Setiap kali bercuti di Cherating, i mesti tak lepaskan peluang untuk singgah di Warung Aziz Satar yang terletak di Kuala Kemaman. Kiranya nilah tempat wajib yang akan kita orang pergi bila berada di Cherating. Macam mana pun, pemilik warung ni bukanlah Aziz Satar yang pelakon tu tau. Nama sebenar pemilik warung ini ialah Aziz dan speciality makanan yang dijual dekat sini ialah Satar, maka jadilah Aziz Satar (gitu kisahnya...) Kalau korang nak tahu, makanan satar ni cukup popular di Pahang dan Terengganu. Jarang nak jumpa kalau dekat tempat lain.
Dulu-dulu, Warung Aziz Satar lebih dikenali dengan nama warung kuning. I ingat lagi, nama nilah yang disebut-sebut ayah waktu kali pertama kita orang jejakkan kaki ke sini (tahun 1992). Wahhh! Tak sangka, rupa-rupanya dah 20 tahun i jadi regular customer Warung Aziz Satar. Dan yang kelakarnya, i juga yang memperkenalkan warung ni dekat hubby. Nasib baiklah hubby pun suka makan, kalau tak, confirm i takde geng nak makan satar. Antara perubahan yang terjadi sepanjang i jadi pengunjung tetap Warung Aziz Satar ialah saiz warungnya yang semakin luas, pilihan makanan yang pelbagai dan susun atur warung dah semakin kemas. Cuma part yang i rasa lemah sikit ialah keadaan bahang dalam warung (fuhhh... serius macam dalam sauna gamaknya) maklumlah guna atap zink aje. Tengok dari segi ekonomi, rasanya sekarang ni Pakcik Aziz takde masalah kot nak upgrade warungnya nanti. Tak gitu Pakcik Aziz? Hehehe...
Latar belakang / Sejarah Warung Aziz Satar
Menurut anak kedua pemilik Warung Aziz Satar iaitu Azizi berkata, perniagaan ayahnya yang bernama Aziz bin Awang bermula apabila mereka sekeluarga berkecimpung dalam perniagaan pisang goreng pada tahun 1970-an. Pada waktu itu, bapanya hanya bekerja sebagai pemandu lori. Hinggalah pada satu peringkat, bapanya mendapat idea untuk memulakan perniagaan satar yang dilihat lebih mempunyai prospek dan potensi lebih jauh.
Bermula dengan perniagaan satar, kini, warung tersebut sudah melangkah dengan lebih jauh dan berkembang kepada perniagaan lauk pauk kampung, sotong dan ikan goreng tepung, laksam, laksa serta keropok goreng.
Artikel penuh menerusi © Utusan Melayu (M) Bhd
(i confused kenapa Utusan kata nama sebenar pemilik Warung Aziz Satar ni ialah Aziz Satar. Tak buat check lettew).
(i confused kenapa Utusan kata nama sebenar pemilik Warung Aziz Satar ni ialah Aziz Satar. Tak buat check lettew).
Olahan oleh : Reenaonline
Alamat :-
1860-2, Warung Aziz Satar
Jalan Kuala Kemaman
24000 Kemaman
Terengganu
Lokasi Warung Aziz Satar :-
Terletak berhampiran dengan / selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga (SMK Geliga).
ATAU;
Dari arah Cherating, selepas sahaja pintu gerbang antara sempadan negeri Pahang dan Terengganu, korang masuk arah kanan berhadapan Masjid Geliga, Kuala Kemaman (depan masjid ni ada sign board besar "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". So, agak-agak tak solat lagi tu 'lu pikirlah sendiri'). Jalan terus dan tiba di penghujung simpang, ikut laluan ke kiri untuk ke jeti. Korang akan jumpa warung warna kuning di bahagian kanan jalan.
No. Telefon : 013-915 0897 / 017-943 7757
Waktu operasi : alamak terlupa nak tanya, tapi apa-apa hal korang boleh telefon nombor dekat atas. Tak salah i Warung Aziz Satar dibuka hingga pukul 11:00 malam.
Apa yang membuatkan Warung Aziz Satar cukup popular?
Keenakan satarnya yang dipenuhi isi ikan parang dan tamban segar serta harga yang berpatutan menjadi daya penarik untuk pengunjung terus berkunjung ke sini. Malah, servis yang disediakan pun cepat. Harga satar ialah RM5.00 untuk 10 biji satar. Sebab sedap, i bagi 4.8 bintang daripada 5 bintang untuk SATAR dekat Warung Aziz Satar (wahhh! nyaris-nyaris full mark tu). Lagipun setakat ni takde langsung mana-mana satar yang boleh challenge satar dekat sini (anyway ni kata tekak i, tak tahulah tekak orang lain hihi...) Mmm... agak-agak lepas ni boleh tak saya dapat makan free Pakcik Aziz? (*Kelip-kelip mata comel).