus dan bijak, bukan terlalu jumud dengan hanya bersandarkan kepada formula "lebih banyak belanja, lebih teguh ekonominya".

Rakyat makin bijak. Dan rakyat kali ini akan menggunakan lebihan yang ada untuk menyimpan. Boros dan bongkak adalah cara BN. Aku pasti rakyat akan berdiam diri dan hanya melihat BN terjun dengan labu2nya dalam krisis ekonomi kali ini.

Biarkan... Biarkan...

04 November 2008

Lima Kupang: Tabik tok! Anak cucu tumpang lintas


Sesuatu yang amat mengejutkan semalam bila dapat SMS bahawa orang penting nombo dua dalam Gerakan "mati mengejut" selepas dijumpai di depan kliniknya dengan keadaan cedera parah.

Polis mengklasifikasikan kematian beliau sebagai "mati mengejut". Sudden death. Tiba2 mati. Just like that. Aku tak tau samada ada kes yang "mati dijangka", sebab semua akan mengejut matinya.

Aku tak mau ulas pasai kematian beliau, dan takziah aku ucapkan kepada kaum keluarga dan sahabat beliau serta teman seperjuangannya. Kita serahkan kepada kebijaksanaan peguam negara yang berjaya melepaskan pulau kepada singapura, dan yang berjaya mengharumkan nama tanah melayu dengan mengusung tilam ke mahkamah untuk menilai kes ini.

Apa yang menarik perhatian aku ialah bagaimana polis secara "spontan" mengklasifikasikan kematian beliau sebagai "sudden death" walaupun dilaporkan mayat ditemui dalam keadaan cedera parah. Mati mengejut adalah puncanya. Dan kalau diingat2 balik, ia bagaikan satu ratib baru oleh pihak berkuasa apabila berhadapan dengan kes2 mati tanpa saksi ni. Mati mengejut.

Adakah ini merupakan satu teknik yang diajar di PULAPOL bagi mengelakkan spekulasi liar oleh pihak awam? Atau sekadar nak mengelak soalan wartawan? Adakah dengan mengklasifikasikan kejadian sebagai "kematian mengejut", cepat sikit kesnya ditutup? Kurang sikit kerja, bolehlah disambung kepada kes2 lain yang berlambak di atas meja?
Yang aku risaukan ialah jika jawapan seperti ini menjadi ratib pihak polis dalam menjawab soalan. Aku tak menafikan bahawa polis sangat profesional dalam segala sudut, sampai kepada menumbuk mata banduan pun mereka pastikan mata dan tangannya diikat supaya tugas menumbuk itu dapat dilakukan secara cepat dan betul. Tapi sesetengah keadaan lain, bila situasi itu sangat munasabah untuk difikirkan motifnya, dan percayalah bila polis kata kematian mengejut pada hari yang sama mereka jumpa mayat yang cedera parah dan siasatan penuh masih belum dijalankan, agak lebih profesional jika polis tidak memberi sebarang komen daripada bertindak menjurus kepada "menutup kes".

Aku risau tentang keadaan ni. Jika ianya tidak dibendung, mungkin sedikit masa lagi kita akan terbaca laporan2 berita yang berbunyi "Klasifikasi mati mengejut ditolak. Setelah melakukan siasatan terperinci kepada bahagian kritikal mayat dengan bebekalkan bantuan pihak hospital, CSI, dan forensik, polis mengklasifikasikan semula kes ini sebagai kes bunuh. Setakat laporan ini ditulis, pihak Polis masih gagal menemui kepala mangsa yang dipenggal."

Tabik tok! Tapi aku harap polis dapat memperbaiki mutu penyampaian mereka pada masa depan. Kapasiti polis dalam membendung jenayah sekarang ni dah sampai tahap "mencurigakan" bilamana kes2 seperti rampasan dadah dicuri oleh banduan dalam lokap, rompakan kedai emas berlaku berkali2 dengan lokasi balai tak sampai sepelaung, rompakan, ragut, bunuh dan macam2 lagi kes2 jenayah yang tak pernah terfikir akan begini punya banyak berlaku dalam negara yang besaq kelemboi ni.
Janganlah pulak bila jenayah gagal dibendung, maka komunikasi dengan pihak awam jugak macam lepas batuk di tangga. Jawab seolah2 macam kami ni tak mampu beli astro nak subscribe channel C & I. Macam semua orang dok anggap polis ni terer gila sampai apa yang depa kata kena pecaya bulat2. Imej dah makin teruk. PR (public relation) pulak main halai balai. Tenat tanah melayu ni weh!

Harapannya polis2 yang ramai dok masuk baca blog ni untuk saja cari sebab nak tangkap aku, korang tolonglah jangan terlalu kerap jadi ahli politik kampung, becakap macam kita sorang saja yang pandai. Kurang2nya reserve la sikit untuk hormat kebijakan orang lain. Bagi la ada sebab orang nak hormat korang balik.

Tulisan aku ni bukanlah nak kata aku pandai, tapi aku rasa semua orang tau bila dia kena pebodoh. Dan bila ketua pendakwa yang pernah membodohkan satu dunia dengan mengusung tilam ke mahkamah jadi boss untuk pihak polis, akan sampai bila2lah kita akan terasa dibodohkan.

Bila la rakyat malaya ni nak dilayan seperti orang pandai yang ada otak?

17 September 2008

Lima kupang: Masa untuk Perubahan





So, sekarang bloggers betul2 menjadi sasaran amukan pak lah dan rejimnya yang tenat. Semalam, sorang lagi sahabat blogger, walaupun dalam team yang berlainan, dah ditahan bawah ISA. Tahun ini, dah tiga orang ditahan sebab memblog. Seorang ahli parlimen ditahan sebab bercakap, dan seorang lagi sebab bekerja. Kesalahan mereka hanyalah satu, memberi harapan kepada rakyat untuk melihat perubahan. Bloggers mendesak perubahan. Wartawan melaporkan hasrat untuk melihat perubahan. MP cuba melaksanakan perubahan.

Minggu ini juga menyaksikan dua kejutan. Menteri yang jaga undang2 letak jawatan. Parti SAPP keluar barisan tunggu nak masuk pakatan. Anwar juga berjaya capai deadlinenya pada 16 haribulan yang mana target untuk mendapatkan ahli parlimen untuk "bertaubat nasuha" telah berjaya. Mereka ini juga ingin mencapai perubahan.
Bulan ini pula dua kampeni kewangan terbesar di amerika tutup kedai, dan satu lagi tengah kemas laci meja. Saham dunia menjunam bagaikan budak2 kampung buat terjun tiruk dalam sungai batas ban. Bursa negara2 di asia tersentot dan sedikit panik bila melihat kelaku pelabur di wall street ambik sikap tak bertanggungjawab. Ini memberi idea kepada bakal-bakal presiden amerika untuk membuat perubahan di wall street bagi mengelakkan perkara berulang.

Dan bulan ini jugak harga minyak menggelungsur dengan hensemnya ke paras kurang lebih 90 dolar setong daripada 140 dolar. Memberi harapan kepada rakyat untuk melihat perubahan harga minyak di bumi malaya ini.

Yang paling menariknya, bulan ini jugalah pak lah dan sekerat dua kompoak bn bermati2an menuduh Anwar sebagai pembohong sebab gagal "menepati janji 16 September". Katanya kerajan masih kukuh dan utuh, dan Anwar gagal tukar kerajaan pada 16 September. Anwar mungkir janji dan membohongi rakyat. Anwar penipu dan membuang masa rakyat. Anwar patut berhenti daripada menggulakan rakyat dengan janji2 manis. Dan seribu satu macam lagi tuduhan yang dilemparkan pada Anwar sebab "mengecewakan rakyat pada 16 September". Mereka cuba sedaya-upaya untuk menfikan harapan rakyat melihat perubahan yang dijanjikan.

Dalam pada masa yang sama, pak lah juga secara terang tanpa bersuluh mula menunjukkan rupanya sebenar. Menuduh Anwar, ketua pembangkang, memburukkan kerajaan BN di luar negara. Menakut2kan pelabur asing. Dan menyebabkan huru-hara pada ekonomi tanah melayu. Marah pada Anwar kerana membuatkan pelabur enggan datang melabur disebabkan "ketidaktentuan politik", dalam masa yang sama menafikan hujah Anwar bahawa FDI di malaya jatuh dengan teruknya. Sangat ironi.

Baca betul2. Pak lah mengatakan Anwar berbohong, kerajaannya masih kuat dan utuh, dalam masa yang sama memberitahu rakyat bahawa Anwar mengancam ekonomi negara dengan menakut2kan pelabur. Statement ni agak kelakar. Sebab, yang menjadi tanda tanya pada aku, adakah FDI di tanah melayu ni bergantung pada pelabur2 yang mudah dibohongi? Adakah selama ini pelabur asing datang melabur disebabkan siapa yang lebih kuat berbohong? Kita bercakap tentang syarikat2 gergasi besar yang ingin datang melabur, dengan kekuatan data dan statiskik pelaburan dan unjuran keuntungan yang mereka ada, mereka buat keputusan hanya dengan mendengar daripada seorang manusia bernama Anwar Ibrahim?

Adakah para pelabur asing ini datang melabur dengan berjumpa dahulu dengan ketua pembangkang? Atau membuat kesimpulan daripada risikan pasaran? Adakah mereka ini tunggul yang hanya ternganga2 dengar cerita daripada seorang yang tak berkuasa untuk membuat penilaian?!

Pak lah mengaku bahawa Anwarlah penyebab FDI susah nak masyuk. Hebat sungguh Anwar ni! Pelabur lebih suka dengar cakap Anwar sekarang daripada kerajaan!

Dan nampaknya bukan setakat pelabur saja yang suka dengar cakap Anwar, rakyat juga nampaknya lebih suka "bermimpi dan berharap" agar Anwar menjadi ketua kerajaan. Ini diakui sendiri oleh pak lah dan najib dari cara mereka "menegur" rakyat untuk "tidak terpesona" dengan cara Anwar. Berhenti bercakap, dan buat kerja. Kurangkan sembang kedai kopi isu ni, dan bantu kerajaan untuk pulihkan ekonomi.

Dalam sehari dua ni, pak lah lebih banyak menyerang Anwar. Dari cara percakapannya, nyata sekali dia gusar bila melihat Anwar mendapat perhatian. Terpesona. Ditipu. Mat Jenin. Membohong. Itulah label2 yang digunakan sekarang. Ironinya berita dan akhbar masih terusan mencetak dan menyiarkan tentang "cerita mat jenin" ni. Kenapa ianya berlaku? Jawapannya mudah : Kerana ianya boleh dijual.

Ia boleh dijual. Sebab rakyat sanggup membeli!

Rakyat nak "angan2″ ini berterusan. Rakyat nak "cerita mat jenin" ini terus disiarkan. Rakyat nak sangat baca dan ambik tau semua ini. Kenapa? Jawapannya senang : rakyat mengharapkan perubahan! Dalam pertandingan membuat perubahan antara pak lah dan anwar, nampaknya perubahan yang ingin dibawa oleh Anwar lebih diyakini oleh rakyat berbanding pak lah. Itu adalah hakikat yang tak boleh dinafikan hatta oleh Ibrahim Ali!

Dan dalam kemeruduman ekonomi dunia yang tempiasnya terkena pada tanah melayu ini, rakyat perlukan harapan untuk meneruskan hidup dan menguatkan semangat bagi menempuh hari2 mendatang. Harapan rakyat cuma satu - ingin melihat perubahan.
Dan inilah yang dijanjikan oleh Anwar kepada rakyat. Harapan baru untuk Malaysia - Masa untuk perubahan!

30 Ogos 2008

Lima kupang: Belanjawan belum boleh belanja kawan






Aku baru sudah baca budget. Baru sudah baca analisa. Baru sudah berkerut dahi tekan calculator berapa banyak yang aku dapat jimat tahun ni dan tahun depan. Kesimpulan? Tadak. Aku still kena bayaq cukai. Letrik aku lebih dari RM20 sebulan. Proton sengaja jual enjin petrol masa aku beli Wira dulu. Dan aku tak kerja dengan kerajaan.

Aku kerja makan gaji dengan swasta. Swasta yang diketahui akan sedaya upaya memaksimakan keuntungan bagi memastikan CEO dan GMnya dapat terus naik kereta besar dan terbang kelas pertama guna duit syarikat. (Hmm… Bunyi dah macam kerajaan pun ada.)

Tiba2 aku teringat mesyuarat halatuju syarikat aku dua bulan lepas. Semua ketua2 jabatan diarah untuk bersama mem"brain storming" bagi membantu syarikat mengorak strategi untuk enam bulan akan datang. Ada beberapa consultant dipanggil membuat presentation tentang ekonomi dan keadaan industri semasa. Aku teringat lagi bila ramai ketua2 jabatan menggelengkan kepala bila melihat laporan daripada salah sebuah badan kewangan terkemuka dunia. Aku berkerut dahi.

Dahi aku berkerut bilamana satu carta berkaitan FDI - pelaburan luar dlm negara - menunjukkan beberapa negara di Asia mendapat suntikan daripada pelabur luar sepanjang tempoh enam bulan. Potongan kek carta pai menunjukkan Singapore, Thailand, Jepun, China dan even Vietnam menerima suntikan modal asing. Ramai yang senyap dan kelihatan tercari2 di mana potongan kek untuk malaya? Ya, tanpa perlu ditanya, presenter yang buat presentation tu dengan selamba mengatakan bahawa negara kita berada dalam "Others". "Others" menerima jumlah suntikan kurang daripada 10%!
Golongan negara manakah yang berada dalam "others"? Yang pastinya tanah melayu adalah salah satu daripadanya. Yang lain korang boleh cari sendiri. Untuk rekod, sebelum ini kek FDI di Asia juga dipegang sedikit sharenya oleh kita. Kebelakangan ini kita terpaksa berkongsi dengan "others".

Budget 2009 membuktikan sekali lagi betapa tenatnya FDI kita. Kerajaan terpaksa "memenangi" hati rakyat dan juga Sabah Serawak dahulu sebelum memikirkan tentang FDI. Malah tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa tiada satupun kelebihan diberikan untuk menarik lebih banyak FDI ke negara kita! Belanjawan kali ini lebih kepada menyelamatkan BN, daripada menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Soalan: jika orang tak bawak masuk duit untuk diberikan kepada kerajaan, duit siapakah yang kerajaan dok guna selama ini?

Jawapan: Duit rakyat! Duit minyak yang dinaikkan oleh kerajaan! Kerajaan sedang memerah keringat rakyat melalui kenaikan harga minyak yang mendadak dan melampau tinggi! Kemudian dengan "keuntungan" ini, kerajaan mengumumkan "pelbagai insentif" kepada rakyat seolah2 menunjukkan urus tadbir kerajaan bertambah baik. Hey, kamu tak perlu belajar pengurusan ekonomi di LSE sehingga ke tahap PhD untuk mengurus kewangan sebegini! Kamu ambil RM10 daripada rakyat, dan tiba masa belanjawan, kamu umumkan bahawa kerajaan "baik hati" untuk bagi setiap rakyat lima kupang. Ibrahim Ali pun boleh jadi PM kalau macam ni!

Ekonomi kita makin tenat. Setakat blog ni ditulis, ringgit dah lemah berbanding dolar - 3.39. Dua bulan lalu, kita selesa di paras 3.20. Kalau kita naik kepada 3.40, kemungkinan Zeti terpaksa masuk campur dan nasihatkan PakLah untuk kuncikan semula ringgit kita macam dulu. Inflasi juga mencanak naik. Barangan komoditi tak nampak jalan untuk turun. Dalam harga minyak telah diturunkan, pengusaha pengangkutan awam masih terusan berusaha menaikkan harga tambang.

Mungkin pekerja yang bergaji bawah RM35 ribu setahun boleh tersenyum sekarang kerana PCB (potongan cukai berjadual) mereka nanti dah tak dipapar dalam slip gaji. Maka seronoklah mereka berbelanja 20-30 ringgit sebulan yang "dijimatkan" untuk guna beli petrol. Yang diambil balik oleh kerajaan akhirnya dengan menafikan subsidi minyak seperti sebelumnya. Atau mungkin boleh belanja kawan2 makan jagung dalam tin yang telah dimansuhkan cukai importnya dalam belanjawan kali ini.

Bagaimana dengan defisit? Jawapan menteri kewangan 2 kita - mat yakob - senang, defisit akan berkurang sebab petronas bayar cukai lebih! Sekali lagi, sedara sedari, adik kakok sekalian, membuktikan bahawa urus tadbir negara sangat senak sebab kita bergantung sepenuhnya pada petronas! Hasan marican pernah meletup sebelum ini bila mempersoal kerajaan mengenai industri lain dan kenapa hanya bergantung kepada petronas semata?

Belanjawan 2009 menyimpulkan bahawa kerajaan BN yang diteraju oleh PakLah membawa ekonomi Malaysia menuju ke gaung jahanam kerana terpaksa memberi inisiatif kepada rakyat menggunakan duit rakyat yang diperah dan dirampas secara paksa. Ini samalah juga seperti membuat potongan gaji ke atas pekerja dan kemudian mengumumkan bonus pada hujung tahunnya!

13 Ogos 2008

Lima Kupang: Jihadwati dan Elvis Presley





Kalau nak dibandingkan mahadet, nutp dan mb selangor, rasanya mb selangor paling cikai sekali. Dan kalau mb selangor paling cikai, kenapa terlompat habis adik2 kat uitm? Statement mb selangor tak lebih daripada "malaysia ingin amerika keluar dari iraq", ataupun "nik aziz inginkan pilihanraya yang adil". Tak menggugat lansung.


Bila kak jat melancarkan kempen "jihad" di permatang pauh semalam, aku jadi terkedu. Sedikit cuak pun ada. Dalam laporan beberapa akhbar memetik kenyataannya sebagai berkata bahawa "jihad" wanita ameno adalah perlu bagi memastikan "individu tertentu" tidak menjadi perdana menteri untuk agenda peribadi. Gambaqnya bukan main, satu bilik dok angkat bendera dan sepanduk bersemangat menyokong usaha "jihad" kak jat. Ada yang sampai telondeh skaff, walaupun kebanyakannya dah macam tak pakai skaff.

Bayangkan kalau betoi kompoak "jihad" ni betoi2 melaksanakan "jihad" mereka masa berkempen nanti. Dengan rambut blonde nya. Ngan rantai dan gelang labuh sampai ke siku. Ngan gincu tebai sedepa. Dengan baju ropol2 dan skaff bermanik2 terkedip2 mata yang penuh ngan maskara tu mengingatkan orang kampung betapa perlunya "orang Islam" kembali kepada pegangan asas, dan tidak terpengaruh dengan parti lawan yang nyata "sesat lagi menyesatkan". Aku sangat risau kalau2 ada yang keluaq berita muka depan "perayu undi wanita ameno ditampar dengan pinggan"!

Itu belum puteri ngan putera ameno istihar "jihad" lagi. Kalau dak, kompom ada yang kena paku ngan spark plug, atau paling tidak pakat teketaq2 bila orang kampung test suruh bang kat surau.

Dan kebetulan bercakap pasal jihad ni, teringat kat adik2 uitm yang buat julung2 kalinya berkumpul berpakaian hitam dan serba bersepanduk membantah kenyataan mb selangor yang mencadangkan dibuka 10% pada bukan bumiputra. Dan dalam masa yang sama, guru besar uitm, brother ibrahim abu shah, dalam nada yang beramaran dan marah memberi peringatan kepada mb selangor supaya jangan lebih2. Dalam nada mengugut, dia menjumlahkan betapa ramainya pelajar2 uitm, dan alumni uitm, dan mak bapak pelajar uitm. Jadi, mb jangan cakap banyak.

Aku tamau ulas bab uitm buka quota sebab tahun 2002, presiden nutp pada masa itupun melahirkan pandangan yang serupa - 10% uitm untuk bukan bumi. Dan pada masa tu juga mahadet, bapak kepada "semua bangsa melayu" (baca ameno) tidak melihat sebarang masalah untuk non-bumi masuk belajar di mrsm. Katanya sedang melayu pun belajar di sekolah cina, kenapa tidak mereka belajar di tempat melayu?

Kalau nak dibandingkan mahadet, nutp dan mb selangor, rasanya mb selangor paling cikai sekali. Dan kalau mb selangor paling cikai, kenapa terlompat habis adik2 kat uitm? Statement mb selangor tak lebih daripada "malaysia ingin amerika keluar dari iraq", ataupun "nik aziz inginkan pilihanraya yang adil". Tak menggugat lansung. Dan kalau statement yang tak menggugat ini boleh dijadikan polemik untuk membangkitkan kemarahan adik2 uitm, siapa sebenarnya teringin nak jadi hero di sini?

Aku teringat lagi statement guru besar uitm ni masa sebelum election tempohari. Dia kata dia sanggup lepas jawatan untuk dicalonkan bertanding di atas tiket BN. Tapi sayangnya dia tak dipilih untuk bertanding. Mungkin agak kecewa maka dicubanya sekali lagi kali ini dengan mengangkat dirinya menjadi hero budak sekolah supaya dilihat dia paling berkaliber dalam menyekat "agen asing" dari menjadi perdana menteri. Lagipun, untuk lawan dengan seorang manusia yang dikagumi oleh orang muda, maka dia telah membuktikan bahawa dia juga mampu mengumpul orang muda.

Nah, sekarang mungkin namanya juga telah disenaraikan antara calon yang layak bertanding di permatang pauh. Kak jat juga mungkin telah dishortlistedkan kerana "semangat jihadnya" yang tidak mengenal jenis pewarna rambut. Dan kedua2nya memang galak nak jadi calon. Sorang sebab dah kalah, sorang lagi sebab tak pernah.

Tapi kalau tanya aku, aku lebih prefer guru besar uitm untuk jadi calon bertanding. Aku suka betoi dengan remos dan sideburn tebalnya tuh. Kalau dia cukoq misai, saling tak tumpah macam Elvis Presly. Ha! Elok sangat di letakkan sebagai calon idaman hati. Baru kena, Elvis Presley lawan Sivaji!

08 Ogos 2008

Lima kupang: Uncle Pet - Memang ini kerja anak buah kamu?





Nampaknya hamid albar juga terkunci mulutnya dalam menjawab situasi yang serupa yang melanda Anwar sekarang ini. Anwar dituduh "melakukan liwat" dengan saiful secara "suka sama suka", dan jika didapati bersalah, boleh dikenakan sebatan dan jail sehingga 20 tahun. Anwar tidak dituduh "merogol" atau "meliwat paksa", tetapi dituduh perlakuannya adalah suka sama suka.


So, kalau ahmad dan ali bersama2 membunuh aminah, dan ahmad membuat laporan bahawa ali membunuh aminah dan dibantu olehnya (ahmad), maka ali boleh ditahan dan dibicarakan?

Apa yang berlaku pada ahmad dalam hal ini sedangkan dia juga sama membunuh aminah? Adakah dia juga akan dituduh selepas kes perbicaraan ali selesai nanti? Atau, adakah ahmad akan bebas seperti burung terbang lepas kerana terima kasihnya kita kerana menjadi pelapor pertama kepada kegiatan bunuh mereka itu?

Nampaknya hamid albar juga terkunci mulutnya dalam menjawab situasi yang serupa yang melanda Anwar sekarang ini. Anwar dituduh "melakukan liwat" dengan saiful secara "suka sama suka", dan jika didapati bersalah, boleh dikenakan sebatan dan jail sehingga 20 tahun. Anwar tidak dituduh "merogol" atau "meliwat paksa", tetapi dituduh perlakuannya adalah suka sama suka.

Jika suka sama suka, maka wajarlah Anwar bertanya kenapa dia sahaja yang dibicarakan? Mana saiful? Kenapa saiful juga tidak dituduh? Logik jika ianya kes paksa, maka seorang sahaja yang dibicarakan. Tetapi ini kes dua belah pihak - bukan lagi subahat, dan kenapa seorang saja yang kena?

Pertuduhan ditukar last minit. Daripada "paksa" kepada "suka sama suka". Sebabnya satu : rakyat tak percaya saiful dipaksa. Mereka telah cuba pelbagai cara untuk menjual idea tersebut, tetapi terus ditolak mentah seluruh negara.

Pendedahan demi pendedahan membuktikan bahawa tuduhan dan perancangan yang mereka lakukan sekarang sangat lemah dan telah hancur berkecai. Saiful yang sebelum ini dilihat sebagai "mangsa liwat", sekarang terpaksa menjadi "gay tulen" bagi mencapai objektif pertuduhan 322B. Dan jika saiful lepas ini adalah "gay" tulen - dimanakah kebanggaan keluarganya, mahupun bakal isterinya, nak diletakkan?

Nah, sekarang nyata sekali "Uncle Pet" akan dilihat tak lebih daripada seorang pejuang sifat gay anak sedaranya. Dan saiful sekarang yang telah dicap sebagai "gay tulen" selepas melihat pertuduhan yang dikenakan sekarang ini nak memperjuangkan agama siapa? Bangsa siapa? Negara siapa?

Bersumpahlah! Nak bersumpah apa pulak kali ni? Sumpah bahawa kamu merupakan pengikut kaum Luth nombor wahid?

Saiful, kamu sesungguhnya memualkan!

30 Julai 2008

Lima kupang: Uncle Pet kuasa dua





Hahahahaha.... Kadang2 Tuhan ni bayaq cash. Lebih best lagi bila time "Dia" bayaq tu satu dunia boleh dok tengok. Kalau la dia betoi2 bepegang dengan sumpah keramat macam si ezam tu, sumpah jerla depan kamera. Habih cerita. Ni dak, cabaq kawantu untuk bejumpa dalam gelanggang! Lagi power!


Agak "tekejut" jugak aku tadi masa tengok latest video "uncle pet" di malaysiakini - pakcik si mujahid ameno ni - menunding2 jari mencabar raja petra (rpk aka pet). Apa yang si rpk cakap atau tulis, aku tatau, tapi dari cara "uncle pet" ni sampaikan, dia sangat marah dirinya dikatakan oleh rpk sebagai "meliwat anak sedaranya sendiri".

Memang marah betul. Dicabarnya lagi rpk untuk berdepan. Suruh pilih gelanggang mana yang nak. Bejumpak. Meh kalau berani. Ala2 hero gitu. Dalam pakai helmet visor longgaq pun boleh dok beletiaq lagi. Cengei. Marah rpk tuduh dia liwat anak menakan. Marah sungguh! Siap boley tanya "meh jumpa then baru tau auntie pet ka uncle".

Kemudian aku terpikir. Apakejadahnya yang si pet ni nak marah2 sangat bila kena tuduh dek rpk? Sedangkan dalam statement dia sebelum tu dia cuma kata "anwar perlu bersumpah" saja, tapayah dok dalih2. Hmmm... Anwar kena tuduh liwat anak menakan dia, dia releks. SIap didakwahnya pulak kameraman tu tentang bagaimana Anwar patut bertindan dan betapa Islamnya dia untuk bersumpah. Tak meletit melatah, malahan persoalkan pulak cara Anwar tangani tuduhan. Tapi bila dia kena tuduh dek rpk?

Hahahahaha.... Kadang2 Tuhan ni bayaq cash. Lebih best lagi bila time "Dia" bayaq tu satu dunia boleh dok tengok. Kalau la dia betoi2 bepegang dengan sumpah keramat macam si ezam tu, sumpah jerla depan kamera. Habih cerita. Ni dak, cabaq kawantu untuk bejumpa dalam gelanggang! Lagi power!

Dan yang memeranjatkan aku sebelum tu ialah statementnya mengatakan medical checkup yang dibuat oleh hospital PUSRAWI cuma ambil masa dalam dua tiga minit. Aku tataula dia ni penah buat medical checkup ka dak, tapi yang dua tiga minit masuk jumpak doktor ni orang2 yang nak kawtim mintak MC - Medical Certificate - bukan Medical Checkup! Medical checkup ni hang nak kena sembang dulu, cerita dulu, londeh seluaq dulu, kelebek dulu, tanya lagi, kelebek lagi, iskkk... Dia ni reti ka apa yang dia cakap ni? "Uncle Pet"?

Tapi apa2 pun aku bukanlah nak cipta musuh baru. "Uncle Pet" mungkin dipergunakan oleh mujahid ameno sorang tu untuk mencapai cita2nya. "Uncle Pet" mungkin tak nampak niat disebaliknya dan tak ada sebab untuk dia perlu melihat niat itu semua. Anak sedara dia. Kalau dia tak pecaya kat anak sedara dia, sapa lagi yang anak sedara dia nak mintak kepercayaan?

"Uncle Pet", aku tak salahkan hang. Ia adalah lumrah untuk hang bertindak sedemikian - mempertahankan. Sebab dalam sejarah, sejahat2 Firaun dan Abu Lahab sekalipun, mereka masih ada rasa kasih dan sayang pada ahli keluarga mereka. Dan se"clean" mana pun Perdana Menteri kita, dia tetap akan mempertahankan tindakan bangang menantunya.