Suka melancong tak?..apa kata korang datang ke tempat2 nih. 5 tempat ni telah disenarai oleh tripvisor sebagai tempat paling kotor di dunia.
apa lagi, kumpul duit jom terbang ke sana huhuhuu
1. The Blarney Stone, Ireland
Dipercayai bahawa sape2 yang cium The Blarney Stone ni akan dikurniakan dengan kebolehan bercakap atau memujuk ala-ala salesman berjaya la kan. Awalnya bermula dengan kisah seorang peguam kepada pembina Istana Blarney yang disuruh mencium batu tu sebelum pergi ke satu perbicaraan. Dalam perbicaraan tu, dia bercakap dengan bagus dan akhirnya menang. So, dari situ, ramai lah pengunjung yang datang untuk cium batu tu.
nak cium batu tu ada caranya jugak...tengok tu, korang berani ke nk buat camtu
2. Seattle Gum Wall, Amerika
Seperti yang korang nampak, Wall of Gum ni adalah dinding yang dipenuhi dengan chewing gum yang dah dikunyah dan ditampal ke dinding ni dan menurut Wikipedia, chewing gum tu setebal beberapa inci dari dinding dan setinggi 15 kaki. Mulanya, dinding tu ada juga dibersihkan tapi sebab dah tak larat nak bersihkan, dibiarkan je. Akhirnya jadi tumpuan pelancong pula. Siap ada babak dalam filem Love Happens lakonan Jennifer Aniston difilemkan kat sini.
Dinding yang dipenuhi chewing gum yang pelbagai warna tu memang nampak cantik kan? Tapi terfikir pula, macamana la agaknya bau-bauan di sini kan? Eeeeuwww… baru fikir pun dah rasa macam nak muntah hijau..huhu
3. Oscar Wilde's Tomb, Perancis
Satu lagi tempat berkuman yang popular iaitu batu nesan Oscar Wilde di France ni. Tengok kat batu tu yang penuh dengan kesan lipstick. Itu belum kira yang takde kesan lipstick kan? Oscar Wilde’s Tomb ni jadi tempat ciuman kepada mereka yang mengagumi kisah cinta hasil tulisan Late Oscar Wilde ni. Disebabkan batu tu dah dicium oleh beribu-ribu atau mungkin berjuta-juta orang, nampak sangatlah ianya memang wajib tersenarai antara tempat terkotor kat dunia.
4. St Mark's Place, Venice
St.Mark’s Square ni pula adalah tempat terletaknya banyak monument penting Venice. Dahulunya memberi makan pada pigeons adalah aktiviti pelancong yang utama kat sini. Makanan pigeons ni iaitu jagung dijual kat gerai-gerai sekitar. Tapi disebabkan kegiatan ni bawa kerosakan pada beberapa bangunan kat situ, kerajaan Venice pun mengharamkan aktiviti tu. Tapi si pigeons ni semua manalah tau dah haram kan? So, mereka still datang ke tempat tu. Dikatakan di siang hari, tempat ni sesak dengan pelawat dan pigeons. Aiseh..bayangkanlah najis-najis burung yang bertaburan. Silap haribulan, pelawat pun bawa balik najis pigeons sebagai cenderamata! haha
5. Grauman's Chinese Theatre, Amerika
Grauman’s Chinese Theathre ni adalah sebuah teater yang terletak sepanjang Hollywood Hall of Fame. Di sini, ada beribu-ribu handprints, footprints dan autograf dari selebriti top dunia. Mouth print pun ada juga tu! Dan setiap orang yang datang berkunjung ke situ mesti nak membandingkan anggota badan mereka dengan semua handprints, footprints dan semua prints yang ada di situ......
mouth print tu ko punya ke husz hehe